Post on 07-Feb-2018
M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2
©CikguYatiZain
1 | T 4 B 1 0 - 1 0 . 4 K e s a n - K e s a n D a s a r E k o n o m i
BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI
NEGARA
10.4 KESAN-KESAN DASAR EKONOMI
- Perbandaran
- Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
7 (a) Dasar pentadbiran British di Tanah Melayu membawa kepada kemunculan
bandar baru seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.
Nyatakan faktor yang mendorong kemunculan bandar tersebut. [8 markah]
(b) Jelaskan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah
Melayu semasa penjajahan British. [6 markah]
(c) Berikan cadangan anda untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan
sistem pengangkutan dan perhubungan di negara kita. [6 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2
©CikguYatiZain
2 | T 4 B 1 0 - 1 0 . 4 K e s a n - K e s a n D a s a r E k o n o m i
S U L I T
PERATURAN PERMARKAHAN
Soalan Butiran Markah
7(a) F1 Perkembangan pesat ekonomi di kawasan yang kaya dengan
sumber semula jadi
1
F2 Kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah 1
F3 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan 1
F4 Mengalami pertambahan penduduk 1
F5 Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong 1
F6 Kawasan tersebut menjadi pusat untuk mendapatkan keperluan
harian
1
F7 Perkembangan perusahaan perlombongan menambah fungsi bandar 1
F8 Pekan berkembang menjadi bandar 1
F9 Bandar akan menjadi pusat pentadbiran/perbankan 1
F10 Bandar yang wujud hasil daripada kegiatan perlombongan bijih
timah ialah Kuala Lumpur/Taiping/Seremban
1
F11 Perkembangan sistem pengangkutan 1
F12 Perkembangan aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial 1
F13 Kuala Lumpur berkembang menjadi bandar besar kerana
kedudukan strategik
1
F14 Lokasinya menjadi penghubung kepada beberapa buah
bandar/kawasan lain
1
F15 Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pembangunan
infrastuktur terutamanya jalan raya dan jalan kereta api
1
F16 Pengeluaran produk industri bijih timah dan getah 1
F17 Menjadikan pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai
bandar pelabuhan yang penting
1
F18 Bandar Kuching muncul sebagai pusat pemgumpulan/
pengeksportan gambir/ lada hitam
1
F19 Pembinaan infrastruktur kerajaan penjajah British ditumpukan di
kawasan yang memberi keuntungan ekonomi kepada mereka
1
F20 Kawasan pantai barat Tanah Melayu lebih dibangunkan berbanding
kawasan pantai timur
1
[mana-mana 1 x 8m] [8 M]
7(b) F1 Perkembangan pesat kegiatan perlombongan/ pertanian
menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan
perhubungan.
1
F2 Jalan kereta api dibina untuk mempercepat pengangkutan bijih
timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
1
F3 Jalan kereta api pertama di bina pada tahun 1885 menghubungkan
Taiping dengan Port Weld.
1
F4 Jalan kereta api menghubungkan kawasan perlombongan di Kuala
Lumpur dengan Port Swettenham (1889)
1
F5 Jalan kereta api menghubungkan kawasan perlombongan di
Seremban dengan Port Dickson (1891)
1
F6 Jalan kereta api menghubungkan kawasan perlombongan di Ipoh 1
M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2
©CikguYatiZain
3 | T 4 B 1 0 - 1 0 . 4 K e s a n - K e s a n D a s a r E k o n o m i
Soalan Butiran Markah
dan Tapah Road dengan Teluk Anson (1895)
F7 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api.
1
F8 Jalan kereta api menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan
Siam disiapkan pada tahun 1918.
1
F9 1931, jalan kereta api di bahagian timur menghubungkan Gemas,
Pahang, dan Kelantan ke sempadan Siam siap dibina.
1
F10 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke
Singapura.
1
F11 Jalan denai dan kereta lembu digantikan dengan jalan raya dalam
bentuk berturap dan tanah merah
1
F12 Pembinaan jalan raya semakin berkembang di kawasan
perlombongan bijih timah dan ladang getah.
1
F13 Menjelang 1895, Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan
raya sepanjang 2400 km.
1
F14 Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan
kenderaan bermotor (pada tahun 1902)
1
F15 1911, jalan raya dari Seberang Prai ke Melaka siap dibina. 1
F16 Antara tahun 1911 hinga 1928, jalan raya menghubungkan Perlis
dan Singapura siap dibina.
1
F17 Jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi
memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Barat
dengan negeri-negeri di Pantai Timur.
1
F18 Sistem perhubungan seperti telegraf/ telefon/ perkhidmatan pos/
radio/ perkhidmatan udara turut disediakan.
1
[mana-mana 1 x 6m] [6 M]
7(c) H1 Pembesaran rangkaian jalan raya utama 1
H2 Menaiktaraf/Penambaihbaikkan sistem pengangkutan dan
perhubungan
1
H3 Kerja penyelenggaraan kerap dijalankan 1
H4 Memperbanyakkan pengangkutan transit aliran ringan 1
H5 menguatkuasakan undang-undang jalan raya 1
H6 Memperhebatkan kempen kongsi kereta bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas
1
H7 Peruntukan dana kewangan 1
- Mana-mana jawapan yang munasabah
[mana-mana 1 x 6m] [6 M]
Rujuk Buku Teks m.s. 263-164 / 267-269
PERATURAN PERMARKAHAN TAMAT