BIOLOGI ADIK (4B)

Post on 03-Feb-2016

266 views 8 download

description

biologi form 4

Transcript of BIOLOGI ADIK (4B)

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM, 06009 JITRA,

KEDAH DARUL AMAN.

BIOLOGI: EKOSISTEM TERANCAM

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMAD IQBAL B. RAMLI

KELAS: 4 BESTARI

ISI KANDUNGAN

1

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT1 AKTIVITI MANUSIA YANG

MENGANCAM EKOSISTEM3-5

2 PENCEMARAN 6-103 KESAN TERHADAP HIDUPAN DAN

ALAM SEKITAR11-17

4 KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

18-21

5 KEPENTINGAN PENGURUSAN TERANCANG BAGI AKTIVITI

PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM22-23

678

2

AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM

HUTAN HUJAN TROPIKA Hutan hujan tropika merupakan ekosistem tertua

didunia. Merupakan habitat kepada separuh daripada

spesies flora dan fauna dunia.

3

Ia membekalkan sumber makanan, ubatan dan bahan keperluan kepada manusia.

70% tumbuhan yang menentang sel kanser hanya terdapat di hutan hujan tropika.

Memainkan peranan penting dalam mengawal atur iklim dunia.

Juga dikenali sebagai kawasan tadahan karbon dan tempat tadahan air.

Dianggarkan 50 juta ekar dimusnahkan setiap tahun.

4

5

PENCEMARAN

PENCEMARAN UDARA

6

Punca utama: pembakaran bahan api fosil. Sumber : kenderaan, kilang, pembakaran terbuka. Bahan cemar : jelaga, plumbum, karbon

monoksida, oksida nitrogen, hidrokarbon, sulfur dioksida, karbon dioksida.

Menyebabkan hujan asid:

Hujan asid berlaku apabila oksida nitrogen dan sulfur dioksida bergabung dengan wap air untuk membentuk asid nitric dan asid sulfurik dan turun sebagai hujan asid.

PENCEMARAN AIR

7

Penyebab utama : aktiviti manusia Bahan buangan sumber industry dan domestic

yang terlarut atau terapung dalam air menurunkan tahap kualiti air dengan drastik.

Pertumbuhan pesat terutama bakteria aerob meningkatkan biochemical oxygen demand (BOD) atau keperluan oksigen biokimia.

BOD ialah jumlah oksigen yang diperlukan olek mikroorganisma seperti bakteria dan kulat untuk menguraikan bahan organic dalam air.

Pemcemaran dapat diukur melalui nilai BOD. Nilai BOD yang tinggi menunjukkan bahawa kualiti

air tidak baik dan kandungan oksigan dalam air adalah rendah.

Nilai BOD yang rendah menunjukkan kualiti air yang baik dan kandungan oksigen dalam air tinggi dan air tidak tercemar.

PENCEMARAN TERMAo Suhu air mempengaruhi paras oksigen terlarut.o Apabila suhu air meningkat, kandungan oksigen

dalam air berkurang.

8

o Air digunakan sebagai agen penyejuk dalam proses industri dan menara penyejuk stesen jana kuasa elektrik.

o Air panas yang terhasil disalur kembali kesungai dan menyebabkan pencemaran terma.

o Ini mengganggu dan membahayakan organisma hidup dan alam sekitar.

o Peningkatan suhu mengganggu proses biokimia dalam organisma akuatik kerana biasanyamereka hidupdalam julat suhu yang tertentu.

o Bagi sesetengah haiwan, peningkatan suhu boleh menyebabkan kematian.

o Ini dapat mengganggu rantai makanan dan ekosistem.

o Bagi organisma seperti alga, peningkatan suhu mendorong pembiakan yang pesat dan meningkatkan BOD air.

PENCEMARAN BUNYI

9

Bunyi motosikal, kapal terbang, tapak pembinaan, mesin pertanian dan mesin industri merupakan satu bentuk pencemaran.

Berlaku apabila persekitaran bising yang mengganggu keselesaan, ketenteraman dan menjejaskan kesihatan manusia.

Kenyaringan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Nilai kenyaringan yang disyorkan oleh Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) adalah kurang daripada 55 dB.

Menurut WHO, pendedahan kepada kenyaringan bunyi pada atau lebih 88 dB untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pekak.

Pendedahan kepada bunyi bising boleh menyebabkan masalah kesihatan, seperti tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, ulser, kemurungan dan sakit kepala.

10

KESAN TERHADAP HIDUPAN DAN PERSEKITARAN

HAKISAN TANAH

11

BANJIR KILAT

12

TANAH RUNTUH

13

PEMANASAN GLOBAL

14

PERUBAHAN IKLIM

15

KEPUPUSAN

16

17

KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

KESAN RUMAH HIJAUApabila pancaran matahari memasuki atmosfera bumi, sebahagian pancaran diserap dan selebihnya dipantulkan semula ke angkasa.Tenaga yang dipantulkan ialah sinaran inframerah.

18

Sebahagian besar tenaga haba ini tidak terlepas ke atmosfera tetapi diperangkap oleh gas rumah hijau.Gas rumah hijau akan memantulkan semula haba sinar inframerah ke bumi.Kesan rumah hijau ialah satu proses semulajadi yang sangat penting kerana tanpanya bumi akan menjadi sejuk untuk kemandirian organisma hidup.Pembakaran bahan api fosil dan ekzos kenderaan merupakan penyumbang utama gas rumah hijau yang membebaskan karbon dioksida.Gas-gas lain ialah kloroflorokarbon (cfc), metana, oksida nitrogen dan ozon.Kini, data menunjukkan peningkatan kepekatan gas rumah hijau.Kepekatan gas karbon dioksida meningkat sebanyak 30% dam gas metana meningkat sebanyak dua kali ganda.Peningkatan ini menyebabkan kesan rumah hijau yang lebih ketara.Pemerangkapan haba yang berlebihan meningkatkan suhu bumi dan menyebabkan pemanasan global.Secara puratanya suhu bumi telah meningkat sebanyak 0.2 hingga 0.3 darjah celcius dalam tempoh 40 tahun kebelakangan ini.Di Malaysia, suhu meningkat sebanyak 0.18 darjah celcius setiap dekad.Jika polisi atau peraturan tidak diujudkan, kepekatan karbon dioksida dijangka akan meningkat sehingga 30% hingga 150% di atmosfera dan suhu bumi akan meningkat

19

sebanyak 1.5 hingga 4.5 darjah celcius menjelang tahun 2100.

PENIPISAN LAPISAN OZONLapisan ozon terdapat pada permukaan kedua atmosfera iaitu lapisan stratosfera yang terletak kira-kira 30km hingga 40km daripada permukaan bumi.

20

Lapisan ozon mampu menyerap kebanyakan sinar ultraungu supaya hidupan terlindung daripada sinar berbahaya ini.

Penipisan lapisan ozon telah direkodkan oleh saintis semenjak tahun 1970-an.

Pada 1985, saintis telah melaporkan bahawa kepekatan ozon di antartik berkurang sebanyak 40% semenjak 1977.

Kepekatan yang rendah menyebabkan lubang ozon.

Satu lagi lubang ozon wujud di artik.

Akibatnya sinar altraungu meningkat sebanyak 7% dalam satu dekad di hemisfera utara dan di selatan meningkat sebanyak 10%.

Pemusnahan ini disebabkan oleh peningkatan gas CFC

Bahan kimia ini sangat stabil dan kekal di bumi sekitar 75 hingga 100 tahun.

21

KEPENTINGAN PENGURUSAN TERANCANG AKTIVITI

PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM

KEPERLUAN PEMBANGUNAN DAN KESAN PERTAMBAHAN POPULASI TERHADAP EKOSISTEM

Tidak semestinya setiap aktiviti menusia mempunyai kesan buruknya.

Kita juga boleh memberi kesan positif dengan mengambil langkah untuk menguruskan pembangunan yang baik dengan memelihara dan memulihara hidupan dan alam sekitar.

22

Dengan pertambahan populasi penduduk, keperluan asas juga bertambah.

Manusia mengeksploitasikan sumber di bumi untuk keperluan manusia tanpa memikirkan impaknya terhadap alam.

Menusia mengganggu keseimbangan alam dengan mencemarkan alam.

MENGURUS AKTIVITI PEMBANGUNAN UNTUK MEMASTIKAN EKOSISTEM YANG SEIMBANG

Kunci penyelesaian ialah dengan pembangunan mampan.

Pembangunan mampan mestilah mengambil kira aspek pengurusan akosistem supaya keseimbangan alam dapat dicapai.

Ini penting untuk memastikan kerosakan minimum kepada alam sekitar.

Pembangunan mampan bergantung kepada penggunaan sumber yang boleh diperbaharui.

Ini dapat memastikan sumber berkekalan untuk generasi seterusnya.

23