Post on 30-Nov-2015
description
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
PENGENALAN
Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan
pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-
pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran
syarikat.
Pengguna Dalaman
Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata
kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau
perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan
perancangan dan pengawalan.
Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma.
Prestasi syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar
pembayaran gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi
sesuatu tempoh masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan
atau tuntutan bayaran gaji.
Pengguna Luaran
Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan
sesebuah firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal
pelabur, syarikat kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti
prestasi kewangan syarikat.
Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk
mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau
perkembangan perniagaan.
Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan
syarikat untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik
debentur.
Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin
membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi
pulangan pelaburan yang tinggi.
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti
perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat
tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan
pinjaman baru.
Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja
syarikat, adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa
menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan
dengan prestasi mereka.
Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar
mengenai kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan
kewangan semasa, prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana
itulah, laporan penyata kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan
penuh (full disclosure) yang telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards
(FRS) oleh Malaysian Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan
maklumat-maklumat minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan
sesebuah syarikat.
Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah :
1. penyata pendapatan
2. kunci kira-kira
3. penyata aliran tunai
4. nota kepada penyata kewangan
5. kaedah perakaunan yang digunakan
6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat
7. laporan juruaudit
8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan
2
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
ANALISIS KEWANGAN
Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh
digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi
dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah
semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah
syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang.
Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di
atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia
boleh member makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas
nisbah-nisbah ini. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis
arah aliran dan analisis keratan rentas.
KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan
ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.
ANALISIS PERBANDINGAN
Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :
1. Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan
dengan item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.
2. Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan
syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan
syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama
industrinya tetapi secara individu.
3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana
syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik)
dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan
elektrik.
3
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara
melintang.
Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata
pendapatan dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud ,
setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan
contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah
aset bersih.
Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data
laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas
perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003
dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.
ANALISIS NISBAH
Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti
dengan kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau
nisbah. Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada :
1. Nisbah Kecairan
2. Nisbah Keberuntungan
3. Nisbah Mampu Bayar
NISBAH KECAIRAN
Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk
membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan
untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. Selain itu, ia juga menilai
kemampuan firma membayar liabiliti jangka pendek dengan aset mudah tunai. Ia
membolehkan penganalisis mengukur keupayaan sesebuah syarikat membayar
liabiliti semasa apabila ia matang. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan
ialah nisbah semasa dan nisbah cepat. Daripada segi prinsip, syarikat yang
4
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
mempunyai nisbah lebih daripada 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan
memenuhi tanggungan atau liabiliti semasanya.
Nisbah Semasa
Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka
pendek.
Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti
semasa.
Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar
balik hutang jangka pendek.
Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah
semasa firma melebihi 1.
Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk
menjelaskan tuntutan semasanya.
nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabiliti
semasa
juga disebut nisbah modal kerja.
ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat untuk
membayar hutang jangka pendek.
Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat membayar
hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang daripada 12 bulan.
Contoh:
Nisbah Semasa = Aset Semasa = 816762 = 2.40 kali Liabiliti Semasa 340416
Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut
mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada liabiliti semasa. Ini bermakna
5
Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.
Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa
dituntut.
Nisbah Cepat
Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk
menampung liabiliti semasa.
Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui
pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai
kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan
barang siap, dan pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa
untuk mendapatkan tunai.
Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.
nisbah cepat menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar dan
penghutang bersih dengan liabiliti semasa.
ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendeknya dengan cepat atau serta merta.
Formula :
Contoh:
Nisbah Cepat = Aset Semasa – Inventori = (816762 – 583908) = 0.68 kali Liabiliti Semasa 340416
Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang
daripada 1 yang membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah
6
Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
kurang daripada liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap
RM 1 liabiliti yang dituntut.
Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.
NISBAH PENGURUSAN ASET
Nisbah Pengurusan Aset boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan
kecekapan syarikat dalam mengurus aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang
berkesan dan cekap menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal
dengan jumlah aset yang dimiliki.
Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah:
Pusing ganti aset tetap
Pusing ganti jumlah aset
Pusing ganti inventori
Tempoh pungutan purata
Pusing Ganti Aset Tetap
Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat
menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.
Contoh:
Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7.51 kali Jumlah Aset Tetap 360510
Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset
tetap sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi
sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.
7
Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Pusing Ganti Jumlah Aset
Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk
menjana hasil jualan.
Contoh:
Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih = 2709000 = 2.29 kali Jualan Aset 1182000
Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi
jualan sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang
dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 2.84
Pusing Ganti Inventori
Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan.
Lebih tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan.
Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam satu
tempoh tertentu (biasanya 12 bulan – satu tempoh perakaunan)
Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat membeli
inventori baru dan ini bermakna jualan adalah baik.
Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan pengurusannya.
Jika jumlah inventori yang disimpan adalah kecil, pengurusan dianggap baik.
Contoh:
Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual / Jualan = 1625400 = 2.78 kali Inventori 583908
8
Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset
Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual / Jualan Inventori
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah
pusing ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan
produk syarikat yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang
daripada segi menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78
kali. Dengan kata lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.
Tempoh Pungutan Purata
Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia
menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada
pelanggan atau akaun belum terima. Kebiasaannya nisbah tempoh
kutipan purata yang rendah dianggap baik kerana ini menunjukkan
syarikat berjaya mengutip semula akaun-akaun belum terima dalam
jangka masa yang pendek.
menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang. Tujuannya
untuk menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan yang
diamalkan oleh syarikat.
Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh kutipan sama
atau hampir sama panjang masanya yang dibenarkan dalam syarat jualan
kredit
Contoh:
Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = 111108 = 14.97 hari Purata Jualan Sehari 7421.918
Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa
selama 14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima. Syarikat ini perlu
menjelaskan liabiliti syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.
9
Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
NISBAH LEVERAJ
Memberi gambaran keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinya
kepada mereka yang member pinjaman. Selain itu, nisbah ini juga mengukur
keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat.
Ia wujud apabila sesebuah syarikat menggunakan hutang atau pinjaman sebagai
salah satu sumber pembiayaannya. Tetapi, semakin banyak hutang, semakin tinggi
risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktu
kegawatan ekonomi.
Nisbah Hutang
Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang.
Komponen hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka
panjang.
Nisbah ini juga dikenali sebagai hutang kepada jumlah asset yang
memberitahu berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai
jumlah aset syarikat. Jumlah aset merangkumi jumlah asset semasa dan jumlah
aset tetap.
Secara praktikalnya, semakin tinggi peratus modal hutang, maka semakin
besar syarikat dibebani oleh belanja kewangan. Dengan kata lain, lebih rendah
nisbah ini, lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima
lebih perlindungan jika berlakunya pelaburan syarikat.
Contoh:
Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 612276 = 51.80% Jumlah Aset 1182000
10
Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah
51.80 %. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang
sebanyak 51.80 sen.
Nisbah Hutang / EkuitiNisbah ini membolehkan penganalisis mengukur nisbah pembiayaan yang
dating daripada hutang dan ekuiti. Nisbah yang rendah menjamin lebih
perlindungan kepada pemiutang.
Nisbah ini juga menjelaskan menjelaskan kedudukan modal hutang dan
ekuiti. Kebiasaannya, nisbah yang melebihi 1.00 dianggap berisiko tinggi kepada
pelabur kerana syarikat berhutang terlalu besar.
Nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik
syarikat.
Contoh:
Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 612276 = 1.07 Jumlah Ekuiti 569714
Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut
adalah 1.07 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak
berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan olehpara pemegang
saham.
NISBAH KEBERUNTUNGAN
Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan
operasi sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Nisbah yang berkaitan
dengan keberuntungan adalah :
11
Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Nisbah Margin Untung Bersih
Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih
yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan
setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan
syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang
mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat. Ia juga
digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan
bersih bagi suatu tempoh.
Contoh:Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 = 4.30%
Jualan 2709000
Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak
semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain,
daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak
4.30 sen
Secara ringkasnya terdapat beberapa faktor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor:
Harga Kos Jualan
Nisbah Pulangan atas Aset (ROA)
Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar
keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Ia juga
digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan
menggunakan asetnya untuk menjana jualan. Semakin tinggi nisbah, semakin
baik kerana menunjukkan keuntungan. Selain itu ia menunjukkan kecekapan
firma di dalam pelaburan asset
12
Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan
Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Contoh:
Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = 116487 = 9.86% Jumlah Aset 1182000
Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada
penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%
Nisbah Pulangan Ekuiti
Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana
keuntungan pemegangsaham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin
nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya
menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka.
Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah:
Keuntungan tertahan
Saham keutamaan
Saham biasa
Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada
keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham.
Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan
dan pengembangan syarikat. Ia mengukur keberuntungan syarikat secara
keseluruhan.
Contoh:
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 116487 = 20.45% Jumlah Ekuiti 569724
Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah
20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan
sebanyak RM 20.45
13
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
NISBAH NILAI PASARAN
NISBAH HARGA PEROLEHAN
mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan
perolehan sesaham syarikat.
ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat
pada masa akan datang
NISBAH PASARAN KEPADA BUKU
ANALISIS ARAH ALIRAN
Dalam analisis arah aliran, penganalisis boleh membuat perbandingan nisbah
daripada suatu jangka waktu dengan nisbah daripada suatu jangka waktu yang lain.
Sebagai contoh, seseorang penganalisis itu boleh membuat perbandingan dengan
mengambil nisbah semasa sesebuah syarikat bagi tahun 2013 dan dibandingkan
dengan nisbah semasa syarikat bagi tahun 2012.
Dengan membuat perbandingan ini, penganalisis akan dapat menilai sama
ada terdapat perubahan keupayaan syarikat ini ketika membayar obligasi jangka
pendek antara tahun 2013 dan 2012. Perbandingan ini boleh juga dipanjangkan
jangka waktunya lebih dari 2 tahun. Dengan membuat perbandingan menggunakan
jangka waktu yang lebih panjang, ia membolehkan penganalisis melihat hala tuju
pencapaian syarikat bagi suatu jangka masa yang lebih lama.
ANALISIS KERATAN RENTAS
Bagi teknik ini, penganalisis membandingkan nisbah-nisbah syarikat dengan
syarikat lain daripada industri yang sama. Sebagai contoh, nisbah semasa sesebuah
syarikat yang beroperasi dalam industri makanan dibandingkan dengan nisbah
semasa syarikat yang juga beroperasi dalam industri makanan.
Selain daripada itu, teknik analisis keratan rentas juga membolehkan
penganalisis membuat perbandingan di antara nisbah syarikat dan nisbah industri.
14
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Nisbah industri ditentukan dengan mengambil purata nisbah kesemua syarikat yang
beroperasi dalam sesebuah industri.
ANALISIS DU PONT
Antara aspek-aspek yang member kesan ke atas nisbah pulangan ekuiti
mengikut analisis Du Pont ialah:
Pengawalan perbelanjaan syarikat
Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan
syarikat, nisbah margin untung bersih akan digunakan sebagai proksi.
Pengurusan aset-aset syarikat
Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan asset bagi
menjana jualan, nisbah pusing ganti jumlah asset akan digunakan sebagai
proksi.
Pengurusan laveraj hutang syarikat
Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan leveraj syarikat,
nisbah pengganda ekuiti akan digunakan sebagai proksi.
Hubungan nisbah-nisbah ini dengan nisbah pulangan ekuiti boleh diringkaskan
dengan persamaan berikut:
Nisbah pulangan ekuiti = nisbah margin untung bersih x nisbah pusing ganti
jumlah asset x nisbah pengganda ekuiti
15
Nisbah Pulangan Ekuiti = Pendapatan Bersih x Jumlah Jualan x Jumlah Aset Jumlah Jualan Jumlah Aset Ekuiti
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
CONTOH ANALISIS NISBAH KEWANGAN
Nisbah Mudah Tunai (Nisbah Kecairan)
- mengukur keupayaan syarikat menjelaskan liabiliti semasa (jangka pendek) apabila dituntut.
Jenis Maksud Pengiraan Jawapan
Nisbah Semasa Menilai tahap kecairan firm dan kebolehan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek
Aset Semasa
Liabiliti Semasa
Contoh:
RM 816 762
RM 340 416
= RM 2.40 kali
Berdasarkan kpd pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai aset semasa lebih tinggi daripada liabiliti semasa. Ini bermakna syarikat m’yediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.
Nisbah Cepat Kemampuan firm untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat tanpa bergantung pada stok akhir
A. S – Stok Akhir
Liabiliti Semasa
Contoh:
816 762- 583 908
RM 340 416
= RM 2.40
Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada RM 1 yg m’bawa maksud jumlah aset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada liabilitI semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 libiliti yang dituntut. Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik tanpa bergantung pada stok akhir
Nisbah Pengurusan Aset (Nisbah Aktiviti)
- mengukur kecekapan syarikat mengurus aset.
16
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Jenis Maksud Pengiraan Jawapan
Pusing Ganti Stok Akhir
Mengukur kekerapan purata (kali) stok akhir syarikat dijual dalam tempoh tertentu
Kos Barang Dijual
Stok Akhir
Contoh:
RM 1 625 400
RM 583 908
= 2.78 kali
Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut m’punyai nisbah pusing ganti stok akhir yang tinggi. Nisbah yg tinggi disebabkan penjualan produk syarikat yang laris. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.
Tempoh Pungutan Purata
Mengukur kekerapan purata (kali)penghutang dapat dikutip dalam suatu tempoh tertentu
Penghutang
Jualan Bersih/360
Contoh:
RM 111 108/7421.91
7 421.918
= 14.97 hari
Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa selama 14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima. Syarikat ini perlu menjelaskan liabiliti syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.
Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap (Aset Bukan Semasa)
Mengukur sejauh mana asset tetap firma dapat m’bantu m’hasilkan pendapatan
Jualan Bersih
Jumlah A.B.S
Contoh:
RM 270 900
RM 360 510
=7.51 kali
Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.
Nisbah Pusing Ganti Jumlah Aset
Penggunaan jumlah asset digunakan untuk menilai kemampuan firm untuk m’gendalikan kesemua demi m’hasilkan pendapatan
Jualan Bersih
Jumlah Aset
Contoh:
RM 2 709 000
RM 1 182 000
=2.84 kali
Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 2.84
17
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Nisbah Pengurusan Hutang (Nisbah Mampu Bayar)
- mengukur keupayaan syarikat untuk meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang.
Jenis Maksud Pengiraan Jawapan
Nisbah Hutang Mengukur peratusan jumlah aset yang diperolehi melalui pembiayaan hutang
Jumlah Liabiliti
Jumlah Aset
Contoh:
RM 612 276 x 100
RM 1 182 000
= 51.80%
Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahawa nisbah hutang adalah 51.80%. Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 sen.
Nisbah Hutang/Ekuiti
Petambahan menunjukkan hutang jangka panjang semakin banyak digunakan untuk membiayai syarikat
Jumlah L.B.S
Jumlah Aset
Contoh:
RM 569 714 x 100
RM 1 182 000
= 48.20%
Berdasarkan pengiraan di atas didapati bahawa nisbah hutang/ekuiti adalah 48.20%. Ini menunjukkan hutang syarikat pada masa panjang semakin banyak digunakan untuk membiayai syarikat.
Nisbah Keuntungan
- mengukur prestasi syarikat dalam m’hasilkan pulangan drpd jualan dan pelaburan.
Jenis Maksud Pengiraan Jawapan
Nisbah Margin Untung Kasar
Menilai kemampuan pihak p’gurusan m’gawal p’belajaan operasi dan mendapatkan keuntungan daripada jualan
Untung Kasar
Jualan Bersih
Contoh:
RM 130 500 x 100
RM 2 709 000
= 4.82%
Nisbah ini menunjukkan margin untung kasar daripada jualan sebelum ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.82 peratus. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung kasar sebanyak RM 4.82 sen
Nisbah Margin Untung Bersih
Mengukur peratusan setiap ringgit hasil
Untung Bersih Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih
18
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
(Pendapatan Bersih)
bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu
Jualan Bersih
Contoh:
RM 116 487 x 100
RM 2 709 000
= 4.30%
daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain,daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30 sen
Nisbah Pulangan Aset
Mengukur keuntungan firm secara keseluruhan
Untung Bersih
Jumlah Aset
Contoh:
RM 116 487 x 100
RM 1 182 000
= 9.86%
Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti
Mengukur jumlah pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang dilaburkan
Untung Bersih
Jumlah Ekuiti
Contoh:
RM 116 487 x 100
RM 569 724
=20.45%
Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM 20.45
BATASAN DAN KELEMAHAN ANALISIS NISBAH
19
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada
pihak-pihak berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga
mempunyai beberapa kekangan atau kelemahan. Antaranya :
1. apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain,
pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai
kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata
kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan
kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan
nilai inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.
2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan
pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna
keputusan yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah
berdasarkan kepada prestasi lepas.
3. penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui
anggaran contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini
mengakibatkan pengiraan menjadi tidak tepat.
4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari
menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah
seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.
5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis
dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.
6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.
7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza
walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa
bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat
dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula
20
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
aset pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat
penilaian semula asetnya pada tahun yang sama.
KEWANGAN PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN
Perancangan dan ramalan kewangan berperanan menentukan keperluan
kewangan firma di masa hadapan. Proses perancangan dan ramalan kewangan
memerlukan penyediaan Proforma Penyata Pendapatan, Proforma Lembaran
Imbangan dan Belanjawan Tunai.
Tujuan penyediaan
membuat ramalan berkenaan jumlah akaun-akaun seperti akaun belum
terima, inventori, akaun bayar dan akaun-akaun yang lain
meramal jumlah keuntungan atau kerugian dan juga keperluan pembiayaan
membuat perbandingan samada objektif syarikat telah dicapai atau tidak
membuat perbandingan antara jumlah yang diramal dengan jumlah sebenar
yang sudah dicapai untuk tindakan pembetulan
bagi menyakinkan pemberi pinjaman dengan meneliti keupayaan syarikat
membayar balik pinjaman
bagi pelabur memastikan syarikat menghasilkan pulangan positif ke atas
pelaburan mereka
penting bagi mewujudkan sebuah perniagaan kecil
pelabur atau peminjam – ingin melihat perancangan kewangan
membantu peniaga mengurus perniagaan dengan lebih berkesan;
mengemudi perniagaan jauh dari masalah yang menghalang kejayaan
Kesilapan peniaga – gagal untuk mengumpul dan menganalisa data
kewangan yang asas
Analisis keseluruhan sesebuah syarikat / perniagaan memerlukan beberapa
maklumat penting untuk meningkatkan atau membaiki sesuatu perniagaan.
Kebiasaannya analisis menggunakan ringkasan kewangan yang utama: penyata
pendapatan (penyata untung rugi), kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.
Penyata pendapatan penting untuk menunjukkan prestasi perniagaan
21
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
sepanjang tahun tersebut. Daripada penyata ini, gambaran tentang pulangan
pelbagai sumber setelah ditolak semua perbelanjaan akan diperolehi. Kunci kira-kira
merupakan maklumat yang penting untuk membandingkan perubahan yang berlaku
tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun. Penyata aliran tunai pula dapat
membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan kegunaan tunai
sepanjang tahun. Ianya juga dapat membantu bila keperluan tunai diperlukan.
PENYATA PROFORMA
Diwujudkan di awal perancangan perniagaan
Merupakan jangkaan pendapatan perniagaan
Bertujuan untuk memberi keyakinan kepada bakal pelabur dan peminjam
untuk membolehkan perniagaan dimulakan
PROFORMA PENYATA PENDAPATAN
Memberikan “gambaran” perniagaan bagi tempoh tertentu
Membandingkan perbelanjaan dan pendapatan
Menyatakan keuntungan bersih atau kerugian bersih
PENYATA ALIRAN TUNAI
Penyata aliran tunai merupakan satu penyata yang menunjukkan aliran
masuk dan aliran keluar kesetaraan tunai. Dengan melihat penyata ini, kita
mendapat maklumat mengenai faktor-faktor yang menyebabkan perubahan baki
tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhir sesuatu laporan kewangan.
Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai, iaitu:
a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian – merupakan aktiviti utama pengeluaran
hasil perusahaan dan aktiviti lain, selain dari aktiviti pelaburan dan pembiayaan.
22
Keuntungan bersih = pendapatan – perbelanjaan(Kerugian bersih)
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada
pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang, serta pelaburan lain.
c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada
aktiviti yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi modal ekuiti dan
pinjaman perusahaan.
Penyata kewangan syarikat perlu:
a) Membentangkan maklumat mengenai asas penyediaan penyata kewangan dan
dasar perakaunan tertentu yang dipilih dan digunakan untuk urus niaga dan
butiran penting.
b) Mendedahkan maklumat yang dikehendaki oleh piawaian perakaunan yang tidak
dibentangkan di mana-mana tempat dalam penyata kewangan.
c) Menyediakan maklumat tambahan yang tidak dibentangkan pada muka penyata
kewangan, tetapi ia perlu bagi pembentangan yang saksama.
Borang Penyata Aliran Tunai
Jadual menunjukkan contoh belanjawan aliran tunai. Semua aliran masuk
tunai yang diunjurkan daripada kedua-dua punca, iaitu lading dan bukan lading
dicatatkan pada 13barisan yang pertama. Oleh sebab pendapatan dan perbelanjaan
bukan lading juga mempengaruhi kedudukan tunai sesuatu perniagaan berbentuk
lading, butiran tersebut harus dimasukkan dalam Penyata Aliran Tunai. Setiap jenis
pendapatan yang dijangkakan harus dijumlahkan untuk tahun berkenaan dan diisi
pada ruangan jumlah yang terdapat pada boring tersebut, dan jumlah ini
kemudiannya dibuat mengikut bulan bila pendapatan tersebut diterima.
Sekiranya jumlah aliran masuk tunai untuk bulan tersebut adalah lebih besar
23
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
daripada jumlah aliran keluar tunai, jumlah ini boleh digunakan untuk membayar
sebahagian atau semua hutang jangka pendek yang baru dibuat pada awal tahun.
Baki tunai akhir untuk bulan tersebut dimasukkan sebagai baki tunai awal untuk
bulan berikutnya. Proses ini berulang untuk bulan seterusnya.
PROFORMA LEMBARAN IMBANGAN
Dikenali sebagai lembaran imbangan yang memberi gambaran ringkas
tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. Data yang ditunjukkan dalam kunci
kira- kira merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh
organisasi. Perkara asas yang dilihat dalam kunci kira-kira ialah asset, liabiliti dan
ekuiti pemilik. KKK menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat, semua
obligasi iaitu liabilitinya, dan semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik. KKK ini
disediakan sekurang- kurangnya sekali setahun.
Kunci kira- kira menggunakan beberapa konsep penting iaitu Aset, Liabiliti, Nilai
Bersih dan Analisis Nisbah.
i. Aset
Aset boleh digunakan dalam dua cara.
Aset boleh dijual untuk mencipta tunai.
Aset boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dijual bagi
menghasilkan pendapatan tunai pada masa hadapan.
Terdapat 2 jenis aset iaitu:
a) Aset Semasa
Termasuk tunai di tangan dan baki akaun simpanan. Aset semasa yang lain
ialah Akaun Belum Terima yang tempoh matangnya kurang dari setahun,
inventori, pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses), dan lain-
lain aset seperti hasil tanaman yang akan dijual.
Akaun Belum Terima mewakili jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh
pelanggan-pelangan dari pembelian yang lalu yang mana ianya terhasil
kerana pelanggan telah diberi kemudahan pembelian secara kredit.
24
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Inventori pula adalah stok barangan yang akan dijual atau stok barangan
modal yang akan digunakan untuk proses pengeluaran pada masa hadapan.
Pelbagai Pembayaran Pendahuluan (prepaid expenses) merupakan bayaran
yang telah dibuat terlebih dahulu terhadap barangan atau perkhidmatan yang
digunakan. Barangan atau perkhidmatan tersebut belum digunakan lagi tetapi
pembayaran telah dibuat, seperti bayaran pendahuluan terhadap sewa
bangunan, mesin atau insurans.
Lain-lain aset termasuklah hasil syarikat / perniagaan yang akan dijual,
pelaburan seperti pembelian saham dan bon syarikat lain. Aset-aset ini pula
mudah dijual dan ditukar kepada tunai dengan mudah.
b) Aset tetap – Aset ini kurang cair dan tempoh hayatnya lebih dari 10 tahun. Jika
dijual, aset ini akan memberi kesan kepada masa hadapan perniagaan.
Contohnya tanah, bangunan kekal, dan peralatan. Aset ini digunakan untuk
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Umumnya semua aset tetap kecuali
tanah mengalami susut nilai dan perlu dicatatkan perbelanjaan susut nilai
.
ii. Liabiliti
Liabiliti ialah satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan
daripada orang lain. Ia menunjukkan tuntutan seseorang atau sesuatu perniagaan
luar terhadap satu atau lebih aset perniagaan. Liabiliti boleh dibahagiakan kepada
dua kategori bergantung kepada tempoh hutang atau pinjaman itu dibuat.
Terdapat 2 jenis liabiliti iaitu:
a) Liabiliti semasa - Liabiliti semasa merupakan tanggungan kewangan yang
akan matang atau yang akan dibayar dalam tempoh satu tahun daripada
tarikh kunci kira-kira itu dibuat. Contoh liabiliti semasa ialah Akaun Belum
Bayar (account payable) bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara
kredit dan jumlah penuh pokok bagi mana-mana pinjaman jangka pendek. Di
antara bayaran yang termasuk dalam kategori ini ialah inventori, bekalan
(supplies), dan peralatan yang dibeli secara kredit dan bayaran perlu dibuat
dalam tempoh kurang dari setahun.
25
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Nota Perlu Bayar (notes payable) ialah pinjaman jangka pendek yang
memerlukan pembayaran secara bulanan. Pembayaran pokok bagi pinjaman
akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa kerana ia menunjukkan
tanggungan tunai yang akan dijelaskan.
Nota Terakru (acrued notes) merupakan akaun individu yang perlu
ditanggung oleh firma perniagaan. Ianya dikira secara agregat seperti upah
(wages payable) dan cukai (taxes payable).
b) Liabiliti Jangka Panjang – Merupakan pinjaman untuk membeli tanah atau
apabila tanah digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman
membeli tanah atau membina bangunan. Tempoh pembayaran balik
biasanya melebihi 10 tahun. Pembayaran pokok untuk tahun tersebut dan
bunga yang terakru akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa, dan baki
pinjamannya dimasukkan ke dalam liabiliti jangka panjang. Ada juga juga
liabiliti jangka panjang yang tempoh pembayaran balik cuma di antara 7
hingga 10 tahun. Kebanyakan liabiliti jenis ini digunakan untuk membeli
jentera dan baka ternakan. Lain-lain contoh liabiliti jangka panjang ialah
gadaian (morgages) rumah, dan lain-lain pinjaman jangka panjang dari
individu, bank, dan lain-lain institusi kewangan.
iii. Nilai Bersih
Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik
perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci
kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan:
Nilai Bersih = jumlah aset - jumlah liabiliti
Nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan
tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan tuntutan
pemilik terhadap perniagaan tersebut. Nilai bersih juga dinamakan ekuiti pemilik.
26
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Nilai bersih berubah jika terdapat perubahan pada nilai aset, penerimaan harta
pusaka, atau aset yang dijual pada nilai lebih rendah dari nilai bukunya dalam kunci
kira-kira. Peningkatan nilai bersih biasanya disebabkan oleh penggunaan aset untuk
mengeluarkan tanaman dan ternakan, dan keuntungan daripada pengeluaran ini
digunakan untuk membeli aset-aset baru atau mengurangkan liabiliti. Walau
bagaimanapun proses penambahan nilai aset dalam sektor pertanian mengambil
masa yang panjang dan menjadi salah satu sebab mengapa kita membandingkan
kunci kira-kira pada awal dan akhir tahun iaitu untuk mengkaji kesan pengeluaran
tahunan terhadap nilai bersih, nilai aset dan nilai liabiliti. Nilai bersih perniagaan
hanya berubah jika pemilik menambah modalnya sendiri dalam perniagaannya
(menambah nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan
untuk sara hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan
mengalami kerugian (mengurangkan nilai bersih). Kebanyakan urus niaga
perniagaan hanya berubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.
Dalam perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
iv. Analisis Nisbah
Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk
mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. Kebanyakan
institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk
menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya.
Terdapat 3 jenis nisbah iaitu:
a) Nisbah semasa
Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan
menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa.
Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa
27
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
b) Nisbah modal bersih
Nisbah modal bersih digunakan untuk mementukan kemampubayaran
syarikat. Ketidakmampubayaran berlaku jika nisbah modal bersih kurang
daripada satu, kerana jika perniagaan dibubarkan, hasil yang diperolehi
daripada jualan aset tidak cukup untuk membayar semua liabiliti. Sebenarnya
nisbah modal bersih sesuatu perniagaan ialah satu. Penurunan yang sedikit
dalam jumlah aset boleh menjadikan perniagaan tersebut secara teknikalnya
tidak mampu membayar segala hutangnya. Nisbah modal bersih yang
meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan kekukuhan perniagaan syarikat
tersebut.
Nisbah modal bersih = jumlah Aset/Jumlah Liabiliti
c) Nisbah hutang ekuiti
Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara
modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan
menggunakan persamaan berikut:
Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih
Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti bererti semakin kukuh kedudukan
kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan
jumlah liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti
pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan,
manakala 50% lagi dipinjam.
BELANJAWAN TUNAI
Belanjawan tunai merupakan satu jadual yang menunjukkan anggaran tunai
masuk dan tunai keluar bagi sesuatu tempoh.
Satu perancangan berangka (kuantitatif) yang menunjukkan penerimaan dan
pembayaran tunai yang dijangka serta baki tunai di sepanjang tempoh
tertentu.
28
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Belanjawan tunai digunakan oleh perniagaan untuk menguruskan tunai iaitu
sebagai alat kawalan dan perancangan tunai.
Belanjawan tunai salah satu cara untuk merancang dan mengawal tunai
bagi;
1. membantu pihak pengurusan mencari sumber tunai sekiranya berlaku
kekurangan tunai perniagaan.
2. membolehkan pihak pengurusan merancang penggunaan tunai jika
berlaku lebihan tunai perniagaan.
3. membuat perbandingan amaun sebenar dengan amaun belanjawan.
Kepentingan Belanjawan Tunai :-
1. Menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi
perniagaan pada masa akan datang.
2. Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai.
3. Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian
kredit yg tepat dapat dilaksanakan.
4. Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika
terdapat lebihan tunai.
5. Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai.
6. Membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan
permohonan pinjaman.
7. Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai.
8. Menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan sama ada mampu
membayar hutangnya atau tidak
9. Membantu perniagaan mengawal penggunaan wang dan membelanja wang
mengikut keutamaan
10.Membolehkan perniagaan membandingkan pendapatan dan perbelanjaan
sebenar dengan anggaran yang telah dibuat
Cara menyediakan belanjawan tunai yang mudah
29
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Belanjawan tunai disediakan dengan format berlajur seperti di bawah:
Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2011
Butir Jan Feb Mac
RM RM RM
Baki awal
Penerimaan
Jumlah(a)
Pembayaran
Jumlah(b)
Baki akhir
Panduan Penyediaan
a) Mulakan dengan baki awal wang tunai(jika ada)
b) Catatkan semua anggaran tunai pada setiap bulan.Campurkan baki awal
tunai dengan semua anggaran tunai pada sesuatu bulan untuk mendapatkan
jumlah(a)
c) Catatkan semua anggaran pembayaran tunai pada setiap bulan.Jumlahkan
anggaran pembayaran untuk mendapatkan (b)
d) Tolakkan (a) dengan (b) untuk mendapatkan baki akhir tunai pada sesuatu
bulan.
PENUTUP
30
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Kewangan merupakan aspek penting dalam pentadbiran sesebuah negara
demi memastikan setiap peruntukan dan perbelanjaan sesebuah syarikat khususnya
dan sesebuah negara umunya diselia dan dikawal dengan cekap, berkesan dan
mematuhi setiap aspek dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan
Persekutuan menjadi garis panduan tentang proses dan prosedur pentadbiran
kewangan dalam membentuk negara Malaysia sebagai negara demokrasi. Secara
keseluruhanya, prestasi atau kestabilan aliran tunai sesebuah syarikat akan
menyumbang kepada perancangan belanjawan negara. Dasar Belanjawan
merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan tersendiri
untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam
rangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan
dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara
dengan adil.
31
LAMPIRAN
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
BIBLIOGRAFI
Shaari Isa (1997). Perakaunan Teori Dan Praktis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustala
Arahan Perbendaharaan. (1998). Kementerian Kewangan. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Berhad.
http://mymemory.translated.net/t/Malay/English/definisi%20kunci%20kira%20kira
http://cgnarzuki.com/?page_id=36
35
RBT 3110-PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
http://zantasir.tripod.com/Index.htm
http://nyong75.wordpress.com/junior-bankers/316-2/penyata-pendapatan/
http://www.cikgusila.com/2011/04/tugasan-2-tingkatan-5-spm-2011.html
36