Ciri ciri pelajar cemerlang

Post on 21-May-2015

4.177 views 55 download

Transcript of Ciri ciri pelajar cemerlang

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Motivasi Pelajar

Tahun Enam

Pn Haslinda Midy

“Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri.”

Berderap seiring berjalan pulang,

Mawar disisip hiasan si dara,

Pelajar kini berperibadi cemerlang,

Menjadi tunjang aspirasi negara.

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”

Mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul

Jaga hubungan baik Hormat ibubapa & guru Sedia memberi pertolongan Tidak sombong & tidak angkuh Pemurah hati & tidak pilih kasih Tidak bersikap seperti “kera sumbang”.

Sentiasa mengikut ajaran agama

• Menjadikan agama sebagai panduan hidup

• Mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan

• Bertanggungjawab dalam agama

Masa itu emas

• Tidak membazir masa

• Tepati masa

• Menyediakan jadual waktu persendirian

• Berusaha dan sentiasa menambah ilmu

• Tidak menangguhkan tugasan yang diberikan

Beri tumpuan

• Memberi perhatian, tumpuan atau fokus ketika guru mengajar

• Menghargai masa

• Jangan ponteng

• Peka terhadap sekeliling

Mempunyai wawasan hidup

• Mempunyai sasaran dalam peperiksaan

• Berdisiplin serta kreatif• Tahu hala tuju kehidupan• Tidak mudah putus asa

Aktif dalam aktiviti Kokurikulum

• Kecergasan badan

• Kecerdasan otak

• Disiplin diri

• Menguji minda

• Mengenalpasti potensi diri

Optimis• Yakin pada potensi diri untuk

menempah kejayaan dalam apa jua aktiviti termasuk peperiksaan

• Jangan lemah semangat

• Jangan ramalkan kekalahan

‘Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir’ – Abdullah Ibnu Abbas

Sentiasa bersedia

• Melengkapkan keperluan peralatan tulis

• Membuat nota ringkas untuk ulangkaji

• Beli buku untuk rujukan

Cintakan Ilmu Pengetahuan

• Sentiasa menambah ilmu

• Belajar 3 atau 5 jam sehari

• Sertai ceramah motivasi

• Hadir kelas bimbingan

• Ikut seminar

• Ceburkan diri dalam perbincangan

• Bertukar-tukar pendapat dengan rakan

Menjaga kesihatan diri

• Beriadah / bersenam

• Jaga makanan

• Seimbangkan pemakanan

Tingkatkan keazaman untuk mengubah sikap agar dapat mencapai tahap pencapaian yang baik.

Pergi ke sekolah menuntut ilmu,Ilmu itu pelita hati;Menuntut ilmu janganlah jemu,Masa depanmu bersinar nanti.

Selamat Belajar

Semoga Cemerlang

Dalam Hidup