ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/082009/14-65-2.pdf · berbuat...

Post on 06-Feb-2018

243 views 1 download

Transcript of ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/082009/14-65-2.pdf · berbuat...

Kempen “Kenali Ubat Anda”

KEMPEN ‘KENALI UBAT ANDA’

PROJEK PENGGUNAAN UBAT BERKUALITI- KONSUMER (QUALITY USE OF MEDICINE-CONSUMERS, QUM-C)

ANJURAN

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN

Peserta dikehendaki untuk memilih mesej-mesej berikut dalam lukisan kartun:

1. PENGGUNAAN UBAT SECARA BETUL MELALUI KONSEP 5B, dimana

pengguna perlu memastikan perkara-perkara berikut sebelum mengambil ubat.

Perkara itu ialah:

- Pengguna Ubat Yang BETUL

- Ubat Yang BETUL

- Dos Yang BETUL

- Cara Pengambilan Ubat Yang BETUL

- Masa Yang BETUL

2. AMALKAN CARA PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT

- Simpan ubat mengikut suhu yang betul

- Elakkan simpan ubat di tempat yang terdedah kepada cahaya

matahari/haba

- Jauhkan dari kanak-kanak

- Asingkan ubat makan dari ubat untuk kegunaan luar

- Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan diarahkan

berbuat demikian

- Jangan simpan ubat di dalam kereta

- Jangan simpan ubat di dalam bilik mandi

- Jangan simpan ubat yang luput, rosak dan hilang label

Kempen “Kenali Ubat Anda”

3. BERHATI-HATI BILA MENGAMBIL LEBIH DARI SATU JENIS UBAT

- Dapatkan nasihat daripada Ahli Farmasi/ Doktor anda apabila

mengambil lebih dari satu jenis ubat.

- kemungkinan berllaku kesan sampingan atau kesan percampuran

antara ubat yang negatif seperti muntah, cirit- birit atau pendarahan

yang berlebihan.

4. BERHATI –HATI DENGAN PROMOSI IKLAN

- Iklan ubat/perkhidmatan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berikut adalah

tidak dibenarkan:

1. Penyakit / kerosakan buah pinggang

2. Penyakit / kerosakan jantung

3. Kencing manis

4. Epilepsi / Sawan

5. Lumpuh

6. Batuk kering

7. Asma / lelah

8. Kusta

9. Barah

10. Pekak

11. Ketagihan dadah

12. Hernia

13. Penyakit mata

14. Tekanan darah tinggi

15. Sakit mental

16. Kemandulan

17. Frigiditi

18. Lemah fungsi seks / impotensi (mati pucuk)

19. Penyakit Venereal (kelamin)

20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain timbul daripada atau

berhubung dengan perhubungan seks.

Kempen “Kenali Ubat Anda”

5. BACA DAN FAHAMI LABEL UBAT ANDA

- Butiran-butiran yang perlu ada pada label sampul ubat dispens yang

diperolehi daripada farmasi / klinik adalah seperti di bawah:

1. Nama dan alamat pembekal ubat (farmasi / klinik)

2. Nama penuh ubat

3. Nama pesakit

4. Tarikh bekalan ubat

5. Nombor rujukan pada buku rekod

6. Arahan cara pengambilan ubat

7. Label “Ubat Terkawal / Controlled Medicine”

6. PASTIKAN SEMUA UBAT YANG ANDA BELI SECARA RUNCIT MEMPUNYAI

NAMA UBAT , KANDUNGAN UBAT, NO PENDAFTARAN DAN LABEL

HOLOGRAM MEDITAG YANG DISAHKAN OLEH KKM

- Contoh no pendaftaran mengikut kategori produk adalah seperti

berikut:

?? MAL 20030080X – Ubat OTC ditanda huruf ‘X’

?? MAL 06030856A – Ubat terkawal ditanda huruf ‘A’

?? MAL 08090340T – Ubat tradisional ditanda huruf ‘T’