Post on 16-Apr-2015
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 377
REKABENTUK MOTIVASI DI DALAM PERISIAN PERMAINAN
PEMBELAJARAN JAWI BAGI KANAK-KANAK: PENGINTEGRASIAN DI
ANTARA MODEL MOTIVASI BARAT DAN ISLAM
Noor Azli bin Mohamed Masrop
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Faculty of Information Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Malaysia
noorazli@kuis.edu.my
Nor Azan Mat Zin
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Faculty of Information Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Malaysia
azan@ftsm.ukm.my
Abdul Halim Tamuri
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Malaysia
Abstrak
Motivasi adalah satu pemboleh ubah yang penting dan perlu diambil kira apabila
membangun, mengawasi dan menilai keberkesanan pengajaran di dalam perisian permainan
komputer pembelajaran. Faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar mestilah
diambil kira ketika membangunkan perisian-perisian permainan ini. Walaubagaimanapun
model-model motivasi yang sedia ada untuk membina perisian pendidikan adalah lebih
cenderung kepada budaya/penulis barat. Oleh kerana itu kertas kerja ini akan membuat
perbandingan beberapa teori/model motivasi daripada penulis-penulis barat dan penulis timur
(Islam) supaya lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya melayu Islam/Malaysia untuk
diterapkan di dalam pembinaan perisian permainan pembelajaran Jawi yang akan digunakan
oleh kanak-kanak. Daripada perbandingan ini dicadangkan satu model rekabentuk motivasi
bagi perisian pendidikan yang lebih sesuai digunakan di dalam budaya masyarakat timur
(Islam).
Keywords: educational games, motivation, motivational models, Jawi, Islamic motivational
models
1. Pengenalan
Motivasi adalah satu pemboleh ubah yang penting dan perlu diambil kira apabila
membangun, mengawasi dan menilai keberkesanan pengajaran di dalam perisian permainan
komputer pembelajaran (Bixler, 2006). Faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi
pelajar mestilah diambil kira ketika membangunkan perisian-perisian multimedia ini (Huang,
Diefes-Dux, Imbrie, Daku, & Kallimani, 2004). Walaubagaimanapun model-model motivasi
yang sedia ada adalah lebih cenderung kepada budaya barat. Menurut Bixler (2006) seorang
penulis tidak boleh menolak adanya kesan sikap barat terhadap motivasi. Apabila sesuatu
penulisan banyak menggunakan rujukan-rujukan dari penulis-penulis barat, penulisan
tersebut akan lebih cenderung (biased) untuk membincangkan konstruk motivasi yang lebih
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 378
sesuai dengan budaya barat (Bixler, 2006). Walaubagaimanapun ahli psikologi barat hanya
membincangkan aspek jasmaniah (tubuh badan) dan aspek nafsiah tetapi meninggalkan aspek
rohaniah(2005). Menurut Baharuddin (2005, hlm. 43) ―Walaupun Psikologi Humanistik dan
Tranpersonal telah mengakui spiritual sebagai sebahagian dari elemen psikologi namun spirit
yang dimaksudkan bukan seperti yang dijelaskan dalam pandangan agama. Spirit yang
dimaksudkan Transpersonal ialah neotik iaitu inti terdalam dari kemanusiaan yang
merupakan sumber makna hidup dan potensi diri dari berbagai kemampuan dan sifat luhur
manusia yang luar biasa yang selama ini diabaikan oleh ahli psikologi‖. Kelopongan teori-
teori psikologi barat ini jelas terlihat apabila dasar-dasar/teori pembelajaran dan motivasi
yang telah digunakan di dalam Al Quran (lebih 14 abad/1400 yang lalu) dalam pendidikan
kerohanian bagi orang-orang mukmin hanya disedari/ditemui oleh ahli psikologi akan
kesignifikenannya di dalam proses belajar setelah kebelakangan ini, iaitu pada awal-awal
abad ke 20 Masehi ini (Najati, 2001). Sedangkan menurut (Mook Soon Sang, 2009) sebelum
abad ke 16 menurut pandangan barat (terutamanya institusi gereja) kanak-kanak dipandang
sebagai insan yang berdosa, dikuasai syaitan dan perlu dibersihkan dengan menghalaunya
daripada tubuh kanak-kanak melalui istiadat baptis.
Oleh kerana itu kertas kerja ini akan membuat perbandingan beberapa teori/model
motivasi daripada penulis-penulis barat dan kemudianya membincangkannya dari aspek
pandangan penulis timur (Islam) supaya lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya
melayu Islam/Malaysia untuk digunakan di dalam perisian permainan pembelajaran Jawi.
Perbincangan yang seterusnya akan membincangkan mengenai konsep motivasi dan beberapa
teori/model motivasi yang akan digunakan di dalam pembangunan perisian permainan
pendidikan.
2. Definasi Motivasi
Motivasi mempunyai banyak definisi yang menjelaskan bidang ilmu yang sangat luas.
Beberapa buah buku boleh dan telah ditulis mengenai definisi dan aplikasinya di dalam
persekitaran lain pembelajaran dan persekitaran lain (Bixler, 2006). Menurut Ormrod (2006,
hlm. 365) ―motivation is something that energizes, directs and sustains behavior; its gets
students moving, point them in a particular direction, and keeps them going. Crow dan Crow
(1983) pula menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia
mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Definisi yang digunakan di dalam kajian ini ialah:
perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan keseronokan dan minat seseorang
individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu.
3. Jenis-Jenis Motivasi
Terdapat berbagai kategori jenis-jenis motivasi yang telah diberikan oleh ahli-ahli psikologi
yang berlainan. Di antara klasifikasi-klasifikasi tersebut adalah 1)fisiologi dan psikologi;
2)motivasi asas (primary motives) dan motivasi yang dipelajari (learned motives) dan
3)motivasi intrinsik dan motivasi intrinsik (Mook Soon Sang, 2010). Tumpuan kajian ini
memberikan fokus kepada motivasi intrinsik yang sesuai digunakan di dalam pembinaan
perisian permainan pembelajaran.
4. Teori Motivasi Menurut Perspektif Islam
Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu telah datang
dengan teori-teori pendidikan (termasuk motivasi) yang komprehensif bersumber Al-Quran
dan As Sunnah (Muhanna, 1990). Menurut Baharuddin (2005) di antara perkara utama yang
membezakan di antara psikologi Islam dan Barat adalah persoalan tentang manusia.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 379
Perbezaan pandangan tentang manusia di kalangan ahli Psikologi Barat sendiri telah
melahirkan berbagai-bagai teori yang berkembang di Barat. Psikologi Islami telah
membangunkan teori dan konsep tentang manusia bersumberkan kitab suci Al Quran yang
menyeluruh meliputi 1)Jasmaniah (tubuh fizikal) 2)Nafsiah (Al-nafsu, al-‗aql dan al-qalb)
dan 3)Ruhaniah. Manakala Psikologi Barat hanya membincangkan aspek jasmaniah (tubuh
badan) dan aspek nafsiah sahaja dan aspek rohaniah tidak terjangkau di dalam psikologi
Barat. Sebagai contohnya Psikologi Fisiologi dan behaviorisme hanya membincangkan aspek
jasmaniah ; Psikoanalisa Sigmund Freud hanya membincangkan aspek nafsiah ; manakala
teori Humanistik hanya membincangkan aspek Jasmaniah dan Nafsiah sahaja (Baharuddin,
2005). Walaupun Psikologi Humanistik dan Tranpersonal telah mengakui spiritual sebagai
sebahagian dari elemen psikologi namun spirit yang dimaksudkan bukan seperti yang
dijelaskan dalam pandangan agama. Walaubagaimanapun perbincangan lanjut perbezaan ini
adalah di luar lingkup kertas kerja ini. Kertas kerja ini hanya akan membincangkan prinsip-
prinsip motivasi yang digunakan oleh Al Quran di dalam mendidik umat Islam.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah mengandungi teori-teori
pendidikan dan psikologi (termasuk motivasi) yang komprehensif (Muhanna, 1990). Konsep-
konsep motivasi ini telah lama diaplikasikan di dalam pendidikan di dalam dunia Islam dan
para sarjana Islam telah menulis mengenai mengenainya (psikologi manusia dan motivasi)
secara intensif walaupun istilah psikologi tidak wujud pada ketika itu (Haque, 2004).
Menurut Haque (2004) di dalam penulisan-penulisan sarjana Islam istilah nafs (self or soul)
digunakan. Nafs merangkumi topik yang luas iaitu qalb(hati), ruh, aql(intelek/kognitif) dan
irada (kehendak). Sebagai contohnya Al-Ghazali(2007) (1058-1111 masihi, 450-505 hijrah)
telah mengemukakan teori keperluan (fitrah) dan personaliti (Mook Soon Sang, 2009) jauh
lebih awal dari teori yang telah dikemukakan oleh Maslow(1970). Haque (2004) pula telah
menyenaraikan sebahagian tokoh sarjana Islam yang menyumbang di dalam bidang ini iaitu
1) Al Ash‘ath Bin Qais Al-Kindi (801–866), 2) Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari (838–870), 3)
Abu Zaid Al-Balkhi (850–934), 3) Abu Bakr Mohammad Ibn Zakariya Al-Razi (864–932), 4)
Abu Nasr Mohammad Ibn Al-Farakh (Al-Farabi) (870–950), 5) Abul Hasan Ali Abbas Al-
majusi (D. 995), 6) Ikhwan Al-Safa: The Bretheren of Purity (10th century A.D.), 7) Abu Ali
Ahmad B. Muhammad B. Ya‘kub Ibn Miskawayh (941–1030), 8) Abu ‗Ali Al-Husayn B.
‗Abd Allah Ibn Sina (980–1037), 9) Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali (1058–1111), 10)
Abu Bakr Mohammed Bin Yahya Al-Saigh Ibn Bajjah (1095–1138), 11) Ibn Al-Ayn Zarbi
(D. 1153), 12) Abu Bakar Muhammad Bin Abdul Malik Ibn Tufayl (1110–1185), 13) Abu‘l
Walid Muhamad Bin Ahmad Ibn Rushd (1126–1198), 14) Fakhr Al-Din Muhammad Umar
Al Razi (1149/50–1209) dan 15) Muhyid-Din Muhammad Ibn Ali (Ibn Arabi) (1164–1240).
Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari sebagai contohnya adalah merupakan pelopor dalam bidang
perkembangan kanak-kanak menerusi bukunya Firdaus Al Hikmah. Abu Zaid al-Balkhi pula
merupakan ahli psikologi kognitif dan perubatan yang pertama yang telah berjaya
membezakan dengan jelas di antara neuroses dan psychoses (Haque, 2004). Ahli psikologi
Muslim yang terkini juga telah membincangkan mengenai teori-teori motivasi menurut
perspektif Islam. Bahagian seterusnya akan membincangkan dengan lebih lajut teori-teori
yang dikemukan oleh penyelidik-penyelidik Islam kini seperti Najati (2001, 2006), (Alizi &
Mohamad Zaki (2005), Alawneh (1999) dan Zaleha & Hassoubah (2008)
4.1 Najati (2001, 2006)- Motivasi dalam Al Quran dan hadith Nabi
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 380
Najati (2001) telah mengemukakan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan yang telah
digunakan oleh Al Quran dan kaedah pendidikan yang digunakan oleh Nabi Muhammad
S.A.W (Najati, 2006). Najati telah membincangkan teori motivasi di dalam Al Quran dalam
bentuk 1)motivasi fisiologi seperti motivasi menjaga kelangsungan hidup dan motivasi
menjaga keturunan, 2)Motivasi kejiwaan/spritual seperti motivasi kejiwaan, motivasi spritual,
3) Motivasi tidak sedar 4)konflik di antara motivasi-motivasi 5)kaedah untuk mengawal
motivasi dan 6)penyimpangan motivasi-motivasi. Najati (2001) juga telah membincangkan
di antara kaedah yang digunakan di dalam Al-Quran adalah untuk menimbulkan motivasi
pembelajaran seperti:
i. Menimbulkan Motivasi dengan Memberikan Harapan (targhib) dan Ancaman(tarhib).
Manusia cenderung melakukan perbuatan yang menyeronokkan dan menjauhi
perbuatan yang menyakitkan. Banyak eksperimen yang telah dilakukan oleh ahli
psikologi moden tentang perkara ini. Ayat-ayat targhib di dalam Al-Quran yang
menerangkan tentang kenikmatan syurga akan membangkitkan cita-cita umat Islam
untuk mendapatkan kenikmatan ini dan berpegang teguh pada takwa manakala ayat-
ayat tarhib yang menerangkan tentang siksa neraka akan membuatkan mereka
menjauhi segala perbuatan dosa. Penggunaan kedua-dua kaedah ini secara bersama
adalah lebih berkesan berbanding dengan hanya menggunakan salah satu kaedah
sahaja.
ii. Membangkitkan motivasi dengan kisah-kisah
Melalui cerita Al Quran memberi nasihat dan membimbing serta mendidik manusia
berbagai pelajaran dan hikmah. Menurut Najati (2001) kebiasaannya kisah di dalam
Al Quran dimulai dengan ringkasan cerita diikuti dengan penceritaan kisah secara
mendalam. Contohnya seperti kisah Ashabul Kahfi. Ada juga kisah yang dimulai
dengan menyebut akibat dan tujuan terlebih dahulu sebelum kisah diceritakan.
iii. Memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting
Peristiwa-peristiwa dan masalah-masalah merupakan salah satu faktor yang dapat
membangkitkan motivasi. Al Quran telah menceritakan peristiwa-peristiwa penting
yang dilalui oleh umat Islam terdahulu dan penyelesaian masalah yang telah diambil
sebagai panduan kepada umat kini. Kepentingan memanfaatkan peristiwa-peristiwa
penting ini juga boleh dilihat dari sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al Quran
(asbabunnuzul). Kebanyakkan ayat Al Quran juga diturunkan bertepatan dengan
peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu.
Menurut Najati motivasi adalah merupakan sebahagian daripada prinsip-prinsip pembelajaran
yang telah digunakan di dalam Al Quran dan Rasulullah di dalam mendidik umat Islam.
Penulis merasakan prinsip-prinsip yang selebihnya juga perlu di bincangkan di dalam kertas
kerja ini kerana ia berkait rapat dengan motivasi pembelajaran seseorang. Oleh yang
demikian bahagian yang seterusnya akan membincangkan prinsip-prinsip pembelajaran ini.
4.1.1. Ganjaran (reward)
Najati (2006) juga telah membincangkan mengenai penghargaan/ganjaran (reward) di dalam
pembelajaran pendidikan. Bentuk-bentuk ganjaran yang digunakan oleh Al-Quran dan
Rasulullah tidak hanya berbentuk kebendaan tetapi juga di dalam bentuk abstrak seperi
pujian, penghargaan dan motivasi. Dari segi jangkamasa ganjaran pula, terdapat tiga bentuk
yang digunakan oleh Al Quran dan Rasulullah iaitu 1)pemberian ganjaran secara sertamerta
contohnya Rasulullah SAW telah memerintahkan agar bayaran upah pekerja hendaklah di
bayar sebelum kering peluh pekerja, 2)menangguhkan pemberian ganjaran dalam tempoh
jangka panjang contohnya ganjaran bagi orang yang berbuat kebaikan ialah syurga
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 381
3)pemberian ganjaran tanpa menetapkan batasan masa yang jelas sebagai contohnya malam
lailatur Qadar yang bersamaan dengan ganjaran seribu bulan tidak dinyatakan masanya
dengan jelas. Menurut Najati (2006) perkara ini dapat merangsang motivasi umat Islam
untuk beramal sepanjang bulan Ramadhan terutama sepuluh malam yang terakhir.
4.1.2. Pembahagian waktu belajar
Di antara prinsip-prinsip pembelajara yang digunakan oleh Al Quran ialah pembelajaran
hendaklah di selangi dengan waktu rehat (Najati, 2001, 2006). Perkara ini dapat dilihat
apabila Al Quran sendiri diturunkan dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Rasulullah sendiri
mendidik dan memberikan nasihat di dalam selang masa ini bagi mengelakkan para sahabat
berasa jemu atau bosan.
4.1.3. Bertahap didalam mengubah tingkahlaku
Di dalam pendidik bangsa Arab yang sudah terkenal dengan tradisi buruk yang telah
mengakar umbi di dalam masyarakat mereka Rasulullah SAW telah menggunakan kaedah
iaitu 1)kaedah penanaman iaitu menamkan keimanan di dalam diri manusia 2)menggunakan
kaedah bertahap didalam pendidikan contohnya seperti pengharaman arak telah melalui tiga
fasa iaitu larangan menjauhinya, larangan bersolat ketika solat dan larangan secara mutlak.
4.1.4. Pengulangan
Al Quran dan Rasulullah SAW menggunakan prinsip pengulangan ketika mendidik manusia.
Sebagai contohnya Rasulullah akan mengulangkan sehingga tiga kali sehingga para sahabat
benar-benar memahami ajaran yang disampaikan. Menurut Najati (2001) pengulangan kisah-
kisah di dalam Al Quran bukanlah pengulangan secara total melainkan hanya menyebut
beberapa peristiwa pada suatu kisah yang sesuai dengan kandungan surah itu. Apabila
berlaku pengulangan serangkai kisah, biasanya akan dikemukan sesuatu yang baru dan
berlaku perubahan didalam susunan ayat atau perbezaan pada cerita permualaan atau akhiran
sesuai dengan tuntutan ungkapan yang dimaksudkan di dalam kisah tersebut.
4.1.5. Menarik perhatian
Al Quran telah menyentuh akan peri pentingnya memberikan perhatian kepada pendidikan
yang disampaikan. Beberapa kaedah juga telah digunakan Al Quran untuk menarik perhatian
orang yang membacanya sebagai contohnya dengan menggunakan perumpamaan-
perumpamaan, memulakan surah dengan huru-huruf hijaiyah seperti Alif Lam Mim,
penggunaan sumpah di permulaan ayat, susunan kata di dalam Al Quran berbeza dengan
adanya i‘jaz balaghah serta alunan muzik yang dapat membangkitkan perasaan dan menarik
perhatian.
4.1.6. Berperanan aktif
Ajaran Islam meminta umatnya berperanan aktif dengan mengamalkan sendiri ilmu-ilmu
yang telah dipelajarinya. Terdapat banyak ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perlunya
iman yang diiringi dengan amal soleh.
4.2 Alizi & Mohamad Zaki (2005): teori motivasi Islam berteraskan jihad
Alizi & Mohamad Zaki (2005) telah membincangkan mengenai pandangan Islam tentang
konsep-konsep motivasi bermula dengan keperluaan asas yang diperlukan oleh manusia
seperti lapar, kehausan, seks, kuasa, pencapaian, penghargaan, kerohanian/agama, dan
peranan keimanan di dalam motivasi. Beberapa teori-teori motivasi juga telah dinilai
berdasarkan pandangan Islam seperti teori hiraki keperluan Maslow dibandingkan dengan
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 382
Maqasid Shar`iyyah. Alizi & Mohamad Zaki telah mengemukakan teori mengemukakan
teori penggunaan prinsip-prinsip motivasi Islami yang berteraskan Jihad (bersungguh-
sungguh di dalam membuat sesuatu) dan mengandungi elemen keimanan dan agama.
4.3 Alawneh (1999): model motivasi takwa
Teori motivasi yang lebih komprehensif telah dikemukan oleh Alawneh (1999). Alawneh
telah mengemukakan motivasi menurut paradigm Islam yang berasaskan kepada kefahaman
manusia tentang tujuan penciptaannya dan kemudiannya di kaitkan dengan konsep-konsep
asas Islam seperti takwa, iman, khalifah dan taubat dan kaitannya dengan jenis-jenis motivasi
yang berlainan. Alawneh juga telah mengemukakan satu model motivasi takwa.
4.4 Zaleha & Hassoubah (2008): model motivasi pembelajaran 4Ms
Zaleha & Hassoubah (2008) pula telah mengemukakan satu model motivasi pembelajaran
4Ms +Triple S = GOALS. Di mana 4M adalah Muhasabah, Muraqabah, Mutabaah,
Mujahadah dan Triple S adalah Smart , Study, dan Strategies.
Bahagian yang seterusnya akan membincangkan mengenai teori-teori motivasi menurut
penulis-penulis barat yang akan diintegrasikan dengan teori motivasi menurut pandangan
penulis Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
5. Teori-Teori Motivasi Menurut Penulis-Penulis Barat
Walaupun terdapat banyak teori-teori motivasi yang telah dikemukan oleh penulis-penulis
dari barat, tetapi kertas kerja ini hanya akan memberikan tumpuan terhadap teori-teori yang
sesuai digunakan di dalam pembinaan perisian permainan pendidikan. Di antara teori-teori
yang akan dibincangkan ialah teori motivasi FLOW, teori ARCS dan teori motivasi Malone.
5.1 Teori motivasi FLOW
Teori ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi yang bernama Csikszentmihalyi(1982). Flow
telah dihuraikan oleh Csikzentmihalyi (1990) sebagai ―suatu keadaan dimana seseorang
sangat suka terlibat dengan sesuatu aktiviti sehinggakan tidak mengindahkan aktiviti lain.
Pengalaman yang dialami didalam aktiviti yang dijalankan ini sangat menyeronokkan
sehingga seseorang itu sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk melakukannya.‖.
Csikszentmihalyi (1996) telah menggariskan beberapa perkara yang perlu ada untuk
menimbulkan pengalaman flow ini iaitu: i)matlamat yang jelas, ii)maklumbalas yang serta
merta, iii)tahap cabaran dan kemahiran yang seimbang dan bersesuaian, iv)Penyerapan aksi
dan kesedaran, v)Distractions are excluded from consciousness, vi)tiada kerisauan tentang
kegagalan, vii)menghilangkan kesedaran kendiri dan viii)aktiviti itu sendiri menjadi ganjaran
kepada pemain/pelajar.
5.2 Teori ARCS
Keller (1988) telah menghasilkan sebuah model motivasi yang yang digelar model ARCS
berasaskan teori Vroom's expectancy-value theory (Bixler, 2006). Menurut Alessi & Trollip
(2001) secara umumnya pandangan-pandangan Keller adalah berkaitan dengan cadangan
supaya perekabentuk berarahan mestilah mahir di dalam rekabentuk motivasi selain strategi
pengajaran dan rekabentuk permainan. Keller telah mengenalpasti empat faktor untuk
meningkatkan motivasi belajar iaitu: menarik perhatian (Attention), relevan (Relevance),
keyakinan dan kepuasan (Satisfaction).
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 383
5.3 Teori Motivasi Malone
Malone (1980), Malone & Lepper, (1983) telah cuba mengenalpasti sifat-sifat permainan
komputer yang mengoptimumkan kuasa motivasi dalamannya. Malone (1981) telah
mencadangkan teori motivasi intrinsik (yang datang dari dalam diri seseorang seperti
keseronokan) adalah lebih berguna kepada pembelajaran berbanding motivasi ektrinsik
(seperti markah peperiksaan). Di dalam kajian awalnya Malone (1981) telah mencadangkan
tiga faktor penggalak motivasi intrinsik iaitu cabaran, sifat ingin tahu (curiosity), dan fantasi.
Di dalam kajian yang selanjutnya Malone & Lepper (1987) telah menambah satu faktor lagi
di dalam teori ini iaitu kawalan pelajar (Alessi & Trollip, 2001).
6. Model Motivasi yang dicadangkan
Hasil perbandingan dan mengintegrasikan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan
yang telah digunakan oleh Al Quran dan Nabi Muhamamad S.A.W sebagai mana yang telah
dikemukan oleh Najati (2001) dan Alizi & Mohamad Zaki (2005), teori Flow, teori ARCS
dan teori motivasi Malone kami mengemukakan satu model motivasi bagi pembangunan
perisian permainan pendidikan seperti Rajah 1.
Rajah 1 : Model Motivasi MyJawiGame yang dicadangkan bagi pembinaan perisian
permainan pendidikan membaca awal jawi. Di adaptasi dari Noor Azli, Nor Azan, & Shamsul
Bahri (2008)
Model ini mengandungi elemen-elemen yang dapat merangsang motivasi iaitu
fantasi, matlamat yang jelas, memenuhi keperluan pelajar, maklum balas positif,
menimbulkan sifat ingin tahu, menarik penumpuan/perhatian pemain, menimbulkan rasa
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 384
boleh mengawal keadaan bag pemain dan menimbulkan keyakinan diri pemain. Elemen-
elemen ini perlu disesuaikan dengan objektif pembelajaran dan jalan cerita(fantasi) yang
digunakan dengan tidak meninggalkan panduan-panduan yang terdapat di dalam teori
rekabentuk berarahan(ID) dan teori pembelajaran. Seterusnya apa yang diperbincangkan tadi
perlulah selari dengan kehendak agama dan norma-norma budaya tempatan.
7. Kesimpulan
Walaupun telah terdapat beberapa model motivasi yang telah digunakan di dalam
pembangunan perisian kursus dan perisian permainan tetapi model-model ini adalah lebih
cenderung kepada pandangan penulis-penulis dari barat. Kelompangan juga telah dilihat di
dalam teori-teori ini, di mana kebanyakkan ahli-ahli psikologi Barat hanya membincangkan
motivasi dalam aspek teori-teori motivasi barat hanya disekitar aspek jasmani, kognitif dan
emosi tetapi meninggalkan aspek rohani.
Kertas kerja ini telah membincangkan beberapa teori motivasi yang telah
dikemukakan oleh penulis Islam dan Barat . Tinjauan literatur yang dilakukan menunjukkan
Islam telah lama mengemukakan teori-teori motivasi di dalam mendidikan umat Islam
walaupun dengan menggunakan istilah yang berlainan.
Kajian ini mencadangkan satu model motivasi yang menggabungkan teori-teori
motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis Barat dan Islam sebagai satu alternatif bagi
mengisi kelompangan yang terdapat di dalam teori-teori motivasi barat dan lebih sesuai untuk
digunakan di dalam budaya tempatan. Model motivasi ini dibina bagi tujuan untuk
membangunan perisian permainan pendidikan membaca awal jawi. Bagi kajian lanjutan,
dicadangakan supaya perisian permainan pendidikan yang telah menggunakan model
motivasi ini diuji keberkesanan untuk memotivasikan pelajar di dalam pembelajaran.
Rujukan
Al Ghazali, I. A. M. b. M. (2007). ihya ‗Ulumuddin (A. R. Usmani, Trans.). Bandung:
Penerbit Pustaka.
Alawneh, S. F. (1999). Human motivation: An Islamic perspective. The American Journal of
Islamic Social Sciences, 15(4), 19-39.
Alessi, S. M., & Trollip, S. R. (2001). Multimedia for Learning (3 ed.). USA: Allyn & Bacon.
Alizi, A., & Mohamad Zaki, S. (2005). Psychology Of Motivation From An Islamic
Perspective. Paper presented at the 3rd International Seminar on Learning and
Motivation. from http://iium.academia.edu/AliziAlias/Papers/99172/Psychology-of-
Motivation-from-an-Islamic-Perspective
Baharuddin, M. (2005). Aktualisasi Psikologi Islami (1 ed.). Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Bixler, B. (2006). Motivation and its Relationship to the Design of Educational Games. Paper
presented at the???SummerConf.
Crow, L. D., & Crow, A. (1983). Psikologi Pendidikan untuk perguruan (2 ed.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Csikszentmihalyi, M. (1982). Toward a psychology of optimal experience. In L. Wheeler
(Ed.), Review of Personality and Social Psychology. USA: Sage Publications.
Csikszentmihalyi, M. (1990). Flow: The Psychology of Optimal Experience. New York, NY:
Harper Perennial.
Csikszentmihalyi, M. (1996). Creativity: Flow and the Psychology of Discovery and
Invention. New York: HarperCollins Publisher.
Haque, A. (2004). Psychology from Islamic perspective: contributions of early muslim
scholars and challenges to contemporary muslim psychologists. Journal of Religion
and Health, 43(4), 357-377.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 385
Huang, D. W., Diefes-Dux, H., Imbrie, P. K., Daku, B., & Kallimani, J. G. (2004, October 20
– 23, 2004,). Learning Motivation Evaluation for a Computer-based Instructional
Tutorial Using ARCS Model of Motivational Design. Paper presented at the 34th
ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference, Savannah, GA.
Keller, J. M. (Ed.) (1988) Encyclopaedia of Educational Media Communications and
Technology (2 ed.). Westport, CT: Greenwood Press.
Malone, T. W. (1980). What makes things fun to learn? A study of instrinsically motivating
computer games.
Malone, T. W. (1981). Toward a Theory of Intrinsically Motivating Instruction.
Instruction',Cognitive Science: A Multidisciplinary Journal,, 5(4), 333 — 369.
Malone, T. W., & Lepper, M. R. (1983). Making learning fun: A taxonomy of intrinsic
motivations for learning. In R. E. S. M. J. F. (Eds) (Ed.), Aptitude, learning and
instruction: III. Cognitive and effective process analysis. Hilldale, NJ: Erlbaum.
Maslow, A. H. (1970). Motivation and personality (3 ed.). New York: Longman.
Mook Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Mook Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (2 ed.).
Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Muhanna, M. I. G. (1990). Determinants of Contemporary Islamic Educational Theory
Design. Paper presented at the Towards the Construction of a Contemporary Islamic
Educational Theory.
Najati, M. U. (2001). Jiwa manusia dalam sorotan Al Quran (I. Ibrahim, Trans.). Jakarta: CV.
Cendekia Sentra Muslim.
Najati, M. U. (2006). Psikologi dalam Tinjauan Hadits Nabi (S. A. Wawan Djunaedi
Soffandi, Trans. 2 ed.). Jakarta: Mustaqim.
Noor Azli, M. M., Nor Azan, M. Z., & Shamsul Bahri, C. W. (2008). Digital Games-Based
Learning for Children. Paper presented at the International Symposium on
Information Technology (ITSIM) 2008. . from
http://ieeexplore.ieee.org/search/freesrchabstract.jsp?tp=&arnumber=4631582&query
Text%3Dnoor+azli%26openedRefinements%3D*%26searchField%3DSearch+All
Ormrod, J. E. (2006). Educational Psychology: Developing Learner (5th ed.). New Jersey:
Pearson Education Inc.
Zaleha, I., & Hassoubah, A. M. (2008). Motivation and student learning Jurnal Pendidikan
Islam, 13(1, Ogos 2008), 81-97.