Post on 25-Dec-2019
Bahagian 1
•Wakaf Pada Pandangan
Islam
Bahagian 2
• Latar Belakang
WSM
Bahagian 3
• Struktur pengurusan
WSM
Bahagian 4
•Cara-cara berwakaf
Bahagian 5
• Soalan-soalan Lazim
• “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Mengetahuinya.”
(Surah Ali `Imran: 92)
• "Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui".
(Al-Baqarah ayat 261)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
• “Apabila seorang anak Adam mati, segala amalannya terputus, kecuali tiga perkara: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”.
(RiwayatMuslim)
“Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jualbeli, pewarisan, hibah & wasiat disamping mengekalkan sumber fisikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.”
Rujukan: Website Yayasan Wakaf Malaysia (ywm.org.my/wakaf/)
9
“Wakaf tunai merupakan pembekuan sejumlah wang tunai secara kekal dan manfaatnya didedikasikan untuk kebajikan orang ramai.”
Rujukan: The Journal of Muamalat and Islam and Islamic Finance Research (JMIFR) Vol. 6 No. 1 2009
10
• KUASA DYMM SULTAN
Perlembagaan Persekutuan:
Sultan sebagai Ketua Agama Islam
• KUASA MAIS
Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003
• KUASA PWS
Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 pindaan 2008
• Perkataan wakaf terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan di mana ia menerangkan kedudukan utama wakaf sebagai salah satu bidang kuasa pentadbiran Negeri
• Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri
telah melantik Majlis Agama Islam Negeri untuk membantu dan menasihati mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam di Negeri termasuk perkara wakaf
• Seksyen 8 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003:
Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang pada pendapat Majlis adalah sesuai untuk menjalankan dan dipertanggungjawabkan dengan, bertindak dan menguruskan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.
Wakaf Selangor-Muamalat merupakan jalinan kerjasama antara PWS dan BMMB bagi menguruskan dana Wakaf secara bersama melalui pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB).
BMMB merupakan institusi perbankan pertama yang menjalankan kerjasama pengurusan dana wakaf secara bersama.
Melalui usahasama ini, Wakaf Selangor-Muamalat akan menumpukan dalam dua segmen iaitu kesihatan dan pendidikan.
Penyertaan masyarakat dalam Wakaf Selangor-Muamalat terbuka kepada semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa.
16
Memastikan setiap sumbangan wakaf sampai
terus kepada golongan sasar untuk memastikan
perkembangan ekonomi ummah
Menjalankan tanggungjawab sosial korporat Bank kepada masyarakat atas dasar
Maslahah Ammah
Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam
masyarakat Malaysia untuk menyumbang
kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat
Membantu memantapkan institusi pendidikan dan
kesihatan di Malaysia
Membantu serta mengurangkan
pergantungan kepada institusi wakaf/kerajaan dalam membangunkan
dana wakaf tunai
17
Kemudahan orang ramai untuk berwakaf
serendah RM10
Kemudahan berwakaf menerusi 58
cawangan BMMB
Pelaburan untuk menjana dana untuk pembangunan aset
wakaf
Membantu institusi pendidikan/ kesihatan
yang menghadapi masalah aliran tunai
Membantu dalam menampung kos
rawatan perubatan / kos pengajian yang semakin meningkat
Pelepasan cukai ; 7% individu dan 10%
syarikat
18
LHDN telah mengiktiraf MAIS sebagai institusi yang
diluluskan melalui dokumen [No Rujukan LHDN:
01/35/42/51/179-6-5621 No. Warta Kerajaan: 14369 bertarikh
27/07/2004]. Ia telah merangkumkan sumbangan wakaf
dalam subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967
sebagai ‘Hadiah wang tunai kepada institusi atau organisasi
yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri’.
(A)
Hadiah wang tunai (wakaf)
kpd Institusi diluluskan oleh
Ketua Pengarah LHDN
(C) Hadiah wang tunai/kos
sumbangan manfaat kpd projek berkepentingan negara
diluluskan Menteri Kewangan (Subsekyen 44(11C)ACP 1967)
Potongan dibenar drp jumlah
ketiga-tiga sumbangan
terhad kpd 10%(syarikat)
atau 7% (selain dari
syarikat) drp pendapatan
agregat
(B)
Hadiah wang tunai/kos sumbangan
Manfaat kpd aktiviti/badan sukan
diluluskan Menteri/Pesuruhjaya Sukan
(Subsekyen 44(11B)ACP 1967)
Kadar Syarikat A Syarikat B (berwakaf)
Keuntungan Bersih 10,000.00 10,000.00
Tambah: Perbelanjaan tidak dibenar Derma (tidak diluluskan)
1,000.00
-
Pendapatan Berkanun Perniagaan 11,000.00 10,000.00
Tolak: Rugi Perniagaan Tahun Terdahulu - -
Pendapatan Agregat 11,000.00 10,00.00
Tolak: Derma, Hadiah, Sumbangan & Zakat Wakaf (Hadiah) Zakat Perniagaan
10.0% 2.5%
-
250.00
1,000.00 250.00
12.5% (250.00) (1,250.00)
Pendapatan Bercukai 10,750.00 8,750.00
Cukai Kena Dibayar 25.0% 2,687.50 2,187.50
Syarikat yang menjadi penyumbang wakaf akan dibenarkan membuat potongan daripada pendapatan agregat
sebanyak 10% (maks), iaitu empat kali ganda lebih banyak berbanding potongan untuk zakat perniagaan
(2.5%). Gabungan kedua-duanya dapat mengurangkan pendapatan bercukai sehingga 12.5%.
+ Peningkatan Hasil Penjagaan kesihatan
kepada semua
Pendidikan untuk
semua
Membasmi
kemiskinan
Memberi makan
orang fakir
Menyediakan peluang
pekerjaan kepada
orang ramai
Menyediakan
infrastruktur asas
Penyelidikan &
pembangunan dan
teknologi
+ Peningkatan
jumlah Pewakaf dari
tahun ke tahun
Dengan menggalakkan orang
ramai menyertai wakaf tunai,
ianya secara langung dan
tidak langsung memberikan
sumbangan yang besar
kepada kebajikan masyarakat
dengan menyediakan modal
untuk pembangunan yang
mampan di kalangan
masyarakat.
21
PEMANTAU JAWATANKUASA MAJLIS (MAIS)
PENGERUSI Ybhg Tan Sri Datuk Seri Panglima
Dr. Abdul Rahman Arshad
SETIAUSAHA Pn. Nora Shiken Ramli (Setiausaha
Syarikat BMMB)
SEKRETARIAT BERSAMA BMMB & PWS
Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid (Ketua Pegawai Eksekutif BMMB)
Dr. Zulkifli Mohamed al-Bakri (Jawatankuasa Syariah BMMB)
En. Mohd Hafiz Hj. Fauzi
(Penasihat Tabung Mawaddah BMMB)
Prof Madya Dr. Ismail b. Mohd @ Abu Hassan
(Ahli Lembaga Pengarah PWS)
YM Datin Paduka Ungku Arfah bt Ungku Tahir
(Ahli Lembaga Pengarah PWS)
En. Abu Bakar b. Yang (Ketua Pegawai Eksekutif PWS)
BMMB PWS
Memanggil mesyuarat berkala pada selang masa sepertimana yang
ditetapkan;
Mempunyai kuasa membuat keputusan;
Mempunyai kuasa sebagai pembuat dasar;
Pemutus dasar atau menentukan apa-apa keputusan berhubung kutipan serta pengagihan dan
penggunaan hasil kutipan Dana Wakaf Selangor Muamalat;
Mengawal penjalanan Dana Wakaf Selangor Muamalat; dan
Bertanggungjawab kepada MAIS dan Perbadanan untuk
memaklumkan dan menerima arahan dalam melaksakan Dana
Wakaf tersebut
Sumbangan Wakaf daripada pewakaf
Akaun kutipan Muamalat Wakaf
Akaun wakaf induk PWS
Jawatankuasa Pengurusan bersama
Pelaburan Pembangunan
(Pendidikan dan Kesihatan)
Manfaat Wakaf Selangor Muamalat
BMMB PWS
Pemegang Amanah Tunggal
Pindahan
Muamalat Invest Sdn. Bhd (MISB)
Syarikat pengurusan dana berlesen sejak 2006,
diberikan lesen Pengurusan Dana Islam pada September 2012
Terdiri daripada profesional yang berpengalaman dan
mahir, yang ditugaskan dengan tanggungjawab
memastikan proses pelaburan yang teratur dan berstruktur adalah benar-
benar diikuti
Pendekatan berdisiplin akan memastikan generasi pulangan yang berpatutan berbanding dengan profil
risiko pelanggan dalam cara yang patuh Syariah
Pendidikan
•Pembangunan Infrastruktur (sekolah, ma’ahad tahfiz & makmal)
•Pembelian alatan dan kelengkapan
Kesihatan
•Pembelian alatan dan mesin (mesin dialisis & ubat ubatan)
•Pembiayaan rawatan & penyelidikan
Pelaburan
•Pelaburan dalam sektor yang dibenarkan oleh syarak bagi menjamin kelestarian aktiviti-aktiviti wakaf.
Individu
Had Minimum:
i. RM2 debit hibah untuk Arahan Pembayaran Berkala
ii. RM10 debit akaun untuk Pembayaran Berkala
iii. RM10 (tunai) dan RM100 (cek) untuk sumbangan di kaunter
Had Maksimum: Tiada
Bukan Individu
RM100 (bergantung kepada kaedah bayaran/ kutipan)
Tiada
JAWAPAN: Dibenarkan. Para ulama’ as-Syafie berpendapat : Wakaf seorang kafir sah walaupun untuk masjid walaupun ia bukan berniat taqarrub, sebagimana I’tiqad kita. Mereka akan diberi ganjaran atas sedekahnya di dunia, namun diakhirat tiada habuanya untuk mendapat pahala. Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah tidak akan mengabaikan kebaikan seorang mukmin, dia akan diberi ganjaran di dunia dan di akhirat. Orang kafir pula akan menerima ganjaran kebaikan yang mereka lakukan kerana Allah semasa di dunia sahaja.Adapn di akhirat kelak, tiada apa-apa habuan dan ganjaran kebaikan untuknya”.
(Riwayat Muslim)
JAWAPAN: Para ulama’ as-Syafie mengharuskan wakaf kepada golongan kafir zimmi yang tertentu, selama mana ia tidak bertujuan untuk melakukan maksiat. Ini kerana dibolehkan sedekah kepada golongan zimmi, maka begitu juga diharuskan wakaf kepada mereka. Jika didapati ada kemungkinan penerima wakaf akan melakukan maksiat dengan harta tersebut, maka wakaf tersebut tidak sah kerana maksiat tersebut akan menghilangkan hikmah dan tujuan wakaf
JAWAPAN: Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 )