Bunyi ialah suatu bentuk tenaga yang - gurubesar.my fileBunyi dapat diserap apabila sampai ke suatu...

Post on 10-Mar-2019

246 views 0 download

Transcript of Bunyi ialah suatu bentuk tenaga yang - gurubesar.my fileBunyi dapat diserap apabila sampai ke suatu...

1. Bunyi ialah suatu bentuk tenaga yang

dihasilkan apabila objek bergetar.

Gelombang Bunyi

2. Perambatan gelombang bunyi

memerlukan medium sama ada

dalam bentuk pepejal, cecair atau

gas.

3. Bunyi tidak dapat merambat melalui

vakum.

4. Bunyi mempunyai kelajuan berbeza

dalam medium yang berbeza.

5. Bunyi bergerak paling cepat melalui

pepejal dan paling perlahan melalui

gas.

6. Susunan zarah yang padat dalam

pepejal membolehkan getaran

dipindahkan dengan lebih cepat

berbanding dengan cecair atau gas

7. Bunyi dapat dipantulkan apabila

sampai ke suatu permukaan yang

keras dan licin

8. Bunyi dapat diserap apabila sampai

ke suatu permukaan yang lembut

dan kasar.

1. Frekuensi, f, gelombang bunyi

diukur sebagai bilangan

kitaran gelombang yang

berlaku dalam satu saat

2. Hertz, Hz, ialah unit bagi

frekuensi

3. Amplitud ialah sesaran maksimum zarah-

zarah gelombang bunyi dari kedudukan

rehat mereka (kedudukan

keseimbangan)apabila gelombang

bunyi bergetar

4. Kelangsingan bunyi

bergantung kepada frekuensi

gelombang bunyi itu.

5. Semakin tinggi frekuensi,

semakin tinggi

kelangsingan sesuatu

bunyi

6. Kenyaringan bunyi

bergantung kepada

amplitud gelombang bunyi

itu

7. Semakin besar getaran,

semakin tinggi amplitud,

maka semakin nyaring

bunyi itu.

1. Frekuensi bunyi bertambah

apabila sumber bunyi

menghampiri pemerhati dan

frekuensi bunyi berkurang

apabila sumber bunyi

melepasi pemerhati

2. Perubahan dalam frekuensi ini

dipanggil kesan Doppler

bunyi.

3. Gema ialah pantulan

gelombang bunyi dari satu

permukaan keras.

4. Gema boleh terbentuk

dalam gua atau dewan

tertutup.

(a)Kelawar menggunakan pantulan

bunyi untuk memburu serangga

dalam gelap

(b)Kelawar dan ikan lumba-lumba

menggunakan pantulan bunyi

untuk membantu pergerakan

mereka

(c)Menganggar

kedalaman laut

(d)Menentukan kewujudan

kumpulan ikan dalam

laut (oleh nelayan) dan

kewujudan kapal musuh

oleh kapal ketenteraan

5 Julat frekuensi yang boleh didengar

ialah daripada 20Hz hingga 20 000

Hz.

6 Sejenis gelombang bunyi yang

mempunyai frekuensi yang kurang

daripada 20Hz dikenal sebagai

infrabunyi

7 Sejenis gelombang bunyi

yang mempunyai frekuensi

lebih daripada 20 000Hz

dikenal sebagai ultrabunyi

8. Infrabunyi dan ultrabunyi tidak

boleh didengari oleh telinga

manusia

9. Jadual menunjukkan had

pendengaran manusia dan

haiwan

Contoh Had Pendengaran

Katak 50 – 10 000 HZ

Kucing 45 – 64 000 Hz

Manusia 20 – 20 000 Hz

Kelawar 1000 – 110 000 Hz

Gajah 16 – 12 000 Hz

Contoh Had

Pendengaran

Ikan lumba-

lumba

50 – 10 000 HZ

Lembu 45 – 64 000 Hz

Anjing 20 – 20 000 Hz

Tikus 1000 – 110 000 Hz

Ikan Paus 16 – 12 000 Hz

Kuda 55 – 33 500 Hz

1. Pendengaran manusia mempunyai

hadnya.

2. Had Pendengaran boleh diatasi

dengan menggunakan alat bantu

pendengaran.

(a) Stetoskop digunakan untuk

memperkuatkan bunyi degupan

jantung atau nadi

(b) Pembesar suara digunakan untuk

memperkuatkan bunyi yang lemah

1. Apakah maksud kesan Doppler

2. Berikan maksud Gema

3. Nyatakan tiga aplikasi pantulan

gelombang bunyi

4. Berapakah frekuensi yang boleh

didengari oleh manusia?

5. Berikan maksud infrabunyi

6. Berikan maksud ultrabunyi