Post on 27-Oct-2015
description
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Semantik merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna kata dan
ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya
dengan dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Sejak
beratus-ratus tahun dahulu, ahli falsafah memperkatakan tentang maksud “makna”
tersebut.
Semantik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik sama seperti
morfologi dan sintaksis. Secara tradisionalnya, semantik melibatkan analisis
denotatif dan konotatif yang ada kaitannya dengan ayat. Sebagai unit makna yang
tidak terbatas yang bermula daripada unit leksikal, semantik boleh diperluas bagi
memperlihatkan makna pada tahap yang lebih tinggi iaitu wacana.Semantik
diklasifikasikan makna leksikalnya iaitu makna denotatif, makna konotatif, makna
afektif, makna emotif, makna luas, makna sempit, makna gaya dan makna tekanan.
Alat-alat berfikir merupakan bahan pelajaran yang sangat penting khasnya
membantu menyelesaikan masalah dan proses membuat keputusan. Malahan alat
berfikir juga sesuai digunakan untuk kemahiran berfikir seperti membanding beza,
membuat inferens, membuat generalisasi dan sebagainya.
Alat berfikir ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu pengurusan grafik, peta minda
dan Cort. Ia merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang boleh digunakan
untuk mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea.
Tambahan lagi, pengurusan grafik bertindak sebagai kerangka pemikiran,
menyokong dan menyusun pemikiran tetapi secara tersendiri tidak melakukan
pemikiran.
Kompenan pengurusan grafik merupakan bahagian-bahagian yang boleh
ditukar dan ubah untuk membolehkan kita mengawal proses mencari dan
mengaitkan perhubungan. Bahagian-bahagian terdiri daripada gambar dan
perkataan, garis mahupun bulatan.
Manakala peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan
maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Peta minda merupakan suatu
pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-
sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama
dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan
sebagainya.
Di peringkat sekolah, CoRT kerap digunakan untuk melatih kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.CoRT terbahagi kepada tujuh jenis iaitu PMI Plus, Minus,
Interesting, AGO (Aims,Goals, Objectives),C&S (Consequence and sequel), CAF
(Consider All Factors) FIP (First important prioriti), APC Alternatives, Possibilities,
Choices) dan OPV (Other People’s Views).
Kesimpulannya, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisis makna
baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya
dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep
yang boleh dipindahkan dari fikiran penutur kepada fikiran pendengar.
1.2 Objektif Kajian
1.2.1Membanding bezakan istilah semantik dan mengklasifikasikan
makna leksikal yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
1.2.2Menjelaskan faktor-faktor perubahan semantik.
1.2.3Mengenal pasti tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi
Istilah dalam Bahasa Melayu.
1.2.4Menganalisis artikel berkaitan penggunaan istilah asing dari segi
singkatan, istilah, lambang, ejaan dan tatabahasa.
1.2.5Mengenal pasti satu masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan
dengan semantik.
1.3 Batasan Kajian
Kajian ini hanya meliputi bidang semantik.
1.4 Kaedah Kajian
Bagi menyiapkan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah keperpustakaan,
merujuk laman sesawang dan perbincangan. Segala maklumat berkaitan yang
diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan oleh
pensyarah, diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin bagi
menghasilkan tugasan yang bermutu. Di samping itu, menggabungjalinkan idea-
idea dan pandangan pelajar sendiri.
2.0 Membanding bezakan istilah semantik dan mengklasifikasikan makna
leksikal yang terdapat dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan alat-alat
berfikir.
Peta minda merupakan salah satu daripada jenis-jenis alat berfikir. Peta
minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting
diletakkan di tengah-tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan
dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan,
bongkah geometri, warna dan sebagainya.
Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara
keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Maklumat yang
disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam
ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear. Menurut
Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini berasal
daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos yang bermaksud penting atau
bererti. Istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam
bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai “ilmu tentang makna atau
erti”.
Semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu
linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus,
iatu merujuk kepada kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Terdapatpelbagai
definisi yang telah ditakrifkan oleh beberapa orang tokoh bahasa. Antaranya Ullman
(1962) mentakrifkan semantik sebagai kajian makna perkataan. Manakala Kreidler
(1998) menerangkan bahawa semantik ialah kajian makna secara sistematik,
manakala semantik linguistik ialah kajian cara bagaimana makna disusun dan
dinyatakan dalam bahasa.
ERTImenjadi sebahagian yang penting dalam kajian
bahasa.
terdapat pelbagai jenis hubungan erti iaitu sempit dan luas, mati dan hidup serta jual dan beli.
kata mendapat hubungan erti dengan kata yang dirujukannya.
JENIS-JENIS MAKNA
i)DENOTATIF
makna yang
tersurat atau
makna umum
buaya yang
mengganas itu telah
ditangkap.buaya dalam ayat
bermaksud
sejenis binatang buas yang
tinggal di
dalam air.
ii)KONOTATIF
makna tersirat yang
mengutamakan nilai komunitatif
Jangan percaya sangat kata-
kata Ali kerana dia itu buaya.
buaya dalam ayat
tersebut lelaku yang suka
menipu peremp
uan.
iii)AFEKTIF
muncul akibat reaksi
pendengar.
pondok, teratak, rumah
menunjukkan orang yang mengujar
perkataan ini ingin
merendah diri.
JENIS-JENIS MAKNA
iv) SEMPIT
Makna yang
terkandung dalam
perkataan tersebut semata-
mata.
Siku Alia luka
semasa terjatuh
tadi.
anggota badan yang luka
hanya pada
bahagian siku.
v) Emotif
Makna yang sama tetapi
berbeza nilai rasa bahasanya.
perkataan meninggal
dunia, mangkat,
wafat, mampus
membawa makna mati.
vi) Luas
makna yang terkandung lebih luas maknanya daripada makna
sebenar.universiti merupakan
tempat pengajian
tinggi. makna luasnya
merangkumi pelbagai
aspek seperti profesor,
pensyarah, mahasiswa
dan bilik kuliah.
JENIS-JENIS MAKNA
vii) Gaya
perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh
seseorang pengarang dalam karyanya.
viii) Tekanan
Penekanan yang diberikan semasa ujaran.
Amira MELAHIRK
AN anak perempuan.
Amira melahirkan
bayi PEREMPUA
N.
JENIS-JENIS MAKNA
DENOTATIF
KONOTATIF
AFEKTIF
EMOTIFLUASSEMPIT
GAYA
TEKANAN
Makna leksikal memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau
perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu
perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim,
homonim, homograf, homofon, hiponim, hipernim, polism, pertindihan dan
ketaksaan.
Makna Leksikal
Antonim
Sinonim
Homonim
Homograf
Homofon
Hiponim
Hipernim
Polisem
Antonim Kata yang maknanya dianggap
berlawanan dengan kata
lain
i)BerpasanganSiang lawannya malam
ii)Berperingkatterdapat peringkat iaitu usia, ukuran, bentuk dan sebagainya.muda lawannya tua
iii)Berhubunganberlawanan makna tetapi mempunyai makna.pensyarah lawannya pelajar
Sinonim - kata yang maknanya hampir sama dengan ungkapan atau kata lain.hubungan makna antara dua patah yang bersinonim bersifat dua
hala.cerdik bersinonim dengan bijak.
terdapat beberapa jenis sinonim
sinonim pinjaman
sinonim konteks
sinonim laras sosial
sinonim kolokasi
Belalang bermakna pepatung bagi dialek Melayu, dialek Perak bermakna Cakcibau.
Jemput dan undang digunakan dalam konteks protokol.
Penyanyi-orang yang menyanyi
Penggunaan banyak dan ramai.
sinonim pinjaman sinonim konteks
sinonim laras sosial
sinonim kolokasi
HIPERNIM
POLISEMsatu patah perkataan yang mempunyai banyak makna
JATUH gugur - Buah durian itu jatuh pagi tadi.
turun- Harga kepala sawit jatuh lagi.
tumbang- Kerajaan itu tumbang kerana amalan rasuah.
muflis- Perniagaannya jatuh mendadak tahun ini.
HIPONIM- Kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan.
perabot
kerusi meja almari katil
3.0 Faktor-faktor perubahan semantik.
Perubahan semantik berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya
peluasan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu
memiliki makna-makna yang lain. Sebagai contohnya, kata saudara pada mulanya
membawa makna “orang yang sama ayah dan ibu” tetapi kemudian maknanya
meluas untuk merangkum “orang yang ada hubungan kekeluargaan”. Malahan ia
juga menjadi bentuk panggilan untuk orang yang baru dikenali, kakitangan bawahan
atau hadiran dalam sesuatu majlis menimbulkan kemesraan.
Faktor lain yang menyebabkan berlaku perubahan semantik ialah
penyempitan makna. Penyempitan makna bermaksud sesuatu kata itu pada
mulanya mempunyai makna yang umum tetapi kemudian berubah menjadi lebih
khusus. Contohnya makna kata-kata yang mengalami penyempitan makna ialah
madrasah, khalwat, tuan, encik dan cik. Kata madrasah merupakan kata yang
dipinjam daripada bahasa Arab dengan makna asalnya sekolah. Kata ini berubah
menjadi lebih khusus kepada “sekolah agama”.
homonimdua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang berbeza.Ketam-i) sejenis binatang ii) alat untuk melicinkan kayu.
HomofonKata yang sama sebutannya tetapi berbeza daripada segi ejaan dan maknanyaJin ( makhluk halus), Jean ( sejenis seluar tebal)
Homograf
Kata-kata yang sama ejaannya tetapi mempunyai sebutan dan makna yang berbeza.perang-pergaduhan -warna kuning kemerahanserak - parau - bertaburan
Selain itu, faktor perubahan adalah disebabkan perkembangan bahasa.
Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna
dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar”
pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini
telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan
kuasa tenaga. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak
perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan
“taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun
bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan
perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako.
Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk
merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat
oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.
Tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada
perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang
asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya
digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara
atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan
“abang” sebagai panggilan untuk suaminya.
Perubahan simbolik dan stilistik juga antara faktor perubahan semantik.
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang”
dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “
kumbang = lelaki “ dan “ bunga = perampuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama
sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga
dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, “merah”
dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “
putih” adalah “ kesucian”.
Kesimpulannya perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa
yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis
dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti
pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor sosial seperti
kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan
teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.
Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat
perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja
bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna.
4.0 Mengenal pasti tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah
dalam Bahasa Melayu.
Istilah ialah kata atau gabingan kata yang jelas menerangkan makna, konsep,
proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Terdapat dua proses
pembentukan istilah iaitu melalui proses pinjam terjemah dan proses pinjaman.
proses pembentukan istilah
Proses pinjaman terjemah Proses pinjaman
Proses Pinjaman Terjemah
Lima cara proses pinjaman
1. Terjemahan langsungdose-sukatanresistance-rintangan
2. Penggabungan dua kata umumhoneymoon- bulan madumissile-peluru berpandu
3. Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam Bahasa Melayu bagi mendokong konsep baharu.up date- kemas kiniconfiguration- tatarajah
4. Peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendokong konsep baharu.salur =salirhakis=kikis
mencipta kata baharu dengan gandaan separa.radius= jejariliquid= cecair
5.0 Analisis penggunaan istilah asing berdasarkan artikel.
Artikel 1
Tajuk : 2005: Bahasa Melayu Bahasa Rasmi ASEAN.
Oleh: Abd. Razak Abu Bakar
Berdasarkan pembacaan dan kajian pemerhatian artikel yang bertajuk “2005:
Bahasa Melayu Bahasa Rasmi ASEAN”, terdapat beberapa penggunaan istilah
asing yang terdapat dalam Bahasa Melayu dari segi singkatan, lambang, ejaan dan
tatabahasa.
Dalam artikel ini, antara istilah Bahasa Inggeris yang digunakan ialah
autonomi, variasi, majoriti, presiden, kabinet, serius, etnik, ekonomi, komuniti,
saintifik, teknologi dan industri. Manakala penggunaan istilah Bahasa Arab ialah
ilmu. Penggunaan singkatan pula istilah ASEAN.
Proses PinjamanPengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan.
geograhy=geografi
biology=biologi
kinetic=kinetik
structure=struktur
Pengambilan tanpa perubahan ejaan.magnet=magnet
linear=linear
import=import
bonus=bonus
Analisis di atas menunjukkan penggunaan istilah asing dalam artikel “2005:
Bahasa Melayu Bahasa Rasmi ASEAN”. Didapati penggunaan istilah Bahasa
Inggeris digunakan secara meluas dan diserap dalam bahasa Melayu. Proses ini
berlaku dengan pengambilan perubahan dan penyesuaian ejaan.
Artikel 2
Tajuk : Herokah?
Oleh : Androd Sadian
Berdasarkan pembacaan dan kajian pemerhatian artikel yang bertajuk
“Herokah?”, terdapat beberapa penggunaan istilah asing yang terdapat dalam
Bahasa Melayu dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa.
Istilah Bahasa Inggeris yang digunakan ialah carta, populariti, poster,
kempen, bisnes dan sarjana. Manakala istilah Bahasa Arab yang terdapat dalam
cerpen ini ialah risalah.
86%
7%7%
Penggunaan Istilah Asing
Bahasa InggerisBahsa ArabSingkatan
Berdasarkan kedua-dua artikel ini, didapati penggunaan istilah Bahasa
Inggeris digunakan secara meluas. Bahasa Inggeris telah diserapkan dengan
tatacara istilah tertentu. Proses pembentukan istilah ini berlaku dalam dua cara iaitu
proses pinjaman terjemahan dan proses pinjaman. Perkataan bahasa Inggeris telah
digunakan dan diserapkan dengan meluas dalam bahasa Melayu.
Penggunaan istilah asing ini didapati digunakan secara meluas dalam artikel
yang berbentuk ilmiah berbanding artikel jenis cerpen. Banyak bahasa ilmu Bahasa
Melayu berasal daripada perkataan istilah asing terutamanya penggunaan istilah
Bahasa Inggeris.
6.0 Masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan semantik.
Dalam mengkaji bidang semantik ini, saya telah mengenal pasti satu masalah
yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan semantik. Saya telah laksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan
La Salle. Masalah semantik yang dihadapi oleh murid 3 Ikhlas ialah dari segi
antonim.
Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 3 Ogos 2011
Masa : 8.40-9.40 pagi
Kelas : 3 Ikhlas
Bilangan murid: 40 orang
86%
14%
Penggunaan Istilah AsingBahasa Inggeris Bahasa Arab
Umur murid : 9 tahun
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Amalan Hidup Sihat
Tajuk : Cara-cara menjaga rambut
Hasil Pembelajaran:Fokus Utama: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1Membaca ayat dalam teks yang mengandugi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan: 9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau
dibaca.
Aras 2 Menyusun maklumat mengikut urutan.
Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) Menyusun cara-cara penjagaan rambut dengan urutan yang betul.
iii) Memberikan antonim perkataan yang digariskan dalam petikan teks.
Sistem Bahasa : Tatabahasa: Antonim
Sebutan dan intonasi
Pengisisan Kurikulum:i) Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
ii) Nilai murni : Kebersihan fizikal dan mental
iii) Kemahiran Bernilai Tambah: i) Kemahiran berfikir ii) Pembelajaran Kontekstual
Pengalaman Sedia Ada: Murid pernah menyampu rambut semasa mandi.
Bahan Bantu Mengajar: i) lembaran grafik
ii) Petikan teks “ Cara-cara menjaga rambut”
Masa/Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Induksi Set
(5 minit)
1. Guru menunjukkan bahan-
bahan maujud.
1. Guru menunjukkan bahan-bahan maujud kepada murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bahan maujud.
3. Guru mengaitkan induksi set dengan tajuk pelajaran hari ini.
BBM
- gunting
-sikat
-syampu
KBT-pembelajaran
kontekstual
Teknik -soal jawab
Tajuk Pelajaran: Cara-cara
menjaga rambut.
Langkah 1
(10 minit)
1. Membaca teks “Cara-cara
menjaga rambut”.
1. Guru mengedarkan petikan teks kepada murid.
2. Guru mengarahkan murid membaca teks secara senyap.
3. Guru menunjukkan contoh bacaan dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
4. Guru mengarahkan beberapa orang murid membaca teks
secara individu.
5. Guru membetulkan kesalahan murid sekiranya ada.
BBM
-petikan teks
Langkah 2
( 15 minit)
1. Menyusun urutan cara-cara
membersihkan rambut.
1. Guru mengedarkan lembaran grafik kepada murid.
2. Guru mengarahkan murid membaca teks sekali imbas bagi
mendapatkan maklumat.
3.Murid dikehendaki menyusun urutan cara-cara menjaga
rambut dalam lembaran grafik.
4. Guru meminta beberapa orang murid membaca hasil kerja.
5. Guru menyemak jawapan bersama-sama murid.
BBM
-lembaran
grafik
KBT
-kemahiran
berfikir
Langkah 3
( 15 minit)
1. Memberikan antonim perkataan
yang bergaris.
Sihat = Sakit
Bersih = Kotor
Hidup = Mati
Mengelakkan = Mendatangkan
Membasahkan = Mengeringkan
Kemas = Serabut
Ceria = Sedih
1. Guru menerangkan secara ringkas mengenai antonim
perkataan.
2. Guru memberikan beberapa contoh antonim.
3. Guru mengarahkan murid mencari antonim perkataan yang
bergaris dalam teks.
4. Guru meminta beberapa orang murid membacakan hasil
kerja.
5. Guru membetulkan kesalahan murid sekiranya ada.
KBT
-kemahiran
berfikir
Langkah 4
( 10 minit)
Latihan pengukuhan 1. Guru mengedarkan latihan pengukuhan kepada murid.
2. Murid dikehendaki memberikan antonim perkataan dengan
betul.
3. Guru membimbing dan memantau murid melakukan aktiviti.
BBM
-latihan
pengukuhan
KBT
-pembelajaran
kontekstual
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran
-Kognitif
-Cara-cara menjaga rambut
-Antonim
1. Guru dan murid merumuskan isi pelajaran.
2. Guru menekankan nilai murni kepada murid.
KBT
-Kemahiran
berfikir
Nilai murni
Sosial
- Kebersihan fizikal dan mental
-Kebersihan
fizikal dan
mental.
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini, induksi set amat membantu saya dalam menarik minat dan tumpuan
terhadap sesi pengajaran yang akan dijalankan. Bahan-bahan maujud yang dipamerkan di hadapan kelas menarik tumpuan murid.
Murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti ini dengan aktif. Malahan, murid sangat respontif dalam menjawab soalan yang diajukan.
Soalan yang diajukan adalah mengikut tahap aras pemikiran murid.
Pada langkah tatabahasa, saya dapati murid kurang menguasai antonim perkataan. Kemungkinan disebabkan latar
belakang murid yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina dan India salah satu punca murid tidak mahir dalam memberikan
lawan perkataan. Ini berlaku disebabkan kurangnya interaksi menggunakan Bahasa Melayu. Tambahan lagi, tahap kosa kata
murid yang lemah menjadi faktor murid tidak dapat menguasai aspek tatabahasa ini.
Namun, saya mengatasinya dengan memberikan latihan pengukuhan kepada murid. Latihan pengukuhan yang diberikan
membantu murid lebih menguasai memahami perkataan berlawanan dan menambahkan kosa kata murid. Di samping itu, saya
memberikan contoh-contoh lain secara tidak langsung semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Masalah semantik yang dapat dilihat semasa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas 3 Ikhlas ialah murid tidak dapat menguasai dalam
memberikan antonim perkataan. Antonim ialah salah satu makna leksikal yang
terkandung dalam semantik.
Masalah semantik ini berlaku disebabkan perbendaharaan kata murid yang
lemah. Maka, murid tidak dapat memberikan perkataan yang berlawanan bagi
perkataan tersebut. Oleh itu, latihan pengukuhan telah diberikan bagi mengatasi
masalah ini. Dengan adanya latihan pengukuhan antonim perkataan ini,
membolehkan murid menguasai antonim perkataan ini.
7.0 Kesimpulan
Semantik merupakan bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.
Dari segi etimologi kata semantik ini berasal daripada Yunani sema yang bererti
tanda atau lambang. Maka, semantik juga diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki
paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa
serta ertinya.
Dalam semantik ini, terdapat istilah semantik, jenis-jenis makna dan makna
leksikal. Jenis-jenis makna yang dipelajari dalam ilmu semantik ini ialah makna
emotif, makna afektif, makna gaya, makna luas, makna sempit dan pelbagai lagi.
Manakala makna leksikal ialah sinonim, antonim, homonim, hipernim dan
sebagainya.
Ilmu semantik ini juga berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Ilmu semantik ini diserapkan dalam aspek tatabahasa. Kebiasaannya
terdapat masalah dalam menguasai semantik. Antaranya dalam aspek antonim
perkataan. Murid perlu mempunyai banyak perkataan dalam memberikan perkataan
yang bermakna.
Kesimpulannya, dengan kajian bidang semantik ini memberikan lebih
kefahaman terdapat cabang-cabang ilmu semantik. Secara ringkasnya, dapat
dijelaskan semantik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan
dan ayat dalam bahasa.
8.0 Refleksi
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana saya berjaya menyiapkan
tugasan projek Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu ini. Tugasan ini telah
diberikan oleh pensyarah , Puan Hasnah Bt Awang. Sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini, banyak perkara yang saya lalui.
Saya dapat merasakan kepayahan dan kesulitan dalam memahami serta
mencari bahan berkaitan istilah semantik, jenis-jenis makna dan makna leksikal.
Namun begitu, proses itu amat menyeronokkan kerana hal ini dapat meningkatkan
lagi daya kefahaman saya terhadap ilmu semantik bahasa Melayu.
Selain itu, saya juga amat berbesar hati kerana ramai rakan saya sudi
berkongsi ilmu dan menyelesaikan masalah yang menimpa ketika menyiapkan kerja
projek ini. Bagi saya, senario ini wajar diketengahkan dari peringkat akar umbi
kerana secara tidak langsung, hal ini dapat memupuk semangat kerjasama serta
usaha mengelakkan budaya plagiat dalam kalangan pelajar. Tuntasnya,
mempelajari subjek ini amat menyeronokkan. Walau apa-apapun, minat dan
kesungguhan perlulah digembleng dan dirangkum sekali bagi menghasilkan
kefahaman yang berkualiti dan jitu.