Post on 27-Jan-2016
description
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik
darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara.
Dalam ekonomi global masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada
ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak
menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan
berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan
juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan
menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli
masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.
Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar
belakang sosioekonomi, agama, dan etnik belajar memahami, menerima, dan
menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina
masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti
nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk.
1
Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perkara yang
semakin menarik perhatian dan menjadi perbahasan orang ramai. Ibu bapa
meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan akan keupayaan
sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah
kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak
transformasi yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan
yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti
dilaksanakan dengan segera.
Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh
15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap
murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka
untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk
bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid di
negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika, dan rasa tanggungjawab sebagai
warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka,
keluarga, dan negara, serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa
depan.
2
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem
pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan dibuatdalam konteks standard pendidikan antarabangsa
yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa
serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Dalam tempoh 15 bulan (Oktober
2011 hingga Disember 2012), Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai
sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari
UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian
ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di
seluruh negara. Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah
menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian
lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini
melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik
dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang
dihasratkan.
3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dibangunkan dengan
mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan, dan kajian yang melibatkan panel pakar
pendidikan negara dan antarabangsa, selain turut melibatkan pegawai di Kementerian,
guru, pemimpin sekolah, dan ibu bapa. Selain itu, pelaksanaan beberapa siri Dialog
Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan sejak awal tahun lalu telah berjaya
mengumpul input berupa pandangan, idea, dan maklum balas daripada hampir 12 ribu
orang yang mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai pihak berkepentingan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bakal mengupayakan
pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan
kebangsaan secara menyeluruh. Perancangan dan inisiatif strategik disusun kearah
mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti,
kelestarian, serta kejayaan yang dapat dilihat tempoh terdekat. Sistem pendidikan di
Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya mencapai penyertaan
menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan
kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan
semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti, dan
seterusnya menyemai identiti nasional dalam kalangan murid.
Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem
penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap danberkesan adalah kritikal
bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Sebagai Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, saya amat yakin melalui sokongan semua pihak berkepentingan
dalam dan luar KPM, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 akan merangsang dan melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan
Malaysia.
4
Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan
pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid.
Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan
memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru
berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. Laluan ini
mestilah menyokong pembangunan kerjaya guru yang melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Setiap guru yang mengajar pada hari ini haruslah mempelbagaikan teknik pengajaran
untuk mencapai objektif pembelajaran yang dirancang. Terkini, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan program i-THINK untuk membantu
meningkatkan tahap penguasaan murid di dalam pembelajaran. i-THINK bermaksud
innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan
pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke
seluruh Malaysia.
Oleh yang demikian, satu kajian kes akan di jalankan untuk mengkaji kesan
penggunaan kaedah pembelajaran i-THINK di dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan islam bagi pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Kajian
ini dilihat mampu untuk membuktikan keberkesanan kaedah ini disamping dapat
mecapai objektif utama untuk mencari kaedah yang terbaik untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibina bagi memenuhi
keperluan pendidikan islam secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada ilmu, nilai dan
kemahiran asas syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid islam.
Kurikulum ini merangkumi tujuh modul iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah,
Adab dan Jawi. Proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah diolah dan
disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai kaedah dan teknik yang lebih menarik
dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan bagi
melahirkan generasi yang mampu mengharungi cabaran abad ke 21. Penilaian dan
Pentaksiran yang bersifat holistik dan autentik juga dijalankan secara berterusan bagi
memastikan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya murid
mampu menyumbang ke arah pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara.
Guru yang kreatif dan inovatif dalam proses pembelajaran dan pengajaran akan
merangsang dan memotivasikan murid untuk meneroka bidang ilmu yang baru,
menjana idea untuk menghasilkan tugasan dengan lebih kreatif, menilai kualiti kerja
dan mengerah pemikiran bercapah seterusnya menyerlahkan personaliti individu
kreatif.
6
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS
dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa,
Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu
untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan
untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis
dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu
berdaya saing.
Pengenalan kaedah pembelajaran iTHINK adalah amat bertepatan dengan objektif
yang hendak di capai di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Islam. Oleh yang demikian, satu kajian dijalankan di SK Sri Tanjung Papat 2
Sandakan bagi mengkaji keberkesanan kaedah Pembelajaran iTHINK dalam
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam. Guru matapelajaran akan
mengunakan kaedah ini dalam menyampaikan isi kandungan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Islam . Dapatan daripada kajian ini akan membuktikan
kesesuaian kaedah pembelajaran iTHINK dalam pengajaran pendidikan islam di
sekolah rendah.
7
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan secara amnya bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan
keadah pembelajaran iTHINK di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam di sekolah rendah. Ini adalah untuk mencari kaedah yang terbaik untuk
digunapakai dalam pengajaran pendidikan islam seperti mana yang dikehendaki di
dalam Kurikulum Standard Pendidikan Islam. Kajian ini akan melihat beberapa aspek
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta impaknya di dalam pembelajaran
murid. Ini membawa kepada beberapa objektif yang khusus seperti di bawah.
1) Melihat penglibatan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2) Menilai persepsi murid terhadap kaedah pembelajaran iTHINK di dalam
pembelajaran pendidikan islam.
3) Menilai persepsi guru terhadap kaeadah pembelajaran iTHINK di dalam
pengajaran Pendidikan Islam.
4) Menilai hasil prestasi murid selepas penggunaan kaedah pemelajaran iTHINK.
5) Membuat rumusan keseluruhan terhadap kaedah Pembelajaran iTHINK bag
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
8
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bakal menjawab beberapa persoalan yang berkaiatan dengan
pembelajaran pendidikan islam seperti di bawah;
1) Adakah kaedah pembelajaran iTHINK ini sesuai digunakan di dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam khususnya dalam tajuk adab di
dalam Kurikulum baru KSSR Tahun 4.
2) Adakah kaedah pembelajaran iTHINK ini mampu meningkatkan prestasi
murid di dalam pendidikan islam dan pembelajaran keseluruhan amnya.
3) Adakah pelaksanaan kaedah ini mampu membantu guru dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagi pendidik ataupun sebaliknya.
4) Bagaimana kaedah pembelajaran iTHINK ini boleh digunakan sepenuhnya di
dalam sistem pendidikan sekolah rendah.
Untuk menjawab kesemua persoalan di atas, satu rangka kerja kajian yang
menyeluruh akan dijalankan bagi mengumpul dan menganalisis data bagi membuat
rumusan yang relevan dengan objektif kajian ini.
9
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Caar & Kemmis (1986) menjelaskan tentang kepentingan Kajian Penyelidikan .
Menurut mereka, Terdapat dua tujuan penting dalam kajian tindakan iaitu untuk
membaiki dan melibatkan diri. Kajian bertujuan untuk memperbaiki dalam bidang
berikut; pertama, memperbaiki amalan pengajaran; kedua, memperbaiki atau
meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran; dan ketiga membaiki situasi
dimana pengajaran dijalankan. Sesiapa yang terlibat dalam pengajaran boleh
dianggap sebagai melibatkan diri di dalam proses penyelidikan tindakan melalui
semua fasa merancang, melaksana, memerhati dan mereflek (Caar & Kemmis
1986:165).
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu medium untuk mengenalpasti kaedah
pembelajaran yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di
sekolah rendah. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini akan memberi
manfaat seperti di bawah;
1) Menyediakan satu laporan khas penggunaan kaedah pembelajaran iTHINK di
sekolah rendah khususnya untuk pembelajaran pendidikan islam.
2) Membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di sekolah rendah.
Guru boleh menguasai teknik baru dalam menyampaikan topik di dalam standard
kandungan pelajaran.
3) Hasil dapatan kajian ini boleh digunapakai untuk penambaikan proses
pembelajaran pendidikan islam di sekolah rendah.
10
1.7 SKOP KAJIAN
Kajian penggunaan keadah pembelajaran iTHINK ini tertumpu kepada pengajaran
pendidikan islam berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi
matapelajaran pendidikan islam di sekolah rendah. Oleh yang demikian, skop bagi
kajian ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
1) Kumpulan sasaran.
Kajian ini akan tertumpu kepada pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2
Sandakan. Kajian ini akan tertumpu kepada pengajaran di dalam 1 kelas
sahaja iaitu kelas 4A. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan kecerdsan dan
kebolehan mereka memberi respon terhadap soal selidik yang dijalankan.
2) Lokasi Kajian.
Kajian dijalankan di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan, Sabah. Pemilihan
lokasi adalah berdasarkan tempat bertugas dan majoriti pelajar adalah
beragama islam. Disamping itu, bilangan enrolmen yang sesuai di dalam kelas
juga iaitu 25 orang adalah sesuai untuk memberi data yang sesuai untuk
digunapakai di dalam kajian.
3) Matapelajaran.
Kajian ini khusus dijalankan untuk pembelajaran pendidikan islam di sekolah
rendah. Pemilihan pelajar tahun 4 adalah berdasarkan pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).
11
1.8 KESIMPULAN
Penguasaan murid di dalam pembelajaran merupakan agenda utama Kementerian
Pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dengan
kurikkulum baru yang diubah suai, pelbagai transformasi di dalam pendidikan perlu
dilakukan bagi mencapai aspirasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, kajian di
dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan bagi mencari formula terbaik
yang mampu menghasilkan pelajar yang terbaik dan mampu membawa imej Malaysia
ke peringkat yang lebih tinggi.
12
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Kajian ini merupakan satu kajian kes kesan penggunaan kaedah pembelajaran
iTHINK di dalam Pengajaran dan Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam
Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Kajian ini akan melihat sejauh mana
penggunaan kaedah Pembelajaran iTHINK ini mampu menambah penguasaan pelajar
serta meningkatkan prestasi di dalam pentaksiran yang dijalankan. Dalam bab ini akan
diterangkan secara terperinci kaedah pembelajaran iTHINK dan kupasan tantang
terma dan contoh kajian yang lepas yang relevan.
2.2 KAEDAH PEMBELAJARAN
Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (1992), kaedah dan teknik adalah dua istilah
yang kerap digunakan bersama atau bersilih ganti. Kaedah ditafsirkan sebagai
peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba untuk dipraktikkan. Pemilihan dibuat
untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan
bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga akan ditentukan sekali.
Berdasarkan tafsiran ini, kaedah merupakan satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan tiap-tiap langkah mempunyai
kemahiran dan latihan yang terancang. Hassan Langgulung (1981) pula menyatakan
13
kaedah bermaksud jalan untuk mecapai tujuan. Jadi apa sahaja tindakan dan aktiviti
yang dijalankan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai
objektif pembelajaran boleh diterima sebagai satu kaedah. Oleh yang demikian, dapat
disimpulkan bahawa kaedah ada cara untuk kita mecapai objektif tertentu dan ianya
tidak terhad kepada satu sahaja. Bagi mencapai objektif yang tertentu seperti di dalam
pembelajaran, guru khususnya boleh menggunakan pelbagai kaedah yang difikirkan
sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran yang dirancang.
2.2 KAEDAH PEMBELAJARAN iTHINK
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia
semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati
murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan
Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan
yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
14
2.2.1 PETA PEMIKIRAN iTHINK
Kaedah pemebelajaran iTHINK merupaka keadah pembelajaran menggunakan peta
pemikiran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk
peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi
kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta
pemikiran yang boleh digunakan.
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
Rajah 2.1: Peta Bulatan
15
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
Rajah 2.2: Peta Buih
16
3. Double Bubble Mp (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
Rajah 2.3: Peta buih berganda
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
Rajah 2.4: Peta Pokok
17
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.
Rajah 2.5: Peta Dakap
18
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
Rajah 2.6: Peta Alir
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian
sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan
pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
19
Rajah 2.7: Peta pelbagai air
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan
proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Rajah 2.8: Peta titi
20
2.2.2 PELAKSANAAN iTHINK DI SEKOLAH
Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran Negeri telah megadakan ebberapa
sesi latihan iTHINK bertujuan untuk mendedahkan guru-guru di sekolah rendah
tentang cara pelaksanaan kaedah pembelajaran iTHINK mengikut matapelajaran
masing-masing. Kemudian, perkara ini dilanjutkan ke semua sekolah di seluruh
Malaysia untuk melaksanakan program pembelajaran iTHINK bermula 2013. Namun
demikian, pelaksanaan menyeluruh hanya bermula pada tahun 2014. Pemantauan
semasa dijalankan oleh pihak Jabatan Pelajaran ke sekolah bagi meninjau pelaksanaan
program iTHINK di sekolah berjalan dengan lancar.
2.3 KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH
RENDAH
Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibina bagi memenuhi
keperluan pendidikan islam secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada ilmu, nilai dan
kemahiran asas syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid islam.
Kurikulum ini merangkumi tujuh modul iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah,
Adab dan Jawi. Proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah diolah dan
disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai kaedah dan teknik yang lebih menarik
dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan bagi
21
melahirkan generasi yang mampu mengharungi cabaran abad ke 21. Penilaian dan
Pentaksiran yang bersifat holistik dan autentik juga dijalankan secara berterusan bagi
memastikan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah diharapkan mampu
membentuk murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan ,
bertanggungjawab, beramal soleh dan bertakwa. Ia jua berupaya membentuk modal
insan yang bercita-cita tinggi, berdaya tahan, bersemangat juang, gigih berusaha dan
mampu mengubah diri untuk menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
2.3.1 ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD
PENDIDIKAN ISLAM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam dibangunkan dengan memberi
penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu
diketahui serta boleh dilakukan oleh murid. Standard Kandungan Pendidikan Islam
sekolah rendah dibahagikan kepada tujuh modul iaitu
1) Modul al-Quran.
2) Modul Hadis
3) Modul Akidah
4) Modul Ibadah
5) Modul Sirah
6) Modul Adab
7) Modul Jawi
22
2.3.2 STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Transformasi kurikulum menegaskan penggunaan pelbagai strategi pembelajaran dan
pengajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran secara “Hans-on
Learning”. Dalam konteks Pendidikan Islam, pembelajarn dan pengajaran memberi
penekanan kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi pembelajaran dan pengajaran
yang dirancang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik bagi mencapai standard
pembelajaran.
Pendekatan dimaksudkan ialah arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan
berasaskan teori-teori, model-model atau generalisasi yang tertentu untuk memulakan
proses pengajaran sesuatu isi pelajaran atau kemahiran.. Antara pendekatan yang
dicadangkan dalam Pendidikan Islam adalah seperti berikut;
1) Pendekatan induktif dan deduktif
2) Pendekatan berpusatkan guru
3) Pendekatan Berpusatkan murid
4) Pembelajaran Konstruktivisme
5) Pembelajaran Kontekstual
6) Pembelajaran Masteri
2.3.3 iTHINK SEBAGAI SATU STRATGEI PEMBELAJARAN
Berdasarkan konsep dan strategi pembelajaran yang dirumuskan di dalam kandungan
Standard Pendidkan Islam Sekolah Rendah, penggunaan kaedah iTHINK boleh
dimasukkan di dalam pembelajaran berbentuk kostruktivisme. Berdasarkan
gambarajah yang ditunjukkan sebelum ini, pelajar mengambarkan topik yang
dipelajari menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Oelh yang demikian, kaedah
23
iTHINK ini boleh dianggap salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.
2.4 KESIMPULAN
Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan, kaedah pembelajaran iTHINK
merupakan satu kaedah pembelajaran yang menarik dan memberi kesan kepada
pelajar. Kajian kes ini diharap dapat memberi gambaran sebenar tentang kesesuaian
penggunaan keadah pemebelajaran iTHINK dalam pengajaran pendidikan islam di
sekolah rendah khususnya pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan
Sabah.
24
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENDAHULUAN
Mohd. Majid (1994:107) menyatakan bahawa,“kajian kes adalah penyelidikan yang
dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti
individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat.
Pengkaji mengkaji dan memeriksa individu atau satu unit sosial secara terperinci”.
Di dalam bab ini akan diterangkan secara terperinci kaedah yang digunakan untuk
mengumpul dan menganalsis data bagi menyatakan hasil kajian.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Kajian kes ini merupakan satu kajian tindakan yang dirancang dengan teliti. Kajian
dijalankan berdasarkan keperluan pengajaran pendidikan islam di sekolah rendah.
Rekabentuk kajian adalah berdasarkan kepada kajian tindakan atau “action research”
dimana bentuk kajian tindakan ini dilaksanakan dalam bentuk gelung yang
merangkumi aktiviti mengenalpasti isu atau masalah, merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek.
25
3.3 PENGUMPULAN DATA
Data bagi kajian ini menjurus kepada data prestasi awal pelajar, data prestasi akhir
dan data persepsi murid dan guru terhadap kaedah pemebalajarn iTHINK di dalam
26
Pengumpulan Data AwalUjian Pra untuk menilai prestasi awal
pelajar
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan keadah
pembelajaran iTHINK
Pengumpulan Data Akhir Ujian Pos
Soal Selidik
Analisis dan Persembahan Data
pengajaran Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, pengumpulan data bagi kajian ini
adalah menggunakan 3 kaedah iaitu;
1) Ujian Pra
Ujian ini dilaksanakan terhadap pelajar sebelum kajian dilaksanakan.
Semua pelajar di dalam kelas 4A seramai 25 orang akan diberi ujian
berdasarkan topik yang akan diajar nanti.
2) Soal Selidik
Borang soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan pendapat pelajar dan
guru tentang kaedah pembelajaran yang dijalankan. Murid-murid dan guru
akan menjawab soalan soal selidik di sesi akhir pengajaran. Pemilihan guru
adalah berdasarkan ahli panitia pendidikan islam di sekolah.
3) Ujian Pos
Ujian ini aka dijalankan pada sesi terakhir pembelajaran. Tujuan ujian ini
adalah untuk menilai prestasi pelajar setelah mengikuti pembelajaran
menggunakan kaedah iTHINK.
3.4 SAMPEL KAJIAN
27
Kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung papat
2 Sandakan. Kelas yang dipilih adalah kelas 4 Arif iaitu seramai 25 orang pelajar.
Pemilihan kelas ini adalah atas beberapa faktor seperti di bawah;
1) Keupayaan murid menjawab soalan soal selidik .
2) Bilangan pelajar yang sesuai.
3) Pelaksanaan KSSR bermula di tahun 4 pada Tahun 2014 untuk Tahap 2.
Selain daripada itu, kajian juga mengambil kira pendapat guru-guru mengenai keadah
pembelajaran iTHINK. Oleh yang demikian, 10 orang guru dipilih secara rawak untuk
menjawab soalan soal-selidik. Pemilihan guru adalah berdasarkan gabungan jawatan
pentadbir dan guru akademik biasa.
3.5 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua siri ujian dan soalan
soal selidik.
3.5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian yang dijalankan ini merupakan 20 set soalan oyang merangkumi tajuk yang
diajar. Soalan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 10 soalan objektif dan 10 soalan
subjektif. Ujian ini dijalankan pada wal kajian dan diakhir kajian. Data bagi setiap
kajian akan di analisis dan dinyatakan di dalam perbincangan.
3.5.2 Borang Soal Selidik
28
Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data berbentuk kualitatif. 1 set
soalan akan diedarkan kepada murid dan guru-guru bagi menilai persepsi peribadi
terhadap kaedah pembelajaran iTHINK. Borang soal selidik ini terdiri daripada 10
pernyataan yang mana setiap responden akan memberikan skor berdasarkan
pemberatan skala Likert seperti di bawah.
Pemberat Skor
Sangat tidak setuju (STS) 1
Tidak setuju (TS) 2
Setuju (S) 4
Sangat Setuju(SS) 5
Jadual 3: Pemberatan Skala Likert
3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA
Data yang diperolehi daripada 2 ujian dan borang soal selidik akan di kumpulkan dan
dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan dipersembahkan di
dalam bentuk graf. Graf dan jadual yang diperolehi nanti akan dianalisis dan
dibincangkan di dalam perbincangan.
3.7 KESIMPULAN
29
Kajian kes ini adalah satu kajian yang menyeluruh dan mengambil masa untuk
dijalankan. Dengan mengikuti jadual kerja dan langkah kerja yang betul, data yang
akan diperolehi nanti adalah data yang tepat dan telus serta boleh digunapakai.
30
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 PENDAHULUAN
Data yang dipunggut melalui ujian dan keputusan peperiksaan dianalisis dengan
menggunakan dua jenis analisis utama iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Statistik deskriptif digunakan untuk mengumpul data dalam bentuk peratus
berpandukan pada gred keputusan murid.
4.2 JANGKAAN KEPUTUSAN
Berdasarkan kajian literatur yang dibuat sebelum ini, beberapa andaian bagi kajian ini
boleh dibuat. Antaranya ialah;
1) Penglibatan pelajar di dalam proses pembelajaran dan pengajaran akan meningkat.
Ini dapat diramal berdasarkan keadah ini yang lebih banyak kepada kaedah belajar
secara berkumpulan. Disamping itu, kaedah pemebalajaran iTHINK
menggunakan kertas mahjung dan warna yang pelbagai.
2) Penyampaian guru lebih berkesan. Ini kerana guru lebih sebagai fasilitator kepada
murid dalam memahami isi kandungan pelajaran. Pelajar akan belajar dengan
menggunakan peta pemikiran yang pelbagai. Oleh yang demikian, input bagi
matapelajaran diusahakan oleh pelajar sendiiri. Guru hanya mencetuskan idea
kepada pelajar dan sebagai fasilitator.
3) Keputusan Ujian Pos meningkat berbanding Ujian Pra. Sekiranya pelajar
menyukai dan meminati teknik pembelajaran iTHINK, mereka akan lebih mudah
31
mengingat dan menguasai isi kandungan pelajaran. Oleh yang demikian ,
penguasaan dan pencapaian murid akan meningkat.
4.3 KESIMPULAN
Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi rumusan terhadap keberkesanan
kaedah pembelajaran iTHINK dalam pengajaran dan pembelajaran adab dalam
pendidikan islam tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Dapatan daripada
kajian ini juga dapat diguna pakai pihak sekolah untuk mencari kaedah pemebelajaran
yang sesuai untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah.
PENUTUP
32
Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar suasana
pemebelajaran mengunakan kaedah pembelajaran iTHINK di dalam pembelajaran
Pendidikan Islan Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Hasil daripada kajian
ini nanti akan dapat membantu guru dalam mencari formula terbaik mengajar anak-
anak murid di sekolah rendah khususnya bagi matapelajaran pendidikan islam. Kajian
yang dilakukan ini diharap dapat menyumbang kepada mencapai aspirasi pendidikan
negara seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
RUJUKAN
33
Manual Kajian Tindakan (2006). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
AB. Rahim Selamat (2000). Kemahiran Dalam Sekolah Bestari. Badan Cemerlang
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke-XII (2005). Bahagian
dan Perancangandan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dokumen Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Pendidikan Islam, Bahagian Pembangunan Kokurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.ithink.gov.my
LAMPIRAN
34
7.1 Borang Soal Selidik (Guru)
7.2 Borang Soal Selidik (Murid)
7.1 Borang Soal Selidik (Guru)
35
BORANG SOAL SELIDIK (Guru)
KESAN PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN iTHINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK ADAB DALAM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 DI SK SRI
TANJUNG PAPAT 2 SANDAKAN.
Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan
Kelayakan Akademik:
[ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________________[ ] Sarjana (sila nyatakan) _______________________________[ ] Kedoktoran (sila nyatakan) ____________________________
Sila Tandakan pendapat anda berdasarkan skala yang dinyatakan di bawah.
PERKARA SKALA
Sangat Setuju 4
Setuju 3
Tidak setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1
Bil Item Skala
1 2 3 4
1 Pelajar seronok semasa pengajaran dan pembelajaran
2 Pelajar dapat menguasai apa yang di ajar oleh guru
3 Pelajar melibatkan diri dengan proses pengajaran dan pembelajaran
4 Proses pembelajaran berjalan dengan lancar
5 Kawalan kelas bertambah baik
6 Penggunaan kaedah iTHINK dapat membantu untuk meningkatkan pengguasaan murid
7 Penggunaan iTHINK membantu guru dalam menyediakan alat bantu mengajar
8 Penggunaan iTHINK sangat sesuai di gunakan di dalam bilik darjah
9 Pelajar mampu untuk menyesuaikan diri dengan kaedah iTHINK
10 Pihak sekolah wajar mengaplikasikan kaedah pembelajaran iTHINK untuk matapelajaran Pendidikan Islam.
KOMEN ATAU CADANGAN:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
7.2 Borang Soal Selidik (Murid)
36
BORANG SOAL SELIDIK (Murid)
KESAN PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN iTHINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK ADAB DALAM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 DI SK SRI TANJUNG PAPAT 2
SANDAKAN.
Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan
Sila Tandakan pendapat anda berdasarkan skala yang dinyatakan di bawah.
PERKARA SKALA
Sangat Setuju 4
Setuju 3
Tidak setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1
Bil Item Skala
1 2 3 4
1 Anda seronok semasa pengajaran dan pembelajaran
2 Anda dapat memahami apa yang di ajar oleh guru
3 Anda suka belajar secara berkumpulan
4 Minat belajar anda meningkat apabila belajar menggunakan kaedah iTHINK
5 Kaedah iTHINK membantu anda mengingat apa yang diajar oleh guru
6 Kaedah iTHINK menyeronokkan
7 Kaedah iTHINK ini mudah dilaksanakan
8 Kaedah ini menyusahkan anda dan leceh
9 Kaedah membantu anda belajar matapelajaran pendidikan islam
10 Adakah Anda setuju kaedah ini diteruskan
KOMEN ATAU CADANGAN:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
37
38