Anggaran Kos Perbelanjaan

download Anggaran Kos Perbelanjaan

of 28

description

anggaran

Transcript of Anggaran Kos Perbelanjaan

PENGENALANIkan adalah golongan haiwan bertulang belakang (vertebrates). Sebagai haiwan berdarah sejuk (poikiloterma), suhu ikan dipengaruhi oleh suhu air persekitaran. Hampir semua ikan bernafas melalui insang. Insang merupakan sejenis organ pernafasan yang efisien untuk menyerap oksigen yang terlarut di dalam air.

Ikan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Terdapat juga spesies ikan yang boleh dikategorikan sebagai ikan hiasan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish di peringkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan di seluruh dunia. Sesetengah sepsis ikan mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Kebanyakan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang.

Bagi memelihara ornamental fish ini, seseorang itu hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya kematian atau keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini juga dapat mengelakkan pemilik daripada menghadapi kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi.

Tujuan memelihara ikan hiasanAntara tujuan memelihara ikan hiasan adalah untuk mengindahkan dan menghias ruang atau sesuatu sudut. Keadaan ruang tersebut akan menjadi lebih cantik dan menarik dengan adanya ikan hiasan. Hal ini kerana suasana akuarium dengan pelbagai aksesori dan juga ikan-ikan yang berwarna-warni mampu menaikkan seri pada ruang tersebut. Tempat kediaman yang selesa dan menarik merupakan satu kepuasan bagi setiap individu.

Selain itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan adalah untuk menghayati keindahan alam akuatik. Seperti yang kita maklum, manusia tidak dapat bernafas di dalam air tanpa alat pembekal oksigen. Oleh hal yang demikian, satu-satunya cara untuk menghayati atau memahami cara hidup ikan tersebut adalah dengan memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan juga mampu memberi ketenangan minda disamping dapat menjana pemikiran yang cerdas bagi seseorarng individu.

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan yang lain juga adalah untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat sayangkan haiwan peliharaan atau haiwan akuatik dalam kalangan masyarakat. Seringkali kita mendengar berita-berita berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut. Pencemaran yang disebabkan oleh manusia akan menjejaskan populasi ikan-ikan yang tinggal di habitat tersebut. Sekiranya kesedaran dapat dipupuk, maka masyarakat tidak akan memandang remeh berkaitan fauna khususnya hidupan akuatik.

Kepentingan Memelihara Ikan HiasanPemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan terpenting ke seantero dunia. Antara negeri yang menyumbang kepada pengusahaan ikan hiasan ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan di samping sebagai satu hobi yang menarik. Kegiatan ini secara tidak langsung mempengaruhi industri sampingan bahkan menyumbang kepada kemajuan pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta aksesori lain. Baka ikan hiasan baru akan dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan juga akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Pemeliharaan ikan hiasan dapat menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan. Sebagai buktinya, penternak akan lebih peka dalam kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan hiasan. Selain itu, ia merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan hiasan dan tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan

Mengenal Pasti Bahagian Luar Ikan

Rajah 1: Bahagian Luaran IkanBil.BahagianFungsi

1.SisikMelindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan.

2.Sirip dorsalMengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah.

3.Garis lateralMengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

4.Sirip kaudal/ ekorMengawal pergerkan ikan ke hadapan.

5.Sirip analMengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah.

6.Sirip pelvikMengimbangi badan ikan, berundur, berpusing dan mengapung badan ikan.

7.Sirip pektoralMengimbangi badan ikan, berundur, berpusing dan mengapung badan ikan.

8.InsangMelindungi insang yang menyedut oksigen.

Mengenal Dan Memilih Jenis Makanan Ikan HiasanMakanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

a. Kumpulan ikan hiasan berdasarkan jenis pemakanan

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

b. Kumpulan makanan ikan hiasan

JENIS MAKANANCONTOHGAMBAR

Hidup

Terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Bloodworm

Ulat roti

Plankton

Kering

Cacing yang telah diawet atau roti.

Cacing kering

Roti

Basah

Kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

Kerang

Hati lembu

Bayam

Rumusan

Terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan.

Pellet

Emping

Memilih Ikan Hiasan Untuk DipeliharaIkan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai pelbagai warna yang cantik. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.

Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa atau jenis agresif mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti dan jenis mesra sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis ikan yang sesuai untuk dipelihara sebagai ikan hiasan :

JENIS IKANGAMBAR IKANKETERANGAN

Ikan Guppy

Ikan ini merupakan jenis ikan vertebrata berdarah sejuk yang hidup di air dan bernafas dengan menggunakan insang. Terdapat lebih daripada 27 000 spesis di seluruh dunia. Purata ukuran panjang antara 7mm-14mm.

Ikan Tiger barb

Ia berasal dari kawasan Asia dan Afrika. Spesies Asia terdapat di India, Malaysia dan sebahagian dari China. Terdapat beberapa spesies dalam kumpulan Ikan Barb iaitu Tiger Barb barbustetrazona, Tiger Barb tempatan dan Rosy Barb barbusconchonius.

Ikan pelaga yang paling popular ialah ikan Pelagar Siam (BettaSplenders) yang berasal dari negara Thailand dan kemboja Warna badan dan siripnya yang cantik dan bersaiz lebih besar dari ikan pelaga tempatan

Jadual 1: Jenis-jenis Ikan

BAHAN DAN KEPERLUAN AKUARIUMAkuarium yang cantik dan menarik akan meningkatkan lagi daya penarik bagi sesuatu bahagian di mana akuarium itu diletakkan. Untuk menghasilkan akuarium yang menarik bukanlah perkara yang sukar. Pemilik hanya memerlukan beberapa perkakasan yang betul dan pemilihan jenis ikan yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, akuarium tidak akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik tanpa diselenggara. Untuk memastikan sesebuah akuarium itu kekal itu kekal bersih, cantik dan menarik pemilik perlulah melakukan pemantauan secara berkala.

Terdapat beberapa perkakasan asas yang perlu dititikberatkan sebelum membina akuarium ikan hiasan. Antara contoh perkakasan dan perkara asas tersebut ialah :

a. Sistem pengudaraanBagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambahkan kandungan oksigen dalam air. Perkakasan ini adalah amat penting untuk memastikan ikan yang dibela oleh pemilik tidak lemas dan kemudiannya mati. Sistem pengudaraan yang hendak dipilih perlulah mengikut kesesuaian saiz akuarium yang telah dipilih oleh pemilik. Terdapat banyak jenis sistem pengudaraan yang terdapat di pasaran. Pemilik akuarium boleh membuat pemilihan berdasarkan kesesuaian dan harga sistem tersebut.

b. Sistem penapisan airTerdapat banyak sistem penapis air yang digunakan. Biasanya penternak yang baru akan menggunakan jenis atas tangki kerana ia lebih murah dan mudah didapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik adalah dari sistem biologi kerana ia bukan sahaja dapat menapis kekotoran dalam akuarium malahan mampu untuk menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan. Kebiasaannya pada masa kini, sistem penapisan air yang berada di pasaran telah pun digandingkan sekali dengan sistem pengudaraan. Sistem ini mudah didapati dan menjimatkan kos.

c. Perawatan airAir yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat dahulu sebelum dapat digunakan untuk ternakan atau membela ikan hiasan. Rawatan yang selalu diamalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasan (NaCl) bagi membunuh bacteria.

Rajah 3: Contoh Anti Klorin

d. AksesoriKebiasaannya pemilik ikan hiasan akan menghiaskan akuarium mereka dengan meletakkan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir dan lain-lain lagi. Apabila memilih aksesori, apa yang penting adalah untuk memastikan aksesori tersebut tidak bertoksik kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada ikan dan juga boleh menyebabkan ikan hiasan mati dengan serta-merta.

Rajah 4: Contoh Pencahayaan Akuarium

Rajah 5: Ornamen Akuarium

e. Batu-batu dasarPemilihan batu juga perlu di ambil perhatian kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang telah diwarnakan supaya nampak lebih cantik. Pemilik akuarium perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak memberi kesan kepada ikan hiasan yang di bela.

Rajah 7: Contoh Batuan Dasar Pada Akuarium

f. Hiasan dalam akuariumRekaan bentuk hiasan dalam akuarium bergantung pada minat dan cita rasa pemilik. Reka bentuk hiasan yang disediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak mengganggu habitatnya.

Rajah 8: Contoh Hiasan Akuarium

Membina Akuarium Ikan Hiasan

a. Pemilihan Bekas (Akuarium)Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung pada beberapa faktor tertentuseperti: Saiz akuarium Jenis bahan akuarium (kacak, plastik, kolam tiruan) Jenis ikan hiasan Bilangan ikan hiasan Saiz ikan hiasan Lokasi peletakanDalam pemilihan akuarium, saiznya yang paling utama. Pemilihan saiz mestilah bersesuaian dengan kehendak dan sudut peletakannya, sama ada dalam rumah mahupun di luar rumah. Sebelum mengambil keputusan untuk memilih saiz akuarium, tempat peletakannya perlulah diambil ukuran dahulu. Kebiasaannya untuk tujuan ini pita pengukur yang digunakan. Mulakan dengan mengukur ruangan yang ada. Kemudian barulah mengukur kesesuaian saiz akuarium yang boleh diletakkan di ruangan tersebut. Saiz akuarium mestilah lebih kecil dari ruangan yang ada bagi memberikan suasana yang lebih selesa.

Gambar 1: Contoh Bekas (Akuarium)

Akuarium jenis kaca yang berukuran 75cm-90cm sesuai digunakan untuk akuarium yang bertemakan ikan hiasan yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan bekas yang lebih besar.

Pemilihan jenis bahan akuarium juga adalah salah satu perkara yang penting. Pemilihan kaca atau akrilik menjadi trend pada masa kini. Akuarium kaca adalah lebih murah daripada akrilik. Kelebihan yang ada pada bahan akrilik adalah ia ringan, mudah dilentur, dan tidak pecah walaupun terjatuh pada ketinggian yang tertentu berbanding dengan kaca. Namun akuarium berasaskan bahan akrilik hanya boleh dihasilkan di kilang. Penggunaan akuarium dari bahan akrilik ini adalah agak meluas untuk membina akuarium yang lebih besar seperti pembinaan akuarium di dasar laut atau sebesar bangunan.

Lokasi peletakan untuk sesebuah akuarium itu juga adalah salah satu isu yang perlu diambil kira. Sesebuah akuarium itu adalah amat sesuai jika diletakkan di kawasan yang tidak terdapat pancaran matahari secara terus. Hal ini adalah kerana cahaya matahari yang berlebihan akan menggalakkan pembiakan bakteria ataupun lumut di dalam akuarium tersebut. Secara tidak langsung akuarium tersebut akan lebih cepat kotor dan memberikan ancaman kesihatan kepada ikan hiasan. Walau bagaimanapun satu perkara yang tidak perlu dirisaukan adalah, tidak akan ada pembiakan jentik-jentik berlaku di dalam akuarium tersebut dengan syarat di dalam akuarium tersebut ada ikan hiasan yang dibela.

b. Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik Karbon dioksidaTumbuhan akuatik memerlukan gas karbon dioksida untuk hidup dan melakukan proses kitaran fotosintesis. Baja Baja diperlukan untuk zat-zat mineral dibekalkan bagi tujuan tumbesaran tumbuhan akuatik. Baja boleh didapati dengan dua bentuk iaitu cecair dan biji dan disukat mengikut keterangan yang diberi. Cahaya Cahaya diperlukan untuk kitaran lengkap proses fotosintesis . Cahaya boleh dibekalkan melalui lampu hiasan akuarium.

c. Mengenal Pasti Dan Memilih Tumbuhan Akuatik Untuk Hiasan Dalam AkuariumCiri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

d. Cara Menghias AkuariumKeperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium :

Karbon dioksidaTumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

BajaBaja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

CahayaCahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Contoh-contoh tumbuhan akuatik :

Cryptocorynesp

Vallisneriasp

Ludwigiasp

Cabombasp

e. Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit. 2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium.3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

f. Cara Menjaga AkuariumPenjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah. Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya terdapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isi padu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. bersihkan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki sehingga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih membahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

g. Mengenal Pasti Mutu Air Akuarium pH airpH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau berasid dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu berasid.

SuhuIkan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26C menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

Bahan beracunBahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.

REKOD PENJAGAAN MINGGUAN