Post on 22-Feb-2018
Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh Jepun di Myanmar pada tahun 1941-
1945 dan kesan-kesannya kepada gerakan nasionalisme.
A. PENGENALAN.
1. Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar
imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara
tahun 1941-1945.
2. Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pendudukan
Jepun memberi kesan ke arah perjuangan rakyat Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.
B. ISI
1. Dasar pentadbiran Jepun dari segi politik.
a) Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk menyatukan
para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka.
b) Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini
bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang
untuk mentadbir Negara sendiri.
c) Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr. Ba Maw dilantik
sebagai Perdana Menteri kerajaan bersama kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan.
Nasionalis tempatan seperti Thakin Mya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Aung San
dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Than Thon sebagai Menteri Pembekalan dan
Pengangkutan, dan Thakin U Un sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
d) Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan.
Jepun mengamalkan pemerinthan bercorak ketenteraan dan menggalakkan penduduk tempatan
terlibat dalam ketenteraan.
e) Jepun bertindak menyatukan kesemua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali
sebagai Doboma Siyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya dipanggil Maha Bama
Asiayone.
2. Kesan kepada gerakan nasionalisme di Myanmar
i. Kemenangan dan slogan Jepun.
a. Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Mynmar bahawa
British ialah sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan tersebut telah member kesedaran
bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air sendiri.
b. Slogan “Asia untuk orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama
Asia Timur Raya” telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan
Negara daripada belenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan
pengaruh dan kebudayaan Barat. Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita
mengeksploitasi ekonomi dan menjajah Negara-negara Asia Tenggara melalui slogan
mereka itu.
ii. Pentadbiran Jepun.
a. Walaupun Jepun melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran Myanmar tetapi
pentadbiran tersebut adalah di bawah kongkongan Jepun. Ini disebabkan kuasa
pemimpin Myanmar, iaitu Dr. Ba Maw amat terhad.
b. Kuasa pemerintahan sebenar dalam tangan pemimpin Jepun iaitu Dr. Gotawa, bekas ahli
Jemaah Menteri di Tokyo yang menjadi Penasihat Tertinggi kerajaan Myanmar ketika
itu.
c. Jepun hanya menyerahkan jawatan seperti Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah
kepada orang tempatan. Bidang kuasa Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah hanya
meliputi hal-hal umum dan tidak penting.
d. Selaras dengan pemerintahan bercorak ketenteraan, Jepun menggalakkan penduduk
tempatan melibatkan diri dalam kegiatan dan latihan ketenteraan. Latihan seperti ini
memberi kesan mendalam terhadap masyarakat tempatan Myanmar. Pembentukan
Tentera Kebangsaan Myanmar di bawah Aung San dan Ne Win telah menyemarakkn
lagi semangat dan keazaman mereka untuk berjuang menuntut kemerdekaan Burma.
e. Pengisytiharan kemerdekaan Myanmar oleh Jepun telah menguatkan lagi kezaman para
nasionalis tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada British selepas
Perang Dunia Kedua. Peluang pentadbiran dalam kerajaan baharu memberi latihan
pentadbiran dan keyakinan kepada para nasionalis untuk mentadbir negara sendiri tanpa
bantuan pihak Jepun mahupun British.
f. Walaupun kerajaan yang dibentuk di bawah Dr. Ba Maw merupakan kerajaan boneka
sahaja, namun pengalaman yang mereka peroleh dapat mengukuhkan keyakinan mereka
dalam menentukan nasib Negara selepas Jepun menyerah kalah dan selepas kedatangan
semula British.
iii. Hubungan sulit dengan British
a. Kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak bermakna kerana tentera Jepun masih
berkuasa.
b. Golongan Thakin di bawah pimpinan Aung San telah menentang Jepun. Apabila Jepun
menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar, Aung San telah menggunakan sebagai
saluran menentang Jepun.
c. Aung San bergerak secara sulit menjalinkan hubungan dengan orang Karen di bawah
pimpinan Hanson Kya Doe. Mereka membuat hubungan dengan pegawai tentera British,
iaitu Major H.P. Seagrim.
iv. Gerakan bawah tanah
a. Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun melahirkan semangat anti-Jepun.
Nasionalis tempatan telah bersatu dibawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis yang
dipimpin oleh Aung San. LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan berpengaruh
dalam menuntut kemerdekaan Negara.
b. Aung San dan pemimpin Thakin yang lain menentang Jepun secara berpura-pura
bekerjasama dengannya. Selaku Menteri Pertahanan dalam kabinet Jepun, Aung San
mendapat bantuan Than Thon untuk membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar yang
anti-Jepun.
c. LPRAF menentang Jepun dengan menjalankan sabotaj dan gerakan bawah tanah.
Penentangan terhadap Jepun bertujuan untuk menubuhkan Negara Myanmar yang
berdaulat. Golongan penentang memusnahkan beberapa kawasan strategik secara
gerakan gerila.
d. Mulai bulan Mac 1945, LPRAF bekerjasama dengan British dan menentang Jepun
secara terbuka.
C. KESIMPULAN.
1. Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa pelaksanaan petadbiran Jepun di Myanmar
amat penting kepada rakyat Myanmar. Tindakan Jepun memberi latihan politik, pentadbiran dan
ketenteraan adalah satu langkah dapat untuk membentuk kerajaan sendiri.
2. Namun begitu, ternyata bahawa pentadbiran Jepun di Myanmar tidak berjaya meyakinkan para
nasionalis Myanmar. Akhirnya para nasionalis Myanmar tidak hilang kepercayaan dan
keyakinan terhadap Jepun dan mengambil langkah dengan menjalinkan kerjasama dengan
British bagi mendapatkan kemerdekaan Myanmar.