Post on 27-Jan-2017
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
Bab-4
Tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang berlaku di rumah
pangsa.
4.1 Cadangan mengatasi masalah kemasyarakatan dan budaya
4.1.1 Persekitaran Rumah Pangsa
Bagi menghadapi masalah yang timbul di rumah-rumah pangsa kos rendah,
pelbagai cadangan telah di utarakan oleh kerajaan, NGO1 dan pihak-pihak swasta.
Banyak pemaju swasta telah mengambil pendekatan membina rumah kos rendah
dikawasan yang dientegrasikan dengan taman taman rekreasi yang besar yang
dikongsikan bersama dengan penduduk rumah-rumah teres sekitarnya. Kawasan rekreasi
ini dibuat sekali dengan kolam takungan. Secara tidak langsung tempat rekreasi yang
dihasilkan lebih menarik dengan hadirnya elemen air. Kewujudan kawasan rekreasi
seperti ini memberikan ruang untuk bersosial dan berrekreasi yang lebih luas kepada
pelbagai masyarakatnya berbilang latar belakang.
Bagi pihak kerajaan pula, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah
mewujudkan Doktrin Perancangan Dan Pembangunan Sejagat (1997) untuk kawasan
kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu: selesa, mesra, cantik indah,
berkualiti, mempunyai idintiti sendiri, mencukupi dan mampu dimiliki, bersih &
harmoni, lengkap dan selamat.
Abdul Mutallib bin Jelani2 dalam kertas kerja bertajuk menyatakan:
Konsep persekitaran tempat kediaman lestari dalam konteks Islam
menekankan bahawa segala bentuk pembangunan persekitaran tempat
kediaman samada fizikal dan sosial perlu memastikan kelima-lima aspek
ini: agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda terjaga dan tidak
berlaku kerosakan atau kacau bilau dalam keseluruhan struktur tempat
kediaman. Berdasarkan prinsip tersebut, tempat kediaman berperanan
untuk menjaga keperluan asas manusia iaitu memelihara kepentingan
nyawa dan harta benda.
1 Non Government Organization2 Penempatan, Kebolehdiaman dan Kesesuaian Budaya Perumahan Di Malaysia, 2001
23
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
Kawasan persekitaran perumahan juga perlu mewujudkan
suasana yang boleh menggalakkan interaksi sosial di antara penghuninya,
indah dan harmoni dengan alam sekitar, mesra pengguna dan selamat
untuk semua lapisan masyarakat – tua, muda dan kanak-kanak,
mempunyai kawasan rekreasi dan riadah yang selesa serta mempunyai
kemudahan awam, utiliti, dan ameniti yang mencukupi. Menurut
perspektif Islam, tempat kediaman merupakan tempat untuk berehat,
menenangkan badan dan fikiran, beribadat, mendidik, belajar dan
menyebarkan syariat ugama. Tempat kediaman juga berperanan memberi
perlindungan kepada isi huninya terutamanya kepada kanak-kanak dan
wanita.
4.1.2 Saranan langkah mengatasi masalah sosial
Uthaya Sankar dan Rama Visualingam3 mencadangkan beberapa langkah yang
boleh diambil untuk mengatasai masalah sosial remaja. Antara langkah yang disarankan
ialah peranan ibu bapa sebagai insan yang paling hampir dengan remaja, pendekatan
akedemik, melalui sistem perundangan sekolah, penguatkuasaan undang-undang,
kaunseling dan peranan PIBG membantu guru-guru. Dengan pendekatan dan komitment
semua pihak diatas, masalah remaja terbiar, kurang didikan dapat diatasi. Dalam masa
yang sama, remaja akan merasai mereka lebih dihargai dan disayangi.
Pembenterasan masalah sosial perlu dilakukan pada peringkat awal bagi
mengelakkan ianya terlewat. Ia fisiologi remaja yang perlu dinasihatkan secara lembut
dan bukannya dengan kekerasan. Tambahan lagi remaja-remaja inilah yang bakal
menggantikan pemimpin-pemimpin masa hadapan.
4..2 Cadangan mengatasi masalah dari segi senibina & perancangan
4.2.1 Isu keselamatan di rumah pangsa kos rendah
Kenyataan Tajuddin Mohammad Rasdi4 mencadangkan beberapa pendekatan
senibina yang difikirkan sesuai dalam rekabentuk sesebuah rumah pangsa kos rendah.
Antaranya ialah:3 Masalah sosial di kalangan belia kaum india - punca dan penyelesaian, 20034 Rumah Bertingkat - Perangkap Maut kepada kanak-kanak, Utusan Malaysa, 10/12/2004, Ms. 7.
24
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
1. Pembinaan kotak pelantar atau pembahagian pelindung sinaran matahari yang
direka khas setiap tingkat untuk mengakap atau menyambut kanak-kanak yang
terjatuh
2. Dinding bagunan rumah kos rendah tidak dibina secara tegak 90 darjah, tetapi
dibina secara bertingkat yang mana jika ada kanak-kanak yang terjatuh
misalannya dari tungkat 6 akan terjatuh ke tingkat 5 atau 4 dan tidak terus terjatuh
hingga ke bawah.Dinding rumah yang curam sepatutnya tidak mempunyai
bukana, atau hanay mempunyai bukaan yang berfungsi untuk pencahayaan dan
diletakkan 6 kaki tingginya dari lantai.
3. Penggunaan jeriji pada setiap koridor, balkoni, tingkap dan bukaan tangga perlu
direka bentuk supaya mudah dipotong atau dibuka oleh pihak bomba dari luar
sekiranya berlaku kecemasan,”
4. Membina pagar koridor yang lebih tinng dari paras minima yang ditetapkan oleh
undang undang iaitu 900mm.
5. Reka bentuk perumahan juga perlu dibuat yang tidak memerlukan kanak-kanak
melintas jalan untuk ke sekolah, kedai atau ke taman- taman perumahan lain.
Setiap jalan raya dalam kawasan perumahan juga perlu dilengkapi bonggol atau
paving texture untuk memperlahankan kenderaan serta pasukan terdapat laluan
pejalan kaki dan basikal.
Bagi mengatasi masalah rumah pangsa kos rendah yang tidak mesra orang kurang upaya,
orang tua dan orang yang sakit pula , En Hasrim Mohd Yatim, Pengarah Projek dari PECD
Construction Sdn. Bhd. mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil iaitu:
1. Harga rumah kos rendah dinaikkan bagi membolehkan kemudahan lif
disediakan
2. Material baru yang boleh menurunkan harga rumah juga perlu
diperkenalkan dan digunakan. Kaedah pembinaan seperti IBS yang
lebih cepat, mudah dan murah juga perlu digunakan bagi menjimatkan
masa pembinaan
3. Penggubalan undang undang yang mewajibkan pembinaan kemudahan
OKU dan orang tua di rumah pangsa kos rendah.
25
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
Dewasa ini isu bangunan yang menjimatkan tenaga heboh dibincangkan. Rata-
rata rekabentuk bangunan baru terutamanya bangunan pejabat dan rumah mewah
berlumba-lumba mengutarakan rekabentuk berdasarkan idea penjimatan tenaga. Idea
begini juga jika dipraktikkan di rumah pangsa kos rendah boleh memberikan faedah
kepada penghuninya. Sedikit sebanyak dapat membantu penghuni rumah kos rendah dari
segi kewangan yang rata-rata penghuninya berpendapatan rendah. John Koh5 (Presiden
Eastern Regional Organisation of Housing and Planning dan juga Pengarah Urusan
Arkitek Maju Bina Sdn Bhd) menyatakan:
“Proper solar and wind orientation, adequate roof cover, screens and
openings for thermal comfort are the first line and best energy
conservation approaches. Tapping natural cross ventilation will reduce
the need for air-conditioning while harvesting rain water for toilets and
watering the garden could reduce the demand for expensive treated water.
They don't need complicated technology to effect”.
John Koh juga mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh dilakukan untuk
menjimatkan pengunaan tenaga dan dapat menjimatkan kos iaitu:
1. Mengurangkan kerja kerja penyeliaan bangunan dengan menggunakan bahan-
bahan binaan yang kurang penyeliaan dan tahan lama.
2. Menggunakan bahan-bahan terpakai seperti bahan bata, kepingan bumbung, kayu,
tingkap dan pintu daripada kerja kerja ubahsuai. Bahan-bahan ini biasanya di
buang sahaja dari tapak kerja-kerja ubahsuai.
4.2.2 Langkah bagi mengatasi mutu kerja yang rendah
Mutu kerja yang rendah adalah disebabkan oleh hasil kerja pekerja atau buruh
yang kurang mahir. Pengambilan buruh kurang mahir adalah disebabkan oleh kontraktor
yang cuba menjimatkan wang upah pekerja. Kualiti pengawasan yang rendah juga adalah
penyumbang kepada masalah ini. 5 Building & Living responsibibly in the city, Sunday Times, 19/6/2005, oleh Persatuan Kebangsaan
Pembeli Rumah
26
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
Antara cadangan penyelesaian masalah ini adalah dengan menggunakan kaedah
Industrialised Building System6 (IBS) dalam industri pembinaan. Berita Harian7
menyatakan kaedah IBS telah lama digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat,
Jepun dan Australia. Kelebihal penggunaan kedah ini adalah:
1. Kurang menggunakan tenaga buruh tidak mahir.
2. Membolehkan kualiti binaan dijaga dengan baik dan menjamin keselamatan
3. Kaedah pengurusan yang lebih baik
4. Pembinaan menjadi lebih cekap dan pantas.
5. Mendorong R&D untuk mengeluarkan system dan bahan binaan tempatan yang
sesuai dengan iklim serta keperluan negara.
6. Bahan binaan atau struktur yang dikeluarkan secara banyak membolehkan
penurunan harga barang dan secara tidak langsung penurunan harga rumah.
Satu lagi cadangan untuk meningkatkan mutu kerja yang rendah ialah dengan
menggunakan Standard Industri Binaan (CIS) yang diperkenalkan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Melalui penggunaan CIS, semua
rumah kos rendah yang dibina perlu mengambil kira tahap keselamatan, kemudahan
infrastruktur lengkap, kemudahan mental dan fizikal serta kesihatan masyarakat dan
disiapkan mengikut kaedah standard perancangan dan reka bentuk.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah mengambil langkah
proaktif dengan memperkenalkan Anugerah Kualiti Perumahan Terbaik mulai tahun
2000. bagi menggalakkan persaingan sihat dikalangan pemaju serta memastikan rumah
lebih berkualiti dan menepati piawaian8 dibina oleh kontraktor. Kreteria anugerah ini
disediakan oleh CIDB bagi menilai projek pembinaan rumah terbaik. Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yakin anugerah ini akan menjadi pendorong kepada
pemaju untuk membina rumah yang berkualiti dalam pelbagai segi dan bagi arkitek
membina kawasan kejiranan yang lebih mesra pengguna.
6 IBS adalah osistem yang komponennya dibuat ditapak pembinaan atau kilang dan kemudian dicantumkan untuk membentuk struktur dengan kerja pembinaan yang minimum in-situ atau tapak pembinaan.7 UPM perkenalkan kaedah IBS, 19/02/20018 Anugerah Kualit rumah diperkenalkan, Berita Harian 8/10/1999
27
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
4.2.3 Perancangan pembinaan rumah kos rendah mengikut kesesuaian
budaya
Kebanyakan teori perancangan Bandar yang dipelajari di Institut Pengajian Tinggi
di Malaysia menjurus kepada pengalaman dan keperluan negara maju yang majoritinya
adalah barat. Oleh yang demikian Perancang Bandar perlulah lebih peka dalam
perancangan kawasan kediaman agar dapat memenuhi aspirasi tempatan. Menurut Abdul
Mutalib bin Jelani, Pengarah Besar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia, terdapat beberapa aspek lagi yang perlu diberikan tumpuan dalam perancangan
kawasan perumahan iaitu:
1. Mewujudkan kawasan perumahan yang mempunyai identiti dan imej
tersendiri
2. Reka bentuk ruang dalaman rumah yang sesuai, selesa, berfungsi dan
mengutamakan privacy penghuninya termasuk bilangan bilik tidur,
keududukan pintu dan tingkap, kedudukan tandas, dapur dan runag beribadah
supaya tidak bercanggah dengan fungsi dan keselesaan.
3. Memastikan sekurang-kurangnya 10% daripada kawasan diperuntukkan
sebagai tanah lapang untuk dijadikan padang permainan kanak-kanak dan
taman kejiranan.
4. Mewujudkan kawasan lapang untuk aktiviti pasar malam dan ‘food court’
untuk mencerminkan budaya tempatan.
28