Artikel Sejarah

Post on 11-Dec-2015

16 views 2 download

description

artikel

Transcript of Artikel Sejarah

Hayati semangat sehati sejiwa

Artikel ini membincangkan tentang penghayatan tema sehati sejiwa. Sekali

imbas tema ini mungkin hanyalah tema biasa sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang mampu memahami / menghayati makna disebalik

tema ini. Tetapi, penulis artikel ini telah mengupas tema sehati sejiwa dalam dua

aspek utama iaitu perpaduan dan integrasi nasional.

Berdasarkan pendapat beliau pemilihan tema sehati sejiwa adalah cukup

bertetapan dan signifikan berdasarkan senario semasa di Negara kita. Hal ini kerana

pada masa sekarang Negara kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang boleh

mengganggu gugat kemerdekaan, perpaduan kaum, kebebasan, keselamatan dan

keamanan yang kita sedang nikmati sekarang.

Dalam konteks ini, walaupun pahit, penulis terpaksa bersetuju dengan

pandangan beberapa orang pakar dan sarjana yang mendefinisikan perpaduan

kaum sedia ada di negara kita pada hari ini sebagai hanyalah satu bentuk kesatuan,

kesepaduan dan juga kerjasama antara kaum semata-mata dan bukannya

perpaduan dalam erti kata sebenar yang sering kita laungkan. Realitinya, kita hanya

bekerjasama jika ada keperluan dan kepentingan. Maka, Kejadian di Plaza Low Yat

hanyalah satu contoh terkini yang sewajarnya boleh dijadikan pengukur terhadap

tahap perpaduan kita selama ini. Percayalah sudah terlalu banyak perkara seperti ini

berlaku sebelum ini yang jelas menampakkan kita masih tercari-cari makna sebuah

perpaduan yang tulen. Dan sekali lagi kita keliru dengan konsep perpaduan dan juga

kesatuan ataupun kerjasama.

Kesimpulannya, situasi ini kalau dibiarkan berterusan bakal mengundang

malapetaka besar kepada masa depan masyarakat dan negara ini. Justeru apa yang

penting ialah kita perlu mantapkan elemen perpaduan rakyat dan integrasi nasional

agar rakyat kita, sentiasa bersatu hati dan sehati sejiwa sebagai bangsa Malaysia

yang merdeka dan berdaulat. Ingatlah, dalam hidup ini kita tidak akan dapat semua

yang kita kehendaki, justeru bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan kerana

ego dan ideologi yang songsang kita menyesal di kemudian hari. Selamat

Menyambut Hari Kebangsaan. Malaysia: Sehati Sejiwa.

NAMA: SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY KELAS : TAHUN 3 MATEMATIK 2