Post on 01-Feb-2018
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 1
CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat
1
Menjelaskan Tamadun
awal
3 Perkembangan Tamadun Islam
3.1 Tamadun Zaman Awal
3.2 Tamadun Zaman Pertengahan
3.3 Tamadun Islam Zaman Kontemporari
2
Hasil Pembelajaran Kandungan
PENGENALAN
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 2
PENGENALAN
3
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Zaman Awal – zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin
Zaman Pertengahan – Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah
Zaman Kontemporari (Zaman Moden) – termasuk perkembangan Islam di Nusantara dan Malaysia
PENDAHULUAN
4
Kelahiran Islam di Makkah dan kemunculan kerajaan
Islam pertama di Madinah merupakan titik bersejarah
lahirnya tamadun baharu yang merubah sejarah dunia.
Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh yang paling
dicontohi dalam membentuk tamadun Islam
kemudiannya sesuai peranannya sebagai Rasul
terakhir.
Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai tamadun
Islam kemudiannya adalah berasaskan kepada nilai-
nilai yang terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 3
5
Pada kurun ke-18 dan ke-19 M, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam
terakhir tumbang pada 1924.
Kepesatan pembelajaran ilmu pengetahuan telah mewujudkan Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli
sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
PENDAHULUAN
6
Sistem Pemerintahan
Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur/sistem pemerintahan yang kukuh.
Dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah.
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam - faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah.
Sistem politik berkabilah - primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri.
Ketua kabilah – Sheikh, adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah.
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 4
7
Sosial
Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat
Arab Hadhari dan Arab Badwi
Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh
mewarisi harta dan boleh dijual beli atau dijadikan
hamba seks).
Menanam hidup-hidup bayi perempuan.
Mengamalkan budaya tilik nasib
Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian
dan sastera seperti sajak, puisi dan pidato.
Sikap positif: menghormati tetamu dan menepati janji
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
8
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
Ekonomi
Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak
menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi
masyarakat Arab.
Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab
merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.
Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang
mempunyai oasis seperti di Yaman.
Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai
sumber ekonomi sehingga ke negeri Syam dan Yaman.
Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang
ternakan, pakaian, hamba, patung berhala, rempah dan emas.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 5
9
Kepercayaan
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu,
kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama
ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab,
sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul
dan tradisi lama yang diwarisi.
Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan
sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Agama - Menyembah berhala dan kepercayaan lain
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama
sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas.
Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang
popular ialah Al-Latta, Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
10
Zaman Awal Zaman Nabi Muhammad
Zaman Perkembangan Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin
Zaman Kecemerlangan
Zaman kerajaan Bani Umayyah, Abbasiyah, dan
Uthmaniyah
Zaman
Kejatuhan
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 6
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
11
Zaman Nabi Muhammad SAW
Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan asas kepada ajaran dan tamadun Islam.
Zaman Nabi Muhammad dan zaman Khulafa’ al-Rashidin menjadi model tamadun Islam.
Tamadun Islam telah berkembang pada zaman Khulafa’ al-Rashidin walaupun bukan berbentuk material.
Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan prinsip asas yang lengkap untuk diikuti oleh umatnya melalui Al-Quran dan Sunnah.
12
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.
Baginda lahir dalam kalangan bani Hasyim dari Arab Quraisy.
Bapanya bernama Abdullah ibn Abdul Mutalib dan ibunya Aminah bint Abdul Wahhab (dari suku Zuhrah).
Bapanya meninggal dunia ketika berusia 25 tahun semasa dalam perjalanan dari Syam ke Mekah.
Ibunya meninggal dunia di Abwak ketika Nabi berusia 6 tahun.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 7
13
Setelah ibunya meninggal dunia baginda dijaga
oleh datuknya Abdul Mutalib.
Nabi Muhammad SAW pernah disusukan oleh
Suwaibah al-Aslamiyah (hamba Abu Lahab) dan
Halimah al-Sakdiyah.
Baginda dijaga didesa oleh Halimah sehingga
berusia lima tahun.
Setelah peristiwa pembedahan dada Nabi, baginda
dipulangkan ke Mekah.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
14
Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika umur baginda 25 tahun.
Baginda dikurniakan 7 orang anak; 4 perempuan dan 3 lelaki, semua anak lelaki meninggal waktu kecil.
Pekerjaan baginda ialah menggembala kambing dan kemudian berniaga di Syam dan di pasar-pasar sekitar Mekah.
Baginda pernah digelar al-Amin ketika berjaya menyelesaikan perbalahan antara suku kaum di Mekah tentang perletakan semula Hajar al-Aswad.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 8
15
Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu
Nabi Muhammad SAW gemar berkhalwat di Gua
Hira’ terutama semasa bulan Ramadhan.
Baginda menerima wahyu pertama pada 17
Ramadhan – Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang
meminta baginda mengenal tuhannya.
Surah yang kedua ialah Surah al-Mudaththir, ayat
1-4, yang secara rasminya menyeru agar baginda
berdakwah – bangunlah, berikan peringatan.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
16
Makkah
• 13 tahun (610-622 M)
• Tujuan dakwah- Mengesakan Allah SWT
• Bidang dakwah- Akidah dan Akhlak
Madinah
• 10 tahun (622-632 M)
• Tujuan dakwah – Mengesakan Allah dan mengembangkan ajaran Islam
• Bidang dakwah – merangkumi semua aspek kehidupan
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 9
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
17
Period Makkah (610-622 M)
Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan selama 13
tahun. Tumpuan baginda Rasulullah:
Pembangunan akidah
Membenteras maksiat dan kejahilan
Membenteras perhambaan
Pemulihan akhlak
Pembelaan kaum wanita
18
Dakwah kepada ahli keluarga dan sahabat rapat
Dakwah kepada sahabat dan keluarga mereka
Dakwah kepada Bani Hasyim
Peringkat dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah.
Dakwah secara sulit Dakwah secara terus-terang/terbuka
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 10
19
Kuasa dan pengaruh
Persamaan taraf
Sumber ekonomi
Takut mati
Iri hati
Sebab
Dakwah
ditentang
di Mekah
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
20
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
Hijrah berlaku pada 622 Masihi
Nabi Muhammad SAW berumur 53 tahun.
Sahabat yang mengiringi baginda ialah Saidina
Abu Bakar as-Siddiq.
Tugas pertama ialah mendirikan masjid.
Masjid berperanan sebagai
tempat ibadah dan
penyebaran agama Islam.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 11
21
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
Hijrah adalah sebuah tonggak sejarah besar dalam perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Hijrah adalah peristiwa yang sangat menentukan bagi kejayaan Nabi Muhammad SAW mengembang risalah dalam rangka mengeluarkan manusia dari beraneka kegelapan menuju cahaya kebenaran.
Sebelum peristiwa Hijrah terjadi, Nabi Muhammad SAW telah berusaha sekuat tenaga untuk mengajak manusia ke jalan Tuhan.
Akan tetapi, usaha beliau kurang membuahkan hasil ketika di Makkah kerana masyarakat di situ mempertahankan agama mereka atas faktor tertentu.
22
Jemputan dari
masyarakat Arab Yathrib/Madinah
Selepas berlakunya perjanjian Aqabah
Setelah mendapat wahyu dari Allah SWT
Setelah melihat umat Islam ditekan dan dipulau oleh masyarakat Arab Mekah
Untuk meluaskan penyebaran Islam
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 12
23
Hikmah Hijrah
1. Kegagalan tidak mesti menjadikan seseorang berputus asa dalam berjuang mencapai maksud dan tujuan yang telah ditetapkan. Jika manusia mengalami kegagalan di suatu tempat, di sebuah metod dan cara, maka hendaklah dia mencari tempat, cara atau metod baharu dalam mencapai kejayaan.
2. Dakwah di Makkah dilaksanakan secara personal, peribadi, pintu ke pintu dan tidak didukung oleh kekuatan politik. Di samping itu, memang Makkah bukanlah tempat yang sesuai untuk berdakwah kerana percaturan politik yang begitu tinggi. Dakwah selalu menerima tekanan politik.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
24
3. Nabi diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dan meninggalkan Makkah untuk mencari tempat yang lebih aman dan sihat untuk memulakan sesuatu yang baik.
4. Tiga tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad SAW dilanda kesedihan yang amat berat sehingga tahun itu disebut tahun duka cita (‘amul huzni). Dua orang yang paling baginda cintai meninggal dunia, iaitu isteri baginda, Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 13
25
Nabi Muhammad SAW dalam merangka Piagam Madinah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.
Langkah yang diambil oleh baginda dalam membentuk Piagam Madinah.
Langkah pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat baginda menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran.
Langkah kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
ZAMAN AWAL
26
Period Madinah (622-632 M)
Sumbangan baginda terhadap pembinaan tamadun
Islam di Madinah:
1. Aspek sosial
o Mempersaudarakan golongan Ansar
dan Muhajirin
o Mewujudkan perjanjian antara
masyarakat berbilang kaum
o Kedudukan wanita dibela
o Membina masjid – pusat ibadah,
bermesyuarat, pusat komuniti dsb.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 14
ZAMAN AWAL 27
2. Aspek Politik
Nabi Muhammad SAW menggubal dan membentuk perlembagaan Madinah bersumberkan al-Quran
Perlembagaan Madinah – 47 fasal:
23 fasal – hubungan sesama umat Islam
24 fasal – hubungan umat Islam dengan bukan Islam
Implikasi perjanjian – memantapkan kedudukan politik umat Islam dan wujud keamanan.
Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan hakim dari kalangan sahabat di beberapa wilayah spt. Yaman, Uman, Najran, Hadramaut.
Nabi Muhammad SAW turut mengasaskan majlis syura berfungsi sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan bagi membuat dasar pemerintahan dan menjaga kepentingan rakyat.
28
3. Aspek Ekonomi
Memperkenalkan cukai – zakat, jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) dan ‘usyur (cukai perniagaan)
Menghapuskan amalan riba
Penggunaan mata wang dinar (emas) dan dirham (perak)
Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber ekonomi seperti zakat, sedekah, jizyah, ghanimah dsb di mana setiausaha pertamanya bernama Hanzalah.
Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam perniagaan, pertanian dan penternakan
ZAMAN AWAL
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 15
29
4. Aspek Dakwah
Rasulullah s.a.w menghantar para pendakwah dari
kalangan sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab
bagi menyebarkan ajaran Islam.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
30
5. Aspek Ketenteraan
Rasulullah s.a.w sebagai ketua tentera dan mengetuai hampir semua peperangan menentang musuh.
Antara strategi ketenteraan yang dilakukan oleh baginda:
Mengadakan perjanjian dengan pihak musuh
Merahsiakan jumlah tentera musuh yang akan dihadapi
Mengenal pasti tempat strategi di medan perang
Penyamaran
Menggali parit
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 16
31
6. Pendidikan
Masjid telah dijadikan sebagai institusi pendidikan
Rasulullah menggalakkan setiap peringkat masyarakat
menimba ilmu pengetahuan
Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa
daerah untuk mengajar
Baginda pernah meletakkan syarat kepada tawanan
perang yang ingin membebaskan diri dengan
mengajar anak-anak penduduk Madinah sehingga
pandai menulis dan membaca.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
32
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 17
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
33
Mempersaudara
kan kaum
Muhajirin dan
Ansar
Mengembalikan
hak dan
kedudukan
wanita dan
kanak-kanak
Memberi
jaminan
keamanan
kepada semua
rakyat
Pentadbiran
negara di
masjid
Melaksanakan
konsep syura
Melantik
pemimpin dalam
pelbagai
bidang
pentadbiran
Memperkasa
strategi untuk
meningkatkan
ekonomi:
• Mewujudkan
baitulmal
• Mengenakan
cukai untuk
tujuan
pelbagai
Membasmi
amalan
perniagaan
Yahudi -
penipuan dan
penindasan
Pejuang dari
kalangan
rakyat- secara
sukarela
Nabi
Muhammad –
Panglima
tentera
Menyusun
pelbagai
strategi untuk
mempertahan-
kan keamanan
Madinah
Menggunakan
pendekatan
secara lembut
atau hikmah.
Tidak memaksa
dalam
berdakwah
Sosial Ekonomi Organisasi Perjuangan
Dakwah Politik
34
Amanat Terakhir Nabi Muhammad SAW
Berlaku di Mekkah ketika baginda kembali dari
menunaikan haji (Hajjat al-Wida’) pada tahun ke-
10 Hijrah/632 M.
Isi amanat:
Semua umat manusia adalah dari nabi Adam.
Semua manusia adalah sama kecuali taqwanya.
Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada
kitab Allah dan Sunnah rasul-nya.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013
Maruwiah Ahmat 18
AKTIVITI 3- LATIHAN KENDIRI
Berikan contoh tingkah laku atau tindakan Nabi
Muhammad SAW dalam perkara-perkara berikut:
Masyarakat – persaudaraan
Pemimpin tentera – tolak ansur
Ketua negara – keadilan
Pemimpin agama – silaturrahim
Hubungan antarabangsa - diplomatik
35