Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

13
Pengenalan Alat Bekalan Kuasa Sebenarnya, bekalan kuasa juga merupakan satu aset komputer yang amat penting dan kita sebagai pengguna perlu memahami serba sedikit tentangnya Sejarah perkembangan Sejak IBM mengeluarkan komputer PC yang pertama, maka muncullah alat bekalan kuasa yang pertama, iaitu PC-AT/XT. Sejajar dengan perkembangan teknologi, komponen-komponen komputer telah mencapai piawaian tertentu, bagaimanapun piawaian tersebut gagal memenuhi permintaan komputer dari segi kawalan automatic. Oleh itu, mod bekalan kuasa telah diselaraskan dan diganti oleh piawaian ATX. Setakat ini, piawaian ATX 1.0 telah berkembang menjadi piawaian ATX 2.03 dan ATX 12V yang dapat digunakan pada Intel Pentium 4. Spesifikasi Alat bekalan kuasa AT/XT kini sukar didapati di pasaran. Terlebih dahulu, mengenali ATX 2.03 yang digunakan oleh komputer Pentium 4. ATX 2.03 merupakan spesifikasi alat bekalan kuasa yang digunakan secara meluas. Semua komputer boleh menggunakan spesifikasi ini, kecuali komputer yang masih menggunakan papan induk spesifikasi AT/XT. Spesifikasi ini juga merupakan bekalan kuasa piawaian bagi Pentium 4. Untuk memperolehi sokongan penuh terhadap kuasa Pentium 4 yang mencapai 55 W, ATX 2.03 juga membekalkan satu port sambungan 4pin 12 v. Port ini digunakan khas untuk membekalkan kuasa bagi CPU (ciri-ciri ini juga merupakan salah satu permintaan Intel terhadap alat bekalan kuasa yang digunakan). Selain itu, dengan mempertimbangkan kuasa oleh kad paparan, cakera keras, CD-ROM dan kelengkapan komputer yang lain, satu port sambungan intensif 6pin juga telah ditambah bagi mempertingkatkan bekalan kuasa papan induk.

Transcript of Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Page 1: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Pengenalan Alat Bekalan Kuasa

Sebenarnya, bekalan kuasa juga merupakan satu aset komputer yang amat penting dan kita sebagai pengguna perlu memahami serba sedikit tentangnya

Sejarah perkembangan

Sejak IBM mengeluarkan komputer PC yang pertama, maka muncullah alat bekalan kuasa yang pertama, iaitu PC-AT/XT. Sejajar dengan perkembangan teknologi, komponen-komponen komputer telah mencapai piawaian tertentu, bagaimanapun piawaian tersebut gagal memenuhi permintaan komputer dari segi kawalan automatic. Oleh itu, mod bekalan kuasa telah diselaraskan dan diganti oleh piawaian ATX. Setakat ini, piawaian ATX 1.0 telah berkembang menjadi piawaian ATX 2.03 dan ATX 12V yang dapat digunakan pada Intel Pentium 4.

Spesifikasi

Alat bekalan kuasa AT/XT kini sukar didapati di pasaran. Terlebih dahulu, mengenali ATX 2.03 yang digunakan oleh komputer Pentium 4. ATX 2.03 merupakan spesifikasi alat bekalan kuasa yang digunakan secara meluas. Semua komputer boleh menggunakan spesifikasi ini, kecuali komputer yang masih menggunakan papan induk spesifikasi AT/XT. Spesifikasi ini juga merupakan bekalan kuasa piawaian bagi Pentium 4. Untuk memperolehi sokongan penuh terhadap kuasa Pentium 4 yang mencapai 55 W, ATX 2.03 juga membekalkan satu port sambungan 4pin 12 v. Port ini digunakan khas untuk membekalkan kuasa bagi CPU (ciri-ciri ini juga merupakan salah satu permintaan Intel terhadap alat bekalan kuasa yang digunakan). Selain itu, dengan mempertimbangkan kuasa oleh kad paparan, cakera keras, CD-ROM dan kelengkapan komputer yang lain, satu port sambungan intensif 6pin juga telah ditambah bagi mempertingkatkan bekalan kuasa papan induk.

Terdapat satu lagi spesifikasi yang sesuai digunakan pada CPU Pentium 4, Iaitu ATX 12V. Ia merupakan satu spesifikasi bekalan kuasa yang piawai. Bagaimanapun, disebabkan ia adalah lebih kurang sama dengan ATX 2.03 dari pelbagai aspek, maka sebelum membelinya, perlu terlebih dahulu mengenal pasti adakah ia telah disah dan diluluskan olen Intel. Jika tidak, adalah tidak digalakkan untuk membeli alat bekalan kuasa spesifikasi ini.

Page 2: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Spesifikasi Keselamatan

Terdapat beberapa jenis spesifikasi keselamatn alat bekalan kuasa komputer. Alat bekalan kuasa yang berkualiti harus diluluskan oleh pelbagai akuan spesifikasi keselamatan. Semakain banyak sijil akuan spesifikasi keselamatan yang diperoleh oleh sesebuah alat bekalan kuasa itu, maka semakain tinggi kualitinya.

Sijil akuan FCC

Sijil ini merupakan satu akuan yang berkaitan dengan gangguan medan elektrik. Ia boleh dibahagikan kepada FCC-A (piawaian industri). Ketika alat bekalan kuasa sedang berfungsi, ia akan menghasilkan gangguan medan elektrik yang amat hebat. Jika gangguan ini tidak dikendalikan dengan baik, maka bukan sahaja kelengkapan elektrik di sekeliling komputer akan terjejas, malah kesihatan badan turut terancam. Oleh itu, harus memilih alat bekalan kuasa yang memenuhi piawaian FCC-B.

Sijil akuan UL

Sijil akuan ini dikeluarkan oleh organisasi keselamatan pengguna yang amat berkuasa di US, iaitu UL. Ia mempunyai permintaan yang amat tinggi terhadap produk di mana ia akan menjalankan ujian dan memastikan semua komponen dan cara penggunaan produk tertentu tidak dapat mengancam keselamatan pengguna dari sebarang aspek. Keputusan ujian juga akan diumumkan kepada awam. Sijil akuan ini telah diterima oleh ANSI dan ia merupakan salah satu sijil akuan yang terketat di dunia.

Sijil akuan CSA

Sijil akuan ini dikeluarkan oleh badan piawaian Kanada. Ia menjalankan ujian terutamanya terhadap produk, penghasilan dan bahan. Kebanyakan elektronik yang dijual dalam pasaran Amerika Utara perlu memperolehi sijil akuan ini sebelum dapat dipasarkan ke pasaran.

Page 3: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Sijil akuan CE

Sijil akuan ini hanya khas untuk alatan bekalan kuasa. Ia merupakan salah satu piwaian asa bagi alatan bekalan kuasa. Sijil akuan ini dapat menjamin kesihatan pengguna dan memenuhi permintaan asas terhadap penjagaan alam sekitar.

Ketika memilih alat bekalan kuasa,lakukan pemilihan berdasarkan keperluan diri. Jika hendak menaik taraf kad paparan sebuah komputer kepada Geforce 4, malah turut hendak menambah sebuah DVD-burner dan cakera keras 80 GB dengan purata 7200, maka walaupun alat bekalan kuasa 250 W dapat memenuhi kesemua spesifikasi keselamatan yang disenaraikan di atas, tetapi ia juga gagal memenuhi permintaan kuasa bagi kelengkapan yang amat menghauskan kuasa ini. Dalam keadaan ini, bukan sahaja kecekapan komputer gagal dipertingkatkan malah penggunaan komputer turut akan terancam. Oleh itu, adalah disarankan supaya alat bekalan kuasa dinaik taraf ke 300W atau ke atas, barulah bekalan kuasa dapat dijamin tidak tergendala ketika komputer sedang beroperasi.

Page 4: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Proses pemasangan Alat Bekalan Kuasa

Pemasangan alat bekalan kuasa sebenarnya amat mudah. Lihat gambar rajah di bawah:

Matikan bekalan kuasa

Buka casing

Cabut talian bekalan kuasa

Tanggalkan alat bekalan kuasa yang lama Pasangkn alat bekalan kuasa yang baru

Sambungkan talian bekalan kuasa

Hidupkan komputer dan periksa gagal adakah alat bekalan kuasa dapat Matikan komputer dan

berfungsi periksa pemasangan OK

Pasangkan casing semula

Ketika menaik taraf, harus memberi tumpuan terhadap beberapa perkara berikut. Jika lalai terhadap perkara tersebut, maka mungkin dapat mengakibatkan masalah seperti komputer terbakar, ataupun keselamatan terancam.

1. Sebelum menanggalkan casing, pastikan suis utama bekalan kuasa telah dimatikan. Tindakan ini adalah penting bagi mengelakkan komputer terbakar akibat daripada kesilapan sambungan bekalan kuasa ketika alat bekalan kuasa sedang ditanggalkan, malah juga dapat menjaga keselamatan diri.

2. Ketika casing dan alat bekalan kuasa komputer sedang ditanggalkan, berhati-hati supaya tidak tercedera akibat kelengkapan yang sudah lama dan uzur.

3. Ketika sedang mencabut talian bekalan kuasa, berhati-hati supaya port bekalan kuasa tidak dirosakkan. Terutamanya ketika menanggalkan talian bekalan kuasa bagi cakera keras, pemacu cakera liut atau CD-ROM. Selain itu, ketika mencabut talian bekalan kuasa papan induk, elakkan daripada merosakkan komponen yang terdapat berdekatan dengan port bekalan kuasa, misalnya memori.

4. Disebabkan alat bekalan kuasa adalah lebih berat, berhati-hati untuk mengalihkan nya. Jangan terjatuhnya sehingga merosakkan komponen-komponen lain yang terdapat dalam casing komputer.

Page 5: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

5. Ketika memasang alat bekalan kuasa, pastikan semua pemasangan telah ketat dan kukuh. Jika ia longgar ketika komputer sedang beroperasi, maka kuasa akan gagal dibekalkan.

6. Setelah menyambungkan talian bekalan kuasa, periksa semua talian bekalan kuasa telah bersambung ke port bekalan kuasa bagi komponen-komponen komputer yang lain dengan tepat dan betul. Jika talian bekalan kuasa salah disambungkan ataupun longgar ketika komponen komputer digunakan, maka ia dapat mengakibatkan masalah yang serius, misalnya komputer terbakar.

7. Setelah talian bekalan kuasa selesai disambung ke port yang berkaitan, jangaqn tutupkan casing komputer. Harus terlebih dahulu memeriksa adakah semua komponen dapat berfungsi dengan normal atau tidak, kemudian barulah memasang semula casing.

Menyediakan peralatan pemasangan

Pemutar skru berhujung T

Biasanya, skru yang digunakan untuk menetapkan kedudukan alat bekalan kuasa adalah skru berbentuk T. Oleh itu, sediakan satu pemutar skru berhujung T bagi mengukuhkan skru.

Pemutar skru berhujung T

Playar muncung tirus

Ketika menanggalkan talian bekalan kuasa, terdapat port bekalan kuasa bagi komponen tertentu agak ketat dan memerlukan playar muncung tirus untuk mencabut talian bekalan kuasa yang bersambung dengannya. Lebih-lebih lagi, ruang di antara komponen yang terdapat dalam casing komputer adalah amat sempit, oleh itu playar muncung tirus dapat membantu memudahkan kerja.

Page 6: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Skru

Sediakan skru ekstra untuk mengukuhkan kedudukan alat bekalan kuasa. Biasanya, skru ekstra akan diberi ketika casing komputer dibeli, atau ia juga boleh didapati di kedai peralatan logam.

Surat khabar lama

Sediakan surat khabar lama supaya proses pemasangan dapat dilakukan dalam keadaan lebih bersih dan kemas.

Menanggalkan Alat Bekalan Kuasa

Proses menanggalkan alat bekalan kuasa bukanlah susah. Bagaimanapun, jika lalai dan cuai dalam proses penanggalan, masalah yang timbul adalah amat serius.

Langkah 1

Tanggalkan casing dan letakkannya secara mendatar di atas permukaan yang rata.

Page 7: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Langkah 2

Cabutkan talian bekalan kuasa yang bersambung ke papan induk.

Langkah 3

Cabutkan talian bekalan kuasa yang bersambung ke CPU pada papan induk.

Langkah 4

Cabutkan talian bekalan kuasa yang bersambung ke cakera keras.

Langkah 5

Cabutkan talian bekalan kuasa yang bersambung ke pemacu cakera liut.

Page 8: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Langkah 6

Gunakan pemutar skru berhujung T untuk melonggarkan skru yang terdapat alat bekalan kuasa.

Langkah 7

Keluarkan alat bekalan kuasa.

Memasang Alat Bekalan Kuasa

Langkah 1

Letakkan alat bekalan kuasa pada kedudukan pada kedudukan yang betul.

Langkah 2

Gunakan skru untuk mengukuhkan kedudukannya.

Page 9: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Langkah 3

Sambungkan talian bekalan kuasa bagi papan induk dan CPU yang terdapat pada papan induk.

Langkah 4

Sambungkan talian bekalan kuasa bagi cakera keras.

Langkah 5

Sambungkan talian bekalan kuasa bagi pemacu cakera liut.

Langkah 6

Sambungkan talian bekalan kuasa bagi CD-ROM.

Langkah 7

Sambungkan kuasa eletrik dan periksa adakah komputer dapat beroperasi atau tidak.

Page 10: Alat Bekalan Kuasa(bab 4)

Langkah 8

Pasangkan semula casing setelah memastikan tiada kesilapan yang timbul.