Post on 09-Feb-2018
7/22/2019 Ar Edit - Copy
1/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 1
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Bahasa Melayu sudah sekian lama menjadi bahasa perhubungan, bahasa
kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam system pendidikan di Malaysia.
Dari aspek pendidikan sekolah rendah khasnya, mata pelajaran bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran teras. Antara kemahiran yang diterapkan dalam mata
pelajaran ialah kemahiran lisan, kemahiran bacaan dan kemahiran menulis.
Oleh itu, sudah sewajarnyalah bahasa Melayu sudah tidak menjadi masalah
kepada masyarakat Malaysia umumnya dan kepada pelajar khasnya. Namun
begitu, daripada beberapa kajian yang telah dilakukan didapati bahawa bahasa
Melayu masih menjadi masalah. Kelemahan murid-murid menguasai bahasa
Melayu dengan betul kerisauan serta rungutan dalam kalangan ibu-bapa, guru-
guru dan para cendekiawan.
Menurut laporan Lembaga Peperiksaan, penguasaan murid-murid terhadap
bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) khususnya
dalam aspek penulisan karangan masih membimbangkan (Mahyuddin, 1999).
Selain daripada lemah menyusun fakta-fakta penting, murid-murid juga lemah
dalam aspek penulisan karangan seperti aspek ejaan.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
2/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 2
Menurut Mahyuddin (1999), jika ditinjau dari sudut bahasa Melayu itu sendiri,
aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa
yang sebelum ini tidak diberi tumpuan. Penguasaan terhadap kemahiran-
kemahiran asas dapat menyumbang kepada kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran berfikir dan kemahiran belajar (PPK,1994). Berdasarkan Sukatan
Pelajaran (1993), Kurikulum Sekolah Rendah bertujuan untuk membolehkan
murid-murid :
i. Menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
ii. Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah rendah.
Menurut Awang Sariyan (1983) dan Rahimah Hj Sarban (1988) aspek ejaan
dalam penulisan merupakan aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-
murid sekolah. Kesalahan yang dilakukan oleh murid_murid pada peringkat awal
akan berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam bidang penulisan
pula, kelemahan menguasai ejaan akan menjejaskan komunikasi bidang itu
sendiri. Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam situsi penulisan Negara.
Oleh hal yang demikian, kajian ini penting untuk mengkaji teknik yang terbaik
untuk mengatasi masalah yang telah diutarakan ini.
Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk
melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-
kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh
diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh
membaca tetapi lemah dalam ejaan. Kamus Inggeris-Melayu Dewan(2002)
7/22/2019 Ar Edit - Copy
3/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 3
mentakrifkan ejaan sebagai susunan huruf yang diterima untuk sesuatu
perkataan. Misalnya, dalam perkataan ikan terdapat empat huruf. Susunan
huruf yang diterima untuk perkataan ikan ialah i di tempat yang pertama, k di
tempat yang kedua, a di tempat yang ketiga, dan n di tempat yang keempat.
Susunan lain seperti kain, naik, kian dan kina (kuinin) tidak diterima untuk
ejaan perkataan ikan. Namun susunan itu diterima sebagai ejaan perkataan
yang berkenaan. Susunan seperti aink dan knai tidak diterima sama sekali
untuk ejaan perkataan ikan walaupun empat hurufnya tetap sama. Jika satu
atau lebih huruf ditinggalkan seperti ika, kan, dan ik; susunan huruf ini juga
tidak diterima sebagai ejaan perkataan ikan.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
4/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 4
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran.
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mendapati
bahawa murid-murid tahun 2 Ixora ini menghadapi masalah lemah kemahiran
ejaan. Pengakaji telah diamanahkan untuk mengajar tahun 2 Ixora. Namun
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pengkaji mendapati
bahawa murid-murid tahun 2 Ixora ini lemah dalam kemahiran ejaan. Pada
praktikum pertama, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan St. Mark.
dan mengajar tahun 5 Nilam. Manakala pada praktikum kedua,pengakaji telah
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Penaga dan mengajar tahun 2 Yakin.
Praktikum ketiga pula pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya
dan diamanahkan mengajar tahun 2 Ixora. Setelah dibuat pemerhatian antara
praktikum pertama,kedua dan ketiga, pengkaji menemui masalah yang sama
iaitu murid lemah dalam kemahiran ejaan.
Menerusi pemerhatian yang dilakukan, pengkaji juga mendapati bahawa
sebahagian murid tahun 2 Ixora mengalami masalah ejaan. Hal ini dapat
dibuktikan semasa pengkaji menjalankan aktiviti ejaan. Pengkaji menyebut
perkataan dan murid mengeja dan menulis perkataan tersebut dan hasilnya
ramai diantara murid tahun 2 Ixora melakukan kesalahan ejaan.
Hasil temubual yang telah dijalankan terhadap guru-guru mata pelajaran
Bahasa Melayu dan murid-murid kelas 2 Ixora, didapati bahawa meskipun murid-
murid ini telah diajar kemahiran ejaan,namum masih lagi gagal menguasainya.
Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini hanya banyak
menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan buku teks dan buku latihan.
Pengkaji juga melakukan pemerhatian pada buku latihan murid. Didapati banyak
7/22/2019 Ar Edit - Copy
5/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 5
kesalah ejaan yang dilakukan dalam buku latihan. Murid-murid juga kurang
didedahkan dengan aktiviti kemahiran mengeja. Jika kurangnya aktiviti murid-
murid sukar untuk menguasai kemahiran ini kerana setiap murid mempunyai
kecerdasan pelbagai.
Perkara ini merupakan satu kerugian yang besar kepada murid-murid
kerana mereka kurang berpeluang dan kurang didedahkan secara langsung
mengenai kemahiran ini. Guru terus menerus mengajar menggunakan buku
aktiviti yang sedia ada dan hanya memberi tumpuan kepada murid-murid yang
cerdas sahaja manakala murid-murid yang tercicir ini terus ketinggalan dalam
subjek Bahasa Melayu kerana gagal menguasai kemahiran ejaan.
Selain itu, kemahiran ejaan dilihat sangat penting kerana mampu
membantu murid-murid bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
tetapi juga dalam mata pelajaran lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam bidang penulisan tanpa
kesalahan ejaan.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Menurut Za'ba, mengeja ialah "pekerjaan menghubungkan huruf benar dan huruf
saksi atau sebaliknya ini serta disebut nama tiap-tiap huruf itu". Kita juga boleh
mengatakan bahawa mengeja ialah perbuatan membunyikan atau menulis huruf
secara beturut-turut dalam sesuatu pekerjaan. Bedasarkan takrif ini, ada dua
cara untuk mengeja. Cara pertama ialah dengan menyebut huruf secara
berturut-turut yang tedapat pada sesuatu suku kata atau perkataan dan
membunyikan suku kata atau perkataan itu. Cara yang kedua ialah menulis huruf
dengan mematuhi syarat untuk membentuk suku kata atau perkataan.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
6/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 6
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
pengkaji, kaedah yang dipilih ialah kaedah suku kata. Suku kata ialah bahagian
perkataan berasaskan vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud
sebgai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa melayu
terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal
dipanggil suku kata terbuka. Manakala suku kata yang diakhiri dengan huruf
konsonan dipanggil suku kata tertutup. Melalui kaedah ini, pengkaji akan
mengajar murid-murid dengan mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar
kepada bahagian-bahagian yang kecil. Daripada satu perkataan, murid-murid
akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya
diperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. Kaedah
ini bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata,
perkataan dan ayat dengan baik. Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah murid-
murid mahir mengeja kerana mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang
dibacanya.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
7/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 7
2.0 Fokus Kajian / Isu Keperihatinan
2.1 Isu kajian
Kajian ini akan tertumpu kepada masalah penguasaan kemahiran ejaan bagi
murid-murid tahun 2 Ixora. Didapati murid-murid lemah dalam mengeja
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Penguasaan
dalam kemahiran ejaan dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dalam
subjek Bahasa Melayu.
Ejaan merupakan aspek penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Mat Zaidi Bin Dahlan (2010) yang
membuat kajian tentang penguasaan kemahiran ejaan murid tahap 1. Dalam
kajiannya murid-murid tidak menunjukan kesungguhan dalam kemahiran
mengeja yang diberikan. Murid tidak dapat membatangkan sukukata dan
mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian murid-murid selalu
melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta
mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan. Kajian oleh Roziah
Binti Abdul Hamid (2000) mengenai meningkatkan penguasaan murid-murid
melalui kaedah suku kata. Beliau telah mengenal pasti murid yang bermasalah
dalam kemahiran ejaan dan membatang suku kata. Beliau telah menjalankan
ujian suku kata terhadap individu dan ujian suku kata kumpulan....
Terlalu kurang kajian yang dilakukan secara holistik, terperinci dan mendalam
bagi meneroka penguasaan kamahiran ejaan dalam kalangan murid sekolah
rendah. Oleh itu, kajian ini mempunyai kepentingan tersendiri terutama apabila
pengkaji mendapati terdapat permasalahan yang perlu diatasi didalam kelas
supaya murid-murid yang lemah ini tidak tercicir dalam pendidikan arus perdana.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
8/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 8
Kajian ini penting untuk memastikan murid-murid mempunyai kebolehan yang
sama rata bagi menentukan keseimbangan pencapaian di dalam kelas.
Disamping itu, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat semestinya kepada
guru mata pelajar Bahasa Melayu yang rata-rata mempunyai murid yang lemah
dalam penguasaan ejaan. Dilihat dengan adanya kajian seperti ini mampu untuk
membantu pihak sekolah memperoleh pencapaian yang terbaik dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
2.1.1 Tinjauan awal
Masalah ini dikenalpasti berdasarkan kegagalan murid-murid mengeja
suku kata yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Untuk
meninjau dengan lebih terperinci agar dapat membantu peyelidik
menentukan aktiviti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dan tepat, masalah ini dilihat dari aspek-aspek berikut :
a) Ketidakbolehan pelajar membatangkan suku kata KV KVK / KVK KV
yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup.
b) Ketidakbolehan pelajar mengeja perkataan yang mengandungi suku
kata terbuka dan tertutup.
c) Ketidakbolehan pelajar dalam membunyi atau mengeja perkataan
yang melibatkan suku kata terbuka dan tertutup.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
9/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 9
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Semasa tinjauan masalah dilakukan oleh pengkaji, pelajar didapati sukar
untuk mengeja perkataan KV KVK / KVK KV melibatkan suku kata
terbuka dan tertutup dan tidak memahami perkataan. Hal ini mungkin
kerana murid tidak dapat menguasai suku kata KV KVK pada awalnya.
Selain daripada itu murid-murid juga tidak menguasai dengan mendalam
konsep suku kata KV KVK. Hal ini mungkin akibat kurang latihan dan
pendedahan tentang perkataan yang melibatkan suku kata terbuka dan
tertutup itu sendiri dan murid juga mempunyai masalah dalam
membatangkan suku kata perkataan. Konsep mecerakinkan perkataan
juga mungkin minimal dalam kefahaman mereka. Suku kata terbuka dan
tertutup juga hanya melibatkan perkataan yang sinonim dengan
kehidupan mereka seperti pantai.
Ternyata masalah utamanya murid terbiasa membaca secara
mengeja perkataan, lambat menyudahkan bacaan, perkataan yang
dikuasai pula terbatas pada perkataan KV KV dan V KV. Hal ini
menjadikan mereka lebih sukar untuk memahami perkataan KV KVK /
KVK KV. Murid juga didapati tidak tahu mengeja perkataan yang melibat
suku kata KV KVK / KVK KV. Mereka juga hanya mengimaginasi apabila
mengeja perkataan kerana mereka tidak boleh membaca perkataan yang
hendak dibaca. Antara contoh kesalahan yang sering dilakukan murid-
murid semasa aktiviti kemahiran ejaan ialah dalam perkataan:
1. ankat = angkat
2. baran = barang
7/22/2019 Ar Edit - Copy
10/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 10
3. tingal = tinggal
4. butan = butang
5. funsi = fungsi
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Kriteria Elemen Penulisan
Kebolehtadbiran Penyelidik berpendapat bahawa fokus
kajian iaitu masalah kemahiran ejaan
dapat diatasi dengan menggunakan
kaedah suku kata. Pelaksanaan
intervensi ini adalah mudah untuk
diuruskan. Pengkaji cuma perlu
menyusun bagaimana mahu
melaksanakan kaedah suku kata ini.
Bahan-bahan juga mudah untuk
disediakan. Kajian ini dapat dijalankan
kerana pengkaji percaya kemahiran
mengeja murid dapat ditingkatkan
dengan intervensi tersebut.
Kepentingan Penguasaan kemahiran ejaan adalah
penting dalam membantu murid-murid
memahami semua ejaan yang
terkandung dalam bahan bacaan
dengan lebih mudah dan baik.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
11/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 11
Penguasaan ejaan yang baik dapat
membantu murid-murid menimba
pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang.
Justeru itu, kemahiran ini adalah
penting untuk dipertingkatkan.
Penyelidik bercadang untuk
menggunakan pengintegrasian kaedah
pengajaran iaitu kaedah suku kata
untuk meningkatkan penguasaan muri-
murid dalam kemahiran ejaan.
Kebolehgunaan Kaedah suku kata digunakan sebagai
pengajaran utama bagi memudahkan
subjek kajian lebih memahami
pengajaran dan meningkatkan
kemahiran mengejanya. Kaedah suku
kata dalam kajian yang dijalankan juga
wajar dan dapat memberikan manfaat
kepada pelbagai pihak. Bahan-bahan
seperti abm yang digunakan semasa
menjalankan kaedah suku kata dapat
dikongsi dengan guru atau rakan
sejawat yang lain pada masa akan
datang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Selain itu,
7/22/2019 Ar Edit - Copy
12/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 12
kaedah suku kata boleh digunakan
pada kajian masa hadapan dalam
aspek ejaan pada kumpulan sasaran
yang lain.
Kawalan Kajian ini dilakukan dalam skop yang
kecil iaitu meningkatkan kemahiran
ejaan. Kaedah suku kata amat mudah
untuk digunakan dan mempunyai
pelbagai kelebihannya terutama
kepada guru. Bahan yang dipili juga
amat mudah digunakan dan
bersesuaian dengan tahap dan
kebolehan murid. Penyelidik juga tidak
memerlukan masa yang lama untuk
menyediakan bahan untuk kaedah
suku kata ini.
Kolaboratif Pelbagai usaha kolaboratif telah
dijalankan bersama-sama dengan
warga sekolah. Contohnya pada awal
pertemuan dengan pentadbir sekolah,
penyelidik telah meminta kebenaran
untuk menjalankan kajian ini keatas
murid-murid di dalam kelas yang
terpilih. Penyelidik juga sentiasa
7/22/2019 Ar Edit - Copy
13/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 13
berbincang dengan guru kelas, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru
mata pelajaran dan guru-guru sekolah
yang lain bagi mendapatkan maklumat
tentang subjek kajian. Semasa
intervensi menggunakan keadah suku
kata di dalam
bilik darjah, penyelidik berkolaboratif
dengan guru penyelia, guru kelas serta
guru pelatih untuk memerhatikan
tingkahlaku subjek dan membuat
catatan pada boring pemerhatian yang
disediakan. Mereka juga memberi
cadangan penambahbaikan terhadap
kaedah suku kata yang dijalankan oleh
penyelidik. Selain daripada itu,
penyelidik juga meminta bantuan
daripada guru Bahasa Melayu sebagai
rujukan untuk membuat penilaian
terhadap subjek kajian.
Kerelevanan kepada sekolah Penyelidik merasakan bahawa
penggunaan kaedah suku kata dalam
pengajaran adalah amat relevan
kepada sekolah. Kaedah ini boleh
7/22/2019 Ar Edit - Copy
14/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 14
diguna pakai oleh semua guru bahasa
pada masa akan datang. Kaedah yang
digunakan akan dapat membantu
pencapaian murid-murid dan sekolah
khasnya bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu.
2.2 Istilah Kajian
Menurut kamus dewan edisi keempat, penambahbaikan bermaksud perihal
kepada proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya. Dalam konteks ini merujuk
kepada proses yang dilakukan oleh pengkaji untuk membuat kajian. Amalan pula
bermaksud perbuatan yang baik atau perbuatan yang biasa dilakukan iaitu
kebiasaan. Dalam hal ini, pengkaji melakukan amalan iaitu mengajar. Sebagai
seorang guru, tugas seharian adalah mengajar murid-murid. Perihal pengajaran
pula ialah memerihalkan tentang mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan
dengan mengajar seperti cara mengajar atau sistem mengajar. Daripada istilah
yang digunakan oleh pengkaji dapatlah dirumus bahawa pengkaji sedang cuba
menambahbaik amalannya dalam pengajaran iaitu pengajaran kemahiran ejaan
bagi murid-murid tahun 2 Ixora dengan menggunakan kaedah suku kata.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
15/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 15
3.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian
Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, murid-murid yang terlibat diharap dapat
mencapai objektif-objektif berikut:
3.1 Objektif Umum
i. Menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan
Bahasa Melayu
3.2 Objektif Khusus
i. Guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ejaan suku kata terbuka Bahasa Melayu dengan
menggunakan kaedah suku kata.
ii. Guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ejaan suku kata tertutup Bahasa Melayu dengan
menggunakan kaedah suku kata,
3.3 Soalan Kajian
i. Adakah guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ejaan suku kata terbuka Bahasa Melayu dengan
menggunakan kaedah suku kata.
ii. Adakah guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ejaan suku kata tertutup Bahasa Melayu dengan
menggunakan kaedah suku kata.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
16/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 16
4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran utama kajian melibatkan pengkaji sendiri iaitu seorang guru
praktikum di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Pengkaji telah diamanahkan untuk
mengajar kelas Tahun 2 Ixora. Praktikum ini berlangsung selama tiga bulan.
Kumpulan sasaran kajian juga melibatkan murid-murid di sebuah sekolah kebangsaan
iaitu Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Murid-murid tersebut berada ditahap 1 iaitu tahun
2 Ixora. Seramai 6 orang murid telah dikenal pasti selepas analisis tinjauan awal.
Mereka ini mempunyai pencapaian yang sederhana dalam subjek Bahasa Melayu.
Kelas 2 Ixora ini juga merupakan kelas pertengahan di antara 5 buah kelas tahun 2.
Hampir kesemua murid di kelas ini tidak mengikuti kelas tambahan di luar waktu
sekolah. Tinjauan awal menunjukan bahawa murid-murid ini mempunyai masalah dalam
kemahiran ejaan suku kata terbuka dan tertutup.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
17/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 17
5.0 Tindakan yang Dicadangkan
5.1 Perancangan Tindakan Kitaran Kajian 1
Pengkaji telah merancang untuk menjalankan prosedur tindakan dalam kajian ini
berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart. Kemmis dan McTaggart (1988)
menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan,
mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan
oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat
tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas
untuk merancang dan bertindak.
Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart
MEREFLEK
MEMERHATI MERANCANG
MELAKSANA
7/22/2019 Ar Edit - Copy
18/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 18
5.1.1 Perancangan tindakan
Kajian ini akan memberi perhatian kepada pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran terancang menggunakan kaedah suku kata yang disediakan oleh
pengkaji, khusus untuk melaksanakan kajian ini.
(a) mereflek
Pengkaji berusaha memperoleh maklumat bagi tujuan memperoleh
maklumat yang tepat mengenai tahap kemahiran mengeja dalam
kalangan murid-murid dengan cara sama ada menganalis dokumen
(Rekod Kemajuan Murid, Buku Rekod Guru, Rekod Kehadiran, Buku
Latihan, Lembaran Kerja, Kertas Ujian dll) atau melaksanakan beberapa
siri ujian ejaan, padanan huruf dengan gambar, huruf dengan huruf,
melengkapkan huruf pada perkataan dan sebagainya. Selain itu,
pemerhatian dan temu bual terarah diyakini membantu pengkaji
memahami tahap sebenar kemahiran mengeja Bahasa Melayu dalam
kalangan murid-muridnya
(b) merancang
Berdasarkan tahap kemahiran mengeja Bahasa Melayu, penyelidik
merancang secara berperingkat proses pengajaran dan pembelajaran
mengeja sebagaimana berikut;
(i) mengenal suku kata terbuka dan tertutup.
Pada aktiviti ini, prngkaji akan memaparkan sejumlah perkataan
kepada murid-murid. Krmudia murid-murid akan mengenal pasti
sama ada perkataan itu adalah suku kata terbuka atau tertutup.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
19/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 19
(ii) mencerakinkan perkataan mencerakinkan daripada perkataan
kepada suku kata sama ada suku kata terbuka atau tertutup.
Pada aktiviti ini, guru member set perkataan kepada murid. Murid-
murid akan mencerakinkan perkataan tersebut mengikut suku kata
Bahasa Melayu.
(iii) mencerakinkan beserta warna mencerakinkan daripada
perkataan kepada suku kata dan warna suku kata mengikut jenis
iaitu merah untuk suku kata terbuka dan hitam untuk suku kata
tertutup.
Pada aktiviti ini, guru akan memaparkan set perkataan. Murid-
murid perlu mencerakinkan perkataan mengikut suku kata terbuka
dan tertutup. Suku kata terbuka perlu diwarnakan dengan warna
hitam dan suku kata tertutup berwarna merah.
(c) melaksana
Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mengeja
secara berperingkat mengikut tahap kemahiran mengeja.
(d) memerhati
Pengkaji memerhati meneliti, melaksanakan ujian atau latihan tertentu
tujuan mengesan pencapaian murid. Ujian yang akan diadakan ialah ujian
1, ujian 2, ujian 3. Kesemua ujian dilakukan selepas intervensi dijalankan.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
20/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 20
5.2 Perancangan cara mengumpul data
Mengumpul dan menganalisis data memerlukan penjelasan secara terperinci
tentang kaedah pengumpulan data yang dipilih, instrument yang diguna dan
cara-cara data dianalisis. Prosedur pengumpulan dan penganalisisan data harus
berkait dengan pembelajaran dan pengajaran serta dapat menjawab objektif dan
persoalan kajian (Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud,2011) Dalam hal ini,
pengkaji berusaha memperoleh data dengan cara:
5.2.1 Pemerhatian
Data yang diperoleh daripada set soal selidik dan dokumen hanya
menyediakan data mentah yang menerangkan prestasi semasa subjek
kajian. Manakala perihal sebenar prestasi subjek akan lebih jelas melalui
maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian pengkaji terhadap proses
pembelajaran kemahiran ejaan dalam kalangan subjek kajian. Dengan
hal yang demikian, pengkaji merangka senarai semak yang boleh
membantu pengkaji melaksanakan siri pemerhatian berkala terhadap
subjek kajian. Hal ini penting kerana maklumat yang diperoleh kelak akan
memberi jawapan sebenar kepada masalah dan tahap kemahiran ejaan
subjek kajian.
Bagi tujuan memperoleh maklumat yang lebih realistik, pengkaji
berusaha mengguna pakai kaedah pemerhatian berstruktur. Ini bermakna
pengkaji terlibat secara langsung bersama-sama subjek kajian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan dalam bilik darjah.
Hal ini penting bagi tujuan mengelak kesan luar jangka yang boleh
7/22/2019 Ar Edit - Copy
21/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 21
mengherotkan data dan ini akan menjejaskan kredibiliti dapatan yang
diperoleh.
5.2.2 Temu bual
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi
face-to-face antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemu
bual. Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka (probe) dan
mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Informan
bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli panitia, rakan sejawatan, pihak
pentadbir dan ibu bapa. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui
persepsi, pendapat dan sikap mereka terhadap kajian yang dijalankan.
5.2.1 Analisis dokumen
Analisis dokumen dilaksanakan bagi tujuan mengesan tahap kenal huruf,
kemahiran mengeja dan menulis. Bagi tujuan memperoleh maklumat
berkenaan, pengkaji menggunakan kaedah manual iaitu dengan cara
mencari peratus peningkatan kemahiran ejaan murid-murid. Peratus
peningkatan dapat diperoleh daripada markah ujian pra dan pasca dan
disediakan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji memperoleh maklumat
daripada Buku Rekod Kehadiran, Buku Rekod Kemajuan Murid, Buku
Rekod Guru, Lembaran Kerja Harian dan Buku Kerja. Dokumen-dokumen
yang dinyatakan itu sangat penting kepada pengkaji kerana mengandungi
tahap pencapaian sebenar subjek kajian yang boleh dijadikan rujukan
bagi tujuan mengesan prestasi sebenar subjek kajian.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
22/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 22
5.3 Perancangan Mengumpul Data
Maklumat yang diperoleh akan dipersembah dalam bentuk statistik deskriptif
menggunakan peratus dan kekerapan.
5.3.1 Pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan pemerhatian berstruktur. Pengkaji
menyediakan set senarai semak pemerhatian. Dalam pemerhatian
berstruktur aspek yang hendak diperhatikan akan dikenal pasti terlebih
dahulu. Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat
berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur
dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang disediakan.
Jadual 2, menunjukan contoh borang senarai semak yang akan digunakan oleh
pengkaji.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
23/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 23
5.3.2 Temu bual
Temu bual yang akan dijalankan adalah temu bual berstruktur. Pengkaji
akan menyediakan soalan temu bual terlebih dahulu dan dijalankan
dalam situasi formal. Temu bual akan dijalan keatas kumpulan sasaran
iaitu murid-murid dan seterusnya keatas guru kelas, guru mata pelajaran
dan juga pihak pentadbir. Penkaji juga akan menetukan keadaan,masa
yang sesuai dan merakamkan temu bual tersebut. Hasil temu bual akan
ditaip semula sepenuhnya dan akan diproses dalam bentuk diskriptif.
5.3.3 Analisis dokumen (senarai semak/peratus/min dan sisihan piawai/naratif)
Pengkaji akan menganalisis markah daripada ujian 1 dan ujian 2.
Cadangan pengkaji ialah setiap satu kesalahan ejaan yang dilakukan
oleh murid akan ditolah sebanyak 10%. Begitu juga cara menganalisis
data bagi ujian pasca. Kemudian pengkaji membandingkan keputusan
peratus diantara ujian pra dan pasca. Seterusnya peratus peningkatan
yang diperoleh akan diwakilkan dalam bentuk naratif serta graf.
Jadual 3, menunjukan contoh jadual perbandingan yang akan digunakan oleh
pengkaji.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
24/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 24
Rajah 2, menunjukan contoh graf yang akan digunakan oleh pengkaji.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
25/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 25
5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan
5.4.1 Jadual pelaksanaan
Bil Tugasan Tempoh Tarikh
1. Penerangan 1 hari 21. 2. 2014
2. Mengumpul maklumat 1 minggu 2228.2.2014
3. Pelaksanaan 12 minggu 1.327.4.2014
4. Pendokumentasian 4 minggu 30.530.6.2014
5. Pelaporan 1 minggu 18.7.2014
Jadual 4, menunjukkan jadual perancangan pelaksanaan tindakan
7/22/2019 Ar Edit - Copy
26/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 26
5.4.2 Kos kajian
Bil Tugasan Kuantiti Harga/unit Jumlah
1. Kertas 2 $ 5.00 $ 30.00
2. Dakwat 1 $ 250.00 $ 250.00
3. Kertas Manila 20 $ $ 14.00
4. Pen Marker (warna) 12 $ $ 30.00
5. Kertas Majong 50 $ $ 25.00
Jumlah $ 349.00
Jadual 4, menunjukkan jadual kos kajian
7/22/2019 Ar Edit - Copy
27/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 27
Senarai Rujukan
Buku
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. 1983. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Penerbitan Sarjana
(M) sdn. bhd . Kuala Lumpur.
Chow Fook Meng Phd & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan :Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009
Othman Puteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa.Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia:
Deakin University Press
Nik Safiah Haji Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rahimah Haji Ahmad.1988. Kerjasama dan persaingan di dalam situasi pembelajaran:
Implikasinya kepada polisi pendidikan. dlm Rahimah Haji Ahmad, Robiah Sidin &
7/22/2019 Ar Edit - Copy
28/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 28
Khadijah Rohani Mohd Yunus (pnyt). Pendidikan dan polisi sosial: Kumpulan kertas
kerja Konvensyen Nasional Keempat Mengenai Pendidikan. 96-106. Kuala Lumpur:
Persatuan Pendidikan Malaysia
Raminah Hj Sabran, Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk pelatih maktab perguruan.
Kuala Lumpur: Kursus Bahasa Fajar Bakti
Internet
OOI CAD LI Diperoleh MAC 12, 2014 darihttp://cadliooi.blogspot.com/2011/12/4.html
Diperoleh MAC 14, 2014 dari http://cikguhijau.blogspot.com/2012/02/mengeja-apakah-
maksudnya.html
Noorfarila Diperoleh Mac 14, 2014 darihttp://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakan-
kpd-3026.html
http://cadliooi.blogspot.com/2011/12/4.htmlhttp://cadliooi.blogspot.com/2011/12/4.htmlhttp://cadliooi.blogspot.com/2011/12/4.htmlhttp://cikguhijau.blogspot.com/2012/02/mengeja-apakah-maksudnya.htmlhttp://cikguhijau.blogspot.com/2012/02/mengeja-apakah-maksudnya.htmlhttp://cikguhijau.blogspot.com/2012/02/mengeja-apakah-maksudnya.htmlhttp://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakan-kpd-3026.htmlhttp://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakan-kpd-3026.htmlhttp://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakan-kpd-3026.htmlhttp://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakan-kpd-3026.htmlhttp://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakan-kpd-3026.htmlhttp://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakan-kpd-3026.htmlhttp://cikguhijau.blogspot.com/2012/02/mengeja-apakah-maksudnya.htmlhttp://cikguhijau.blogspot.com/2012/02/mengeja-apakah-maksudnya.htmlhttp://cadliooi.blogspot.com/2011/12/4.html7/22/2019 Ar Edit - Copy
29/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 29
Refleksi
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan
kertas cadangan kajian tindakan bagi semester 7 ini dengan jayanya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat
dalam membantu saya menyiapkan dan menyempurnakan kertas cadangan ini, terutamanya
pensyarah saya, rakan- rakan dan kepada sesiapa yang juga turut membantu. Terima kasih
kepada pensyarah dan juga kawan-kawan yang telah banyak membantu mencari dan berkongsi
maklumat untuk melengkapkan lagi kerja kursus ini.
Untuk kajian tindakan saya, saya telah merancang untuk mengkaji tentang masalah
kemahiran ejaan yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 Ixora. Melalui pemerhatian awal yang
saya lakukan di minggu awal praktikum, saya mendapati bahawa mereka mempunyai masalah
ejaan yang ketara dimana mereka gagal mengeja perkataaan suku kata terbuka dan tertutup.
Oleh itu, saya mula mengkaji masalah yang berlaku pada mereka dan telah merancang untuk
cuba mengatasi masalah yang berlaku dengan menggunakan kaedah suku kata semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Saya telah merancang beberapa intervensi yang dapat membantu mereka
meningkatkan kemahiran ejaan. Intervensi yang saya rancang adalah mengajar murid
mengenal pasti suku kata terbuka dan tertutup. Kemudian mengajar murid mencerakinkan
perkatan menjadi suku kata.
Dengan penyediaan kertas cadangan ini juga saya banyak mendapat ilmu tentang
apakah itu kajian tindakan, bagaimana untuk menjalankan kajian tindakan, selain itu saya dapat
mendalami kaedah-kaedah pengajaran kemahiran ejaan, apakah langkah-langkah intervensi
7/22/2019 Ar Edit - Copy
30/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 30
yang sesuai dengan tahap umur murid-murid saya dan sebagainya. Saya sangat berharap
supaya kertas cadangan ini diterima dengan baik keran saya sudah meletakkan banyak usaha,
masa dan harapan di dalam menyiapkan kertas cadangan ini.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
31/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 31
Lampiran
Lampiran 1. Boring ujian tinjauan awal
Nama :
Kelas :
Ejaan
1. 16.
2. 17.
3. 18.
4. 19.
5. 20.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
32/33
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 32
12.
13.
14.
Lampiran 2. Contoh keputusan murid.
7/22/2019 Ar Edit - Copy
33/33
Lampiran 3. Contoh boring senarai semak yang akan digunakan.