BAHASA MELAYU LISAN-Bahasa Rojak

Post on 18-Jun-2015

2.737 views 2 download

Transcript of BAHASA MELAYU LISAN-Bahasa Rojak

BAHASA MELAYU LISAN

JBEA 2302ANALISIS UNSUR BAHASA ROJAK YANG MEMENUHI CIRI BAHASA MELAYU LISAN

NAMA PENSYARAH : DR. IBRAHIM AHMADAHLI KUMP :

NUR AINI BINTI LAT JEA 070158NUR AZURA BINTI JUHARI JEA 070159

Melihat bentuk-bentuk bahasa rojak yang digunakan oleh masyarakat sekarang.

Menganalisis bahasa rojak sama ada memenuhi hukum tatabahasa Bahasa Melayu yang sebenar.

OBJEKTIF KAJIAN

BAHASA LISAN

Bahasa lisan merupakan satu bentuk komunikasi yang dijumpai pada manusia yang menggunakan kata-kata yang diturunkan dari kosa kata yang besar yang diucapkan melalui organ mulut.

Bahasa lisan juga ditandai dengan ciri-ciri hentian dan ulangan.

Matlamat sebenar bahasa adalah untuk menyampaikan mesej serta makna dan yang penting ialah komunikasi itu haruslah berkesan.

Oleh hal demikian, wujudlah suasana baru dalam penggunaan bahasa yang mana timbulnya penggunaan bahasa rojak.

PENGENALAN

BAHASA ROJAK

Bahasa rojak ialah fenomena bahasa kacukan semasa yang berkaitan dengan percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa dasarnya.

Bahasa rojak boleh dirumuskan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa basahan yang dapat diterima penggunaannya dalam suasana tidak rasmi.

Apabila ragam bahasa itu digunakan dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah keracunan atau kesalahan bahasa.

ASAL-USUL BAHASA ROJAK SELEPAS KEMERDEKAAN NEGARA

Majalah Ujang, Keluaran Disember 2009 : Terbitan Ke-369 Majalah Apo?, keluaran November 2009 : Terbitan ke-261

ANALISIS KAJIAN

Analisis bahasa rojak dalam majalah Ujang dan Apo?

A) Bahasa rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris)

B) Bahasa rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Cina)

C) Bahasa rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris dieja mengikut sistem sebutan lisan Bahasa Melayu)

Ha, mana kipas tok tu? Biar saya repair (baiki) (m/s 5) Cheh! Hutang dua puluh sen beli chewing gum (gula-gula getah)

pun kecoh. (m/s 7)

I (saya) cadang nak ajak U (awak) pegi bercuti la. Kita pegi Pulau Keti nak? (m/s 12)

Helo (hai) ye…U (awak) lagi, hehehe… (m/s 12)

Tapi tadi tu cam jealous (cemburu) je. (m/s 13)

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris)

He! He! He! Dapat tangguh 2 hari deadline (had waktu)… (m/s 22)

Alaa… boleh la Rambai… ok! kali ni janji… aku hantar on time (tepat pada waktunya)… (m/s 22)

Tok beli apa masa raya ari tu yang duit langsung habis tu? Tok shopping (membeli-belah) sakan ka? (m/s 23)

Tengah hari ni ayah nak masak menu special (istimewa)… (m/s 40)

Sian abang Cendol… takde peluang aku nak couple

(pasangan) dengan dia… marah betul dia ngan abang aku… (m/s 74)

Amacam (bagaimana)? Lawa tak baju dengan seluar baru aku ni? ( m/s 7)

Mana ada. Bukan aweks gua (saya) la. (m/s 13)

La! Cemburu pulak, aweks lu (awak) ke Lepat? (m/s 13)

Haiya ( alahai/alamak), bili aisklim pun mau utang ka ? (m/s 16) Berapa juta la agaknya brader tu bagi duit angpau (sampul surat) ni?

(m/s 47)

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Cina)

Bikin malu kompeni (company) betul ! (m/s 15)

Ahhh…tensen (tension)! Aku nak balik! (m/s 17)

Pukul satu pagi sampai rumah, baik aku tidur kat opis (office) je.

(m/s 17)

Saya ingat nak cari lagi dua la girlfren (girlfriend) baru. (m/s 24)

Eleh, cakap je la korang jeles (jealous). Baju batik ni la cantik. Hohoho! (m/s 26)

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris Dieja Mengikut Sistem

Sebutan Lisan Bahasa Melayu)

Yelah… dulu orang selalu eksiden (accident) sebab nak elakkan dia… tu masalahnya…

(m/s 16)

Bini aku asyik sibuk ngan bines (business) mlm dia… tak sempat masak… (m/s 17)

Sori (sorry) la menyusahkan kamu saja (m/s 38)

Pandai ko cari boifren (boyfriend)… lama-lama boleh bankrap bapak tau! (m/s 42)

Nanti pakcik! Jangan blah dulu. Cuba eksplain (explain) pada saya kenapa pakcik tak nak saya cedokkan nasi dan lauk-lauk pakcik tadi?

(m/s 78)

Pengguna bahasa perlulah menggunakan satu bahasa sahaja secara sepenuhnya.

Penggunaan bahasa asing yang mempunyai persamaan makna dengan bahasa ibunda haruslah dielakkan dengan memakai bahasa Melayu yang betul.

ULASAN

Fenomena bahasa rojak ini boleh merosakkan ketulenan bahasa dan inti pati ketamadunan itu.

Penggunaan bahasa rojak untuk komunikasi seharian juga boleh menghadkan perbendaharaan kata sedangkan Bahasa Melayu kaya dengan unsur tersebut.

Perkembangan bahasa rojak tanpa kawalan ini akan menyebabkan bahasa sebagai rupa diri dan identiti akan menjadi kabur. Walhalnya, kekuatan sesuatu bangsa itu terletak kepada bahasa dan budayanya.

Permasalahan Bahasa Rojak

Badan pemantau bahasa haruslah ditubuhkan atau memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar bertindak mengikut undang-undang jika terdapat mana-mana pihak menggunakan bahasa rojak secara formal.

Permasalahan ini juga dapat diatasi melalui sikap pemimpin yang perlu memberi teladan yang betul kepada usaha memperteguhkan bahasa kebangsaan.

Pihak kerajaan perlu memberi peluang lebih besar kepada ahli-ahli bahasa dan akademik dalam membuat keputusan mengenai isu bahasa.

Penyelesaian Permasalahan

Bahasa yang kartunis gunakan dalam karya itu bukanlah bahasa ciptaan mereka sendiri, sebaliknya ia benar-benar wujud dalam masyarakat ketika itu dan kartunis bertindak sebagai perantaranya sahaja.

Lima skop yang ditetapkan meliputi bahasa rojak ialah dari segi sistem dan struktur, etiologi (kajian tentang punca) bahasa rojak, sikap masyarakat terha dap bahasa rojak, situasi dan konteks bahasa rojak serta ino vasi teknologi komunikasi.

Disebalik kekacauan bahasa rojak juga terdapat kebaikan iaitu pelajar-pelajar sekolah luar bandar dapat melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka dengan menggunakan bahasa rojak dalam perbualan seharian.

KESIMPULAN