Post on 07-Mar-2019
Abstrak
Sekolah pemulihan akhlak di Malaysia berfungsi sebagai pusat tahanan serta pusat pemulihan
kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal. Namun,
sepanjang berada dalam tahanan, emosi kanak-kanak tersebut perlu diambil kira agar
intervensi pemulihan yang dijalankan memberi kesan yang positif. Persepsi seseorang remaja
tersebut mengenai masa depan memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang
cemerlang. Namun pada masa yang sama faktor sokongan sosial mungkin memainkan
peranan yang sangat penting dalam membentuk persepsi yang positif terhadap masa hadapan.
Kajian keratan rentas ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap emosi yang terdiri daripada
kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih perempuan di Sekolah Tunas
Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri
sosiodemografik serta menentukan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial yang
diperolehi oleh mereka. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan selesa dengan
melibatkan sebanyak 114 orang pelatih. Responden diberikan satu set borang soal selidik
yang mengandungi empat bahagian, di mana Bahagian A mengandungi maklumat
sosiodemografik, manakala Bahagian B mengandungi borang soal selidik Indeks Harapan
Herth, Bahagian C mengandungi skala multidimensional untuk sokongan sosial yang
mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha = 0.89 serta bahagian D yang
mengandungi soalan Depression, Anxiety and Stress Scale 21-Items (DASS-21) yang telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Analisis deskriptif akan digunakan bagi menentukan
tahap kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas Bakti
Sungai Lereh serta menentukan persepsi pelatih-pelatih tersebut terhadap masa hadapan dan
sokongan sosial yang diperolehi oleh mereka. Manakala, ujian korelasi Pearson akan
digunakan bagi menentukan hubungan di antara persepsi terhadap masa hadapan dan
sokongan sosial yang diperolehi oleh pelatih terbabit. Selain itu, ujian t-tidak bersandar pula
akan digunakan bagi menentukan perbezaan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan
sosial berdasarkan faktor sosiodemografik dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti
Sungai Lereh Melaka. Dan, analisis MANOVA akan digunakan bagi menentukan perbezaan
antara kemurungan, kerisauan dan tekanan berdasarkan ciri sosiodemografik. Hasil daripada
kajian ini dapat membantu kesemua yang terlibat dalam pemulihan pelatih-pelatih ini
kefahaman lebih mendalam mengenai masalah emosi yang kemungkinan dihadapi oleh
mereka.
Abstract
Reformatory school in Malaysia serves as a detention and rehabilitation centers for children
who are involved in crime and children who are uncontrolled. However, all is in custody, the
child's emotional needs to be taken into account so that the recovery interventions conducted
gives a positive impact. Perception of a teenager towards future play an important role in term
of developing a bright future. But at the same time, social support factors may play a very
important role in shaping positive perceptions of the future. This cross-sectional study was
conducted to investigate the level of emotions ranging from depression, anxiety and stress
among female students at the Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka and the difference
between these three factors based on the sosiodemographic characteristics and the perception
of the future and social support received by them. The method that will be use is convenient
sampling method with the sample size of 114 students. Respondents are given a set of
questionnaires containing four parts, where Part A contains sosiodemographic information,
and Part B contains Herth Hope Index, Part C contains and Multidimentional Perceived for
Social Support with the reliability Cronbach's alpha = 0.89 and Part D contains the Malay
version of 21-question Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21). Descriptive analysis
will be used to determine the level of depression, anxiety and stress among trainees Sekolah
Tunas Bakti Sungai Lereh and the perception of the trainees about the future and the social
support provided to them. Meanwhile, Pearson correlation test will be used to determine the
relationship between the perception of the future and the social support available to the
trainees involved. Other than that, independent t-test will be used to determine the perceptions
of future social support based on sosiodemogrphic factors among trainees in Sekolah Tunas
Bakti Sungai Lereh, Melaka. And, MANOVA analysis will be used to determine the
difference between depression, anxiety and stress on sosiodemographic factors. Results from
this study can help all those involved in the rehabilitation of these trainees better
understanding about the possibility of emotional problems faced by them.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), masalah sosial merupakan sesuatu amalan atau
perlakuan yang menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, seperti masalah
penagihan dadah dan rasuah. Manakala remaja pula merupakan golongan yang berada dalam
lingkungan umur 13 hingga 18 tahun. Dalam zaman serba moden ini, masalah sosial bukan
sahaja melibatkan orang dewasa, bahkan remaja. Berita mengenai isu ini terpampang jelas di
dada akhbar, serta kaca televisyen. Jika dahulu kita sering mendengar masalah sosial dalam
kalangan remaja ini sering melibatkan remaja lelaki, lain pula sekarang. Remaja perempuan
tidak kurang lincahnya, tidak segan atau takut untuk melakukan jenayah. Kesalahan
tingkahlaku yang dilakukan oleh mereka bukan hanya kecil-kecilan, bahkan melibatkan kes
yang berat, seperti mengandung anak luar nikah, ponteng sekolah dan terlibat dalam kes
pelacuran. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, mengikut rekod kementerian 111
484 pelajar atau 72 557 pelajar sekolah menengah dan selebihnya pelajar sekolah rendah
terbabit dalam salah laku disiplin termasuk ponteng sekolah dan vandalisme pada tahun 2010
(Portal myMetro, Oktober 2011).
Bagi remaja-remaja ini, apabila mereka disabitkan kesalahan, di bawah arahan
mahkamah, mereka akan dimasukkan ke pusat pemulihan, bermula dengan pusat akhlak
selama setahun sebagai percubaan, diikuti dengan Sekolah Tunas Bakti yang merupakan
tempat tetap selama tiga tahun. Di sini, mereka akan menjalani proses pemulihan bersama
mereka yang lain yang mempunyai masalah serupa dengan mereka. Menurut kajian, remaja
yang ditempatkan di pusat tahanan kebiasaannya akan mengalami masalah emosi,
termasuklah tekanan, kemurungan dan kerisauan (Forest et al. 2000). Mereka juga
berkemungkinan akan kembali berkelakuan seperti sebelum dimasukkan ke sekolah
pemulihan, ataupun bertindak dengan lebih agresif daripada sebelumnya (Holman &
Ziedenberg 2006).
Sesungguhnya, remaja merupakan modal insan yang amat berharga kepada
pembangunan negara. Persepsi masa hadapan seseorang remaja itu sendiri sebenarnya
memainkan peranan penting dalam membimbing diri mereka ketika merancang masa depan
yang sihat. Terdapat segelintir remaja yang berputus asa dalam mengharungi kehidupan dan
tidak lagi meletakkan pengharapan terhadap masa depan. Golongan ini berkemungkinan
terdiri dari golongan yang sering gagal dalam menghadapi cabaran hidup atau pernah melalui
peristiwa hitam yang sekaligus menghasilkan persepsi masa depan yang negatif. Justeru itu,
sokongan sosial adalah sangat penting buat remaja pada tahap ini. Sokongan berbentuk
sokongan moral, kewangan, dan spiritual adalah antara aspek penting yang diperlukan dalam
membimbing remaja membentuk identiti sekaligus merancang masa depan.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap emosi yang terdiri
daripada tekanan, kemurungan dan kerisauan pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti
Sungai Lereh, Melaka, serta persepsi mereka terhadap masa hadapan. Ini adalah kerana,
penyelidik berpendapat sekiranya masalah ini diabaikan, ia boleh membawa kepada masalah
yang lebih besar pada masa akan datang, di mana jika tidak diatasi dari sekarang, keadaan ini
berkemungkinan akan menyebabkan kerugian bukan sahaja kepada bangsa, malah agama
negara.
1.2 Penyataan masalah
Masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak mahupun remaja bukanlah perkara di luar norma
masyarakat Malaysia sekarang. Masalah-masalah sosial yang sering dilakukan oleh golongan
ini termasuklah mencuri, bergaduh, meminum minuman keras serta terlibat dengan najis
dadah. Remaja-remaja bermasalah ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah pemulihan bagi
menjalani pemulihan, dalam jangka masa yang ditentukan oleh mahkamah.
Menurut Cohen (1978), seseorang haruslah menyesuaikan diri dengan perubahan
persekitarannya kerana persekitaran mampu mengambil alih kawalan emosi serta diri
seseorang sekiranya tidak dikendalikan dengan tepat. Sekiranya penyesuaian emosi dan
persekitaran tidak selaras, impak yang negatif akan menguasai emosi dan perlakuan individu
tersebut. Disebabkan pelatih-pelatih ini diasingkan dari persekitaran luar, dan ditempatkan
bersama mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti diri mereka sendiri,
kemungkinan mereka akan menghadapi masalah emosi, seperti kemurungan, kerisauan serta
tekanan. Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kanak-kanak yang ditempatkan di sekolah
tahanan didiagnos dengan kemurungan, dan kemurungan tersebut hanya bermula selepas
mereka ditempatkan di sekolah tahanan tersebut (Forest et al. 2000).
Manakala, apakah hubungan di antara persepsi masa hadapan dan sokongan sosial
terhadap remaja di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka? Sokongan sosial berbentuk
bimbingan, spiritual, kewangan dan moral dari ibu bapa dan masyarakat sekeliling mungkin
akan membantu pelajar terhadap pembentukan persepsi masa hadapan yang positif. Remaja
bermasalah yang mempunyai sokongan daripada ibu bapa mungkin mempunyai persepsi yang
lebih positif terhadap masa hadapan berbanding remaja yang tidak mempunyai penjaga.
Faktor sosiodemografik juga mungkin memainkan peranan dalam persepsi remaja tentang
masa hadapan. Sebagai contoh, pegangan agama yang berlainan mungkin mempunyai konsep
yang berlainan dalam menghasilkan persepsi masa hadapan mengikut konteks agama masing-
masing.
Oleh yang demikian, kajian lanjut seharusnya dijalankan agar dapat memberi
kefahaman yang lebih mendalam mengenai kesan masalah emosi serta persepsi terhadap masa
hadapan ini terhadap pelatih-pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh.
1.3 Kerangka masalah
Rajah 1.1 Kerangka masalah bagi emosi dan persepsi masa hadapan dalam kalangan
pelatih perempuan Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh.
1.4 Justifikasi kajian
Emosi mempengaruhi cara seseorang berfikir serta berkelakuan dalam situasi yang berbeza
(Clore et al. 1994). Sekiranya emosi negatif ini dikesan dengan lebih awal, langkah-langkah
pencegahan boleh diambil bagi mengelakkan perlakuannya menjadi lebih teruk, dan
menyebabkan kesan buruk yang lain pula timbul. Manakala, persepsi terhadap masa hadapan
dalam kalangan remaja pula sangat penting bagi membentuk pemikiran yang matang, seiring
dengan pembentukan masa depan yang cemerlang. Remaja yang mempunyai persepsi yang
positif sering dikaitkan dengan kejayaan dalam kehidupan kerana mempunyai harapan yang
tinggi dan melihat masa hadapan sebagai satu perkara yang ingin dijelajahi semasa proses
membentuk masa depan yang cemerlang. Persepsi seseorang remaja melihat masa hadapan
juga memberi pengertian penting ke atas kelakuan, sikap dan pemilihan terhadap masa akan
datang (Seltzer 1993).
Makanya, kajian ini dijalankan dengan harapan dapat dijadikan panduan kepada pihak
yang terlibat dalam usaha pemulihan pelatih-pelatih di Sekolah Tunas Bakti. Lagi pula, kajian
seperti ini masih belum meluas dijalankan di negara ini, dan disebabkan itu, diharapkan kajian
ini dapat meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai pengaruh emosi dan
persepsi masa hadapan terhadap kehidupan pelatih di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh ini.
2.0 ULASAN KEPERPUSTAKAAN
2.1 Remaja Dan Salah Laku Bawah Umur
Pada hari ini masalah sosial dan salahlaku dalam kalangan remaja semakin meningkat.
Pengaruh dan faktor yang mempengaruhi golongan ini melakukan salah laku sering dikaitkan
dengan kurangnya bimbingan ibubapa dan pengaruh rakan sebaya. Namun begitu, mengikut
kajian yang dijalankan oleh Zainudin dan Norazmah (2011) persekitaran luar dan pengaruh
rakan sebaya tidak memainkan peranan utama dalam gejala salah laku remaja, tetapi faktor
diri sendiri memainkan peranan yang jauh lebih kuat. Begitu pula menurut Evans et al.
(1992). Salahlaku ponteng sekolah dan remaja hamil banyak berlaku disebabkan oleh
pengaruh rakan sebaya.
2.2 Perspektif Masa Hadapan Dan Remaja
Dalam proses membentuk persepsi terhadap masa depan, remaja akan membuat perbandingan
perlakuan rakan sebaya dan menganalisis dengan cara tersendiri sebelum membentuk persepsi
masa hadapan (Seltzer 1993). Persepsi remaja terhadap masa hadapan mempunyai hubungan
yang signifikan terhadap pemikiran atau persepsi yang yang dimiliki oleh rakan sebaya
(Majzub et al. 2001). Selain itu, faktor yang mempengaruhi persepsi terhadap peranan masa
hadapan mempunyai hubungan rapat terhadap komitmen sosial semasa seseorang pada usia
remaja. Remaja yang mempunyai komitmen sosial semasa usia remaja mempunyai persepsi
bahawa mereka mungkin akan terlibat dengan kerja sukarela pada masa hadapan (Flanagan et
al. 1998). Berdasarkan kajian mengikut faktor bangsa yang dilakukan ke atas remaja berkulit
putih, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa remaja mempunyai persepsi yang positif
terhadap masa hadapan. Namun, pada yang sama, golongan yang dikaji mempunyai kerisauan
terhadap ketidakpastian peranan yang akan dipikul pada masa hadapan (Grootboom 2007).
2.3 Remaja Dan Kestabilan Emosi
Menurut Al-Gelban et al. (2009) dalam kajiannya yang bertajuk Prevalence of Depression,
Anxiety and Stress Measured By the Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-42) among
Secondary School Girls in Abha, Saudi Arabia, penggunaan DASS dalam kajiannya memberi
manfaat di mana beliau dapat membezakan simptom-simptom negatif emosi yang melibatkan
kemurungan, kerisauan dan tekanan. Bahkan, para responden yang berumur antara 14 hingga
20 tahun tersebut juga mampu menjawab soalan-soalan tersebut dengan mudah. Kajian
tersebut menunjukkan kadar kelaziman yang tinggi bagi simptom kemurungan, kerisauan
serta tekanan dalam kalangan pelajar sekolah mengah perempuan di Arab Saudi. Lebih
kurang 10% daripada pelajar menunjukkan simptom kemurungan yang teruk atau sangat
teruk, manakala 25% lagi pelajar menunjukkan simptom kerisauan yang teruk atau sangat
teruk. Daripada penilaian individual, kerisauan merupakan gejala yang paling kerap (66.2%),
diikuti tekanan (52.5%) dan kemurungan (41.5%). Menurutnya lagi, kajian yang lebih lanjut
perlu dijalankan bagi mendalami peranan kakitangan sekolah serta barisan utama kesihatan
untuk mendiagnos dan membendung masalan gangguan emosi ini.
2.4 Kesan Sokongan Sosial Terhadap Remaja
Golongan remaja lebih meminati perkara-perkara yang melibatkan sosial dan bukan aktiviti
intelek. Oleh yang demikian, pihak sekolah seharusnya menyediakan persekitaran yang
teratur, memenuhi keperluan sosial dan pengharapan remaja (Arnold 1980). Remaja yang
mendapat sokongan sosial yang rendah mempunyai lebih permasalahan dalaman, dan remaja
yang melalui sejarah tekanan hidup yang tinggi dilaporkan mempunyai masalah dalaman yang
lebih tinggi (Hagen et al. 2005). Peranan sokongan ibubapa mempengaruhi remaja dalam
pembentukan persepsi masa hadapan. Sokongan ibubapa dan rakan sebaya yang mencukupi
menghasilkan emosi yang stabil, rasa harga diri yang tinggi, dan harapan terhadap masa depan
yang tinggi (Harter et al. 1996)
3.0 MATLAMAT KAJIAN
3.1 PERSOALAN KAJIAN
Apakah emosi dan persepsi masa depan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
sokongan sosial dalam kalangan remaja di Sekolah Tunas Bakti?
3.2 OBJEKTIF KAJIAN
3.2.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji emosi, persepsi masa hadapan dan sokongan sosial dalam
kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka.
3.2.2 Objektif Khusus
1. Menentukan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial dalam kalangan pelatih
di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
2. Menentukan hubungan di antara persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial
dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka.
3. Membandingkan emosi, persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial
berdasarkan faktor sosiodemografik dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti,
Sungai Lereh
3.3.1 HIPOTESIS KAJIAN
Emosi dan persepsi terhadap masa hadapan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
sokongan sosial yang diterima dalam kalangan remaja di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh,
Melaka.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 LATAR BELAKANG DAN REKABENTUK KAJIAN
4.1.1 Latarbelakang Tempat Kajian
Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Sekolah ini
ditubuhkan di bawah Seksyen 65. (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menempatkan kanak-
kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal untuk menjalani
pemulihan dan jagaan (JKM 2009). Kanak-kanak ini dimasukkan melalui perintah mahkamah
di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Tempoh pemulihan adalah selama 3 tahun atau kurang,
dengan syarat melebihi setahun mengikut pertimbangan Lembaga Pelawat. Rekabentuk kajian
yang akan dijalankan ialah jenis keratan rentas, di mana kajian dibuat dengan menganalisa
data pada masa tertentu ke atas sekumpulan subjek, bukan untuk satu tempoh tertentu.
4.1.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian keratan rentas dimana pengumpulan data kajian
ini dijalankan bermula pada September 2012 sehingga April 2013. . Kajian ini menggunakan
kaedah kerja lapangan dimana pengumpulan data kajian dilakukan di Sekolah Tunas Bakti
Sungai Lereh, Melaka.
4.2 PERSAMPELAN
Populasi sasaran sampel bagi kajian ini adalah pelatih perempuan Sekolah Tunas Bakti.
Teknik persampelan yang akan digunakan pula adalah persampelan bertujuan, iaitu kategori
persampelan selesa yang dijalankan ke atas pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti Sungai
Lereh, Melaka. Hanya responden yang sudi untuk bekerjasama serta memenuhi kriteria
inklusi dan eksklusi sahaja yang akan dipilih untuk menjawab borang soal selidik.
4.3 KRITERIA INKLUSI DAN EKSKLUSI
Kriteria inklusi untuk kajian ini adalah remaja wanita yang berumur 13 hingga 18 tahun dan
pernah terlibat dalam kes salahlaku dibawah umur yang tinggal di Sekolah Tunas Bakti, serta
tidak mengira bangsa atau agama.
Manakala kriteria eksklusi ialah remaja yang tidak boleh membaca dan memahami Bahasa
Malaysia dengan baik, dan pelatih yang didiagnos dengan masalah mental.
4.4 PENGIRAAN SAIZ SAMPEL
s = Saiz sampel
² = Jadual nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan yang
diperlukan 0.05 (3.84)
N = Saiz populasi (140 orang pelatih perempuan)
P = Nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel yang
maksimum)
= Darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah (5%) = 0.05
(Krejcie dan Morgan, 1970)
= (3.84)(140)(0.50)(10.50)___
(0.05)²(140-1) + (3.84)(0.50)(1-0.50)
= _134.4__
1.3075
= 102.8
≈ 103
Tambah 10% mengambil kira data terpencil
s = 103 + 10.3
= 113.3
≈ 114
Pengiraan saiz sampel untuk kajian ini dibuat dengan menggunakan formula Krejcie’s dan
Morgan. Saiz sampel minimum yang akan digunakan dalam kajian ini adalah 103 orang.
Selepas mengambil kira 10% kadar data terpencil, jumlah sampel yang diperlukan secara
keseluruhannya adalah 114 orang responden.
4.5 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang telah
digabungkan menjadi empat bahagian (Lampiran A). Bahagian A borang soal selidik ini
adalah berkaitan data demografik responden, Bahagian B terdiri daripada daripada Indeks
Harapan Herth yang mengandungi 12 item. Borang soal selidik ini mempunyai
kebolehpercayaan Cronchbach’s alpha 0.97 (Herth 1992) yang menggunakan kaedah skala
Likert. Bahagian C pula menggunakan borang soal selidik Multidimensional Scale of
Perceived Social Support (MSPSS) yang telah diterjemah kedalam Bahasa Malaysia. Borang
soal selidik ini menunjukkan konsistensi dalaman yang tinggi (Cronbach’s alpha = 0.89),
kebolehpercayaan selari (0.94) dan kebolehpercayaan uji-menguji semula (0.77) dan
Spearman’s rho, p < 0.01 (Ng et al. 2010). Borang soal selidik ini mengandungi 12 item
soalan yang menggunakan kaedah skala Likert untuk mengumpul data.
Manakala bahagian D pula terdiri daripada borang soal selidik Depression, Anxiety
and Stress Scale-21 Items (DASS-21). Borang ini mengandungi 21 soalan dan terbahagi
kepada tiga domain, dengan setiap domain mempunyai tujuh soalan. Borang BM DASS-21
telah dibuktikan mempunyai sifat psikometrik yang baik dalam populasi klinikal dan bukan
klinikal. Ujian kebolehpercayaan ke atas soalan-soalan dalam BM DASS-21 menunjukkan
nilai Cronbach’s Alpha yang tinggi, di mana nilai-nilai untuk kemurungan (0.84), kerisauan
(0.74) dan tekanan (0.79) (Ramli et al. 2007).
4.6 Kerangka metodologi
Rajah 4.1 Carta aliran tatacara kerja
4.7 Pertimbangan etika
Kajian ini akan dijalankan setelah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika
Penyelidikan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Etika
Fakulti Sains Kesihatan. Selain daripada itu, kebenaran untuk menjalankan penyelidikan juga
diminta dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia serta Pengetua Sekolah Tunas
Bakti (LAMPIRAN B). Persetujuan daripada responden juga diperlukan sebelum kajian
bermula (LAMPIRAN C). Responden akan diberi penjelasan dan pengenalan mengenai
kajian, dan mempunyai hak untuk menarik diri daripada kajian ini. Responden akan diminta
untuk mengisi borang persetujuan dan juga borang sosiodemografik. Kesemua maklumat
yang diberikan oleh responden adalah sulit dan dirahsiakan, dan hanya akan digunakan untuk
tujuan penyelidikan sahaja, kecuali ia dikehendaki oleh undang-undang (LAMPIRAN D).
Penyediaan dan pembentangan kertas cadangan dan borang soal selidik
Memohon kebenaran etika penyelidikan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Mendapat surat kebenaran untuk melakukan soal selidik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka serta Pengetua Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh
Persampelan data dimulakan
Data-data yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam perisian statistik PASW 18 untuk dianalisis
Penulisan dan pembentangan tesis
4.8 Kaedah analisis data
Data yang akan diambil menerusi borang soal selidik akan diproses dan dianalisis dengan
menggunakan program Predictive Analytical Data SoftWare (PASW) versi 18.0. Berdasarkan
metodologi kajian, subjek perlu mengisi borang soal selidik dan penyelidik perlu memastikan
segala maklumat yang diisi dalam borang tersebut adalah lengkap agar isu kehilangan data
tidak berlaku. Data akan dianalisis berdasarkan objektif kajian yang ditentukan. Bagi objektif
pertama, iaitu menentukan tahap kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih
secara keseluruhan, ujian analisis yang akan digunakan adalah ujian analisis deskriptif.
Analisis korelasi Pearson akan digunakan untuk menentukan hubungan diantara emosi dan
persepsi terhadap masa hadapan ke atas sokongan sosial yang diperolehi dalam kalangan
remaja bermasalah. Selain itu, ujian t-tidak bersandar akan digunakan bagi menentukan
perbezaan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial berdasarkan faktor
sosiodemografik dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka. Dan,
analisis MANOVA akan digunakan bagi menentukan perbezaan antara kemurungan,
kerisauan dan tekanan berdasarkan ciri sosiodemografik.
5.0 CARTA GANTT
Tugas Penyelidikan / Unjuran
masa Sesi 2012/2013
Sept Okt Nov Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun
Penyediaan proposal
Permohonan etika
penyelidikan
Tinjauan kepustakaan
Persampelan
Pengumpulan data
Analisis data
Penulisan disertasi
Bab 1: Pengenalan
Bab2: Ulasan Kepustakaan
Bab 3: Kaedah kajian
Bab 4: Hasil Kajian
Bab 5: Perbincangan
Bab 6: Kesimpulan
Hantar disertasi ke program
Pembentangan penyelidikan
6.0 Rujukan
Al-Gelban, K.S., Al-Amri, H.S. & Mostafa, O.A. 2009. Prevalence of Depression, Anxiety,
and Stress Scale (DASS-42) among Secondary School Girls in Abha, Saudi Arabia. Sultan
Qaboos University Medical Sciences Journal 9(2): 140-147.
Clore, G. L., Schwarz, N., & Conway, M. 1994. Affective Causes and Consequences of
Social Information Processing. Dlm. R. S. J. Wyer, & T. K. Srull (pnyt), Handbook of
Social Cognition, hlm. 323-417. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Cohen, S. & Sherrod, D.R. 1978. When Density Matters: Environmental Control As a
Determinant of Crowding Effects in Laboratory and Residental Settings. Journal of
Population (1):189-202.
Evans, W.N., Cates, W.E., & Schwab, R.M. 1992. Measuring Peers Group Effects. A Study
of Teenage Behavior. Journal Of Political Economy 100(5): 966-991
Flanagen, C.A., Bowes, M.J., Josson, B., Csapo, B., Sheblanova, E. 1998. Correlate of
Adolescent’s Civic Commitment in Seven Countries. Journal of Social Issue 54(3): 457-
475
Forrest, C.B., Tambor, E., Riley, A.W., Ensminger, M.E. and Starfield, B. 2000, The Health
Profile of Incarcerated Male Youths. Pediatrics 105(1): 286-291.
Grootboom, G.A. 2007. How Adolescent Perceived Their Futureand Why: A Crosscultural
Study. Ph.D. Thesis. Faculty of Humanities, University Of The Free State, Bloemfontein.
Holman, B. & Ziendenberg, J. 2006. The Dangers of Detention: The Impact of Incarcerating
Youth in Detention and Other Secure Facilities. The Justice Policy Institute.
http://www.justicepolicy.org/uploads/justicepolicy/documents/dangers_of_detention.pdf
[18 September 2012].
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. 2009. Sekolah Tunas Bakti.
Kamus Pelajar. 2008. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size For Research Activities.
Educational And Psychological Measurement. 30: 607-610
Majed, M.J. 2010. Minda: Mengekang Salah Laku Pelajar.
http://www.metro.com/myMetro/articles (12 Oktober 2011)
Ng, C.G., Amer Siddiq, A.N., Aida, S.A., Zainal N.Z. & Koh, O. 2010. Validation Of The
Malay Version Of The Multidimensional Scale Of Perceived Social Support (MSPSS-M)
Among A Group Of Medical Students In Faculty Of Medicine, University Malaya. Asian
Journal of Pschiatry 3(1): 3-6
Ramli Musa, Mohd Ariff Fadzil & Zaini Zain. 2007. Translation, Validation and
Psychometric Properties of Bahasa Malaysia Version of the Depression Anxiety and
Stress Scale (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry 8(2): 82-89.
Seltzer, V. 1993. Crosssectional Studies of Adolescent Perception of Their Future. Journal of
Adolescent Research 11(4): 461-482
Seltzer, V. 1993. Crosssectional Studies of Adolescent Perception of Their Future. Journal of
Adolescent Research 11(4): 461-482
Zainudin, S. & Norazmah, M.R. 2011. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat
Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh Melaka. Journal Of
Education Psychology & Counseling. 1:118-146
7.0 LAMPIRAN
a) Instrumentasi yang digunakan
b) Keizinan daripada institusi
c) Borang keizinan untuk subjek
d) Maklumat keterangan subjek
e) Hak harta intelektual