Post on 15-Mar-2018
KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU SERTA PENERAPAN NILAI-NILAI
MURNI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH
AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KONSEP PENDIDIKANM BERSEPADU SERTA PENERAPAN NILAI- NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH
RENDAH SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh _____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : BLOK S1,FASA 1E, BANDAR BARU SERI MANJUNG 32040 SERI MANJUNG PERAK. Tarikh: 30 APRIL 2009.
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA) DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN
(NAMA PENYELIA) Tarikh : 30 APRIL 2009
√
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : .................................................
Nama Penyelia : Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan
Tarikh : ..................................................
i
KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU SERTA PENERAPAN NILAI-NILAI
MURNI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH.
AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI
Tarikh : ........................................................
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Zahari bin Khalid dan Ainon binti Abd Latif serta
Bapa dan ibu mertuaku,
Basiran bin Tayib@Md Taib dan Norah binti Mohd Nor
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu
diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang
maha mengetahui dan membalasnya .
Istimewa buat
Isteri yang dicintai Noor Atiqah binti Basiran
Pengorbanan dan keikhlasanmu yang menanti kejayaan dan kepulanganku
serta
Kesemua ahli keluarga yang membantu secara langsung dan tidak langsung
Semoga Allah memberkati segala perbuatanmu
Seterusnya
Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar
Dr. Abdul Rahim Hamdan
Akhirnya
Rakan-rakan seperjuangan PKPG
Yang sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.
iv
Penghargaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dipanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah laporan ini
disiapkan dengan sempurna.
Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada Dr. Abdul Rahim Hamdan selaku pensyarah pembimbing
yang telah banyak memberi tunjuk ajar,saranan-saranan yang bernas, sokongan
dan kesediaan beliau meluangkan masa menyemak laporan kajian ini sepanjang
tempoh kajian ini dilaksanakan. Seterusnya tidak lupa juga kepada para
pensyarah serta kakitangan Fakulti Pendidikan ribuan terima diucapkan.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu dan bapa serta isteri saya Noor
Atiqah bt Basiran yang tidak putus mendoakan kejayaan saya. Terima kasih
kerana memberikan semangat setiap masa kepada saya. Tidak lupa kepada ahli
keluarga yang telah membantu di dalam menyiapkan kajian ini.
Teristimewa buat rakan-rakan seperjuangan ,terima kasih di atas idea-idea
dan sumbangan sama ada secara langsung ataupun tidak. Jasa dan sumbangan
kalian semua amat dihargai.
Semoga segala jasa anda semua diberkati Allah dan dibalas dengan seribu
kerahmatan.
v
ABSTRAK
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauhmana tahap kefahaman guru
terhadap konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai
murni di dalam pengajaran oleh guru-guru matematik(kumpulan sasaran) di
sekolah-sekolah menengah di daerah Manjung. Kajian ini melibatkan 70 orang
guru yang mengajar matematik tingkatan satu,dua dan tiga di 10 buah sekolah
menengah di daerah Manjung, Perak. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah
berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian SPSS 15 dan melibatkan kaedah statistik seperti
kekerapan, peratusan, min dan juga ujian T. Hasil daripada analisis yang telah
dijalankan mendapati guru-guru matematik memahami konsep pendidikan
bersepadu seperti penggabungjalinan diantara subjek agama dan matematik. Guru
memahami bahawa konsep asas pendidikan bersepadu ialah hubungan kesepaduan
diantara unsur agama, emosi, rohani dan intelek amat perlu di dalam mendidik
pelajar. Guru-guru juga mempunyai sikap yang positif di dalam melaksanakan
penerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil
daripada dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
diantara guru lelaki dan guru perempuan tentang kefahaman konsep pendidikan
bersepadu dan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai cadangan, guru haruslah memantapkan lagi kefahaman
mereka tentang konsep pendidikan bersepadu dan menunjukkan contoh yang baik
supaya pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Sokongan, kerjasama dan pemantauan oleh semua pihak terutama
daripada pihak –pihak atasan seperti pengetua, pejabat pelajaran daerah, jabatan
pelajaran negeri dan kementerian pelajaran Malaysia amatlah diperlukan agar
pelaksanan penerapan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan dengan baiknya selari
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to examine the level of understanding towards
integrated education concept and inculcation of moral values in the teaching and
learning process by secondary mathematics teachers (target group) at Manjung
Disctrict. This research involved 70 mathematics teachers teaching Form 1, 2 and
3 from 10 schools in Manjung. The research design was based on a descriptive
method using questionnaires as the instrument to collect data. The data had been
analyzed with SPSS 15 using the statistical approach such as frequency,
percentage, mean and t-Test. Finding shows that, teachers understand the
concepts of “Pendidikan Bersepadu” such as integrating two subjects like
mathematic and Islamic. They also know the basic concept of “Pendidikan
Bersepadu” such as integrating religion, emotion, intellectual and spiritual is very
important in educating students. The result of the study showed that teachers
thought positively on the implementation of the moral values in teaching. The
study also show there is significant different between the male and female teacher.
This research suggests that teachers should gain more knowledge about integrated
education concept and show the good attitudes in implementing the moral values
in their teaching. The principles, district education officer, state education
department and officer from the ministry of education should give their full
support to make the implementation of the moral values is inline with the National
Education Philosophy(FPK).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKASURAT
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis 9
1.7 Kerangka Konsep 9
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 12
viii
1.10 Definisi Istilah 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Konsep Pendidikan Bersepadu 15
2.2.1 Konsep Pendidikan Bersepadu
Dalam Matematik 19
2.3 Penerapan Nilai-Nilai Murni 21
2.3.1 Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam
Pengajaran Matematik 28
2.4 Kesimpulan 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 33
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.5 Kajian Rintis 34
3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35
3.7 Instrumen Kajian 36
3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36
3.7.2 Pengumpulan Data Sekunder 38
3.8 Prosedur Kajian 38
3.9 Analisis Data 39
3.10 Penutup 41
ix
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Jantina Responden 43
4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43
4.2.3 Pengalaman Mengajar 44
4.2.4 Tingkatan Diajar 45
4.3 Kefahaman Terhadap Konsep Pendidikan Bersepadu 45
4.4 Kefahaman Terhadap Konsep Penerapan Nilai-Nilai
Murni Dalam Pengajaran Matematik 48
4.5 Hasil Ujian Hipotesis 57
4.6 Kesimpulan 58
BAB 5 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan 60
5.3 Tahap Kefahaman Konsep Pendidikan Bersepadu 60
5.4 Tahap Pelaksanaan Penerapan Nilai Murni 61
5.5 Rumusan Dapatan Ujian Hipotesis 63
5.6 Perbincangan 65
5.7 Cadangan 68
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.9 Penutup 70
RUJUKAN 71
LAMPIRAN 76
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 35
3.2 Pengelasan Skor Skala Likert 40
3.3 Skala Min 40
3.4 Penentuan Tahap Peratusan 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Lokasi Tempat Mengajar 44
4.3 Pengalaman Mengajar Responden 44
4.3 Tingkatan Diajar Responden 45
4.4 Kekerapan Skor(peratus),min dan purata min terhadap
Pemahaman Konsep Pendidikan Bersepadu oleh guru-guru
Matematik Menengah Rendah Daerah Manjung 46
4.5 Kekerapan Skor(peratus),min dan purata min terhadap
Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik
Menengah Rendah di Daerah Manjung 49
4.6 Analisis Ujian-t Perbezaan Kefahaman Konsep Pendidikan
Bersepadu berdasarkan Jantina 57
4.7 Analisis Ujian-t Perbezaan Pelaksanaan Nilai- Nilai Murni
Di Dalam pengajaran Matematik Berdasarkan Jantina 58
Proses P&P
xi
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep Kajian. 10
xii
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JERI Jasmani Emosi Rohani Dan Intelek
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
PDRM Polis Diraja Malaysia
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
STS Sangat Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
SS Sangat Setuju
SPSS Statistical Package for Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
% Peratus
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal selidik. 70
B Pengesahan Item soal selidik
C Surat dari KPM
D Surat dari JPN Perak
E Surat kebenaran mendapatkan maklumat
1
BAB 1
Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia
Tun Dr Mahathir Mohamad ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju, dengan
masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh,
hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang,
adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmula, dan mempunyai
penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan
kental.
Pendidikan ialah faktor penting di dalam sistem kehidupan manusia.
Bentuk dan aliran pendidikan yang menjadi faktor mengubah kehidupan manusia.
Sistem dan konsep pendidikan haruslah menitikberatkan tentang pembangunan
insaniah dan tidak hanya menumpukan kepada pembangunan aspek fizikal sahaja.
Berdasarkan kepada konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan ia bertujuan untuk
meninggikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari
segi jasmani,emosi intelek, dan rohani (JERI) berdasarkan kepada kepercayaan dan
2
kepatuhan kepada Tuhan. Ia selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) iaitu membantu murid-murid memperkembangkan potensi dari
segi JERI secara menyeluruh dan bersepadu. Pelajar yang berkembang secara
menyeluruh dan bersepadu adalah aset penting pembangunan negara.
Dewasa kini kita sering dihidangkan dengan cerita masalah-masalah
disiplin remaja sekolah seperti gejala ponteng sekolah, gangsterisme, merokok,
melawan guru, buli, vandalisme, maksiat dan banyak lagi masalah disiplin yang
melibatkan pelajar sekolah. Masalah disiplin yang menular dikalangan pelajar
sekolah kini ialah bukan masalah yang harus kita lihat sebagai masalah yang remeh
tetapi sebagai satu masalah nasional.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan
menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat
Tetap di peringkat JPN dan PPD/G. Hasilnya kes disiplin pelajar telah berkurangan
daripada 2.27 peratus pada tahun 2006 kepada 2.10 peratus pada Jun 2007.
Penglibatan murid dalam kes jenayah, disiplin dan salah laku telah juga berkurangan
daripada 0.03 peratus pada tahun 2006 kepada 0.02 peratus pada Jun 2007. Selain
itu, JPN dan PPD/PPG di seluruh negara telah mewujudkan program permuafakatan
dengan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan termasuk PIBG bagi membantu
melaksanakan tindakan yang lebih holistik dalam menangani masalah disiplin murid.
Menurut Nor’Ain (1999), masalah tingkahlaku di kalangan pelajar
merupakan satu cabaran kepada negara yang mengorak kemajuan dalam kepesatan
pembangunan. Penggunaan guna tenaga manusia secara optimum menyumbangkan
beberapa senario terhadap perkembangan tingkahlaku anak-anak atau remaja.
Ketidakselarasan tingkahlaku dalam merealisasikan penerapan nilai-nilai murni
menggambarkan kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara. Ini
bermakna berlaku kepincangan di antara sistem pendidikan dan juga penglibatan
3
beberapa golongan yang mempunyai kepentingan dengan diri pelajar. Ibubapa, adik-
beradik, saudara-mara, rakan sebaya serta guru-guru turut terlibat dalam proses
penjanaan bangsa untuk memartabatkan kemajuan negara setanding dengan negara
lain.
1.2 Latarbelakang Masalah
Di dalam mengejar arus kemodenan teknologi dan juga pencapaian akademik
pelajar di dalam pendidikan, aspek nilai di dalam masyarakat tidak harus
dipinggirkan. Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah difahamkan
bahawa pendidikan itu suatu usaha yang berterusan dan juga merupakan suatu usaha
bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi
sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.
Bagi menunaikan hasrat kerajaan, Kementerian Pelajaran telah membuat
beberapa strategi antaranya ialah pelaksanaan pendidikan bersepadu dan juga
penerapan nilai-nilai murni. Ini bermaksud semasa dalam pengajaran secara
langsung atau tidak langsung guru-guru akan menerapkan nilai-nilai murni. Di dalam
sembilan cabaran utama wawasan 2020 terdapat salah satu cabarannya ialah
mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, teguh dalam nilai agama dan
kejiwaan. Menurut Plato dalam Munirah Ahmad Darsuki(2004), beliau memberi
penekanan moral melaui sastera, drama dan muzik. Di sini kita dapat lihat bahawa
pentingnya untuk mewujudkan sebuah sistem pendidikan yang menitikberatkan
tentang kerohanian.
Guru berperanan dalam merealisasikan impian dan hasrat kerajaan kerana
guru ialah pendidik dan berperanan menghasilkan generasi masa depan yang berguna
serta dapat menyumbang kepada sumber tenaga manusia. Menurut Mok Soon
4
Sang(2003) tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian
ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan
sahsiah murid-murid. Ini bermaksud guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf
pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya. Guru harus
memastikan murid-murid ini berkembang dengan seimbang dari segi JERI.
Persoalannya adakah guru telah melaksanakan amanah dan tangungjawabnya
dalam menjalankan dasar negara? Adakah mereka benar-benar faham apakah itu
yang dimaksudkan pendidikan bersepadu? Menurut Abdul Rahim Hamdan (2007),
kurikulum yang ada di Malaysia disemak semula mengikut tempoh tertentu bagi
meningkatkan kemampuan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi yang
menepati dasar negara. Ini bermaksud bahawa Kementerian Pelajaran memandang
berat akan hal ini dan ianya haruslah menjadi satu amanah kepada para guru.
Dewasa kini kita sering terbaca mengenai masalah sosial di kalangan pelajar.
Kes buli samseng, vandalisme dan lain-lain lagi amat mendukacitakan dan
memalukan. Malah kita lebih dikejutkan lagi dimana mereka telah terlibat dengan
jenayah yang lebih besar seperti membunuh, merakam video lucah, dan penagihan
dadah. Lebih banyak isu yang timbul maka lebih ramai yang mempersoalkan tentang
peranan guru di sekolah . Bagi memartabatkan bidang profesion perguruan maka
guru seharusnya mengambil inisiatif bagi membendung masalah sosial ini dari
menular dengan lebih lagi.
Jika pihak guru tidak mengambil inisiatif dari sekarang maka generasi pelapis
masa depan akan musnah. Berdasarkan kenyataan Abidin Basri (1991), matlamat
pembangunan untuk mencapai negara maju hanya akan tercapai sekiranya
masyarakat berkembang dengan nilai harmonis dan makmur. Masyarakat yang
mempunyai ilmu dan etika yang tinggi akan mencapai tahap pembangunan yang
tinggi.
5
Justeru itu menurut Meor Ibrahim (2000), bagi mencapai segala matlamat
yang perlu dicapai oleh negara, langkah awal perlu bermula dari sistem
pendidikan.Sistem pendidikan yang terancang akan melahirkan masyarakat yang
berilmu, beramal dan berwawasan. Selaras dengan Kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK) dan juga konsep pendidikan bersepadu melalui Kurukulum
Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), kesepaduan antara pemerolehan
pengetahuan, kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni perlulah dilaksanakan
oleh guru dalam diri setiap pelajar.
1.3 Penyataan masalah
Menurut Mok Soon Sang (2003), guru bukan sahaja mengajar dan
memberikan pengalaman yang ada padanya kepada pelajar malah mempunyai
peranan lain. Guru juga diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat
dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada
murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Guru diharapkan menjadi agen
pembaharuan di dalam masyarakat. Guru harus sentiasa berusaha menanam sikap,
nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru ke arah pembinaan masyarakat
yang maju serta mempunyai nilai sosial yang tinggi.
Menurut Mary Warnock di dalam Munirah Ahmad Darsuki (2004) masalah
disiplin pelajar di sekolah dan isu moral memang tidak dapat dibendung lagi.
Masalah ini dilihat semakin hari semakin meningkat. Seperti yang diketahui umum
kegiatan maksiat, merakam video lucah, merogol, lumba haram, penyalahgunaan
dadah dan membunuh adalah antara masalah sosial remaja yang menular di negara
kita sekarang. Seringkali kita dipaparkan di dalam media tentang perkara-perkara ini.
6
Hal ini terjadi kerana kurang penerapan nilai-nilai murni di kalangan remaja dan
kurangnya kesedaran dalam diri remaja tersebut.
Sistem pendidikan yang hanya mentitikberatkan akademik semata-mata dan
tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada aspek pendidikan akhlak dan
rohani yang sihat akan mewujudkan generasi yang mempunyai keahlian dan
kepakaran dalam bidang keilmuan tetapi kurang menghargai akhlak dan agama
dalam profesion dan kehidupan mereka.
Menurut Abdul Rahim Hamdan (2007), pendekatan kurikulum menstruktur
masyarakat pula melihat bahawa pendidikan mempunyai peranan dalam masyarakat.
Pendidikan berperanan menyediakan individu untuk mengambil tempat dalam
masyarakat akan datang.
Konsep ilmu yang hanya bersandarkan rasional, empirikal dan kaedah
saintifik, gagal melahirkan manusia yang bersepadu dan berakhlak. Masyarakat
moden hari ini lebih ramai yang menderita akibat nilai negatif yang terdapat pada
konsep ilmu sekarang.(Mohd Kamal Hasan, 1988)
Justeru itu bagi mengatasi masalah tersebut maka mengatasi krisis keilmuan
masa kini ialah konsep pendidikan bersepadu sepertimana yang dilaksanakan melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Selaras dengan penyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan bersepadu mempunyai matlamat untuk
mencapai keseimbangan dan kesepaduan di antara pembangunan kerohanian serta
pembangunan keduniaan serta mengintegrasikan prinsip-prinsip ilmu, iman dan
amal. Melalui pendekatan pendidikan bersepadu, kurikulum dapat dilihat sebagai
kesatuan ilmu akal, ilmu wahyu serta tawhid dan aqidah sebagai paksinya.
7
Selain daripada itu, tujuan pelaksanaan pendidikan bersepadu menerusi
KBSM ialah untuk mencapai matlamat memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.
Satu aspek yang penting yang diberi penekanan di dalam pendidikan
bersepadu ialah pembinaan akhlak menerusi penerapan nilai-nilai murni di dalam
kurikulum pendidikan. Pelaksanaan pendidikan bersepadu diharap akan dapat
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan juga mempunyai nilai-
nilai kemanusiaan yang tinggi.
Penerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah tidak dipandang remeh oleh guru dan ia bukan hanya sekadar ditulis di
dalam buku rancangan mengajar tetapi seharusnya guru-guru menerapkan unsur
nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Masalah ini mungkin timbul kerana kekangan
waktu atau kurang kefahaman guru tentang konsep pendidikan bersepadu dan nilai-
nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sebagai
seorang guru kita memegang amanah untuk menjalankan dasar-dasar negara.
Peranan guru di dalam menjalankan dasar ini amatlah besar dan penting. Justeru itu
kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauhmanakah kefahaman guru mengenai
konsep pendidikan bersepadu serta kepekaan guru dalam mengamalkan penerapan
nilai-nilai murni dalam pengajaran.
8
1.4 Objektif Kajian
Konsep pendidikan bersepadu dan penerapan nilai-nilai murni ialah
merupakan aspek yang penting di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kefahaman
guru-guru matematik sebagai pelaksana agenda pendidikan haruslah diambil
perhatian. Justeru itu objektif utama kajian ini secara umumnya ialah meninjau
pandangan guru bagi mengetahui kefahaman konsep pendidikan bersepadu serta
penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran matematik di sekolah. Secara
khususnya objektif kajian ini ialah :
1.4.1 Mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru matematik terhadap
konsep
pendidikan bersepadu.
1.4.2 Mengenalpasti tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni guru-
guru
matematik dalam pengajaran yang dilakukan
1.4.3 Mengenalpasi perbezaan tahap kefahaman konsep pendidikan
bersepadu di antara guru-guru matematik lelaki dan perempuan
1.4.4 Mengenalpasti perbezaan tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai
murni di antara guru-guru matematik lelaki dan perempuan di dalam
pengajaran
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya guru merupakan agen perubahan di dalam masyarakat.
1.5.1 Sejauhmanakah tahap kefahaman konsep pendidikan bersepadu guru-
guru matematik di daerah Manjung?
9
1.5.2 Apakah tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni guru-guru
matematik?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pemahaman konsep
pendidikan bersepadu di antara guru-guru metamatik lelaki dan
perempuan?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pelaksanaan
penerapan nilai-nilai murni antara guru-guru matematik lelaki dan
perempuan?
1.6 Hipotesis
1.6.1 Hipotesis nul bagi kajian ini untuk objektif 1.4.3 dan 1.4.4 adalah
seperti berikut:
` Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina
terhadap pemahaman konsep pendidikan bersepadu
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina
terhadap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran
1.7 Kerangka Konsep
Dalam kajian ini, penyelidik telah merangka konsep untuk menjelaskan
kajian ini dalam bentuk grafik. Kajian ini menerangkan beberapa skop. Skop utama
bagi kajian ini ialah tentang subjek matematik di sekolah menengah. Dalam
mengkaji tentang “Konsep Pendidikan Bersepadu serta Penerapan Nilai-Nilai Murni
10
Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah” terdapat dua aspek yang dilihat
iaitu kefahaman guru-guru tentang konsep pendidikan bersepadu serta amalan
penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran.
Berdasarkan Rajah 1.1 ia menerangkan tentang kerangka konsep kajian. Ia
menujukkkan bagaimana sebuah sekolah menghasilkan seorang pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di sekolah kita akan melihat
pengajaran matematik guru diantara guru lelaki dan perempuan. Terdapat dua aspek
yang dilihat iaitu konsep pendidikan bersepadu dan juga nilai-nilai murni dalam
pengajaran. Kedua-dua aspek ini juga akan dinilai berdasarkan tahap kefahaman
mereka dan juga tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.
Matematik Sekolah Menengah
Pengajaran Matematik
Guru lelaki dan perempuan
• Konsep pendidikan bersepadu
• Nilai-nilai murni dalam pengajaran
Pemahaman konsep pendidikan
bersepadu
Penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran
Pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
dan intelek.
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian
11
1.8 Kepentingan Kajian
Konsep pendidikan bersepadu dan amalan penerapan nilai-nilai murni adalah
merupakan sesuatu aspek penting yang telah diperkenalkan melalui KBSM. Di
dalam dunia globalisasi pendidikan juga menghadapi arus kemajuan oleh kerana itu
kita memerlukan reformasi di dalam pendidikan. Kajian ini dilakukan adalah untuk
mengetahui setakat mana kefahaman guru-guru matematik terhadap pendidikan
bersepadu dan juga amalan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini penting dalam sistem pendidikan bagi menilai sejauh
manakah keberkesanan pendidikan bersepadu dan juga pelaksanaan penerapan nilai-
nilai murni oleh guru-guru.
Hasil dapatan dari kajian ini amat berguna kepada semua pihak. Ia akan
dapat memberi satu garis panduan dan sumber maklumat dalam membantu pihak
pentadbiran sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri,
Kementerian Pelajaran Malaysia serta guru-guru amnya. Bagi pihak pentadbiran
sekolah, hasil ini dapat membantu mereka dalam menyediakan pengurusan
kurikulum yang menerapkan elemen nilai-nilai murni bagi mewujudkan suasana
yang sihat, aman dan harmonis. Pentadbir sekolah juga dapat mengetahui kekangan
yang dihadapi oleh pelaksana iaitu guru-guru dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang menyelitkan nilai-nilai murni.
Bagi pihak pengurusan pendidikan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah ini amat penting bagi mereka
untuk merangka keperluan di dalam kurikulum dan membuat penambahbaikan agar
matlamat pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan
bersepadu dari semua aspek tercapai.
12
Bagi pihak pelaksana pula kajian ini penting bagi mereka untuk dijadikan
panduan serta memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan menerapkan
nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga dapat
memberi pendedahan sebenar senario persekolahan di Malaysia serta mengenai sikap
guru-guru yang mengajar matematik khususnya yang lebih mementingkan aspek
peperiksaan.
1.9 Batasan Kajian
Batasan kajian dalam penyelidikan khusus untuk mengenai pemahaman
konsep pendidikan bersepadu oleh guru-guru matematik dan juga penerapan nilai-
nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan sampel hanya dibataskan
kepada guru-guru matematik bagi menengah rendah sahaja untuk mengecilkan skop
kajian bagi mendapatkan kajian yang lebih mendalam. Maklumat yang diperolehi
adalah berdasarkan maklumbalas yang diperolehi dalam borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Kajian ini dijalankan di daerah Manjung, Perak.
Pemilihan lokasi ialah kerana memudahkan penyelidikan kerana penyelidik pernah
bertugas di dalam lokasi(daerah) kediaman penyelidik.
13
1.10 Definisi Istilah
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah definasi yang boleh
diterangkan dengan lebih tepat bagi menepati tujuan kajian.
1.10.1 Konsep
Pengertian (pendapat yang terbentuk dalam fikiran) mengenai sesuatu,
tanggapan, gagasan, idea Kamus Dewan (2002).
1.10.2 Pendidikan
Menurut Mok Soon Sang (2001) pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti
yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid
supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai
kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakat pada
masa depan.
1.10.3 Bersepadu
Berkaitan erat(tidak terpisah-pisah)berjalin, bertahan erat. Kamus Dewan (2002)
1.10.4 Penerapan
Perihal perbuatan dan sebagainya, menerapkan(mengenakan pada
menyerapkan dan sebagainya) perbuatan dan sebagainya, mempraktikkan. Kamus
Dewan (2002)
14
1.10.5 Nilai
Sifat ketinggian(pemikiran,agama,kemasyarakatan). Kamus Dewan
(2002) Menurut Tunku Sarah (2001) nilai merupakan idea abstrak dan murni
melibatkan emosi dan rohani. Menurut Sufean Hussein(1989) nilai adalah idea
tentang kepentingan faedah mutu dan keberanian tentang segala benda, perkara dan
fenomena yang terdapat dan berlaku di alam semesta ini.
1.10.6 Murni
Tidak mengandungi unsur-unsur asing(biasanya unsur-unsur yang
mencemarkan) bersih benar, suci, tulen. Kamus Dewan (2002)
1.10.7 Pengajaran
Perihal mengajar, sesuatu yang berkaitan dengan mengajar(seperti cara atau
sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain). Mengajar menyampaikan
ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih,
memberi petunjuk-petunjuk.Kamus Dewan(2002)
Menurut Tunku Sarah (2001), pengajaran adalah dalam situasi formal
melibatkan guru, murid, bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran serta suasana dan
iklim bilik darjah. Pengajaran yang berkesan akan terhasil jika sekiranya pihak
pengajar dan pelajar mendapati ada sesuatu yang berkesan dan dapat dirasai oleh hati
mereka. Nilai yang akan diterapkan oleh guru dalam pengajaran di bilik darjah ialah
nilai tersurat dan tersirat. Nilai tersurat ialah nilai luaran melalui proses psikomotor
sementara nilai tersirat ialah nilai yang boleh diterapkan melalui proses kognitif,
afektif dan yang terpenting ialah kerohanian.
15
Bab 2
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai
konsep pendidikan bersepadu dan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran
oleh guru-guru matematik dan sebahagian kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh
penyelidik berkaitan konsep pendidikan bersepadu serta penerapan nilai-nilai murni.
Penulisan dalam bab ini diharap dapat membantu penyelidik dalam mendapatkan
gambaran berhubung dengan kajian ini.
2.2 Konsep Pendidikan Bersepadu
Sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan hendaklah
dilaksanakan secara seimbang dan harmonis dengan meletakkan fokusnya kepada
pembangunan manusia. Keseimbangan di antara dua perspektif ini membolehkan
pelajar menjalani kehidupan sesuai dengan fitrah insaniah. Inilah yang dimaksudkan
sebagai kehidupan dan pembangunan manusia berkualiti.
16
Perkembangan mutakhir di dunia menunjukkan persoalan kualiti manusia
makin tercabar. Sebagai contoh penyelidikan-penyelidikan terbaru dalam beberapa
bidang ilmu mencetuskan corak kehidupan yang bertentangan dengan fitrah insan.
Keadaan ini tentu akan menjejas kualiti insaniah yang dijelaskan di atas.
Dalam konteks ini pendidikan berperanan untuk memelihara kualiti hidup
yang harmonis dengan fitrah insan. Oleh itu perkara ini perlu dibincang untuk
membina dasar pendidikan yang terarah kepada pembangunan manusia berkualiti.
Menurut tinjauan Muhd Uthman El-Muhamady(1982), konsep kesepaduan
ilmu telah wujud dari zaman tamadun Islam sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Ini kerana ilmu Islam telah meletakkan wahyu yang bersumberkan al-Quran dan as-
Sunnah di atas sekali. Ilmu akal juga dititikberatkan juga tetapi ianya bersandarkan
ilmu wahyu. Ini bermaksud ilmu kerohaniah dan ilmu keduniaan berhubungkait dan
juga bersepadu dan ianya berlandaskan tawhid.
Mohd Kamal Hasan(1979) dalam tinjauannya mengenai peranan pendidikan
Islam dalam pembangunan umat, menjelaskan bahawa Pendidikan Islam ialah
merupakan pendidikan seumur hidup, membangun seluruh potensi manusia (roh,
akal dan jasad) secara sepadu merangkumi aspek kognitif, afektif dan jasmani
sekaligus menyampaikan dwi fungsi , insan sebagai hamba Allah dan khalifah Allah
di muka bumi yang ditugaskan unutuk memakmurkan seluruh alam di atas dasar
kesepaduan dan kesempurnaan ilmu, ilmu amal soleh dan mencapai kebahagiaan
dunia dan akhirat.
17
Hassan Langgulung (1977), dalam tinjauannya telah merumuskan tujuan dan
matlamat Pendidikan Islam adalah lebih menyeluruh dan bersepadu. Berbeza dengan
sistem pendidikan liberal yang hanya mementingkan tujuan untuk kejayaan peribadi
dan bermatlamatkan kebendaan. Falsafah dan matlamat pendidikan Islam adalah
untuk mengatur hidup manusia yang selamat di dunia dan akhirat.
Tajul Ariffin Noordin (1987), menjelaskan bahawa matlamat dan objektif
pendidikan bersepadu berfungsi untuk mengembangkan daya keintelektualan yang
berteraskan kepada aqidah dan berpaksikan tawhid. Penerapan ilmu pengetahuan
yang diasaskan dari sumber al-Quran dan al-Hadis serta mampu mewujudkan
keseimbangan akal, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang.
Objektif pendidikan bersepadu juga ialah bertujuan untuk melahirkan insan
yang sejahtera dan harmonis melalui pemikiran dan penghayatan ilmu yang sahih.
Amidah Adam (1988), yang telah melakukan satu tinjauan mengenai
penerapan konsep Pendidikan Bersepadu dalam pengajaran Sains menurut perspektif
KBSM, dari hasil kajiannnya menunjukkan responden bersetuju tujuan pendidikan
ialah untuk mewujudkan keseimbangan akal, emosi, rohani dan jasmani. Di dalam
kajian ini juga dijelaskan bahawa terdapat kemerosotan disiplin dan kejatuhan akhlak
dikalangan pelajar adalah disebabkan oleh sistem pendidikan yang tidak seimbang.
18
Mohd Helmi Yusuf(1988), yang membuat tinjauan mengenai “Pendidikan
Sepadu dan Impikasinya dalam Pembaharuan Budaya Melayu”, menjelaskan
pendidikan sepadu akan dapat mewujudkan keseragaman dan perpaduan dalam satu
cara hidup dan sistem nilai yang berasaskan tawhid. Kajian ini juga merumuskan
bahawa menerusi pendidikan bersepadu, ilmu-ilmu seperti sains dan teknologi, ilmu
ekonomi dan sebagainya akan berasaskan ilmu tawhid. Pendidikan sepadu bukan
hanya untuk memberikan didikan ilmu tetapi membentuk insan yang baik, penuh
dengan sopan dan berakhlak mulia.
Berdasarkan kajian Nor Hafizah Musa(1990), tinjauan mengenai
perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) di beberapa sekolah
menengah di negeri Selangor, mendapati bahawa pelaksanaan KBSM mendapat
sokongan penuh dari pihak sekolah dan juga ibu bapa. Mereka menganggap KBSM
ialah satu medium untuk melahirkan insan yang benar-benar seimbang dari segi
mental, emosi, rohani dan jasmani. Hasil dari kajian ini terdapat beberapa masalah
yang dijumpai seperti kesukaran guru-guru berhubung dengan kaedah pendekatan
pendidikan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tokijan Hj Abd Halim(1991), mendapati guru-guru memahami pengertian
dan prinsip-prinsip pendidikan bersepadu dan penerapan nilai-nilai murni. Hasil dari
analisis responden mendapati bahawa mereka memahami bahawa pendidikan yang
sebenar adalah untuk mengembangkan daya keintelektualan yang berasaskan akidah
dan tauhid. Di sini jelas bermaksud pendidikan yang sempurna adalah hasil dari
kesemua aspek iaitu emosi, rohani, intelek dan jasmani.
19
2.2.1 Konsep Pendidikan Sepadu dalam Matematik
Tujuan pendidikan, antara lainnya adalah untuk memupuk dan membentuk
sahsiah yang bersifat seimbang, menyeluruh dan mulia. Sahsiah yang demikian sukar
dicapai sekiranya masih ada potensi yang diabaikan atau tidak diperkembangkan
dengan secukupnya. Selaras dengan hasrat ini, KBSM digubal bagi mewujudkan
kesepaduan antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesepaduan ini akan
membolehkan potensi pelajar berkembang dengan seimbang dan menyeluruh.
Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud yang luas, merangkumi aspek
gabungjalin, integrasi, penerapan, hubungkait dan kesinambungan. Secara umumnya
konsep ini bermaksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai,
kemahiran bahasa dan perkembangan jasmani dilakukan serentak dan secara
menyeluruh tanpa sebarang pemisahan antara aspek - aspek tersebut. Konsep
bersepadu mempunyai dimensi seperti berikut :
• Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran bahasa dan nilai murni
dalam setiap pelajaran
• Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata pelajaran sekolah
• Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah dengan pendidikan di
luar bilik darjah
• Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman
dalam alam sekitar di luar sekolah
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80 ‘
an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap
kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan
butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini
membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai sepenuhnya
KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan
terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandunganya terlampau memberi
20
penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan
ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermerlangan
kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan
kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak
langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme . Aspek lain seperti pemahaman,
amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa,
1992).
Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang
umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus
kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan
kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan
masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah
penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah.
Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan
perkaitan.(KPM,1988).
Menurut Nik Azis Nik Pa (1992), strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam KBSM berasaskan kepada tiga peringkat yang bertindihan dan saling
berkaitan iaitu pengalaman aktif. Pada peringkat pengalaman aktif pelajar
dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran samada melalui pengalaman
sebenar atau simulasi. Peringkat yang kedua ialah pembentukan struktur secara
retroaktif. Di peringkat yang kedua ini pelajar akan diminta membuat refleksi
pengalaman yang baru serta dapat mengabstark corak dan pola yang spesifik bagi
membina skim baru. Pada peringkat yang ketiga ialah pembentukan asimilasi yang
menyeluruh. Guru akan memperkembangkan skim yang sedia ada pada pelajar
supaya ia lebih sofistikated dan pelajar akan didedahkan dengan pelbagai
pengalaman serta situasi baru.
21
Kurikulum matematik dalam KBSM memberi tumpuan kepada penyelesaian
masalah dan pemikiran kritis. Para guru dikehendaki membimbing murid membina
konsep sendiri (konstruktivisme) dalam minda dengan bantuan bahan-bahan
manipulatif. Bahan-bahan dalam pelajaran konstruktivis adalah unsur-unsur untuk
dilakukan tindakan, bukannya bahan paparan maklumat. Bukan untuk mengira, tetapi
untuk membina pengetahuan dan kemahiran (Ibrahim Md. Noh, 1995).
Jelas di sini konsep pendidikan bersepadu menjadi teras di dalam pembinaan
KBSM bagi melahirkan pelajar yang lebih seimbang dari segi JERI. Konsep hafalan
tidak lagi digunakan tetapi kefahaman konsep di dalam matematik lebih diutamakan.
Pelajar akan bergiat dengan lebih aktif ini secara tidak lansung memperkembangkan
intelek pelajar serta pelajar akan lebih berkembang dari segi rohani kerana
penerapan pemikiran logik dan bersistem.
2.3 Penerapan nilai-nilai murni
Nilai murni masih belum dapat diterapkan dengan memuaskan di kalangan
pelajar di sekolah berasaskan masalah disiplin yang sering kita baca dari akhbar-
akhbar. Apakah itu nilai-nilai murni? Nilai-nilai murni yang dimaksudkan ialah
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di antara manusia dengan manusia, alam
dan Allah.
Wan Zahid Noordin (1988) menyatakan nilai-nilai murni ialah tanggapan
tentang perkara-perkara yang dihajati serta pada masa yang sama ianya menjadi
22
ukuran atau kriteria. Asas nilai-nilai murni selalunya berlandaskan agama bagi
mengajar penganutnya untuk berakhlak mulia dan berbudi pekerti baik.
Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan(1992), nilai-nilai murni
membawa maksud ialah nilai-nilai yang luhur. Ia menetapkan prinsip-prinsip akhlak
yang utama. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak telah menggariskan 17 nilai-nilai
murni yang boleh diterapkan di dalam pengajaran bagi membentuk pelajar yang
seimbang dan menyeluruh dari segi semua aspek.
Menurut Wan Zahid Noordin (1988), nilai-nilai murni menjurus kepada
perkara-perkara baik, mulia dan tetap. Nilai-nilai murni juga dimaksudkan sebagai
nilai yang luhur, tetap dan kudus. Asas kepada nilai-nilai murni di dalam sesuatu
masyarakat atau bangsa ialah agama. Menurut Khairudin Ngah dan Heng Hu Yee
(1995) telah mendefinasikan ciri-ciri nilai murni seperti berikut :
a) Baik hati
- Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan
kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.
b) Berdikari
- Kebolehan atau kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa
bergantung dengan orang lain.
c) Berhemah Tinggi
- Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia, lembah lembut serta
berbudi bahasa.
d) Hormat menghormati
- Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan
memberi layanan yang bersopan.
e) Kasih sayang
- Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan
yang lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu.
23
f) Keadilan
- Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak
berat sebelah.
g) Kebebasan
- Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan atau halangan. Kebebasan
itu mestilah tidak melampui batas dan tertakluk kepada peraturan
dan undang-undang yang ditentukan oleh agama,masyarakat dan
negara.
h) Keberanian
- Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan hati
yang tabah dan yakin.
i) Kejujuran
- Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan
ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
j) Kerajinan
- Orang yang sanggup bekerja keras untuk mencapai sesuatu yang
diingininya. Contoh orang yang yang mengamalkan sikap
kerajinan mempunyai sikap-sikap seperti cekal, daya usaha,
dedikasi, gigih dan tekun.
k) Kerjasama
- Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama
pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.
l) Kesederhanaan
- Sikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan. Kesederhanaan termasuklah dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat.
m) Kesetiaan
- Sikap patuh dan taat kepada segala peraturan dan arahan.
n) Kesyukuran
- Melahirkan perasaan dan perlakuan secara ikhlas di atas nikmat
24
o) Rasional
- Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata. Orang
yang rasional merupakan orang yang dapat mengambil tindakan
yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan.
p) Semangat bermasyarakat
- Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
q) Kebersihan fizikal dan mental
- Kebersihan terbahagi kepada dua iaitu kebersihan fizikal dan
mental. Kebersihan fizikal bererti kebersihan tubuh badan dan
menjaga persekitaran serta memelihara alam sekeliling supaya
sentiasa bersih dan bebas daripada kekotoran manakala kebersihan
mental ialah kebersihan dari segi pertuturan, perlakuan serta
mempunyai pemikiran yang baik dan suci.
Dari segi agama,semua agama yang dianuti mengajar umatnya untuk
melakukan kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai murni. Dalam islam sudah
termaktub jelas di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan kami wajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya”(Q 31:14).
“Hai anakkku dirikanlah solat dan suruhlah(manusia) berbuat
kebaikan serta laranglah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu.
Sesungguhnya yang demikian adalah dari perkara-perkara-perkara
yang dikehendaki di ambil berat melakukannya(Q 31:17)
Dari petikan firman di atas, ini membuktikan bahawa dalam agama Islam
amat menitikberatkan nilai-nilai murni agar umatnya menjadi individu yang baik
akhlaknya serta berperketi mulia. Ini kerana akhlak yang mulia akan menjamin
masyarakat yang harmoni dan melahirkan sebuah negara yang maju.
25
Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek telah
menjadi tumpuan dan perhatian dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
merangkumi objektif-objektif berikut;
i) Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan dan juga kesyukuran
ii) Menanam semangat cintakan nilai-nilai suci
iii) Menghormati kebaikan dan membenci keburukan
iv) Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan
juga sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab.
v) Menghapuskan sifat negatif dalam kehidupan dan juga sewaktu
menjalankan tugas serta tanggungjawab.
vi) Menjalankan amanah dengan dedikasi
vii) Melatih diri dengan disiplin
viii) Meningkat hasil
ix) Berusaha mencapai kecemerlangan
Bagi merealisasikan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
ditetapkan semua pelajar yang beragama Islam mengambil mata pelajaran islam bagi
mempelajari pendidikan akhlak dan kerohanian, manakala pelajar yang bukan
beragama islam akan belajar pendidikan moral.
Pengajaran dan penerapan nilai-nilai murni telah lama dilaksanakan di dalam
sistem pendidikan khususnya melalui matapelajaran moral. Abd Rahman Aroff dan
L.H Chang (1994), merumuskan bahawa sekolah berperanan dalam pemupukan nilai
moral di kalangan pelajar berikutan kemerosotan akhlak dikalangan pelajar di
seluruh dunia. Disebabkan oleh fenomena itu maka matapelajaran pendidikan Moral
telah dijadikan matapelajaran teras. Ini kerana seperti yang kita sedia maklum
bahawa negara kita adalah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.
Maka bagi menjamin kestabilan negara rakyat haruslah mempunyai budi pekerti
yang baik dan juga bersatu padu walaupun dari etnik yang berbeza.
26
Rohani Dollah (1980), menjelaskan pelajaran hanya bersandarkan akademik
dan ketidaktahuan intelektual semata-mata tanpa pendidikan berbentuk kerohanian
tidak akan berjaya membangunkan sebuah masyarakat yang terulung dan berjaya di
dunia dan di akhirat. Kajian ini juga menjelaskan, bahawa sekolah ialah satu
platform bagi menyalurkan berbagai ilmu pengetahuan. Unsur akhlak dan nilai-nilai
murni haruslah diterapkan di dalam semua mata pelajaran dan juga kegiatan di
sekolah.
Selaras dengan perlaksanaan KBSM, aspek nilai diberikan keutamaan selain
dari ilmu dan kemahiran. Wan Zahid Noordin (1988) menjelaskan aspek penerapan
nilai-nilai murni adalah penting bagi menjana dan melahirkan masyarakat yang
mempunyai jati diri dan mempunyai ketahanan diri yang kukuh. Menurut Ahmad
Jaffni Hasan (1987), matlamat penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum ialah
bagi melahirkan manusia yang berpekerti mulia, memberi pemupukan dan
penghayatan terhadap amalan-amalan murni masyarakat Malaysia. Dalam erti kata
yang mudah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai patriotik
dan bermoral tinggi.
Berikutan itu, Kementerian Pelajaran telah menjalankan penerapan nilai-nilai
murni secara komprehensif. Strategi yang digunakan ialah penerapan nilai-nialai
murni akan diselitkan di dalam pengajaran semua matapelajaran dan akan
diperkukuhkan lagi melalui kegiatan ko kurikulum. Secara umumnya kurikulum
secara formal dan tidak formal akan digunakan sepenuhnya secara bersepadu bagi
memastikan penerapan nilai-nilai murni berhasil dan berkesan.
Abdullah Mohd Noor(1998), dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajaran
Geografi mudah untuk diterapkan elemen nilai-nilai murni. Seperti dalam kajiannya
menyatakan bahawa nilai-nilai kewarganegaraan boleh dipupuk dalam diri murid
supaya bertanggungjawab dalam menggunakan sumber-sumber alam yang ada.
27
Abd Mutallib Rani(1998), dalam tinjauannya tentang nilai-nilai murni dalam
matapelajaran Sejarah, pelajar-pelajar dapat dipupuk semangat bersatu padu melalui
pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair. Dengan sendirinya semangat
cintakan negara dan semangat perpaduan antara kaum dapat diwujudkan.
Adnan Khamis (1988) membicarakan mengenai pasukan unit beruniform
yang secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni. Dalam kawad
misalnya dapat melatih pelajar itu berdisplin serta bekerjasama dalam kumpulan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam unit beruniform dapat meningkatkan lagi jati
diri pelajar di samping itu dapat mengembangkan konsep insaniah yang luhur.
Amidah Adam (1988) dalam kajiannya mengesyorkan agar nilai-nilai akhlak
dapat diterapkan dalam matapelajaran Sains dan juga mewujudkan kesepaduan
antara kaedah saintifik dan juga ilmu agama dalam kurikulum Sains.
Zalina Abd Rahman(1990) dalam kajiannya bertajuk “Pelaksanaan Nilai-
Nilai murni dalam KBSM” menunjukkan faktor jantina mempengaruhi pelaksanaan
nilai-nilai murni. Terdapat hubungan yang signifikan diantara pelaksanaan nilai-nilai
murni dengan pemahaman peranan guru sebagai pendidik.
Bahamin Ibrahim (1993) di dalam kajiannya menerangkan bahawa proses
penerapan nilai-nlai murni dapat dijalankan tetapi dari segi aspek penilaiannya
tentang tahap penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni haruslah diberikan
perhatian.
28
Sulaiman Aziz (1994) dalam kajiannya menyatakan bahawa nilai-nilai murni
adalah satu aspek yang perlu diserapkan kepada pelajar-pelajar. Tetapi terdapat
beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru untuk menerapkan nilai-nilai murni bagi
sesetengah tajuk terutama dalam matapelajaran Sains dan Matematik.
William Baja Jap (1999) dalam kajiannya mendapati masih ramai guru yang
tidak memahami konsep kesepaduan dan penerapan nilai-nilai murni yang
terkandung di dalam KBSM. Ini kerana terdapat beberapa istilah yang tidak dapat
difahami oleh guru. Walaupun begitu masih terdapat usaha yang dilakukan oleh
guru untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran mereka.
2.3.1 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik
“Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang
berilmu pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik.
Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat
membudayakan matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran
penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat
membuat keputusan dengan berkesan”.
(sukatan pelajaran KBSM Matematik 2000)
”Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai
intrinsik matematik seperti berpemikiran mantik, bersistem, tepat, teliti, tekun dan yakin
perlu diterapkan sepanjang kursus pengajian ini. Nilai-nilai murni boleh diterapkan
dalam konteks yang sesuai secara bersahaja tetapi terancang.”
(sukatan pelajaran KBSM Matematik 2000)
29
Di dalam perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Yg Bhg Dato'
Dr. Hj. Ahamad B. Sipon bersempena perayaan hari guru 2007, beliau mengatakan
dalam memupuk nilai-nilai murni ia haruslah diterap secara merentas mata pelajaran.
Ini bermaksud bahawa penggabungjalinan mata pelajaran seperti mata pelajaran lain
di dalam Matematik. Ini akan lebih membawa makna kepada pelajar. Guru juga
haruslah menjadi contoh pengamal dan pemelihara nilai-nilai murni yang diterapkan
kepada pelajar. (Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan
Hari Guru 2007)
Di dalam sukatan Matematik KBSM (2000), juga menerankan perlunya guru
untuk memupuk nilai instrisik matematik dan juga nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia seperti bersistem, tepat, teliti, tekun, yakin dan berpemikiran mantik, tidak
membazir, bersifat sederhana dan bekerjasama bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab dan juga berhemah tinggi.
Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai
kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik
perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif,
konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996)
Yahya Don (2006) menyatakan bahawa dalam subjek matematik aktiviti
kumpulan dapat dilakukan secara komprehensif iaitu seperti dalam menyelesaikan
beberapa soalan matematik yang rumit. Ini akan menimbulkan sikap prihatin
dikalangan pelajar serta konsep kerjasama dapat diterapkan di dalam diri pelajar.
30
2.4 Kesimpulan
Kesimpulannya bab ini menerangkan kesannya konsep pendidikan bersepadu
serta penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran di sekolah. Hasil dari kajian lalu,
sistem pendidikan akan lebih berkesan jika aspek kerohanian ini diperkembangkan
dalam semua matapelajaran dan juga semua aktiviti tidak kira sama ada secara
formal ataupun tidak formal. Guru memainkan peranan penting dalam menjayakan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani,emosi dan rohani.
31
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Penyelidikan ialah proses mencari pengetahuan baharu. Penyelidikan
merupakan antara cara manusia mencari kebenaran dan ketepatan. Dalam erti kata
lain penyelidikan ialah proses penghasilan dan pengetahuan tentang manusia, alam
dan sebagainya (Sulaiman Masri 1995). Kita berusaha dengan menggunakan kaedah
penyelidikan saintifik untuk menjelaskan pelbagai gejala dan permasalahan serta
menemukan sebab musabab yang sebenarnya wujud daripada rentetan akibat.
Penyelidikan adalah satu usaha yang sistematik untuk mendapatkan jawapan kepada
persoalan kajian. Bab ini menerangkan dan membincangkan mengenai perkara yang
berkaitan dengan kaedah dan cara penyelidikan dijalankan . Berdasarkan tajuk dan
objektif kajian, terdapat pelbagai kaedah atau cara yang dikenalpasti boleh digunakan
untuk menjalankan sesuatu kajian. Oleh itu, pelbagai aspek perancangan yang teliti
diperlukan dalam melicinkan proses perolehan data, kesahihan instrumen,
menganalisis dan menilai data kajian. Dalam bab ini menghuraikan perkara-perkara
yang berhubung dengan reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel
kajian, instrumen kajian yang digunakan, prosedur penyelidikan , kajian rintis dan
analisis data.
32
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ialah garis panduan, rancangan strategi yang disediakan
bertujuan untuk menjawab soalan penyelidikan dengan mengawal ralat yang dapat
mempengaruhi keputusan kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Dengan
menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik, semua perolehan data akan
dianalisis dan diterangkan secara deskriptif. Data yang dianalisis diperolehi dari soal
selidik yang diedarkan kepada guru-guru yang mengajar Matematik di menengah
rendah. Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang ditetapkan dan
ditafsirkan secara kuantitatif. Penganalisisan data kajian akan meliputi latar
belakang responden, kefahaman guru-guru matematik terhadap konsep pendidikan
bersepadu, pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni guru-guru matematik dalam
pengajaran dan pengajaran. Maklumat yang dapat akan digunakan bagi pengujian
Hipotesis Null. Terdapat tiga bahagian soal selidik yang digunakan bagi mengumpul
data seperti berikut:
Bahagian A : Soal selidik mengenai latar belakang responden.
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan
jantina, tempoh perkhidmatan, kelas di ajar dan lokasi sekolah
tempat mengajar.
Bahagian B : Soal selidik mengenai kefahaman responden terhadap
pendidikan bersepadu
Bahagian C : Soal selidik mengenai penerapan nilai-nilai murni
responden terhadap pengajaran matematik di sekolah
menengah.
33
Rasional pembahagian soal selidik kepada tiga bahagian ialah bagi untuk
memastikan segala maklumat yang akan dapat menjawab segala persoalan kajian dan
juga maksud kajian akan diketahui dengan lebih jelas dan mendalam lagi.
Bahagian B dan C terdiri daripada 42 item. Item-item ini menggunakan
Skala Likert. Menurut Azizi Yahya et al.(2007), Skala Likert didapati sesuai untuk
mengukur persepsi dan pandangan guru berhubung isu atau perkara. Skala ini
digunakan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap maklumbalas
responden.
3.3 Tempat Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini penyelidik telah memilih guru-guru yang
mengajar Matematik menengah rendah di sekolah menengah di daerah Manjung.
Rasionalnya memilih daerah ini kerana tidak pernah kajian dilakukan di
daerah ini bagi mengkaji tentang kefahaman guru mengenai konsep pendidikan
bersepadu serta penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran.
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
Menurut Mohd Majid Konting(1994) sampel ialah sekumpulan kecil
yang dipilih dan diambil bagi mewakili populasi yang besar.Populasi kajian
terdiri dari guru-guru yang mengajar matematik menengah rendah di daerah
Manjung, Perak.
34
Kajian ini akan dijalankan di sepuluh buah sekolah menengah iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung, Sekolah Menengah
Kebangsaan Ahmad Boestamam, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu
Sepuluh, Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Remis, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Samudera, Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat
Beruas, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tok Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman,
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Idris di daerah Manjung Perak.
Pemilihan sepuluh buah sekolah ini adalah berdasarkan latarbelakang yang
berbeza iaitu sebanyak lima buah sekolah ialah kategori luar bandar manakala
lima buah lagi ialah kategori bandar.
Menurut Najib (1999) sampel adalah sumber mendapatkan data.
Prinsip persampelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep
kebarangkalian dan setiap elemen yang dipilih adalah mempunyai peluang
yang sama. Pada asasnya, persampelan adalah merupakan satu usaha bagi
seorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat
mewakili populasi tersebut.
3.5 Kajian Rintis
Tujuan utama pelaksanaan kajian rintis ini adalah untuk mengkaji pekali
kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik. Kajian rintis ini telah dijalankan di
kalangan guru-guru yang mengajar subjek Matematik di daerah Pontian, Johor.
Borang soal selidik telah diedarkan kepada mereka secara rawak bertujuan untuk
mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item-item soalan yang dibina oleh
penyelidik. Menurut Kamaruddin Yakub (Modul Kaedah Penyelidikan USM 1997)
kajian Rintis ialah kajian penerokaan awal untuk menentukan supaya proses
penyelidikan akan berjalan dengan lancar dan akan memperolehi hasil seperti yang
dicadangkan. Seramai 10 orang guru matematik yang mengajar di sekolah
menengah di daerah Pontian telah diambil sebagai responden bagi kajian rintis ini.
35
3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik
Kaedah anilisis statistik telah diguna pakai bagi menentukan
kebolehpercayaan soal selidik. Menurut Mohd Najib (1999) salah satu kaedah untuk
menentukan kebolehpercayaan ialah menggunakan analisis statistik yang lebih
kompleks seperti Alpha Cronbach.
Kekuatan atau kebolehpercayaan instrumen setelah dianalisis dengan
mengunakan SPSS Versi 15 nilai alpha yang diperolehi ialah 0.89 . Menurut Mohd
Majid Konting(1994) kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 boleh digunakan.
Menurut Mohd Najib (1999) jika nilai koefisien kebolehpercayaan berada pada tahap
0.8 ke atas, tahap kebolehpercayaan adalah tinggi.
Jadual 3.1 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi
Julat(+ atau - ) Kekuatan
0.0 hingga 0.2 Sangat Lemah
0.2 hingga 0.4 Lemah, rendah
0.4 hingga 0.7 Sederhana
0.7 hingga 0.9 Tinggi, kuat
0.9 hingga 1.0 Sangat tinggi, sangat kuat
Sumber Penyelidikan Pendidikan UTM(1999)
36
3.7 Instrumen Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, dua jenis data diperlukan dalam proses
menyempurnakan kajian ini iaitu data primer dan data sekunder.
3.7.1 Pengumpulan Data Primer
3.7.1.1 Soal Selidik
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik
yang dibina adalah berdasarkan teori dan pendapat pakar dalam bidang dialog
peradaban. Penyelidik akan membina item-item soalan soal selidik dalam bentuk
perilaku praktikal. Penggunaan soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk
populasi yang besar. Penyelidik menggunakan soal selidik dalam kajian ini adalah
kerana:
i. Penyelidik berpendapat bahawa dengan menggunakan soal selidik, data
yang diterima adalah tepat dan responden dapat memberi maklum balas
dengan yakin.
ii. Dengan menggunakan kaedah ini, ia menjimatkan kos serta masa. Dengan
mengunakan soal selidik ini juga, data menghasilkan item-item yang boleh
dipercayai.
Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu komponen A yang
berkaitan dengan latar belakang respoden, komponen B yang berkaitan
dengan kefahaman responden terhadap pendidikan bersepadu dan komponen
C yang berkaitan dengan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.
Penyelidik menggunakan Lima Markat Skala Likert seperti berikut:
37
Bahagian A
Bahagian ini mengandungi lima item untuk memperolehi data mengenai latar
belakang diri responden yang terdiri daripada nama sekolah, lokasi sekolah, jantina,
pengalaman mengajar dan juga tingkatan diajar
Bahagian B
Bahagian ini mengandungi soalan mengenai pemahaman guru mengenai
konsep pendidikan bersepadu.
Bahagian C
Bahagian ini mengandungi soalan mengenai penerapan nilai-nilai murni
dalam pengajaran matematik.
Nilai Amat
Rendah
Rendah Sederhana Tinggi Amat Tingi
Skor 1 2 3 4 5
38
3.7.2 Pengumpulan Data Sekunder
Bagi mendapatkan maklumat tertentu, data-data sekunder yang sesuai
diperlukan untuk menyokong huraian tersebut yang diperolehi melalui buku-buku,
laporan kajian, laporan persidangan, penyelidikan bertulis, jurnal, artikel majalah,
surat khabar serta artikel dan laporan dari internet.
3.8 Prosedur Kajian
Prosedur kajian adalah penting bagi memastikan kelancaran perjalanan
penyelidikan agar ianya dapat dibuat dengan sempurna. Setelah pemilihan tajuk
diluluskan oleh pensyarah pembimbing proses pertama penyelidikan bermula dengan
menentukan skop kajian yang meliputi tajuk kajian. Semua ini dibincang bersama
pensyarah pembimbing disamping membuat rujukan di perpustakaan.
Sebelum kajian dijalankan, kebenaran untuk menjalankan kajian telah
dipohon dari Bahagian Perancangan dan Pendidikan Malaysia. Seterusnya
penyelidik memohon kebenaran daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perak dan juga
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung bagi menjalankan kajian yang melibatkan
sekolah-sekolah menengah di daerah Manjung.
Setelah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri,
penyelidik mengadakan pertemauan dengan pengetua sekolah yang terlibat bagi
mendapatkan kerjasama menjalankan kajian. Naskah soal selidik diedarkan kepada
guru-guru berkenaan. Penerangan cara-cara menjawab item soal selidik dan tujuan
kajian dimaklumkan kepada responden agar mereka faham tentang kehendak kajian.
Responden diberikan masa selama seminggu untuk menjawab soal selidik dan
minggu berikutnya penyelidik mengambil soal selidik berkenaan.
39
3.9 Analisis Data
Setelah responden menyerahkan borang soal selidik, penyelidik akan
memastikan semua bahagian telah dijawab oleh responden. Kesemua data yang
diperolehi ini akan diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) ver 15. Data adalah dalam bentuk kuantitatif dan dipaparkan
dalam jadual kekerapan, peratusan dan min.
Bahagian II dan iaitu bagi B dan C pula dianalisis dalam bentuk peratus dan
kekerapan . Data-data ini juga dinyatakan dalam bentuk min bagi tujuan mencari
tahap kebolehpercayaannya. Menurut Mohd Majid (1994) hubungan antara nilai
peratusan dan kekerapan adalah lebih kukuh sekiranya disokong dengan nilai
min.Skala min digunakan bagi tahap min yang diperoleh oleh penyelidik sama ada
rendah, sederhana ataupun tinggi . Min taburan skor bagi kes ini ialah (1.01-2.33) =
Rendah, (2.34-3.66) = sederhana dan (3.67-5.00) = Baik. Menurut Mohd Majid
(1990) ,min merupakan statistik yang sering digunakan sebagai sukatan
kecenderungan memusat.
Cara yang sama digunakan untuk konstruk lain dalam kajian ini. Ini bagi
memudahkan penyelidik merumuskan sesuatu kenyataan itu sama ada dipersetujui
atau tidak. Analisis yang berbentuk peratusan dan kekerapan pula merupakan satu
parameter yang digunakan bagi menganalisis data-data dalam kajian. Peratusan dan
kekerapan digunakan untuk menunjukkan tahap skor secara terperinci berdasarkan
skor jawapan yang diberikan oleh responden terhadap persoalan yang dikemukakan
agar penganalisaan yang dilakukan lebih lengkap. Semua data-data dihuraikan dalam
bentuk jadual.
40
Jadual 3.2: Pengelasan Skor Skala Likert
Skor Pengkelasan
1,2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4,5 Setuju
Sumber Mohd Najib(1999)
Jadual 3.3: Skala Min
Skor Pengkelasan
1.00-2.33 Tidak Setuju
2.34-3.67 Kurang Setuju
3.68-5.00 Setuju
Sumber Mohd Majib(1994)
Jadual 3.4: Penentuan Tahap Peratusan
Peratusan Pengkelasan
71-100 Baik
51-70 Sederhana
20-50 Lemah
Sumber Mohd Najib(1999)
41
3.10 Penutup
Bab ini menghuraikan tentang bagaimana kajian dilaksanakan untuk
mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Kaedah penyelidikan
menerangkan langkah-langkah yang diperlukan secara berurutan agar proses
penyelidikan berjalan dengan lancar. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru yang
mengajar Matematik menengah rendah di sekolah Menengah daerah Manjung Perak.
Alat ukur bagi kajian ini adalah berdasarkan kepada item-item yang terdapat di
dalam soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi dan
dianalisis dengan Statistical Package For Social Science (SPSS)Versi 15 dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min.
Diharap implikasi daripada kajian ini akan memberikan manfaat yang
berguna serta boleh dijadikan panduan bagi penyelidikan akan datang serta untuk
perancangan mana-mana pihak termasuklah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri atau sesiapa sahaja yang ingin membuat penyelidikan.
42
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan dapatan-dapatan kajian yang diperolehi daripada
soal selidik yang telah diedarkan. Semua data yang diperolehi diproses dengan
menggunakan perisian SPSS. Dapatan yang diperolehi akan memberi gambaran
mengenai pemahaman guru tentang konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan
penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
menengah rendah di daerah Manjung. Sebanyak 73 borang soal selidik yang telah
diedarkan tetapi hanya 70 sahaja borang soal selidik yang telah dikembalikan.
Soal selidik yang dianalis diterjemahkan dalam bentuk jadual. Di dalam
jadual tersebut terdapat bilangan peratusan, kekerapan, min item dan juga purata min
hasil dari data yang diambil. Terdapat tiga bahagian yang dibahagikan oleh
penyelidik iaitu bahagian A iaitu bahagian maklumat peribadi guru, bahagian B
berkenaan kefahaman konsep pendidikan bersepadu dan bahagian C iaitu bahagian
penerapan nilai-nilai murni di kalangan guru matematik di dalam pengajaran
matematik.
43
4.2 Huraian Latar Belakang Responden
Dalam bahagian A, penyelidik menganalis data yang berkaitan bagi
mendapatkan nilai kekerapan dan peratus. Latar belakang responden melibatkan
aspek jantina, lokasi mengajar, pengalaman mengajar dan juga tingkatan yang diajar.
Semua data yang dikumpulkan bagi setiap item bahagian A adalah ditunjukkan di
bawah
4.2.1 Jantina responden
Responden lelaki ialah sebanyak 25 orang (35.72%) manakala responden
perempuan ialah sebanyak 45 orang (64.28%). Peratusan bagi guru lelaki adalah
lebih rendah disebabkan oleh kekurangan guru lelaki yang mengajar matematik dan
juga kurangnya kaum lelaki yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 25 35.7
Perempuan 45 64.3
Jumlah 70 100
4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar
Terdapat dua kategori yang telah ditetapkan iaitu bandar dan juga luar
bandar.Seramai 39 orang (55.7%) daripada keseluruhan sampel ialah guru yang
mengajar di bandar manakala 31 orang (44.3%) lagi ialah dari kalangan guru yang
mengajar di luar bandar.
44
Jadual 4.2 : Lokasi Tempat Mengajar
4.2.3 Pengalaman Mengajar
Pengalaman mengajar di kalangan responden dibahagikan kepada lima
bahagian iaitu pengalaman mengajar kurang dari 5 tahun, 6 hingga 10 tahun, 11
hingga 15 tahun, 16 hingga 20 tahun dan lebih dari 20 tahun. Secara umumnya
didapati pecahan yang paling besar ialah guru yang mempunyai pengalaman kurang
dari 5 tahun iaitu seramai 23 orang (32.9%), diikuti pengalaman mengajar 11 hingga
15 tahun iaitu seramai 17 orang (24.3%). Guru yang mempunyai pengalaman
mengajar lebih dari 20 tahun ialah seramai 13 orang (18.6%). Pengalaman mengajar
6 hingga 10 tahun ialah seramai 11 orang (15.7%) dan seramai enam orang (8.6%)
yang mempunyai pengalaman mengajar 16 hingga 20 tahun.
Jadual 4.3 : Pengalaman Mengajar Responden
Lokasi Mengajar Bilangan Peratus
Bandar 39 55.7
Luar Bandar 31 44.3
Jumlah 70 100
Pengalaman Mengajar Bilangan Peratus
Kurang 5 tahun 23 32.9
6 – 10 tahun 11 15.7
11 – 15 tahun 17 24.3
16 – 20 tahun 6 8.6
lebih 20 tahun 13 18.6
Jumlah 70 100
45
4.2.4 Tingkatan diajar
Kajian ini hanya mengambil guru yang mengajar di tingkatan menengah
rendah sahaja iaitu tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan tiga. Responden yang
mengajar tingkatan satu sahaja ialah 17 orang (24.3%), yang mengajar tingkatan dua
ialah seramai 16 orang (22.9%), yang mengajar tingkatan tiga ialah seramai 13
orang(18.6%). Manakala responden yang mengajar tingkatan satu,dua dan tiga ialah
seramai ialah enam orang(8.6%), mengajar tingkatan dua dan tiga ialah seramai
sembilan orang (12.9%) dan responden yang mengajar tingkatan satu dan dua ialah
seramai sembilan orang (12.9%).
Jadual 4.4 Tingkatan diajar responden
Tingkatan yang diajar Bilangan Peratus
Tingkatan 1 17 24.3
Tingkatan 2 16 22.9
Tingkatan 3 13 18.6
Tingkatan 1,2 dan 3 6 8.6
Tingkatan 1 dan 2 9 12.9
Tingkatan 2 dan 3 9 12.9
Jumlah 70 100
4.3 Kefahaman Terhadap Konsep Pendidikan Bersepadu
Dalam bahagian B, penyelidik menganalis data yang berkaitan bagi
mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min purata. Terdapat lapan soalan yang
diberikan bagi melihat tahap kefahaman guru matematik terhadap konsep pendidikan
bersepadu. Semua data yang dikumpulkan bagi setiap item bahagian B adalah
ditunjukkan di bawah:
46
Jadual 4.4 Kekerapan skor(peratus),min dan purata min terhadap
pemahaman konsep pendidikan bersepadu oleh guru-guru
matematik menengah rendah daerah Manjung.
No
Item
1 (STS) 2(TS) 3(TP) 4(S) 5(SS) Nilai
min
Tahap
1 - 4(5.7%) 5(7.1%) 37(52.9%) 24(34.3%) 4.16 Tinggi
2 - - 7(10.0%) 25(35.7%) 38(54.3%) 4.44 Tinggi
3 1(1.4%) 1(1.4%) 8(11.4%) 31(44.3%) 29(41.4%) 4.23 Tinggi
4 - 3(4.3%) 8(11.4%) 40(57.1%) 19(27.1%) 4.07 Tinggi
5 1(1.4%) 6(8.6%) 24(34.3%) 32(45.7%) 7(10%) 3.54 Sederhana
6 - 4(5.7%) 18(25.7%) 35(50%) 13(18.6%) 3.84 Tinggi
7 - 4(5.7%) 11(15.7%) 38(54.7%) 17(24.3%) 3.97 Tinggi
8 3(4.3%) 7(10%) 26(37.1%) 27(38.6%) 7(10%) 3.40 Sederhana
Nilai purata Min 3.96 Tinggi
Nota: STS -Sangat Tidak Setuju
TS -Tidak Setuju
TP -Tidak Pasti
S -Setuju
SS -Sangat Setuju
Seramai empat orang(5.71%) responden yang tidak bersetuju dengan item 1
iaitu pendidikan matematik bersepadu menyumbang dalam membina manusia yang
bertamadun tinggi. Terdapat lima orang(7.1%) responden yang menyatakan tidak
pasti dan yang bersetuju ialah seramai 61 orang(87.14%) responden. Ini
menunjukkan majoriti guru bersetuju bahawa pendidikan matematik bersepadu
menyumbang kepada membina tamadun manusia yang tinggi.
47
Item 2 menyatakan pendidikan matematik haruslah seimbang diantara ilmu
agama dan ilmu keduniaan. Seramai tujuh orang guru(10%) responden yang
menyatakan tidak pasti manakala bakinya 63 orang(90%) responden bersetuju
dengan item ini.
Seramai dua orang yang(2.86%) responden yang menyatakan tidak bersetuju
dengan item 3 iaitu sesuatu sistem itu akan lebih sempurna jika dibuat
penggabungjalinan di antara subjek agama dan matematik. Terdapat lapan
orang(11.4%) responden yang menyatakan tidak pasti dan 60 orang(85.71%)
responden pula bersetuju dengan item ini.
Bagi item 4 pula menyatakan pendidikan matematik memainkan peranan
penting dalam membentuk jati diri pelajar yang seimbang dari segi jasmani emosi
dan rohani. Seramai empat orang(4.3%) responden yang tidak bersetuju, lapan
orang(11.4%) responden yang tidak pasti dan 59 orang(84.29%) responden yang
bersetuju dengan item ini.
Item 5 iaitu konsep pendidikan matematik bersepadu sebenarnya agak abstrak
dari segi matl€amatnya. Seramai tujuh orang(10%) responden yang tidak bersetuju
dengan penyataan ini manakala 24 orang(34.3%) responden yang tidak pasti dan 39
orang(55.71%) responden menyatakan setuju dengan penyataan ini.
Bagi item 6 pula menyatakan masalah gejala sosial dapat dikurangkan dan
diatasi melalui persepaduan antara ilmu matematik dan juga ilmu yang berteraskan
akidah dan iman. Seramai empat orang(5.7%) responden yang tidak bersetuju, 18
orang(25.7%) responden yang tidak pasti dan majoriti iaitu seramai 48
orang(68.57%) responden bersetuju dengan penyataan ini.
Bagi item 7 pula menyatakan subjek matematik lebih sempurna jika
disepadukan dengan pelajaran yang lain supaya ianya akan menyeimbangkan
pengajaran yang disampaikan. Seramai empat orang(5.7%) responden menyatakan
tidak bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 11 orang(15.7%) responden yang
48
menyatakan tidak pasti dan bakinya seramai 55 orang(78.57%) responden
menyatakan bersetuju dengan penyataan ini.
Item 8 pula iaitu sukar untuk mendapatkan buku tentang konsep pendidikan
matematik bersepadu bagi memantapkan lagi pemahaman tentang pendidikan
bersepadu terdapat 10 orang(14.29%) responden tidak bersetuju, 26 orang(37.1%)
responden yang tidak pasti dan seramai 34 orang(48.57%) yang bersetuju dengan
item ini.
Secara umumnya dari jadual 4.4 di atas menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya tahap kefahaman guru matematik menengah rendah di daerah
Manjung terhadap kefahaman konsep pendidikan bersepadu dijelaskan dengan nilai
purata min 3.9570. Ini bermaksud tahap kefahaman guru matematik terhadap konsep
pendidikan bersepadu adalah baik. Dari segi peratus juga dapat dilihat dengan purata
peratus bagi bersetuju ialah sebanyak 74.82% manakala yang tidak bersetuju ialah
sebanyak 6.07%. Ini menunjukkan tahap kefahaman guru-guru adalah tinggi.
4.4 Kefahaman Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran
Matematik
Dalam bahagian C, penyelidik menganalis data yang berkaitan bagi
mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min purata. Terdapat 34 soalan yang
diberikan bagi melihat tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran matematik di sekolah menengah. Semua data yang dikumpulkan bagi
setiap item bahagian C adalah ditunjukkan di bawah:
49
Jadual 4.5 : Kekerapan skor(peratus),min dan purata min terhadap penerapan nilai-
nilai murni dalam pengajaran matematik menengah rendah di daerah
Manjung.
No
Item
1
STS
2
TS
3
TP
4
S
5
SS
Nilai
min
Tahap
1 - 2(2.9%) 13(18.6%) 49(70%) 6(8.6%) 3.84 Tinggi
2 - - 11(15.7%) 45(64.3%) 14(20%) 4.04 Tinggi
3 - - 7(10%) 52(74.3%) 11(15.7%) 4.06 Tinggi
4 - 2(2.9%) 4(5.7%) 50(71.4%) 14(20%) 4.09 Tinggi
5 - 3(4.3%) 7(10%) 39(55.7%) 21(30%) 4.11 Tinggi
6 1(1.4%) 1(1.4%) 8(11.4%) 50(71.4%) 10(14.3%) 3.96 Tinggi
7 - 1(1.4%) 3(4.3%) 47(67.1%) 19(27.1%) 4.20 Tinggi
8 1(1.4%) 2(2.9%) 11(15.7%) 32(45.7%) 24(34.3%) 4.09 Tinggi
9 - 1(1.4%) 4(5.7%) 50(71.4%) 15(21.4%) 4.13 Tinggi
10 - 6(8.6%) 12(17.1%) 45(64.3%) 7(10%) 3.76 Tinggi
11 - 8(11.4%) 15(21.4%) 43(61.4%) 4(5.7%) 3.61 Sederhana
12 - - 4(5.7%) 40(57.1%) 26(37.1%) 4.31 Tinggi
13 - - 6(8.6%) 45(64.3%) 19(27.1%) 4.19 Tinggi
14 - 4(5.7%) 12(17.1%) 50(71.4%) 4(5.7%) 3.77 Tinggi
15 - - 4(5.7%) 49(70. %) 17(24.3%) 4.19 Tinggi
16 - - 19(27.1%) 39(55.7%) 12(17.1%) 3.90 Tinggi
17 1(1.4%) 18(25.7%
)
22(31.4%) 27(38.6%) 2(2.9%) 3.16 Sederhana
18 - 1(1.4%) 7(10%) 38(54.3%) 24(34.3%) 4.21 Tinggi
19 - 1(1.4%) 6(8.6%) 43(61.4%) 20(28.6%) 4.17 Tinggi
20 2(2.9%) 1(1.4%) 11(15.7%) 32(45.7%) 24(34.3%) 4.07 Tinggi
21 1(1.4%) 4(5.7%) 16(22.9%) 40(57.1%) 9(12.9%) 3.74 Tinggi
22 - 1(1.4%) 6(8.6%) 41(58.6%) 22(31.4%) 4.20 Tinggi
23 - 1(1.4%) 5(7.1%) 48(68.6%) 16(22.9%) 4.13 Tinggi
24 1(1.4%) - 2(2.9%) 41(58.6%) 26(37.1%) 4.30 Tinggi
25 - 4(5.7%) 15(21.4%) 45(64.3%) 6(8.6%) 3.76 Tinggi
26 1(1.4%) 1(1.4%) 1(1.4%) 52(74.3%) 15(21.4%) 4.13 Tinggi
27 - - 7(10%) 43(61.4%) 20(28.6%) 4.19 Tinggi
28 - 1(1.4%) 9(12.9%) 47(67.1%) 13(18.6%) 4.03 Tinggi
50
29 2(2.9%) 18(25.7%
)
18(25.7%) 28(40.%) 4(5.7%) 3.20 Sederhana
30 5(7.1%) 17(24.3%
)
23(32.4%) 22(31.4%) 3(4.3%) 3.01 Sederhana
31 4(5.7%) 14(20 %) 11(15.7%) 34(48.6%) 7(10%) 3.37 Sederhana
32 - 5(7.1%) 29(41.4%) 32(45.7%) 4(5.7%) 3.50 Sederhana
33 1(1.4%) 16(22.9%
)
16(22.9%) 33(47.1%) 4(5.7%) 3.33 Sederhana
34 3(4.3%) 25(35.7%
)
13(18.6%) 24(34.3%) 5(7.1%) 3.04 Sederhana
Purata min 3.88 Tinggi
Nota: STS -Sangat Tidak Setuju
TS -Tidak Setuju
TP -Tidak Pasti
S -Setuju
SS -Sangat Setuju
Seramai dua orang(2.9%) responden yang tidak bersetuju dengan item 1
iaitu penerapan nilai-nilai murni kini dilaksanakan dalam pengajaran matematik.
Seramai 13 orang (18.6%) responden menyatakan tidak pasti dan majoritinya iaitu 55
orang (78.57%) responden bersetuju dengan penyataan ini. Ini menunjukkan bahawa
pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik telah
diterapkan semasa sesi pengajaran.
Item yang kedua iaitu konsep kerjasama diterapkan di dalam pengajaran
matematik tidak ada responden yang tidak bersetuju. Seramai 11 orang (15.7%)
responden yang tidak pasti manakala 59 orang (84.29%) responden bersetuju dengan
penyataan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa salah satu dari nilai murni iaitu
kerjasama diterapkan semasa sesi pengajaran.
51
Bagi item 3 iaitu penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik
melahirkan pelajar yang beretika majoriti responden iaitu seramai 63 orang (90%)
responden yang bersetuju dan tujuh orang (10%) responden yang menyatakan tidak
pasti kepada item ini.
Item 4 menyatakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran
matematik dapat membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI. Seramai dua
orang(2.9%) responden yang tidak bersetuju, empat orang (5.7%) responden yang
menyatakan tidak pasti dan 64 orang (91.43%) responden yang bersetuju dengan
item ini.
Bagi item 5 iaitu penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik
akan membentuk nilai-nilai yang positif di dalam diri pelajar. Seramai tiga orang
(4.3%) responden yang tidak bersetuju, tujuh orang (10%) responden yang tidak pasti
dan 60 orang (85.71%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Item 6 iaitu saya menerapkan unsur keadilan di dalam pengajaran matematik
di sekolah. Seramai dua orang (2.86%) responden yang tidak bersetuju, lapan orang
(11.4%) responden yang tidak pasti dan 60 orang (85.71% ) responden yang
bersetuju dengan item ini.
Item 7 iaitu saya memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memberikan
jawapan semasa di dalam pengajaran matematik. Seramai seorang (1.4%) responden
sahaja yang tidak bersetuju, tiga orang(4.3%) responden tidak pasti dan 66 orang
(94.29%) responden yang bersetuju dengan item ini.
52
Bagi item 8 pula menyatakan sebelum memulakan pengajaran matematik
saya menggalakkan pelajar membaca doa sebelum sesi pengajaran bermula. Seramai
tiga orang (4.29%) responden tidak bersetuju, 11 orang (15.7%) responden tidak
pasti dan 56 orang (80%) responden yang bersetuju dengan item ini.
Item 9 berkenaan guru menggalakkan pelajar berfikir secara lebih rasional di
dalam sesi pembelajaran matematik terdapat seorang (1.4%) responden yang tidak
bersetuju, empat orang (5.7%) responden yang tidak pasti dan 65 orang (92.86%)
responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Item 10 berkenaan penerapan dan amalan nilai-nilai murni dalam pengajaran
matematik dapat membendung masalah gejala sosial. Seramai enam orang (8.6%)
responden yang tidak bersetuju, 12 orang (17.1%) responden yang tidak pasti dan 52
orang (74.29%) responden yang bersetuju dengan item ini.
Bagi item 11 ialah berkenaan guru membuat kesimpulan di akhir pengajaran
matematik dan mengaitkan dengan nilai-nilai murni. Seramai lapan orang (11.4%)
responden yang tidak bersetuju, 15 orang (21.4%) responden yang tidak pasti dan 47
orang (67.14%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Untuk item 12 pula, iaitu guru sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa
mengajar matematik. Hanya empat orang(5.7%) responden sahaja yang tidak pasti
manakala majoritinya iaitu seramai 66 orang(94.29%) responden yang bersetuju
dengan item ini.
Item 13 iaitu berkenaan guru yang membina perhubungan yang harmonis di
antara pelajar semasa sesi pembelajaran matematik. Seramai enam orang (8.6%)
responden yang tidak pasti dan 64 orang (91.43%) responden yang bersetuju dengan
item ini.
Bagi item 14 pula, ia berkenaan pelaksanaan aktiviti berkumpulan diantara
murid semasa sesi pengajaran matematik. Seramai empat orang (5.7%) yang tidak
53
bersetuju dengan penyataan ini, 12 orang (17.1%) responden tidak pasti dan 54 orang
(77.14%) responden bersetuju dengan penyataan ini.
Untuk item 15 ia berkenaan sikap keterbukaan guru semasa membuat
perbincangan pelajaran matematik dengan pelajar. Seramai empat orang (5.7%)
responden yang tidak pasti dan 66 orang (91.43%) responden bersetuju dengan item
ini.
Item 16 pula ialah berkenaan keyakinan guru dalam menerapkan nilai
berhemah tinggi dalam pengajaran matematik. Terdapat 19 orang(27.1%) responden
yang tidak pasti dan 47 orang (67.14%) lagi responden yang bersetuju dengan
penyataan ini.
Untuk item 17 pula, iaitu guru tidak meninggikan suara di dalam kelas ketika
sesi pengajaran matematik. Seramai 19 orang (27.1%) responden tidak bersetuju
dengan item ini, 22 orang (31.4%) responden tidak pasti dan 29 orang (41.43%)
responden yang bersetuju dengan item ini.
Bagi item 18 pula, ialah berkenaan guru mengalakkan pelajar memberi salam
kepada guru di awal pengajaran matematik . Terdapat seorang(1.4%) responden
yang tidak bersetuju, tujuh orang (10%) responden yang tidak pasti dan 62 orang
(88.3%) responden yang bersetuju dengan item ini.
Untuk item 19 pula menyatakan guru mewajibkan pelajar hadir ke kelas
pembelajaran matematik tepat pada waktunya. Hanya seorang (1.4%) responden
sahaja yang tidak bersetuju. Seramai enam orang (8.6%) responden tidak pasti dan
63 orang (90%) responden bersetuju dengan item ini.
54
Bagi item 20 menyatakan bahawa tidak pernah ada sebarang penipuan yang
dilakukan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran matematik di kelas. Seramai
tiga orang (4.3%) responden yang tidak bersetuju, 11 orang (15.7%) responden yang
tidak pasti dan 56 orang (80%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Item 21 pula menyatakan guru mengaitkan pelajaran matematik dengan
tuntutan agama. Terdapat lima orang (7.14%) responden yang tidak bersetuju, 16
orang (22.9%) responden yang tidak pasti dan 49 orang (70%) responden yang
bersetuju dengan item ini.
Untuk item 22 menyatakan guru tidak membangkitkan isu yang boleh
membawa mencetuskan isu perkauman di dalam sesi pengajaran matematik.
Seramai seorang (1.4%) responden yang tidak bersetuju,enam orang (8.6%)
responden yang tidak pasti dan 63 orang (90%) responden yang bersetuju dengan
item ini.
Bagi item 23 pula menyatakan guru memberi tugas matematik yang tertentu
kepada pelajar bagi menggalakkan sikap bertanggungjawab di dalam satu tugasan.
Terdapat seorang (1.4%) responden yang tidak bersetuju, lima orang (7.1%)
responden yang tidak pasti dan 64 orang (91.43%) responden yang bersetuju dengan
item ini.
Item 24 pula menyatakan guru tidak memilih kasih di dalam proses
pengajaran matematik. Seramai seorang (1.4%) responden yang tidak bersetuju, dua
orang (8.6%) responden yang tidak pasti dan 67 orang (74.44%) responden yang
bersetuju dengan item ini.
55
Bagi item 25 pula menyatakan guru mengajar murid untuk berdikari
mencari bahan sesuatu topik pelajaran matematik sebelum topik itu diajar. Seramai
empat orang (5.7%) responden yang tidak bersetuju, 15 orang (21.4%) responden
yang tidak pasti dan 51 orang (72.86%) responden yang bersetuju dengan penyataan
ini.
Untuk item 26 iaitu guru sentiasa mengamalkan sikap jujur di dalam proses
pengajaran matematik. Terdapat dua orang (2.9%) responden yang tidak bersetuju,
seorang (22.9%) responden yang tidak pasti dan 67 orang (95.71%) responden yang
bersetuju dengan item ini.
Item 27 iaitu berkenaan guru memastikan kerja rumah matematik yang
diberikan akan disiapkan oleh pelajar. Seramai empat orang (5.7%) responden yang
tidak pasti dan 63 orang (90%) yang bersetuju dengan penyataan ini.
Untuk item 28 pula menyatakan, guru akan menegur kesalahan matematik
yang dilakukan pelajar dengan cara yang bersopan santun. Seramai seorang (1.4%)
responden yang tidak bersetuju, sembilan orang (12.9%) responden yang tidak pasti
dan 60 orang (85.71%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Bagi item 29 menyatakan kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat
menerapkan nilai-nilai dalam pengajaran matematik. Terdapat 20 orang (28.57%)
responden yang tidak bersetuju, 18 orang (25.71%) responden yang tidak pasti dan
32 orang (45.71%) responden yang bersetuju dengan item ini.
Item 30 iaitu berkenaan tajuk di dalam matematik sukar untuk melaksanakan
nilai-nilai murni. Seramai 22 orang (32.4%) responden tidak bersetuju, 22 orang
(32.4%) responden tidak pasti dan 25 orang (35.71%) responden yang bersetuju
dengan penyataan ini.
56
Bagi item 31 menyatakan bahawa tekanan dari pihak atasan untuk
menghabiskan silibus matematik menyebabkan kurang penekanan terhadap
penerapan nilai-nilai murni. Seramai 18 orang (25.71%) responden yang tidak
bersetuju, 11 orang(15.7%) responden yang tidak pasti dan 41 orang (58.57%)
responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Untuk item 32 ialah buku mengenai penerapan nilai-nilai dalam pengajaran
matematik di sekolah sukar didapati. Terdapat lima orang (7.1%) responden yang
tidak bersetuju, 29 orang (41.4%) responden yang tidak pasti dan 36 orang (51.43%)
responden yang bersetuju dengan item ini.
Item 33 ialah berkenaan bilangan pelajar yang terlalu ramai agak sukar bagi
guru untuk menerapkan nilai-nilai murni pengajaran matematik. Seramai 17 orang
(24.29%) responden yang tidak bersetuju, 16 orang (22.9%) responden yang tidak
pasti dan 41 orang (52.86%) responden yang bersetuju dengan item ini.
Bagi item 34 pula menyatakan pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik
menyukarkan guru menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.
Seramai 28 orang (40%) responden yang tidak bersetuju, 13 orang (18.6%)
responden yang tidak pasti dan 29 orang (41.43%) responden yang bersetuju dengan
penyataan ini.
Secara umumnya dari jadual 4.5 menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya tahap penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik oleh
guru matematik menengah rendah di daerah Manjung dijelaskan dengan nilai purata
min 3.8761. Ini bermaksud tahap kefahaman guru matematik terhadap konsep
pendidikan bersepadu adalah baik. Dari segi peratus juga dapat dilihat dengan purata
peratus responden bersetuju ialah sebanyak 76.51% ,purata peratus responden yang
tidak pasti 15.16% manakala purata peratus responden yang tidak bersetuju ialah
sebanyak 7.63%. Ini menunjukkan tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni
dalam pengajaran matematik menengah rendah oleh guru-guru matematik di daerah
Manjung adalah tinggi.
57
4.5 Hasil Ujian Hipotesis
Hipotesis pertama diuji bagi melihat adakah terdapat perbezaan yang
signifikan di antara jantina terhadap pemahaman konsep pendidikan
bersepadu.Hipotesis kedua diuji bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan diantara jantina terhadap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah menengah.
Jadual 4.6 Analisis Ujian t Perbezaan kefahaman konsep pendidikan bersepadu
berdasarkan Jantina
Aspek Min(L) Min(P) Df T Sig
Kefahaman konsep
pendidikan bersepadu
3.7850 4.0472 68
-2.533
0.014
• Signifikan pada aras keertian 0.05
Jadual 4.6 menunjukkan keputusan kajian terhadap kefahaman konsep
pendidikan bersepadu berdasarkan perbezaan jantina. Daripada analisis ujian- t
yang dibuat, nilai ‘p’ yang diperolehi adalah 0.014 adalah lebih kecil daripada
aras signifikan yang telah ditetapkan 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol
ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap
pemahaman konsep pendidikan bersepadu.
58
Jadual 4.7 Analisis Ujian t Perbezaan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di
dalam pengajaran matematik berdasarkan jantina
Aspek Min(L) Min(P) Df T Sig
Pelaksanaan penerapan
nilai-nilai murni
3.7600 3.9405 68 -2.585 0.012
• Signifikan pada aras keertian 0.05
Jadual 4.7 menunjukkan keputusan kajian terhadap pelaksanaan penerapan
nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik oleh guru matematik berdasarkan
perbezaan jantina. Daripada analisis ujian- t yang dibuat, nilai ‘p’ yang diperolehi
adalah 0.012 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang telah ditetapkan 0.05.
Oleh yang demikian hipotesis nol ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang
signifikan diantara jantina terhadap pemahaman konsep pendidikan bersepadu.
4.6 Kesimpulan
Dapatan dari kajian ini menunjukkan secara keseluhannya tahap kefahaman
konsep pendidikan bersepadu di kalangan guru-guru matematik adalah tinggi.
Demikian juga dengan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajan
matematik juga tinggi. Ini menunjukkan reaksi yang positif dari kalangan guru-guru
tentang konsep pendidikan bersepadu serta pelakanaan penerapan nilai-nilai murni.
Walaubagaimanapun berdasarkan keputusan ujian-T menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan wanita mengenai kefahaman
konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni.
59
Bab 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini dapatan kajian dirumus dan dibincangkan berdasarkan data
yang telah dianalisis dalam bab empat. Perbincangan dibuat berdasarkan empat
persoalan kajian yang telah dikemukakan. Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk
melihat mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru matematik terhadap konsep
pendidikan bersepadu, mengenalpasti tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni
guru-guru matematik dalam pengajaran yang dilakukan, mengenalpasi tahap
kefahaman konsep pendidikan bersepadu antara guru-guru matematik lelaki dan
perempuan dan mengenalpasti tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni antara
guru-guru matematik lelaki dan perempuan di dalam pengajaran. Bagi objektif
kajian yang ketiga dan keempat, dua hipotesis telah dibuat iaitu tiada perbezaan
yang signifikan di antara jantina terhadap pemahaman konsep pendidikan bersepadu
dan juga tiada perbezaan yang signifikan diantara jantina dalam pelaksanaan
penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
60
5.2 Rumusan
Kajian ini melibatkan 70 orang responden yang terdiri daripada guru-guru
matematik sekolah menengah yang mengajar tingkatan satu, tingkatan dua dan tiga
di daerah Manjung. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik
dengan menggunakan Skala Likert. Data-data mentah yang dikumpul telah dianalisis
dengan menggunakan perisian Statiscal Package for Science Social(SPSS) versi 15.
Berdasarkan dapatan kajian, ia dapat menjawab persoalan kajian sejauhmanakah
tahap kefahaman konsep pendidikan bersepadu dan apakah tahap pelaksanaan
penerapan nilai-nilai murni guru-guru matematik.
5.3 Tahap Kefahaman Konsep Pendidikan Bersepadu
Berdasarkan jadual 4.4 dapatan kajian menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya tahap kefahaman guru-guru matematik terhadap konsep pendidikan
bersepadu berada pada tahap yang tinggi. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila
min purata bagi konsep pendidikan bersepadu ialah 3.56. Kebanyakan responden
bersetuju dengan semua item satu hingga lapan iaitu tentang konsep pendidikan
bersepadu. Kebanyakan nilai min melebihi 3.4. Ini bererti bahawa responden
mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap konsep asas pendidikan bersepadu
seperti kesepaduan antara unsur-unsur empirikal dan saintifik di dalam pendidikan
dengan unsur agama.
Hanya dua item yang sederhana iaitu item lima dan item lapan. Item lima
menyatakan konsep pendidikan matematik bersepadu sebenarnya agak abstrak dari
matlamatnya dan item lapan menyatakan sukar bagi guru untuk mendapatkan buku
mengenai konsep pendidikan bersepadu. Item yang keenam menyatakan masalah
gejala sosial dapat dikurangkan dan diatasi dengan persepaduan antara ilmu
matematik dan juga ilmu yang berteraskan akidah dan iman. Min bagi item ini ialah
sebanyak 3.84. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa persepaduan
61
antara ilmu agama dan juga ilmu lain. Ini bererti mereka berpendapat bahawa
pendidikan matematik haruslah seimbang diantara ilmu agama dan ilmu keduniaan.
Ini terbukti apabila nilai min bagi item ini ialah yang tertinggi iaitu sebanyak 4.44.
Bagi item yang ketujuh juga dapat dilihat bahawa responden bersetuju subjek
matematik akan lebih sempurna jika disepadukan dengan pelajaran lain supaya ia
akan menyeimbangkan pengajaran yang disampai. Min bagi item ini ialah 3.97.
Secara keseluruhannya responden memahami konsep pendidikan bersepadu
dan mereka bersetuju dengan konsep pendidikan bersepadu iaitu mengembangkan
komponen kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk akhlak yang baik
agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Dapatan ini menjawab persoalan kajian sama ada guru-guru memahami
konsep pendidikan bersepadu ataupun tidak.
5.4 Tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni
Berdasarkan jadual 4.5, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap
pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.88. Ini
menunjukkan bahawa responden melaksanakan penerapan nilai-nilai murni di dalam
pengajaran matematik.
Banyak item yang mencapai min yang tinggi. Min yang paling tinggi ialah
4.31 iaitu item 12. Ramai responden yang bersetuju bahawa guru sentiasa
berpakaian kemas dan sopan semasa mengajar matematik. Ini menunjukkan guru
memahami mereka haruslah menjadi tauladan yang baik ataupun role model kepada
pelajar. Ini diikuti dengan item 24 dengan nilai min 4.3 yang menyatakan guru
bersikap tidak pilih kasih di dalam proses pengajaran matematik. Ramai responden
yang bersetuju dengan penyataan ini.
62
Daripada 34 item hanya lapan item sahaja yang mencapai nilai min yang
sederhana iaitu item yang mempunyai nilai min yang kurang daripada 3.66. Item-
item tersebut ialah:
a) Item 11 yang menyatakan guru membuat kesimpulan di akhir
pengajaran matematik dan mengaitkan dengan nilai-nilai murni.
b) Item 17 yang menyatakan guru tidak meninggikan suara ketika sesi
pengajaran sedang berlaku.
c) Item 29 yang menyatakan kekangan masa menyebabkan guru tidak
dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.
d) Item 30 yang menyatakan tajuk di dalam matematik sukar untuk
menerapkan nilai-nilai murni.
e) Item 31 yang menyatakan tekanan dari pihak atasan untuk
menghabiskan silibus matematik menyebabkan kurang penekanan
terhadap penerapan nilai-nilai murni.
f) Item 32 yang menyatakan agak sukar untuk mendapatkan buku
mengenai penerapan nilai-nilai murni .
g) Item 33 yang menyatakan bilangan pelajar yang terlalu ramai agak
sukar bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran
matematik.
h) Item 34 yang menyatakan agak sukar bagi guru untuk menerapkan
nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik bagi pelajar yang terdiri
daripada pelbagai etnik.
Dapat dilihat dari sini terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru di
dalam melaksanakan penerapan nilai-nilai murni. Ini dapat dilihat dengan jelas pada
item 29 hingga item yang ke 30. Walaubagaimanapun pelaksanaan penerapan masih
berjalan. Ini dapat dilihat dengan min item bagi penyataan satu sebanyak 3.84. Item
satu menyatakan bahawa pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni telah dijalankan di
dalam pengajaran matematik.
63
Semasa sesi pengajaran juga dapat dilihat guru menyelitkan unsur nilai-nilai
murni di dalam pengajaran ini dapat dilihat dengan nilai min bagi item dua, enam,
lapan, sembilan, 14, dan 25. Nilai min terendah bagi item-item ini ialah 3.75. Ini
menunjukkan skala min yang tinggi bagi item-item tersebut. Penyataan item-item
tersebut ialah:
a) Konsep kerjasama diterapkan di dalam pengajaran matematik.
b) Penerapan nilai-nilai dalam pengajaran matematik dapat membentuk
pelajar yang seimbang dari segi JERI.
c) Saya menerapkan unsur keadilan di dalam pengajaran matematik di
sekolah.
d) Sebelum memulakan pengajaran matematik saya menggalakkan pelajar
membaca doa sebelum sesi pembelajaran bermula.
e) Saya menggalakkan pelajar berfikir secara lebih rasional di dalam sesi
pengajaran matematik.
f) Saya sentiasa melaksanakan aktiviti kumpulan di antara murid semasa
sesi pengajaran matematik.
g) Saya selalu menyuruh murid-murid untuk berdikari mencari bahan
sesuatu topik pelajaran matematik sebelum topik itu diajar.
Secara keseluruhannya responden telah melaksanakan penerapan nilai-
nilai murni di dalam pengajaran dan pengajaran walaupun terdapat beberapa
kekangan. Dapatan ini menjawab persoalan kajian sama ada guru-guru telah
melaksanakan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran ataupun tidak.
5.5 Rumusan Dapatan Ujian Hipotesis
Berdasarkan jadual 4.6 dan jadual 4.7 dapatan ujian hipotesis satu dan dua
menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan diantara jantina terhadap
konsep pendidikan bersepadu dan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam
64
pengajaran. Hipotesis itu ditolak kerana berdasarkan ujian t nilai yang diperolehi
kurang daripada 0.05. Keputusan ujian t dapat dirumuskan:
5.5.1 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru-guru lelaki dan
guru-guru perempuan terhadap pemahaman konsep pendidikan
bersepadu.
5.5.2 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan
perempuan terhadap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Ini mungkin kerana konsep asas pendidikan bersepadu oleh guru lelaki masih
kurang berbanding dengan guru perempuan. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas di
mana item yang ketiga menyatakan sesuatu sistem pendidikan akan lebih sempurna
jika dibuat penggabungjalinan diantara subjek agama dan matematik. Dapat dilihat
nilai min bagi guru perempuan ialah sebanyak 4.3 dan nilai min bagi guru lelaki ialah
sebanyak 4.08. Begitu juga dengan item tujuh yang menyatakan pendidikan
matematik akan lebih sempurna jika disepadukan dengan pelajaran lain. Nilai min
bagi guru perempuan ialah 4.16 manakala guru lelaki ialah sebanyak 3.64. Jelas
disini terdapat perbezaan yang ketara terhadap pemahaman konsep di antara jantina.
Pemahaman konsep pendidikan bersepadu akan membuatkan pelaksanaan
penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran berjalan dengan baik. Dapat dilihat
pada item 21 yang menyatakan guru sentiasa mengaitkan pengajaran matematik
dengan agama. Nilai min bagi guru lelaki ialah sederhana iaitu 3.44 berbanding nilai
min guru perempuan iaitu 3.91. Guru perempuan juga lebih senang menyelitkan
nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Ini terbukti dengan item 13 dan 23 dimana
guru cuba membina hubungan yang harmonis dan menyelitkan unsur tanggungjawab
kepada pelajar melalui tugasan tertentu. Nilai min guru perempuan bagi kedua item
ini lebih dari nilai min guru lelaki.
65
Dapatan ini menjawab persoalan kajian sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan di antara guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan terhadap pemahaman
konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam
pengajaran matematik.
5.6 Perbincangan
Perbincangan yang dibuat adalah berfokuskan kepada keseluruhan kajian ini
berdasarkan dari analisis data dan dapatan kajian.
Pada secara keseluruhannya guru matematik menengah rendah daerah
Manjung memahami konsep pendidikan bersepadu serta melaksanakan penerapan
nilai-nilai murni dalam pengajaran. Ini membuktikan bahawa mereka telah
mempunyai pengetahuan tentang konsep pendidikan bersepadu dan seharusnya
mereka telah memahami dan dapat melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pendidikan matematik haruslah
seimbang di antara ilmu agama dan ilmu keduniaan. Ini yang dikatakan
matapelajaran merentas kurikulum. Ini bermaksud pengajaran tidak bersandarkan
kepada peperiksaan semata-mata tetapi ingin melahirkan manusia yang mempunyai
akhlak yang baik dan patuh pada agama tetapi pada masa yang sama ia adalah
manusia yang cemerlang.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa konsep pendidikan bersepadu
ini agak abstrak dari segi matlamatnya dan agak sukar bagi mendapatkan buku
tentang konsep pendidikan bersepadu. Ini menunjukkan bahawa mereka mengetahui
tentang konsep pendidikan bersepadu tetapi gambaran konsep itu tidak begitu jelas
kerana ia terlalu abstrak dan kesukaran mendapatkan buku bagi memantapkan lagi
66
pemahaman menyebabkan mereka memahami konsep itu secara sendiri. Ini selari
dengan dapatan kajian William Baja Jap (1999) yang mendapati guru menghadapi
masalah memahami beberapa konsep kesepaduan dan penerapan nilai-nilai murni
kerana kekaburan penggunaan istilah dan bahasa yang tidak difahami serta dianggap
abstrak.
Guru-guru matematik berpendapat bahawa gejala sosial dapat dikurangkan
dan diatasi melalui persepaduan antara ilmu matematik dan juga ilmu yang yang
berteraskan akidah dan iman. Dengan penggabungjalinan antara ilmu matematik dan
juga agama akan membolehkan pelajar menuju kesempurnaan hidup dan
mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan remaja.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju bahawa penerapan
nilai-nilai murni wajar dilaksanakan dalam pengajaran matematik bagi melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi JERI. Ini juga dapat membina masyarakat yang
bertamadun tinggi dan harmonis.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tingkahlaku guru-guru haruslah
menunjukkan contoh yang baik kerana mereka ialah cermin kepada pelajar.Ini sejajar
dengan kenyataan dari Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) “...peribadi guru
sendiri menjadi ukuran dan teladan serta faktor utama kepada keberkesanan
penerapan nilai-nilai murni. Ini kerana guru adalah cerminan kepada murid.”
Dapatan kajian juga menunjukkan walaupun pelaksanaan penerapan nilai-
nilai murni dijalankan oleh guru tetapi terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi
oleh guru seperti:
a) Kekangan masa menyebabkan sukar untuk melaksanakan
penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.
b) Pentadbir yang menekankan kepada penghabisan silibus
dan kecemerlangan akademik semata-mata.
67
c) Sukar untuk mendapatkan buku mengenai penerapan nilai-
nilai murni bagi memantapkan lagi pemahaman guru bagi
melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.
d) Bilangan pelajar yang ramai dan juga datang dari pelbagai
etnik menyukarkan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni
dalam pengajaran.
Pandangan guru-guru terhadap masalah yang dihadapi haruslah diambil kira
dalam keberkesanan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni . Walaupun terdapat
kekangan yang dihadapi guru haruslah melaksanakan penerapan nilai-nilai murni
kerana merekalah yang berkuasa dalam melaksanakan kurikulum di dalam kelas.
Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru lelaki menunjukkan kefahaman
konsep pendidikan bersepadu yang lebih rendah berbanding guru-guru perempuan.
Di dalam pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni juga dapat dilihat bahawa
pelaksanaan nilai murni oleh guru lelaki adalah lebih rendah berbanding dengan guru
wanita. Hasil ujian hipotesis satu dan dua mendapati wujudnya perbezaan yang
signifikan diantara jantina. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Zalina Abd
Rahman(1990) di dalam kajian “Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Dalam KBSM”
yang mendapati faktor jantina mempengaruhi pelaksanaan nilai-nilai murni.
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa guru-guru matematik yang
mengajar di sekolah menengah tingkatan satu hinga tiga di daerah Manjung
memahami konsep pendidikan bersepadu serta melaksanakan penerapan nilai-nilai
murni dalam pengajaran .
68
5.7 Cadangan
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi telah dijelaskan bahawa
guru-guru matematik memahami konsep pendidikan bersepadu dan melaksanakan
penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran mereka. Terdapat beberapa cadangan
yang difikirkan sesuai bagi tindakan selanjutnya.
5.7.1 Sistem pendidikan harus dikaji semula bagi membolehkan
pelajar tidak hanya bergantung kepada kejayaan akademik
semata-mata. Ini kerana sistem yang hanya berorientasikan
peperiksaan hanya akan menyebabkan guru mengejar untuk
menghabiskan silibus dan mengabaikan pembentukan sahsiah
pelajar melalui penerapan nilai-nilai murni.
5.7.2 Perlulah diadakan jawatankuasa khas pelaksanaan penerapan
nilai murni yang terdiri dari pegawai kementerian pelajaran,
pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pegawai
pendidikan daerah supaya pelaksanaan penerapan nilai murni
dapat dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah dengan serius
supaya pelaksanaannya tidak seperti melepaskan batuk di
tangga.
5.7.3 Guru-guru perlulah didedahkan dengan lebih lagi tentang
konsep pendidikan bersepadu dan pelaksanaan penerapan
nilai-nilai murni di dalam pengajaran ini supaya membolehkan
mereka memahami dengan lebih jelas lagi konsep pendidikan
bersepadu dan dapat melaksanakan penerapan nilai-nilai murni
dengan lebih terancang dan berkesan lagi.
5.7.4 Perlulah diadakan pemantauan oleh pihak atasan bagi
memantau pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam
pengajaran oleh guru-guru matematik.
69
5.7.5 Guru-guru haruslah menunjukkan contoh yang baik dan
menjadi role model kepada pelajar-pelajar. Ini kerana guru
yang cemerlang akan menghasilkan pelajar yang gemilang.
5.7.6 Guru haruslah menutup sesi pengajaran dengan memberikan
nasihat yang berguna kepada pelajar dan menyelitkan nilai-
nilai murni semasa di akhir pengajaran.
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan
Di antara kajian-kajian yang boleh dijalankan pada masa akan datang adalah
seperti berikut:
5.8.1 Oleh kerana kajian ini hanya melibatkan guru matematik menengah
rendah sahaja , dicadangkan satu kajian yang yang melibatkan guru-
guru matematik menengah dan guru-guru matematik sekolah rendah
bagi mengetahui pemasalahan sebenar.
5.8.2 Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru sahaja, maka di masa
akan datang diharapkan penglibatan pelajar sebagai responden bagi
merangkumi pelbagai ruang lingkup skop yang boleh dikaji dengan
lebih mendalam.
5.8.3 Kajian yang sama boleh dilakukan terhadap responden dengan
menukar pendekatan instrumen kajian yang berbentuk kajian kualitatif
seperti pemerhatian di dalam kelas, temubual dan membuat kajian
sebenar di dalam kelas.
5.8.4 Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru matematik terhadap
pemahaman konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan
70
penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Perluasan skop
persampelan boleh dilakukan ke atas guru-guru matapelajaran lain.
5.9 Penutup
Hasil daripada kajian ini, secara keseluruhannya guru-guru matematik
memahami konsep pendidikan bersepadu dan melaksanakan penerapan nilai-nilai
murni dalam pengajaran. Seharusnya semua pihak yang terlibat iaitu dari pihak
pentadbiran hingga ke pihak pelaksana memandangkan serius akan hal ini kerana ia
penting bagi melahirkan pelajar yang dikehendaki selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya dapat mengurangkan gejala negatif yang
menular di negara kita hari ini.
Guru-guru selaku pelaksana kurikulum haruslah tegas di dalam melaksanakan
kurikulum dan menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru-guru
haruslah menunjukkan sahsiah yang baik agar dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar.
Sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat diperlukan terutama dari pihak
pentadbir supaya pelaksanaan penerapan nilai murni bagi melahirkan pelajar yang
tidak hanya bersandarkan akademik semata tetapi mempunyai sahsiah yang elok.
Hasil dapatan kajian ini juga mendapati masih terdapat kelemahan yang boleh
diperbaiki seperti sukar untuk mendapat buku konsep pendidikan bersepadu dan juga
matlamatnya yang agak abstrak. Pihak yang bertanggungjawab boleh mengadakan
seminar ataupun bengkel bagi guru supaya dapat memantapkan lagi pemahaman
guru tentang konsep pendidikan bersepadu dan seterusnya melaksanakan penerapan
nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Ini bagi memastikan bahawa matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi emosi, rohani dan intelek tercapai dengan jayanya.
71
RUJUKAN
Abdullah Mohd Noor(1998). “Nilai-Nilai Murni Merentasi Kurikulum Mata
Pelajaran Geografi”.Kertas Kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentasi Kurikulum.
Universiti kebangsaan Malaysia.
Abd Mutallib Rani(1998). “Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Mata Pelajaran
Sejarah”. Kertas Kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentasi Kurikulum. Universiti
kebangsaan Malaysia.
Abd Rahman Aroff dan L.H Chang(1994). “Pendidikan Moral”. Petaling Jaya :
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Abdul Rahim Hamdan(2007). “ Pengajian Kurikulum” Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.
Adnan Khamis(1988). Pendidikan Kebudayaan Dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Semula”. Jurnal Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Jaffni Hasan(1987). Pendidikan Moral dalam KBSM: Ke Arah Membentuk
Seorang Insan Yang Harmonis”.Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Amidah Adam (1988). “ Tinjauan Penerapan Konsep Pendidikan Bersepadu Dalam
Pelajaran Sains,Menurut Perspektif KBSM.” Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizi Yahya et.al(2007). “Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.” Kuala
Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Bahamin Ibrahim (1993). “ Persepsi Pelajar Dan Guru-Guru Binaan Bangunan
Sekolah Menengah Vokasional Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni.” Universiti
Teknologi Malaysia.
72
Hassan Langgulung(1977), “Asas Pendidikan Islam.” Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hassan Langgulung(1977), “ Pendidikan Islam,Satu Analisa Sosio Psikologikal”.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Ibrahim Md. Noh (1995). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berasaskan
Fahaman Binaan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Matematik di Metro
Inn. Kajang.
Kamaruddin Yakub (Modul Kaedah Penyelidikan USM 1997)
Kamus Dewan (2002) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
Khairudin Ngah dan Heng Hu Yee(1995). “Pendidikan Moral.” Petaling Jaya: Pan
Asia Publications Sdn Bhd.
Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”.Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Helmi Yusuf.(1988) “Pendidikan Sepadu dan Implikasinya Dalam
Pembaharuan Budaya Melayu” Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Kamal Hassan (1979). “ Ke arah Penyerapan Unsur-Unsur Islam dalam Dasar
Pendidikan Negara”. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribut Hasab
Mohd Kamal Hassan (1988). “ Pendidikan Dan Pembangunan: Satu Perspektif
Bersepadu ”. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Mohd Majid Konting(1994). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
73
Mok Soon Sang (2003). “Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan” Subang
Jaya:.Kumpulan Budiman SDN. BHD.
Mok Soon Sang (2001). “Psikologi Pendidikan” Subang Jaya: Kumpulan Budiman
SDN. BHD.
Muhd Uthman El-Muhamady(1982) “Peradaban Islam”Kuala Lumpur: Pustaka
Aman Press.
Munirah Ahmad Masduki (2004). “Penerapan Nilai-Nilai Murni KBSM Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru-Guru Sains di Lapan Buah Sekolah
Menengah Di Daerah Jitra Kedah” Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana
Muda.
Nik Azis Nik Pa(1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur : DBP
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR
dan KBSM: Kuala Lumpur: DBP
Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar.” Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda
Nor Hafizah Musa(1990). “Pelaksanaan KBSM Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Satu Tinjauan Awal di Lima Buah Sekolah Menengah di Melaka.” Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan Hari Guru 2007
Rohani Dollah(1980), “Pendidikan Akhlak Mengikut Pandangan Islam”. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
74
Sufean Hussin(1989). “ Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum” Shah Alam : Fajar
Bakti
Sukatan Pelajaran KBSM Matematik 2000
Sulaiman Aziz (1994). “Penerapan Nilai-Nilai Murni Ke atas Guru-guru dan Guru
Pelatih Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Johor Baharu.” Universiti
Teknologi Malaysia.
Sulaiman Masri (1995). “Kaedah Penyelidikan Dan Panduan
Penulisan(esei,proposal,tesis). Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributions
Sdn Bhd.
Tajul Ariffin Noordin(1987). “Pendidikan Bersepadu:Konsep dan Falsafahnya Di
Dalam KBSM” Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan(1992). “Pendidikan Dan Wawasan 2020.”
Kuala Lumpur. Arena Ilmu Sdn Bhd.
Tokijan Hj Abd Halim(1991). “Persepsi Guru-Guru Sejarah dan Guru-Guru Geografi
terhadap Konsep Pendidikan Bersepadu dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam
KBSM: Kajian di sekolah-sekolah Batu Pahat dan Pontian, Johor” Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Tunku Sara Tunku Mohd Jiwa(2001). Penerapan Nilai Murni Di Dalam
Pendidikan.”Universiti Teknologi Malaysia.
Wan Zahid Noordin (1988). “ Ke Arah Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Di Dalam
KBSM :Falsafah Pendidikan Negara”. Kertas Kerja Seminar Nilai-Nilai Murni
Merentas Kurikulum Dalam KBSM. Universiti Kebangsaan Malaysia.
75
William Baja Jap (1999). “Kefahaman Guru Mengenai Kesepaduan dan Nilai Murni
Dalam KSM: Satu Kajian di Sarawak”. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yahya Don(2006). “Psikologi sosial dalam pendidikan”. PTS Professional.
Zalina Abd Rahman(1990). “Pelaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Satu Tinjauan” Universiti Kebangsaan
Malaysia
76
Lampiran A
Bil.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN
BORANG SOAL SELIDIK
Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik
Saudara / saudari yang dihormati, Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang soal selidik ini. Kerjasama saudara / saudari adalah diharapkan untuk menjawab soalan dengan jujur dan ikhlas terhadap item-item yang dikemukakan. Segala maklumat yang diberikan oleh saudara / saudari adalah sulit. Maklumat yang diperolehi akan membantu pengkaji menjalankan penyelidikan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda Kerjasama daripada kalian saya dahului dengan ucapan terima kasih.
77
Soal Selidik ini mempunyai 3 Bahagian. Sila jawab semua bahagian. Sila pilih dan tandakan ( √ ) yang bersesuaian dengan jawapan anda pada kotak yang disediakan. 1. Nama Sekolah : _________________________________________________________ 2. Lokasi Sekolah : a. Bandar b. Luar Bandar 3. Jantina : a. Lelaki
b. Wanita
4. Pengalaman Mengajar: a. kurang 5 tahun b. 6 - 10 tahun
c. 11 - 15 tahun d. 16 - 20 tahun
e. lebih 20 tahun 5. Kelas Matematik yang diajar :
BAHAGIAN A: Latar Belakang Responden
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
78
Arahan Sila bulatkan (O) jawapan pilihan anda berdasarkan kenyataan yang diberikan Konsep Pendidikan Bersepadu
BAHAGIAN B:
Kefahaman Konsep Pendidikan Bersepadu
Bil Soalan-soalan STS TS TP S SS1 Pendidikan matematik bersepadu menyumbang
dalam membina manusia yang bertamadun tinggi
1 2 3 4 5
2 Pendidikan matematik yang disampaikan haruslah seimbang dintara ilmu agama dan ilmu keduniaan.
1 2 3 4 5
3 Sesuatu sistem pendidikan itu akan lebih sempurna jika dibuat pengabungjalinan diantara subjek agama dan matematik.
1 2 3 4 5
4 Pendidikan matematik memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri pelajar yang seimbang dari segi JERI
1 2 3 4 5
5 Konsep pendidikan matematik bersepadu sebenarnya agak abstrak dari segi matlamatnya.
1 2 3 4 5
6 Masalah gejala sosial dapat dikurangkan dan diatasi melalui persepaduan antara ilmu matematik dan juga ilmu yang berteraskan akidah dan iman.
1 2 3 4 5
7 Subjek matematik lebih sempurna jika disepadukan dengan pelajaran yang lain supaya ianya akan menyeimbangkan pengajaran yang disampaikan
1 2 3 4 5
8 Sukar untuk mendapatkan buku tentang konsep pendidikan matematik bersepadu bagi memantapkan lagi pemahaman tentang pendidikan bersepadu
1 2 3 4 5
79
ARAHAN Sila bulatkan (O) jawapan pilihan anda berdasarkan kenyataan yang diberikan Nilai-Nilai murni Bil Soalan-soalan STS TS TP S SS1 Penerapan nilai-nilai murni kini dilaksanakan di
dalam pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
2 Konsep kerjasama diterapkan di dalam pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
3 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik melahirkan pelajar yang beretika .
1 2 3 4 5
4 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik dapat membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI
1 2 3 4 5
5 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik akan membentuk nilai-nilai yang positif di dalam diri pelajar
1 2 3 4 5
6 Saya menerapkan unsur keadilan di dalam pengajaran matematik di sekolah
1 2 3 4 5
7 Saya memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memberikan jawapan semasa di dalam sesi pengajaran matematik
1 2 3 4 5
8 Sebelum memulakan pengajaran matematik saya mengalakkan pelajar membaca doa sebelum sesi pembelajaran bermula.
1 2 3 4 5
9 Saya mengalakkan pelajar berfikir secara lebih rasional di dalam sesi pembelajaran matematik.
1 2 3 4 5
10
Melalui penerapan dan amalan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik, masalah gejala sosial dapat dibendung.
1
2
3
4
5
11 Saya membuat kesimpulan di akhir pengajaran matematik dan dikaitkan dengan nilai-nilai murni.
1 2 3 4 5
BAHAGIAN C:
Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran
80
12 Saya sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa mengajar matematik.
1 2 3 4 5
13. Saya sentiasa akan cuba membinakan perhubungan yang harmonis diantara pelajar semasa aktivti pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
14 Saya sentiasa melaksanakan aktiviti kumpulan diantara murid semasa sesi pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
15. Saya sentiasa bersikap terbuka semasa membuat sesi perbincangan pelajaran matematik dengan pelajar.
1 2 3 4 5
16. Saya yakin saya telah menerapkan nilai murni berkhemah tinggi dalam pengajaran matematik saya.
1 2 3 4 5
17. Saya tidak meninggikan suara di dalam kelas ketika sesi pengajaran matematik
1 2 3 4 5
18 Saya mengalakkan pelajar memberi salam kepada guru di awal pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
19. Saya mewajibkan pelajar hadir ke kelas pembelajaran matematik tepat pada waktunya.
1 2 3 4 5
20. Saya tidak pernah menipu dalam menyampaikan pengajaran matematik di dalam kelas.
1 2 3 4 5
21. Saya sentiasa mengaitkan pengajaran matematik dengan tuntutan agama.
1 2 3 4 5
22 Saya tidak membangkitkan isu yang boleh mencetuskan isu perkauman di dalam sesi Pengajaran matematik
1 2 3 4 5
23 Saya akan memberi tugas matematik yang tertentu kepada pelajar bagi mengalakkan sikap bertanggungjawab di dalam satu tugasan
1 2 3 4 5
24 Saya tidak akan memilih kasih di dalam proses pengajaran matematik
1 2 3 4 5
25. Saya selalu menyuruh murid untuk berdikari mencari bahan sesuatu topik pelajaran matematik sebelum topik itu di ajar.
1 2 3 4 5
26. Saya sentiasa mengamalkan sikap jujur di dalam proses pengajaran matematik
1 2 3 4 5
81
27. Saya akan memastikan bahawa kerja rumah matematik yang diberikan akan disiapkan oleh pelajar.
1 2 3 4 5
28. Saya akan menegur kesalahan matematik yang dilakukan oleh pelajar dengan cara bersopan santun.
1 2 3 4 5
29. Kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
30. Tajuk di dalam matematik sukar untuk melaksanakan nilai-nilai murni.
1 2 3 4 5
31. Tekanan dari pihak atasan untuk menghabiskan silibus matematik menyebabkan kurang penekanan terhadap penerapan nilai-nilai murni.
1 2 3 4 5
32. Buku mengenai penerapan nilai-nilai dalam pengajaran matematik di sekolah sukar didapati.
1 2 3 4 5
33. Bilangan pelajar yang terlalu ramai agak sukar bagi saya untuk menerapkan nilai-nilai murni alam pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
34 Pelajar yang datang dari pelbagai etnik agak sukar bagi saya untuk menerapkan nilai- nilai murni dalam pengajaran matematik.
1 2 3 4 5
Nota: STS -Sangat Tidak Setuju TS -Tidak Setuju TP -Tidak Pasti S -Setuju SS -Sangat Setuju