Ayat aktif & ayat pasif v2

Post on 26-May-2015

5.986 views 18 download

description

Ayat aktif dan ayat pasif menengah 2 NA

Transcript of Ayat aktif & ayat pasif v2

Ayat Aktif

Ayat Pasif&

ObjektifDi akhir pelajaran, pelajar akan dapat:

• membubuhkan apitan meN-...-kan dan di-...-kan pada kata dasar yang diberikan bagi aktiviti ‘cepat tepat’.

• menyatakan perbezaan di antara ayat aktif dan ayat pasif.

• mengenal pasti sama ada contoh ayat yang diberikan adalah ayat aktif atau ayat pasif.

• mempasifkan ayat aktif yang diberikan oleh guru.

Ayat AktifAyat Aktif: Ayat yang mengandungi kata

kerjayang menerangkan subjek.

1. Daud mengutip sampah.

2. Devi memasukkan pembalut gula-gula ke dalam tong sampah.

3. Fahmi tinggal di estet perumahan Sengkang.

Apakah subjeknya?

Apakah kata kerja yang

menerangkan subjek?

Tumpuan bagi pelajaran ini adalah pada apitan meN-…-kan.

Ayat Pasif

• Ayat Pasif: Ayat yang mengandungi kata kerja pasif di-…-kan dan ter-.

1. Tembok itu terlanggar oleh lori padda bahagian bawahnya.

2. Makanan segera dikatakan tidak baik untuk kesihatan.

Tumpuan bagi pelajaran ini adalah pada kata kerja pasif di-…-kan.

Lihat contoh-contoh berikut:

Puan Roslina mencantikkan kawasankoridor rumahnya.

Kawasan koridor rumah dicantikkan oleh

Puan Roslina. Yang mana satukah ayat aktif?

Yang mana pula ayat pasif?

Ayat aktif

Ayat pasif

Lihat contoh-contoh berikut:

Perabot diletakkan oleh para pendudukDi tempat buangan sampah.

Para penduduk meletakkan perabot ditempat buangan sampah.

Yang mana satukah ayat aktif?

Yang mana pula ayat pasif?

Ayat pasif

Ayat aktif

Ayat Aktif Ayat Pasif

• Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi kata kerja meN-…-kan.

• Apabila kata kerja dalam sepotong ayat menerima apitan di-…-kan, ayat tersebut menjadi pasif.

Mari kita cuba

bersama:

Tetamu saya menjatuhkan pasu bunga ibu.

Ayat Aktif

Pasu ibu dijatuhkan oleh tetamu saya.

Ayat Pasif

Mari kita cuba

bersama:

Syahril mengangakan tingkap bilik tidur.

Ayat Aktif

Tingkap bilik tidur dingangakan oleh Syahril.

Ayat Pasif

Soalan 1:

Abang membelikan ibu sebuah rumah.

Kita hebat!KUIZ

Sebuah rumah dibelikan untuk ibu oleh abang.

Sebuah rumah dibelikan oleh abang untuk ibu.

Soalan 2:

Gadis itu menjahitkan adiknya sehelai baju.

Kita hebat!KUIZ

Sehelai baju dijahitkan oleh gadis itu untuk adiknya.

Soalan 3:Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada

pahlawan itu.

Kita hebat!KUIZ

Bintang kehormatan dianugerahkan kepada pahlawan itu oleh baginda.

Bintang kehormatan dianugerahkan oleh baginda kepada pahlawan itu.

Soalan 4:

Amran memasukkan buku catatannya ke dalam beg yang berwarna jingga.

Kita hebat!KUIZ

Buku catatan Arman dimasukkannya ke dalam beg

yang berwarna jingga.

Soalan 5:

Cikgu Masyitah membahagikan nota kepada para peserta program

pertukaran pelajar.

Kita hebat!KUIZ

Nota diberikan oleh Cikgu Masyitah kepada para peserta program pertukaran pelajar.

Soalan 6:

Ramu telah mendapatkan butiran mengenai negara yang bakal

dilawatinya

Kita hebat!KUIZ

Butiran mengenai negara yang bakal dilawati Ramu telah didapatkan olehnya.

Soalan 7:

Ramai pelajar mengutarakan pelbagai soalan tentang perkhemahan pada

bulan Disember.

Kita hebat!KUIZ

Pelbagai soalan tentang perkhemahan pada bulan Disember diutarakan oleh ramai pelajar.

Soalan 8:

Para peserta darmawisata telah mengesyorkan lawatan serupa pada

tahun hadapan.

Kita hebat!KUIZ

Lawatan serupa pada tahun hadapan disyorkan oleh para

peserta darmawisata.

ULASAN KUIZ

Kita Hebat!

Apakah yang telah

dipelajari hari ini?

Terima kasih atas perhatian anda. Semoga meraih manfaat daripada pelajaran

ini.