Post on 10-Jun-2015
BAB 14:KESAN KEGIATAN
EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
by: natrahnazar
TOPIC OUTLINE
RUMUSAN: KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM
SEKITAR
KESAN RUMAH HIJAU
PENCEMARAN
PENIPISAN LAPISAN OZON
KEPUPUSAN SUMBER
PULAU HABA
HUJAN ASID
PERUBAHAN PANDANG DARAT(LANDSKAP)
KEPUPUSAN SUMBER
• Pokok di tebang utk tujuan pembalakan, pertanian, pembinaan jalan pengangkutan, dan petempatan.
• Penebangan hutan yg tidak terkawal dapat menyebabkan kepupusan flora & fauna kerana kehilangan habitat & sumber makanan
• Penebangan hutan utk pembangunan pelancongan juga mengancamkan habitat flora & fauna.
• Sumber tanih menjadi pupus akibat kegiatan pertanian intensif yg menggunakan racun rumpai, racun serangga, & baja kimia secara berlabihan.
KEPUPUSAN SUMBER samb..
• Pembuangan sisa toksik dari kilang-kilang ke dalam sumber air dapat memusnahkan hidupan akuatik.
• Sumber mineral juga akan pupus sekiranya pelombongan dilakukan berterusan tanpa kawalan.
• Contohnya lombong bijih timah di Sungai Lembing, Pahang di tutup kerana kehabisan sumber.
• Tumpahan minyak di laut akibat pelanggaran & pembersihan kapal dapat menyebabkan pencemaran air laut & kepupusan sumber makanan laut.
• Kegiatan perikanan yg menggunakan pukat harimau & pukat tunda bemata halus juga akan menyebabkan kepupusan spesies ikan.
PENCEMARAN
• kegiatan perindustrian, pertanian, perlombongan, pengangkutan, dan pelancongan menyebabkan pencemaran udara & air.
• Pembuangan sampah sarap yang terdiri daripada bahan-bahan toksik secara tidak terkawal oleh industri adalah punca utama pencemaran.
PENCEMARAN UDARA
• Pelepasan gas dari kilang meyebabkan pembentukan jerebu
• Pelepasan gas dari kilang• Pembakaran bahan api kilang, semburan
racun serangga,ekzos kenderaan & kerja-kerja pemecahan batu di kuari
• Aktiviti pembakaran hutan utk pertanian & pembakaran jerami
PENCEMARAN AIR• Pembuangan air kumbahan kilang mencemarkan sungai
berhampiran & mengancam hidupan air.• Pembuangan sisa-sisa pepejal & cecair dari kilang &
domestik ke sungai• Sisa ladang seperti sisa baja kimia,racun serangga &
racun rumpai,serta najis khinzir mencemarkan air sungai• Pencemaran laut berpunca daripada pembuangan sisa-
sisa kegiatan perikanan dibuang ke laut dan tumpahan minyak di sekitar pelantar.
• Kegiatan sektor pelancongan seperti air kumbahan dari hotel di pinggir laut di salurkan ke laut.
PERUBAHAN PANDANG DARAT (LANDSKAP)
• Penebangan hutan utk kawasan pertanian, perindustrian, dan perlancongan telah memusnahkan sumber hutan.
• Pembinaan infrastruktur pengangkutan, telekomunikasi, bekalan air, & bekalan elektrik telah menghasilkan satu landskap baru meliputi struktur binaan, tiang, talian dan tasik buatan.
• Kegiatan melombong petroleum & gas asli menghasilkan landskap baru di bandar Miri, Bintulu, dan Kerteh seperti saluran paip, jalan raya baru, loji, paip dan serombong.
PERUBAHAN PANDANG DARAT (LANDSKAP) samb…
• Pembinaan infrastuktur seperti lebuh raya telah mewujudkan landskap baru seperti terowong, tol plaza, dan tempat rehat.
• Penjanaan kuasa hidroelektrik menyebabakan pembinaan stesen penjanaan & empangan.
• Pembinaan pelabuhan menyebabkan pembinaan jeti & gudang.
• Pembangunan di kawasan bukit bagi tujuan perlancongan seperti Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, & Bukit Fraser menghasilkan pandang darat baru seperti bangunan hotel,restoran, perumahan & jalan raya baru.
KESAN RUMAH HIJAU• Proses yang membantu memanaskan atmosfera
bumi.
KESAN RUMAH HIJAU samb…• Gas-gas rumah hijau yang terdiri daripada karbon
monoksida, karbon dioksida, nitrogen oksida, wap air, dan metana dapat mengubah keseimbangan tanaga di bumi dengan menyerap sinaran infra-merah yg bebas daripada permukaan bumi.
• Tanpa kesan rumah hijau, kehidupan di planet ini tidak mungkin wujud kerana suhu purata bumi menjadi -18°C berbanding dengan suhu purata bumi sekarang 15°C.
• Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku terutamanya akibat aktiviti pembakaran bahan fosil oleh industri, kenderaan, generator elektrik & pembakaran hutan.
PENIPISAN LAPISAN OZON• Lapisan ozon ialah lapisan gas yang menglilingi bumi.• Lapisan ini melidungi bumi daripada sinaran ultra ungu
yang berbahaya daripada matahari• Peranan lapisan ozon ialah menyerap & membalikkan
semula sinar ultraungu ke angkasa.
KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON
• Perubahan cuaca di permukaan bumi• Mengganggu proses fotosintesis yang menjejaskan
tumbesaran tumbuhan.• Mengganggu rantaian makanan• Kes penyakit kanser kulit & katarak mata meningkat• Melemahkan sistem daya ketahanan manusiaterhadap
penyakit.
PULAU HABA• Fenomena
peningkatan suhu di kawasan bandar
• Suhu di kawasan bandar lebih tinggi daripada kawasan luar bandar.
PULAU HABA samb…
Pulau haba disebabkan oleh keadaan bandar yang:-
• Bangunan konkrit yang tinggi & padat serta binaan jalanraya bertar menyerap haba & meninggikan suhu pada waktu siang & membebaskannya pada waktu malam.
• Pembebasan gas & partikel oleh kilang & asap kenderaan memerangkap haba.
HUJAN ASID• Disebabkan oleh aktiviti
perkilangan,embakaran bahan api kenderaan & pembakaran terbuka yang membebakan gas ke udara.
• Gas ini akan bercampur dgn awan & di larutkan oleh titisan air & membentuk asid karbonil, asid sulfurik & asid nitrik lemah.
• Hujan asid akan menjejaskan hutan,kesihatan manusia.
RUMUSAN: KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
• Kegiatan ekonomi sangat penting untuk pembangunan negara
• Usaha pembangunan ekonomi perlu dilaksanakan dengan langkah-langkah kawalan yang baik & terancang bgai mengurangkan kesan-kesan negatif
• Kesan-kesan negatif ini dapt dikurangkan melalui pembangunan lestari.
• Pembangunan lestari adalah pembangunan yang dapat mewujudkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi & alam sekitar.
TERIMA KASIH…