Post on 03-Apr-2018
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
1/45
1
1.0 Penghargaan
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapat menyiapkan projek lampu tidur dan portfolio dengan jayanya pada tempoh yang
telah ditetapkan.
Sekalung budi dan penghargaan kami kepada Encik Abdul Sukur Bin Kamsir
selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga
maklumat serta membantu dalam menyiapkan projek lampu tidur serta portfolio ini. Buat
rakan-rakan yang banyak membantu dengan memberikan pandangan serta berkongsi
maklumat sehinggalah projek lampu tidur ini berjaya disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan juga penghargaan
kepada semua pihak atas kesudian untuk membantu dalam memberikan kerjasama
serta menyumbangkan tenaga dan idea, baik secara langsung mahupun tidak langsung
sehingga berjaya menyiapkan tugasan projek ini.
Akhir kata, semoga segala bentuk bantuan dan keperihatinan daripada semua
mendapat balasan baik daripadaNya. Harapan agar tugasan ini mampu memenuhi
setiap keperluan dalam system pemerkahan seterusnya dapat dijadikan sumber rujukan
kepada generasi akan datang.
Sekian, terima kasih.
2.0 Pendahuluan
Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) memberikan penekanan utama dalam
aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani. Emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara. Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
2/45
2
merupakan perubahan besar dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan demi untuk
mencapai matlamat pembangunan Negara secara keseluruhannya.
Sehubungan dengan itu, pendidikan pada masa kini adalah berunsurkan
kemahiran dan bidang teknikal dan vokasional telah diberi keutamaan dalam system
pendidikan Negara. Melalui pendidikan seperti ini adalah diharapkan agar tenaga kerja
yang berkebolehan, beketerampilan dapat dilahirkan. Sejajar dengan keperluan
meningkatkan tenaga kerja dalam bidang teknilak, langkah telah diambil oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mempunyai
asas kukuh dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional. Ini adalah kerana system
dan dasar teknikal dan vokasional telah membekalkan pelajar dengan kemahiran asas
untuk mendapatkan pekerjaan.
Kursus, proses dan kaedah Reka Bentuk ini adalah salah satu daripada
kandungan pelajaran dalam kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi bagi pelajar
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan
guru yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan
dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan kea rah
menjadi penyumbang kepada pembangunan Negara. Selain itu program ini
diperkenalkan untuk melahirkan generasi yang berimaginatif, kreatif, inovatif dan
inventif bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad ini selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga mempu merealisasikan Wawasan
2020.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
3/45
3
3.0 Proses Reka Cipta/inovasi
Penghasilan sesuatu produk melalui beberapa proses reka ciptanya. Proses
tersebut melalui prinsip mereka bentuk seterusnya membangunkan konsep serta
sfesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan
pengguna dan pengeluar. Produk yang dihasilkan perlu memenuhi keperluan pengguna
disamping memudahkan pengguna menggunakan produk tersebut. Sebagai pereka
bentuk, kita perlu menghasilkan sesuatu produk yang sesuai digunakan dan ergonomik.
PENGENALPASTIAN MASA
PEREKAAN PROJEK
PEMILIHAN REKA BENTUK
PEMBINAAN PENGUJIAN
PENGUBAHSUAIAN
PENDOKUMENTASIANPEMILIHAN IDEA
PERANCANGAN PEMBINAAN
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
4/45
4
3.1 Pengenalpastian Masalah
Masalah yang dihadapi oleh pengguna perlu diambil perhatian oleh pereka agar
dapat mereka bentuk sesuatu produk yang lebih baharu dan sesuai ataupun
mengubahsuai produk kepada fungsi yang lebih mudah diguna pakai. Bagi penghasilan
lampu tidur, masalah yang dikenal pasti adalah kesukaran memilih lampu tidur yang
bersesuaian dengan konsep rumah. Selain itu harga yang ditawarkan dalam pasaran
luar adalah tidak munasabah dengan bahan yang digunakan.
Oleh itu, pembinaan lampu tidur dilihat dapat menyelesaikan masalah disamping
dapat menceriakan suasana di sesuatu sudut dengan lebih menarik. Lampu tidur yang
dibina perlu diambil kira dan perhatian dalam pelbagai aspek. Maklumat mengenai
lampu tidur perlu dikumpul terlebih dahulu untuk mengkaji produk-produk yang sedia
ada yang sama fungsinya dengan membuat perbandingan kelebihan dan kekurangan
dengan lampu tidur yang dibina. Maklumat boleh merangkumi aspek reka bentuk,
kefungsian, kos, saiz, warna dan bahan serta alatan yang digunakan. Maklumat boleh
dikumpul melalui pengalaman, pemerhatian, internet, bimbingan, laatan, pembacaan
dan sebagainya. Analisa maklumat mengenai teknik pembuatan, kebolehan dan
kepakaran serta fungsi ketahanan akan membantu dalam pemilihan reka bentuk
produk.
3.2 Pemilihan Idea
Pencetusan idea yang baik dapat dihasilkan sekiranya proses berfikir
dilaksanakan dengan baik. Persepsi yang luas dituruti dengan kemahiran berfikir akan
menghasilkan idea yang bernas. Senarai idea direkodkan akan dianalisis untuk dipilih
yang paling sesuai dan kukuh.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
5/45
5
Pemilihan idea bergantung pada faktor:
- Reka Bentuk (kuku, selamat dan tahan)
- Pengetahuan dan kemahiran ( mencukupi dalam proses pembinaan )
- Keupayaan Kendiri (kemampuan fizikal dan kos pembinaan)
- Kepentingan produk (menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan pengguna
dan memberikan keselesaan)
- Kaedah Pembuatan (berkualiti dan selamat)
- Mesra Alam (tidak mencemarkan alam sekitar)
- Bahan dan Komponen yang digunakan
3.3 Perekaan Projek
Idea dalam penyelesaian masala dilakar dalam bentuk 3 dimensi seberapa
banyak yang diperoleh. Idea yang diperoleh diterjemahkan dalam lakaran dan
dilabelkan kefungsian bahagian-bahagian tertentu.
3.4 Pemilihan Reka Bentuk
Semua lakaran yang dilukis akan dianalisis dalam perbincangan untuk
menentukan pilihan satu idea yang terbaik. Pemilihan reka bentuk akan dipilih
berdasarkan faktor reka bentuk utama. Pilihan idea haruslah mudah dibina, senang
diproses dan memenuhi cita rasa serta keperluan pengguna.
Idea yang dipilih perlu diterjemahkan ke dalam lukisan kerja dengan mengikut
dimensi serta ukuran yang tepat dan jelas. Idea dilukis dengan menggunakan
perisian lukisan berbantukan komputer. Lukisan dilukis dalam bentuk isometric,
ortografik, keratin, ceraian dan terurai. Perincian yang dinyatakan akan
memudahkan proses pengukuran, pemotongan serta panduan dalam pembinaan
agar lampu tidur yang dibina memiliki ketahanan.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
6/45
6
3.5 Perancangan Pembinaan
Proses perancangan amat penting bagi melancarkan proses pembinaan lampu
tidur. Beberapa perkara yang perlu difikirkan ialah menentukan kaedah pembuatan,
menentukan bahan dan kaedah kemasan, memilih alatan, membuat jadual kerja dan
mengira anggaran kos.
3.6 Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian
Pembinaan projek melibatkan proses :
i. Mengukur dan menanda
ii. Memotongiii. Membina dan mencantum
Pengujian memerlukan pemeriksaan dalam menguji ketepatan dan kekukuhan
sambungan bahagian yang telah dipasang. Pengujian juga bertujuan untuk menilai
lampu tidur tersebut berfungsi dan berkesan disamping dapat menyelesaikan masalah.
Bahagian yang dikenalpasti mempunyai masalah perlu dibuat pengubahsuaian
agar dapat diperbaiki kekukuhan produk dalam menjamin keselamatan dan keselesaan.
Kemasan perlu dibuat dengan pemilihan pelarut yang sesuai agar dapat menarik
minat dan menambah nilai pada produk tersebut. Selain itu, kemasan berfungsi bagi
melicinkan permukaan kayu, melindungi objek, mudah dibersihkan dan selamat.
3.7 Pendokumentasian
Sesuatu projek yang dihasilkan hendaklah mempunyai suatu pendokumentasian
yang lengkap, memperincikan hasil ciptaan dan bahan bukti. Portfolio haruslah kemas
dan teratur serta lengkap dengan maklumat yang dikehendaki. Maklumat dibantu
dengan menggunakan jadual atau carta alir. Bahan bukti disertakan dalam bentuk
gambar pembinaan projek. Dokumen yang dihasilkan ini dapat dijadikan rujukan pada
masa akan datang dan juga memudahkan pereka cipta memohon paten.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
7/45
7
4.0 Lampu Tidur
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
8/45
8
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
9/45
9
5.0 Lakaran Lampu Tidur
Lakaran 1
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
10/45
10
Lakaran 2
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
11/45
11
Lakaran 3
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
12/45
12
6.0 Pemilihan Reka Bentuk Lampu Tidur
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
13/45
13
7.0 Carta Gantt
Bil Perkara/minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1 Mencari maklumat
- Reka bentuk
lampu tidur
- Bahan yang
digunakan
2 Membuat dan
memilih lakaranidea
3 Memilih reka
bentuk projek
4 Perancangan
projek:
-Memilih bahan
-Pengiraan kos
5 Pelaksanaan
projek
-Pengukuran
-Pemotongan
-Pemasangan
-Kemasan
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
14/45
14
6 Pengujian,
penilaian dan
penambahbaikan
7 Pendokumentasian
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
15/45
15
8.0 Alatan Tangan dan Bahan
Gergaji Besi
Digunakan untuk kerja memotong. Bahan yang sesuai dipotong menggunakan gergaji
besi ialah Keluli lembut, besi galvani, PVC dan Poli.
Tolok Pembaris
Digunakan untuk kerja mengukur dan menanda. Bahan yang sesuai diukur dan ditanda
dengan tolok pembaris ialah kayu, papan, papan lapis
Gandin Bulat
Digunakan untuk kerja mengetuk dan membentuk
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
16/45
16
Gergaji Tangan
Gandin Kayu
Digunakan untuk kerja mengetuk dan membentuk
Sesiku L
Digunakan untuk kerja menanda dan menggaris.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
17/45
17
Tolok Serong
Digunakan untuk kerja menanda dan menggaris.
Ketam Kayu
Digunakan untuk kerja penyediaan dan pengemasan.
Sesiku L Besi
Digunakan untuk kerja mengukur dan menanda.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
18/45
18
Gerudi Engkol
Digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan
Gandin Getah
Untuk mengetuk permukaan logam tanpa meninggalkan bekas.
Kikir Rata
Untuk membentuk dan melicinkan permuaan logam
Mata Gerudi Benam
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
19/45
19
Penebuk Pusat
Pisau Pemotong Perspek
Tukul Kuku Kambing
Tukul Warington
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
20/45
20
Riveter
Penggarit
BAHAN
Satu daripada aspek penciptaan ialah mengenal pasti sifat-sifat bahan asli atau bahan
gantian atau tiruan untuk digunakan dalam idea reka cipta.
Logam
o Keluli lembut
o Besi galvani
o Aluminium
o Loyango Zink
o Timah
o Tembaga
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
21/45
21
Kayuo Papan
. Papan lapis
Kayu bergergaji MDF
Simen konkrit
Plastik
Kaca
Fiberglas
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
22/45
22
Sutera
Getah
Karbon
Komposit
Gentian Tiruan
9.0 Proses Langkah Kerja
Empat peringkat langkah kerja :
Pengukuran
Pemotongan
Pemasangan
Kemasan
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
23/45
23
10.0 Penilaian
Dalam menilai sesuatu reka bentuk, terdapat tiga proses iaitu pengujian, penilaian dan
penambahbaikan. Pengujian adalah proses untuk memeriksa ketepatan atau
mengukuhkan sambungan reka bentuk. Ianya dapat disemak melalui lukisan kerja.
Penilaian pula adalah untuk menilai kefungsian produk iaitu memalui laporan kerja,
hasil projek dan bahan-bahan yang digunakan. Penambahbaikan pula ialah proses
untuk mengubah suai keselamatan dan keselesaan sepaya lebih menarik.
Selain itu kriteria-kriteria yang digunakan untuk menilai sesuatu reka bentuk ialah
pertama fungsi iaitu sama ada produk tersebut dapat berfungsi dengan baik atau
sebaliknya. Kedua adalah rupa bentuk iaitu menarik dan mempunyai saiz yang sesuai.
Ketiga adalah kesesuaian bahan sama ada sesuai, mudah diperolehi dan murah.
Keempat pula ialah penggunaan iaitu sesuai dan mudah. Karteria kelima ialah
ketahanan iaitu kuat, stabil serta tidak mudah rosak. Keenam ialah kos produk iaitu
tidak terlalu tinggi dan ketujuh ialah kemasan perlu menarik dan sesuai. Kriteria kelapan
ialah factor keselamatan sama ada produk tersebut selamat digunakan, mesra alam
dan selesa. Kesembilan yang dinilai ialah nilai komersial iaitu produk tersebut
berpotensi untuk dipasakan.
Kriteria seterusnya ialah kemahiran pembinaan serta kreativiti iaitu sama ada
produk tersebut menarik dari segi reka bentuk, cantik, kemas dan seimbang. Kriteria
yang terakhir ialah kaedah pembuatan iaitu sama ada berkualiti atau tidak.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
24/45
24
11.0 Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan
rahmatnya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek lampu tidur ini dalam tempoh
yang ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik
Abdul Sukur bin Kamsir selaku pensyarah bagi kursus RBT3118 Reka Bentuk
Teknologi telah banyak membantu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan
dalam dalam perbincangan bagi menghasilkan projek ini.
Tugasan Projek ini merupakan satu cabaran baru kepada saya kerana tidak
pernah mengajar mata pelajaran RBT ini. Walau bagaimanapun saya cuba
merealisasikan projek yang diberikan. Rujukan melalui internet adalah perlu bagi
mencari info berkaitan projek ini. Walaupun nampak mudah nilai kreativitinya adalah
amat tingggi.
Melalui pencarian bahan di internet, saya dapati amat mudah untuk
mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan lakaran gambar
sebenar lampu tidur. Menggunakan kreativiti sendiri adalah perlu bagi membina lakaran
sebuah lampu tidur.
Terlalu banyak kekangan yang terpaksa saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya adalah lambakan kerja-kerja di sekolah yang terpaksa dibereskan dalam
jangka waktu yang telah ditetapkan. Tetapi semua kekangan itu berjaya diatasi dengan
penyusunan jadual yang teliti walaupun padat.
Dengan siapnya tugasan ini telah memberikan saya dimensi baru mengenai
mata pelajaran RBT 3118 ini. Ianya menjadikan saya seorang yang lebih teliti dalam
melaksanakan sesuatu kerja. Saya juga amat berharap agar ilmu yang diperolehi ini
akan dapat diaplikasikan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan juga
dalam keperluan saya.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
25/45
25
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, rakan-rakan kumpulan yang begitu banyak membantu. Tidak
lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung
dalam pelaksanaan tugasan ini.
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
26/45
26
12.0 Rujukan
Abd Aziz B Samat, Subari B Abu Kasim, Mohd Syukri B Yasin,(2005) Teknologi Binaan,
Tingkatan 4 dan 5 (Modul Pembelajaran Aliran Vokasional) DBP
Asnul Dahan,(2005) Teknlogi Kayu, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,
Fakulti UTM, Kuala Lumpur.
Ibrahim Che Muda, (2000) Teknologi Bengkel Mesin, DBP KL
Iskandar Abd Rashid, Autocad 2002, Langkah Demi Langkah, Venton Publishing, KL
Nigel Lofthouse, (2003) Pocket Guide To Wood Finishes, North Light Book, London
Tan Boon Tong, (1993). Teknologi Binaan Bangunan, Kem. Pend. Malaysia, DBP KL
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
27/45
27
13.0 LAMPIRAN
BAHAN YANG DIGUNAKAN
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
28/45
28
ALATAN YANG DIGUNAKAN
BAHAN YANG DIGUNAKAN
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
29/45
29
PERALAAN YANG DIGUNAKAN
KERJA PENGUKURAN
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
30/45
30
MENANDA UKURAN SEBELUM DIPOTONG
MENGERGAJI TEMPAT YANG DITANDA
MENANDA KAYU-KAYU LAIN
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
31/45
31
MENGERGAJI KAYU YANG DITANDAKAN
BONGKAH-BONGKAH KAYU YANG TELAH DIPOTONG
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
32/45
32
TANGGAM YANG DIBUAT
PECANTUMAN SEMENTARA
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
33/45
33
PECANTUMAN SEMANTARA DARI SUDUT LAIN
MEMASTIKAN UKURAN YANG TEPAT
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
34/45
34
MEMASTIKAN TANGGAM YANG DIBUAT TEPAT
CANTUMAN YANG KEKAL
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
35/45
35
KERJA-KERJA CANTUMAN
MEMASTIKAN CANTUMAN KUKUH
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
36/45
36
CANTUMAN YANG LENGKAP
CUBAAN MENCANTUMKAN BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
37/45
37
BAHAGIAN BAWAH (TAPAK)
BAHAGIAN ATAS
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
38/45
38
BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH
PANDANGAN ATAS
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
39/45
39
BAHAGIAN BAWAH YANG DIMURNIKAN
BENTUK BAHAGIAN BAWAH
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
40/45
40
BAHAGIAN BAWAH YANG TELAH DIMURNIKAN
CUBAAN MENGHIAS BAHAGIAN ATAS
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
41/45
41
KERJA-KERJA MENGHIAS BAHAGIAN ATAS
SEPARUH MEMURNIKAN BAHAGIAN ATAS SELESAI
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
42/45
42
MENCUBA MEMASUKAN BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH
KERJA MENGHIAS BAHAGIAN AAS DAN BAWAH SELESAI
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
43/45
43
LAMPU TIDUR YANG TELAH LENGKAP
TELAH LENGKAP SEPENUHNYA
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
44/45
44
CANTIK DILETAKKAN DI SUDUT RUMAH
SELESAI
7/28/2019 Assignment RBT 3118 Sem 4 Lampu Tidur 2
45/45