BAB 5: GENETIK · mewarisi bahan genetik terubah suai tersebut. - Terdapat 2 jenis mutasi iaitu 1....

Post on 28-Nov-2020

19 views 0 download

Transcript of BAB 5: GENETIK · mewarisi bahan genetik terubah suai tersebut. - Terdapat 2 jenis mutasi iaitu 1....

BAB 5: GENETIKSAINS TINGKATAN 5

EN MOHD FIRDAUS BIN MUKLAS

SMK SEREMBAN 2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

VARIASI

PEMBAHAGIAN SEL

MUTASI

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

GENETIK

PERWARISAN

PEMBAHAGIAN SEL

Nukleus merupakan satu struktur dalam sel yang mengawal keseluruhan aktiviti sel. Tahukah anda apakah dalam nukleus yang mengawal proses pembahagian sel tersebut?

NUKLEUS:Nukleus mengandungi kromosom

KROMOSOM:Kromosom ialah struktur bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleik dan protein, panjang dan berlingkar. Setiap 1 kromosom mengandungi 1 molekul panjang DNA

DNA:Asid Deoksiribonukleik (DNA) terdiri daripada unit-unit asas yang dikenali sebagai nukleotida

Terdiri dari 3 komponen iaitu gula deoksiribosa, bers bernitrogen, kumpulan fosfat

Terdiri dari 2 rantai berpintal anti selari yang dinamakan sebagai HELIKS GANDA DUA

GEN:Gen ialah unit asas perwarisan yang menentukan ciri-ciri individu

Contoh seperti kebolehan mengulung lidah, warna bulu dan bentuk kacang pea

• Setiap spesis di muka bumi mempunyai bilangan kromosom yang tetap

• Sel soma@sel badan mempunyai 46 bilangan kromosom @ 23 pasang kromosom. Terbentuk secara berpasangan

• Pasangan kromosom ini dinamakan kromosom homolog

• Kromosom manusia disusun mengikut bentuk dan saiz. Susunan ini dinamakan KARIOTIP

KROMOSOM

KROMOSOM SEKS- Gen yang

menentukan jantina lelaki @ perempuan

AUTOSOM- Gen yang mengawal

sifat seperti warna mata, kebolehan menggulung lidah dan jenis rambut

KROMOSOM SEKS X (PEREMPUAN)

KROMOSOM SEKS Y (LELAKI)

MITOSIS DAN MEIOSIS

KITA SAKSIKAN VIDEO INI TERLEBIH DAHULU..

MITOSIS

• Proses pembahagian sel yang membentuk 2 sel anak yang seiras dengan setiap satu mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang sama dengan sel induk

• Berlaku dalam sel soma atau sel badan manusia dan haiwan

• Mitosis juga berlaku dalam tisu meristem seperti hujung akar dan pucuk tumbuhan

PROSES MITOSIS

1. FASA PROFASA

• Kromosom memendek dan menebal. Gentian gelendong terbentuk

2. FASA METAFASA

• Kromosom tersusun di satah khatulistiwa. Gentian gelendong melekat pada sentromer

3. FASA ANAFASA

• Sentromer membahagi dua, setiap kromatid kembar terpisah dan bergerak ke kutub bertentangan

4. FASA TELFASA

• Kromatid smpai ke keutub bertentangan. Mambran nukleus terbentuk semula

• Sitolasma membahagi

• 2 sel anak terbentuk

MEIOSIS

Pindah Silang berlaku

• Dalam Meiosis pada fasa Profasa 1, berlaku proses pindah silang diantara 2 kromosom dimana pemindahan atau pertukaran maklumat genetik antara kromosom homolog

• Pada fasa Profasa 2, proses berlaku seperti fasa pertama Cuma kali ni bilangan anak yang akan dihasilkan adalah sebanyak 4 sel anak

• Setiap 4 sel anak mempunyai bilangan separuh kromosom dari induk iaitu 23 kromosom sahaja

KERJA KUMPULAN: APAKAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

ANTARA MITOSIS DAN MEIOSIS?

• PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

• HASILKAN 1 BENTUK PEMBENTANGAN SAMADA MELALUI KERTAS

MAHJONG, PAPAN SOFTBOARD ATAU MULTIMEDIA

• MARKAH KUMPULAN AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBENTANGAN

DAN SESI SOAL JAWAB

SEMOGA BERJAYA!!!!!

KEPENTINGAN MITOSIS DAN MEIOSIS

• Mitosis penting untuk pertumbuhan organisma

• Mitosis menghasilkan sel baharu yang sama dengan sel

induk. Apabila ada bahagian kulit yang terluka,

sel kulit yang sihat akan bermitosis untuk

menghasilkan sel baharu.

• Mitosis penting untuk menggantikan sel-sel rosak atau

mati.

• Meoisis penting dalam menghasilkan sel pembiakan bagi

pertumbuhan organisma seperti haiwan dan manusia

• Mitosis berlaku pada sel soma/badan

• Meiosis berlaku pada sistem pembiakanPENTING!!!!

PERWARISAN

PERWARISAN DALAM MANUSIA

• Ciri seperti jenis rambut dan warna anak mata ialah contoh ciri yang diwarisi anak daripada ibu bapa

• Ciri – ciri ini diturunkan melalui GEN. Kita sudah mengetahui Gen adalah unit asas yang terdapat dalam Kromosom. Gen ini mengawal ciri tertentu dalam suatu organisma.

• Sepasang gen yang berada pada lokus yang sama pada kromosom homolog akan mengawal trait organisma.

• Pasangan gen yang berada lokus yang sama ini dikenali sebagai ALEL. Alel boleh hadir dalam bentuk dominan atau resesif

• Alel Dominan akan mempamerkan ciri yang dikawalnya dan menutupi kesan Alel Resesif. Alel Resesif pula akan menunjukkan ciri yang dikawalnya apabial alel dominan tidak hadir

• Alel Dominan boleh diwakili dengan huruf besar (T)

• Alel Resesif boleh diwakili dengan huruf kecil (t)PENTING!!!

CONTOH TRAIT DOMINAN DAN RESESIF

MANUSIA

MEKANISMA PERWARISAN SIFAT

Gregor Mendel ialah seorang paderi disamping seorang ahli botani yang pertama menemui mekanisma perwarisan secara teratur dan mendalam.

• Beliau menggunakan benih kacang pea baka tulen dalam eksperimen tentang kacukan monohibrid (melibatkan tinggi, rendah)

• Contoh pokok kacang baka tulen tinggi sebagai “TT” manakala pokok kacang baka tulen rendah sebagai “tt”

• Hasil daripada kajian itu menjurus kepada kaedah Gregor Mendel yang sekarang ini boleh digunakan kepada manusia dalam menentukan ciri fizikal dan genotip manusia

RAJAH SKEMA PERWARISAN KEBOLEHAN MENGGULUNG LIDAH

KANDUNGAN KROMOSOM DALAM SEL GAMET MANUSIA

Gamet Ayah

MUTASI• APAKAH MUTASI?

- Mutasi ialah perubahan Spontan dan Rawak yang berlaku kepada gen dan kromosomyang boleh menyebabkan perubahan ciri kepada anak yang mewarisi bahan genetik terubah suai tersebut.

- Terdapat 2 jenis mutasi iaitu

1. Mutasi Gen

- Buta warna / Anemia Sel Sabit / Talasemia / Hemofilia / Albinisme

2. Mutasi Kromosom

- Sindrom Down / Sindrom Klineflter / Sindrom Turner

MUTASI GEN

BUTA WARNA- Mempunyai gen

mutan resesif yang terdapat kromosom X.

- Tidak dapat membezakan warna hijau dan merah

- Kerap berlaku pada lelaki

ANEMIA SEL SABIT- Disebabkan oleh

perubahan spontan yang berlaku kepada gen yang bertanggungjawab dalam penghasilan hemoglobin

- Pesakit yang mempunyai sel sabit mempunyai masalah pengangkutan oksigen dalam darah

TALESEMIA- Penyakit genetik yg

dsbbkan oleh mutasi pada gen yg mengawal phasilan hemoglobin

- Sel darah yang kecil- Msbbkn kekurangan

darah yang teruk

HEMOFILIA- Kesukaran untuk darah

membeku- Pesakit akan kehilangan

darah yang berterusan sehingga boleh membahayakan nyawa

Faktor yang menyebabkan mutasi

Semula jadiKehamilan pada usia

lewat

Sinaran radioaktif Sinar X

Sinar ultraungu

Karsinogen

PENYAKIT GANGGUAN GEN

• Alel juga membawa trait penyakit yang boleh diwarisi dalam keluarga.

• Perwarisan sejenis penyakit gangguan gen boleh berlaku apabila seorang lelaki yang merupakan pengidap penyakit gangguan gen berkahwin dengan seorang perempuan pembawa penyakit gangguan gen

(pengidap penyakit gangguan gen + pembawa penyakit gangguan gen)

• Maka kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit akan berlaku

Klik di sini

Pengidappenyakit Gen

Pembawa Penyakit Gen

Ayah (Buta Warna)

XᵇYIbu ( Pembawa)

XᴯXᵇ

Meoisis

Xᵇ Y Xᴯ Xᵇ

XᴯXᵇ XᵇXᵇ XᴯY Xᵇ Y

1 2 3 4

1x3 1x4 2x3 2x4

Fenotip induk

Genotip induk

Gamet

Persenyawaan

Genotip anak

Fenotip anak Anak perempuan (pembawa)

Anak perempuan (Buta warna)

Anak lelaki (normal)

Anak lelaki (buta warna)