Post on 02-Dec-2014
description
BUDAYA ILMU…
NORASMA YASIMIN BT SULIMAN
NUR ATIQAH BT NASRUDIN
BUDAYA Membawa pengertian cara hidup, amalan dan
kepercayaan dalam masyarakat. Budaya ilmu adalah amalan masyarakat yang
mementingkan pemerolehan dan perkembangan ilmu (kecuali ilmu sihir) dapat mengubah cara hidup dan taraf hidup masyarakat daripada keadaan mundur kepada keadaan maju, bertamadun, progresif dan moden.
Aspek mementingkan ilmu pengetahuan memberikan penekanan terhadap motivasi, sikap dan minat dalam usaha menguasai ilmu. Manakala aspek perkembangan menegaskan kepada kepentinagan menggiatkan usaha penyelidikan dalam berbagai-bagai bidang untuk memperkayakan khazanah ilmu.
Ciri-ciri budaya ilmu Gemar membaca Bijak menggunakan ilmu yang diperoleh Berfikiran rasional dan terbuka Menyintai kebenaran Mengamalkan prinsip pendidikan seumur
hidup
PENDIDIKAN SEUMUR HIIDUP
Pendidikan seumur hidup menekankan bahawa pendidikan tidak terhad di sekolah, kolej, universiti sahaja atau terhad kepada sesuatu bidang dan lapisan umur tertentu sahaja.
Pendidikan seumur hidup merupakan satu falsafah bagi membina individu yang bersikap positif dan sedar akan mustahaknya sumbangan ilmu pengetahuan bagi pembangunan diri, masyarakat dan negara.
CIRI-CIRI PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP
Keluarga merupakan institusi pertama yang mendorong proses pendidikan seumur hidup.
Masyarakat memainkan peranan penting kerana masyarakat yang dapat mendidik ahli-ahlinya sama ada yang muda atau tua.
Pendidikan tidak lagi dimonopoli oleh sekolah, kolej atau universiti tetapi merangkumi agensi yang memberikan perkhidmatan seperti agensi berkanun, swasta dan perseorangan.
Bertujuan bagi memastikan pendidikan dan pembelajaran berlaku secara berterusan atau berkesinambungan.
Pendidikan ini mempunyai ciri kelenturan dan kepelbagaian bidang pembelajaran, kaedah pembelajaran dan waktu pembelajaran.
Pendekatan dinamik merupakan pendekatan utama bagi pendidikan seumur hidup kerana pendekatan ini mengambil kira perkembangan baharu.
Matlamat ideal pendidikan seumur hidup adalah untuk mempertingkatkan dan mengekalkan mutu kehidupan manusia.
Pendidikan bertujuan untuk mengenal Tuhan bagi kebahagiaan dunia dan akhirat.