Post on 03-Jan-2016
JOHAN (91.00%)
KELANTAN : LELAKI
Muhammad Tarmizi bin Ab Razak
“Ibadah Asas Kecemerlangan Ummah”
Takrif :
- Ibadah : satu amalan yang disyariatkan oleh Allah.
- Asas kecemerlangan ummah : Sesuatu faktor melahirkan kejayaan
ummah.
- ibadah mampu menjadi pemangkin utama untuk melahirkan kejayaan
ummah.
Isi pertama :
- Ibadah mampu melahirkan semangat cintakan ilmu
- Ilmu boleh membawa seseorang ke arah kebahagiaan di dunia dan di
akhirat
- Riwayat Ibn Majah , Rasulullah s.a.w bersabda : “Menuntut ilmu wajib ke
atas setiap musiim.”
- Saidina Umar r.a perintahkan anak-anak supaya dibekalkan dengan ilmu
pengetahuan kerana mereka akan hidup di zaman bukan di zaman ibu
bapa.
- Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan besar dalam belanjawan
setiap tahun.
Isi kedua :
- Ibadah mampu melahirkan ummah bersemangat jihad yang tinggi.
- Umat Islam sanggup berjihad dengan semangat jiwa dan raga untuk
mempertahankan agama, bangsa dan Negara.
- Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 78 : “Dan berjihadlah kamu dengan
sebenar-benar jihad.”
- Hal ini berlaku pada panglima Khalid al-Walid apabila tiada seinci pun
daripada badannya tidak berparut akibat daripada peperangan.
- Seperti mana berlaku pada umat islam di Palestin yang mempunyai
semangat jihad yang tinggi.
1 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
Isi ketiga :
- Ibadah mampu melahirkan ummah berakhlak mulia.
- Apabila akhlak mulia diterapkan pasti akan timbul dalam sanubari mereka
perasaan takut untuk menderhaka pada Allah.
- Imam Bukhari meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
- Sejarah membuktikan hasil didikan Rasulullah maka Saidina Umar r.a yang
garang dan bengis sebelum Islam, bertukar menjadi manusia yang
bermoral tinggi dan berakhlak mulia.
- Peristiwa adik Nadhirah bt Abdullah dibunuh dan dibakar dengan kejam
adalah disebabkan oleh sifat jahil dan rosak akhlak dalam diri pembunuh
itu.
Isi keempat :
- Ibadah mampu melahirkan ummah yang bersatu padu.
- Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 9 : “Mereka mengutamakan orang-
orang yang berhijrah itu melebihi daripada diri mereka sendiri sekalipun
mereka berada dalam keadaan sangat-sangat memerlukan.”
Kesimpulan :
- Ibadah mampu melahirkan ummah yang cemerlang
2 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
KEEMPAT (84.00%)
PERAK : LELAKI
Muhammad Syafiq bin Haslan
“Al-Quran dihayati, Negara diberkati”
Takrif :
- Al-Quran dihayati : Penghayatan terhadap kalam Allah
- Negara diberkati : Negara dihormati
- Kesimpulannya penghayatan al-Quran merupakan tunjang dalam
melahirkan Negara yang diberkati.
Isi pertama :
- Al-Quran penjana masyarakat bertakwa
- Allah meletakkan taqwa sebagai penentu aras mengukur kualiti hamba-
Nya.
- Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 : “Sesungguhnya orang yang
paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”
- Lihatlah Rabiatul Adawiyah telah membesar dalam masyarakat yang
menghayati al-Quran akhirnya beliau diangkat martabatnya menjadi wali
Allah yang tinggi makam taqwanya.
- Lihatlah penghayatan al-Quran oleh Firus Ahmad Bukhari telah mengusai
empat bahasa antarabangsa telah menjadi ikon insan bertaqwa sehingga
menjadi pemenang Ustazah Pilihan musim pertama.
Isi kedua :
- Al-Quran menjana masyarakat intelek.
- Ingatlah, dengan ilmu manusia akan menuju ke arah kehidupan madani
yang berkualiti tinggi.
- Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat ke-11 : “Sesungguhnya Allah
akan meninggikan darjat orang beriman dan berilmu di antara kamu
beberapa darjat.”
3 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Lihatlah kehebatan Saidina Uthman r.a yang telah berperang demi al-
Quran. Inilah menunjukkan betapa kuatnya umat Islam.
- Lihatlah penghayatan al-Quran oleh Wadaniah Fulus Wadaniah iaitu pelajar
yang telah membina bangsa yang hebat perlulah dihayati.
Isi ketiga :
- Al-Quran pencetus masyarakat berilmu.
- Ingatlah masyarakat yang berilmu akan melaksanakan ibadah secara
berkualiti.
- Firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat ke 5 : “Engkau tidak diseru
kecuali menyembah Allah dengan ikhlas.”
- Contohilah Saidina Ali k.r.w, ibadahnya berteraskan al-Quran yang kukuh
lantas membakar jiwanya agar mampu mempertahankan Islam demi
perjuangan Rasulullah s.a.w.
- Lantaran itu, Program Rakan Masjid yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia telah berjaya menyebarkan ilmu dengan menerapkan
nilai ibadah berteraskan al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Isi keempat :
- Al-Quran membentuk masyarakat berakhlak.
- Masyarakat yang menghayati al-Quran pastinya akan mencontohi
Rasulullah s.a.w.
- Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 : “Sesungguhnya Rasulullah
itu adalah contoh ikutan yang terbaik bagi kamu.”
Kesimpulan :
- Penghayatan al-Quran merupakan tunjang dalam melahirkan Negara yang
diberkati.
4 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
NAIB JOHAN : (87.50%)
SARAWAK : LELAKI
Asrul Romdani bin Bujang Saili
“Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera”
Takrif :
- Keluarga bahagia : institusi keluarga yang menekankan kesabaran,
tanggungjawab dan kasih sayang.
- Masyarakat sejahtera : masyarakat yang aman dan harmoni.
- Keluarga yang bahagia akan menjadi asas kepada pembentukan
masyarakat yang aman dan harmoni.
Isi pertama :
- Keluarga bahagia menjana akhlak mulia.
- Sesungguhnya akhlak mulia merupakan elemen yang sangat penting
dalam menjana kecemerlangan.
- Lantaran itulah kepincangan akhlak sewajarnya dijadikan pengajaran
dalam menghadapi kehidupan masa kini.
- Program Imam Muda dan Ustazah Pilihan merupakan satu wasilah untuk
memupuk akhlak yang mulia dalam kalanga masyarakat.
- Firman Allah dalam surah al-Qalam ayat ke-4 : “Dan sesungguhnya engkau
wahai Muhammad memiliki akhlak yang terpuji.”
- Contohilah keperibadian akhlak Rasulullah s.a.w ketika seorang wanita
Yahudi yang sangat membenci Nabi s.a.w akhirnya memeluk Islam dan
mengakui keluhuran pekerti baginda.
Isi kedua :
- Keluarga bahagia membentuk insan berilmu.
- Keluarga berilmu datangnya dari keluarga bahagia.
5 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Lihatlah hasil didikan ibu bapa telah mementingkan pendidikan agama dan
pendidikan al-Quran hingga melayakkan Dr. Harun Din al-Hafiz telah
dinobatkan sebagai tokoh Ma’al Hijrah negeri Selangor 1432 H.
- Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat ke-6 : “Wahai orang-orang yang
beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.”
- Contohilah Saidatina Fatimah r.ha yang telah mendidik anak-anak dengan
sempurna sehingga menjadikan Hassan dan Hussein anak-anak yang
cemerlang yang dijanjikan Allah, ketua pemuda di syurga.
Isi ketiga :
- Keluarga bahagia membentuk insan yang gigih.
- Kegigihan merupakan kunci segala bentuk kejayaan.
- Lihatlah Mohamad Ali Darus, seorang pelajar OKU tanpa tangan telah
berjaya memperoleh 9A dalam PMR yang lalu, adalah hasil dorongan
keluarganya yang mendorongnya untuk gigih menuntut ilmu.
- Firman Allah : “Jika kamu berazam maka bertawakkallah kepada Allah”.
Surah Ali-Imran ayat 159.
- Marilah kita contohi kegigihan Rasulullah s.a.w dalam berdakwah berbelas-
belas tahun di Mekah meskipun dicaci, dihina, dan diherdik akhirnya telah
berjaya mengembangkan Islam ke seluruh Tanah Arab.
Kesimpulan :
- Keluarga bahagia masyarakat sejahtera.
6 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
KELIMA (84.00%)
KUALA LUMPUR : LELAKI
Abdul Muqib bin Abdul Halim
“Doa Kunci Kejayaan”
Takrif :
- Doa : Sesuatu kekuatan, memohon sesuatu kepada Allah
- Kunci kejayaan : Perihal kecemerlangan
- Tuntasnya, hendaklah sentiasa mengamalkan doa dalam setiap waktu dan
ketika kerana dapat melahirkan kecemerlangan dalam aspek kehidupan.
Isi pertama :
- Keimanan dan ketakwaan
- Dalam melahirkan keimanan dan ketakwaan yang mantap dalam diri
setiap individu yang bergelar muslim doa merupakan indikator yang paling
utama.
- Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat ke-56 : “Dan tidak Aku ciptakan
jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”.
- Lihatlah kekuatan iman dalam diri Bilal bin Rabah, betapa siksa menimpa
dirinya beliau tetap tabah mempertahankan akidah islamiah kerana
sentiasa berdoa kepada Allah.
- Justeru, kita hendaklah sentiasa mengamalkan doa dalam kehidupan
seharian agar dapat membentuk keimanan dan ketakwaan yang mantap
sekaligus menjurus ke arah kecemerlangan.
Isi kedua :
- Akhlak mahmudah.
- Akhlak yang mahmudah dan terpuji boleh dijana melalui iman dan doa.
- Rasulullah s.a.w telah bersabda, yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari :
“Sesungguhnya aku diutuskan Allah untuk menyempurnakan akhlak yang
terpuji”.
7 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Dewasa ini, gejala sosial dan masalah kebejatan akhlak dalam kalangan
remaja seringkali bermain di fikiran kita.
- Kerana ramai dalam kalangan mereka mengabaikan ibadah-ibadah seperti
berdoa kepada Allah.
- Tuntasnya, kita hendaklah sentiasa mengamalkan ibadah doa dalam
kehidupan seharian agar dapat membentuk akhlak mahmudah sekaligus
menjurus ke arah kejayaan.
Isi ketiga :
- Kepimpinan dan berwibawa
- Dalam melahirkan kepimpinan yang berwibawa dalam kalangan umat
Islam, doa merupakan antara indikator utama.
- Sabda Rasulullah, riwayat Muslim : “Setiap daripada kamu adalah
pemimpin, dan kamu akan disoal terhadap apa yang dipimpin.”
- Lihatlah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh Berjaya menakluk Kota
Konstantinopel kerana sentiasa mengamalkan ibadah doa selain sentiasa
bersolat berjemaah bersama tenteranya.
- Tuntasnya, kita hendaklah sentiasa mengamalkan ibadah doa agar dapat
melahirkan kepimpinan yang berwibawa sekaligus menjurus ke arah
kejayaan.
Isi keempat :
- Ketinggian ilmu
- Ketinggian ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam mampu
diwujudkan dalam ibadah doa.
- Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat ke-11 : “Allah meninggikan
darjat orang beriman yang berilmu dalam kalangan kamu beberapa
darjat”.
- Kita hendaklah sentiasa mengamalkan ibadah doa agar dapat melahirkan
ketinggian ilmu dalam kalangan umat Islam sekaligus menjurus ke arah
kejayaan.
Kesimpulan :
- Berdasarkan empat aspek yang telah disebut, sudah terang lagi bersuluh,
betapa doa kunci kejayaan.
8 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
KEENAM (81.00%)
KEDAH : LELAKI
Muhammad Amirul Hakim bin Abdul Ghani
“Rasulullah Qudwah Pelajar Cemerlang”
Takrif :
- Apabila pelajar mencontohi sifat Rasulullah maka akan lahirlah pelajar
yang cemerlang di dunia, gemilang di akhirat.
Isi pertama :
- Rasulullah dicontohi melahirkan pelajar yang takut kepada Allah.
- Firman Allah dalam surah . . . “Sesungguhnya orang yang takutkan Allah
dalam kalangan hamba-Ku adalah para ulama”.
- Ketauhidan kepada Allah bermula daripada ilmu lantaran wahyu
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah kesan menuntut ilmu
untuk mengenal Allah lantas takut kepada azab.
- Kerana takutkan Allahlah, maka Saidina Umar r.a yang mencontohi sifat
Rasulullah telah menyelinap dari rumah ke rumah pada malam hari
mengambil tahu hal rakyatnya untuk melaksanakan tanggungjawab
kepimpinannya.
- Teladan ini juga telah dihayati oleh pemimpin Negara apabila mereka
memperuntukkan sejumlah RM 200 juta untuk bantuan RM 100 kepada
setiap murid di sekolah rendah dan menegah demi memastikan
kelangsungan masyarakat yang berilmu yang sentiasa mencontohi sifat
Rasulullah.
- Maka benarlah sekiranya pelajar mencontohi sifat Rasulullah akan lahirlah
pelajar yang cemerlang dan takutkan Allah.
Isi kedua :
9 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Rasulullah dicontohi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.
- Sesungguhnya pengutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia.
- Maka bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah akhlak mulia akan
terpelihara.
- Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesunggunya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia”.
- Inilah yang dibuktikan oleh Rasulullah apabila baginda menolak tawaran
harta, wanita, dan takhta oleh musyrikin Mekah agar baginda
meninggalkan perjuangan Islam.
- Tindakan kerajaan kita menganjurkan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya
baru-baru ini yang akan berakhir esok sudah pasti dapat melahirkan
pelajar yang sentiasa mencontohi sifat Rasulullah.
- Benarlah pelajar yang mencontohi sifat Rasulullah akan melahirkan pelajar
yang berakhlak mulia.
Isi ketiga :
- Pelajar yang mencontohi sifat Rasulullah akan melahirkan pelajar yang
sanggup berkorban.
- Jiwa yang dibajai ilmu, bukan dunia yang dicari, sebaliknya akhirat yang
beraja di hati.
- Lantaran itu, masyarakat yang mencontohi Rasulullah akan sentiasa
berkorban.
- Lembah Baidhuha adalah harta yang paling aku sayangi, namun aku
wakafkan tanda kasihku kepada Allah dan Rasul.
- Itulah ungkapan Saidina Abdul Rahman bin Auf, jutawan dan hartawan
didikan Rasulullah.
- Pengorbanan ini bagai dicontohi pula oleh Nur Hidayah binti Abdul
Rahman, pelajar terbaik SPM 2011 yang sentiasa mencontohi sikap
Rasulullah dalam menuntut ilmu.
- Benarlah pelajar yang mencontohi sifat Rasulullah akan melahirkan pelajar
yang suka berkorban.
Kesimpulan :
- Marilah bersama kita mencontohi sifat Rasulullah supaya dapat melahirkan
pelajar berakhlak mulia, sanggup berkorban, dan takutkan Allah.
10 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
KETUJUH (81.00%)
JOHOR : LELAKI
Mohd Luqmanul Hakim bin Mohd Hamdan
“Ajaran Sesat Penghalang Kekuatan Ummah”
Takrif :
- Ajaran sesat : Dosa besar yang harus dijauhi
- Penghalang : Benteng kemajuan ummah berjaya
Isi pertama :
- Ajaran sesat memundurkan umat Islam.
- Sebagai umat Islam yang mempunyai keimanan kukuh pada hari ini, kita
hendaklah menjauhi segala ajaran yang sesat yang telah berada di
Malaysia pada hari ini sebagai pengabdian diri kepada Tuhan.
- Sebagaimana firman Allah dalam surah al-An’am ayat ke-162 :
“Sesungguhnya ibadahku, solatku, hidup dan matiku hanyalah kerana
Allah Taala”.
- Contohilah Bilal bin Rabah yang mempunyai akidah serta kekuatan iman
yang mantap seterusnya menjadikan beliau seorang yang disegani.
- Hari ini, statistik menunjukkan bahawa sebanyak 25 ajaran sesat telah
membawa implikasi kepada keruntuhan iman.
- Maka jelaslah ajaran sesat dapat meruntuhkan iman pada hari ini.
Isi kedua :
- Ajaran sesat meruntuhkan akhlak umat Islam pada hari ini.
- Umat Islam perlu sedar bahaya ajaran sesat pada hari ini.
11 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Oleh itu, kita hendaklah mencontohi segala keperibadian yang ditonjolkan
oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan contoh dan
tauladan yang baik.
- Sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 :
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh yang terbaik”.
- Sebagaimana contoh Muhammad Haziq bin Azmi yang telah berjaya
dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2012 implikasi dari penjagaan
akhlak seterusnya dapat mencegah segala ajaran sesat yang ada di
Malaysia pada hari ini.
- Maka jelaslah bahawa ajaran sesat meruntuhkan umat Islam pada hari ini.
Isi ketiga :
- Ajaran sesat meruntuhkan jati diri umat Islam pada hari ini.
- Umat Islam perlu membina jati diri yang unggul untuk menahan diri
daripada keburukan yang berlaku di Malaysia pada hari ini.
- Sebagaimana Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 104 :
“Sesungguhnya hendaklah ada di antara kamu mencegah kemungkaran
dan menyuruh ke arah kebaikan”.
- Hari ini, kita lihat Penolong Pengarah Bahagian Islam menunjukkan
bahawa antara sebab ajaran sesat berleluasa pada hari ini adalah
disebabkan kejahilan, kekufuran, serta jati diri yang lemah.
- Oleh itu, contohilah Sultan Muhammad Al-Fateh yang mempunyai jati diri
yang unggul seterusnya telah berjaya menawan Kota Konstantinopel.
- Maka jelaslah bahawa ajaran sesat adalah merupakan jati diri yang lemah
seterusnya penghalang kemajuan umat.
Kesimpulan :
- Maka jelaslah kesan-kesan ajaran sesat seterusnya penghalang kemajuan
ummah.
12 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
KELAPAN (80.00%)
PERLIS : LELAKI
Muhd Azza Hafifi bin Ahmad Azam
“As-Sunnah Pembina Keluarga Bahagia”
Takrif :
- Peribadi Rasulullah yang dapat kita contohi akan mampu memupuk
membina sebuah baitul muslim yang harmoni.
Isi pertama :
- As-Sunnah pelopor keharmonian keluarga.
- . . . mampu memberikan impak pada setiap . .
- Keluarga yang bahagia mampu mengamalkan sunnah Rasulullah iaitu
membentuk sebuah baitul muslim yang cemerlang.
- Hari ini, kita koreksi diri sendiri, acapkali kita mengatakan kita cinta
kepada Rasulullah s.a.w seharusnya dijadikan contoh tauladan terbaik
dalam membina sebuah baitul muslim.
- Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 : “Sesungguhnya pada diri
Rasulullah adalah contoh tauladan terbaik.”
- Pada hari ini, cita-cita kehidupan yang berjaya dilakar oleh Puan Rosmah
bt Majid iaitu Tokoh Ibu Mithali 2011 jelas membuktikan bahawa keluarga
yang berdiri atas dasar Islam yang dipupuk dengan acuan rabbani
membina keluarga harmoni.
- Pendek kata, as-Sunnah merupakan pelopor keharmonian keluarga.
Isi kedua :
13 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- As-Sunnah pembina keluarga beriman.
- Iman merupakan nadi utama kehidupan kita.
- Apabila nadi kita sudah bertemu dengan keimanan, maka kita akan
mampu menghayati setiap sunnah Rasulullah.
- Keimanan akan membendung keluarga kita dari tergelincir daripada lunas-
lunas syariat Islam.
- Keimanan yang dipertonton oleh keluarga Sumaiyah wajar dijadikan
contoh tauladan kepada kita semua dalam membina sebuah baitul muslim
yang sejahtera.
- Pada hari ini, menerusi penerbitan program-program televisyen islamik
seperti Halaqah, Al-Kuliyyah dan sebagainya jelas membuktikan memupuk
dan mempraktikkan nilai keimanan dalam keluarga muslim.
- Keimanan sebuah keluarga Islam mampu diukur sejauh mana mereka
menghayati firman Allah dalam surah al-Ikhlas ayat 1 : “Katakanlah Allah
itu esa”.
- Pendek kata, as-Sunnah mampu membina keluarga beriman.
Isi ketiga :
- As-Sunnah asas keluarga berilmu.
- Ilmu merupakan penyeri kehidupan, penggerak kecemerlangan.
- Rasulullah jelas telah meletakkan kepentingan ilmu sebagai tunggak
utama dalam keluarga baginda.
- Ibnu Sina merupakan salah seorang cendekiawan Islam merupakan
seorang ilmuan Islam yang terkenal wajar dijadikan teladan kepada kita
semua membina keluarga yang berilmu.
- Lihatlah keperibadian Nik Nur Madihah yang bukan sahaja mempunyai
ketinggian intelektual bahkan mempunyai kekuatan rohani dan emosi
yang sukar untuk kita tandingi.
- Ingatlah firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 4 : “Katakanlah adakah
sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?”
- Tuntasnya, as-Sunnah mampu membina keluarga yang berilmu.
Kesimpulan :
- Usaha untuk melestarikan as-Sunnah memerlukan jihad yang tinggi,
muhasabah yang sejati, usaha yang tidak henti demi mencapai matlamat
yang suci.
14 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
KESEMBILAN (80.00%)
SABAH : LELAKI
Al Said bin Utoh Karah
“Masyarakat Berilmu Negara Bermutu”
Takrif :
- Sebuah masyarakat yang seimbang di dunia mahupun di akhirat yang
melahirkan masyarakat yang berlandaskan ajaran al-Quran dan as-
Sunnah.
Isi pertama :
- Masyarakat berilmu mempunyai akidah yang mantap
- Kemunculan semula ajaran Ayah Pin yang kini sedang aktif bergiat di
laman facebook menjadi bukti ummah yang rapuh akidahnya dalam diri.
- Imbau sajaja penderitaan penuh azab yang ditanggung keluarga Yassir
oleh tuan mereka, lantaran mempertahankan kalimah tauhid, sehinggakan
Sumaiyah telah dipakaikan baju besi, dijemur panas mentari yang akhirnya
mati syahid.
- Tetapi malangnya hari ini, masyarakat berilmu hari ini, jiwa mereka telah
dirakus oleh ajaran sesat.
- Bertepatan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari : “Telah
aku tinggalkan kamu dua perkara, jikalau kamu berpegang teguh
kepadanya, kamu tidak akan sesat buat selamanya, al-Quran dan as-
Sunnah.”
- Terbuktilah di sini bahawa masyarakat berilmu mempunyai akidah yang
mantap.
Isi kedua :
15 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Masyarakat berilmu mampu melahirkan insan dinamik.
- Kepercayaan dan keimanan yang kukuh kepada qada’ dan qadar mampu
membentuk semangat gigih untuk berusaha tanpa berserah kepada takdir
semata-mata lantas melahirkan masyarakat yang tidak pernah berputus
asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri ke arah menyahut seruan
kejayaan.
- Bertepatan dengan sabda Rasulullah “Sesungguhnya Allah Taala itu
menyukai salah seorang dari kamu yang melakukan amalan yakni mereka
yang melakukan amalan dengan bersungguh-sungguh. Hadis riwayat
Muslim.
- Jelas dibuktikan Ibn Battutah sanggup berkorban masa, tenaga, dan minda
untuk mengelilingi dunia semata-mata untuk meluaskan ilmu
pengetahuan.
- Ini juga jelas dibuktikan pada Azizi Md Rashid, pelajar terbaik peringkat
kebangsaan dalam tahun 2011 telah dinobatkan apabila berjaya mendapat
10A hasil kejayaannya mempunyai ilmu yang mantap.
- Terbuktilah di sini masyarakat berilmu mampu melahirkan insan dinamik
Isi ketiga :
- Masyarakat berilmu menjana perpaduan ummah
- Bermula dengan perkongsian akidah yang satu dan perkongsian ilmu yang
satu akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bergantung pada al-
Quran dan as-Sunnah.
- Bertepatan dengan firman Allah “Sesungguhnya orang-orang mukmin
adalah bersaudara, jika berlaku pergaduhan antara mereka, maka
damaikanlah dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat-
Nya”. Al-Hujurat ayat 10
- Telah jelas dibuktikan pada Rasulullah yang berjaya menyatukan Muhajirin
dan Ansar, Aus dan Khazraj yang telah bertelingkah beratus tahun
lamanya, di bawah lembayung bumi Allah s.w.t.
- Jelaslah di sini bahawa masyarakat berilmu mampu menjana perpaduan
ummah seterusnya menjana masyarakat madani.
Isi keempat :
- Masyarakat berilmu mampu melahirkan akhlak mahmudah.
16 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Bertepatan dengan sabda Rasulullah, “Sesungguhnya aku diutuskan di
muka bumi ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Hadis
riwayat Muslim.
- Tuntasnya, masyarakat yang berilmu mampu melahirkan ummah yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kesimpulan :
- Pincanglah ummah tanpa berpegang kepada ilmu yang mantap.
- Ayuh, bersama-sama menggembleng usaha dan tenaga demi melahirkan
masyarakat yang sejahtera seterusnya cemerlang, gemilang dan terbilang.
KE-13 (67.00%)
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN : LELAKI
Awangku Muhammad Dzulbazli bin Awangku
“Puasa menjana akhlak mahmudah”
Takrif :
- Tiada
Isi pertama :
- Puasa mampu memakmurkan akidah individu.
- Dalam menjalani kehidupan seharian kita perlulah meletakkan Allah s.w.t
di dalam semua keadaan dan situasi termasuklah perihal puasa.
- Sabda Rasulullah, “Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu
berpegang teguh kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat dari
jalan Allah, iaitu kitab Allah yakni al-Quran dan sunnahku. Hadis riwayat
Bukhari.
- Sejarah Islam telah membuktikan Bilal bin Rabah adalah antara umat yang
paling kental akidahnya di mana beliau tidak bergerak sedikitpun imannya
walaupun ditindih dengan batu besar lantaran menjana puasa dalam
dirinya.
17 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Namun, kehidupan pada era globalisasi ini remaja kian menjurus ke arah
gejala sosial seperti pembungan bayi, penzinaan, dan sumbang mahram.
Isi kedua :
- Puasa mampu menjana akhlak mulia.
- Akhlak merupakan tingkah laku atau perbuatan yang dilihat baik sama ada
kepada Allah ataupun sesama manusia.
- Firman Allah, “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada contoh tauladan
yang terbaik”.
- Namun kini, seramai 10 ribu orang telah menghadiri Konsert Jom Heboh di
Johor Bahru April yang lepas.
- Rata-rata yang hadir adalah kalangan umat Islam.
- Individu yang menjadikan artis sebagai modal insan mereka akan sukar
menjana akhlak yang berkualiti.
Isi ketiga :
- Puasa mampu melahirkan ibadah yang berkualiti.
- Insan yang berwawasan cemerlang adalah insan yang sentiasa
menitikberatkan perihal ibadah iaitu fardhu mahupun sunat termasuk
puasa.
- Firman Allah, “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya’ dan
munkar”. Surah al-Ankabut ayat 46.
- Melalui ibadah kita mampu menjauhi gejala sosial seperti pembungan bayi,
yang dilaporkan Harian Metro, 24 Mei 2012, seorang bayi yang baru
dilahirkan telah dibuang ke dalam tong sampah.
- Di manakah kasih sayang ibu, di manakah kasih sayang ayah.
Isi keempat :
- Puasa bertunjangkan al-Quran
- Al-Quran menjana transformasi ummah, merupakan tema majlis tilawah
pada tahun ini begitu signifikan dengan dunia sekarang.
- Oleh itu, marilah sama-sama kita naikkan martabat al-Quran agar Islam
akan kekal dalam Negara kita.
Kesimpulan :
18 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Tiada
KE-14 (65.00%)
TERENGGANU
Muhammad Hanif bin Mat Rusdi
“Ulama teras ummah gemilang”
Takrif :
- Secara global, ulama ialah orang yang mewarisi tanggungjawab Nabi
- Justeru, ulama pemangkin kegemilangan ummah yang cemerlang di dunia,
cemerlang di akhirat.
Isi pertama :
- Ulama penjana jati diri ummah.
- Ulama melahirkan insan yang mantap keyakinannya terhadap kekuasaan
Allah.
- Ketabahan Bilal bin Rabah dalam mempertahankan akidahnya tercatat
kukuh dalam sirah.
- Firman Allah, “Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan
untuk beribadah kepada-Ku”. Adz-Zariyat ayat ke-56.
19 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Hari ini, isu murtad berlaku dek kerana rapuhnya iman dan kurangnya
penghayatan terhadap golongan ulama.
- Nyatalah, ulama pemangkin jati untuk ummah.
Isi kedua :
- Ulama menjana modal insan gemilang.
- Iman dan ilmu mengajar kita untuk mengangkat martabat ulama dan
mengagungkannya.
- Ulama menyuruh orang ramai supaya membentuk modal insan gemilang.
- Ketakwaan dan ketinggian ilmu Saidina Ali k.r.w menjadi contoh insan
bestari.
- Firman Allah, “Allah mengangkat martabat orang beriman dan berilmu
beberapa darjat”.
- Hari ini, kita menyaksikan pelajar Nik Nur Madihah, pelajar terbaik SPM
yang telah mencatatkan kejayaan dalam peperiksaannya.
- Ini disebabkan oleh penghayatannya terhadap ulama.
- Nyatalah ulama pemangkin ummah terbilang.
Isi ketiga :
- Ulama penjana sahsiah unggul.
- Untuk melahirkan modal insan yang memahami konsep khoshyatillah…
- Keteguhan iman dapat melahirkan insan yang menghayati konsep
khoshyatillah.
- Firman Allah, “Sesungguhnya Allahlah yang menjadikan kematian dan
kehidupan untuk menguji siapakah yang terbaik dalam kalangan kamu.”
Al-Mulk ayat 2.
- Hari ini, gejala pembuangan bayi kian parah berlaku dek kerana kurangnya
golongan ulama memainkan peranannya.
- Nyatalah ulama pemangkin kesejahteraan dan sahsiah unggul ummah.
Isi keempat :
- Rasulullah s.a.w model berakhlak dan menjadikan ulama sebagai contoh.
- Firman Allah, “Sesungguhnya engkau wahai Muhammad mempunyai budi
pekerti yang luhur.” Al-Qalam ayat 4.
Kesimpulan :
20 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012
- Nyatalah ulama pemangkin kesejahteraan ummah.
21 Analisa Teks Syarahan Lelaki : Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-38, 2012