Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaunseling

Post on 22-Jan-2018

167 views 22 download

Transcript of Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaunseling

Aplikasi Teori pembelajaransosial dalam perkhidmatan B&K

Bab 4

Latar belakang teori Konsep/pandangan terhadap manusia

• Dipelopori oleh albert bandura

• Teori ini ada persamaan dengan teori pelaziman operan yang mengambil kira kesan peneguhan ke atas tingkah laku.

• Berkembang menjadi teori sosial-kognitif.

• Menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengancara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu (modelling).

• Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan/pemodelan.

• Orang diperhatikan sebagai model

• Contoh: Pelajar memerhati apa yang disampaikan oleh guru ; guru merupakan role model pelajar

• Keadaan ini juga dibuktikan dengan eksperimen patung bobobandura.

• Pembelajaran sosial melibatkan hubunganpengaruh tiga unsur iaitu persekitaran, kognitif dan tingkah laku.

Tingkah laku (ceria, marah, sabar,

cemburu)

Kognitif (bahasa, imaginasi, logikal)

Persekitaran (individu, ibu bapa, keluarga,

rakan sebaya)

EKSPERIMEN PATUNG BOBO

• Kajian Bandura pada tahun 1961 yang berfokuskan polatingkah laku yang berhubung kait dengan tingkah lakuagresif.

• Satu kumpulan kanak-kanak (3-6 tahun) diarahkanmelihat filem yang menunjukkan aksi menumbuk, menendang dan menjerit terhadap satu patung besarberisi udara (Bobo).

• Bandura mendapati kanak-kanak yang menonton filemtersebut menunjukkan tingkah laku agresif sepertimana di dalam filem tersebut.

• Kesimpulannya, Bandura menamakan fenomena inisebagai pembelajaran pemerhatian.

• Proses pembelajaran melalui pemerhatiantingkah laku model sebagai pemodelan.

Jenis

Secaralangsung

Tidaklangsung

Gabungan

Sekatlaluan

3 jenis peniruan :

• Peniruan secara langsung

– Iaitu kanak-kanak melihat model sendiri atau secara tidak langsung iaitudengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto.

– contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

• Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan

– Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B.

– Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakantidak melakukannya di dalam bilik darjah.

– Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilikdarjah yang boleh menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku.

– Murid-murid juga meniru melalui tak sekat lakuan.

– Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi.

– Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyoraktidak sesuai di dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itutidak dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan.

– inilah merupakan peniruan melalui tak sekatlakuan.

• Peniruan elisitasi– Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa

sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukanoleh orang itu.

– Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita didalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca.

– Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinginanHassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerakbalas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balasorang lain.

Proses Pembelajaran Pemodelan

Pemerhatian Mengingat ReproduksiPeneguhan

dan motivasi

• Perhatian– Perhatian yang teliti kepada gerak balas yang hendak dicontohi sama

ada melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria.

• Pengekalan– Pengekalan iaitu mengingat kembali ciri atau tingkah laku yang

diperhatikan. – Hasil pemerhatian disimpan di dalam ingatan.

• Penghasilan Semula– Penghasilan semula iaitu menghasilkan semula apa yang telah

diperhatikan dan disimpan diingatan melalui amalan atau praktis.

• Motivasi– Motivasi iaitu ganjaran yang diberi untuk meneguhkan gerak balas

tersebut.– Peneguhan positif / peneguhan negatif

Kemponen membentuk personalitimenurut bandura

Matlamat• Individu belajar daripada pemerhatian

(peniruan).

• Mengajar tingkah laku baru.

• Mengukuhkan tingkah laku.

Aplikasi teori pembelajaran kognitifdalam bnk

• PENIRUAN MELALUI MAIN PERANAN & SIMULASI– Guru boleh mengajar nilai dan peranan watakwatak yang

penting melalui situasi main peranan dan simulasi. – Murid dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung

yang ditunjukkan watak-watak dalam simulasi tersebut.

• RAKAN SEBAYA SEBAGAI MODEL– Guru boleh menggunakan murid-murid yang menunjukkan

tingkah laku yang baik untuk dijadikan model di dalam kelas. – Guru harus membentuk kumpulan yang terdiri daripada murid

yang pandai dan lemah supaya murid yang lemah dapat menirutingkah laku murid yang pandai dan seterusnya meningkatkanpencapaian mereka.

• GURU SEBAGAI ROLE MODEL DAN MODEL SIMBOLIK

– Guru perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi pakaian, tingkah laku,

pertuturan dsb kerana guru sering dijadikan contoh oleh murid.

– Murid juga boleh meniru secara langsung contohcontoh pengajaran

yang diberikan oleh guru.

• MODIFIKASI TINGKAH LAKU

– Permodelan adalah merupakan satu cara modifikasi tingkah laku.

– Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak

meninggikan suara di dalam bilik darjah,

– Apabila murid meniru tingkah laku yang baik, guru perlu memberi peneguhan untuk

melazimkan tingkah laku tersebut.

• CONTOH DAN HASILAN YANG BAIK

– Guru perlu menunjukkan hasil tangan, seni lukisdan kemahiran-kemahiran yang tertentu dalammata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup dan sebagainya.

– Murid dapat meniru dari contoh-contoh yang ditunjukkan untuk menghasilkan kerja-kerjamereka.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL.

• Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkah laku yang diingini.

• memastikan bahawa kita sendiri menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani.

• memaklumkan kepada murid mengenai kesan sesuatu tingkah laku.

Memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif.

• memberi sokongan moral untuk menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalamkalangan murid.

Persembahan pengajaran yang tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid.

• dapat dijadikan model untuk diikuti oleh murid.

• menyediakan bahan bantu mengajar agar murid dapat melihat secara terus dan memahamiapa yang diajar.

Bersedia dengan kemahiran komunikasi

• sesi demonstarsi pembelajaran di dalam kelas jelas, faham dan dapat diikut oleh muriddengan mudah.

Menjemput seorang murid ajar jadi contoh kepada murid lain.

• berdasarkan hasil kerja yang bagus.

Menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi serta simulasi semasa sesipdpc.

• membentuk murid ke arah yang lebih proaktif.

• mencabar minda agar kemahiran kognitif mereka berkembang.

• dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu.

Implikasi teori kognitif dalam bnk

• Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model untuk

ditiru.

• Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus

berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka

lakukan

• Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main

peranan dan simulasi

• Memberi peluang kepada murid menilai perkembangan diri

• Melalui peneguhan, ia memberi motivasi kepada murid untuk mengubah tingkah

laku sendiri

• Kesan yang pantas

Limitasi teori kognitif dalam bnk

• Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian danpeniruan. Oleh yang demikian guru perlu menunjukkantingkah laku yang boleh diteladani.

• Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan mudah dan berkesan.

• Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini.

• Terhad kepada peniruan secara zahir iaitu tingkah lakusemata-mata. (nilai yang tersirat tidak dapat difahami)

• Kesan jangka pendek (hanya meniru tingkah laku tetapitidak memahami tujuan tingkah laku tersebutditunjukkan)

• Peniruan tingkah laku yang negatif boleh berlaku.

• Jika manusia belajar atau membentuk tingkahlakunya dengan hanya melalui peniruan ( modeling ), sudah pasti terdapat sebagianindividu yang menggunakan teknik peniruanini juga akan meniru tingkah laku yang negatif, termasuk perlakuan yang tidak diterima dalammasyarakat.

• Ia lebih sesuai dalam pembentukan tingkahlaku (sesuai diterapkan dalam teoribehavioris).

• Perubahan sikap daripada negatif kepadapositif bergantung kepada peneguhan yang diberikan.

• Tanpa peneguhan, perlakuan yang positif tidakdapat dikekalkan.