Post on 06-Feb-2018
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013
Maruwiah Ahmat 1
BAB 3
PERKEMBANGAN TAMADUN
ISLAM (BHG 1)
CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat
1
PENGENALAN
2
BAB PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Dibahagikan kepada TIGA peringkat:
1. Zaman Awal – zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa’ al-Rasyidin
2. Zaman Pertengahan – Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah
3. Zaman Kontemporari
ZAMAN AWAL
3
Pendahuluan
Kelahiran Islam di Mekah dan kemunculan
kerajaan Islam pertama di Madinah
merupakan titik bersejarah lahirnya tamadun
baharu yang merubah sejarah dunia.
Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai
tamadun Islam adalah berasaskan kepada
nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran Islam
itu sendiri.
ZAMAN AWAL
4
Zaman Rasulullah s.a.w Sebelum penurunan Islam dan perutusan Nabi
Muhammad, kehidupan masyarakatnya bergelumang
dengan pelbagai maksiat dan syirik
Rasulullah menyebarkan dakwah Islam melalui dua
cara: secara sulit dan secara berterus terang
Perkembangan tamadun Islam di zaman Rasulullah
terbahagi kepada dua period: period Mekah dan
period Madinah.
ZAMAN AWAL 5
Period Mekah (610-622 M)
Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan selama 13
tahun. Tumpuan baginda Rasulullah:
Pembangunan akidah
Membenteras maksiat dan kejahilan
Membenteras perhambaan
Pemulihan akhlak
Pembelaan kaum wanita
ZAMAN AWAL 6
Period Madinah (622-632 M)
Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib (Madinah) pada
622M.
Sumbangan baginda terhadap pembinaan tamadun
Islam di Madinah: 1. Aspek sosial
o Mempersaudarakan golongan Ansar
dan Muhajirin
o Mewujudkan perjanjian antara
masyarakat berbilang kaum
o Kedudukan wanita dibela
o Membina masjid – pusat ibadah,
bermesyuarat, pusat komuniti dsb.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013
Maruwiah Ahmat 2
ZAMAN AWAL 7
2. Aspek Politik
Rasulullah s.a.w menggubal dan membentuk perlembagaan Madinah bersumberkan al-Quran
Perlembagaan Madinah – 47 fasal:
23 fasal – hubungan sesama umat Islam
24 fasal – hubungan umat Islam dengan bukan Islam
Implikasi perjanjian – memantapkan kedudukan politik umat Islam dan wujud keamanan.
Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan hakim dari kalangan sahabat di beberapa wilayah spt. Yaman, Uman, Najran, Hadramaut.
Rasulullah turut mengasaskan majlis syura berfungsi sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan bagi membuat dasar pemerintahan dan menjaga kepentingan rakyat.
8
3. Aspek Ekonomi
Memperkenalkan cukai – zakat, jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) dan ‘usyur (cukai perniagaan)
Menghapuskan amalan riba
Penggunaan mata wang dinar (emas) dan dirham (perak)
Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber ekonomi seperti zakat, sedekah, jizyah, ghanimah dsb
Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam perniagaan, pertanian dan penternakan
ZAMAN AWAL
9
4. Aspek Dakwah
Rasulullah s.a.w menghantar para pendakwah dari
kalangan sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab
bagi menyebarkan ajaran Islam.
ZAMAN AWAL 10
5. Aspek Ketenteraan
Rasulullah s.a.w sebagai ketua tentera dan mengetuai hampir semua peperangan menentang musuh.
Antara strategi ketenteraan yang dilakukan oleh baginda:
Mengadakan perjanjian dengan pihak musuh
Merahsiakan jumlah tentera musuh yang akan dihadapi
Mengenal pasti tempat strategi di medan perang
Penyamaran
Menggali parit
ZAMAN AWAL
11
6. Pendidikan
Masjid telah dijadikan sebagai institusi pendidikan
Rasulullah menggalakkan setiap peringkat masyarakat
menimba ilmu pengetahuan
Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa
daerah untuk mengajar
Baginda pernah meletakkan syarat kepada tawanan
perang yang ingin membebaskan diri dengan
mengajar anak-anak penduduk Madinah sehingga
pandai menulis dan membaca.
ZAMAN AWAL 12
ZAMAN AWAL
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013
Maruwiah Ahmat 3
13
Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun 632M, tampuk pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin:
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634M)
Khalifah Umar al-Khattab (634-644M)
Khalifah Uthman Affan (644-656M)
Khalifah Ali Abi Talib (656-661M)
Mereka meneruskan dakwah baginda Rasulullah dan meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran.
ZAMAN AWAL 14
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
Tertumpu kepada menghapuskan gerakan murtad
(yang enggan membayar zakat) dan nabi palsu.
11 pasukan tentera ditubuh untuk memerangi
golongan tersebut.
Menghantar tentera pimpinan Usamah bin Zaid ke
Qudha’ah dan Abna ke Syria – tujuan melindungi
umat Islam drpd ancaman Rom dan Parsi.
ZAMAN AWAL
15
Mengumpulkan al-Quran hasil pandangan Saidina Umar akibat ramai penghafaz gugur syahid di medan perang. Dikumpulkan dan disatukan dalam bentuk mashaf dan disimpan di rumah Saidina Abu Bakar.
Membelanjakan 6000 dirham setahun untuk rakyat dan negara.
Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada beberapa wilayah – Madinah, Mekah, Taif, Syria, Yaman, Najran, Hadramaut, Bahrain dan Daumat al-Jandal. Dilantik seorang gabenor di setiap wilayah dan Madinah sebagai pusat pentadbiran.
ZAMAN AWAL 16
Zaman Khalifah Umar al-Khattab
Khalifah al-Rashidin paling lama berkuasa.
Pendidikan :
menubuhkan institusi pendidikan di kota-kota spt.
Basrah, Kufah, Fustat.
Menubuhkan kuttab (pra-sekolah)
Bentuk pendidikan – membaca, menulis, menghafaz,
berenang, menunggang kuda
ZAMAN AWAL
Memulakan kiraan Taqwim Hijrah.
17
Politik – perluasan wilayah – Afrika Utara, Asia Minor, Khurasan. Membahagikan wilayah – 8 : Madinah, Mekah, Syria, al-Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, Palestin. Setiap wilayah dilantik gabenor yang dibantu setiausaha, ketua tentera, pemungut cukai, hakim, pegawai perbendaharaan.
Pentadbiran - menubuhkan jabatan (dewan) – Jab. Tentera, Jab. Ganjaran dan Agihan, Jab. Pos, Jab. Cukai.
Sosial – menubuhkan pelbagai kemudahan. Menubuhkan baitulmal yang sistematik.
ZAMAN AWAL 18
Zaman Khalifah Uthman b Affan
Tidak banyak perubahan melainkan meneruskan usaha khalifah sebelumnya.
Sumbangan besar – penulisan al-Quran yang sistematik (dikenali sebagai Mashaf Uthmani)
Perluasan wilayah di mana seluruh wilayah Parsi, Tabristan, Azerbaijan, Armania berjaya ditakluki.
Menubuhkan armada laut Islam pertama untuk menawan Rom Timur
Abdullah b. Qays Harith – panglima tentera laut Islam pertama dan pernah melancarkan 50 serangan ke atas tentera Rom.
ZAMAN AWAL
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013
Maruwiah Ahmat 4
19
Zaman Khalifah Saidina Ali Abi Talib
Tidak banyak sumbangan yang dilakukan kerana
sibuk mengatasi masalah pemberontakan.
Sumbangan:
Menubuh dan menyusun pasukan polis (al-Syurtah)
Melengkapkan lagi pasukan bersenjata
Ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.
ZAMAN AWAL 20
ZAMAN AWAL
Perluasan wilayah Zaman
Rasulullah (SAW) Perluasan wilayah Zaman Khulafa’ Al-Rashidin
21
Zaman Pertengahan
1. Zaman Kerajaan Umayyah I (661-750 M)
2. Zaman Kerajaan Umayyah II (756-1031M)
3. Zaman Kerajaan Abbasiyyah (750-1258 M)
4. Zaman Kerajaan Uthmaniyyah (1299-1923)
ZAMAN PERTENGAHAN 22
Zaman Kerajaan Bani Umayyah
Diasaskan oleh Mu’awiyyah b. Abi Sufiyan selaku
khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas
mengambil-alih jawatan khalifah daripada Saidina
Ali
Bermula sistem pemerintahan secara warisan
Tahap pemerintahan:
Di Damsyik
Di Andalusia
ZAMAN PERTENGAHAN
23
ZAMAN PERTENGAHAN
Perluasan wilayah Islam zaman Bani Umayyah.
24
Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 1 di
Damsyik (661-750M):
1. Politik dan pentadbiran
Empat sistem
Khilafah – meneruskan sistem khilafah
Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem
pentadbiran
Sistem urus setia – melantik pegawai bagi mengumpul
rekod dan mengurus surat
Sistem hijabah – menjaga keselamatan khalifah
ZAMAN PERTENGAHAN
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013
Maruwiah Ahmat 5
25
2. Pendidikan dan Sosial
Sains dan teknologi mula berkembang seperti teknologi
pembuatan kapal, alat peperangan dan teknik pertanian.
Bermula aktiviti penterjemahan drpd bhs Latin ke bhs Arab
sejajar dgn pemerintahan al-Walid b. Abdul Malik yg
menjadikan bahasa Arab sbg bahasa rasmi.
Kota Basrah = pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
Ilmu al-Quran dan Hadith mula berkembang dan juga ilmu-
ilmu sains terutama di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz
Taraf kesihatan turut meningkat – dibina hospital pd zaman
khalifah al-Walid b. Abdul Malik dan hospital kusta pd
zaman khalifah Umar Abdul Aziz.
ZAMAN PERTENGAHAN 26
3. Ekonomi dan kewangan
Mata wang Byzantine dan Parsi ditukar kpd mata
wang Islam pd zaman khalifah Abdul Malik b. Marwan
Ditubuhkan baitulmal di setiap wilayah.
ZAMAN PERTENGAHAN
27
4. Seni bina
Seni bina masjid semakin menyerlah dengan ukiran
ayat-ayat al-Quran yang indah, adanya kubah, arca
dan sebagainya.
ZAMAN PERTENGAHAN 28
Masjid Qubbah As-Sakhrah atau Dome of the Rock di sebelah Masjid al-Aqsa telah
dibina pada zaman Khalifah Malik bin Marwan pada 691 M
ZAMAN PERTENGAHAN
29
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik
1. Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan tidak
jelas sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan
anggota keluarga.
2. Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij
yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan
Umayyah
3. Berlaku pertentangan etnik antara suku kaum Arab
Utara (Bani Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) sejak
sekian lama yang menyukarkan kerajaan Bani Umayyah
mewujudkan kesatuan.
ZAMAN PERTENGAHAN 30
4. Kelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian pemerintah yang hidup bermewah dan kurang memberi perhatian terhadap perkembangan agama.
5. Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan al-Abbas b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan kaum Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan pemerintah kerajaan Bani Umayyah.
ZAMAN PERTENGAHAN