Post on 07-Feb-2018
1
AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM KALANGAN
PELAJAR PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ):
PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN
Salamiah Ab. Ghani,1 Zainuddin Ismail,
2
Suhaila Zailani @ Hj Ahmad3
salma@ukm.edu.my 1,2
Unit Bahasa Arab, 1,2,3
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak: Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran yang penting untuk
menguasai bahasa Arab. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran ini boleh
menyumbang kepada kelemahan dalam penguasaan bahasa Arab secara keseluruhannya.
Pelajar PBJJ berpeluang untuk berinteraksi dengan guru begitu sedikit berbanding dengan
pelajar sepenuh masa. Bentuk pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar PBJJ lebih menjurus
kepada pembelajaran terarah kendiri. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana
keberkesanan pembelajaran terarah kendiri dapat membantu pelajar dalam meningkatkan
kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Di samping bertujuan melihat sejauh mana para
pelajar boleh akses kendiri dan sejauh mana teknik penceritaan al-sirah al-zatiyah dapat
menyokong pendekatan komunikatif Kajian ini menggabungkan dua kaedah kualitatif dan
kuantitatif. Sampel kajian ialah dua puluh rakaman yang dipilih secara rawak daripada
rakaman para pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Rakaman ini
kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses
pembelajaran terarah kendiri dan teknik pembelajaran secara penceritaan dapat meningkatkan
keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar
PBJJ di Fakulti Pengajian Islam.
PENGENALAN
Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) merupakan program ijazah Sarjana Muda yang
ditawarkan kepada pelajar lepasan STPM, SPM, Diploma pengurusan Islam dan yang setara
dengannya. Kebanyakan pelajar yang mendaftar program ini ialah mereka yang sudah
berkerjaya, namun begitu ada yang baru tamat pengajian mereka di peringkat STPM dan
diploma. Pelajar yang mengikuti program sarjana muda pengajian Islam diwajibkan
mengambil empat kursus Bahasa Arab, iaitu PPPY1112 Maharat al-Qira’ah, PPPY1122
Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah, PPPY1132 Maharat al-Kitabah dan PPPY1142
Maharat al-Istima’ wa al-Fahm. Kuliah-kuliah ini dikendalikan pada hujung minggu dengan
kekerapan pertemuan sebanyak 4 kali per semester, iaitu 4 jam bagi setiap kali pertemuan.
Pembelajaran pelajar PBJJ secara amnya lebih kepada pembelajaran akses kendiri, kerana
pertemuan mereka dengan guru-guru hanya 16 jam sahaja per semester. Kursus PPPY1122
Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah ditawarkan kepada pelajar tahun satu semester dua,
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri
Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9
2
iaitu setelah mereka lulus PPY1112 Maharat al-Qira’ah. Memandangkan pertemuan pelajar-
pelajar dengan guru amat terhad, maka para pelajar diberi tugasan merakamkan al-sirah al-
zatiyah (biografi) sebagai tugasan individu. Rakaman al-sirah al-zatiyah ini dijadikan sebagai
bahan kajian, dinilai dan dianalisis.
PERMASALAHAN
Isu kelemahan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia sama ada di
peringkat sekolah menengah atau di peringkat institut pengajian tinggi mendapat perhatian
dan sering dibincangkan dalam seminar atau muktamar oleh ramai pihak. Kelemahan pelajar
dalam menguasai Bahasa Arab ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kelemahan
mereka dalam menguasai ilmu nahu sebagaimana yang dinyatakan oleh Zaini (2012: 191).
Wan Muhamad et al. (2006: 339) berpendapat bahawa penguasaan bahasa Arab dalam
kalangan pelajar terutama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan belum berada
pada tahap yang memuaskan. Sebilangan besar pelajar memahami tajuk-tajuk nahu yang
dipelajari dengan baik, namun mereka tidak dapat mengaplikasi ilmu-ilmu tersebut dengan
sebaik mungkin sama ada dalam penulisan atau pertuturan. Sikap pelajar juga turut
menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab. Ada antara para
pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri, malu untuk bertutur dalam bahasa Arab sama
ada dengan guru-guru atau dengan rakan-rakan. Perasaan takut salah dan takut diketawakan
oleh rakan-rakan masih lagi menguasai mereka. Teknik-teknik yang sering diamalkan dalam
pengajaran kemahiran bertutur ialah teknik yang memerlukan respon terus atau langsung
seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur (Zawawi Ismail et al. 2011:
67), teknik ini sangat baik dan berkesan. Pelajar PBJJ tidak mempunyai peluang yang
banyak untuk berinteraksi dengan para guru, oleh itu mereka ditugaskan merakam sirah
zatiyah (biografi) masing-masing dalam bahasa Arab. Daripada tugasan ini, pengkaji dapat
melihat sejauh mana kemampuan pelajar PBJJ bertutur dalam bahasa Arab.
PERBINCANGAN
Kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab merupakan satu kemahiran yang penting sebagai
mana yang dinyatakan oleh (Zawawi Ismail.et. al 2011:67) bahawa penguasaan kemahiran
bertutur satu aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa
kedua atau bahasa asing. Kemampuan bertutur dalam Bahasa Arab merupakan salah satu
matlamat kursus PPPY1122 Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah, iaitu para pelajar
berkemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam kursus ini, kemahiran kemahiran lain seperti kemahiran membaca, menulis dan
mendengar juga tidak diambil kira kerana penumpuan lebih kepada kemahiran bertutur. Bagi
membolehkan para pelajar bertutur dalam bahasa Arab, peluang yang cukup hendaklah diberi
kepada mereka agar mereka dapat mempraktik komunikasi dengan menggunakan
perbendaharaan kata yang telah dipelajari.
Tugasan merakam al-sirah alzatiyah ini secara individu bukan bertutur secara
langsung di hadapan khalayak telah memberi ruang yang cukup selesa kepada pelajar untuk
bercerita tentang diri dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
Sebelum para pelajar merakam tugasan masing-masing, mereka hendaklah menulis teks
terlebih dahulu. Contoh dan isi-isi penting telah diberi kepada para pelajar dan dibicang
bersama dalam kuliah. Dalam kajian ini, pengkaji membuat analisis terhadap rakaman al-
sirah al-zatiyah dengan memfokuskan kepada beberapa perkara seperti, penggunaan
perbendaharaan kata, aspek penggunaan pola, penggunaan huruf jar dan aspek baris (nahu).
Hasil daripada analisis rakaman al-sirah al-zatiyah, terdapat beberapa kesilapan sebagai
mana yang dinyatakan dalam jadual di bawah ini.
3
Jadual 1: Penggunaan perbendaharaan kata yang kurang tepat
Bil Isu Ayat pelajar Jangkaan ayat yang ingin
diungkapkan
1 Pelajar ingin
mengungkap: saya tidak
mempunyai
بن ت ولكن ليسعن ديولد والبن ت غي راب نأو لكن
2 Penggunaan كان salah
tempat
وأناالثالثةفيهم طف لةالثالثةوكن ت
3 Perbendaharaan kata
tidak tepat
لبدايةفي فيالبداية أو
4 Penggunaan perkataan
ىعس salah tempat
العلمعسى ألنشر كمعلمة أكون أن
والمعارف
العلم ألنشر معلمة أكون أن أتمنى
والمعارف
5 Penggunaan nombor ثلث واحد تسعةصفر اثنا ثالثاثنا
وتسعة
تسعة اثنان اثنان ثالث واحد صفر
ثالثوتسعة
6 Penggunaan واصلتالدراسةوبعده بعد الدراسةواصلت وبعدذلك
7 Sebutan huruf – mad
perbendaharaan kata –
bilangan
أحدوألفينفيسانةكنتمتزوج سنةألفينوواحد/قدتزوجتفيعام
8 Penggunaan perkataan
أرجو
...بعدأنتخرجتبهذهالدراسةوأرجو هذه من أتخرج أن بعد وأتمنى
...الجامعة
Jadual 2: Penggunaan pola perkataan yang salah (aspek sarf)
Bil Isu Ayat pelajar Jangkaan ayat yang akan
disampaikan
1 Tidak dapat membezakan
antara makna perkataan
فdengan عرف عر
رفأن ا أعرف ......أع أن
2 Tidak dapat membezakan
antara makna perkataan
dengan وصل واصل
المدرسةوصل تثم في الثانوية
.نهضةالحسنةثانوية
نهضة مدرسة دراستي واصل ت ثم
.الحسنةالثانوية
4
Jadual 3: Aspek baris (baris tengah dan akhir)
Jadual 4: Penggunaan huruf jar
Bil Isu Ayat Pelajar Jangkaan yang akan
disampaikan
1 Kesilapan Penggunaan
huruf الباء
بهذهوأرجوأنأكونفاصحاوماهرا
اللغة
أنأكونفصيحاوماهرافيهذهوأرجو
اللغة
2 Kesilapan Penggunaan
huruf الباء
بعد تخرجت وأرجو بهذهأن
...الدراسة
هذه من أتخرج أن بعد وأتمنى
...الجامعة
3 Tidak perlu kepada
huruf على
ت الشهادةالعاليةعلىأخذ تالشهادةالعالية أخذ
3 Kesilapan mengguna اسم
فاعل
وماهرابهذهفاصحاوأرجوأنأكون
اللغة
بهذه وماهرا أنأكونفصيحا وأرجو
اللغة
4 Tidak dapat membezakan
antara makna perkataan
س dengan perkataan أدر
رس أد
رس اللغةالعربيةأد ساللغةالعربية أدر
5 Kesilapan wazan ةأود اآلخركلمة... ...الكلمةاألخيرةأود
6 Kesilapan pembentukan
wazan مضارع merujuk
kepada penutur
أن ...تصبحأود ...صبحأودأنأ
7 Kesilapan menggunakan
jenis فعل
بعدأن بهذهتخرجتوأرجو
...الدراسة
هذه من أتخرج أن بعد وأتمنى
...الجامعة
8 Kesilapan menggunakan
jenis perkataan
أكون أن أرجو دراستي انتهاء بعد
معلما
بعدأنأنهيدراستيأتمنىأنأكون
معلما
Bil Ayat Pelajar Jangkaan yang ingin disampaikan
رعندياثنا 1 عندياثناعشرإخوة إخوات عش
العربيةالل غةأحب 2 أحبالل غةالعربية
...الثانويةالدينيةمدارسدرستفي 3 رسةالثانويةالدينية ...درستفيمد
فيكليةالشريعةاإلسالميةدرس تبعدذلك 4 تفيكليةالشريعةاإلسالمية بعدذلكدرس
مأواصلالدراسةفي 5 السيكولوجيالقس مالسيكولوجي أواصلالدراسةفيالقس
دراسةاللغةالعربيةللعلوموالثقافةاإلسالمية 6 عربيةللعلوموالثقافةاإلسالميةدراسةاللغةالأحب أحب
تفي 7 عشرستةولد تفيستةعشر ولد
5
4 Tidak perlu kepada
huruf على
تعليماللغةالعربيةأحبعلى أحبتعليماللغةالعربية
5 Kesilapan Penggunaan
huruf الباء
وهكذابياناتيتوصيةوأمانيتي
بالمستقبل
في وأمانيتي توصية بياناتي وهكذا
المستقبل
DAPATAN KAJIAN DAN RUMUSAN
Hasil daripada analisis rakaman al-sirah alzatiyah menunjukkan bahawa para pelajar PBJJ
mampu menuturkan ayat-ayat yang mudah dan mampu menyusun idea-idea untuk
dipersembahkan. Daripada aspek sebutan, para pelajar dapat menyebut perkataan-perkataan
Arab dengan makhraj yang betul dan lancer. Hal ini kerana orang Melayu Muslim sudah
biasa dengan sebutan huru-huruf Arab khususnya istilah-istilah yang berkaitan dengan
persoalan ibadah dan hukum hakam. Di samping itu banyak perkataan-perkataan Arab
dipinjam dalam bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu
diatasi ketika melaksanakan aktiviti penceritaan dalam bentuk biografi ini. Antaranya,
perbendaraan kata yang dimiliki oleh pelajar amat terhad dan kurang tepat. Antara lainnya,
kesilapan menggunakan pola, huruf jar dan zarf. Selain itu, terdapat juga kesalahan baris
akhir dan baris tengah perkataan. Terdapat juga ayat-ayat yang tidak jelas dan tidak dapat
difahami maksud yang ingin disampaikan. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan
penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai pada tempatnya.
Bagi mengatasi masalah ini dan meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam
kalangan pelajar PBJJ, pengkaji mencadangkan beberapa saranan berikut:
1. Pembincangan yang menjurus kepada kesilapan ini perlu dilakukan sebelum latihan
penceritaan ini dilaksanakan oleh pelajar
2. Sampel-sampel ayat-ayat yang betul dan tepat serta sampel penceritaan perlu diagihkan
kepada pelajar sebagai panduan kepada mereka
3. Sampel-sampel yang pelbagai sama ada dari segi gred yang berbeza serta tema latar
belakang pelajar yang berbeza perlu diberi kepada pelajar agar mereka membiasakan diri
dengan mendengar sumber audio dalam bahasa Arab, sebelum mereka merakamkan
latihan penceritaan biografi mereka sendiri. Ini ialah sebagai bahan pembelajaran kendiri
terarah di kalangan pelajar.
RUJUKAN cAbduh, Dawud. 1990. Nahwa ta
clim al-Lughah al-Arabiyah wazifiyah.Cet.2. Dar al-Kamal li
al-Nashr wa Tawzic
CAbd al-Mutalib, Muhammad Jad. 2003. Su
cubah fi ta
clim al-lughah al-Arabiyah. al-Urdun:
Dar al-Fikr li Tibacah wa al-Nashr wa Tawzi
c
Jawdat al-Rukabi. Turuq tadris al-Lughah al-Arabiyyah. 1986. Damsyiq: Dar al-Fikr li-
Tibacah wa al-Nashr
al-Khuli, Muhammad Ali.1982. Asalib tadris al-lighah al-Arabiyah. Riyad: Dar al-Ulum
Muhammad Abdul Ghani al-Misri. Asalib tadris al-Lughah al-Arabiyah. 1990. Omman:
Maktabah al-Risalah al-Hadithah
al-Shanti, Muhammad Salih. 2003. al-Maharat al-Lughawiyah. Cet. ke-5 al-Mamlakah al-cArabiyah al-Sa
cudiyah: Dar al-Andalus Li al-Nashr wa Tawzi
c
Shalabi, Ahmad. 1980. Ta’lim al-Lughah al-Arabiyah li ghayr al-Arab. Kaherah: Maktabah
al-Nahdah al-Misriyah
Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd.rahman, Arnida A.Bakar & Ahmad Pangidoan
Nasution Mandily. 2005. Pendekatan dan strategi efektif dalam penguasaan Bahasa
Arab. Nilai: Penerbit Universiti Sains Malaysia