Bahan bengkel kecemerlangan upsr bm bhg c membuat ulasan

Post on 30-Jul-2015

207 views 4 download

Transcript of Bahan bengkel kecemerlangan upsr bm bhg c membuat ulasan

KITA KE BAHAGIAN C LA PULAK………..

BAHAGIAN C

MEMBUAT ULASAN

Cadangan masa menjawab Bahagian C20 minit

Bahagian yang menguji calon menulis rumusan petikan yang diberi. 20 markah diperuntukkan. Ulasan yang dibuat berpandukan soalan berdasarkan petikan yang diberikan. Tidak kurang 50 patah perkataan.

Mengandungi satu teks cerita/pernyataan/

puisi/dialog/rencana yang mengandungi

banyak pengajaran/amalan baik atau nilai-

nilai murni.

PANDUAN AM

Membaca dan memahami kehendak soalan (1 Minit) Membaca petikan (3 Minit) Mencari maklumat yang dikehendaki (5 Minit) Membuat rumusan (9 Minit) Menyemak ejaan dan tanda baca (2 Minit)

Langkah Menjawab

1. Baca dan fahami kehendak soalan. Lihat sama ada amalan baik, pengajaran atau nilai murni.Arahan : Tuliskan lima nilai murni / pengajaran /

amalan baik yang terdapat dalam petikan.2. Gariskan kata kunci dalam soalan.3. Baca dan fahami petikan yang diberi ayat demi ayat.4. Gariskan bahagian yang menunjukkan terdapat amalan / perkara baik ( boleh menjadi huraian nilai dalam jawapan )

TEKNIK MENJAWAB

5. Tuliskan nilai murni yang tepat bagi bahagian yang kamu gariskan itu.6. Tulis dan ulas dengan menggunakan gaya dan tatabahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu panjang. Tuliskan juga penanda wacana yang sesuai.7. Tidak perlu menulis semula nama orang (watak) yang diceritakan.8. Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin semula.

9. Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan.10. Jika nilai yang diberi negatif, ulas dengan menggunakan nilai yang positif.11. Ulasan atau rumusan tentang nilai tidak boleh menggunakan kata nafi (tidak, bukan).12. Tulis pengajaran atau nilai yang dikenal pasti dalam satu perenggan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.13. Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan. ( 45 – 65 )

BAGAIMANA ULASAN YANG CEMERLANG?

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis3. Berdasarkan bahan rangsangan/petikan yang diberi.4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina.

Elakkan daripada menulis ulasanmenggunakan perkataan:

“………………..itu merupakan amalan yangbaik”.

“……………….itu merupakan sikap yang terpuji”.

“……………….itu merupakan amalan yangmulia”.

ARAHAN:

Tuliskan lima____________________ yang kamu boleh

dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan

kamu mestilah tidak melebihi 50 patahperkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

1. nilai murni2. pengajaran3. amalan baik

Arahan Soalan Keterangan

Tuliskan lima pengajaran

Tuliskan lima nilai atau pengajaran

Jawapan boleh bersifat positif dan negatif.

Tuliskan lima nilai murni

Tuliskan lima amalan baik

Jawapan bersifat positif sahaja

JENIS SOALAN : 1. NILAI-NILAI MURNI

Baik hati

Berdikari

Berhemah tinggi

Hormat

Kasih sayang

Keadilan

Kebebasan

Keberanian

Kejujuran

ToleransiKesyukuranHarmoniBerdisiplinBerwawasanSemangat bermasyarakatPatriotismeRasionalKesederhanaanKerjasamaKerajinan

JENIS SOALAN : 2. PENGAJARAN

memelihara dengan kasih sayang

jasa dihargai dan dibalas

menyayangi ibu bapa dan keluarga

mensyukuri anugerah tuhan

bersifat murah hati

ucap terima kasih

bersimpati kepada

golongan lemah

sikap bertanggungjawab

menepati masa

amanah

kesabaran membawa

kejayaan

menjaga keselamatan

bersikap prihatin

mematuhi peraturan

Belajar bersungguh-sungguh

Mendisiplinkan diri

Menolong orang yang ditimpa kesusahan

Mengambil berat / memberi perhatian

Luhur tanpa menyimpan rasa dendam

Bijak memujuk dengan kata-kata yang sopan

Tidak buang masa

Menanam sikap rajin bekerja

JENIS SOALAN : 3. AMALAN BAIK

1.Ramli gemar menolong ayahnya mengemas rumah.

2.Mawi tunduk sedikit ketika berjalan di hadapan Pak Cik Abu.

3.Abdullah sering kali tidak membuat kerja rumahnya sehingga dimarahi oleh cikgu.

4. Samad suka melastik burung setiap kali dia berjalan di tepi semak itu.

rajin / ringan tulang

menghormati orang tua

bertanggungjawab / rajin

mengasihani / menyayangi

Contoh Petikan Membuat Ulasan

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Senaraikan nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam petikan

1. Bangun awal pagi – 2. Menolong ibu di dapur – 3. Bersarapan bersama – 4. Bersalam – 5. Membaca buku –6. Menyapu atau mengemas kelas –

hormat orang tuakasih sayang

disiplin diri belas kasihan

menghargai masa

menjaga kebersihan

AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/

bangun awal pagidisiplin diri / menghargaimasa

membantu iburajin / meringankan bebankerja ibu / tanggungjawab

bersarapan bersama-sama

mengeratkan hubungan kasih sayang / silaturrahim

bersarapan menjaga kesihatan

AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN

bersalaman dengan ayah dan ibu

menghormati ibu bapa

membaca buku rajin / menghargai masa

menyapu / membersih kelas

tanggungjawab / menjaga kebersihan

Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C

Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya … Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …

Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya … Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya …

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...

1. Gunakan Penanda

wacana : ASSDA

Antaranya

Seterusnya

Selain itu,

Di samping itu

Akhir sekali

Selanjutnya

Natijahnya

2. Gunakan 5K : ( pilih )

Kita hendaklah

Kita haruslah

Kita perlulah

Kita patutlah

Kita mestilah

Kita wajarlah

Kita digalakkan

FORMULA PENTING

Natijahnya,

wajarlah

hendaklah

haruslah

patutlah

Kata Bantu Nilai murni/pengajaran

Kata Hubung

dengankeranaagar

supayaseperti

Akhir sekali,

Di samping itu,

Selain itu,

mestilah

HuraianPenanda wacana

sekiranyacontohnya

jika

misalnyaumpamanya

iaitu

Seterusnya,

Antaranya,

Selanjutnya,

perlulah

digalakkan

untuk

Kesimpulannya,

sepatutnyaseharusnyasewajarnya

sehingga

walaupun

BAHAGIAN C – Skrip

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah ……………………........................(huraian)………………………………………………Seterusnya, ……………………………………….....(huraian)………………………………………………Di samping itu,……………………………………....(huraian)………………………………………………Selain itu,……………………….……………………(huraian)……………………………………………...Akhir sekali, ………………………………………...(huraian)………………………………………………

Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..……………………………….agar………………………………………………(huraian)Kita juga perlu…………………………………untuk………………….…………………………..(huraian)Seterusnya, kita perlu………………………..untuk………………………………………………(huraian)Kita juga harus………………………………supaya………………………………………………(huraian)Kita juga mestilah………………………………bagi………………………………………………(huraian)

Apa yang penting setiap amalan/nilai/pengajaran mesti ada huraian

Contoh ulasan

Nilai yang saya peroleh ialah kita mestilah menghargai masa dengan bangun awal pagi.Selain itu, kita sewajarnya meringankan bebankerja ibu seperti membantunya di dapur. Di samping itu, kita haruslah mengeratkanhubungan kasih sayang dengan bersarapanbersama-sama. Seterusnya, kita perlulahmenghormati kedua-dua ibu bapa kita denganbersalaman dengan mereka. Akhir sekali, kitahendaklah menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku.

PENSKORAN / SKEMA

1. MENYALIN PETIKAN - MARKAH TIDAK LEBIH 22. SEKIRANYA KURANG DARIPADA 50 PP, MARKAH AKAN TURUN3. TULIS DALAM BENTUK POINT, ARAS SKOR MAKSIMA TAHAP BAIK SAHAJA4. ULAS 5 NILAI SAHAJA. 5. ULASAN BAIK TETAPI TIDAK MENCUKUPI 5 NILAI SKORNYA MENURUN 6. MENYENARAIKAN SAHAJA NILAI / PENGAJARAN PENSKORAN MAKSIMUM 3 MARKAH SAHAJA

7. SEKIRANYA MENGULAS 5 NILAI / PENGAJARAN LAYAK CEMERLANG. KALAU ULAS 3 – 4 LAYAK DAPAT BAIK KALAU ULAS 2 DAPAT MEMUASKAN TIDAK ADA ULASAN 1 MARKAH

8. MENJAWAB DALAM BENTUK PERNOMBORAN (TIDAK IKUT PERENGGAN) TETAPI ULASAN SERTA AYAT BAIK, PERKATAAN CUKUP, ARAS PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA

PENSKORAN  KRITERIA 

CEMERLANG A : 17−20 m

 [ 5 idea ]

 Tinggi

( 19 – 20 ) 

Rendah( 17 – 18 )

1.Lima konstruk nilai tepat serta huraian yang berkaitan jelas merujuk teks.2.Ulasan idea jelas dan tepat dengan menggunakan penanda wacana, kata bantu di samping ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.3.Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sekurang-kurangnya satu simpulan bahasa yang sesuai dengan bahan rangsangan.4.Penggunaan ejaan, tanda baca dan kata berimbuhan yang betul. (terdapat satu hingga tiga kesalahan ejaan dan tanda baca)

PENSKORAN  KRITERIA 

BAIKB : 12–16 m

 [ 4 idea ]

 Tinggi

( 14 – 16 ) 

Rendah12 – 13

1.Tiga hingga empat konstruk nilai tepat serta huraian yang berkaitan/jelas.2.Ulasan idea masih jelas dan masih tepat dengan menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.3.Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana tetapi masih sesuai dengan bahan rangsangan.4.Terdapat beberapa kesalahan ejaan, tanda baca dan kata berimbuhan tetapi masih tidak menjejaskan ayat. (terdapat tiga hingga lima kesalahan ejaan dan tanda baca)

PENSKORAN  KRITERIA 

MEMUASKANC : 6 – 11 m

 [ 3 idea ]

 Tinggi

( 9 – 11 ) 

Rendah( 6 – 8 )

1.Dua hingga tiga konstruk nilai tepat serta huraian yang berkaitan/jelas.2.Ulasan idea kurang jelas dan kurang tepat dan menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan rangsangan.3.Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan.4.Banyak kesalahan ejaan, tanda baca dan imbuhan yang menjejaskan ayat.

PENSKORAN  KRITERIA 

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM

D : 1 – 5 m 

[ 1 idea ]

1.Satu idea/tiada idea/berbentuk hafalan.2.Ulasan tidak menepati bahan rangsangan/petikan/teks. Penggunaan ayat yang tidak gramatis atau bahasa yang sukar difahami.3.Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan rangsangan.4.Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan, tanda baca dan imbuhan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

KALAU TAK FAHAM JUGA, TANYALAH GURU-GURU

ANDA.

OK KAWAN-KAWAN….. DAH HABIS…AMIN…….KITA JUMPA LAGI…

TERIMA KASIH DAUN KELADIPANJANG UMUR, JUMPA LAGI;SUNGAI KLANG SUDAH BERSIHSEKIAN….TERIMA KASIH…..

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI;KALAU ADA SILAP DAN SALAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.

BETUL…..BETUL……BETUL……

ORANG CEMERLANGSENTIASA MENDAHULUI

Terima kasih atas perhatian

Disediakan oleh:

Yumat bin Haji HajimiSK Rebak, Asajaya