Bekalan kuasa

Post on 18-Jan-2017

197 views 3 download

Transcript of Bekalan kuasa

Δ MUHAMMAD NABIL BIN MOHD MASHURIΔ LOONG WEI KENΔ SARVIN RAJ A/L MURALI

TAJUK : BEKALAN KUASA

NAMA PENSYARAH : PN.LAILATUL SAADIA BTE DORALIM

DIPLOMA TEKNOLOGI

ELEKTRONIKSEMESTER 6

ETN 601

ISI KANDUNGANBIL PEKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2

2 GUNAKAN PANDUAN SOP YANG TELAH DISEDIAKAN 3

3 GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE RECTIFIER

4

4 FUNGSI KOMPONEN DALAM LITAR 4-7

5 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN 8

6 KESAN KEROSAKAN KOMPONEN DAN CARA MENGATASI 9-10

7 CARA MEMATERI DENGAN BETUL 10-11

8 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 11-129 KESIMPULAN 12

PENGENALAN• Kuasa elektrik yang dibekalkan dalam negara kita adalah dalam

bentuk AC 240V Root Mean Square (RMS) dan 50Hz. Walau bagaimana pun voltan DC amat diperlukan untuk mengendalikan sebahagian besar alatan elektronik contohnya Radio.

• Peralatan elektronik lain juga memerlukan voltan DC samada dalam nilai yang lebih tinggi atau rendah dan memerlukan voltan DC yang stabil. Bekalan kuasa DC adalah merupakan satu liitar elektronik yang menukarkan voltan bekalan utama AC 240V kepada voltan DC yang diperlukan.

JENIS-JENIS BEKALAN KUASA

Bekalan kuasa boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu:Bekalan kuasa jenis linear/pengubahBekalan kuasa jenis pensuisan

PERBEZAAN BEKALAN KUASA JENIS PENGUBAH DENGAN PENSUISAN.

  

LITAR BEKALAN KUASA DC MENGANDUNGI 4 KOMPONEN ATAU BAHAGIAN UTAMA :

•Pengubah

•Penerus

•Penapis

•Pengatur

GAMBARAJAH LITAR BEKALAN KUASA BRIDGE RECTIFIER

•FUNGSI SETIAP KOMPONEN DALAM LITAR BEKALAN

KUASA

1)PENGUBAH (TRANSFORMER)

• Gambarajah blok bekalan kuasa a.t. mempunyai lima peringkat. Setiap peringkat mempunyai fungsi masing-masing. Blok yang pertama ialah pengubah ( transformer ). Pengubah yang biasa digunakan ialah pengubah penurun ( step-down transformer ). Bahagian primer pengubah bekalan kuasa disambungkan kepada bekalan kuasa ac 240V 50 Hz di Malaysia dan bahagian sekunder diturunkan mengikut kesesuaian peralatan elektronik yang digunakan.

2)PENERUS (RECTIFIER)• Penerus tetimbang juga adalah merupakan satu lagi jenis penerus

gelombang penuh. Tatarajah penerus tetimbang adalah dimana ia menggunakan empat diod separuh pengalir dan pengubah yang sama seperti yang digunakan dalam penerus gelombang separuh iaitu pengubah yang tidak bertap tengah. Dalam penerus jenis ini, dua diod akan berfungsi dalam satu masa dan dua diod lagi dalam keadaan tidak berfungsi (off).

3)PENAPIS (KAPASITOR)• Keluaran litar penerus adalah voltan dc berdenyut.

Untuk mendapatkan voltan dc keluaran yang lebih linar, penapis diperlukan. Rajah menunjukkan bentuk gelombang sebelum dan selepas litar penapis.

• Tugas utama penapis ialah untuk menukarkan voltan dc berdenyut kepada voltan dc yang tulin tanpa denyut atau riak seperti keluaran voltan dc dari sebuah bateri.

• Walau bagaimana pun, tidak semua penapis dapat menghasilkan voltan dc tulin. Voltan keluaran penapis biasanya voltan dc yang masih belum linar. Voltan ini adalah percampuran voltan dc dan sedikit voltan ac yang dipanggil sebagai voltan riak. Rajah 4.8 menunjukkan bentuk gelombang voltan dc tulin.

4)PENGATUR VOLTAN (VOLTAGE REGULATOR)

• Bekalan kuasa yang baik mesti mempunyai pengatur voltan, dimana fungsi pengatur voltan ini adalah untuk menghasilkan voltan dc yang stabil walaupun berlaku perubahan beban keluaran atau voltan masukan. Tanpa pengatur voltan, voltan keluaran akan berubah apabila bekalan masukan atau rintangan beban berubah.

PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

Mengesan kerosakan Belitan primer atau sekunder terbukaDawai penyambung dari palam terbuka / putusFius terbuka / putus.Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen elektronik :

TerbukaTerpintasBocor

KESAN KEROSAKAN KOMPONEN

•Kerosakan pada pengubah•Kerosakan pada penerus (gelombang penuh dan tetimbang)

•Kerosakan kapasitor penapis•Kerosakan litar pengatur