Bahasa melayu stpm

Post on 15-Feb-2017

92 views 2 download

Transcript of Bahasa melayu stpm

BAHASA MELAYU STPM

semester 3/2016

“RETORIK”6 ATAS 1 / SMK TUN ABDUL RAZAK , SELEKOH ( STARS )

FARAH SYAZWANI BINTI MOHD NORFAKHRI SHAHLI BIN AHMAD NASUHA

KONSEP

Menurut kamus dewan 1996, retorik ialah seni penggunaan bhs yang

indah utk menarik perhatian pendengar

Seni penggunaan bahasa, sama ada

dalam bentuk lisan / tulisan yang

mengandungi aspek tatabhasa yang betul selain penggunaan

bahasa yang baik untuk menyampaikan ideqa

Sesebuah retorik memerlukan pelbagai ragam bahasa unuk menarik perhatian

pendengar & pembaca

JENIS RETORIK & CIRINYA

Penceritaan Pendedahan Penghujahan

Pemerian

Pemujukan

PEMERIAN • R.P : gaya pengucapan secara pelukisan / pemberian gambaran visual yang terperinci tentang sesuatu • Memerihalkan sesuatu objek / perkara dengan penjelasan / huraian yang lengkap seperti keadaannnya

yang sebenar • Mewujudkan proses pemindahan pengamatan & pemerhatian drpd pemeri kepada khalayak KONSEP • Penjelasan tentang sesuatu dilakukan secara tepat, jelas & objektif dengan bahasa yang jelas &

tersususn• Mempunyai gambaran yang jelas & realistic / mengikut fakta yang sebenar • Mengandungi huraian yan jelas yang membolehkan khalayak seperti dapat melihat, membayangkan /

mengalami sesuatu keadaan / peristiwa yang diperikan • Pemerian boleh dilakukan secara deskriptif ( huraian ) & informative (pemberitahuan )

CIRI

• Pemuda yang ditemukan itu berbaju lengan pendek kuning muda dan berseluar panjang . Tingginya 1.4 meter , tubuhnya agak gempal dan berambut kerinting hitam yang kasar dan tidak terurus. Dia ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan sebahagian badannya didapati lumpur tetapi tiada sebarang kecederaan.CONTOH

PEMUJUKAN • R.P : ialah gaya berbahasa untuk mempengaruhi & mengubah

pemikiran & keyakinan pendengar / pembaca• Melakukan pujukan secara tidak rasional iaitu menggunakan unsur

emosi KONSEP

• Menggunakan bahasa yang manis , halus & menarik & dengan selitan unsur psikologi • Memanipulasi perasaan seperti takut , marah, simpati, benci & sebagainya• Penggunaaan propaganda & membuat bandingan dengan perkhidmatan / barangan lain• Penggunaan kata penguat yang ketara seperti sangat berkesan, lebih tinggi mutunya , amat

menjimatkan & sebagainya CIRI

• Promosi kami akan berkhir dua hari lagi. Kami memberi anda peluang besar untuk menikmati keselesaan perabot import dengan harga yang sangat murah. Inilah satu-satunya promosi hebat di negeri ini. Anda tentu tidak mahu menyesal kerana terlepas peluang untuk memiliki asset yang hebat ini.

CONTOH

PENCERITAAN • R.P : merupakan gaya berbahasa yang digunakan untuk menyamoaikan cerita /

kisah• Digunakan dalam penghasilan cerpen, novel, hikayat, autobiografi, drama &

sebagainya• Penceritaan bersifat fakta ( yang sebenar / realiti) & fiksyen ( ilusi 7 imaginasi)

KONSEP • Mempunyai permulaan, perkembangan ( konflik & klimaks ) & pengakhiran • Menggunakan susunan cerita ( peristiwa )/ plot yang rapi & berkesan • Penceritaan berdasarkan prinsip kesatuan, pertautan & gaya bahasa yang sesuai • Bahasanya indah melalui penggunaan personafikasi , perlambangan , metafora dan

sebangainya

CIRI

• Semasa aku bersalaman dengannya, ibu memlukku dengan eratnya. Dikucup pipi & dahiku berkali-kali dengan laju sekali. Begitu juga ayah, mereka seakan-akan tidak mahu merelakanku pergi. Aku mengayuh basikalku dengan laju sekali. Rasa debaran yang kian memuncal di dada membataskan pernafasanku. Entah kenapa perasaanku tidak enak sekali.

CONTOH

PENDEDAHAN • R.P : gaya berbahsa untuk memaparkan , menghuraikan , menyngkap &

menunjukkan sesuatu • Merupakan cara untuk menyampaikan maklumat baharu dan terperinci • Pendedahan menjelaskan konsep sesuatu & cara membuat sesuatu • Pededahan digunakan semasa taklimat & kaedah menyelesaikan sesuatu

KONSEP • Pengucaoannya bersifat objektif , tepat & jelas• Tiada penggunaan unsur emasi dan pandangan peribadi• Huraian dibuat dengan pentakrifan , percontohan , pencerakinan &

perbandingan CIRI

• Gam ini untuk kegunaan permukaan yang licin sahaja . Supaya gam ini berfungsi dengan baik, kedua-dua permukaan yang hendak dilekatkan haruslah kering dan bersih daripada kotoran . Jika tidak dapat ditanggalkan dalam masa dua minit selepas dilekatkan , gam itu berkesan .CONTOH

PENGHUJAHAN • R.P : penggunaan bahasa yang mengandungi usul/gagasan yang disokong oleh hujah atau bukti yang kukuh• Penghujahan memujuk sasaran secara rasional & intelek • Digunakan dlalam forum, bahas, perbicaraan dan penulisan kertas kerja dan kajian ilmiah • Dilakukan untuk menyakinkan khalayak tentang kebenaran sesuatu .• Tiga unsur penghujahan : kenyatan tesisi ( pendapat, usul/andaian) ,permis ( bukti/alasan) ,khalayak ( penerima

yang perlu diyakinkan )

KONSEP

• Penghujung dilakukan dengan jelas, waras dan logik• Penghujahan disertai dalil , alasan dan bukti yang munasabah• Penghujahan membenarkan khalayak untuk membuat pertimbngan sendiri atau berfikir untuk bersetuju• Tiada paksaan atau gesaan

CIRI

• Saya tidak boleh bersetuju untuk membimbingnya dalam proses penterjemahan itu . Hal ini sedemikian kerana saya tidak ada kepakaran dalam bidang itu. betul saya boleh bertutur dalam bahasa itu , tetapi saya tidak menguasainya dengan baik, sekadar cukup untuk komunikasi harian sahaja.CONTOH