AR huda.docx

download AR huda.docx

of 63

  • date post

    15-Apr-2016
  • Category

    Documents

  • view

    231
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of AR huda.docx

1.0 PENDAHULUAN1.1 PENGENALAN Topik Makanan Dan Khasiatnya merupakan salah satu konsep yang terdapat dalam sukatan pelajaran sekolah rendah untuk murid tahun dua. Topik ini terkandung dalam Sains Hayat dan standard kandungan bertemakan Manusia dan perlu memahami manusia mempunyai keperluan asas untuk hidup. Kajian saya memfokuskan kepada standard pembelajaran yang membolehkan murid mengenalpasti makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membantu menjaga kesihatan. Murid perlu menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia dan membuat pengkelasan makanan dengan tepat dengan rasa seronok dan santai. John Dewey (1998) dalam Nanu Meneon (2008) mengatakan aspek keseronokan adalah hak setiap kanak-kanak. Oleh itu, wajar kiranya bermain diintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya murid- murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam kelasJusteru itu, saya telah merancang kaedah yang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh meningkatkan daya ingatan dan seterusnya menarik minat murid-murid untuk menguasai tajuk Makanan dan Khasiatnya dengan menggunakan kaedah PdP yang melibatkan murid-murid secara langsung iaitu mengaplikasikan teknik permainan secara berkumpulan melalui kaedah Wheel Dreams.Menurut Asmah Suboh (2005) ingatan adalah proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang dipelajari dan kemudiannya mengeluarkan kembali sebagai tindakbalas dalam situasi yang diperlukan seperti menyelesaikan masalah dan aktiviti PdP yang selanjutnya. Katanya, daya ingatan boleh diperkuatkan dari semasa ke semasa dan banyak teknik yang boleh digunakan untuk memperkukuhkan ingatan.Azri Aziz (1994) menyatakan bahawa sebanyak 85% daripada apa yang kita ingat dan pelajari datangnya daripada penglihatan kita. Semakin kerap murid melihat sesuatu benda semakin mudah untuk mereka mengingati. R.C.F. Krueger pula mengatakan apabila individu mahu menghafal sesuatu maklumat, dia terus mengulang-ulang apa yang sudah dihafalnya supaya betul-betul ingat walaupun sudah dihafal.Jean Piaget (1962) dalam Mok Soon Sang (2011) mengatakan bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan pembelajaran baru yang diadakan serta membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam suasana santai. Noraini Ahmad (1993) juga mengatakan sesuatu subjek atau perkara yang diminati adalah lebih mudah untuk diingati. Menurut Hasyim (2000) dalam Abdul Rahim Hamdan (2006), minat secara keseluruhan sebagai pemboleh-pembolehubah motivasi. Minat pelajar amat penting kepada pembelajaran kerana minat boleh menghasilkan motivasi untuk menggalakkan pelajar dalam pembelajaran dalam bilik darjah.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSaya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi bagi Tahun 2 Harapan. Saya telah mengajar beberapa topik dalam Sains Hayat yang menjurus kepada topik Makanan dan Khasiatnya, Saya berasa seronok kerana murid saya menunjukkan minat yang mendalam terhadap topik ini kerana mereka dapat mengetahui jenis-jenis makanan yang perlu dalam diet harian mereka. Saya juga sangat seronok mendengar luahan hati mereka dan menyangka keseronokan mereka pasti mampu membantu meningkatkan pemahaman terhadap konsep makanan dan khasiatnya. Namun, jangkaan saya meleset sama sekali kerana setelah menganalisis keputusan ujian bulanan awal Februari yang lalu. Daripada 23 orang murid, hanya 14 orang sahaja yang menjawab soalan dengan tepat dan mampu mengelaskan jenis-jenis makanan dan khasiatnya pada jadual yang telah disediakan dalam set soalan tersebut. Selebihnya, iaitu seramai 9 orang murid tidak memenuhi kriteria jawapan yang betul. Berdasarkan pengalaman mengajar PdP yang lalu, saya dapati masalah penguasaan konsep khasiat telah menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengkelasan makanan kepada khasiatnya. Murid saya juga mempunyai daya mengingat yang rendah dan mereka mempunyai masalah mengekalkan daya tumpuan terhadap proses PdP. Setiap kali soalan diajukan kepada mereka, mereka tidak menjawabnya dengan tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab soalan di dalam lembaran kerja. Saya dapati ramai dalam kalangan murid saya bukan sahaja tidak dapat menjawab soalan yang diajukan berkaitan khasiat makanan malahan jawapan bertulis mereka juga kurang memuaskan. Apabila diberi latihan berkenaan makanan dan khasiatnya, mereka keliru untuk mengenalpasti makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran.Sehubungan dengan itu, saya perlu mengambil serius dan segera mengambil langkah mengatasinya. Kesan dari masalah ini secara langsung akan mengakibatkan prestasi merosot dari masa ke semasa dan akan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan peperiksaan kelak. Saya mendapati terlalu sukar untuk saya menerangkan bahawa makanan terbahagi kepada tiga jenis khasiat dan mereka juga tidak dapat menentukan khasiat untuk semua makanan yang dinyatakan.Berdasarkan pengalaman amalan PdP saya yang dilaksanakan sebelum ini, saya mengajar murid-murid saya dengan menyangkan video koswer yang menunjukkan jenis-jenis makanan dan khasiatnya kepada mereka. Saya yakin, murid-murid akan dapat melihat dengan lebih jelas dan faham jenis khasiat makanan melalui penggunaan gambar di dalam power point tersebut. Saya menggunakan pause and explain iaitu menghentikan seketika video yang diamainkan dan menjelaskan konsep-konsep yang terlibat menggunakan bahasa yang mudah. Menurut David Reiss (2007), pembina bahan media pengajaran mampu mengawal tumpuan dan perhatian pembelajaran murid. Hal ini diperkukuh lagi dengan penggunaan fungsi main semula atau playback function bagi video dan audio yang mampu merangsang bahagian emosi otak. Akibatnya pengguna menjadi lebih sensitif dan terlibat dalam media yang digunakan walaupun tidak secara logikal. Dalam hal ini, video mempunyai potensi untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran dan meningkatkan pemahaman murid saya tentang makanan dan khasiatnya.Menurut Macknight (1981) pula, penggunaan klip video sebagai bahan pengajaran boleh membawa situasi sebenar dalam kehidupan ke dalam bilik darjah dan yang lebih penting lagi membolehkan murid yang mempelajari subjek bahasa, melihat dan menonton penggunaan bahasa yang autentik secara lisan dalam suasana yang bermakna dan terkawal. Suasana autentik yang ditonton boleh mempengaruhi pemahaman murid agar bertambah baik. Penggunaan Multimedia dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan seseorang dapat menyimpan iaitu 90%. Ini kerana Multimedia mempunyai elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak (Faizah A. Karim et al, 2005).Daripada pembacaan, saya mendapati penggunaan koswer sangat berkesan dalam PdP serta membantu meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran di samping menarik minat mereka untuk belajar. Walaubagaimanapun. dengan hanya mendengar dan melihat, masih belum cukup untuk menjelaskan konsep-konsep yang abstrak. Hal ini adalah kerana koswer hanya boleh manjadi satu mod persembahah yang baik tanpa menilai pemahaman pelajar. Ini dibuktikan telah dengan penumpuan penuh tidak diberikan ke arah skrin putih ketika bahan koswer ditayangkan, ini adalah disebabkan bahan yang saya gunakan disediakan oleh pihak PPSMI yang mana ianya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Murid tidak faham maksud perkataan serta ayat-ayat yang dibualkan di dalam video tersebut. Saya cuba mengatasi kekurangan tersebut dengan mengadakan aktiviti perbincangan secara berkumpulan di dalam kelas agar murid-murid saya dapat berkongsi idea antara mereka ketika aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Gaya pembelajaran berkumpulan juga dikenali sebagai pembelajaran koperatif. Menurut Slavin (1982); Johnson & Holubec, Edythe. J (1990); Kagan (1992), pembelajaran koperatif ialah kaedah pembelajaran kerjasama yang memerlukan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan sekumpulan mereka. Pembelajaran berkumpulan merupakan belajar dari semua peringkat pencapaian, belajar bersama-sama membantu antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat pembelajaran. Namun, penglibatan murid berkoperatif semasa PdP berlangsung tidak seperti yang diarahkan. Murid menyatakan arahan yang diberikan oleh saya tidak jelas dan terlalu umum kerana saya tidak menggunakan bahasa yang mudah mengikut peringkat usia mereka. Selain itu, mereka memaklumkan bahawa mereka segan dan malu untuk berkomunikasi dengan rakan sekumpulan kerana segelintir ahli kumpulan mereka yang terlalu teruja untuk memberikan jawapan secara individu tanpa menghiraukan fungsi ahli dalam kumpulan hinggakan ahli yang pasif ketinggalan maklumat. Selain itu saya banyak merujuk kepada buku teks apabila mengajar di dalam kelas. Oleh sebab itu, unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran menghubung kait dalam Kemahiran Proses Sains tidak dapat ditekankan. Menurut Noraini (2001), kebanyakan guru pada hari ini hanya tertumpu kepada buku teks sahaja dan mengajar berpusatkan guru. Alasan yang diberikan adalah untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan kekurangan masa. Mereka lebih menumpukan kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata sebelum peperiksaan menjelang tiba.Menurut Ee Ah Meng (2003), aspek peperiksaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan menyebabkan guru-guru cuba menghabiskan sukatan pelajaran walaupun masih ada pelajar yang lemah. Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks dalam PdP perlulah mengikut keadaan dan aktiviti yang dijalankan. Svinicki dan McKeachie (2010) pula berpandangan bahawa setelah bertahun-tahun mengajar, mereka melihat penggunaan buku teks adalah lebih efektif untuk pembelajaran murid berbanding bahan rujukan lain jika menggunakannya secara betul dan efektif. Dalam amalan pengajaran yang lalu, saya telah menggunakan kaedah yang sama iaitu tayangan video koswer, menggunakan buku teks serta mengadakan perbincangan secara koperatif berdasarkan kepercayaan bahawa kaedah ini mampu memberikan kesa