Post on 08-Feb-2017
BAB 5:ISLAM DAN SAINS
PERUBATANNAMA AHLI KUMPULAN DAN NOM MATRIK:-
NURSYAFINA BT YUSOFF (044317)NUR SYAWANIEY BT MOHD SHATAR (044314)NUR SYAHIRA BT AHMAD ROSLIN (044451)AMIRAH AFIFAH BT AZHAR (043923)
PRINSIP-PRINSIP FIQH ISLAM DALAM PERUBATAN
1.Berpandukan sumber hukum yang sah iaitu Al-Quran,al-Sunah,Ijmak,Qiyas dan Ijtihad.
2.Berlandaskan aqidah Islam berasaskan prinsip bahawa penyakit dan penyembuhan daripada Allah.
3.Menghayati akhlak dan etika Islam dalam perubatan.
4.Kaedah perubatan yang selamat iaitu menghindari dari sesuatu yang mendatangkan kemudaratan dan haram.
PEMBEDAHAN MAYAT
Hukum pembedahan mayat ada kalanya haram dan ada kalanya harus,bergantung pada sebab mengapa ia dibedah.
Haram: Tidak ada keperluan mendesak.Ingin mendapatkan organ-organ dalaman mayat untuk tujuan ubat guna-guna,atau bagi mendapatkan wang atau kerana ingin membalas dendam.
Harus:Bedah siasat mayat (post mortem) bagi tujuan pembelajaran,penyiasatan dan penyelidikan untuk mengetahui sebab kematian ,masa kematian dan lain-lain.
Tujuan Pembedahan Mayat1.Bertujuan mempelajari hal-hal rawatanDiharuskan hukumnya dengan syarat:-
a)Tiada cara alternatif untuk mengetahui punca penyakit melainkan pembedahan mayat manusia.b)Mayat bukan Islam.Jika darurat,maka dibedah mayat orang Islam.c)Pembedahan sekadar keperluan.
Hukum ini disepakati dan dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-
61,pada 27 Januari 2004.
2.Pembedahan Untuk Mengetahui Punca Kematian(Bedah siasat)Untuk mengetahui lebih tepat punca kematian,maka harus hukumnya bagi melakukan pembedahan ke atas mayat tersebut.
Keperluan bedah siasat:-a)Keperluan undang-undang untuk membuktikan kebenaran dan menegakkan keadilan bagi si mati dan waris.b)Dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini yang timbul di masa hadapan setelah mayat dikebumikan.c)Digunakan menyelamatkan dan melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit pada masa hadapan.d)Dapat menambah ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan.e)Dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian hidup masyarakat.
• Etika-Etika semasa melakukan pembedahan mayat berlandaskan syariat Islam:-
a) Menghormati,menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.
b) Menyegerakan urusan bedah siasat mayat.c) Kebenaran waris.d) Melakukan bedah siasat dengan cermat .e) Melakukan bedah siasat mayat setakat
yang diperlukan sahaja.f) Menjaga aurat mayat.g) Menjaga rahsia/identiti mayat.h) Tidak menghina,mencemuh dan memaki
mayat.
Pemindahan Organ dan Darah
Menggunakan organ orang lain untuk menggantikan organ yang telah rosak.
Contohnya -pemindahan mata dan kornea mata,pemindahan hati dan buah pinggang
Hukum pemindahan organ tidak disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Sunnah
Namun ulama’ telah meletakkan hukum berdasarkan pemerhatian dari sudut yang luas
Hukum pemindahan organ1)Harus memindahkan organ tetapi hendaklah memastikan manfaat yang diperoleh lebih kuat berbanding mudarat.
2)Harus mengambil manfaat dari anggota yang dipotong disebabkan penyakit untuk dimanfaatkan kepada individu lain.
3)Haram memindahkan organ jika ia adalah tempat bergantung untuk hidup
4)Haram memindahkan organ daripada seseorang yang masih hidup yang akan menyebabkan terganggu fungsi utama kehidupannya.
5)Harus memindahkan organ daripada orang yang telah mati kepada orang yang masih hidup.
6)Perlu dapatkan persetujuan daripada penderma organ
7)Harus mengambil manfaat organ daripada orang bukan islam dan yang bertaraf kafir harbi
8)Pemindahan organ hendaklah dilakukan dalam situasi darurat dan tidak wajar jika hanya melibatkan situasi tahsinat
Jenis-jenis pemindahan organ
Orang mati kepada orang
hidup
Orang hidup kepada orang
hidup
Anggota kepada anggota
lain(individu sama)
Haiwan kepada
manusia
Syarat-syarat pemindahan organ untuk penderma kadaverik(mayat
kepada orang hidup)
1-satu-satunya rawatan yang ada2-peratus kejayaan tinggi3-mendapat persetujuan penderma4-disahkan kematian5-tiada unsur perdagangan
Syarat-syarat pemindahan organ (homotransplant/allotransplant)
1)Pemindahan dalam keadaan darurat2)Peratus kejayaan pemindahan tinggi3)Persetujuan secara ikhlas tanpa paksaan4)Tidak memudaratkan penderma dan penerima5)Anggota pemindahan kebiasaan akan pulih semula6)Alternatif terakhir
Syarat pemindahan organ autotransplant1)Manfaat adalah lebih tinggi2)Pemindahan organ tidak menyebabkan hilang manfaat anggota3)Anggota yang dipindahkan kebiasaan akan pulihSyarat pemindahan organ heterotransplant1)Alternatif terakhir/anngota diperlukan hanya ada pada haiwan2)Haiwan yang halal dimakan3)Haiwan yang telah disembelih4)Bukan untuk mengebuh ciptaan Allah
Pemindahan darah
Disarankan syara’
Hukum sunat & fardu
kifayah(kecemasan)
Fardu ain jika darurat
Tidak mendatangka
n kemudaratan
Tiada cara lain
Prinsip darurat menghapuskan tegahanKesusahan boleh diketepikan jika
mendatangkan bebanAl-quran mengharuskan makan makanan
yang haram dengan prinsip daruratSemua pemindahan adalah ditegah kecuali
ia adalah cara untuk menyelamatkan nyawaHukum pemindahan organ peranakanHaram jika mengeluarkan sifat perwarisan
orang yang dipindahHarus jika tidak mengeluarkan sifat
perwarisan dan darurat
Persenyawaan luar tabi’IDapatkan telur wanita secara
pembedahanMenyuburkan di dalam makmal
dengan sperma lelakiTelur akan disuntik ke dalam rahim
wanita setelah suburTelur boleh disuntik ke dalam rahim
isteri atau mana-mana wanita (ibu tumpang)
PERSENYAWAAN LUAR TABI’I
Proses berkaitan reproduction Para saintis merancang dengan tepat bahawa
persenyawaan boleh berlaku diluar rahim Pemandulan berlaku kerana saluran filopio
tersumbat Kehamilan tidak berlaku kerana telur lelaki tidak
sampai ke rahim Dapat diatasi dengan cara mengambil telur
wanita,menyuburkan dgn sperma di dalam makmal,ditanam semula dalam rahim,disenyawakankan dan disuntik kedalam rahim.
REPRODUKSI TIDAK DIHARUSKAN SECARA MUTLAK MEMENUHI SYARAT YANG BERIKUT
HUKUM MENASABKAN BAYI TABUNG UJI
KEPERLUAN YANG MENDESAK
MENDAPAT NASIHAT DOKTOR BAHAWA OPERASI YANG
DIJALANKAN AKAN SELAMAT
TIADA KEMUNGKINAN KECELARUAN NASAB
DOKTOR YANG MENJALANKAN OPERASI TERDIRI DARI WANITA ISLAM/DOKTOR YANG BUKAN ISLAM YANG
DIPERCAYAI BG TUJUAN MELINDUNGI AURAT
LARANGAN
REPRODUKSI
BUATANPersenyawaan bantuan bukan
suami ister
Persenyawaan buatan kpd
perempuan tiada suami
Persenyawaan dengan wanita
asing dibesarkan dalam rahim isteri
Persenyawaan dalam rahim ibu
tumpang
PEMANDULAN DAN PERANCANGAN KELUARGA
Pemandulan untuk mencegah kehamilan adalah dilarang
Dengan cara memotong atau mengikat saluran yang boleh menemukan sperma dan ovum
Pemandulan sementara bagi melambatkan proses mengandung tidak diharamkan
Makan ubat atau memakai alat perancangan hukumnya sama seperti azal
Azal bermaksud memancut mani diluar rahim,perbuatan ini tidak salah disisi syariat,digunakan sebagai hujah menghalalkanperancangan keluarga
Pencegahan kehamilan adalah makruh,boleh dilakukan jika terdapat keperluan yang munasabah untuk diutamakan
Pengguguran kandungan bermaksud menggugurkan kandungan sebelum tiba masa kelahiran untuk membersihkan diri daripada sesuatu .Alquran mengharamkan pengguguran
Pengguguran iaitu membunuh janin sebelum sempurna perkembangannya dan masa kelahirannya yang dialami
Para fuqaha’ telah bersepakat tentang pengharaman pengguguran kecuali ada darurat yang tidak dapat dielakkan.
Bagi perempuan penzina adalah diharamkan walaupun sebelum peringkat pembentukan
Pengguguran adalah diharaman melainkan dengan keuzuran
Pengguguran setelah ditiupkan roh adalah diharamkan dan tidak ada pertentangan dalam hal tersebut
PENGGUGURAN KANDUNGAN
PENGKLONAN MANUSIA Pengklonan manusia adalah percubaan untuk mewujudkan satu makhluk,
sel atau bahagiannya tanpa mengurangkan mahupun menambahkan kandungan pewarisannya.
Ia berkembang melalui jalan persenyawaan secara tabung uji dan pembiakannya tanpa melalui sel-sel jasad.
Klon merupakan usaha untuk melahirkan keturunan manusia tanpa melalui hubungan yang diiktiraf oleh syarak.
Hukum pengklonan manusia dari segi syarak adalah haram. Klon manusia juga membawa kepada penyewaan Rahim dan hukumnya adalah haram.
Jika berkaitan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, maka ia merupakan salah satu pengembangan dan menambah rezeki manusia. Ianya mempunyai cara yang dibenarkan.
IMPLIKASI PENGKLONAN MANUSIA
Membawa kepada
tersia-sia keturunan
dan menghina manusia
yang mana hukumnya
haram.
Membawa kepada
menghentikan nafkah yang wajib kerna klon tidak
mengenali ibu bapa mereka.
Membantut harta
pusaka atau
memberikannya
kepada yang tidak
berhak
Menimbulkan
sangkaan yang tidak
baik tentang keesaan
Allah SWT
Membawa kepada berlaku
pencerobohan ke atas
penghormatan kaum
wanita dan menghinanya
.
Membawa kepada
perpecahan masyarakat disebabkan
wujud generasi yang tidak
mengenali ibu bapa
Membawa kepada meningg
alkan perkahwi
nan
MENINGGIKAN JASAD Perubatan moden telah berjaya mencipta hormon yang dapat meninggikan
seseorang yang pendek. Hukumnya adalah harus jika menepati syarat-syaratnya:
i. Berkemungkinan terlalu pendek sehingga malu atau hina.
ii. Pengambilan hormon tidak membahayakan kesihatannya pada masa itu dan juga akan datang berdasarkan nasihat doktor.
PENGGUNAAN INSULIN KHINZIR• Insulin perlu bagi badan untuk membakar bahan karbohidrat dan menukarnya menjadi karbon
dioksida dan air serta mengeluarkan bahan yang diperlukan oleh badan untuk membolehkan badan menunaikan fungsinya.
• Pakar menggunakan insulin daripada pancreas khinzir kerana insulin yang bersumberkan manusia mahal harganya.
• Jika insulin tersebut berubah sama sekali sifat, malah timbul bahan baru yang berbeza dengan yang asal, baik dari segi nama, kriteria dan sifat kerana telah berlaku proses al-istihalah, maka hukumnya adalah halal.
• Harus digunakan oleh pesakit kencing manis dalam keadan darurat.
IBADAH SOLATSolat mengandungi pelbagai hikmah dan faedah. Antaranya ialah
menggugurkan dosa, membina jati diri, menguatkan jiwa seseorang sehingga mampu untuk meninggalkan kekejian dan kemungkaran,
dapat membentuk disiplin dan solat juga mempunyai penawar yang boleh meredakan tekanan jiwa dan stress. Diturunkan oleh Allah
SWT bagi menjaga kemaslahatan manusia.
SOLAT DAN KESIHATANAntara penemuan dalam kajian berkaitan solat dan sains oleh Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) ialah :i. Kadar denyutan jantung adalah rendah ketika sujud (72 dan 73 bpm)
dan posisi ini adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung.ii. Posisi rukuk pada sudut 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang
dan boleh digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan dan memulihkan sakit pinggang.
iii. Pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvis dan ini dapat memperbaiki pengaliran darah serat dapat membantu lelaki yang menghidap disfungsi ereksi (lemah anggota kelakian).
IBADAH PUASAPuasa adalah menahan diri daripada segala perbuatan
yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari, disertakan dengan niat.
KEAJAIBAN BERPUASABerpuasa juga memberi kebaikan dari sudut fizikal, antaranya ialah:
i. Menurunkan paras gula dalam darahii. Dapat menurunkan berat badan sekaligus meningkatkan
kesihataniii. Dapat mencuci dan membersihkan badan dari racun
atau toksiniv. Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti
asma, radang sendi, susuh tidur, gangguan penghadaman dan penyakit kulit.