Analisis bentuk sajak

Post on 21-Jun-2015

7.059 views 11 download

description

Tolong kemaskan lagi sebelum digunakan. Slide ini saya gunakan untuk ulangkaji saja.

Transcript of Analisis bentuk sajak

ANALISIS SAJAK

BENTUK SAJAK

•Rangkap•Baris

•Suku kata•Rima•Terikat•Bebas

•Contoh menjawab soalan bentuk sajak

Perkara-perkara yang perlu dihuraikan dalam menjawab soalan:-

• Istilah ini hanya digunakan untuk puisi.

• Dalam prosa, perkataan rangkap tidak digunakan sebaliknya perkataan perenggan atau paragraf lah yang digunapakai.

• Rangkap paling minimum adalah satu rangkap.

Rangkap

Bagaikan anjing yang menunggutuannyakerana hanya seketul tulangyang dilekaticebisan daging Bagaikan bangau-bangaumencintaisungai kerana ikannya Demikian manusia mengikatdirinyakerana sesuatu yangdicintainyabagaikan kelkatu-kelkatuyang mennyambar api lilinia mati keranacintanya pada sinar lilin

Contoh:

Rangkap 1

Rangkap 2

Rangkap 3

Sajak ini mempunyai tiga

rangkap

• Bentuk sebenar sajak dikenalpasti dengan mengetahui barisnya.

• Baris dikira mengikut rangkap. (setiap rangkap dikira barisnya).

• Jumlah baris bagi setiap rangkap menentukan nama atau panggilan rangkap tersebut.

Baris

• Istilah yang digunakan bagi sajak yang hanya terdapat satu baris dalam serangkap.

• Teknik ini jarang kita temui namun pernah digunakan oleh Yusuf M.D. dalam sajaknya “Gadis di Pantai” contohnya:

Kini di pesisir pantai yang mengulum rindu geloraDan sepoi bayu yang menyapaGadis di pantai berpesan jua ‘Oh! Gelora akan sepikah Hati yang rindu ini ke pelabuhan sana?’

Gadis di pantai rindu menunggu nur tiba.

Monoton

Monoton

• Perkataan ini berasal dari perkataan ‘dia’ yang bermaksd dua.

• Istilah ini dugunakan untuk menamakan sajak yang mengandungi dua baris dalam serangkap.

• Contohnya sajak “Sederhana Saja” oleh Masuri S.N:

Dari Musim berlepas dengan kembang mengharumTanah menerima rontokan bunga gugur tersenyum

Dari atas suara muzik suci mengiringSatria berbakti dalam pertiwi terbaring

Distikon

Distikon

Distikon

• Istilah ini merujuk kepada rangkap sajak yang mengandungi tiga baris serangkap.

• Contoh sajak yang mengandungi rangkap jenis ini adalah sajak oleh Usman Awang yang berjudul “Dunia Sejahtera”:

Sisa hidup ini akan kita pelihara,

Dengan tanah bersama pohon menghijau indah,

Di atas tulang yang kurus, daging dan darah.

Sayang tanah yang sudah kerecikan api,

Yang lama bermula belum jua padam hingga kini,

Meski tawaran damai pernah diberi.

Terzina

Terzina

Terzina

• Istilah yang digunakan bagi rangkap yang mengandungi 4 baris dalam satu rangkap.

• Perkataan ini berasal dari kata quarter atau atau satu perempat dalam bahasa Inggeris.

• Bentuk ini terdapat dalam sajak “Senja di Desa” oleh Masman:

Wajah senja berkilau-kilauanSungai Jengal beralun tenanglumba-berlumba bergalah sampanriang petani berdayung pulang.

Quatrain

Quatrain

• Istilah ini adalah bagi rangkap yang mengandungi lima baris dalam satu rangkap.

• Contohnya sajak “Oh Tuhan” oleh Pungguk:

Oh Tuhan…?Anugerahilah cinta-MuKe sanubari setiap ronggakuSudah bertahun aku tersemuSesak nafas lidahku kelu.

Quint

Quint

• Istilah ini berasal dari perkataan Inggeris iaitu six atau enam.

• Bentuk ini merujuk kepada sajak yang mengandungi enam baris serangkap.

• Contohnya sajak “Kemelut” oleh A.Samad Said:

• Bila diplomat bercanda di puncak• Bersama roket yang sedia meledak• Malam ini atau subuh nanti• Tak usah kita berdoa juga menadah• Bunga atau peluru terpaksa diterima dahulu• Kerana suara kita, ya, angin timur diburu.

Sekstet

Sekstet

• Septaim ialah rangkap yang mengandungi tujuh baris dalam serangkap.

• Contonya sajak “percakapan antara dua buah benua” karya Masuri S.N:

Benua XBerapa lama kita telah mengharungi mayaBertanyalah kau pada bulanPada bintang yang menyinar tertuju rataAku ingat pada setan yang menyapaKita manusia katanya mudah diperkosaAku sekarang serasa tidak mahu percayaPada ayah pada kau pada siapa saja.

Septaim

Septaim

• Istilah ini digunakan untuk rangkap yang mengandungi lapan baris dalam serangkap.

• Dalam sajak “Sumpah Sakti” oleh Sanusi Pane terdapat bentuk ini:

Terdengar suara kepada kami,Melayang di atas gempar dunia,Percaya datang zamannya nanti,Kaum marhaen jadi mulia,Akan sama pembahagi harta,Orang semua mendapat nasi,Sehingga bumi jadi sentosa,Tidak tahu perbantahan lagi.

Oktaf

Oktaf

• Sajak ini mengandungi empat belas baris secara totalnya iaitu rangkap pertama dan kedua masing-masing empat baris dalam serangkap kemudian rangkap ketiga dan keempat masing-masing mengandungi tiga baris dalam serangkap.

• Soneta juga terdapat dalam sajak yang: - mengandungi dua rangkap sekstet dan satu rangkap

distikon,- mengandungi tiga rangkap quatrain dan satu rangkap

distikon,- mengandungi dua rangkap quint dan dua rangkap distikon.

• Sajak “Gembala” oleh Muhammad Yamin mengandungi unsur ini:

Soneta

Perasaan siapa takkan nyala,Melihatkan anak berlagu dendang,Seorang saja di tengah padang,Tiada berbaju buka kepala.

Beginilah nasib anak gembala,Berteduh di bawah kayu nan rendang,Semenjak pagi meninggalkan kandang,Pulang ke rumah di senjakala.

Jauh sedikit sesayup sampai,Terdengar olehku bunyi serunai,Melagukan alam nan molek permai.

Wahai gembala di segara hijau,Mendengarkan puputmu menurutkan kerbau,Mahulah aku menurunkan dikau.

Bagaikan anjing yang menunggutuannyakerana hanya seketul tulangyang dilekaticebisan daging Bagaikan bangau-bangaumencintaisungai kerana ikannya Demikian manusia mengikatdirinyakerana sesuatu yangdicintainyabagaikan kelkatu-kelkatuyang mennyambar api lilinia mati keranacintanya pada sinar lilin

Contoh:Rangkap ini

mengandungi lima baris dalam satu

rangkap iaitu Quint

Rangkap ini mengandungi tiga baris dalam satu

rangkap iaitu Terzina

Rangkap ini mengandungi sembilan baris

dalam satu rangkap

• Suku kata juga ada kalanya boleh menentukan bentuk sesebuah sajak.

• Dalam pantun dan syair terdapat kira-kira lapan hingga dua belas suku kata.

• Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata.• Contoh suku kata itu adalah seperti berikut:Pe/ra/sa/an/ si/a/pa/ tak/kan/ nya/la,Me/li/hat/kan /a/nak/ ber/la/gu /den/dang,Se/o/rang/ sa/ja /di/ ten/gah/ pa/dang,Ti/a/da/ ber/ba/ju/ bu/ka/ ke/pa/la.

{Suku kata paling pendek dan paling panjang perlu dinyatakan}.

Suku Kata

11 Suku kata

11 Suku kata

10 Suku kata

11 Suku kata

• Rima terbahagi kepada tiga, iaitu:1. Rima awal

Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi samada lama atau

Moden (dikenal juga dengan anafora).

2. Rima tengah

Rima berselang atau bertentangan bunyi pada suku kata di tengah-tengah

baris.

3. Rima akhir

Rima akhir ialah bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama ada

secara bertentangan atau secara sama (dikenal juga dengan epifora).

Rima

• Rima awal:Dari mana punai melayang,Dari sawah turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.

• Rima tengah:Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.

Contoh ketiga-tiga rima:

• Rima akhir:Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

• Terikat bermaksud sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi tradisi khususnya pantun dan syair.

• Kedua-dua puisi klasik ini mempunyai ciri-ciri yang ketat dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dari segi bait, rima, baris, suku kata, dan sebagainya.

1. Terikat kepada Pantun2. Terikat kepada Syair

Terikat

1. Dalam pantun terdapat empat baris serangkap dengan rima akhir a/b/a/b/. Ia disebut juga pantun empat kerat.

2. Setiap baris pantun mengandungi kira-kira empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku kata.

3. Dalam sesuatu rangkap ada empat baris, baris pertama dikatakan sebagai pembayang maksud dan baris ketiga dan keempat sebagai maksud.

4. Sesuatu rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan membawa maksudnya secara langsung.

Ciri-ciri sajak yang terikat kepada pantun:

1. Sajak yang dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya oleh ciri-ciri syair.

2. Syair juga mengandungi empat baris setiap rangkap dengan rima akhirnya sama iaitu a/a/a/a/.

3. Setiap baris mengandungi empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku kata seperti pantun juga.

4. Syair merupakan gambaran peristiwa atau cerita.5. Rangkap syair jarang boleh berdiri kerana antara satu

rangkap dengan rangkap yang lain saling berkesinambungan.

Ciri-ciri sajak yang terikat kepada syair:

• Sajak-sajak terkini rata-rata berbentuk bebas.• Bentuk bebas ini memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh

diperhatikan dengan jelas dan dibuat perbandingan.

• Keseluruhan sajak yang terkandung dalam buku Antologi sajak Cermin Diri adalah berbentuk bebas.

Bebas

CONTOH SAJAK

Bagaikan anjing yang menunggutuannyakerana hanya seketul tulangyang dilekaticebisan daging Bagaikan bangau-bangaumencintaisungai kerana ikannya Demikian manusia mengikatdirinyakerana sesuatu yangdicintainyabagaikan kelkatu-kelkatuyang mennyambar api lilinia mati keranacintanya pada sinar lilin

Sajak ini ada tiga rangkap.Rangkap pertama sajak inimengandungi lima baris iaitu quintdengan baris pertama menggunakansembilan suku kata, baris kedua tigasuku kata, baris ketiga sepuluh sukuKata, baris keempat ada lima sukuKata dan baris kelima mengandungilima suku kata.

………………………

CONTOH HURAIAN

CONTOH MENERANGKAN BENTUK SAJAK