Post on 19-May-2019
Bingkisan
Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff
Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana
Andi Asri
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)
Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor
Tel: 03-89471011
Talian bebas tol: 1-800-22-2233
www.care.upm.edu.my
ISU JUN 2015
: CaRE UPM
Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban
8 Mei 2015 yang lalu, pihak Pusat Sumber & Pendidikan kanser (CaRE) telah mengadakan lawatan ke wad 7C, Hospital Serdang bertujuan menemui Encik Mohd Ezahan Mokri, 27 tahun yang menghidap Non-Hodgkin Limfoma (NHL) sejak tahun 2006 namun telah melengkapkan kemoterapi pada tahun 2012. Beliau dimasukkan ke Hospital Serdang pada 22 April 2015 yang lalu kerana mengalami kesukaran bernafas. Beliau juga mempunyai sejarah pneumothorax yang terjadi daripada pembentukan bullae. Beliau telah didiagnosis mempunyai penyakit tuberculosis (TB) pada Disember 2014. Untuk penyakit TB, beliau telah melengkapkan rawatan fasa pertama pada bulan Februari yang lalu dan sedang meneruskan rawatan fasa susulan.
Memandangkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan, Encik Mohd Ezahan terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat Asa Security, Sungai Besi dan di sekolah jenis kebangsaan cina untuk syif malam setelah dimasukkan ke hospital April lalu. Waktu bekerja di sebelah malam memungkinkan kesihatan beliau semakin merosot. Tambahan pula, kedudukan rumah setinggi 4 tingkat menyebabkan beliau mengambil masa 30 minit untuk sampai kerana terpaksa berehat sebentar di setiap tingkat dan menggunakan tongkat .
Semasa lawatan, Prof. Dr. Latiffah telah memberikan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa. Pihak CaRE turut menyampaikan bahan pendidikan kanser dan buku motivasi, susu seperti yang di inginkan, senaskhah Al-Quran serta wang sumbangan yang dikumpulkan daripada Tabung Kanser, Masjid UPM kepada beliau. Pihak CaRE turut membantu menghubungkan En Mohd Ezahan dengan NGO seperti MAKNA serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Jabatan Kerja Sosial Hospital. Pesakit juga ditemukan dengan Rosmadi, rakan pesakit kanser (limfoma) untuk memastikan beliau sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan dan melawan penyakit kanser yang dihidapi.
Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh disalurkan
melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)
Tajuk buku: Rawatan Kanser bersumberkan ayat-ayat suci Al-Quran
Buku ini mengandunigi susunan ayat-ayat Al-Quran serta doa sebagai panduan dan
amalan bagi pesakit kanser. Dengan izin Ustaz Dr. Abdullah Yasin yang menterjemah
buku asal “Rawatlah Diri Anda dengan Al-Quran” oleh Abu Al Fida Muhammad ‘Azat
berasas amalan pengubatan yang berjaya oleh seorang pengamal di Saudi Arabia,
semoga Allah s.w.t memberi keredhaanNya.
Jika berminat untuk mendapatkan bahan terbitan ini, sila hubungi TALIAN KANHELPLINE :
1-800-22-2233
Bil. Tarikh Program Tempat
1 ADK ESQ – HIKMAH SEBUAH KEHIDUPAN
#berjayaduniadanakhirat
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
2 11/6/2015 Program CPD: Kursus Asas Kaunseling Hospital Sultanah Bahiah, Alor Setar, Kedah
3 16/6/2015 Ceramah motivasi: Pulih dari Kanser Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
Bil. Tarikh Program Tempat
1 Julai 2015 Ceramah bulanan: Ceramah Pemakanan
untuk Pesakit Kanser
Hospital Sultanah Bahiah, Alor Setar, Kedah
2 Julai 2015 Tatacara Pemakanan Sunnah yang Betul Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
BUKU TERBITAN CaRE
AKTIVITI SEMASA CaRE
AKTIVITI CaRE AKAN DATANG
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
TAZKIRAH
Hadis Kesihatan
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah
menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya".
(HR Bukhari, Muslim)
Karnival Jom Sihat di Pangsapuri Sri Penara, Cheras
Kempen Kesedaran Kesihatan di Naza World, Kuala Lumpur
Kempen Kesedaran Kesihatan di TNB Klang, Jalan Meru