Post on 24-Mar-2019
1
KANDUNGAN
Perlantikan............................. 2
K-Novasi P&P UKM 2017 ... 2
Latihan Sangkutan Industri.... 4
MoU LLM-FKAB ................. 5
Penilaian Program...................6
Kursus Teknikal. ................... 8
Lawatan Pelajar.....................12
SIDANG EDITOR
Penasihat
Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri
Pn. Shahrom Md. Zain
Ketua Editor
Dr. Muhamad Nazri Borhan
Editor
Nor Azura Abdullah@Ghazali
Editor Bersekutu
Jurufoto
En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad
Januari - April Bilangan 1/2017
Buletin JKAS
Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur
2
K-Novasi Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2017
PERLANTIKAN
Ir. Dr. Muhamad Razuhanafi Mat Yazid – Pelantikan
sebagai Pensyarah Universiti Gred DS 51 mulai 1 Mac
2017.
Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman
– Pelantikan sebagai Ketua Pusat Penyelidikan
Pengangkutan Bandar Mapan (SUTRA) yang baru
bagi tempoh 2 tahun mulai 1 Januari 2017 bagi
mengganti prof. Dr. Amiruddin Ismail
Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat –
Lanjutan pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa untuk tempoh
selama 2 tahun lagi bermula dari 1 Januari 2017.
Prof. Dr. Mohd. Raihan Taha – Sambungan lantikan
sebagai Pengarah Lestari bagi tempoh 2 tahun mulai
10 Februari 2017.
Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud - Lanjutan
pelantikan sebagai Ketua Pusat Pencerapan Bumi,
Institut Perubahan Iklim bagi tempoh 2 tahun mulai 1
Januari 2017
Puan Nila Kandi Juita Idris – Pertukaran tempat
bertugas ke pejabat TNC HEJIM mulai 1 Mac 2017.
Pada 15-16 Februari 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Karnival Inovasi
Pengajaran & Pembelajaran UKM 2017 (K-INOVASI). Karnival ini dianjurkan bagi menyediakan
platform kepada ahli akademik dan pendidik untuk berkongsi amalan terbaik, menjana serta
membudayakan inovasi dan kreativiti dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Karnival ini telah
diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia
Menerusi karnival ini, selain berkongsi amalan terbaik inovasi P&P dalam Pertandingan Inovasi P&P,
peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi
P&P terpilih melalui Bengkel Nano Inovasi P&P, menyertai perbincangan dan mendengar resolusi
mengenai isu-isu utama berkaitan P&P melalui Forum Bicara Tokoh, mengambil inspirasi daripada sesi
Peremajaan P&P dalam Program Inovasi P&P T30 UKM serta memanfaatkan input daripada Ucaptama
dan Plenari oleh pakar dari UKM dan luar negara.
Pada tahun ini, sebanyak 10 penyertaan telah di daftarkan oleh ahli JKAS. Keputusan bagi K-Novasi
UKM 2017 adalah seperti di bawah. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya kerana telah menaikkan nama JKAS dan kepada yang tidak berjaya terus mencuba pada masa akan datang.
2
JK
AS
3
3
KEPUTUSAN K NOVASI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN UKM 2017
KATEGORI TERBUKA
Bil. Nama Tajuk Pencapaian
1. Pn. Shahrom Md Zain Pendidikan STEM Dan IG-Home Inovasi Rumah Lestari
Emas
KATEGORI UKM
1. Dr. Shahrizan Baharom Open Ended Lab in Concrete Labrotary Emas
2. Dr. Muhamad Azry Khoiry Static Fun Learning Perak
3. Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri
Penilaian Program Kesedaran Pengasingan Sisa Kafeteria oleh Pelajar Kursus Citra LMCK1621
Perak
4. PM Dr. Roszilah Hamid
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Projek Berasaskan Masalah Bagi Kursus Teknologi Bahan Dinilai Melalui Sistem Penilaian Pengajaran Dan Penyeliaan
Gangsa
5. Pn. Shahrom Md Zain Khidmat Komuniti Inovasi Pendidikan CITRA dan Kejuruteraan Alam Sekitar
Gangsa
6. Dr. Azrul A. Mutalib Implementasi CDIO di dalam Kembara Bakti CIVILENS
Gangsa
7. Prof. Dr. Amiruddin Ismail Pembelajaran Teradun dalam Kejuruteraan Lebuhraya
Gangsa
8. Dr. Noraini Hamzah Implementasi CPA & CEA di Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur
Gangsa
9. Suraya Sharil
Innovation to Improve the Efficiency in Postgraduate Student and Research Management for the Civil and Structural Engineering Department UKM
-
10. Khairul Nizam Abdul Maulud Pembelajaran secara holistik bagi penyelesaian masalah melalui webgis
- J
KA
S
JK
AS
4
Melakukan audit keselamatan jalan di Jambatan FT009/90 Jalan Karak-Simpang Pelangai, Pahang
Pada 21 Mac 2016 sehingga 20 Mac 2017 yang lepas, Dr. Nur Izzi Md. Yusoff telah menjalani latihan sangkutan industri selama 1 tahun di syarikat CNS
Consultant Sdn Bhd yang beroperasi di Reko Sentral, Jalan Reko, Kajang, Selangor. Sepanjang tempoh latihan, beliau telah diselia oleh Ir.
Sulaiman Bin Abdullah, Pr insipal syar ikat ter sebut. Dr . Nur Izzi telah terlibat secara langsung dengan kerja-kerja audit keselamatan jalan (road
safety audit) yang terdiri daripada lima tahap di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Secara umumnya, audit keselamatan jalan adalah salah satu aspek kejuruteraan
jalan raya yang memerlukan pakar yang mahir berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kefahaman terhadap Kejuruteraan Trafik, prinsip-prinsip dan amalan keselamatan jalan raya. Bidang ini dijangkakan akan menjadi semakin
relevan pada masa akan datang kerana kesedaran semua pihak terhadap keselamatan di jalan raya yang semakin meningkat.
Beliau berharap pengalaman ringkas yang telah dikutip selama setahun ini
dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama para pelajar JKAS yang akan bergelar Jurutera Awam pada suatu hari nanti.
Pengalaman Dr. Nur Izzi Menjalani
Latihan Sangkutan Industri
4
JK
AS
5
Perbincangan Kerjasama Penyelidikan Bersama Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengangkutan Bandar Mapan (SUTRA) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia berhasrat untuk
mengadakan kerjasama penyelidikan melalui perbincangan kerjasama penyelidikan (MoU LLM-FKAB) yang telah diadakan pada 26 April 2017.
SUTRA merupakan satu pusat kajian (penyelidikan) di bawah naungan JKAS.
Langkah pertama ke arah
kerjasama tersebut adalah
untuk UKM mendapatkan
dana penyelidikan daripada
LLM melalui penyediaan
proposal-proposal yang
akan dibentangkan di
Lembaga Lebuhraya
Malaysia, kata Pengarah
Khidmat Pakar &
Kerjasama Teknikal LLM,
Azman bin Mohd Jais. LLM
diwakili oleh Azman bin
Mohd Jais sebagai Pengarah
Khidmat Pakar &
Kerjasama Teknikal LLM,
Siti Atikaa Hanom bt Hadie
sebagai Penolong Pengarah
(1) khidmat Pakar &
Kerjasama Teknikal dan
Rohaya bt Abdullah sebagai
Penolong Pengarah Kanan
khidmat Pakar & Kerjasama
Teknikal manakala UKM
diwakili oleh Profesor
Madya Dr. Siti Aminah
Osman, Ketua Hal Ehwal
Jaringan Industri dan
Masyarakat, Dato’ Ir. Dr.
Wan Hamidon Wan
Badaruzzaman ketua Pusat
Pengangkutan Bandar
Mapan (SUTRA), Prof. Dr.
Amiruddin Ismail, Dr. Nur
Izzi Md. Yusoff, Dr. Siti
Fatin Mohd. Razali dan Dr
Muhamad Razuhanafi Mat
Yazid.
5 JK
AS
6
Pada 25 dan 26 April 2017, JKAS telah menerima
kunjungan penilai luar iaitu Prof. Dr. Hamidi Abdul
Aziz dari Universiti Sains Malaysia untuk menilai
Program Kejuruteraan Awam yang merupakan program baru di JKAS.
Penilaian ini dibuat bertujuan untuk
penambahbaikan Program
Kejuruteraan Awam telah dilulukan oleh Jawatankuasa
Perancangan dan Perkembangan Akademik
(JPPA) Universiti dan Senat bagi memastikan penilaian
kompetensi pelajar dapat dilakukan dengan tepat dan betul menggunakan kaedah
yang bersesuaian serta memenuhi keperluan EAC
(Engineering Accreditation Council Malaysia) dan
mengikut garis panduan MQA.
Penilaian Program Kejuruteraan Awam
oleh Penilai Luar
Lawatan penilai luar dimulakan
dengan taklimat berkaitan JKAS oleh
Ketua JKAS Prof. Dr. Noor Ezlin
Ahmad Basri dan diikuti dengan
taklimat Program Kejuruteraan
Awam oleh Dr. Azrul A. Mutalib
yang berperanan sebagai Penyelaras
Program Kejuruteraan Awam.
Seterusnya, penilai luar dibawa
melawat ke makmal-
makmal dan fasiliti
yang terdapat di JKAS
serta melakukan
penilaian dokumen
yang berkaitan
pengajaran dan
pembelajaran.
Pada hari berikutnya,
program penilaian dimulakan dengan sesi
temubual bersama staf
akademik dan diikuti dengan temubual penilai luar bersama
pelajar. Pada sebelah petang, satu menyuarat penutup telah diadakan
bagi membincang kekurangan dan penambahbaikan yang perlu
dilakukan oleh JKAS.
6
JK
AS
7
“To catch the reader's attention, place an interesting sentence or quote from the story here.”
INSIDE STORY HEADLINE
7
JK
AS
JK
AS
8
Kursus Teknikal ‘Mitigating Chemical
Risk in Laboratories and The Good
Laboratory Practices’
Satu kursus teknikal telah dijalankan pada 29 Mac 2017, yang dianjurkan oleh JKAS dengan kerjasama bahagian Jaminan Kualiti Fakulti Fejuruteraan dan
Alam Bina (FKAB) serta Team Medical & Scientific Sdn. Bhd. Penceramah bagi kursus ini adalah Ted Pittiot yang dijemput khas dari Team Medical &
Scientific Sdn. Bhd. Bertempat di Makmal Media FKAB, kursus ini berkaitan cara atau kaedah mengurangkan risiko bahan kimia di makmal dan amalan
pengurusan makmal yang baik. Kursus ini telah disertai oleh pembantu makmal, penolong pegawai sains dan juga penolong jurutera dari semua jabatan yang terdapat di FKAB.
JK
AS
9
JK
AS
Kursus Teknikal ‘Mitigating Chemical Risk in Laboratories and The Good Laboratory Practices’
10
Satu kursus berkaitan penggunaan dan penjagaan
peralatan makmal telah diadakan pada 12 April
2017 bertempat di Makmal Sekitaran JKAS. Kursus
teknikal ini merupakan anjuran bersama antara JKAS dan Analytical
Division Chemopharm Sdn Bhd – Malaysia. Kursus ini
telah dihadiri oleh semua kakitangan teknikal JKAS.
Kursus ini dapat meningkatkan kecekapan
kemahiran kakitangan teknikal menggunakan peralatan makmal, dan
secara langsungnya akan membantu proses
pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-
kursus yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti-
aktiviti makmal.
Penceramah bagi kursus ini telah dijemput khas dari
Analytical Division Chemopharm Sdn Bhd –
Malaysia.
Kursus Teknikal ‘Laboratory
Instrument Day’
JK
AS
11
JK
AS
Kursus Teknikal ‘Laboratory Instrument Day’
12
Pada 19 April 2017, satu
lawatan ke Pusat Informasi
MRT di Pusat Informasi
MRT Jalan Sultan Azlan
Shah, Kuala Lumpur telah
diadakan. Peserta terdiri
daripada pelajar JKAS
tahun 3 iaitu seramai 40
orang yang mengikuti
kursus KKKH 3333 –
Kejuruteraan Lebuhraya
yang diketuai oleh Prof. Dr.
Amiruddin Ismail sebagai
penyelaras kursus tersebut.
Lawatan ini diadakan
sebagai pendedah awal
dapat diberikan kepada
pelajar mengenai projek
pengangkutan awam
terbesar negara.
Lawatan Pelajar JKAS ke Pusat
Informasi Mass Rapid Transit (MRT)
J
KA
S
Berdasarkan lawatan ke Pusat Informasi MRT, pelajar pelajar dapat mengetahui perjalanan projek dari setiap peringkat. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak MRT semasa menjalankan kerja dan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Seterusnya, pelajar dapat mengetahui
serba sedikit mengenai struktur-struktur binaan yang diguna.
Lawatan Pelajar JKAS ke Duta-Ulu Kelang Expressway Fasa 2 (DUKE2)
Pada 27 April 2017, seramai 40 orang pelajar yang mengikuti kursus KKKH 3333 –
Kejuruteraan Pengangkutan telah mengadakan lawatan ke Duta-Ulu Kelang
Expressway Fasa 2 yang turut diiringi oleh penyelaras kursus iaitu Prof. Dr.
Amiruddin Ismail. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar
mengenai bagaimana teori-teori yang dipelajari dalam kuliah dipraktikkan di dalam
dunia kejuruteraan sebenar antaranya:
a) Mendedahkan kepada pelajar bagaimana sebuah jalan raya dibina dan
mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh jurutera ditapak binaan.
b) Meningkatkan motivasi pelajar ke arah pencapaian pembelajaran yang lebih
baik.
13
JK
AS
Lawatan Pelajar JKAS ke Duta-Ulu Kelang Expressway Fasa 2 (DUKE2)