Post on 03-Nov-2019
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN BERBANTU KOMPUTER BAGI MATA
PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT TOPIK ACIDS AND
BASES
SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya ASMAIZHA BIN AHMAD
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara, institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasil/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alarnat Tetap: NO 70 KG JAMBU RIAS, PM. DR. AZIZ BIN NOORDIN 28600, KARAK NAMA PENYELIA PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 Tarikh : 15 NOVEMBER 2007
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tanda tangan : ……………………………….
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZ BIN NOORDIN
Tarikh : 15 NOVEMBER 2007
PEMBANGUNAN BERBANTU KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA
TINGKATAN EMPAT TOPIK ACID AND BASES
ASMAIZHA BIN AHMAD
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2007
i
“ Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda tangan : ……………………………….
Nama Penulis : ASMAIZHA BIN AHMAD
Tarikh : 15 NOVEMBER 2007
iii
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;
Khas buat:
Ayahda dan Bonda ,
Ahamad Bin HJ Mahmud dan Sabaryah Binti Alwi
Terima kasih atas berkat doa dan segala pengorbanan kalian selama ini yang tidak
termampu untukku membayarnya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati
kalian.
Buat ahli keluarga yang lain , Asmawie, Assmaliza, dan Asmaliyana. Kalian adalah
pelengkap dalam hidupku. Serta arwah abangku yang kurindui selalu; Asmahadi,semoga
rohmu dicucuri rahmat hendaknya..
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas kepada Prof. Madya DR,Aziz Bin
Noordin kerana memberikan kepercayaan, peluang dan kebebasan sepenuhnya kepada
saya untuk menjalankan projek ini. Dan juga komen yang membina serta tunjuk ajar
daripada beliau.
Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan
kerana telah memberikan segala kemudahan kepada saya menggunakan pusat sumber
untuk mencari maklumat Projek Sarjana Muda ini.
Tidak lupa juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan saya iaitu pelajar-
pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) di Universiti Teknologi
Malaysia yang turut membantu dalam menjayakan projek ini.
Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan projek ini
secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian semua akan saya kenang sepanjang
hayat saya.
v
Abstrak
Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah perisian PBK bagi
tajuk Acid And Bases untuk subtopik Role of water to show the properties of acids and
bases dan properties of acids and bases.. Perisian ini sesuai digunakan oleh pelajar
tingkatan empat dan lima yang mengambil subjek Kimia KBSM. Pembinaan perisian
PBK ini bukan sahaja bertujuan untuk menghasilkan sebuah perisian dalam versi Bahasa
Inggeris bahkan juga ingin menghasilkan perisian PBK jenis kuliah dan latihan yang
interaktif, menarik serta memberikan keseronokan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, perisian PBK ini juga mampu memberikan kebebasan
kepada pelajar dari segi masa, tempat dan kadar pembelajaran. Pendekatan teori
konstruktivisme telah diterapkan dalam perisian ini dimana pelajar belajar melalui
stimulasi yang digunakan. Model Hanaffin & Peck telah digunakan sebagai landasan
dalam proses pembinaan perisian ini. Perisian PBK ini telah dibangunkan dengan
menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan perisian
sokongan seperti Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D
dan Swish 2.0. Penggunaan perisian-perisian ini bertujuan untuk menghasilkan grafik,
animasi, teks dan audio yang interaktif serta menarik. Perisian yang dibina dipakejkan
dan disebarkan dalam bentuk cakera padat bagi memudahkan pengedaran serta
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin. Diharapkan perisian ini dapat
membantu pelajar mengukuhkan kefahaman mengenai konsep didalam subtopik Role of
water to show the properties of acids and bases dan properties of acids and bases dan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.
vi
Abstract
The purpose of this project is to build a drill type of Computer Based Learning
(CBL) courseware with the title of Acids And Bases for the subtopic Role of water to
show the properties of acids and bases and properties of acids and bases It is suitable
for student who are taking Chemistry at KBSM level. The aim of the project was not
only to build a courseware in English, but also to produce a lecture and excercise type
CBL courseware, which is more interactive, interesting and making the students feel
enjoyable in the learning and teaching process. Furthermore, it enables the students to
control their learning by giving them more freedom in time, location and learning rate. A
constructivism learning theory was applied in this courseware which stimulates students
to study with what they used . Meanwhile, Hannafin & Peck model was used as
guideline to build it. During the development of the project, Macromedia Authorware
6.5 (main software) and a variety of supportive softwares such as Adobe Photoshop 7.0,
Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D and Swish 2.0 were used. These
softwares were required for creating graphic, animation, text and audio which are more
interactive and attractive. The completed courseware was packaged and distributed in
the CD-ROM form to ensure it to be portable and yet the content is protected. Hopefully,
this courseware could help the students to enhance their understanding about the Role of
water to show the properties of acids and bases dan properties of acids and bases and
the learning process becomes more meaningful and enjoyable.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Kepentingan Projek 9
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 12
1.7 Definasi Istilah 12
1.7.1 Pembelajaran Berbantukan
Komputer 12
1.7.2 Perisian 13
1.7.3 Multimedia 13
1.7.4 Interaktif 13
1.7.5 Grafik 13
viii
1.7.6 Teks 14
1.7.7 Animasi 14
1.7.8 Bunyi 14
1.7.9 Imej 14
1.7.10 Elektrokimia 14
1.8 Rasional Pemilihan Tajuk 15
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Definasi Multimedia 18
2.3 Interaktif 21
2.3.1 Hipermedia 21
2.3.2 Hiperteks 22
2.4 Multimedia Dalam Pendidikan 22
2.5 Definasi PBK 23
2.6 Strategi PBK 24
2.6.1 Latih Tubi 25
2.6.2 Tutorial 25
2.6.3 Permainan 25
2.6.4 Simulasi 25
2.6.5 Penemuan 26
2.6.6 Penyelesaian Masalah 26
2.7 Kelebihan PBK 26
2.8 Kelemahan PBK 27
2.9 Teori Pembelajaran 28
2.9.1 Teori Konstruktivisme 28
2.9.2 Kekuatan Teori
Konstruktivisme 30
2.9.3 Kelemahan Teori
Konstruktivisme 30
ix
2.9.4 Aplikasi Teori Dalam
Pembelajaran 30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Model Pembangunan Perisian
Multimedia Pendidikan 31
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 32
3.2.1.1 Pengguna Sasaran
3.2.1.2 Pengetahuan Sedia Ada
Pengguna
3.2.1.3 Objektif Yang Ingin
Dicapai
3.2.1.4 Spesifikasi Perkakasan
3.2.1.5 Spesifikasi Perkakasan
Pembangunan
3.2.1.6 Spesifikasi Perkakasan
Mainbalik
3.2.1.7 Perisian Yang Digunakan
3.2.2 Fasa Rekabentuk 36
3.2.2.1 Carta Alir
3.2.2.2 Papan Cerita
3.2.3 Fasa Pembangunan Dan
Perkakasan 38
vii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Model reka bentuk instruksi Hanaffin dan Peck 29
3.2 Carta Alir bagi Menu Utama Perisian 36
4.1 Paparan Permulaan Perisian 39
4.2 Paparan Pendaftaran 39
4.3 Paparan Alu-aluan 40
4.4 Paparan Menu Utama 41
4.5 Paparan Objektif 41
4.6 Paparan Aktiviti 1 42
4.7 Paparan Aktiviti 2 42
4.8 Paparan Arahan Permainan 43
4.9 Paparan Soalan Permainan 43
4.10 Paparan Bantuan Nota 43
4.11 Paparan Bantuan Video 44
4.12 Paparan Bantuan 50:50 44
4.13 Paparan Jawapan Betul 44
4.14 Paparan Jawapan Salah 44
4.15 Paparan Selepas Tamat Permainan 45
4.16 Paparan Glosari 45
4.17 Paparan Kredit 46
4.18 Paparan Keluar 47
4.19 Paparan Penghargaan 47
viii
SENARAI SINGKATAN
CAI - Computer Assisted Instruction
CAL - Computer Assisted Learning
CBE - Computer Based Education
CBI - Computer Based Instruction
CD - Compact Disc
CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory
IAC - Instructional Application of Computers
ICT - Information Communication Technology
IDE - Integrated Development Environment
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
RAM - Random Access Memory
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
x
4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Pakej Perisian 39
4.3 Perbincangan Persembahan Perisian 40
4.3.1 Antaramuka Montaj 40
4.3.2 Paparan Menu Utama 42
4.3.3 Paparan Objektif 43
4.3.4 Paparan Subtopik 41
4.3.5 Paparan Latihan 44
4.3.6 Paparan Glosari 45
4.3.7 Paparan Keluar 46
4.4 Pempakejan Dan Penyebaran 46
5 KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Perbincangan 48
5.3 Kekangan Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 50
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 50
5.3.2 Kekurangan Masa 50
5.3.3 Kekurangan Kos 51
5.4 Kelebihan Dan Kekurangan Perisian 51
5.4.1 Kelebihan Perisian 51
5.4.2 Kelemahan Perisian 52
5.5 Cadangan 53
RUJUKAN 55
1
BAB I
PENGENALAN 1.1 Pengenalan Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke
arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan
memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini. Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak
mengisi agenda perancangan, dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia
Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-
luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang
peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di
rumah, dengan mereka yang kurang berada. Dengan ini pelbagai aplikasi multimedia
mula diserap dan diperkenalkan dalam sistem pendidikan.
Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di
persekitaran kita. Antaranya yang jelas kelihatan ialah melalui program - program
disiarkan di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan
yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana
ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai
2
media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan
persembahan lebih efektif kepada para penonton. Pada masa kini, penggunaan
multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-mata tetapi ia juga telah
mula berkembang dalam bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya
dalam bidang pendidikan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus
kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan.
Multimedia merupakan gabungan teks, grafik, bunyi, video dan animasi yang
dapat menghasilkan sesuatu aplikasi multimedia yang menakjubkan serta keupayaan
interaktif yang tinggi. Selain itu, multimedia digunakan sebagai perantara dalam
sesebuah penyampaian atau persembahan maklumat kepada para pelajar kerana ianya
memberikan impak yang berkesan balam penyampaian maklumat. Komputer adalah
sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi kandungan
multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu sendiri
terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Jika
dibandingkan dengan gaya pengajaran sebelum ini, biasanya seseorang guru atau
pensyarah akan menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang
berwarna warni, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Namun begitu,
pada hari ini sistem bermultimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat-
maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada para pelajar atau penuntut-
penuntut mereka.
Terdapat fakta telah membuktikan bahawa manusia menggunakan 75 peratus
keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan
lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus
daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam
persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya
diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri.
Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap
proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen
membantu dalam ‘Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah’.
3
Menurut Hazimah Hj. Samin (2003) pula, komputer digunakan sebagai Alat
Bantu Mengajar (ABM) supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan berkesan.
Model sains dapat diterangkan dengan baik oleh guru dengan bantuan komputer. Begitu
juga beberapa konsep dalam pembelajaran sains,guru boleh menggunakan kaedah
simulasi komputer sebagai mewakili perlakuan alat atau bahan sebenar. Dalam
pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau
guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai
pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua
peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI. Pengajaran berbantukan
komputer juga melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti
latih tubi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar
memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah (Burke, R. L. 1982).
Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pendidikan adalah
merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan
hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami
perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai
matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan
dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan
secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan
sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada
orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-
apa. Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke
arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan
memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini. Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak
4
mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia
Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-
luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang
peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di
rumah, dengan mereka yang kurang berada. Dengan ini pelbagai aplikasi multimedia
mula diserap dan diperkenalkan dalam sistem pendidikan.
1.2 Latar belakang masalah
Dalam era globalisasi yang sedang melanda dunia kini, bidang
pendidikan tidak terkecuali merasai tempiasnya. Antara yang dapat dilihat ialah setiap
sekolah kini mula mengorak langkah dengan menukar gaya pengajaran dan
pembelajaran kepada yang lebih relevan dan bersesuaian dengan para pelajar.
Sehubungan dengan itu, menurut Rozinah Jamaludin (2003); berdasarkan kebaikan dan
kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, pengaplikasiannya
dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia SPM contohnya boleh digunakan sebagai
bahan bantu mengajar untuk menjadikan proses P&P lebih menarik minat pelajar dan
tidak terlalu stereotaip. Boleh dikatakan di setiap rumah para pelajar kini telah
mempunyai komputer. Dengan pendedahan awal ini,secara tidak langsung menjadikan
mereka tidak kekok atau janggal untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran. Ini
secara tidak langsung memberikan impak dan kesan yang baik dalam bidang
pendidikan.
Apabila komputer mula diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, ada
segelintir guru kurang bersedia untuk menggunakannya dengan berkesan. Ada yang
menjarakkan diri dan enggan mencuba peluang yang ada. Menurut Wong, H. W. (1997),
beliau mendapati bahawa dalam banyak hal kerap diperhatikan masih ramai pendidik
yang mempunyai sikap ‘phobia’ atau takut komputer serta negatif untuk
5
menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung ianya akan
melahirkan pelajar yang buta komputer dan seterusnya buta teknologi. Penggunaan teks
sahaja dalam penyampaian akan membataskan pemahaman pelajar terhadap suatu
maklumat. Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar memahami sesuatu topik tertentu
terutamanya dalam subjek sains. Seperti yang kita ketahui, pengajaran subjek sains
biasanya melibatkan teori-teori yang abstrak dan kompleks. Ada sesetengah bab
misalnya bab asid dan bes yang melibatkan pergerakkan ion-ion. Untuk memberikan
gambaran pergerakan ion bagi menerangkan bagaimana asid mengion di dalam air
menghasilkan ion hidrogen secara verbal ataupun lukisan belum cukup untuk membantu
pelajar memahami konsep sifat asid yang ingin disampaikan.
Selain memerlukan daya imaginasi yang tinggi ia juga memerlukan daya
kemahiran guru untuk menerangkan sesuatu konsep. Misalnya guru B menerangkan
tentang pergerakkan ion-ion dalam interaksi antara asid dan bes dalam membentuk
garam, terdapat pelajar yang tidak tahu bagaimana ion-ion itu bergerak untuk
membentuk garam. Jadi ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar tidak
menguasai konsep- konsep yang seterusnya. Bab asid dan bes ini juga banyak
diaplikasikan dalam bab-bab yang lebih komplekspada peringkat yang lebih tinggi. Jadi
masalah yang lebih besar akan dihadapi untuk pengajaran yang akan datang.
Daripada kajian yang dibuat oleh Michael J. Sanger dan Thomas J.
Greenbowe (1997), kajian mereka mendapati ramai pelajar mempunyai masalah
salah konsep dalam tajuk asid dan bes. Menurut kajian tersebut, di antara
kekeliruan yang sering dihadapi oleh pelajar adalah :-
i. Pelajar tidak dapat menyatakan sifat kimia asid atau bes.
ii. Pelajar seringkali gagal meramalkan hasil garam yang terbentuk
secara spontan.
iii. Pelajar sering menganggap bes dan alkali adalah bahan yang sama.
6
Oleh yang demikian, diharap dengan adanya pembangunan perisian untuk topik
asid dan bes ini dapat membantu para pelajar untuk memahami konsep yang sebenar dan
segala kekusutan yang melanda sebelum ini dapat diminimumkan.
1.3 Penyataan masalah
Memetik ucapan daripada bekas PM yang lalu Tun Dr. Mahathir
Mohammed, matapelajaran Sains dianggap menarik di negara maju tetapi di Malaysia ia
lebih dianggap membosankan dan menakutkan. Ahli-ahli sains dan pendidk hendaklah
berusaha menjadikan ilmu sains senagai ilmu yang boleh disenangi oleh orang biasa dan
bukan untuk segelintir manusia sahaja. Di negara ini, Sains juga masih merupakan
perkara asing bagi sebahagian besar anggota masyarakat yang memandang disiplin itu
sebagai bidang yang susah, penuh misteri dan hanya untuk orang yang otak mereka
bergeliga sahaja. Portal Pendidikan Utusan (2001); dengan ini, kajian dilakukan
bertujuan untuk membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer untuk
kegunaan guru-guru tingkatan empat yang mengajar mata pelajaran Kimia bagi subtopik
asid dan bes selain dapat menjadi salah satu usaha untuk menjadikan ilmu sains
diminati.
Asid dan bes pada awalnya membincangkan tentang sifat-sifat kimi asid atau bes
bagi membezakan bahan tersebut berasid, alkali mahupun neutral. Bagi menentukan
sifat-sifat kimia bahan tersebut,air memainkan peranan pentingbagi penentuan sifat
tersebut. Penggunaan grafik yang interaktif adalah langkah yang lebih efisyen dalam
menerangkan peranan air bagi menentukan sifat asid dan bes. Maka dengan pembinaan
perisian bagi topik subtopik asid dan bes ini secara tidak langsung akan menunjukkan
keadaan sebenar bagaimana proses pergerakan ion-ion dalam menentukan sifat-sifat
kimia tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan berlakunya proses salah
konsep dikalangan para pelajar. Dengan kemudahan komputer yang disediakan di
sekolah –sekolah, penggunaan PBK ini boleh diaplikasikan dengan melibatkan seorang
7
pelajar dengan sebuah komputer. Dalam keadaan ini guru akan bertindak sebagai
fasilitator dengan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang bagaimana melayari PBK
ini.
1.4 Objektif projek
Objektif pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini
ialah untuk :-
i. Membina perisian untuk subtopik asid dan bes dalam matapelajaran Kimia
Tingkatan 4 KBSM.
ii. Membantu pelajar membina konsep yang betul dan memahami peranan air
dalam menentukan sifat kimia asid atau bes dalam topik asid dan bes.
iii. Menyediakan perisian yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran untuk
para guru dan bahan rujukan untuk para pelajar.