Post on 11-Jun-2015
description
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN
Kandungan:
• Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian
• Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem
• Teknik Pengesanan Kerosakan
• Mengenali Litar Skema dan Rajah Pemasaan
• Langkah-langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih
Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian
Terdapat pelbagai alat pengujian yang boleh digunakan untuk menguji operasi
komponen dan keterusan arus. Berikut disenaraikan sebahagian daripadanya;
Alat FungsiMeter pelbagai sukat voltan dan kesan sambungan litar /
komponen Osiloskop sukat voltan & frekuensi pada titik tertentu
Kuar logik &
pendenyut logik
tentukan keadaan logik pada titik ujian tertentu
Penyurih arus kesan kehadiran arus
syamsulum@yahoo.com 1
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem
Sistem komputer boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama seperti di
dalam gambarajah hirarki di bawah;
Merujuk kepada gambarajah di atas, sistem komputer boleh dibahagikan kepada 4
paras sistem, iaitu:
• Paras sistem
• paras sub-sistem
• paras sub-sub sistem
• paras komponen
syamsulum@yahoo.com 2
Sistem
Sub- Sistem
Sistem
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
Paras SistemIa merupakan paras tertinggi di mana semua paras lain berkerjasama supaya sistem
komputer dapat menjalankan fungsinya dengan sempurna.
Paras sub-sistemIa merupakan sebahagian daripada bahagian paras sistem. Hasil dari sambungan paras
sub-sistem ini membentuk satu sistem lengkap. Contoh yang sesuai adalah seperti
pencetak, unit paparan, sistem unit, pemacu cakera dan lain-lain.
Paras sub-sub sistemParas ini merupakan bahagian yang terdapat pada paras sub-sistem. Contohnya
bahagian pada unit paparan terdapat penguat video, pengayun ufuk, pengayun pugak
dan bekalan kuasa tinggi.
Paras komponenBahagian ini merupakan komponen-komponen untuk satu sub-sub sistem. Sebagai
contoh untuk penguat video pada unit paparan; ia mengandungi transistor, penapis dan
lain-lain.
Dalam kaedah pendekatan sistem, sesebuah sistem komputer akan disemak bermula
daripada peringkat tinggi dan terus turun ke bawah iaitu kepada bahagian komponen
(sistem -> sub sistem -> sub-sub sistem -> komponen). Ia melibatkan pemerhatian dan
ujian untuk tujuan pengesanan kerosakan bagi mengenalpasti bahagian yang
bermasalah. Bagi penyenggara sistem yang berpengalaman, mereka kadangkala
mampu menyelesaikan masalah sistem tanpa perlu terlalu mengikut prosedur
pendekatan sistem ini. Melalui pengalaman dan kemahiran, mereka dapat menyesaikan
sesuatu kes kerosakan hanya dengan satu atau dua ujian sahaja.
syamsulum@yahoo.com 3
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
Teknik Pengesanan Kerosakan
Langkah-langkah mengesan kerosakan
Penggunaan langkah yang sistematik dapat mejimatkan masa sewaktu menjalankan
baik pulih sistem komputer. Terdapat 2 masalah utama yang menyumbang kepada
kerosakan sistem iaitu; perisian dan perkakasan. Sewaktu membaik pulih, lazimnya
pengujian terhadap kefungsian perisian akan dilakukan terlebih dahulu dan kemudian
sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan, barulah ujian dilakukan terhadap
perkakasan sistem. Antara tindakan yang boleh dilakukan sewaktu pengesanan
kerosakan ialah;
1. Analisa gejala /tanda-tanda kerosakan
• Apakah kerosakan yang ditunjukkan oleh komputer semasa kerosakan
• Apakah yang sedang dilakukan oleh komputer sebelum bermasalah
• Apakah aturcara yang digunakan sebelum kerosakan
2. Periksa / kenalpasti punca masalah (hardware / software)
• Periksa semua pemasangan sistem, kabel, penyambung (connector),
‘CMOS-SETUP’, fail autoexec.bat, fail config.sys, serta kedudukan
jumper perkakasan. Untuk itu, adalah penting bagi menyimpan segala
buku manual dan panduan bagi perkakasan sistem tersebut.
• Selain pemeriksaan di atas, penyenggara juga harus melakukan
pemeriksaan seperti bau terbakar, keluar asap, dan kepanasan lampau
pada komponen komputer.
3. Uji / buktikan kerosakan
• Setelah tempat kerosakan dikenalpasti, pengubahsuaian perlu dilakukan
bagi menyelesaikan masalah tersebut. Mulakan pengujian seperti
pengubahsuaian fail autoexec.bat, config.sys, pendaftar (registry)
Windows dan sebagainya sehingga berjaya.
• Bagi pemeriksaan kesalahan penyambungan, kabel, dan jumper,
pembetulan boleh dilakukan dengan berpandukan buku manual
perkakasan komputer tersebut.
syamsulum@yahoo.com 4
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
• Sekiranya terdapat kesan asap (terbakar), lakukan pengujian pada
komponen tersebut dengan menggunakan multimeter. Ini akan menguji
kefungsian komponen tersebut. Cabut dahulu komponen yang ingin diuji
daripada litar tercetak. Jika berlaku kepanasan lampau pada komponen,
sembur komponen dengan penyembur penyejuk (jika ada) atau biarkan ia
sejuk terlebih dahulu dan lihat kembali kefungsian sistem. Sekiranya baik,
perhatikan kipas bekalan kuasa dan komponen lain dalam sistem
berpusing dengan baik dan bersihkan sistem daripada sebarang habuk
yang telah terbentuk. Letakkan sistem di tempat yang sesuai.
4. Sediakan keperluan untuk baik pulih kerosakan
• Setelah selesai pemeriksaan dan punca kerosakan ditemui, sediakan
kelengkapan dan tempat yang sesuai untuk baik pulih. Dapatkan buku
panduan ‘CMOS-SETUP’, buku panduan pengubahsuaian fail
autoexec.bat, config.sys dan buku panduan installasi aturcara yang
digunakan (aturcara @ program yang rosak). Jika kerosakan tersebut
berlaku pada komponen atau perkakasan seperti pemacu cakera ataupun
kad-kad pilihan, dapatkan alat ganti yang sesuai untuknya.
5. Lakukan penggantian dan pemulihan
• Setelah diketahui tempat yang bermasalah dan segala keperluan untuk
baik pulih disediakan, kerja-kerja baik pulih boleh dimulakan. Masalah
yang melibatkan perisian boleh dipulihkan melalui pengubahsuai ataupun
instalasi (reinstall) semula. Bagi masalah perkakasan ataupun komponen
sistem (hardware), proses penggantian komponen yang rosak boleh
dilakukan.
Keperluan Untuk Pengesanan Kerosakan
1. Gunakan alat-alat pengujian
• Sebagai alat asas untuk tujuan pengujian, alat-alat pengujian utama
seperti multimeter dan ‘test-pen’ perlu disediakan terlebih dahulu. Selain
itu, alat sampingan seperti osiloskop, kuar logik, dan pendenyut logik juga
perlu disediakan sekiranya perlu.
syamsulum@yahoo.com 5
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
2. Kemahiran membaca Litar Skematik
• Ia penting kerana ia mampu membantu penyenggara mengenalpasti
komponen-komponen yang terdapat di dalam sistem menggunakan
simbol piawai komponen. Ia juga akan memudahkan penyenggara
mengenalpasti titik ujian yang boleh digunakan pada komponen yang
dijangka rosak.
3. Gunakan Buku Panduan Litar Bersepadu – IC
• Ia memudahkan penyenggara mengenali ciri-ciri komponen dengan cepat
dan senang. Selain itu, ia juga memudahkan penyenggara mengetahui
fungsi kaki-kaki IC dan dapat melakukan pengujian isyarat pada kaki-kaki
IC tersebut dengan betul. Menggunakan nombor sirinya, pembelian IC
baru dapat dilakukan dengan mudah bagi tujuan penggantian komponen
baru.
4. Kemahiran membaca Rajah Pemasaan
• Melalui rajah pemasaan, penyenggara sistem dapat mengesan jujukan
sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sistem untuk sesuatu tempoh masa
dengan baik. Ini kerana sistem komputer akan melaksanakan proses
secara berjujukan. Rajah pemasaan piawai ini dapat membantu
penyenggara membandingkan dengan rajah pemasaan sistem yang diuji
bagi mengenalpasti kerosakan.
3 Teknik mengesan kerosakan:
1. Menggunakan Persamaan Boolean
• Untuk suatu litar logik mudah, suatu persamaan Boolean dapat dihasilkan
dengan menggunakan teorem-teorem tertentu. Dari persamaan Boolean
ini, ‘jadual benar’ boleh dihasilkan. Jadual benar ini akan dijadikan
panduan sewaktu membaikpulih. Pengujian yang sesuai adalah dengan
menggunakan pendenyut logik dan kuar logik. Selain membuat
persamaan Boolean, dengan menggunakan jadual benar bagi sesuatu IC
(IC flip-flop, decoder, multiplexer), kerosakan IC atau litar luar IC dapat
ditentukan dengan lebih tepat.
syamsulum@yahoo.com 6
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
2. Menggunakan Rupabentuk Gelombang dan Corak
• Teknik ini menggunakan gelombang asal pada sesuatu titik ujian sebagai
rujukan. Gelombang asal boleh didapati pada litar skematik yang
disertakan bersama litar semasa pembelian sistem. Dengan
menggunakan isyarat masukan yang sesuai pada masukan litar, ujian
gelombang boleh dilakukan pada titik yang dikehendaki dengan
menggunakan osiloskop ataupun alatan lain yang sesuai.
3. Menggunakan Kaedah Gantian Kumpulan
• Kaedah ini bermula dengan mengenalpasti komponen yang bermasalah
terlebih dahulu. Sebagai contoh, adalah dianggap bahawa kad pemecut
grafik mungkin menjadi masalah kepada kegagalan fungsi sistem. Untuk
menentusahkannya, sebuah kad pemecut grafik yang lain (baru ataupun
simpanan) dipasang ke dalam sistem untuk menggantikan kad
bermasalah tersebut. Sekiranya tiada tanda-tanda pemulihan sistem,
maka masalah itu disahkan bukan berpunca daripada kad pemecut grafik
asal tadi; dan begitulah sebaliknya. Walaupun ini merupakan kaedah
penyelesaian yang paling mudah dan cepat, ia juga merupakan kaedah
yang berkos tinggi dan bergantung kepada stok simpanan komponen /
perkakasan tersebut (sekiranya ada).
syamsulum@yahoo.com 7
BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
Langkah-langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih
3 Peringkat:
1. Sebelum Membaikpulih
2. Semasa Membaikpulih
3. Selepas Membaikpulih
Sebelum Membaikpulih
1. Keadaan Tempat Membaikpulih
• Luas, selesa, bercahaya, suhu sesuai, lantai berpenebat, jauh dari
gegaran, peralatan tersusun, bekalan kuasa mencukupi
2. Meja Senggaraan
• Cukup lebar, tinggi sesuai
3. Alat-alat Senggaraan
• Peralatan cukup, ada penstabil voltan, manual litar skematik dan data
komponen
Semasa Membaikpulih
1. Elakkan / kurangkan cas statik
• Guna ‘wrist-strap’
• Guna alat sesuai
1. Pemateri sesuai (15 – 18 Watt)
2. Penarik (extractor) utk keluarkan cip
3. Guna penyedut (sucker) untuk buang timah pateri
4. Guna manual / rujukan yg betul
Selepas Membaikpulih
1. Pastikan semua sambungan betul / kemas
2. Pastikan tiada lebihan pateri
3. Guna / pasangkan casing dengan betul untuk elak litar pintas semasa menguji
4. Kemaskan peralatan dan meja senggaraan
syamsulum@yahoo.com 8