Post on 17-Apr-2020
PENGURUSAN BENGKEL MANIPULATIF: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN
MANIPULATIF DI SALAH SEBUAH SMK LUAR BANDAR
AZIMAH BINTI ARBAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PENGURUSAN BENGKEL MANIPULATIF: PERSEPSI PELAJAR
TERHADAP KAEDAH PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN
MANIPULATIF DI SALAH SEBUAH SMK LUAR BANDAR
AZIMAH BINTI ARBAIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : AZIMAH BINTI ARBAIN
Tarikh : .........................................................
iii
Dedikasi
Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
memberi aku kekuatan hingga
ke penghujung.
Terima kasih jua ku ucapkan buat
Ibu tersayang, Puan Halimah Mamboo yang sentiasa
mendoakan kesejahteraan ku..
Terima kasih juga kepada
penyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan
dan rakan-rakan sepejuangan
yang membantu memberi idea dan pandangan .
Tidak lupa adik-adik ku
serta saudara mara yang memberi
dorongan untuk terus berjuang……
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan perhargaan ikhlas kepada penyelia projek,
Dr. Lokman bin Tahir atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang
penyelidikan dijalankan. Penyelidikan ini banyak memberi pengetahuan dan
pengalaman kepada penulis untuk persediaan pada masa hadapan. Tanpa bimbingan
dan tunjuk ajar dari beliau pastinya penyelidik tidak akan berjaya.
Terima kasih juga diucapkan guru kanan ko-kurikulum, En. Samsuddin Bin
Md. Harun dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong, yang
banyak membantu penyelidik mendapatkan kerjasama daripada pelajar-pelajar
mereka. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar adalah amat memuaskan dan
melicinkan lagi kerja penyelidikan yang dijalankan.
Tidak lupa juga perhargaan ini ditujukan kepada pensyarah dan rakan-rakan
terutama dari fakulti pendidikan yang banyak membantu dalam memberi buah fikiran
dan idea yang bernas bagi penyelidik menyiapkan kajian ini.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan tiga dan
empat terhadap kaedah pengurusan bengkel manipulatif. Kajian ini telah melibatkan
205 orang pelajar dari sebuah sekolah luar bandar di daerah Kluang. Sekolah yang
dipilih ialah Sekolah Menengah LKTP Belitong, Kluang, Johor. Instrumen yang
digunakan ialah kajian deskriptif berbentuk borang soal-selidik. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science,
Version 15.0). Data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan yang kemudian
dikelaskan kepada empat aspek pengurusan bengkel. Dapatan kajian mendapati
bahawa ciri-ciri keselamatan, kaedah susun atur, kaedah pengendalian peralatan dan
pengurusan peti pertolongan cemas di bengkel kemahiran hidup adalah pada tahap
tinggi. Kajian mengenai kaedah pengurusan bengkel manipulatif mendapati guru-guru
kemahiran hidup perihatin terhadap ciri-ciri keselamatan di bengkel, susun atur
peralatan tangan dan mesin teratur, memberikan tunjuk ajar cara pengendalian
peralatan tangan dan mesin kepada pelajar serta peti pertolongan cemas ada terdapat di
bengkel. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan
kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan.
vi
ABSTRACT
This research was carried out to study on the achievement of form three and
four student’s perception about forward the management workshop manipulative.
This study involved 205 students among school from out town in Kluang. Which was
Sekolah Menengah LKTP Belitong, Kluang, Johor. The instrument used in this
descriptive study was a set of questionnaires. The collected data were analyzed by
using SPSS software (Statistical Package for Social Science, Version 15.0). Data were
analyzed into mode and percentage, and being categorized into four aspects the of
management workshop. Findings reveled that the characteristic safety, arrange
methods, operation methods and emergency box management in living skill workshop
were at the high level. The research about the management workshop manipulative
methods showed living skill teachers attention about characteristic safety students in
workshop, tool and machine arrange systematic, showing operation tool and machine
for student and emergency box exist in workshop. A few were also recommended for
those who interested to make furthers research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Singkatan xiii
Senarai Lampiran xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 7
1.6.2 Guru-Guru Kemahiran Hidup 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definasi Istilah 8
viii
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Pengurusan Bengkel 9
1.8.3 Bengkel Kemahiran Manipulatif 9
1.8.4 Pengurusan 10
1.8.5 Bengkel 9
1.8.6 Kemahiran 10
1.8.7 Kemahiran Hidup 11
1.8.8 Kemahiran Manipulatif 12
1.9 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Bengkel Kemahiran Hidup 14
2.3 Kemahiran 15
2.4 Pengetahuan Dan Amalan Pelaksanaan
Keselamatan Di Bengkel 16
2.5 Peraturan-Peraturan Keselamatan Bengkel 18
2.6 Kemahiran Pengendalian Peralatan
Dan Mesin 21
2.7 Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam
Penyusunan Peralatan 23
2.8 Pengurusan Dan Penyeliaan Bengkel 26
2.9 Pertolongan Cemas 27
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Populasi 31
ix
3.4 Sampel Kajian 32
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Keesahan Soal Selidik 36
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik
Dan Kajian Rintis 36
3.9 Analisis Data 37
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data Bahagian A 40
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Tingkatan 40
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Jantina 41
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Kursus Kemahiran Hidup 41
4.3 Analisis Data Bahagian B 42
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Satu 42
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Dua 45
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Tiga 48
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Empat 51
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 54
4.5 Penutup 54
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan 5
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 54
x
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang
Dikemukakan 55
5.3 Perbincangan 59
5.3.1 Apakah Ciri-Ciri Keselamatan
Di Bengkel Kemahiran Hidup
Manipulatif Yang Telah
Diamalkan Oleh Pelajar Ketika
Di Bengkel? 60
5.3.2 Apakah Kaedah Susun Atur Peralatan
Yang Diamalkan Oleh Guru Dan
Pelajar Di Bengkel Kemahiran Hidup
Manipulatif? 62
5.3.3 Adakah Kaedah Pengurusan
Peti Pertolongan Cemas Oleh Guru Di
Bengkel Kemahiran Hidup
Manipulatif? 64
5.3.4 Adakah Kaedah Pengendalian
Peralatan Di Bengkel Oleh Guru
Mengikut Peraturan Yang
Ditetapkan? 65
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN A 73
LAMPIRAN B 74
LAMPIRAN C 75
LAMPIRAN D 76
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai item soalan mengikut persoalan kajian 32
3.2 Skala Likert lima mata (pemberi skor) 33
3.3 Markat skala tiga mata 33
3.4 Perubahan markat dan skala 33
3.5 Peringkatan skor skala likert 36
3.6 Tahap penilaian berdasarkan min 36
4.1 Taburan responden mengikut tingkatan 38
4.2 Taburan responden mengikut jantina 39
4.3 Taburan responden mengikut kursus 39
kemahiran hidup
4.4 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratus dan min (ciri-ciri keselamatan
di bengkel kemahiran hidup manipulatif
yang telah diamalkan pelajar ketika di bengkel) 40
4.5 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratus dan min (kaedah susun atur peralatan
yang diamalkan oleh guru dan pelajar
di bengkel kemahiran manipulatif) 43
4.6 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratus dan min (Kaedah pengurusan
peti pertolongan cemas yang diamalkan oleh
guru di bengkel kemahiran manipulatif) 46
xii
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratus dan min (kaedah pengendalian
peralatan di bengkel oleh guru mengikut
peraturan yang ditetapkan) 49
4.8 Purata keseluruhan penguasaan kaedah
pengurusan bengkel KMT 51
5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian
terhadap persepsi pelajar terhadap kaedah
pengurusan bengkel manipulatif disalah
sebuah sekolah menengah kebangsaan
luar bandar 55
5.2 Kaedah pengurusan di bengkel kemahiran
hidup manipulatif 56
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
ERT Ekonomi Rumah Tangga
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KMT Kemahiran Manipulatif Teknikal
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LKTP Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
SPSS Statistical Package for the Social Science
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat pengesahan pelajar Fakulti
Pendidikan daripada Universiti
Teknologi Malaysia 71
B Surat kebenaran untuk menjalankan
kajian Daripada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPDP) 72
C Surat kebenaran bagi menggunakan
sampel kajian di sekolah menengah di
bawah Jabatan Pendidikan Johor. 73
D Borang soal selidik Bahagian A dan
Bahagian B 74
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepentingan mata pelajaran vokasional terhadap kemajuan teknologi masa kini
memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat menerusi penggunaan teknologi
canggih di dalam segala bidang termasuk industri makanan, pembinaan, perubatan
juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran
hidup merupakan satu daripadanya. Mata pelajaran kemahiran hidup membekalkan
pengetahuan asas vokasional dan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989).
Pengetahuan dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup dikalangan pelajar
amat perlu diambil perhatian agar negara mempunyai pekerja mahir di masa
hadapan. Pendidikan masa kini perlu menerapkan kombinasi dunia pekerjaan
dengan pendidikan di sekolah sebagai persediaan kepada pelajar sebelum
menghadapi alam pekerjaan. Sebagai seorang guru kemahiran hidup tidak terlepas
daripada landasan penganjakan era kemajuan teknologi masa kini.
Kemahiran hidup adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) yang dirancang untuk membolehkan pelajar-pelajar
2
menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik. Mata
pelajaran kemahiran hidup juga bermatlamat untuk membolehkan murid-murid celik
teknologi serta memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alatan
tangan dan bahan. Secara keseluruhan, mata pelajaran ini adalah bercorak amali dan
teori diajar dalam tahap menengah rendah di sekolah-sekolah menengah di seluruh
Malaysia. Dari segi falsafahnya, mata pelajaran kemahiran hidup bertujuan untuk
membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat
negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara ini.
Secara tidak langsung, menimbulkan kesedaran kepada pelajar-pelajar supaya peka
kepada perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan
masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan
teknologi. Melalui mata pelajaran kemahiran hidup, kerja praktis dan amali
membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang
mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah (serta
boleh mereka cipta). Hasil penguasaan kemahiran dapat membantu pelajar-pelajar
mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada
kemajuan teknologi. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)
Dari segi pembahagian mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras wajib
diambil oleh semua pelajar tingkatan satu hingga tiga iaitu rekabentuk dan teknologi,
bahagian pilihan dua pula mengandungi empat bidang iaitu kemahiran teknikal,
ekonomi rumah tangga, pertanian dan perdagangan dan keusahawanan. Di sekolah
pelajar telah diwajibkan mengambil hanya satu bidang sahaja iaitu diperingkat
menengah rendah, daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Bengkel kemahiran
hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel kemahiran manipulatif,
bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Diantara ketiga-tiga bengkel
ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan paling sukar
penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di
samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada empat jenis
bengkel iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip asas, bengkel
elektrik dan elektronik serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru-guru kemahiran hidup di setiap sekolah dipertanggungjawabkan untuk
mengurus dan menyelenggara bengkel kemahiran manipulatif. Menurut Yahya
(1989), kejayaan seorang pengurus bengkel banyak bergantung kepada pengetahuan,
kebolehan dan kepakarannya yang diperlukan dalam pengurusan. Empat perkara
penting dalam pengurusan iaitu perancangan, penyusunan atau organisasi,
pengarahan dan pengawalan. Kelemahan dalam menguasai pengendalian alatan dan
mesin di dalam bengkel kemahiran hidup manipulatif juga turut mengundang bahaya
apabila melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel bengkel kemahiran
manipulatif. Oleh sebab itu, amatlah penting pengetahuan dan kemahiran dalam
menguasai ilmu pengendalian alatan dan mesin bagi melindungi keselamatan diri
untuk mengelakkan kemalangan. Kebanyakan kerja-kerja amali mata pelajaran
kemahiran hidup dijalankan di dalam bengkel, segala peralatan dan kelengkapan
yang terdiri di bengkel memerlukan perlaksanaan pengurusan bengkel yang cekap
dan bersistematik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan berkesan.
Menurut laporan Nazir sekolah (2002), mendapati kelemahan-kelemahan
yang perlu diatasi dalam pengurusan bengkel kemahiran hidup ialah kesediaan guru-
guru dalam menghadapi mata pelajaran kemahiran hidup, masalah kurang
pendedahan yang khusus, masalah kelengkapan, kesesuaian bengkel dan masalah
kurang pendedahan dan penyeliaan bengkel. Laporan pengesahan kemahiran hidup
bersepadu sekolah menengah (2002), menyatakan bahawa kemudahan yang
disediakan dalam bengkel kurang memuaskan, alat-alat tambahan tidak dikemaskan
dan tidak diurus dengan sistematik, guru kurang kepakaran dalam pengendalian
bengkel, tugas dan tanggungjawab panitia kemahiran hidup kurang jelas serta tidak
difahami oleh guru kemahiran hidup. Di samping itu, peraturan-peraturan
pengurusan bengkel tidak dipamerkan, jadual tugas pelajar selepas kerja amali juga
tidak disediakan. sistem penyimpanan stok tidak dikemaskini dan tindakkan
pelupusan terhadap alatan rosak tidak dibuat. Malahan terdapat aspek keselamatan
bengkel tidak dititikberatkan, alat pemadam api tidak diselenggarakan dan peti
4
pertolongan cemas tidak disediakan, keceriaan bengkel belum diberi perhatian dan
tiada rekod peminjaman peralatan bengkel.
Kajian oleh Khairul (2003) pula mendapati guru kemahiran hidup kurang
mahir dalam aspek membaikpulih atau memperbaiki mesin dan peralatan, melakukan
pelarasan atau pelinciran peralatan dan mesin. Manakala dari segi kemahiran lebih
dari separuh guru kemahiran hidup untuk melakukan proses merekod, mengemas
kini buku stok dan iventori, penyenggaraan bengkel, mengasah mata pahat,
penyediaan bahan untuk kelas dan menyusun atur alatan, serta bahan adalah berada
pada tahap sederhana. Menurut beliau lagi, di dalam bengkel kemahiran manipulatif,
peralatan-peralatan seperti tukul, gergaji, pahat, pemutar skru, paku dan skru yang
tajam dan berbahaya boleh menyebabkan kecederaan. Terdapat juga bahan mudah
terbakar seperti thinner, spirit dan terpentine yang tidak diuruskan dan dikendalikan
dengan selamat. Bahan-bahan tersebut memerlukan tempat simpanan yang khusus
dan penggunaan yang berhati-hati untuk menggelakkan risiko kebakaran. Di
samping itu alatan kecil seperti pen ujian begitu menarik perhatian pelajar dan
berisiko kehilangan adalah tinggi.
Menurut Nelson (2004) pula, kemalangan berlaku biasanya adalah
disebabkan oleh dua punca kecuaian iaitu kecuaian manusia dan punca daripada
keadaan peralatan dan mesin serta keadaan kerja. Walaubagaimanapun, semua
kemalangan boleh dielakkan dengan langkah-langkah penghindaran kemalangan.
Oleh sebab itu, sebelum sesuatu kemalangan yang merugikan berlaku langkah-
langkah pencegahan kemalangan perlu diambil secara drastik.
Persoalan yang timbul sekarang, adakah ciri-ciri keselamatan bengkel
kemahiran hidup diamalkan oleh pelajar? Adakah kaedah susun atur peralatan
diamalkan oleh pelajar dan guru? Seterusnya adakah kaedah pengurusan pertolongan
cemas di bengkel kemahiran hidup manipulatif? Serta adakah kaedah pengendalian
peralatan di bengkel mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, sebagai
menjawab persoalan yang timbul maka kajian yang dijalankan adalah untuk
5
mengetahui persepsi pelajar-pelajar terhadap kaedah pengurusan bengkel kemahiran
manipulatif oleh guru-guru kemahiran hidup di sekolah luar bandar. Kaedah
pengurusan bengkel yang baik perlu dilaksana dan diamalkan oleh guru-guru
kemahiran hidup.
1.3 Penyataan Masalah
Pengurusan bengkel sangat diperlukan dalam proses pembelajaran di dalam bengkel.
Jika perlaksanaannya kurang dan tidak cekap dilakukan maka ianya secara tidak
langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran amali di dalam
bengkel. Guru-guru dan pelajar-pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya terhadap kerja-kerja amali yang dilakukan. Dengan ini usaha untuk
membekalkan asas kemahiran hidup vokasional kepada pelajar akan terganggu
disebabkan masalah-masalah berikut.
Dari masalah yang dinyatakan, penyelidik merasakan perlu dilakukan
penyelidikan tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar
mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu dalam pengurusan bengkel kemahiran
hidup di sekolah menengah luar bandar di daerah Kluang. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat tentang kaedah pengurusan bengkel yang diamalkan guru-
guru kemahiran hidup di sekolah menengah luar bandar di daerah Kluang dari
konteks pelajar terhadap guru mereka.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dilakukan adalah:
1. Mengenalpasti ciri-ciri keselamatan dibengkel kemahiran hidup yang
diamalkan pelajar.
2. Mengenalpasti kaedah susun atur peralatan di bengkel kemahiran hidup
yang diamalkan oleh guru atau pelajar.
3. Mengenalpasti kaedah pengurusan peti pertolongan cemas di bengkel
kemahiran hidup yang diamalkan oleh guru.
4. Mengenalpasti kaedah pengendalian peralatan di bengkel oleh guru dan
pelajar di bengkel kemahiran hidup.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah.
1. Apakah ciri-ciri keselamatan dibengkel kemahiran hidup manipulatif
yang telah diamalkan oleh pelajar ketika di bengkel ?
2. Apakah kaedah susun atur peralatan yang diamalkan oleh guru dan
pelajar di bengkel kemahiran hidup manupulatif ?
3. Adakah terdapat kaedah pengurusan peti pertolongan cemas oleh guru di
bengkel kemahiran hidup manupulatif ?
4. Adakah kaedah pengendalian peralatan di bengkel oleh guru mengikut
peraturan yang ditetapkan ?
7
1.6 Kepentingan Kajian
Bengkel kemahiran manipulatif perlu dilaksanakan sebaiknya oleh guru-guru
kemahiran hidup kerana perlaksanaan bengkel yang cekap dan sempurna akan
memudahkan proses pengajaran pembelajaran dan objektif mata pelajaran kemahiran
hidup akan dapat dicapai mengikut perancangan pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru-guru kemahiran hidup bagi
mengatasi masalah pengurusan dan penyelenggaraan bengkel kemahiran hidup
terutama di bengkel kerja kayu, kerja paip serta elektrik dan elektronik.
1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Diharapkan agar pihak kementerian dapat membantu dalam mencari pendekatan
yang lebih sesuai bagi mengatasi masalah guru-guru kemahiran hidup dalam
pengurusan bengkel manipulatif. Dengan demikian suasana pembelajaran yang lebih
berkesan dan lebih efektif dapat dilakukan.
1.6.2 Guru-Guru Kemahiran Hidup
Adalah diharapkan juga kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru
kemahiran hidup dalam pengurusan bengkel Kemahiran Manipulatif Teknikal
(KMT) supaya membaiki kelemahan yang ada dalam sistem pengurusan bengkel
kemahiran manipulatif bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
8
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada pelajar di sekolah menengah luar bandar
yang dipilih sahaja. Sekolah yang dipilih adalah sebuah sekolah di kawasan felda di
daerah Kluang, Johor. Kajian ini hanya melibatkan sampel yang terdiri daripada
pelajar-pelajar tingkatan tiga dan empat sesi 2007/2008 di sekolah berkenaan.
Pemilihan pelajar-pelajar tingkatan tiga dan empat dibuat berdasarkan pengalaman
yang telah dilalui semasa menggunakaan bengkel semasa proses kerja amali
dijalankan. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada kaedah pengurusan bengkel
Kemahiran Manupulatif Teknikal (KMT) dari segi ciri-ciri keselamatan di bengkel,
kaedah pengurusan peralatan, kaedah pengendalian peralatan dan pengurusan peti
pertolongan cemas.
1.8 Definasi Istilah
Terdapat beberapa konsep istilah yang perlu diberikan penjelasan dengan lebih
terperinci dan tepat supaya dapat mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku dan
mudah pembaca untuk memafaatkan kajian yang dijalankan. Diantara definisi
perkataan yang terlibat ialah:
1.8.1 Persepsi
Menurut Ahmad Shukri (2002), persepsi didefinisikan sebagai proses kognitif
atau mental yang kompleks melibatkan aktiviti-aktiviti memilih maklumat daripada
persekitaran oleh deria, kemudian menyusunnya berdasarkan prinsip-prinsip yang
tertentu dan seterusnya membuat taksiran terhadap maklumat-maklumat tersebut
9
untuk memberi makna terhadap persekitaran yang dilihatnya serta untuk menentukan
realiti dirinya dalam persekitaran berikut. Manakala menurut John et. al (1983),
persepsi adalah sesuatu penilaian mental terhadap sesuatu perkara. Maidin (1994)
pula, merumuskan perkataan persepsi ini membawa maksud tanggapan, pandangan
atau perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara mengikut pengetahuan yang ada
pada seseorang itu. Ini bermakna di dalam konteks kajian ini, persepsi merujuk
kepada pandangan pelajar-pelajar terhadap pengurusan bengkel yang telah diamalkan
oleh guru-guru mereka.
1.8.2 Pengurusan Bengkel
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), pengurusan bengkel adalah
melibatkan dari segi peraturan dan keselamatan ditempat kerja, etika kerja,
pengurusan bengkel dan penyenggaraan. Ini membuktikan guru-guru bukan hanya
perlu mengajar dan mendidik tetapi perlu menguruskan bengkel kemahiran hidup.
1.8.3 Bengkel Kemahiran Manipulatif.
Bengkel Kemahiran Manipulatif merupakan salah satu dari bengkel-bengkel untuk
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel Kemahiran Manipulatif ialah bengkel di
mana dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, tajuk kerja kayu, kerja logam, kerja
paip, kerja elektrik elektronik, kerja pertanian, kerja lukisan teknik, kerja enjin
dilaksanakan di bengkel ini. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).
10
1.8.4 Pengurusan
Brech (1957) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses sosial. Proses ini
terdiri daripada perancangan, kawalan, koordisasi dan motivasi. Manakala Henry
Fayol (1957) berpendapat bahawa untuk mengurus adalah meramal dan merancang,
mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Dalam kajian ini,
pengurusan perlu dilaksanakan oleh guru bagi memastikan matlamat organisasi
dicapai dengan bantuan pelajar-pelajar semasa berada di dalam bengkel kemahiran
hidup. Menurut Robbins (1996),
“The process of cordinating and integrating work activities so they’re completed
effeciently and effectively with and through other people and functions activities of
planning, organizing, leading and controlling”
1.8.5 Bengkel
Bengkel ialah sebuah tempat, ruang atau bilik yang digunakan untuk
melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali. Proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku dan terdapat peralatan dan bahan-bahan di dalamnya. Terdapat ruang-ruang
khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruang-ruang ini hendaklah dilengkapi
dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran. (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1992)
1.8.6 Kemahiran
Kemahiran bermaksud kecekapan, kepandaian untuk mengerjakan sesuatu
atau boleh diistilahkan sebagai kebolehan mental, sosial atau fizikal yang diperolehi
11
terutamanya hasil daripada latihan dan amalan secara berterusan dan berulang-ulang
(Kamus Dewan, 2004). Kemahiran merupakan ilmu khusus yang ada pada
seseorang yang membolehkan mereka membuat sesuatu dengan baik. Kemahiran
tidak datang dengan sendiri tetapi perlu dipelajari dan dilatih. Dalam kontek kajian
ini, kemahiran dirujuk kepada keupayaan seseorang guru untuk mengaplikasikan
ilmu pengetahuan dalam bidang teknikal serta dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, di samping kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, inovatif dan
inventif. Ia juga memperlihatkan kemampuan guru melakukan pengurusan bengkel
kemahiran hidup.
1.8.7 Kemahiran Hidup
Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam Kurikulum Baru
Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan (Seni
Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Perdagangan dan
Keusahawanan). Kemahiran hidup adalah kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan
hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks
dan sentiasa berubah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada
pelajar seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang
dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti
membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka. (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2003). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), kemahiran
hidup merupakan komponen asas kepada pendidikan vokasional dan teknologi. Satu
kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti urusan harian dan keusahawanan.
Kemahiran asas yang dibekalkan untuk membolehkan seseorang bertindak
mengendalikan hidup dengan cara produktif dalam dunia teknik dan perdagangan
yang kompleks dan sentiasa berubah. Dalam Kemahiran Hidup, ia merujuk kepada
kecekapan yang seharusnya diperolehi oleh pelajar tersebut.
12
1.8.8 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Manipulatif adalah salah satu dari komponen dalam
matapelajaran Kemahiran Hidup. Komponen ini merangkumi teknik operasi, alat
peralatan elektronik, mekanikal yang mudah dan teknologi bahan. Antara aktiviti
yang dijalankan oleh pelajar ialah kerja buat sendiri yang mudah berkaitan dengan
binaan, pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dan unsur-unsur pengurusan
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1992). Kemahiran Manipulatif membekalkan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktis di dalam bidang teknologi.
Tujuannya ialah untuk membolehkan pelajar berfungsi secara berkesan dalam
masyarakat yang berorientasikan teknologi khususnya di tempat tinggal dan di
tempat kerja kelak (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
1.9 Penutup
Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memasukkan mata
pelajaran Kemahiran Hidup ke dalam kurikulum sekolah merupakan satu langkah
yang tepat memandangkan negara Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.
Dengan mata pelajaran ini, pelajar dapat menguasai kemahiran asas melalui kerja-
kerja amali yang dijalankan di dalam bengkel.
Oleh itu bengkel merupakan satu keperluan yang amat penting dalam
perlaksanaan mata pelajaran kemahiran hidup. Perlaksanaan pengurusan bengkel
kemahiran hidup yang sempurna penting supaya segala keperluan pengajaran dan
pembelajaran yang terdapat di dalam bengkel dapat berfungsi apabila diperlukan. Ini
adalah penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, selamat
dan mampu menarik minat pelajar.