Post on 21-Oct-2015
description
Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,
diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah.
i.
Pentaksiran formatif dijalankan seiring
dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran sumatif dijalankan di akhir
suatu unit pembelajaran.
Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran
Sekolah digabungkan akhir tahun persekolahan
menengah rendah.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat
sekolah untuk mengukur dan menilai prestasi,
penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.
Dalam pelaksanaan PAJSK, setiap murid
dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti yang
dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaan
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
mengikut keupayaan murid dan kesesuaian
sesuatu aktiviti tersebut.
PAJSK bertujuan untuk:
i. Mengukur kecergasan dan kesihatan murid
dalam pelbagai aktiviti jasmani;
ii. Mengukur penyertaaan, penglibatan dan
prestasi murid dalam pelbagai aktiviti
kokurikulum dan ekstrakurikulum.
PAJSK merangkumi pentaksiran berdasarkan
aspek-aspek berikut:
i. Sukan;
ii. Kokurikulum;
iii. Pendidikan Jasmani;
iv. Kesihatan;
v. Ekstrakurikulum.
Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standard
Prestasi Jasmani iaitu:
i. Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan
Jasmani;
ii. Format Pelaporan Body Mass Index (BMI);
iii. SEGAK;
iv. Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan.
SMK BUKIT MERTAJAM
JLN BERJAYA
14000 BKT MERTAJAM
PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH
ii.
(PBS)
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment
of learning) berdasarkan kepada KSSM
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat
sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)
dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran
tertentu berdasarkan standard prestasi dan
penjaminan kualiti melalui pemantauan dan
penyelarasan.
Ia terdiri daripada tugasan majordan
komponen minor. Murid diberi 4 minggu untuk
menyiapkan tugasan major dan 1 minggu untuk
tugasan minor. Kedua-dua tugasan ini adalah
dilaksanakan dengan bimbangan guru mata
pelajaran. Tugasan adalah ditaksir oleh guru
mata pelajaran.
Tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan
penskoran serta kaedah pelaporan dihasilkan
oleh Lembaga Peperiksaan. Sekolah mentadbir,
menskor hasil kerja murid dan menyediakan
pelaporan.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah.PBS dirancang,
ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru
mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada:
Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan &
Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Psikometri (PPsi)
AktivitiKokurikulumdiukurberdasarkan
Standard Prestasi Kokurikulum dan ditaksir
menggunakan pelbagai jenis aktiviti dan
instrumen seperti:
i. Kecergasan :
contoh: BMI
ii. Kesihatan :
contoh pemerhatian, buku rekod kesihatan
iii. Penyertaan :
keahilian, kehadiran;
iv. Penglibatan :
jawatan, komitmen, peringkat;
v. Prestasi:
pencapaian, sumbangan.
Guru Tingkatan bertanggungjawab menaipkan
skor pencapaian murid di dalam laman web
PAJSK.
PENTAKSIRAN PSIKOMETRI (PPsi)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat
sekolah untuk mengukur kebolehan semulajadi,
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat kecenderungan, sikap dan
personaliti murid.
Lembaga Peperiksaan menyediakan manual ujian
yang komprehensif dan mesra pengguna.
Jenis Pentaksiran Psikometri yang dilaksanakan
di peringkat sekolah menengah rendah adalah
seperti berikut:
i.
Ujian Aptitud Am
Ukuran gabungan beberapa kebolehan
berkaitan:
a. Visual ruang bukan verbal (pintar
ruang);
b. Linguistik/ verbal (pintar perkataan)
c.
Logik-matematik/numeral
nombor/penaakulan);
d. Minat dan kecenderungan.
ii.
(pintar
StandardPrestasimemandupentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat
dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk
kepada standard yang ditetapkan.
Peranan Standard Prestasi dalam PBS
Ujian Aptitud Khusus
Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan
dengan potensi diri murid dalam sesuatu
bidang perkerjaan atau kursus:
a. Music (pintar muzik);
b. Kreativiti (pintar muzik);
c. Interpersonal (pintar orang pengalaman
sosial);
d. Intrapersonal (pintar diri refleksi
kendiri);
e. Kinestatik jasmani (pintar jasmani);
f. Naturalis (pintar naturalism).
iii. Inventori Personaliti
Ukuran ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang
adapadasetiapindividuyang
membezakannya dengan orang lain untuk:
a. Membantu guru mengenal pasti aspek-
aspek sikap dan personaliti individu
murid supaya strategi pengajaran yang
sesuai dapat digunakan;
b. Membantu murid memahami personaliti
diri sendiri dan orang lain untuk tujuan
berinteraksi;
c. Mengenal pasti stail pembelajaran.
Penjaminan Kualiti Dan Standard Prestasi
Standard Prestasi ialah tahap penguasaan murid
terhadap sesuatu standard selepas mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Guru akan menggunakan Dokumen Standard
Prestasiyang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan mengikut setiap mata pelajaran.
Penerangan lanjut PBS boleh didapat dari:
http://www.moe.gov.my/lp/index.php/compone
nt/content/article/53/216-pentaksiran-
berasaskan-sekolah