Bidang Menggambar Teknik Resis

Post on 12-Aug-2015

107 views 14 download

description

gambar

Transcript of Bidang Menggambar Teknik Resis

Bidang : Menggambar Taknik : Resis dari warna air dan lilin biasaAlat / Media / Bahan : lilin biasa, warna air, berus, kertas lukisan, bekas air, penselTema / Tajuk : Organik / Bunga kegemaran saya

Bidang : Menggambar Taknik : Krayon resis dengan warna air Alat / Media / Bahan : krayon, warna air, berus, kertas lukisan, bekas air, penselTema / Tajuk : Organik / Hidupan laut

RESIS ( BATIK TRADISIONAL )

LANGKAH 1 :

Lakarkan corak batik bermotifkan bunga dan daun dengan imaginasi sendiri atau dilihat dari corak-corak dari sumber

lain.

LANGKAH 2 :

Warnakan bunga-bunga batik dengan warna pastel.

LANGKAH 3 :

Ikut bahagian tepi lakaran dengan menggunakan pastel warna  putih / lilin.

             Aktiviti ini sesuai dijalankan oleh murid tahap 2 dengan menggunakan bahan dan alat seperti kertas lukisan, warna pastel, cat air dan lilin. Dengan menggunakan kreativiti sendiri, murid dapat menghasilkan corak batik seperti hasil kerja di atas dengan menggunakan teknik resis.

ANYAMAN ( HIASAN DINDING )

          Untuk menghasilkan anyaman, perlulah menyediakan kertas warna, gunting, gam, dan pisau. Oleh kerana mempertimbangkan keselamatan murid, maka dalam langkah 1 & 2, kesemua bahan disediakan oleh guru untuk mengelakkan mereka daripada kecederaan. Sepanjang aktiviti dijalankan, guru sentiasa memberi bimbingan terhadap murid supaya proses p&p berjalan dengan lancar. Murid juga dapat memberi kerjasama dan melibatkan aktiviti dengan aktif. Walaupun pertama kali membuat anyaman, namun kreativiti murid dapat dilihat melalui hasil kerja mereka.Berikut adalah langkah dan situasi semasa menjalankan aktiviti anyaman.

Langkah 1 : Ukur dan garis selebar 2 cm di bahagian tepi sekeping kertas lukisan atau                    kertas warna. Kemudian ukur dan garis jalur selebar 1cm pada bahagian                   dalam kertas tersebut dan potong dengan menggunakan pisau.                    ( Dapatkan pengawasan guru )

Langkah 2 : Gunting kertas warna yang berlainan warna selebar 1 cm setiap satu.

Langkah 3 : Anyam kertas warna yang telah dipotong pada kertas dasar.

Langkah 4 : Buat kemasan dengan melekatkan bahagian bawah anyaman dan gunting                    kertas yang lebih.

LIPATAN DAN CELUPAN

LANGKAH 1 :

Bancuh warna air ke dalam bekas mengikut warna yang anda ingini.

LANGKAH 2 :

Lipat kertas tisu seperti rajah yang tunjukkan.

LANGKAH 3:

Celup hujung kertas tisu perlahan-lahan ke dalam bekas warna. Biarkan warna meresap. Teruskan mencelup bahagian yang lain dengan warna yang berbeza.

LANGKAH 4 :

Buka kertas tisu dan letakkan di atas kertas lukisan. Kemudian jemur sehingga kering.

Murid menghasilkan corak tak terancang menggunakan teknik lipatan dan celupan seperti hasil kerja di bawah.

CATAN ( BUAH EPAL )

LANGKAH 1 :

Membuat lakaran dengan pensel.

LANGKAH 2 :

Keluarkan keluarga warna merah untuk mewarna buah epal.Bagi menghasilkan tona warna mulakan dengan warna yang paling gelap ( merah tua )

LANGKAH 3 :

Kemudian diikuti dengan warna merah yang berikutnya ( merah yang sedikit cerah ).

LANGKAH 4 :

Akhir sekali dengan warna putih. Kemudian warnakan latar belakang.

LANGKAH 5 :

Bagi daun pula, gunakan keluarga warna hijau. Ulangi proses yang sama seperti langkah yang terdahulu.

LANGKAH 6 :

Akhir sekali bagi menghasilkan kemasan, ulangi garisan lakaran dengan warna hitam.

GUNTINGAN DAN TAMPALAN

Pada hari Selasa yang lalu, murid-murid tahun 6 dikehendaki membawa kertas warna, kertas lukisan, gunting dan gam untuk menjalankan aktiviti guntingan dan tampalan. Sepanjang aktiviti ini diadakan, murid-murid dapat menggunakan idea sendiri untuk menghasilkan bentuk ikan yang kreativiti. Berikut adalah langkah-langkah menjalankan aktiviti dan hasil kerja murid.