Post on 03-Dec-2015
1.0 Pengenalan
Dalam FPN, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang
berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk memperkembangkan aspek-aspek
tersebut melalui sistem persekolahan. Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembangkan,satu sistem penilaian yang sesuai
perlu diwujudkan. Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan
peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan
kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah
penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian
pelajar.
Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam
semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab
seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai
kemahiran, malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang
yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang
masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan
maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang
aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau
diberi latihan tambahan.
Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala
saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia
mungkin menyatakan yang dia sedang ‘menguji’ pencapaian, ‘mengukur’ pencapaian atau
‘menilai’ pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah
tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar
ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu
mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak tersalah pakai.
1
1.1 Konsep
1.1.1 Pengujian
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya /
teknik yang dapat memberikan maklumat yang penting dalam proses membuat penilaian.
Jelasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam
sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar
yang sesuai. Untuk itu, pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan
pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini, biasanya, dilaksanakan selepas
satu atau beberapa topik pelajaran diajar.
Contoh:
i. Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan
yang mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang perkataan-
perkataan 2 tertentu diadakan.
Apakah pula maksud ujian? Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah
dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina
ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman
mendengar. Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika
pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian
perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru
menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak
untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.
1.1.2 Pengukuran
Pengukuran adalah satu proses di mana alat atau benda dibeza-bezakan. Pendapat lain
mengatakan pengukuran adalah dirujukkan kepada penyelidikan atau pemerhatian yang
dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberikan jawapan kepada sesuatu
pertanyaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap
dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Alat pengukuran yang digunakan
oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu
skala. Perlu diingat bahawa pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak
termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.
2
Dengan itu, pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan
antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk
pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran
dilakukan setelah ujian bertulis iaitu dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran
diadakan selepas beberapa topik pelajaran diajar.
1.1.3 Penilaian
Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat secara sistematik yang akan
digunakan untuk membuat pertimbangan bagi menentukan nilai, kedudukan, ukuran tentang
sesuatu berdasarkan kriteria tertentu yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan. Tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur. Seseorang guru perlu
menguji dan mengukur terlebih dahulu sebelum dapat menilai.
Oleh itu, penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang
meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan
yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Dengan itu, proses penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan penyimpulan.
Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-
aktiviti tama dalam aktiviti penilaian. Rajah 1 di bawah ini pula menunjukkan kepentingan
perkaitan ketiga-tiga sistem ini.
Rajah 1: Perkaitan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
Untuk menyimpulkannya, sekali lagi ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses
untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan
pelajar dalam pembelajaran. Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar,
kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian dibuat
berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik).
Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa, dan selepas satu atau beberapa topik
pelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Proses menentukan
3
mendapatkan dan memberikan maklumat bagi membuat pertimbangan mengenai tindakan
selajutnya. Dalam pendidikan penilaian ialah sistern atau proses yang meliputi aktiviti yang
dijalankan. Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan,
penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.
JENIS HURAIAN
Penilaian Mengesan
Penguasaan
Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di bilik darjah.
Tujuan untuk mengesan kelemahan penguasaan muid
dalam suatu kemahiran yang sedang diajarkan supaya
kelemahan itu dapat dibetulkan dengans serta merta.
Penilaian Mengesan
Kemajuan
Gaya penilaian ini dilakukan selepas beberapa kemahiran
dalam sesuatu topic telah selesai diajarkan. Penilaian ini
bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat
menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan
dan pemulihan.
Penilaian Mengesan
Pencapaian
Penilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar
beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu
penggal. Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk
mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik
pembelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid
dalam kumpulan masing-masing.
Jadual 1: Jenis Aktiviti Penilaian
D. Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses ialah langkah/ tindakan/
operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat ialah bukti
tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman merupakan
proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk dalam konteks
pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah
melalui proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar
bagi tujuan tertentu.
4
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai:
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran,
ii. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,
iii. Aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan
iv. Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
1.2 Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk mengetahui
keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-
perkara yang hendak diajar. Ujian ini biasanya disebut sebagai praujian. Daripada ujian
inilah guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian
tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang
sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran. Ia juga menolong guru mengetahui
sejauh manakah pelajar mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan. Dengan lain perkataan guru dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu
berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-
aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu,
Selain itu, membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini
penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu, kepentingan penilaian
ujian dalam bilik darjah juga membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu
bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar
dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya,
Di samping itu, kepentingan penilaian ini juga dapat mengenal pasti pelajar yang tinggi dan
amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan,
Dengan menjalankan penilaian ia dapat membuat jangkaan terhadap potensi atau
bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi
menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal
serta membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai
asas meningkatkan pengajaran mereka, dan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan
mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.
Sebelum kita menguji atau mentadbir sesuatu pengujian bahasa, terlebih dahulu kita
perlu membina alat atau bahan ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan
mengumpulkan tindak balas atau jawapan pelajar untuk diperiksa dan dimarkahkan.
Apabila pengukuran telah dilakukan melalui pemarkahan dan pemarkatan, barulah kita
5
boleh menilai pencapaian pelajar. Di sini pengukuran yang kuantitatif dalam bentuk markah
atau angka menjadi bukti atau asas bagi kita membuat penilaian atau memberi sifat yang
kualitatif seperti cemerlang, kepujian, lulus atau gagal, selaras dengan kriteria atau standard
yang telah kita sediakan.
6
2.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Seringkali soalan-soalan ujian dibuat secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak
mempunyai rancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan keutuhan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancangkan sesuatu ujian adalah dengan menyediakan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang merupakan rancangan persediaan item / soalan. JSU
mempunyai maklumat seperti berikut:
i. Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
ii. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
iii. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar
dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
iv. Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
v. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
vi. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
Dapat simpulkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JSU
haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran
serta yang telah diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan
kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya.
Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan
masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada
soalan topik 2. JSU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana
dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras
kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras
pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman,
aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang menguji
kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Namun
begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan
yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar
lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan mengikut kebolehan
pelajarnya.
Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam
JSU. Ini menegaskan betapa pentingnya JSU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya,
kepentingan JSU adalah seperti berikut.
i. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
ii. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
7
iv. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang
diuji.
v. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
vi. Memberi panduan untuk membentuk soalan.
vii. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
viii. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
ix. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
2.1 Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi
Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah 2: langkah pembinaan JSU
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat
yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu
dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang
dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah
diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu
tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis
untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang
diperuntukkan masa bagi sesuatu tajuk bermain tersebut. Contohnya, menyenaraikan tajuk-
tajuk yang hendak diuj dan masa belajari:
8
Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa Belajar
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka
1.2 Linguistik BM 15 Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif
1.3 Fonologi 20 Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan Fonem segmental Fonem suprasegmental
Jumlah 40Jadual 2: Senarai Tajuk dan Masa Belajar
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran
ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu
diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang
dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas
adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk
menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan
inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang
biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang
biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang
mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Tentukan soalan yang akan dibina itu. a. soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi 1 item.c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan Jum. Masa keseluruhan
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,
kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid. Manakala, langkah yang keempat dalam
pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi
untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif
pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi
kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan
sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian
9
tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah
digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian,
penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran
ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa
murid dan lain-lain.
Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei
Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik
Bil.
Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Belajar
Anggaran Jumlah Item Jumlah Item
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 5 x 32
____ 40
4 Asal usul BM, BM sebelum
dan selepas merdeka
1.2 Linguistik BM15
15 x 32 ____ 40
12 Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik
Diskriptif1.3 Fonologi
20 20 x 32 ____ 40
16 Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
Fonem segmental Fonem suprasegmental
jumlah 40 32Jadual 3: Bilangan Soalan Mengikut Topik
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan
ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya
menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus
daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan
atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan
prosedur penilaian perlu diambil perhatian.
2.2 Teori Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom merupakan kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam
pengelasan organisma berdasarkan persaman dan perbezaan sifat organisma itu. (Kamus
10
Dewan, Edisi Keempat, (2005). Manakala dalam bidang pendidikan, taksonomi ini
merupakan model yang digunakan untuk menganalisis bidang-bidang dalam pendidikan. Ia
merangkumi objektif-objektif pendidikan yang menjurus kepada pengetahuan, sikap dan
psikomotor. Sebelum kita menyelongkar lebih dalam teori ini, kita perlu melihat domain yang
terbahagi kepada tiga iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Domain
kognitif melibatkan pemikiran murid yang menekankan aspek intelektual seperti
pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain ini merupakan suatu aras yang
digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh
Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep bermaksud cabang
kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Manakala domain afektif
melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai murid seperti minat, apresiasi dan
cara penyesuaian diri. Akhir sekali, domain psikomotor yang melibatkan perkembangan
fizikal murid.
Tujuan pendidikan dibahagi kepada tiga domain iaitu domain kognitif (Cognitive
Domain), yang merangkumi perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti
pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berpikir. Domain afektif (Affective Domain) yang
merangkumi perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat,
sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. Akhir sekali, domain psikomotor (Psychomotor
Domain) yang merangkumi perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan fizikal
seperti menulis, berlari, berenang, dan mengoperasikan mesin.Beberapa istilah lain yang
juga menggambarkan hal yang sama dengan ketiga domain tersebut di antaranya seperti
yang diungkapkan oleh Ki Hajar Dewantoro, iatu: cipta, rasa, dan karsa. Selain itu, juga
dikenal istilah: penalaran, penghayatan, dan pengamalan. Dari setiap ranah tersebut
dibahagi kembali menjadi beberapa kategori dan subkategori yang berurutan secara hirarki
(bertingkat), mulai dari tingkah laku yang sederhana sampai tingkah laku yang paling
kompleks.
A. Domain Kognitif
Bloom membahagi domain kognitif kepada enam aras. Domain ini terdiri dari dua bahagian:
Bahagian pertama adalah Pengetahuan (kategori satu) dan bahagian kedua berupa
kemampuan dan keterampilan intelektual (kategori dua hingga enam). Aras tersebut juga di
buat dar peringkat mudah ke peringkat sukar, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Setiap peringkat ini boleh dibahagikan kepada 2 pemikiran
aras, iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi.
11
Aras pengetahuan merupakan kemampuan untuk mengenali dan mengingat
peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar dan
sebagainya. Sebagai contoh, ketika diminta menjelaskan kualiti pengurusan, orang yg
berada diaras ini mudah untuk menguraikan dengan baik definisi dari kualiti, produk yang
berkualiti, standard kualiti minimum untuk produk. Aras aplikasi berkisar kepada seseorang
memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, kaedah, rumus, teori dalam
pembelajaran ataupun pekerjaan. Sebagai contoh, ketika diberi maklumat tentang penyebab
meningkatnya permasalahan di kilang, seseorang yg berada di tingkat aplikasi akan mampu
merangkum dan menggambarkan penyebab berlaku permasalahan ini dengan
menggunakan fish bone diagram.
Manakala aras analisis pula berkaitan seseorang akan mampu menganalisis
maklumat yang masuk dan membahagi atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian
yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya, dan mampu mengenali serta
membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Aras sintesis
menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat, dan
mampu mengenali data atau informasi yang harus didapat untuk menghasilkan keputusan
yang diharapkan. Aras evaluasi dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian
terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria
yang sesuai untuk memastikan nilai lebih efektif. Dalam bidang pendidikan di Malaysia,
Taksonomi Bloom digunakan secara lebih terperinci dan terancang bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dan lebih efektif.
Domain Taksonomi Bloom
Rajah 3: Hierarki Taksonomi Bloom
Domain ini menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini berbentuk
hierarki yang disusun mengikut tahap iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat
12
enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen-elemen ini dibahagikan
kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi.
13
Aras pengetahuan merupakan elemen pertama yang terletak paling bawah dalam
hierarki Taksonomi Bloom. Aras ini digunakan untuk menguji keupayaan murid untuk
mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat
dalam aras pengetahuan iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras kedua dalah pengetahuan tentang proses,
aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan
masalah. Seterusnya aras tiga adalah pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat
dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, dan bila. Objektif
utama aras ini ialah memerlukan murid mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti
istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di
dalam kelas.
Seterusnya elemen kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan
murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras ini terbahagi kepada tiga iaitu
penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa
menggubah makna asal. Yang kedua adalah proses mentafsir atau intepretasi iaitu idea dan
menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah
ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti
membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan
ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Biasanya soalan bagi aras
kefahaman ini terdiri daripada perkataan jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah,
bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan murid
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid
benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan
aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini
biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini
adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Aras analisis merupakan elemen yang keempat yang mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian
antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan murid mengenalpasti unsur – unsur
dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu
memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk
menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat
perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu
14
mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu
dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah
soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman
perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan
antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid
untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis
ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba
menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya
kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah
fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan
yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan
kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis
untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohnya
kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat
suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau
sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan,
memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah pelajar perlu
membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.
Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah
memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua
iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan
bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-
kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori
kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk
kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai
teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
B. Domain Afektif
Domain afektif melibatkan aspek kerohanian dan memberi penekanan kepada pertumbuhan
dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri seseorang
khususnya murid. Krathwohl, Benjamin S. Bloom, Masia (1964) telah mengklasifikasikan
15
domain afektif ini kepada empat kategori, iaitu peringkat penerimaan, peringkat memberi
gerak balas, peringkat rasa bernilai dan peringkat mengorganisasi. Sikap biasanya
ditakrifkan sebagai satu kemahuan sama ada mahu mendekati atau menjauhi satu-satu
persekitaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ia lebih tepat ditakrifkan sebagai
menyukai, merasa seronok atau membenci sesuatu matapelajaran itu. Penghargaan pula
adalah satu ukuran terhadap kepuasan berinteraksi atau menghayati sesuatu persekitaran.
Guru-guru harus berkebolehan menggunakan unsur-unsur ini bagi mewujudkan suatu
suasana pembelajaran yang baik. Dengan adanya sifat-sifat ini pembelajaran akan menjadi
lebih mudah dan berkesan. Bidang afektif ini mengandungi beberapa aras bermula daripada
peringkat yang rendah kepada peringkat yang tinggi.
Aras penerimaan merupakan hubungan dengan kemahuan murid-murid dalam
memberi perhatian. Ia mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan
dan peristiwa atau persekitaran. Ia menekankan kepada kebolehan mendengar dengan
penuh minat cerita-cerita atau pendapat, menanyakan soalan-soalan, mengenal bahagian-
bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap, contohnya pada akhir pengajaran, murid
sedar tentang tiga jenis kepercayaan agama utama bagi penduduk Malaysia. Terdapat tiga
perkara yang perlu diberi perhatian iaitu tahap kesedaran yang dikatakan Murid-murid sedar
dengan objek atau peristiwa-peristiwa jika perkara-perkara ini berlaku pada masa kehadiran
mereka. Seterusnya tahap kesudian atau penerimaan. Tahap ini berkaitan dengan sesuatu
pengajaran itu harus disampaikan dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan
menarik. Akhir sekali tahap perhatian yang terkawal atau terpilih. Pada tahap ini murid-murid
dapat membezakan keseluruhan keadaan itu kepada dua atau kepada bahagian-bahagian
komponen dan kemudian memilih satu aspek tertentu dan terus memberikan perhatian
kepadanya.
Kategori kedua pula berkaitan dengan gerak balas. Gerak balas bermaksud
melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Murid
bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi,
contohnya murid dapat membezakan antara tingkah laku yang baik dengan tingkah laku
yang buruk. Proses gerak balas ini berakhir dengan tahap kepuasan selepas melibatkan diri
dengan memberi gerak balas terhadap rangsangan. Persetujuan untuk bertindak balas ini
melibatkan tindak balas yang pasif terhadap rangsangan seperi patuh kepada peraturan-
peraturan. Kesudian untuk ber tindak balas. Sebelum seseorang murid itu menjalankan
sesuatu tugas ia perlulah terlebih dahulu secara sukarela melengkapkan dirinya dengan
pelbagai pengetahuan. Hal ini dilakukan tanpa paksaan. Akhir sekali, kepuasan dalam
bertindak balas ini berasaskan kepada kesudian untuk bertindak balas. Murid dapat
merasakan kepuasan daripada tindakan yang dilakukan.
16
Rasa bernilai merupakan aras yang menekankan penilaian dan penghargaan murid
terhadap sesuatu rangsangan. Murid berupaya membuat pertimbangan sesuatu aktiviti
berasaskan nilainya kepada diri sendiri. Ada tiga cara pendekatan murid terhadap sesuatu
nilai iaitu penerimaan sesuatu nilai. Murid bertindak balas berdasarkan nilai. Contohnya,
murid itu secara konsisten berjuang untuk bekerja bersama-sama dengan rakan sekelasnya
dalam situasi yang membolehkan mereka berinteraksi dan bekerjasama. Cara kedua pula
melibatkan kecenderungan terhadap sesuatu nilai. Murid bukan sahaja menerima nilai-nilai
tetapi mencari dan mendapatkan nilai tersebut. Contohnya, murid-murid berusaha menjalin
persahabatan dengan rakan-rakan sekelas untuk membina satu perhubungan yang baik.
Penglibatan murid juga amat penting dalam menentukan penilaian diri. Di sini adanya satu
dorongan yang nyata untuk melaksanakan dan mengamalkan perlakuan yang berhubung
dengan nilai tersebut.
Organisasi bermaksud membentuk sesuatu sistem nilai. Untuk bertindak dalam
keadaan-keadaan ini, murid terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan nilai-
nilainya. Kategori ini menerangkan peringkat permulaan dalam membentuk satu sistem nilai.
Pertamanya berkaitan dengan penanggapan sesuatu nilai yang mana murid mengenali ciri-
ciri asas nilai itu. Keduanya, berkaitan dengan organisasi sesuatu sistem nilai sebagai
contoh, seorang murid terpaksa merancang aktiviti-aktiviti kelasnya berdasarkan kepada
penilaiannya terhadap pertandingan, kerjasama, gred dan sebagainya.
Aras perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem nilai yang
dianuti oleh seseorang. Murid mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah hidup ini dapat
dizahirkan secara automatik. Terdapat dua peringkat pada aras perwatakan. Set
penyamarataan melibatkan pembentukan set umum di mana individu menggarap,
memproses dan bertindak terhadap sesuatu keadaan mengikut sesuatu sistem nilai.
Keduanya perwatakan meliputi semua kategori yang telah dikemukakan sebelumnya. Pada
peringkat ini individu bertindak berdasarkan falsafah kehidupan atau world view.
C. Domain Psikomotor
Benjamin S. Bloom (1979) menyatakan domain psikomotor berhubungan dengan hasil
pembelajaran yang pencapaian melalui ketrampilan manipulasi yang melibatkan otot dan
kekuatan fizikal. Oleh itu, domain psikomotor merupakan domain yang berkaitan dengan
keterampilan (kemahiran) atau kemampuan bertindak setelah seseorang menerima
pengalaman belajar tertentu. Domain psikomotor adalah domain yang berhubungan dengan
aktiviti fizikal, misalnya berlari, melompat, melukis, menari, memukul, dan sebagainya. Hasil
pembelajaran domain psikomotor dikemukakan oleh Simpson (1956) yang menyatakan
17
bahawa hasil pembelajaran menggunakan domain psikomotor ini dalam bentuk
keterampilan (kemahiran) dan kemampuan bertindak individu. Hasil pembelajaran ini
sebenarnya merupakan lanjutan dari hasil daripada pembelajaran domaian kognitif
(memahami sesuatu) dan dan hasil pembelajaran domain afektif (kecenderungan perilaku).
Hasil pembelajaran domain kognitif dan hasil pembelajaran domain afektif akan menjadi
hasil pembelajaran domain psikomotor apabila murid telah menunjukkan perilaku atau
perbuatan tertentu sesuai dengan makna yang terkandung dalam domain kognitif dan
domain afektif.
Ciri-ciri Domain Penilaian Psikomotor
Domain psikomotor berhubungan dengan hasil belajar yang pencapaiannya melalui
keterampilan manipulasi yang melibatkan otot dan kekuatan fizikal. Domain psikomotor
adalah ranah yang berhubungan aktivitas fizikal seperti menulis, memukul, melompat dan
lain sebagainya.
Ryan (1980) menjelaskan bahawa hasil belajar keterampilan dapat diukur melalui
pengamatan langsung dan penilaian tingkah laku murid selama proses pembelajaran
berlangsung. Sementara itu, Leighbody (1968) berpendapat bahawa penilaian hasil belajar
psikomotor mencakupi kemampuan menggunakan alat dan sikap kerja, kemampuan
menganalisis suatu pekerjaan dan menyusun urut-urutan pengerjaan, kecepatan
mengerjakan tugas, kemampuan membaca gambar dan atau symbol serta keserasian
bentuk dengan yang diharapkan dan atau ukuran yang telah ditentukan.
Dari penjelasan di atas dapat dirangkumkan bahawa dalam penilaian hasil
pembelajaran psikomotor atau keterampilan harus mencakupi persiapan, proses, dan
produk. Penilaian dapat dilakukan pada saat proses berlangsung iaitu semasa murid
melakukan praktikal, atau sesudah proses berlangsung dengan cara memberi ujian kepada
murid. Penilaian psikomotor dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian.
Kaedah pemerhatian merupakan alat penilaian yang banyak digunakan untuk mengukur
tingkah laku individu ataupun proses terjadinya baik dalam situasi yang sebenarnya
mahupun dalam situasi simulasi. Dengan kata lain, pemerhatian dapat mengukur atau
menilai hasil dan proses belajar atau psikomotor. Misalnya tingkah laku murid ketika proses
pembelajaran seperti perbincangan dalam kumpulan dan penglibatan murid dalam sesi
tersebut. Domain psikomotor ini ini mempunyai lima aras iaitu aras persepsi, aras
rangsangan deria, aras pemilihan tanda saran, aras terjemahan, aras set, aras gerakan
terbimbing, aras mekanisme dan aras gerak balas nyata dan kompleks.
18
Aras persepsi adalah langkah pertama dalam melakukan satu tindakan motor. Ia
adalah proses menjadikan seseorang individu itu mengetahui atau sedar tentang objek,
kualiti dan hubungan melalui alat-alat deria. Hal ini melibatkan tiga perkara seperti berikut
iaitu rangsangan deria yang berkaitan dengan rangsangan yang tersebut di atas. Ia
melibatkan satu atau lebih alat-alat deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa
dan kinestetik. Seterusnya pemilihan tanda saran yang memutuskan apakah tanda saran
yang harus dipilih untuk memenuhi keperluan pelaksanaan tugas. Ini melibatkan
pengecaman tanda saran dan menghubungkannya dengan tugas-tugas yang akan
dilaksanakan. Ia mungkin melibatkan pengumpulan tanda saran yang berdasarkan kepada
pengetahuan dan pengalaman lalu. Tanda saran yang sesuai dan berkaitan dengan
keadaan itu akan dipilih sebagai panduan kepada tindakan dan yang tidak berkaitan akan
diketepikan. Akhir sekali terjemahan yang bermaksud menghubungkan persepsi kepada
tindakan dalam melaksanakan satu tindakan motor. Ia merupakan proses mental bagi
menentukan makna tanda saran yanditerima untuk tindakan. Ia melibatkan terjemahan yang
simbolik, iaitu mempunyai satu bayangan atau satu idea, sebagai kesimpulan daripada
tanda saran yang diterima. Ia juga mungkin melibatkan wawasan yang dianggap penting
dalam mengatasi satu masalah. Terjemahan deria adalah satu aspek bagi aras ini. Ia
melibatkan maklum balas iaitu pengetahuan daripada kesan proses.
Seterusnya aras set yang merupakan satu kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau
pengalaman. Set mental adalah kesedian untuk melaksanakan satu tindakan motor yang
tertentu. Ia melibatkan aras persepsi dan kategori-kategori yang lain. Diskriminasi, iaitu
menggunakan pertimbangan dalam membuat perbezaan adalah satu aspek. Set fizikal
merangkumi kesediaan menjadikan penyesuaian anatomis (berhubung dengan tubuh)
penting untuk tindakan motor dilaksanakan. Kesediaan dalam pengertian fizikal melibatkan
set penerimaan, iaitu penyertaan deria. Manakala set emosional merupakan kesediaan
dipandang dari segi sikap, sesuai untuk tindakan motor berlaku. Kerelaan untuk bertindak
balas seperti yang telah dinyatakan.
Aras gerakan terbimbing adalah langkah permulaan dalam membentuk kemahiran.
Di sini ditekankan kepada keupayaan yang merupakan komponen kemahiran yang lebih
kompleks sifatnya. Tindakbalas terbimbing adalah tindakan perlakuan murid yang nyata
bawah bimbingan seorang tenaga pengajar. Tindakan itu adalah kesediaan dari segi set
bagi meghasilkan pemilihan terhadap tindak balas yang dilakukan mengikut keperluan
perlaksanaan tugas. Terdapat dua kategori yang berhubung dengan perkara ini iaitu meniru.
Meniru adalah perlaksanaan satu tindakan yang merupakan satu tindakbalas secara terus
terhadap persepsi seorang lain yang melakukan tindakan itu. Seterusnya proses mencuba
pelbagai tindak balas, biasanya dilakukan dengan beberapa tujuan untuk setiap tindak
19
balas, sehingga satu tindak balas yang tepat seperti yang dikehendaki tercapai. Tindak
balas yang setepat itu adalah sesuatu sesuatu yang dapat memenuhi keperluan
perlaksanaan tugas. Aras gerakan terbimbing ini boleh diterangkan sebagai pembelajaran
tindak balas berlipat ganda yang membolehkan satu tindak balas yang tepat dipilih daripada
pelbagai perlakuan, mungkin melalui pengaruh hadiah atau hukuman. Manakala aras
mekanisme menerangkan tentang tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Pada
peringkat ini, pelajar telah mencapai satu keyakinan dan satu kadar kemahiran dalam
melakukan satu tindakan itu. Tindak balas itu mungkin lebih kompleks daripada peringkat
permulaan. Ia melibatkan beberapa bentuk tindak balas dalam melaksanakan tugas itu.
Kebolehan-kebolehan ini digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu.
Aras gerak balas nyata dan kompleks menyatakan bahawa pada peringkat ini,
seorang murid itu boleh melakukan satu tindakan atau perlakuan otot yang dianggap
kompleks. Ini kerana bentuk gerakannya yang rumit. Pada peringkat ini, satu kadar
kemahiran yang tinggi telah dicapai. Tindakan itu boleh dijalan dengan licin dan berkesan. Ia
menggunakan kuasa dan tenaga yang minimum. Terdapat dua kategori iaitu ketetapan
ketidakpastian dan juga perlakuan automatik. Ketetapan ketidakpastian merupakan tindakan
itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugas.
Seseorang itu tahu rangkaian itu diperlukan dan kemudian maju dengan keyakinan.
Tindakan itu ditegaskan sebagai kompleks sikapnya. Manakala perlakuan automatic
menyatakan bahawa pada aras ini seseorang itu boleh melakukan satu kordinasi kelakuan
motor dengan kawalan otot dan mengerjakannya dengan mudah.
20
2.3 Jadual Spesifikasi Ujian Tahun 4
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KERTAS 1 (TAHUN 4)
UJIAN/PEPERIKSAAN : UJIAN BULANAN
BIL TOPIKSUB
TOPIK
ARASRENDAH
(50%)
ARAS SEDERHANA
(30%)
ARAS TINGGI (20%) JUMLAH
Pengetahuan25%
Kefahaman25%
Aplikasi15%
Analisis15%
Sintesis10%
Penilaian10%
1. TATABAHASA
KATA SENDI / 1
2.PENJODOH BILANGAN / 1
3.KATA GANTI NAMA DIRI
/ 1
4.KATA
ADJEKTIF/ 1
5. IMBUHAN
6.KATA
ADJEKTIF/ / 2
7. KATA KERJA / 1
8. KATA HUBUNG / 1
9. KATA BANTU / 1
10. KATA BILANGAN
/ 1
11.KATA
PENGUAT/ 1
12.KATA
PENEGAS/ 1
13.KATA ARAH
14. PENGGUNAAN PERKATAAN BETUL / 1
15 KATA GANDA
16PENJODOH BILANGAN
/ 1
17 PERIBAHASA / / 2
18PENANDA WACANA
19 SINONIM / 1
20 ANTONIM
21 KATA TANYA
22 AYAT TANYA / / 2
23. AYAT TUNGGAL
/ 1
24. KEFAHAMANPETIKAN ARTIKEL
25.PETIKAN LAPORAN
JUMLAH SOALAN 5 5 3 3 2 2 20
Jadual 4: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
21
Jadual 4 di atas adalah menunjukkan Aras untuk membina soalan Bahasa Melayu Tahun 4
yang terdiri daripada 20 soalan okjektif. Semua sub topik disenaraikan di sebelah kiri
(sebelah paksi topik) manakala aras kognitif pada paksi mendatar yang mengandungi aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kesemua aras tersebut
telah di kelaskan mengikut katogeri aras rendah, sederhana da naras tinggi.
Dalam jadual di atas juga menunjukkan sub topik Kata sendi no soalan 1 dalam aras
pengetahuan katogeri aras rendah. Taburan item mengikut aras dalam JSU di atas bagi item
objektif seperti berikut:
Aras Rendah 50%Pengetahuan 25%
Kefahaman 25%
Aras Sederhana 30%Aplikasi 15%
Analisis 15%
Aras Tinggi 20%Sintesis 10%
Penilaian 10%
Jadual 5: Aras Soalan JSU
Berdasarkan kepada aras yang telah ditentukan dalam pembinaan soalan untuk Bahasa
Melayu Tahun 4 ditentukan peratus setiap aras adalah kerana soalan yang dibina tidak
bercampur aduk dan tidak seimbang. Aras rendah sebanyak 50% untuk pengetahuan 25%
dan kefahaman 25% adalah peratusan yang tertinggi kerana ia membantu murid lemah
untuk skor dalam ujian objektif. Soalan-soalan yang dibina juga berdasarkan sub topik
pelajaran. Manakala untuk aras sederhana pula, sebanyak 30%, merangkumi aplikasi 15%
dan analisis 15%. Aras sederhana hanya 30% juga boleh membantu pelajar yang lemah dan
tahap sederhana skor markah untuk ujian ojektif. Aras yang terakhir ialan aras tnggi iaitu
merangkumi sintesis dan penilaian masing-masing sebanyak 10%. Aras ini adalah aras
paling sukar dan jumlah soalan yang dibina sedikit berbanding dengan yang lain.
Sungguhpun begitu, untuk aras ini besar kemunngkinan pelajar yang lemah sukar untuk
skor.
22
2.4 Analisis Item Soalan Bahasa Melayu
Responden
Bil. Item
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JB BT BR IK ID
1 0 1 1 1 1 1 1 0 0 1 7 4 30.7
0.20
2 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 8 4 40.8
0.00
3 0 1 1 1 1 0 0 0 1 1 6 5 10.6
0.80
4 0 0 0 0 1 1 0 1 1 1 5 3 20.5
0.20
5 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 9 4 50.9
0.20
6 0 1 1 1 1 1 0 1 0 1 5 2 30.5
-0.20
7 0 0 1 1 1 0 0 0 1 1 5 5 00.5
1.00
8 1 0 1 1 1 0 0 1 1 1 7 5 20.7
0.60
9 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 5 51.0
0.00
10 1 0 1 1 1 0 0 0 1 0 5 4 10.5
0.60
11 0 0 0 0 0 1 0 1 1 1 3 2 10.3
0,20
12 0 1 0 0 1 1 1 1 1 1 7 3 40.7
-0.20
13 1 1 1 1 0 0 0 0 0 1 6 3 30.6
0.00
14 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1 8 5 30.8
0.40
15 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9 5 40.9
0.20
16 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 9 5 40.9
0.20
17 0 0 0 0 1 0 0 0 1 1 4 3 10.4
0.40
18 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 3 2 10.3
0.20
19 0 0 0 0 1 1 0 0 1 1 4 3 10.4
0.40
20 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 9 5 40.9
0.20
JB 10 14 17 18 21 19 12 21 25 29
Jadual 6: Analisis Ujian Bulanan
23
Berdasarkan jadual 6, adalah analisis bagi item soalan Bahasa Melayu. Jadual tersebut juga
menunjukkan sebanyak 20 item soalan dan seramai 10 orang responden. Di dalam jadual
tersebut juga terdapat jumlah responden menjawab item soalan dengan betul (JB), Indeks
Kesukaran (IK), Indeks Diskriminasi (ID), Jumlah responden dalam kumpulan skor tinggi
menjawab dengan betul (BT), Jumlah responden dalam kumpulan skor rendah menjawab
dengan betul.
2.4.1 Indeks Kesukaran
Indeks kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama adasesuatu
item itu mudah dijawab atah sukar dijawab. Pengukuran IK adalah bertujuan untukmengenal
pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati item yangdibina tidak
dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar. Selain itu, IK juga mampumengenal pasti dan
melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum,iaitu sama ada pelajar
dapat menguasai sesuatu sukatan itu. IK turut memberi maklumbalas kepada pelajar
tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaranyang diuji.Bagi soalan
berbentuk objektif, IK ini dikira dengan menggunakan nisbah pelajar yangmenjawab dengan
betul daripada jumlah keseluruhan pelajar. Nilai IK adalah berada dalam julat 0.00 hingga
1.00. Semakin tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item itu denganbetul, maka
semakin mudah item tersebut (Wood, 1960). Nilai dalam julat ini menunjukkantahap
kesukaran item yang semakin berkurang dari nilai 0.0 hingga 1.0. Julat kesukaranitem yang
ideal adalah item yang nilai IK berada dalam lingkungan 0.3 hingga 0.8. Jika nilaiIK ialah
kurang dari 0.3, maka ini bermakna item itu merupakan item yang sangar sukar.Julat IK
yang lebih dari 0.8 sehingga 1.00 pula merupakan item yang mudah dan item iniperlu diubah
agar tahap kesukarannya dapat ditingkatkan. Bagi Indeks kesukaran nilai boleh dihitung
menggunakan formula:
Indeks Kesukaran
(IK)=
Bilangan responden menjawab betul
Bilangan responden
24
Sebagai contoh untuk mengira Indeks kesukaran yang diperolehi responden pertama.
Responden pertama jumlah betul sebanyak 7 dan dibahagi kepada jumlah keseluruhan
responden sebanyak 10 orang maka jumlah indeks kesukaran tersebut ialah 0,7. Contoh
pengiraan seperti di bawah:
I
K=
7
10
0.00 0.30 0.80
Item Sukar Sederhana MudahGraf: Indeks Kesukaran
Graf di atas ialah menujukkan graf untuk menentukan Indeks Kesurakaran item yang telah
dibina. Sama ada item tersebut berada di tahap yang sukar, sederhana atau mudah. Untuk
menentukan tahap tersebut ialah hasil daripada pengiraan mengikut formula yang telah
ditetapkan. Jika keputusan yang diperolehi kurang daripada 0.30 maka item dibina tersebut
adalah merupakan item yang sukar, item yang terlalu sukar perlu diubah. Manakala jika
item tersebut berada dalam lingkungan antara 0.30 dan 0.80 item tersebut di tahap yang
sedehana dan jika item tersebut melebihi 0.80 item tersebut terlalu mudah dan perlu diubah
suai. Item yang sukar mempunyai nilai IK yang rendah, sebaliknya item yang mudah
mempunyai IK yang tinggi. Julat IK dan tahap kesukaranitem dapat ditunjukkan dengan
lebih jelas dalam Jadual 7.
Indeks Kesukaran Pentafsiran item KeputusanIK < 0.3 Terlalu Sukar Ubah suai
0.3 ≤ IK ≤ 0.8 Sederhana TerimaIK > 08 Terlalu mudah Ubahsuai
Jadual 7: keputusan Indeks Kesukaran
25
Hasil daripada perkiraan untuk IK soalan yang telah dibina seperti berikut:
ItemBilangan
MenjawabBetul – ( n )
Indeks Kesukaran Item(IK)
Pengkelasan Item
Keputusan
1 7/10 0.7 Sederhana Terima 2 8/10 0.8 Terlalu mudah Ubahsual3 6/10 0.6 Sederhana Terima 4 5/10 0.5 Sederhana Terima 5 9/10 0.9 Terlalu mudah Ubahsual6 5/10 0.5 Sederhana Terima 7 5/10 0.5 Sederhana Terima 8 7/10 0.7 Sederhana Terima 9 10/10 1.0 Terlalu mudah Ubahsual
10 5/10 0.5 Sederhana Terima 11 3/10 0.3 Terlalu Sukar Ubahsuai12 7/10 0.7 Sederhana Terima 13 6/10 0.6 Sederhana Terima 14 8/10 0.8 Terlalu mudah Ubahsual15 9/10 0.9 Terlalu mudah Ubahsual16 9/10 0.9 Terlalu mudah Ubahsual17 4/10 0.4 Sederhana Terima 18 3/10 0.3 Terlalu Sukar Ubahsuai19 4/10 0.4 Sederhana Terima 20 9/10 0.9 Terlalu mudah UbahsualJadual 8: Analisa Indeks Kesukaran berdasarkan item yang telah diuji ke atas 10
orang responden yang dipilih secara rawak
Petunjuk
Terlalu sukar
Sederhana
Terlalu mudah
2.4.1.1 Ulasan Analisa Item Indeks Kesukaran.
Item Indeks Kesukaran Ulasan / Catatan
25
14151620
0.80.90.80.90.90.9
Semua / hampir semua murid telah menjawab soalan dengan betul. Mengikut keputusan pengkelasan item, soalan ini perlu diubahsuai kerana arasnya yang terlalu mudah.
1118
0.30.3
-Peratus murid yang menjawab betul soalan ini agak rendah. Item ini dalamkategori sukar, namun masih diterima untuk pengujian kerana dalam pembinaan item / soalan JSU ada
26
kategori soalan sukar iaitu sebanyak 20% atau 4 soalan.
Jadual 9: Ulasan Analisa Item IK
Bagi item / soalan lain yang berada di dalam kategori sederhana ia akan disimpan terus ke
dalam bank soalan supaya boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki.
2.4.2 Indeks Diskriminasi
Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara pelajar kumpulan
tinggi dan pelajar kumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991) berpendapat bahawa
item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara pelajar yang
berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Julat ID boleh berada
dalamlingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item
tersebutboleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan tinggi tetapi ramai pelajar kumpulan
rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi yang negatif pula
menunjukkan bahawa item tersebut tidak bleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan tinggi
tetapi kumpulan rendah pula yang boleh menjawabnya. Langkah-langkah diskriminasi telah
dicadangkan oleh Mehrens & Lehmann seperti di bawah ;
Indeks Dikriminasi
(ID)=
BT - BR
1/2J
Di mana,
BT mewakili jumlah responden dalam kumpulan skor tinggi menjawab item dengan betul
BR mewakili jumlah responden dalam kumpulan skor rendah menjawab item dengan betul
J mewakili jumlah responden dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor
rendah.
Analisis ID sesuatu item adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang perludiajar
semula serta bagi melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulumyang
tidak dikuasai oleh pelajar kumpulan tinggi. Selain itu, ID juga akan memberi maklum balas
kepada pelajar kumpulan tinggi tentang kelemahan mereka bagi setiap tajukpengajaran
yang diuji. ID turut membantu untuk mengenal pasti soalan yang berat sebelahkepada
sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaranatau
langsung tidak diajar.
Hasil penganalisisan item daripada kiraan ini adaah seperti berikut:
27
Nilai ( ID) Pentafsiran Item Keputusan
ID > 0.40Diskriminasi positif yang
tinggiAmat sesuai diterima
0.20 < ID ≤ 0.40Diskriminasi positif yang
sederhanaUbah suai item
0 ≤ ID ≤ 0.20Diskriminasi positif yang
rendahTulis item semula
ID < 0Diskriminasi negatif prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
Item buruk dan harus dibuang
Jadual 10: Keputusan Indeks Diskriminasi
A. Pencapaian responden tertinggi
ItemResponden
3 4 5 9 101 0
2 0
3
4 0 0
5 0
6 0
7
8
9
10 0
11 0 0 0
12 0 0
13 0 0
14
15
16
17 0 0
18 0 0 0
19 0 020
Jumlah Betul 0 0 0 0 0Jadual 11: Pencapaian Responden Tertinggi
28
B. Pencapaian responden terendah
ItemResponden
1 2 6 7 8
1 0 0
2 0
3 0 0 0 0
4 0 0 0
5
6 0 0
7 0 0 0 0 0
8 0 0 0
9
10 0 0 0 0
11 0 0 0
12 0 1
13 0 0 0
14 0 0
15
16 0
17 0 0 0 0 0
18 0 0 0 0
19 0 0 0 0
20 0
Jumlah Betul 0 0 0 0 0
Jadual 12: Pencapaian Responden Terendah
29
Hasil daripada perkiraan untuk ID item soalan yang telah dibina seperti berikut:
ItemJawapan
betulBT
Jawapan betul BR
BT - BR(ID)= ----------- ½ J
Pentafsiran Item Keputusan
1 4 3 0.20 Positif Sederhana Ubahsuai item2 4 4 0.00 Negatif Prestasi Harus dibuang3 5 1 0.80 Positif Tinggi Diterima4 3 2 0.20 Positif Sederhana Ubahsuai item5 4 5 0.20 Positif Sederhana Ubahsuai item6 2 3 -0.20 Negatif Prestasi Harus dibuang7 5 0 1.00 Positif Tinggi Diterima8 5 2 0.60 Positif Tinggi Diterima9 5 5 0.00 Negatif Prestasi Harus dibuang
10 4 1 0.60 Positif Tinggi Diterima11 2 1 0,20 Positif Sederhana Ubahsuai item12 3 4 -0.20 Negatif Prestasi Harus dibuang13 3 3 0.00 Negatif Prestasi Harus dibuang14 5 3 0.40 Positif Tinggi Diterima15 5 4 0.20 Positif Sederhana Ubahsuai item16 5 4 0.20 Positif Sederhana Ubahsuai item17 3 1 0.40 Positif Tinggi Diterima18 2 1 0.20 Positif Sederhana Ubahsuai item19 3 1 0.40 Positif Tinggi Diterima20 5 4 0.20 Positif Sederhana Ubahsuai item
Jadual 13: Analisa Indeks Diskriminasi berdasarkan item yang telah diuji ke atas 10 orang responden yang dipilih secara rawak
2.4.2.1 Ulasan Analisa Item Indeks Diskriminasi
Item Indeks Kesukaran Ulasan / Catatan
269
1213
0.00-0.200.00-0.200.00
Item yang negatif prestasi harus dubuang dan merupakan item buruk. Soalan ini merupakan soalan aras pengetahuan dan kefahaman. Soalan ini tidak harus digunakan lagi dan guru harus membina semula soalan yang baru.
145
1115161820
0.200.200.200.200.200.200.200.20
Item yang dibina adalah positif sederhana. Item tersebut daripada pelbagai aras. Semua item terssebut hendaklah di ubah dan ditulis semua demi meningkatkan kualiti item.
Jadual 9: Ulasan Analisa Item ID
30
Bagi item yang berada dalam kategori baik, sederhana baik dan sangat baik, ia akan terus
disimpan di bank soalan dan akan digunakan pada pelajar-pelajar lain pada bila-bila masa
yang diingini oleh guru. Soalan yang tidak baik dan kurang baik pula boleh diubahsuai
untuk meningkatkan kualiti.
2.5 Kekuatan dan Kelemahan Item
Secara keseluruhan item-item yang dibina mempunyai kekuatan dan kelemahan. Di
antaranya, soalan tersebut terlalu sukar, terlalu mudah dan ada yang perlu di ubahsuai. Ini
mungkin kerana aras soalan atau bentuk soalan tidak sesuai dengn kemampuan murid,
soalan berbentuk objektif juga mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Kekuatan
item ujian objektif di antaranya ialah dapat merangkumi semua bidang pelajaran dan isi
pelajaran secara luas. Selain itu ia juga menjamin keadilan pemarkahan. Soalan objektif
juga hanya memerlukan masa yang pendek untuk menjawab dan memeriksa. Dalam ujian
objektif ini ia dapat mengukur proses mental yang tinggi selain itu calon dapat menjawab
soalan walaupun lemah dalam penguasaan Bahasa. Item objektif yang telah dibina juga
mempunyai dianogsis yang tinggi. Bahkan ia dapat diperiksa menggunakan komputer atau
alat scanner sahaja.
Walaubagaimanapun, item ujian objektif juga mempunyai kelemahan tersendiri. Di
antaranya, pembinaan ujian memerlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang tinggi. Ujian
ini juga memberi ruang kepada murid-murid membuat tekaan jawapan tanpa membaca
soalan atau memahami soalan dengan baik. Ujian ini juga tidak dapat mengukur keaslian
jawapan. Sebahagian calon tidak membuat persediaan secukupnya kerana mereka boleh
menjawab berasaskan pilihan jawapan yang diberi. Tambahan pula, item ini sukar untuk
menyediakan soalan yang bermutu tinggi dan ia kurang sesuai untuk mengukur tahap
kognitif peringkat tinggi. Ia juga tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur,
membuat sintesis dan kekreatifan calon dalam mengeluakan idea. Ujian objektif juga kurang
sesuai untuk ujian formatif secara amnya.
31
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kita telah mempelajari secara terperinci tentang Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sebelum ke langkah menghasilkan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) sebagai seorang guru harus tahu tentang konsep dan prinsip pengujian,
pengukuran dan pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai
perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU
yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU
mempunyai peranan yang penting.
Penilaian / pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga
akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian
yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan
yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan.Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dari kertas
kerja kursus yang kami sediakan ini, item / soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk
digunakan oleh pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut
tidak menunjukkan sebarang kesukaran / perbezaan yang melampau.
Sebelum menghasilkan item ujian perlulah mengetahui langkah-langkah untuk
menghasilkan JSU. Membina item atau soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai
pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai
kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina item ujian bukan sahaja
mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu
mengukur pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul. Oleh itu,
berdasarkan soalan pelbagai aras ini, guru dapat menilai sejauh mana keupayaan pelajar
untuk menyimpan maklumat dalam stor ingatan jangka panjang mereka serta dapat menguji
keberkesanan fakta dan teori yang disampaikan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Akhir sekali, setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam
bidang pembinaan ujian agar murid / pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari
dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan murid
agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka.
32
4.0 Refleksi
Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'inu ala umuridunnya waddin, washala tu wasala
mu'ala asrafil anbiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi wamantabi'ahu ilayaumiddin.
Salam sejahtera kepada pensyarah subjek Pengajian Melayu, Cik Caroline Lorena.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat
Nya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Tanpa belas kasih
sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak akan berjaya menyempurnakan tugasan
Pentaksiran Bahasa Melayu ( E ) Sekolah Rendah (BMM 3033E). Seperti yang di
maklumkan kepada semua guru pelatih, tugasan ini dijalankan secara individu. Jika tidak
berusaha untuk membentuk gagasan ingin berjaya, sudah tentu tugasan ini berlanngsung
kelam-kabut asalkan siap sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan
cemerlang dan berkualiti agar matlamat dan objektif yang ingin dicapai akan terlaksana.
Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar.
Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tsunami tugasan di IPG
ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan wajar harus dilalui oleh
seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya
kalau tidak mahu berkorban, dan apa maknanya ingin berjaya, pemikiran negatif selalu
sangat bersarang di minda? Jadi, saya tidak mencampakkan diri dalam pemikiran negatif
untuk melaksanakan tugasan ini. Pengurusan masa seseorang pelajar itu adalah penting
yang paling dominan dan seignifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada tekanan
negative dan rengekan jengkel yang berbunyi, malah menyalahkan tugasan-tugasan
tertentu.
Bagaimana tugasan ini dihasilkan? Sebaik sahaja menerima soalan tugasan ini,
pensyarah, saya berusaha untuk memahami kehendak soalan. Dalam masa yang sama,
saya berkoloborasi bersama rakan sekelas dan pensyarah. Bukan begitu sahaja, saya pun
bertanya beberapa soalan mengenai pelaksanaan tugasan ini daripada rakan-rakan
seopsyen agar dapat memahami dengan lebih jelas lagi mengenai kehendak soalan.
Tugasan ini menugaskan guru pelatih secara individu untuk menghasilkan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU), melaksanakan ujian, menganalisis markah serta mendapatkan
maklumat yang berkaitan konsep dan prinsip, pengujian, pengukuran, pentaksiran, dan
penilaian dalam Bahasa Melayu. Sebelum memulakan tugasan ini saya mencari bahan
rujukan dan pelbagai yang berkaitan di buku-buku rujukan dan internet serta di pusat
sumber. Sesungguhnya tugasan seperti ini memperoleh ilmu pengetahuan kepada saya
dalam menghasilkan JSU. Selain dapat mendalami ilmu tentang menyediakan soalan ujian,
33
malah saya juga belajar untuk mencari bahan maklumat daripada pelbagai sumber untuk
menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh.
Seterusnya, saya berusaha mencari responden untuk menjawab soalan ayng telah
dibina. Pada mulanya saya berasa berat dan sukar untuk melaksanakan tugasan ini kerana
saya sendiri belum menguasai sepenuhnya semua tajuk-tajuk yang diuji. Namun dengan
kerjasama yang utuh antara rakan-rakan, dapat juga saya menyempurnakan tugasan ini
dengan baik. Selebihnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka. Maka, saya
dapat menguasai pembelajaran ini kerana saya telah membuat perangcangan yang teliti dan
terperinci. Selain itu, saya dapat mengeratkan hubungan silaurahim antara rakan-rakan
walaupun berlainan unit dan berbeza umur. Hal ini disebabkan saya sering berjumpa
dengan rakan –rakan seopsyen mahupun tidak untuk membincangkan tugasan ini. Saya
berterima kasih kepadanya kerana mereka telah banyak memberi kerjasama dan komiten
yang tinggi sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini. Saya sedar bahawa bukan senang
untuk melakukan tugas secara individu.
Selain itu, responden juga amat bertolak ansur dan memberikan kerjasama yang
terbaik dalam saya melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada pihak yang terbabit
kerana banyak membantu. Hal ini berjaya kerana sikap kegigihan, bertanggungjwab, saling
percaya dan toleransi adalah penting bagi menyiapkan tugasan ini dan juga hendaklah
mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan faham antara rakan-rakan seopsyen.
Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai masalah yang telah saya hadapi. Di antaranya
sukar memahami soalan, tidak mahir membina soalan dan soalan-soalan yang di bina tidak
mengikut aras. Bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi saya berjumpa dengan kawan-
kawan opsyen Bahasa Melayu dan beberapa orang pensyarah. Segala teguran, kritikan dan
bimbingan saya terima dengan hati terbuka dan positif.n
Selepas tugasan ini selesai, saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan pada
masa yang ditetapkan. Tugasan kerja kursus pendek ini adalah tugasan yang perlu dihantar
sebelum cuti Raya Aidil Adha. Secara ringkasnya, hasil daripada perlaksanaan tugasan ini
memberikan saya banyak manfaat adalah seperti dapat menambah pengetahuan yang
boleh saya gunakan pada bila-bila masa selepas ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini
saya juga belajar banyak erti kehidupan seperti pengorbanan, kesabaran, kesungguhan,
semangat tidak putus asa, keilkhlasan, bersemangat tinggi, bijak mengurus waktu yang
cepat saja berlalu dan banyak lagi. Norma-norma ini sememangnya ditanam dan disuburkan
dalam diri saya ketika melaksanakan tugasan ini. Semoga dengan ilmu pengetahuan yang
saya perolehi menerusi tugasan ini, dapat menjadikan saya seoarang yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
34
35
Di samping itu, saya dapat menerapkan sifat-sifat keguruan dalam diri saya. Sifat-
sifat yang dimaksudkan adalah seperti berdedikasi, menepati masa, berdikari dan
sebagainya. Sebagai seorang guru yang baik, individu perlulah berdikari mencari bahan
rujukan dan membuat kajian mengenai tajuk yang akan disampaikan kepada murid. Saya
mencari maklumat sendiri melalui bahan rujukan di pusat sumber, laman web dan juga hasil
penukaran maklumat dengan rakan-rakan seopsyen yang lain. Secara tidak langsung, saya
dapat membimbing dan mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berketerampilan
kelak. Akhir kalam terima kasih saya ucapkan kepada Cik Caroline Lorena atas perkongsian
ilmu, ajaran, kritikan membina, bimbingan dan nasihat yang diberikan. Terima kasih juga
kepada rakan-rakan sekalian kerana sudi berkongsi idea dan membincangkan tugasan ini
dengan saya agar saya mampu menyiapkan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh.
Tidak dilupakan juga, mereka yang sentiasa menjadi sumber inspirasi saya, serta kepada
semua pihak yang menjayakan tugasan ini dengan sempurna, sama ada secara langsung
mahupun tidak lansung. Sekian, terima kasih.
36
Rujukan
Abdullah Hassan (1987). Isu-Isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Bloom, Benjamin S et al. (1979), taxonomy of Educational Ocjevtives. J.1, London: Longman
Group Ltd
Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2012). Retrieved Sep 17, 2015, from http://www.moe.gov.my
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krattwohl, DavidR, Bloom, BenjaminS. & Masia, Betram B., (Eds). (1964). Taxonomi of
Educational Objectives Handbook II. Affective Domain. London: Longman Group
Leighbody, G.B. 1968. Methods of teaching shop and technical subjects. New York: Delmar
Publishing.
Modul_PPG_Semester_2/BMM3103_Pentaksiran_Bahasa_Melayu_SR. (2012, Januari). Retrieved Februari 17, 2015, from http://www.lmsipda.net.
Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ryan, D.C. 1980. Characteristics of teacher. A Research study: Their description,
comparation, and appraisal. Washington, DC: American Council of Education.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Yahya Othman. 2005. Trend Bahasa Melayu. Pahang: PTS Profesional Publishing.
37