Post on 18-Apr-2019
m/s 1
AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
“JAUHILAH DARI AMALAN RASUAH KERAJAAN MALAYSIA”
PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG
TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA . PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN
TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA
TERSEBUT TIDAK DIPERTIMBANGKAN
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 2
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
NO SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
SENARAI KANDUNGAN
BIL BUTIRAN MUKA SURAT
1. SEKSYEN 1 - Dokumen Pelawaan 4 – 6
2. SEKSYEN 2 - Arahan Dan Syarat-Syarat Kepada
Penyebut Harga 8 – 13
3. SEKSYEN 3 - Spesifikasi Teknikal 15 - 16
4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran
JADUAL 1 - Jadual Pematuhan Spesifikasi
Teknikal 18 - 19
JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga 20 - 21
JADUAL 3 - Jadual Pelaksanaan Projek 22
BORANG SEBUT HARGA 23 - 25
LAMPIRAN A - Surat Pengakuan Kebenaran
Maklumat 26 - 28
LAMPIRAN B - Maklumat Am Latar Belakang
Penyebut Harga 29 - 30
LAMPIRAN C - Rekod Pengalaman 31
LAMPIRAN D - Testimoni Pelanggan 32
LAMPIRAN E - Sijil Kehadiran Latihan 33
LAMPIRAN F - Surat Akuan Pembida 34 - 35
LAMPIRAN i - Senarai Semak 36 - 37
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 3
SEKSYEN 1
DOKUMEN PELAWAAN SEBUT HARGA
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 4
LAMPIRAN Q
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
No. Sebut Harga AAN/017/2016/SH
(Kew. 284-Pin. 5/94)
KERAJAAN MALAYSIA
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI
KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian
daripada Perjanjian Sebut harga.
Kepada (Nama Syarikat)
__________________________
___________________________
No. Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan: _____________________ dan
berdaftar dalam Negeri Selangor, Wilayah
Persekutuan K.Lumpur @ Putrajaya serta
bertaraf Bumiputera.
Kod bidang pendaftaran yang relevan
dengan pembelian ini:
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan Malaysia di bawah salah satu
kod bidang seperti berikut:
- 210101 (Bekalan dan Perkhidmatan
bagi Sektor Teknologi Maklumat dan
Komunikasi – Hardware(Low End
Technology) ),
- 210201(Alat Perhubungan)
- atau 210202 (Sistem
Perhubungan/Telekomunikasi)
Pelawaan sebut harga dikeluarkan
Oleh Kementerian / Jabatan (Alamat Lengkap)
AGENSI ANGKASA NEGARA
PUSAT ANGKASA NEGARA,
LOT 2233, JALAN TURI, KG. SG. LANG,
42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-31824000
Tarikh : 21 April 2016
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 5
1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan :
1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan DENGAN TANGAN
1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki 28 April 2016
1.3. Arahan Pengiriman : Agensi Angkasa Negara, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Pusat Angkasa Negara, Lot 2233, Jalan Turi, Banting, 42700 SELANGOR.
1.4. Sila sertakan profil syarikat termasuk pengalaman kerja berkaitan bersama sebut
harga yang dikemukakan.
1.5. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan
bertanda ‘NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
1.6. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di
alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada 28 April 2016, dan
1.7. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
Tarikh: 21 April 2016
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 6
Bil. Perihal bekalan/perkhidmatan dan
Syarat-syarat Khas
Unit
Ukuran
Kuantiti/
Kekerapan
Kadar
(RM)
Harga
(RM)
Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut
Harga
1
2
Tajuk Perolehan: SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
Spesifikasi kerja adalah seperti di
lampiran yang disertakan.
Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran
dengan Kementerian Kewangan
Malaysia di bawah salah satu kod
bidang 210101 (Bekalan dan
Perkhidmatan bagi Sektor Teknologi
Maklumat dan Komunikasi –
Hardware(Low End Technology) ),
210201(Alat Perhubungan) atau
210202 (Sistem
Perhubungan/Telekomunikasi) dan
juga sijil pendaftaran lain yang
berkaitan.
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Nota:Harga Tawaran Hendaklah Tanpa Cukai GST 6%.
i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
ii) Tarikh penyerahan dan penawaran ialah ....................... (rujuk Jadual 3)
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan perkhidmatan di atas dengan harga dan
syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di
belakang ini.
T/tangan Penyebut
harga :
----------------------------------------------------------
Nama dan K/P : ----------------------------------------------------------
Alamat Syarikat : ----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
Tarikh : ________________
MUSTAHAK – LIHAT SYARAT-SYARAT AM DI BELAKANG
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 7
SEKSYEN 2
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 8
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,
syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan sepertimana syarat-syarat am itu
ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KAEDAH BARANG
Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
i. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan
kos tambahan yang berkaitan.
ii. Harga yang ditawarkan hendaklah tanpa cukai GST 6%.
3. SEBUT HARGA KESELURUHAN / SEBAHAGIAN
Sebut harga hendaklah ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian
bilangan item.
4. BARANG-BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat
butir-butir penuh diberi.
5. PENYETUJUAN
i. Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima sebut harga yang terendah atau
mana-mana sebut harga.
ii. Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai setuju sebut harga yang
berasingan.
6. PEMERIKSAAN
i. Kerajaan adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa
atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa
pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
ii. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian
apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang
dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang
dinyatakan di dalam pelawaan ini.
8. PENOLAKAN
i. Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-
barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.
ii. Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang yang
ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia
hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah
dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 9
iii. Fasal-fasal (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan
untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh
disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa
kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih
dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan
mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju
tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa
pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini
atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri
pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
BARANG-BARANG EK-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PEMBUNGKUSAN
i. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan.
ii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang
tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
14. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat
asal barang-barang itu, jika berkenaan, hendaklah dinyatakan.
BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai
adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
16. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 10
17. PEMBUNGKUSAN
i. Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke
Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu
dieksport dengan tidak dibungkus.
ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan.
iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang
tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
- RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG -
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 11
NOTA KEPADA PENYEBUT HARGA
Sebut harga ini mempunyai syarat-syarat dan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh semua penyebut harga bagi SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI
FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA. Penyebut harga perlu mematuhi keperluan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak ANGKASA seperti yang tertera di bawah.
AM
a) Sebut harga ini hanya dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan eP-enabled dalam Negeri
Selangor/ WP Putrajaya/WP Kuala Lumpur di bawah salah satu kod bidang berikut
iaitu 210101 (Bekalan dan Perkhidmatan bagi Sektor Teknologi Maklumat dan
Komunikasi – Hardware(Low End Technology) ), 210201(Alat Perhubungan) atau
210202 (Sistem Perhubungan/Telekomunikasi).
b) Pendaftaran Penyebut harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan syarat ke
atas sebut harga yang dikemukakan. Sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan
dalam tawaran sebut harga.
DOKUMEN SEBUT HARGA
a) Hanya dokumen sebut harga yang dikeluarkan oleh ANGKASA akan diterima.
Dokumen-dokumen lain yang diperolehi daripada sumber-sumber selain daripada
yang tersebut di atas atau fotostat/offset tidak akan diterima.
b) Dokumen sebut harga ini mestilah ditaip atau ditulis dengan terang. Tiada pindaan
dalam dokumen sebut harga diterima tanpa ditandatangani oleh Penyebut harga.
PENYEMPURNAAN BEKALAN & PERKHIDMATAN
a) Pembekalan peralatan ini hendaklah disempurnakan sebelum 29 Julai 2016.
PENYERAHAN SEBUT HARGA
a) Tawaran sebut harga yang dikemukakan haruslah disediakan berdasarkan format dan
keperluan yang tertera dalam dokumen sebut harga ini.
b) Pihak Penyebut harga hendaklah membaca dengan teliti dokumen sebut harga ini.
Seterusnya Penyebut harga hendaklah mengisi dan menandatangani serta
menurunkan cop syarikat pada lampiran-lampiran dan jadual-jadual yang
berkenaan.
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 12
c) Setiap tawaran sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat
berlakri (sealed) iaitu:
I. Sampul surat PERTAMA yang mengandungi:-
i. Borang Sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan (LAMPIRAN Q)
ii. Senarai Semak (Lampiran i)
iii. Satu salinan pendaftaran syarikat (ROC)
iv. Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan
v. Jadual Kadar Harga (Jadual 2)
vi. Borang Sebut harga
vii. Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat (Lampiran A)
viii. Maklumat Am Latar Belakang Penyebut harga (Lampiran B)
ix. Salinan penyata bulanan akaun bank syarikat bagi 3 bulan terakhir
x. Dokumen kemudahan perbankan/overdraf (jika berkaitan)
xi. Rekod Pengalaman (Lampiran C)
xii. Testimoni Pelanggan (Lampiran D)-WAJIB Disertakan
xiii. Sijil Kehadiran Latihan dari pihak prinsipal/pembuat (Lampiran E)-
WAJIB Disertakan
xiv. Surat Akuan Pembida (Lampiran F)
xv. Lampiran Q
Pada sampul ini ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan
perkataan “SAMPUL KEWANGAN”
II. Sampul surat KEDUA yang mengandungi:-
i. Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal (Jadual 1)
ii. Jadual Pelaksanaan (Jadual 3)
Pada sampul ini ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan
perkataan “SAMPUL TEKNIKAL”.
PERINGATAN:
PENYEBUT HARGA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENUNJUKKAN
MAKLUMAT MENGENAI HARGA TAWARAN UNTUK SEBUT HARGA DAN
MELETAKKAN NAMA ATAU LOGO SYARIKAT PADA MANA-MANA
DOKUMEN DALAM SAMPUL KEDUA.
Kegagalan mematuhi syarat ini akan menyebabkan sebut harga anda
tidak akan dipertimbangkan.
d) Kedua-dua sampul surat ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang
lain, berlakri (sealed) dan ditandakan seperti berikut:
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 13
“SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI
KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA”
No. Ruj. Sebutharga : AAN017/2016/SH
e) Dokumen Tawaran Sebut harga yang telah siap dan lengkap diisi hendaklah
dialamatkan kepada:
AGENSI ANGKASA NEGARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PUSAT ANGKASA NEGARA
JALAN TURI, KG. SG. LANG,
BANTING
42700 SELANGOR.
f) Sebut harga hendaklah dihantar menggunakan tangan dan dimasukkan ke dalam peti
sebut harga di pejabat AGENSI ANGKASA NEGARA, BAHAGIAN KHIDMAT
PENGURUSAN, PUSAT ANGKASA NEGARA, JALAN TURI, KG. SG. LANG,
BANTING, 42700 SELANGOR tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari, 28 April
2016
g) ANGKASA tidak terikat untuk memilih keseluruhan pakej yang ditawarkan tetapi
sebaliknya berhak untuk memilih sebahagian daripada item yang ditawarkan sahaja
sekiranya perlu.
SETUJU TERIMA SEBUT HARGA
a) ANGKASA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga yang berjaya apabila
sebut harganya dipersetujui.
b) Kerajaan tidak terikat mempersetujui sebut harga yang terendah sekali atau mana-
mana sebut harga.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan syarat dan spesifikasi sebut harga boleh
menghubungi pegawai berikut:
Pn. Nur Aida Binti Mohd Lana (Urusetia Perolehan)
Email: aida@angkasa.gov.my
Encik Hamid Bin Salim (Spesifikasi Teknikal)
Email : hamid@angkasa.gov.my
- BERAKHIR -
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 14
SEKSYEN 3
SPESIFIKASI TEKNIKAL
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 15
PEMATUHAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN
1.0 AM
Fasiliti Kawalan Misi terdiri daripada dua (2) sistem antenna iaitu:
1) Mission Control Station (MCS) – Model 4000 Sistem antena bersaiz 5.0 meter diameter yang boleh menjalankan operasi Penjejakan, Telemetri & Kawalan (TT & C) dalam julat frekuensi Jalur-S termasuk kemampuan penjejakan auto, sistem frekuensi dan pemasaan GPS, pengubah frekuensi, sistem jalur asas bagi pemodulatan dan penyahmodulatan data, penyeragaman bit dan kerangka, sistem pemantauan dan kawalan dan keupayaan pengesahan arahan.
2) Image Receiving & Processing Station (IRPS) – Model 12000
Antena yang bersaiz 7.3 meter diameter yang beroperasi dalam julat frekuensi Jalur-X dan berkemampuan menjalankan penjejakan auto dalam Jalur-S dan X, juga terdiri daripada sistem frekuensi dan pemasaan, pengubah frekuensi, sistem jalur asas bagi penyahmodulatan data, penyeragaman bit dan kerangka, sistem pemantauan dan kawalan dan pengesahan arahan dengan keupayaan pemodulatan.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN
Bagi maksud sebutharga ini, Penyebutharga adalah dikehendaki menjalankan
perkhidmatan diagnosis mengikut skop seperti berikut:
1. Diagnosis Antena System Model 4000 & Model 12000 (meliputi Subsistem
elektrikal, mekanikal, Radio Frequency, computer, hardware&software, peralatan
sokongan lain) – Sila rujuk Lampiran 1
1.1 Kontraktor dikehendaki melaksanakan system recovery pada sistem sedia ada
melibatkan keseluruhan komponen, sub komponen dan subsistem tanpa
melibatkan alat ganti yang perlu diperoleh dari sumber luar (pihak prinsipal, 3rd
party supplier, vendor dan lain-lain yang mana berkaitan)
1.2 Perkhidmatan ini hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada
mendiagnosis, membetulkan, dan/atau mengkonfigurasi dan sekiranya perlu.
1.3 Kontraktor hendaklah menjalankan perkhidmatan tambahan seperti mengenal
pasti dan menyelesaikan masalah kekurangan dan kerosakan untuk semua
subsistem, komponen dalam sebutharga ini.
1.4 Penyebutharga yang berjaya hendaklah menyediakan tenaga pekerja,
perkakasan, peralatan dan khidmat sokongan bagi menyempurnakan
perkhidmatan ini dan semua kos yang terlibat adalah telah termasuk dalam kos
yang dinyatakan oleh penyebutharga tanpa sebarang kos tambahan.
1.5 Kontraktor hendaklah memaklumkan Kerajaan secara bertulis tiga (3) hari
sebelum kerja dilaksanakan jika Perkhidmatan perlu dilakukan di luar waktu
pejabat.
1.6 Bayaran Perkhidmatan di luar waktu pejabat hendaklah termasuk sebahagian
dari Nilai Kontrak ini tanpa sebarang kos tambahan.
1.7 Kontraktor hendaklah memastikan kakitangan, pekerja, ejen, wakil dan sesiapa
sahaja bagi pihak Kontraktor melaksanakan Perkhidmatan secara profesional
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 16
dan mengikut spesifikasi pengilang dan prosedur yang disyorkan serta protokol
Kerajaan. Kerajaan berhak untuk menolak mana-mana pihak Kontraktor yang,
dalam proses penghakiman, adalah tidak layak untuk menjalankan kerja, atau
yang tidak menjalankan tugas secara profesional.
1.8 Kontraktor tidak berhak untuk meyimpan, menyalin atau mengedarkan mana-
mana perisian, data atau dokumen yang dimiliki oleh Kerajaan kepada sesiapa
tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Kerajaan.
1.9 Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan diagnosis yang merangkumi
butiran berikut (yang mana berkaitan):
1.9.1 Skop kerja
1.9.2 Senarai peralatan
1.9.3 Method statement
1.9.4 Laporan bergambar
1.9.5 Cadangan dan syor
1.9.6 Anggaran perbelanjaan (Corrective maintenance cost sekiranya ada)
1.9.7 Lain-lain maklumat yang bersesuaian
2. Diagnosis Transmitter (SSPA)
2.1 Spesifikasi Solid State Power Amplifier (SSPA) adalah seperti berikut:
BIL BUTIRAN SPESIFIKASI
1 Jenama Paradise Datacom
2 Model No. HPAS2400AOD
3 High Power Density 400W
4 Frequency Range 2.02 GHz – 2.12 GHz
2.2 Perkhidmatan ini hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada
mendiagnosis, membetulkan, dan/atau mengkonfigurasi dan sekiranya perlu.
2.3 Kontraktor tidak berhak untuk menyimpan, menyalin atau mengedarkan mana-
mana perisian, data atau dokumen yang dimiliki oleh Kerajaan kepada sesiapa
tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Kerajaan.
2.4 Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan diagnosis yang merangkumi
butiran berikut (yang mana berkaitan):
2.4.1 Skop kerja
2.4.2 Laporan bergambar
2.4.3 Cadangan dan syor
2.4.4 Anggaran perbelanjaan (Corrective maintenance cost sekiranya ada)
2.4.5 Lain-lain maklumat yang bersesuaian
3.0 PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Diagnosis Sistem Antena Mission Control Station (MCS) , Image Receiving & Processing Station (IRPS) Dan Pemancar (SSPA) Di Fasiliti Kawalan Misi, Agensi Angkasa Negara seperti di Jadual 1.
4.0 LOKASI KERJA
Fasiliti Kawalan Misi, Pusat Angkasa Negara
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 17
SEKSYEN 4
JADUAL DAN LAMPIRAN
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 18
JADUAL 1 – Sampul Teknikal
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
BIL ITEM
SPESIFIKASI
KUANTITI
PEMATUHAN JENIS/JENAMA CATATAN
YA TIDAK
1. Sistem Antena Model 4000(MCS)
Diagnosis:
- Antenna Control Unit
- Positioner Assemblies
- RF Downlink
- RF Uplink
- Back End / Baseband Equipment
- GSC Computer
1 LJT Assoc
2. Sistem Antena Model 12000(IRPS)
Diagnosis:
- Antenna Control Unit
- Positioner Assemblies
- RF Downlink
- Back End / Baseband Equipment
- GSC Computer
1 LJT Assoc
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 19
BIL ITEM
SPESIFIKASI
KUANTITI
PEMATUHAN JENIS/JENAMA CATATAN
YA TIDAK
3. Pemancar(Transmitter)
Diagnosis:
- Solid state power amplifier 400Watt
1 Paradise Datacomm
Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar. ………………………………………… Tandatangan :
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 006/2015/SH
m/s 20
JADUAL 2 – Sampul Kewangan SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
JADUAL KADAR HARGA
BIL SKOP PERKHIDMATAN LOKASI KERJA SENARAI KERJA
KUANTITI HARGA
SEUNIT (RM) JUMLAH
(RM)
1.
Perkhidmatan Diagnosis Sistem Antena Di Fasiliti Kawalan Misi, Agensi Angkasa Negara
Fasiliti Kawalan Misi, Pusat Angkasa Negara
1) Sistem Antena Model
4000(MCS): - Antenna Control
Unit - Positioner
Assemblies - RF Downlink - RF Uplink
- Back End / Baseband Equipment
- GSC Computer
2) Sistem Antena Model 12000(IRPS)
- Antenna Control
Unit - Positioner
Assemblies - RF Downlink - RF Uplink - Back End / Baseband
1 1
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 006/2015/SH
m/s 21
BIL SKOP PERKHIDMATAN LOKASI KERJA SENARAI KERJA
KUANTITI HARGA
SEUNIT (RM) JUMLAH
(RM)
Equipment
- GSC Computer
3) Pemancar (SSPA)
- Solid state power amplifier 400Watt
1
JUMLAH HARGA BEKALAN
Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Pembekalan tidak termasuk di dalam Jadual Pematuhan ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Jadual Pematuhan Harga. Harga yang ditawarkan hendaklah tanpa cukai GST 6%
Nama & Cop Syarikat
:
Nama Penyebutharga
:
Tarikh :
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 006/2015/SH
m/s 22
JADUAL 3 – Sampul Teknikal
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
BIL PERKARA TARIKH MULA TARIKH TAMAT TEMPOH MASA
1. Menjalankan perkhidmatan diagnosis sistem antena MCS,IRPS dan
SSPA
Nota:
Tarikh jangkaan pengeluaran SST ialah pada 9 Mei 2016. Bagaimanapun Kerajaan berhak meminda tarikh tersebut sama ada lebih
awal atau lebih lewat. Tarikh akhir penyempurnaan bekalan ialah pada 29 Julai 2016.
Penyebutharga boleh menyediakan jadual perancangan dalam format Carta Gantt dan dilampirkan bersama JADUAL 3.
Tempoh Penyempurnaan / Penyerahan Yang Ditawarkan: ................................... hari / minggu / bulan (dari tarikh SST dikeluarkan)
Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.
…………………………………………
Tandatangan :
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 23
Sampul Kewangan
KERAJAAN MALAYSIA
AGENSI ANGKASA NEGARA
BORANG SEBUTHARGA
Kepada : KETUA PENGARAH
AGENSI ANGKASA NEGARA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Tarikh :
Tuan,
SEBUT
HARGA BAGI
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
NO. SEBUT
HARGA
NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH
Adalah saya / kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan
tawaran bagi peralatan yang diperlukan dengan harga-harga yang telah ditentukan di
dalam Jadual Pematuhan Harga iaitu sebanyak Ringgit Malaysia
............................................................................. Tawaran ini mempunyai sahlaku
untuk tempoh selama Sembilan Puluh (90) hari daripada tarikh sebutharga ini
ditutup.
2. Saya / Kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya: -
i. Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk
penerimaan tawaran kami;
ii. Bahawa Kerajaan berhak mengubah mana-mana spesifikasi teknikal
yang dinyatakan;
iii. Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebut harga yang
terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab
di atas penolakan sesuatu sebut harga ;
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 24
iv. Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima keseluruhan pakej
tawaran dan berhak untuk menerima dan menawarkan sebahagian
daripada pakej tawaran yang dikemukakan;
v. Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan keseluruhan kuantiti
item yang ditawarkan dan berhak untuk menawarkan sebahagian
kuantiti atau item per item yang ditawarkan;
vi. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal
akan ditandatangani di antara pihak kami dengan Kerajaan selaras
dengan tawaran yang diberikan;
vii. Bahawanya sekiranya tawaran kami diterima maka kami akan
mendeposit dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan
Surat Setuju Terima Sebut harga tetapi sebelum bermulanya
pembekalan, perkara-perkara berikut: -
a. Bon Pelaksanaan; (jika nilai perolehan melebihi RM200,000.00)
viii. Bahawa Borang Sebut harga beserta Surat Setuju Terima Sebut harga
ini hendaklah menjadi kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan
Penyebut harga walaupun kontrak yang formal belum di laksanakan;
ix. Bahawa kami bersetuju untuk menyempurnakan pembekalan dalam
tempoh yang telah ditetapkan;
a. Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat sepertimana
yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga ini;
b. Bahawa Kerajaan berhak membatalkan atau mengubah kontrak
formal bagi perkara tersebut di atas tanpa memberi sebarang
alasan dan sebab. Kerajaan tidak akan membayar sebarang
pampasan atas gantirugi yang ditanggung oleh kami;
c. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka kami
membenarkan pihak Kerajaan untuk membuat potongan
sebanyak 0.8% ke atas inbois yang dikeluarkan oleh kami bagi
fee perkhidmatan eP tertakluk kepada had maksimum potongan
sebanyak RM9,600.00 bagi inbois bernilai RM1.2 juta lebih.
x. Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 25
Bagi pihak penyebutharga ;
Tandatangan penyebut
harga
:
Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Alamat / Cop Syarikat :
Dihadapan
Tandatangan Saksi :
Nama Penuh Saksi :
No. Kad Pengenalan Saksi :
Alamat :
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 26
LAMPIRAN A – Sampul Kewangan
BORANG A - SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN
KESAHIHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENYEBUT HARGA
Nama
Pembekal :
Alamat :
Kepada :
UNIT PEROLEHAN, AGENSI ANGKASA NEGARA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
(Pihak yang akan menilai sebutharga )
Tuan,
Maklumat Latar Belakang, Kewangan dan Teknikal PENYEBUT HARGA
1. Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang terkandung
dalam Arahan Kepada Penyebut harga termasuk arahan yang
menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-
dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama Dokumen Sebut harga
kami semasa mengemukakan sebut harga ini untuk membolehkan ANGKASA
menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang disebut harga,
semasa penilaian sebut harga .
2. Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian sebut harga ini akan
mengambil kira dan mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang
disebut harga. Justeru itu sebut harga kami akan hanya dipertimbang untuk
diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetuju terima sekiranya kami
didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang disebut harga,
mengikut penilaian ANGKASA berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-
dokumen yang kami kemukakan.
3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan
semua maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta bersama-sama sebut
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 27
harga kami sebelum sebut harga ditutup dan maklumat-maklumat atau
dokumen-dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan
diterima untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami.
4. Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan
bersama-sama ini di Lampiran A, B, C, D, E dan dokumen-dokumen yang kami
sertakan bersamanya setahu kami adalah semuanya benar dan sah pada
semua segi dan kami telah mengambil maklum dan sedar akan tindakan yang
boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kami dan/atau sebut harga kami,
sekiranya mana-mana maklumat, data-data dan dokumen yang kami berikan
itu didapati tidak benar atau palsu.
5. Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa sebut harga kami akan
ditolak (disqualified) dan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-
maklumat yang kami berikan tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk
memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan/atau menyertakan
mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan
ANGKASA menilai keupayaan kami, terutamanya dokumen-dokumen
berhubung dengan kedudukan kewangan dan prestasi kerja semasa kami
seperti berikut:-
(1) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan
Penyebut harga bagi Tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup
sebutharga .
(2) Laporan Pelanggan atas prestasi kontrak semasa yang bukan kontrak
ANGKASA atas Lampiran E dalam satu sampul berlakri bagi setiap
kontrak semasa yang sedang dilaksanakan.
6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana Pegawai Kerajaan,
Jurutera-Jurutera Projek, Bank dan Institusi Kewangan lain, dan lain-lain atau
mana-mana orang atau firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-
maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh ANGKASA untuk menyemak
maklumat-maklumat yang kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat
tambahan. Kami mengambil maklum bahawa pihak ANGKASA juga boleh
merujuk apa-apa maklumat yang kami kemukakan dengan mana-mana pihak
termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri. Walau bagaimanapun kami tetap
bertanggungjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang
kami berikan bersama-sama ini.
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 28
Yang Benar,
Tarikh :
(Tandatangan Penyebut harga )
Nama Penuh :
No. Kad
Pengenalan
:
Atas Sifat :
Yang memberi kuasa dengan sempurnanya untuk
Menandatangani sebut harga ini untuk dan bagi
Pihak:
(Meteri atas Cop Penyebutharga )
Saksi : Tarikh :
Nama Penuh :
No. Kad
Pengenalan
:
Pekerjaan :
Alamat :
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 29
LAMPIRAN B – Sampul Kewangan
BORANG B - MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA
1. Nama :
2. Alamat :
No. Telefon : No. Faks :
3. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
(Sertakan salinan Pendaftaran)
i No Pendaftaran :
ii Tarikh Daftar :
iii Sah hingga :
iv Kod Bidang :
v Taraf (Bumiputera / Bukan Bumiputera) :
vi Jika Bumiputera, tempoh sah taraf Dari Hingga
4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Nyatakan
i. Modal dibenarkan : RM
ii. Modal dibayar : RM
5. Perniagaan utama lain, jika ada
(a) sejak
(b) sejak
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 30
6. Ahli-ahli syarikat
i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah:
Nama Jawatan Saham Modal
Dipegang
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 31
LAMPIRAN C – Sampul Kewangan
REKOD PENGALAMAN
(Senarai semua rekod pengalaman yang berkaitan dengan perolehan ini mulai tahun
2013 dan ke atas. Sila sertakan surat setuju terima/ surat tawaran/P.O/LO
(salah satu sahaja) )
BIL NAMA KONTRAK PELANGGAN
(KEMENTERIAN/AGENSI)
NILAI
KONTRAK
(RM)
TEMPOH
KONTRAK
Nama & Cop Syarikat :
Nama Penyebutharga :
Tarikh :
Tandatangan :
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 32
LAMPIRAN D – Sampul Kewangan
TESTIMONI PELANGGAN
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA),
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH
Penyebutharga DIWAJIBKAN menyertakan sekurang-kurangnya satu (1) salinan
testimoni daripada pelanggan berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan di
dalam sebutharga ini. Kegagalan Penyebutharga mengemukakan dokumen ini boleh
mengakibatkan tawaran Penyebutharga DITOLAK
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 33
LAMPIRAN E – Sampul Kewangan
SIJIL KEHADIRAN LATIHAN
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA),
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH
Penyebutharga DIWAJIBKAN menyertakan sekurang-kurangnya satu (1) salinan sijil
kehadiran latihan yang dikeluarkan oleh pihak prinsipal/pembuat berkaitan dengan
sistem yang dinyatakan dalam sebutharga ini. Kegagalan Penyebutharga
mengemukakan dokumen ini boleh mengakibatkan tawaran Penyebutharga
DITOLAK
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 34
LAMPIRAN F – Sampul Kewangan
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA),
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH
Saya, Nombor
K.P
(Nama Wakil Syarikat)
yang mewakili Nombor (Nama Syarikat)
Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan
bahawa (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam AGENSI ANGKASA NEGARA
atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga
seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa* bagi saya
mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
AGENSI ANGKASA NEGARA atau mana-mana individu lain sebagai sogokan
untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil
syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya
atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan
untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan
segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 35
Yang Benar,
……………………………...........
Nama :
No.Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Surat Perwakilan Kuasa hendaklah disertakan bersama dengan surat ini.
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 36
LAMPIRAN i – Sampul Kewangan
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI
KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA
NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
SENARAI SEMAK Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.
Bil Perkara Lampiran
Untuk Ditanda
Oleh Penyebut
harga
Untuk Ditanda Oleh
Jawatankuasa Pembuka
Sebut harga
SAMPUL SURAT PERTAMA (A) - KEWANGAN
1 Senarai Semak (Check List) Lampiran i
2 Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (ROC)
3 Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan / Sijil Virtual yang dicetak daripada sistem ePerolehan.
4 Jadual Kadar Harga Jadual 2
5 Borang Sebut Harga
6 Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat
Lampiran A
7 Maklumat Am Latar Belakang Penyebut harga
Lampiran B
8 Rekod Pengalaman Lampiran C
9 Testimoni Pelanggan – Wajib disertakan
Lampiran D
10 Sijil Kehadiran Latihan – Wajib disertakan
Lampiran E
11 Surat Akuan Pembida Lampiran F
12 Lampiran Q Lampiran Q
13 Salinan penyata bulanan akaun bank syarikat bagi 3 bulan terakhir(Januari, Februari & Mac 2016)
14 Dokumen kemudahan perbankan/overdraf (jika berkaitan)
SAMPUL SURAT KEDUA (B) – TEKNIKAL
1 Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal
Jadual 1
2 Jadual Pelaksanaan Projek Jadual 3
SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH
m/s 37
PENGESAHAN OLEH PENYEBUT HARGA Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Urus setia mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. .......................... (jika ada).
Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama
Pengerusi :
Jawatan : Jawatan : Tarikh : Tarikh :