Post on 08-Aug-2015
description
PERSATUAN KEBUDAYAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK.
LAPORAN MENONTON TEATER “TRAGEDI SALMAH” DI
ASWARA.
Pada 29 September 2012, Persatuan Seni dan Kebudayaan IPG Kampus Pendidikan Teknik
telah mengadakan sebuah lawatan ke Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan
(ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan
bertujuan menyaksikan sebuah pementasan semula Persembahan Tahun Akhir (PeTA)
Terbaik Teater 2012 pelajar ASWARA yang bertajuk “Tragedi Salmah”. Teater ini
dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA. Selain daripada memenuhi tuntutan
silibus Gerak Kerja Kokurikulum Semester 6, lawatan ini juga bertujuan untuk menyemai
rasa cinta terhadap seni persembahan teater secara khasnya dan juga bagi mendidik jiwa
untuk menghargai nilai estetika yang terkandung di dalam sesebuah pementasan teater.
Semua ahli dan juga Pensyarah Penasihat, Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman
telah berhimpun dan berkumpul di hadapan teratak IPG Kampus Pendidikan Teknik pada
pukul 6.00 petang bagi menantikan bas untuk ke ASWARA. Makanan dan minuman telah
ditempah terlebih dahulu daripada pihak Kafeteria IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Setibanya di ASWARA pada pukul 7.00 malam, semua pelajar yang beragama Islam
telah menuju ke surau ASWARA bagi menunaikan solat fardhu Maghrib. Sementara itu,
pelajar yang bukan beragama Islam telah menuju ke kafeteria ASWARA untuk menjamu
makan malam. Selesainya menunaikan solat fardhu Maghrib, pelajar-pelajar yang
beragama Islam turut menuju ke kafeteria ASWARA bagi menjamu makan malam yang
telah diagih-agihkan oleh ahli jawatankuasa.
Sebelum memasuki Panggung Eksperimen, kesemua pelajar dan juga tetamu luar
yang turut dijemput telah menunggu di luar panggung sebelum dibenarkan masuk. Tepat
pada pukul 8.30 malam, kesemua tetamu dibenarkan masuk ke dalam Panggung
Eksperimen ASWARA bagi menyaksikan pementasan teater “Tragedi Salmah”. Teater ini
mengisahkan tentang keberanian Salmah yang sanggup mendedahkan rahsia peribadinya
demi memperjuangkan hak kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam. Salmah, 26 tahun,
mengaku kesalahannya melakukan hubungan seks bersama tertuduh iaitu Sham.
Kekhilafan Salmah berpunca daripada keluarganya yang tidak memberikan kasih sayang
sewajarnya. Salmah dipaksa berkahwin dengan Zali (seorang bisu) yang menyebabkan jiwa
Salmah semakin memberontak dan akhirnya terjerumus ke dalam kancah maksiat bersama
Sham. Keberanian Salmah sebenarnya memerangkap dirinya. Tuduhan ke atas Sham tidak
dapat dibuktikandan akhirnya kes Salmah terkubur begitu sahaja.
Teater tersebut habis dipentaskan pada pukul 10.30 malam. Kesemua pelajar telah
bertolak pulang ke IPG Kampus Pendidikan Teknik pada pukul 11.00 malam dengan
menaiki bas. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat kita menyemai rasa cinta
dan menghargai nilai estetika dan kesenian serta mesej yang terkandung di dalam
persembahan teater tersebut, agar dapat kita memahami sesuatu perkara dari sudut dan
perspektif yang berbeza.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
…………………………………………………… ………………………………………………
( Azrul Izzat bin Mokhtar ) (Shafiq Aizatullah B Shaharuddin)
Naib Setiausaha Persatuan Kebudayaan 2012 Pengerusi Persatuan Kebudayaan 2012
Tarikh: