Post on 24-Jun-2015
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
1.0 ANALISIS PRODUK
Sebelum memulakan pemasaran sesebuah produk, kami telah membuat analisis produk
terlebih dahulu Hal ini supaya kami dapat mengenalpasti permintaan pasaran dan boleh
membuat ramalan jualan yang tepat agar produk keluaran kami mendapat permintaan yang tinggi
di pasaran. Analisis pasaran tersebut ialah Analisis SWOT.iaitu terdiri daripada Kekuatan
(Strenghs), Kelemahan (Weakness), Peluang (Oppurtunities), dan Ancaman (Threats).
Justeru itu, dalam produk yang kami cadangkan ini, kami ada membuat analisis SWOT
untuk melihat sendiri apakah cabaran yang bakal kami hadapi dalam memasarkan produk
tersebut. Selain daripada itu pelbagai inisiatif perlu diadakan untuk menghasilkan bentuk
analisis yang sempurna dan seterusnya mengukur sejauh mana keupayaan dan potensi produk
kami dalam pasaran masa kini
1
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
1.1 Analisis SWOT
1.1.1 Kekuatan (Strength)
Terdiri daripada barangan kitar semula
Mampu bersaing dengan rekaan kraftangan yang lain
Mudah untuk dilakukan.
1.1.2 Kelemahan (Weakness)
Kurang kemahiran dalam mereka bentuk dan memerlukan latihan yang banyak.
Modal permulaan yang kecil.
Kurang pengalaman dalam perniagaan.
Hasil kraftangan masih lagi diperingkat permulaan.
1.1.3 Peluang (Opportunities)
Mampu mencari lokasi perniagaan yang berpotensi tinggi seperti tempat
penganjuran program dan aktiviti.
Diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang.
1.1.4 Ancaman (Threats)
Persaingan dengan kedai-kedai kraftangan yang terdekat.
Pengurusan waktu operasi perniagaan.
2
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
2.0 SASARAN PASARAN
Sasaran pasaran bagi produk ini adalah meluas. Hal ini kerana produk ini dijual untuk
semua lapisan masyarakat. Bersesuaian dengan kawasan pasaran yang kami pilih di mana
kawasan tersebut dikunjungi oleh ramai penduduk yang berhampiran. Pelanggan yang
berpotensi terdiri daripada semua lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur, jantina,
agama dan bangsa. Berdasarkan beberapa tinjauan terhadap faktor sekeliling yang terdapat di
sekitar kawasan pasaran, kami telah mengenalpasti pelanggan yang berpotensi. Antara golongan
pelanggan yang berpotensi terhadap produk kami ialah golongan suri rumah, remaja dan pelajar
sekolah. Justeru itu kami telah menggunakan segmentasi pasaran dimana ia memisahkan
pengguna mengikut keperluan yang berbeza, ciri-ciri, dan sebagainya.
3.0 SAIZ PASARAN
Bagi menentukan saiz pasaran, kami telah membuat anggaran berdasarkan jumlah
penduduk sekitar kawasan tersebut. Selain itu, mereka juga boleh membuat anggaran dengan
jumlah rakan-rakan yang dikenali menerusi laman web sosial. Hal ini kerana, kami boleh
meluaskan saiz pasaran dengan turut serta dalam perniagaan melalui internet di mana kami boleh
mendaftar dan membuat jualan melalui laman web perniagaan dan laman web sosial. Ini turut
membantu memperluaskan lagi bidang pemasaran bersesuaian dengan kemajuan teknologi pada
masa kini. Oleh yang demikian, maka saiz pasaran adalah semakin luas dan tidak terhad di
sekitar kawasan tapak perniagaan sahaja.
3
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
4.0 PESAING-PESAING UTAMA
Setelah membuat tinjauan di kawasan pasaran, kami mendapati terdapat beberapa pesaing
utama yang boleh memberikan ancaman kepada produk ini. Produk yang dikeluarkan pesaing
adalah berbentuk jualan bunga perhiasan yang diperbuat daripada sabun, wangian sabun dan
jualan kraftangan pasu bunga. Kesemua produk ini merupakan produk kraftangan yang
merupakan dari bidang yang sama dengan produk keluaran kami. Namun begitu kami telah
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing
5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PESAING
Hasil daripada tinjauan dan beberapa pemerhatian, dapat disimpulkan bahawa pesaing
mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan yang boleh dijadikan panduan dalam
mewujuakan persaingan. Namun begitu, salah satu pesaing utama yang dapat dikenal pasti
adalah jualan wangian bungan perhiasan yang diperbuat daripada sabun, Flower de Toilette.
5.1 Kekuatan Pesaing
Mempunyai kemahiran yang tinggi
Memiliki wangian yang sesuai untuk dijadikan terapi (aroma therapy)
Harga yang berpatutan
4
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
5.2 Kelemahan pesaing
Hanya mampu bertahan dalam tempoh tertentu sahaja.
Sasaran pasaran lebih kepada kaum wanita iaitu suri rumah dan remaja perempuan.
Saiz pasaran yang terhad.
Tidak dapat memasarkan perniagaan secara meluas ke kawasan yang lain.
6.0 RAMALAN JUALAN
Sebelum memulakan perniagaan, kami telahpun membuat anggaran atau ramalan jualan
dalam tempoh satu tahun. Ramalan ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberhasilan
pasaran produk yang dihasilkan oleh kam.
6.1 Anggaran jualan produk
TAHUN PERTAMA JUALAN
Jualan harian RM 5.90 x 3 unit = RM 17.70
Jualan bulanan RM17.10 x 30 hari = RM 513
Jualan tahunan RM 513 x 12 bulan = RM 6 156
5
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
TAHUN KE DUA JUALAN
Jualan harian RM 5.90 x 6 unit = RM 35.40
Jualan bulanan RM35.40 x 30 hari = RM 1 062
Jualan tahunan RM 1 062 x 12 bulan = RM 12 744
7.0 STRATEGI PEMASARAN
Strategi pemasaran merupakan perkara terpenting yang harus dikuasai untuk menceburi
bidang keusahawanan. Melalui strategi pemasaran yang berkesan, maka produk boleh
dipasarkan dengan mudah dan mampu mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam jualan
produk ‘Sweet Garden’ ini kami telah mengenal pasti empat srategi pemasaran yang boleh
dilakukan iaitu Strategi Barangan, Strategi Promosi, Strategi Harga dan Strategi Edaran.
7.1 Strategi Barangan
Produk yang akan dihasilkan merupakan rekaan tersendiri yang dinamakan
sebagai ‘Sweet Garden’. Produk ini adalah merupakan satu pendekatan terbaru kepada para
pelanggan yang gemarkan hiasan yang boleh dibawa kemana-mana dan diletakkan samada di
dalam rumah, dalam kereta, di pejabat ataupun dijadikan sebagai cenderamata ataupun hadiah
kepada seseorang yang istimewa.
6
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
Selain itu, meskipun produk ini nampak kelihatan mudah tetapi sebenarnya memerlukan
daya kreativiti yang tinggi serta kesabaran untuk menghasilkannya. Pada masa yang sama,
produk ini boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk ataupun citarasa yang diingini oleh
pelanggan. Penghasilan bagi satu produk sememangnya menguji daya kreativiti serta inovatif
untuk berusaha dalam menghasilkan satu ciptaan yang baru berbanding dengan produk asal. Di
sini sikap kerjasama dalam kumpulan dan beberapa nilai murni seperti kesabaran, ketekunan dan
kesungguhan amat dititik beratkan.
Justeru, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pembaharuan rekaan
kraftangan yang diperbuat daripada Paper Clay ini, kami perlu mengetahui bagaimana caranya
untuk menghasilkan produk yang mempunyai ciri fizikal yang boleh menarik minat dan diterima
oleh pelanggan. Apabila pengguna membeli sesuatu produk, selain menilai daripada ciri-ciri
fizikal yang sedia ada, pengguna juga ingin mencari kepuasan dan manfaat atau penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi. Melalui produk serbaguna ini, para pelanggan boleh membuat
permintaan dalam membuat rekaan yang mereka inginkan.
7
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
7.1.1 Langkah-langkah dalam menghasilkan ‘Sweet Garden’
fg
8
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
7.1.2 Kitaran Hayat Produk
Justeru itu, sebagaimana benda-benda yang hidup, sesuatu produk yang baru itu akan berakhir
dan mengalami zaman kejatuhan. Pada tiap-tiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk, selalunya akan
ditunjukkan oleh ciri-ciri yang berbeza di antara satu peringkat ke peringkat yang lain dari segi jualan dan
juga keuntungan. Sila rujuk (Rajah 8.1.2).
Jualan &Untung (RM)
Pengenalan Berkembang Matang Jatuh
Jualan
Untung
Masa
Rajah 8.1.2 : Kitaran Hayat Produk Secara Tradisi
9
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
7.2 Strategi Promosi
Berikutnya adalah melalui strategi promosi. Dengan kaedah memotivasikan pembeli
untuk membeli produk yang dijual ia membantu kami menyakinkan pelanggan untuk mencuba
produk kami, meningkatkan pengiktirafan dan meningkatkan jumlah belian. Promosi jualan juga
adalah komunikasi yang menyediakan kemudahan secara langsung kepada pelanggan, penjual
dan perantaraan pemasaran di dalam mendapatkan sesuatu produk.
Malahan, kami juga harus mementingkan keberkesanan dalam menentukan strategi
promosi produk mereka. Ini merupakan aspek yang sangat penting dalam memperluaskan dan
memperkenalkan keluaran produk. Di antara alternatif strategi promosi yang kami cadangkan
adalah :-
7.2.1 ‘Trade shows’ atau Pameran
Membuka gerai menjual produk Paper Clay ‘Sweet Garden’ semasa
berlansungnya suatu acara ataupun pameran yang dianjurkan di sekitar kawasan
berhampiran. Dengan menyertai penjualan produk ini di kawasan pameran juga
bertujuan memudahkan orang ramai untuk mengenali produk Paper Clay ‘Sweet Garden’
10
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
dengan lebih lanjut serta boleh mendapatkan pelbagai rekaan dalam bentuk permintaan
langsung dari pelanggan.
7.2.2 Risalah
Penggunaan risalah juga boleh dilakukan bagi memperkenalkan produk Paper
Clay ‘Sweet Garden’ kepada orang ramai. Dengan cara ini, pelanggan akan lebih
mengetahui tentang produk yang bakal ditawarkan. Ini adalah kerana risalah tersebut
akan memberi penerangan secara terperinci tentang jenis produk tersebut selain rekaan
khas untuk tempahan pelanggan. Pengedaran risalah ini akan dilakukan di kawasan
perumahan berdekatan dan juga kawasan perumahan yang berpotensi untuk
mendatangkan prospek untuk membeli produk.
7.2.3 Poster
Selain daripada edaran risalah, poster-poster ini juga boleh di sekitar kawasan
perumahan. Melalui tampalan poster ini dapat membantu memperkenalkan produk
jualan kami. Melalui tampalan poster ini juga, pelanggan akan lebih mudah
mengenalpasti dan mengetahui akan adanya produk jualan ini di kawasan pasaran yang
berdekatan.
7.2.4 Laman web sosial, blog dan perniagaan melalui internet
11
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
Salah satu cadangan yang boleh dilakukan adalah melalui lawan web sosial
seperti facebook, twitter, dan sebagainya. Kami boleh meluaskan pasaran dengan
memperkenalkan produk kepada rakan-rakan di laman web tersebut. Selain itu, kami
juga boleh mendaftar dalam jualan perniagaan melalui internet seperti e-Bay, e-Dagang
dan sebagainya. Penulisan blog juga membantu dalam strategi pemasaran di mana kami
boleh menceritakan tentang produk jualan kami dengan lebih jelas dan terperinci.
Dengan ini kami boleh mendapat tempahan langsung daripada rakan-rakan yang berada
di kawasan lain.
7.3 Strategi Harga
Keputusan meletakkan harga yang betul adalah perkara terpenting bagi strategi
pemasaran. Maka penting bagi kami mengetahui teknik-teknik untuk meletakkan sesuatu harga
iaitu dengan membandingkan kelok permintaan dan penawaran, berasaskan ‘mark-up’ pada kos
dan juga berasaskan pulangan modal. Selain itu, dari segi strategi penembusan harga pula ialah
dengan meletakkan harga yang rendah supaya produk itu mampu dan dapat dibeli oleh pembeli
yang menyeluruh.
Manakala penetapan harga mengikut tarahan pula ialah meletakkan harga yang paling
tinggi pada peringkat awal dan menurunkan harganya secara berperingkat-peringkat. Kami juga
perlu melihat harga pesaing mereka dengan berpandukan kepada harga yang ditetapkan oleh
pesaing. Ini memudahkan kami mengatur strategi dari segi pelaksanaan harga yang berpatutan
selain menjamin kualiti penghasilan sesuatu produk
12
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
Harga yang akan dikenakan pada produk ‘Sweet Garden’ ialah RM 5.90 setiap satu.
Sekiranya pelanggan inginkan suatu yang kelainan, mereka perlu membuat tempahan terlebih
dahulu dengan di mana masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tempahan produk adalah
dalam masa tiga hari. Harga bayaran juga bergantung kepada suatu kreativiti yang telah
dihasilkan mengikut citarasa pelanggan.
7.3.1 Kaedah penentuan harga berasaskan kos
KOS BERUBAH
Bahan Mentah
Harga(RM)
Kuantiti Unit Sweet Garden yang boleh dihasilkan mengikut
kuantiti tertentu
Kos untuk Menghasilkan 1 Sweet
Garden(RM)
Tanah Liat Kertas
RM 6.50 200 g 2 3.25
Water colour RM 0.73 4 warna 4 0.18
Spray RM 5.00 1botol 20 0.25
Ribbon merah
RM2.00 1gulung 30 0.07
Ribbon putih RM 0.50 1/2 meter
5 0.10
Bekas Biasa (kitar semula)
2 buah 1 0.00
Kertas Majalah
(kitar semula)
3 keping 1 0.00
Glue RM 0.70 1 batang 3 0.23
Gum RM 0.80 1 batang 10 0.08
Happy Birthday Stand
RM 0.30 1 buah 1 0.30
Star Deco RM 1.50 1 bungkus
10 0.15
13
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
JUMLAH RM4.61
KOS PERALATAN
Alat Anggaran kalian digunakan Harga Kos tetap perunit
Berus besar 30 RM0.90 0.03
Berus Kecil 30 RM0.40 0.01
Hong Yuan Cake derator 60 RM4.90 0.08
JUMLAH 0.12
• Harga Jualan = RM 5.90
• Kos berubah = RM 4.61
• Kos Tetap = RM 0. 12
Untung = Harga Jualan - Kos
= RM5.90 - RM4.73
= RM1.17
Maka, di sini, kami menetapkan bahawa harga jualan kami adalah sebanyak RM5.90
dengan anggaran mark up sebanyak 20%.
14
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
7.4 Strategi Edaran
Strategi edaran merupakan salah satu strategi yang amat penting dalam melancarkan
sebuah operasi peniagaan yang berasaskan Paper Clay ini. Dengan adanya saluran pemasaran
yang cekap dan teratur, kami akan dapat menjalankan operasi perniagaan dengan lancar serta
efisien. Saluran edaran yang dipilih oleh kami.boleh dilihat pada (Rajah 8.4)
Perkhidmatan
Pengeluar Pengguna
Rajah 8.4 : Saluran Edaran Pertama
Saluran pemasaran menunjukkan bahawa kami sebagai pengeluar memasarkan perkhidmatan
untuk disalurkan terus kepada pengguna akhir, iaitu para pelanggan.
15
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
8.0 LOKASI PEMASARAN
Lokasi perniagaan yang dipilih oleh kami adalah di sekitar kawasan perumahan
berhampiran. Selain itu terdapat tapak pasar malam yang kebetulan berhampiran dengan
kawasan tersebut. Kawasan pasar malam ini merupakan tumpuan umum penduduk tempatan.
Maka dengan itu, kami boleh menyewa tapak berkenaan. Selain itu, kami juga boleh turut serta
dalam pameran atau pesta jualan pada waktu-waktu tertentu seperti Pesta Jualan Konvokesyen
atau Pesta Jualan Pameran yang mungkin diadakan. Dengan adanya faktor-faktor di atas, kami
yakin bahawa kami mampu untuk menarik ramai pelanggan untuk berkunjung seterusnya
meluaskan pasaran.
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kami mendapati produk ‘Sweet Garden ini sangat bersesuaian dengan
para pelajar berisiko akademik ini. Melalui beberapa tinjauan dan aplikasi daripada
pembelajaran di dalam kelas, kami yakin bahawa dengan adanya produk jualan ini mampu
memberi peluang kepada mereka untuk bergiat dalam keusahawanan. Maka dengan ini mata
pelajaran Pendidikan Perdagangan di sekolah bukanlan semata-mata mata pelajaran yang
16
FCE 3307Pendidikan Keusahawanan
berasaskan teori atau sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja malah mampu mambantu menjamin
masa depan murid-murid.
10.0 LAMPIRAN
Gambar di atas menunjukkan produk jualan yang berbentuk balang menyimpan makanan.
Gambar di atas merupakan produk kami yang berbentuk bekas menyimpan aksesori wanita.
17