Post on 12-Mar-2019
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL:SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA
SESI PENGAJIAN: 2007-2008Saya KHALAILY BIN ZAHARI
(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antaraInstitusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:KG. LUBOK NIBONG , EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK
PAK BADOL, MELOR Nama Penyelia16400 KOTA BHARU, KELANTAN.
Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)’
Tandatangan : ..........................................................................
Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK
Tarikh : ..........................................................................
PROJEK SARJANA MUDA
SISTEM PENGGERA KERETA DWIHALA
KHALAILY BIN ZAHARI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
PENGAKUAN
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : Khalaily Bin Zahari
Tarikh : .............................................
iii
DEDIKASI
Buat Yang Dikasihi...
Aboh dan Mi,Zahari Bin Mat Piah Dan Fatimah Bt Jaafar
serta mertua kuAyah dan Ma,
Ibrahim @ Mokhtar Bin Yusuf Dan Norma Bt Suliaman semoga semuanya hidup bahagia di dunia dan Akhirat,
Insya Allah Pengorbanan kalian tidak terhingga, anakanda sanjung semulia syurga..
Buat Yang Tercinta...
Mazita Binti Ibrahim @ Mokhtar yang banyak memberi sokongan dan dorongan.
Kaulah kekasihKaulah isteriKaulah ibu.
Buat Puteri-Puteriku...
Nur Aina Salsabila dan Qurratu’ain Salsabila,
Ayah sentiasa menyayangi kamu semua,Ayah doakan kalian semua berbahagia,
di dunia & akhirat..
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Sekalung budi dan terima kasih kepada penyelia kajian di atas bantuan,
bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Tidak lupa
juga kepada penilai Profesor Dr. Azizi Bin Yahaya yang juga banyak memberi
khidmat nasihat serta tunjuk ajar. Tanpa nasihat dan panduan yang diberikan, cadangan
tesis ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Hanya doa dapat disisipkan
agar beliau sekeluarga sentiasa memperoleh keberkatan dan kebahagiaan dari Allah.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa
memberi dorongan dan membimbing saya untuk menyiapkan cadangan tesis ini. Akhir
kata, hanya doa sahaja yang dapat dipohonkan dari Ilahi untuk membalas jasa baik
semua yang terlibat, Terima kasih semua.
v
ABSTRAK
Tugasan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan terhadap projek reka
cipta yang melibatkan penggunaan sistem penggera anti pencuri yang dikenali sebagai
Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Pendekatan yang digunakan adalah konsep
penggunaan alat perhubungan walkie talkie yang boleh berhubung secara dua hala.
Sistem ini akan mula berfungsi apabila butang penggera diaktifkan pada alat kawalan
jauh setelah pengguna meninggalkan kereta. Sekiranya terdapat pencerobohan yang
berlaku kepada kereta tersebut, maka satu isyarat akan dihantar kepada pemegang alat
kawalan jauh dengan mengeluarkan bunyi alat penyaring (buzzer) dan juga alat getaran
(vibrator). Sekiranya keadaan ini berlaku, maka pengguna kenderaan tersebut akan
mengetahui bahawa kereta menghadapi masalah dan seterusnya pengguna tersebut boleh
mengambil tindakan yang sewajarnya seperti segera bergegas ke keretanya untuk
melihat apa sebenarnya yang terjadi. Seramai 20 orang penduduk dari taman perumahan
di taman Sri Pulai dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan
dengan latar belakang responden dan bahagian B mengandungi item-item yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 14.0 (SPSS 14.0).
Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa keberkesanan dan kefungsian
penggunaan sistem penggera kereta dwi hala ini dapat meningkatkan lagi keyakinan
pemilik kereta terhadap aspek keselamatan keretanya. Projek reka cipta ini dicadangkan
supaya dipatenkan agar tidak diciplak atau ditiru oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab.
vi
ABSTRACT
The objective of this task is to see the effectiveness of the invention project
which involved the using of anti-thief alarm system called two-way car alarm system.
The approach used is based on the concept used is based on the used of walkie-talkie, a
communication tool that can communicate in two way. This system starts it function
when the alarm button at the remote control panel is activated while the car owner left
the car. In case of car thief try to break into the car, a signal will be sent to the remote
control which then will activate the car alarm system, and the remote control will
produce sound and at the same will vibrate. This will signify the owner of the car that
his or her car in trouble. He or she will then should take fast action, such as run to the
car quickly to see what happened. 20 residents in Taman Sri Pulai are chosen as
respondents. The instruments used in this research are questionnaires set which consist
of 2 sections. Section A is about the respondent’s particulars and section B contains
items in the research. The data’s obtained are processed using Statistical Package for
Social Science Version 14.0 (SPSS 14.0). The research shows that the efficiency and
functional of the two way car alarm system increase the car owner confidence in aspect
of security to his car. This innovation project is suggested to be patented to avoid piracy.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Persoalan Kajian 7
viii
1.6 Kepentingan kajian 7
1.7 Skop projek 8
1.8 Definisi istilah 9
1.9 Kesimpulan 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pencetusan idea reka cipta 14
2.3 Pendekatan inovasi terhadap projek reka cipta 14
2.4 Kajian terhadap gelombang 15
2.4.1 Gelombang Mikro 15
2.4.2 Gelombang ultrasonik 16
2.4.3 Global Positioning System ( GPS ) 17
2.4.4 Gelombang Infra Merah 18
2.5 Reka bentuk kajian 19
2.5.1 Pendekatan Inovasi alat 19
2.5.2 Pendekatan Persoalan kajian 19
2.5.3 Pendekatan pengujian, penilaian dan
pengesahan oleh pakar
20
2.5.4 Pendekatan perbandingan bahan rujukan 21
2.6 Kesimpulan 22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Proses reka cipta 24
3.3 Pengoperasian Projek 24
3.4 Alatan dan komponen yang terlibat 26
3.5 Pengiraan kos 28
3.6 Kaedah pembuatan 30
ix
3.6.1 Pembinaan 31
3.6.2 Pemasangan 31
3.6.3 Langkah kerja 32
3.6.4 Carta Gantt 32
3.7 Instrumen kajian 33
3.7.1 Inovasi komponen 34
3.7.2 Soal selidik 38
3.7.3 Inovasi pengujian, penilaian dan
pengesahan pakar
42
3.7.4 Perbandingan bahan rujukan 44
3.8 Kesimpulan 45
4 KEPUTUSAN TINJAUAN DAN ANALISA REKA
CIPTA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis dan Keputusan terhadap kaedah pengujian 48
4.2.1 Keputusan pendekatan persoalan kajian 48
4.2.1.1 Keputusan dan Analisa data Bahagian A
48
4.2.1.2 Keputusan dan Analisa data Bahagian B
53
4.3 Analisis keseluruhan persoalan kajian 61
4.4 Keputusan pengujian, penilaian dan pengesahan
pakar
63
4.5 Keputusan perbandingan bahan rujukan 63
4.6 Kesimpulan 64
x
5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Rumusan 65
5.1.1 Rumusan terhadap pendekatan inovasi
komponen
66
5.1.2 Rumusan terhadap persoalan kajian 66
5.1.3 Rumusan terhadap pengujian oleh pakar 67
5.1.4 Rumusan terhadap perbandingan bahan
rujukan
68
5.2 Cadangan dan masa depan projek 69
5.2.1 Mengurangkan anggaran kos 69
5.2.2 Menambahkan jarak lingkungan operasi 69
5.2.3 Patenkan 70
5.3 Kesimpulan 70
BIBLIOGRAFI 72
LAMPIRAN A-D 75-85
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Jenayah Indeks 2005-2007 4
3.1 Senarai Alatan Dan Bahan / Komponen 26
3.2 Senarai Alatan Dan Kegunaan 26
3.3 Jadual kos bahan 28
3.4 Proses Percantuman Dan Pemasangan Projek
Sebenar
31
3.5 Carta Gantt Projek Reka cipta ‘Sistem
Penggera Kereta Dwi hala’
33
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 40
3.7 Pemeringkatan Skala Likert 1 40
3.8 Pemeringkatan Skala Likert 2 40
3.9 Perbandingan antara gelombang radio dengan
gelombang yang lain
45
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
49
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
49
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
50
xii
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Status
51
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Pendidikan
51
4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Profesyen
52
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Pendapatan Sebulan
53
4.8 Analisa Kekerapan, Peratus dan Min
Responden Yang Menjawab Soalan Kajian
Pertama
54
4.8 Analisa Kekerapan, Peratus dan Min
Responden Yang Menjawab Soalan Kajian
Kedua
55
4.9 Analisa Kekerapan, Peratus dan Min
Responden Yang Menjawab Soalan Kajian
Ketiga
57
4.10 Analisa Kekerapan, Peratus dan Min
Responden Yang Menjawab Soalan Kajian
Keempat
58
4.11 Analisa Kekerapan, Peratus dan Min
Responden Yang Menjawab Soalan Kajian
Kelima
60
4.12 Analisa Keseluruhan Purata Min Bagi
Keseluruhan Persoalan Kajian
61
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Operasi Asas Sistem Penggera Dwi Hala 25
3.2 Komponen tambahan 27
3.3 Perbezaan frekuensi gelombang radio 35
3.4 Kedudukan antena tambahan 36
3.5 Kedudukan antena tambahan dipasang pada
kekotak sistem penggera
37
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan
PDRM - Polis Diraja Malaysia
GPS - Global Positioning System
SPSS - Statistical Package For Social Science
V14 - Version 14
f - frekuensi
% _ peratus
kHz - Kilo Hertz
FM - Frequency Modulation
AM - Amplitude Modulation
V - Voltan
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
A Surat Pengesahan Pakar 76
B Surat Pengesahan Pakar Bidang 78
C Borang Soal Selidik 80
D Bahan Rujukan 85
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pencapaian kemajuan dalam bidang ekonomi, keselamatan, teknologi maklumat,
komunikasi, perubatan, pendidikan, malah bidang pengangkutan semakin menjadi
penting terhadap Negara Malaysia dalam mencapai cita-cita dan hasrat untuk sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Seiring dengan hasrat Wawasan 2020, pelbagai
usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membawa masyarakat negara ke arah
matlamat ini. Dalam bidang industri pengangkutan misalnya, keupayaan memiliki
kenderaan seperti motosikal mahupun kereta bukan lagi dianggap sebagai barangan
mewah. Malahan ianya telah menjadi seperti satu keperluan asas kepada penduduk
negara ini.
Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat jumlah pemilikan kenderaan-kenderaan
ini semakin bertambah dari hari ke hari. Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), sehingga bulan Disember 2007, terdapat sebanyak 10 juta kenderaan yang
2
berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan di negara ini. (JPJ). Ini termasuklah
kenderaan jenis motor dan motokar milik persendirian.
Tidak dapat dinafikan bahawa memiliki kenderaan sendiri sememangnya dapat
memenuhi keperluan hidup terutamanya dapat memudahkan pergerakan dari satu tempat
ke satu tempat yang lain, lebih-lebih lagi dalam kehidupan yang serba pantas pada hari
ini. Di sebalik daripada faedah yang diperolehi, ianya juga memerlukan usaha-usaha
penjagaan terhadap kenderaan itu sendiri. Servis terhadap enjin, penjagaan kebersihan
kereta dan sehinggalah kepada apa yang lebih penting iaitu keselamatan terhadap
kenderaan daripada risiko kecurian dan kemalangan.
Bagi mengatasi masalah kecurian kenderaan ini maka pelbagai alat-alat
tambahan telah direka sama ada di dalam mahupun di luar kenderaan yang telah
disediakan oleh pengeluar kereta itu sendiri mahupun oleh pengeluar-pengeluar alat-alat
tambahan keselamatan kemudiannya. Alat-alat keselamatan tambahan ini termasuklah
seperti kunci stereng, kunci brek, kunci gear, kunci pedal minyak dan sebagainya yang
terdapat di dalam kenderaan itu sendiri ataupun alat-alat tambahan seperti ‘sky guard’,
sistem penggera berpusat, sistem penggera anti kecurian dan sebagainya yang dikawal
dari luar kenderaan itu sendiri. Semua ini adalah sebagai alat tambahan keselamatan
untuk melindungi kenderaan dari risiko kecurian
Sungguhpun begitu kadar kecurian kenderaan yang dilaporkan kepada pihak
polis adalah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pelbagai cara dan kaedah serta
cadangan telah diutarakan, namun perkembangan terkini masih lagi menunjukkan kes
kecurian kenderaan meningkat.
3
Walau apa pun caranya dilaksanakan, di dapati bahawa langkah
mempertingkatkan sistem sekuriti atau keselamatan adalah merupakan satu cara atau
usaha yang difikirkan sesuai bagi menangani masalah kecurian kereta ini. Pencuri
amatur boleh membuka dan mematikan penggera dan melarikan kereta dalam masa lima
minit, Kebanyakan kereta yang ada sistem penggera sekarang tidak dilengkapi pengesan
sekiranya tingkap kenderaan dipecahkan. Kebanyakan sistem penggera hanya berfungsi
apabila pintu dibuka.
Antara beberapa cadangan langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah
ini ialah mengenakan alat atau kunci mekanikal anti pencuri, menggunakan sistem
elektronik anti pencuri dan juga mengubah tahap kesedaran sikap pemilik kenderaan
agar mereka lebih prihatin terhadap keselamatan kenderaan masing-masing.
1.2 Latar Belakang Masalah
Peningkatan kes-kes kecurian kenderaan di negara ini bagaikan menjadi satu
fenomena. Angka-angka statistik yang ditunjukkan semakin bertambah dari semasa ke
semasa dan ianya seolah-olah seperti sukar dibendung. Sepanjang tahun 2007, sejumlah
54,990 kenderaan dilaporkan hilang atau purata 230 unit sehari, membabitkan tuntutan
insurans lebih RM557 juta dengan sebahagian besarnya motosikal dan kereta
persendirian. ( Berita Harian, 26 Oktober 2007).
Menurut laporan statistik Jenayah Indeks Tahun 2005-2007 dari Jabatan Polis Di
Raja Malaysia, kadar kes-kes kecurian kenderaan menyumbang peratusan terbesar
dalam kes-kes jenayah di Malaysia.
4
Jadual 1.1: Indeks Jenayah 2005-2007
2005 20062007(Januari-Ogos)
JENAYAH KEKERASANJumlah Kes
Kes Selesai
Jumlah Kes
Kes Selesai
Jumlah Kes
Kes Selesai
BUNUH 497 328 604 385 383 266
CUBA BUNUH 94 75 * * * *
ROGOL 1,887 1,769 2,435 2,238 2,144 1,965
CABUL KEHORMATAN * * 2,023 1,646 1,576 1,282
SAMUN BERKAWAN BERSENJATA API 40 7 68 18 22 8
SAMUN BERKAWAN TANPA SENJATA API
1842 774 2,658 1,043 1,918 647
SAMUN BERSENJATA API 317 59 247 44 155 17
SAMUN TANPA SENJATA API 13,210 6,474 18,446 7,878 12,936 5,239
PEMERASAN * * 1,549 1,020 1,230 796
UGUTAN JENAYAH * * 6,336 4,972 5,493 4,239
MERUSUH * * 2,261 1,627 1,744 1,236
MENCEDERAKAN 4,246 3,546 5,716 4,582 4,501 3,571
CURI 34,317 19,626 37,128 20,099 28,865 14,118
CURI VAN/LORI/JENTERA BERAT 5,507 1,667 6,328 587 3,384 600
CURI MOTOKAR 9,711 4,532 11,101 2,935 7,954 1,810
CURI MOTOSIKAL 51,709 22,448 64,858 10,330 43,652 12,319
CURI RAGUT 9,617 5,325 9,551 4,264 7,176 2,570
PECAH RUMAH SIANG HARI 6,923 2,653 8,253 2,749 6,296 1,958
PECAH RUMAH MALAM HARI 17,542 7,001 19,060 6,864 14,356 4,273
JUMLAH 135,326 63,252 156,279 47,828 111,683 37,648
JUMLAH JENAYAH INDEKS 157,459 76,284 198,622 73,281 143,785 56,914
(Sumber : Jabatan Polis Di Raja Malaysia, tahun 2005-2007.)
5
Kerisauan pengguna terhadap risiko kecurian kenderaan mereka masih lagi tidak
dapat dibendung walaupun pelbagai langkah telah diambil. kadar peningkatan terhadap
jenayah ini masih terus meningkat walau pelbagai usaha telah dilakukan. Justeru itu,
amatlah wajar tindakan yang pereka lakukan untuk mengurangkan kadar kerisauan
pengguna kenderaan dengan menghasilkan satu inovasi baru dalam bidang ini iaitu
dengan menghasilkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Penggera kereta Dwi
hala.
1.3 Pernyataan Masalah
Kebanyakan alat penggera kenderaan yang ada di pasaran pada masa ini hanya
mengeluarkan bunyi amaran yang dipasangkan pada kenderaan sahaja. Sekiranya
berlaku pencerobohan pada kenderaan mereka,bunyi alat penggera amaran itu akan
kedengaran dan hanya orang yang kebetulan berada di sekitar kenderaan itu sahaja yang
dapat mendengar bunyi amaran itu. Namun, pada jarak yang lebih jauh pengguna tidak
mendengar bunyi alat penggera kenderaan yang dipasang pada kenderaan mereka.
Tambahan pula, alat-alat penggera kenderaan ini kurang berfungsi untuk
mencegah kecurian kenderaan pada masa ini. Penceroboh atau pencuri masih lagi
sempat dan berjaya mematikan alat penggera yang berbunyi untuk beberapa saat sahaja
dan dapat melarikan kenderaan tersebut. Selain itu, kekurangan alat-alat penggera
kenderaan yang terkini di pasaran negara mencetuskan idea untuk menghasilkan produk
reka cipta ini.
Oleh itu, produk Sistem Penggera Kereta Dwi hala memberi fokus kepada
pengguna kenderaan terutamanya pada pengguna kereta. Penggunaan gelombang radio
6
serta koil sebagai satu alat yang diinovasi dalam penghasilan produk ini akan
memudahkan pemilik kenderaan mengesan apa sahaja yang berlaku kepada kenderaan
mereka tanpa perlu berada berdekatan dengan kenderaan mereka.
1.4 Objektif kajian
Objektif utama penghasilan projek ini adalah untuk mengurangkan ataupun
menyelesaikan masalah kecurian kenderaan dengan pengenalan kepada sistem penggera
kereta bagi tujuan keselamatan yang baik dan berkesan. Di samping itu dengan
memperkenalkan projek reka cipta ini adalah diharapkan dapat memenuhi keperluan
pemilik kenderaan terutamanya terhadap mereka yang mengambil berat tentang
keselamatan keretanya. Objektif pembinaan projek reka cipta ini juga adalah untuk
menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan kepada sesebuah kenderaan terutamanya kereta.
Ianya lebih memberi tumpuan kepada pencegahan kes-kes kecurian kenderaan. Projek
reka cipta ini juga akan membantu pengguna kenderaan untuk menjaga kenderaannya
daripada kecurian dan kenderaan lebih selamat dan terjamin ketika pemilik
meninggalkan kenderaannya.
Antara Objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengetahui aspek keselamatan kereta menjadi satu kepentingan yang diberi
perhatian oleh pengguna kereta.
2. Mengetahui fungsi dari aspek keberkesanan alat penggera kereta melalui ciptaan
Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.
7
3. Mengetahui aspek harga mempengaruhi pemasangan alat penggera kereta.
4. Mengenal pasti penggunaan alat penggera kereta yang mesra pengguna
mempengaruhi pemasangan alat penggera kereta di kalangan pengguna.
5. Mengetahui pemasangan Sistem Penggera Kereta Dwi Hala dari aspek keperluan
di kalangan pengguna kereta.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian yang dibina bagi menjawab objektif kajian yang
disediakan:
1.5.1. Apakah sistem yang dibina dapat memenuhi keperluan terhadap keselamatan
kenderaan pengguna?
1.5.2. Apakah sistem ini berkesan untuk mengurangkan risiko kecurian kenderaan?
1.5.3. Apakah kadar harga yang ditawarkan berpatutan untuk semua golongan?
1.5.4. Apakah sistem yang dihasilkan ini dapat memberi keselesaan kepada pengguna?
1.5.5. Apakah pengguna kenderaan dapat menganggap sistem ini sebagai satu
keperluan?