Post on 11-Jan-2020
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR PERGURUAN, UTM.
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya : NUR SYAZANA BINTI SAPIEYI
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO.62, JALAN GEHARU 3, TAMAN
RINTING, 81750 MASAI, JOHOR.
DR DAYANG HAJAH TIAWA BINTI
AWANG HAJI HAMID
Nama Penyelia
Tarikh: 13 APRIL 2010 Tarikh: 13 APRIL 2010
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan: .............................................
Nama Penyelia: DR DAYANG HAJAH TIAWA BINTI AWANG HJ HAMID
Tarikh: APRIL 2010
iii
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR
PERGURUAN, UTM.
NUR SYAZANA BINTI SAPIEYI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan: ......................................
Nama Penulis: NUR SYAZANA BINTI SAPIEYI
Tarikh: APRIL, 2010
v
DEDIKASI
Buat insan-insan yang dikenang...
Sapiah Jenoh (Mak) dan Sapieyi Ahmad (Ayah) yang dikasihi
Terima kasih untuk setiap pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan
Akan aku teruskan kehidupan ini bersama kata azimatmu
Restuilah dan doakan kebahagiaan anakmu ini
Keluarga tercinta
Terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan
Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama
Bukan untuk dibanggakan tetapi untuk dihargai
Sahabat-sahabat 4 SPT,
Nurhanes, Shafiyah, Syamimi, Nadiah, Zainab, Norafifah,
Hasyimah, Aina…..
Terima kasih untuk setiap nasihat, bantuan dan perhatian
Waktu bersama adalah saat-saat terindah dalam hidupku
~Semoga Allah akan memberikan rahmat dan ganjaran yang tidak
terhingga di atas sokongan yang telah diberikan.~
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah kerana
dengan kehendakNya, diberi saya kekuatan dan keizinan untuk melaksanakan
kajian ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli
keluarga baginda, sahabat baginda, serta para mujahidin. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada keluarga tersayang dan rakan-rakan yang tidak
jemu-jemu memberi sokongan yang amat membantu saya dalam menyiapkan projek
ini. Semoga Allah sentiasa memberikan kejayaan dan kebahagiaan buat kalian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek ini Dr. Dayang
Hajah Tiawa Binti Awang Hj Hamid di atas segala panduan, tunjuk ajar, teguran
dan buah fikiran yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah di Fakulti Pendidikan yang
banyak memberikan tunjuk ajar dan membantu saya dalam melaksanakan kajian ini.
Terima kasih diucapkan buat sahabat perjuangan kerana sentiasa
bersama memberi galakan dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak sehingga saya dapat menyempurnakan kajian ini. Semoga Allah
S.W.T akan membalasnya dengan kebaikan juga.
vii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tentang penggunaan multimedia
interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar, UTM. Dalam
kajian ini, pengkaji telah meninjau empat aspek kajian iaitu jenis bahan bantu
mengajar berbentuk multimedia, kekerapan menggunakan bahan bantu mengajar
berbentuk multimedia, kebolehan dalam mengaplikasikan elemen-elemen
multimedia interaktif, dan pandangan responden terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar berbentuk multimedia interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Intrumen kajian bagi kajian ini berbentuk soal selidik. Seramai 207 orang
responden terdiri daripada 14 kursus di Fakulti Pendidikan, UTM telah dijadikan
responden kajian. Kajian rintis telah dijalankan dan tahap kebolehkepercayaan telah
diperolehi iaitu 0.73. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan
“Statistical Package of the Sosial Sciences 11.5 For Windows (SPSS)” bagi
mendapat kekerapan ( f ), peratus (%), dan Min. Hasil kajian mendapati penggunaan
bahan bantu mengajar berbentuk multimedia adalah di tahap baik dimana min yang
diperolehi secara keseluruhan adalah 3.91. Kajian ini juga telah mencadangkan agar
kajian lanjutan untuk pelajar-pelajar tahun 3 untuk mengetahui tahap penggunaan
bahan bantu mengajar berbentuk multimedia interaktif dengan lebih menyeluruh
lagi.
viii
ABSTRACT
The purpose of this research is to survey the use of the interactive
multimedia in teaching and learning process among final year students in Faculty of
Education, UTM. The objective of this research focused on the 4 main aspects to
identify what are the types of interactive multimedia teaching aids, the frequency of
using interactive multimedia teaching aids, the ability of using interactive
multimedia teaching aids, and their opinions on using the interactive multimedia
teaching aids in teaching and learning. About 207 respondents in 14 courses at
Faculty of Education were the respondents of this study. Pilot study was conducted
to test the reliability using Alpha Crobach is 0.73. Data collected were analyzed by
using the “Statistical Package of the Social Sciences 11.5 for Windows (SPSS)” to
get the percentage (%), frequency (f), and Mean value. This study had found that
the use of interactive multimedia in teaching and learning amongst the respondents
is higher. The study also indicates that more research has to be conducted to the
third year students to see the overall use of interactive multimedia in teaching and
learning.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SINGKATAN NAMA xvii
SENARAI LAMPIRAN xix
x
BAB PERKARA
MUKA SURAT
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definasi dan Istilah 8
1.9 Penutup 9
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)
2.2.1 Fungsi komputer dalam pengajaran
11
2.3 Multimedia dalam Pendidikan
2.3.1 Sekolah Bestari
15
2.4 Penggunaan multimedia
2.4.1 Persembahan secara elektronik
2.4.2 Penggunaan secara Individu
18
2.5 Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
22
2.6 Elemen-elemen penting dalam multimedia
2.6.1 Teks
24
25
xi
2.6.2 Grafik
2.6.3 Audio
2.6.4 Video
2.6.5 Animasi
25
26
27
2.7 Penutup 27
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Sampel Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Proses Kajian 35
3.8 Analisa Data 37
3.9 Penutup 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A – Latar Belakang
4.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus
41
41
42
xii
4.3 Analisis Bahagian B - Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Berbentuk Multimedia Dikalangan
Pelajar
4.3.1 Persoalan kajian 1
4.3.2 Persoalan kajian 2
4.3.3 Persoalan kajian 3
4.3.4 Persoalan kajian 4
44
45
48
51
57
4.4 Penutup 63
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan
5.2.1 Jenis Bahan Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
5.2.2 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berbentuk Multimedia Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran
5.2.3 Kebolehan Dalam Mengaplikasikan
Elemen-Elemen Multimedia Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
65
66
67
68
xiii
5.2.4 Pandangan Responden Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berbentuk Multimedia Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran.
69
5.3 Rumusan 70
5.4 Cadangan 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan. 72
5.6 Penutup 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 76
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Teknik Persampelan 31
3.2 Jadual No. Item 33
3.3 Skor Skala Likert (Item Positif) 37
3.4 Skor Skala Likert (Item Negatif) 38
3.5 Skala Likert Lima Mata Kepada Tiga Mata 38
3.6 Min Status 39
4.1 Taburan Peratusan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Jantina
41
4.2 Taburan Peratusan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Bangsa
42
4.3 Taburan Peratusan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Kursus
43
4.4 Taburan Peratusan Jenis Bahan Bantu Mengajar
Berbentuk Multimedia Yang Digunakan Oleh
Responden Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
45
4.5 Taburan Peratusan Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Berbentuk Multimedia Yang
Digunakan Oleh Responden Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran
48
xv
4.6 Taburan Peratusan Kebolehan Responden Dalam
Mengaplikasikan Elemen-elemen Multimedia
Yang Digunakan Oleh Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
51
4.7 Taburan Peratusan Pandangan Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berbentuk
Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
57
4.8 Keputusan Keseluruhan Soal Selidik 62
xvii
SINGKATAN NAMA
CAI - Computer Aided Instruction
CAL - Computer Assisted Learning
CBL - Computer Based Learning
CBT - Computer Based Training
CD-ROM - Compact Disk (Read Only Memory)
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LCD - Liquid Crystal Display
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer
SPSS - Statistical Packages for Social Science
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
xviii
SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
SPL - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPS - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
f - Frekuensi atau Kekerapan
% - Peratus
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Pengesahan Item Soal Selidik
B Soal Selidik
C Kajian Rintis
D Teknik Persampelan
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pengajaran dan pembelajaran adalah dua perkataan yang sinonim dalam
bidang pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran menpunyai definisi tersendiri
dimana ia merupakan suatu proses yang amat penting dalam meningkatkan
produktiviti dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Menurut
Baharuddin et.al (2002), pengajaran dapat didefinisikan sebagai pemilihan kaedah
atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan dan media untuk
membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan manakala pemebelajaran
adalah perubahan tingkahlaku yang berlaku kepada pelajar akibat daripada
berinteraksi dengan persekitaran. Maka dengan ini, proses pengajaran dan
pembelajaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini kerana pengajaran
yang bersistematik dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih efisen, efektif, berkesan serta meningkatkan pemahaman pelajar.
Reformasi dalam dunia pendidikan telah lama berlaku dimana jika dahulu
proses pengajaran dan pembelajaran hanya berpusatkan guru “chalk and talk” dan
alat bantu mengajar yang berorentasikan buku teks dan papan tulis tetapi kini di
2
zaman yang semakin berkembang pesat dan maju, proses pengajaran dan
pembelajaran telah berubah dimana pengajaran berbantukan komputer telah
diterapkan dalam tujuan proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan
mutu, kualiti dan penambahbaikkan sistem pendidikan di Malaysia.
Selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia mengariskan
hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani seperti dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah
digariskan pada 28 Februari 1991, Y.A.B bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang telah menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara
ke arah menjadikan Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 seperti
yang terdapat dalam sembilan cabaran utama. Salah satunya ialah mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan
tinggi dan menjadi pengguna teknologi tetapi juga peyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi pada masa depan.
Di atas dasar itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan
penggunaan teknologi komputer dalam sistem pendidikan kerana diyakini dapat
meningkatkan tahap pemikiran pelajar dan merangsang pelajar terhadap pelajaran
yang dipelajari. Perisian pengajaran berbantukan komputer adalah salah satunya
kerana ia bersifat “user friendly” yang boleh auto-jalan (autorun) dan mengabungkan
unsur-unsur media seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi disepadukan bagi
menarik minat pelajar.
Penggunaan multimedia interaktif berpontensi menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran semakin bermakna dan bertambah menarik. Maka dengan itu, para
guru haruslah mengikuti perkembangan dan kemajuan teknologi agar sistem
pendidikan bertambah cemerlang dan melahirkan generasi berkemahiran dan
berpengetahuan, celik IT serta pintar.
3
1.2 Latarbelakang Masalah
Revolusi teknologi maklumat mengalami perubahan yang besar dalam bidang
pendidikan dimana pengajaran tidak berpusatkan kepada guru lagi tetapi melibatkan
pembelajaran secara aktif iaitu pelajar belajar secara aktif, kreatif dan dinamis. Oleh
itu, pihak kerajaan telah menerbitkan perisian-perisian untuk pelajar, guru dan buku
teks. Ini akan memberi peluang pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi
dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek tertentu. Pendidikan pada hari
ini mengalami anjakan paradigma dan memberi cabaran kepada guru dalam
meningkatkan mutu, kualiti dan kaedah dalam menyampaikan isi pelajaran.
Dalam usaha meningkatkan pemahaman pelajar, kaedah dan strategi
penyampaian guru haruslah diubahsuai daripada pendekatan tradisi kepada
pendekatan penerokaan dan penemuan kendiri menerusi perisian multimedia
interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Mohd Azlan, 2008). Penggunaan pengajaran berbantukan komputer
memberi kebaikan kepada pengguna kerana melibatkan penggunaan deria yang lebih
dari satu deria. Pengajaran berbantukan komputer juga mempunyai unsur video dan
audio yang memerlukan deria pendengaran dan deria penglihatan. Kajian juga
menyatakan penggunaan deria yang lebih dari satu boleh memastikan bahawa
pelajaran itu mudah diingati dan tidak menjemukan (Baharuddin et.al, 2002).
1.3 Pernyataan Masalah
Peranan media teknologi dalam dunia pendidikan dapat memberi impak yang
besar kerana dapat meningkatkan mutu sesebuah pengajaran dan pembelajaran
apabila dilaksanakan. Malah, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
4
berkesan serta dapat meningkatkan minat dan keseronokkan pelajar terhadap
penggunaan multimedia interaktif. Walaubagaimanapun, pengunaan sumber media
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran masih belum mendapat perhatian yang
sewajarnya di kalangan guru-guru di sekolah terutamanya penggunaan teknologi
berkomputer. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan bahan bantu
mengajar berbentuk multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dari segi
penggunaan bahan bantu mengajar seperti persembahan elektronik, penggunaan
secara individu, dan penggunan perisian khas yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) diseluruh sekolah di Malaysia terdapat dua jenis CD ROM
Buku Teks iaitu CD ROM Guru atau MyCD Guru untuk kegunaan guru dan CD
ROM Murid atau MyCD Murid untuk kegunaan pelajar.
Kajian ini juga tertumpu kepada jenis, penggunaan, kebolehan dan
pandangan pelajar perguruan dalam menggunakan multimedia semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pelajar-pelajar ini telah mempelajari subjek
multimedia sejak tahun satu sehingga tahun tiga. Kajian ini ingin mengetahui
sejauhmana pelajar tahun akhir boleh mengaplikasikan elemen-elemen multimedia
interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dimana mereka telah didedahkan
dengan teori-teori pembelajaran dalam membina sesebuah perisian multimedia.
Disini, mereka dapat melihat perubahan dan peningkatan dalam diri pelajar kerana
berlakunya perubahan tingkah laku kepada penambahan pengetahuan dalam ingatan
jangka panjang dan seterusnya pelajar akan memandang realiti sebagai sesuatu yang
dikonstruk dan pengalaman menentukan realiti.
Contohnya, seorang guru Sains menggunakan pendekatan konstruktivisme
dengan menayangkan sebuah video kepada pelajar dan meminta para pelajar
menerangkan situasi yang berlaku berdasarkan tayangan video. Pelajar-pelajar akan
menggunakan idea asal atau pengalaman yang sedia ada dalam diri mereka untuk
menerangkan situasi tertentu. Setelah selesai, guru Sains akan memberi jawapan yang
tepat atau menerangkan situasi sebenar yang berlaku dalam kepada para pelajar. Hal
5
ini kerana, pembelajaran berlaku apabila pelajar mengabungkan idea asal dan idea
baru untuk menstrukturkan semula idea dan mengaitkan dengan pengetahuan sedia
ada. Disini, guru Sains telah mencipta suasana pembelajaran yang kreatif dimana
pelajar diuji untuk melihat proses kefahaman yang lampau dalam pembelajaran.
Oleh kerana itu, kajian ini diharap dapat mengkaji pengunaan alat bantu
mengajar berbentuk multimedia interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan
pandangan responden terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Selain itu, ia juga dapat memberi
refleksi kepada para guru untuk memperbaiki kaedah atau strategi pengajaran mereka
agar dapat meningkatkan kefahaman pelajar.
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti jenis bahan bantu mengajar multimedia yang digunakan
oleh responden dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengetahui penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran oleh responden.
iii. Mengkaji kebolehan responden dalam menggunakan bahan bantu
mengajar berbentuk multimedia dengan mengaplikasikan elemen-elemen
multimedia.
iv. Mengkaji pandangan responden terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar berbentuk multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.