Post on 03-Sep-2015
description
SLOT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.
Nama Kelas
: Pra HarmoniBilangan Murid
: 25 Orang.
Tarikh
: 13 April 2012 Hari
: Jumaat.
Masa
: 60 minit.
Modul
: Tema
Tema
: Hidupan di airTajuk
: Haiwan-haiwan di airTunjang Utama
: Perkembangan Fizikal Dan estetikaStandard Kandungan
: (KTI 1.2)menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan
Karya(Ekspresi Kreatif)Kaedah
: KumpulanStandard Pembelajaran Utama : KTI 1.2.12 menggunakan bahan kutipan untuk
penghasilan sebuah karya kreatif.Standard Pembelajaran
yang disepadukan : a) PSE 3.2.2 Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti. b) ST 3.4.1 menamakan haiwan yang biasa dijumpai. ST 3.1.3 mengenal pasti organ deria (mata, hidung,
telinga,lidah,kulit) dan menyatakan setiap
fungsi setiap organ ini.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:a) membuat mozak tiga jenis hidupan di air menggunakan bahan terbuang dengan betul mengikut kreativiti.b) menamakan tiga jenis hidupan di air dengan betul.Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah mengetahui haiwan di air.Penerapan Nilai Murni
: a) Mendengar arahan guru.
b) Bekerjasama dengan rakan-rakan.
Bahan Bantu Mengajar : Lakaran gambar hidupan di air,kulit telur ,warna air,berus,
majalah, gam
Kemahiran Berfikir (KB) : Kanak-kanak dapat berfikir cara untuk aplikasi bahan-bahan terbuang.Pendekatan : Pendekatan bertema,pendekatan bersepadu,pendekatan teknologi maklumat,pendekatan tunggal,pendekatan projekTeknik : Tunjuk cara,penerangan,nyanyian Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan
Set Induksi
(5 minit)
Nyanyian lagu dayung sampan
i.Guru menyanyi lagu dayung sampan.
ii.Murid menyanyi lagu dayung sampan dengan bimbingan.
iii.Murid menyanyi sambil membuat pergerakkan.
iv. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu menghasilkan teknik mozak hidupan di air.
BBM: carta laguNilai: sabarKesepaduan:(KTI 2.0) Muzik 2.1.4 menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan jelas
Langkah 1
(5 minit)
Jenis-jenis hidupan di air Ikan
Ketam
Sotong
Udang1.Murid diminta menyatakan jenis-jenis hidupan di air yang diketahui.ii. Murid menyatakan jenis- jenis hidupan di air berdasarkan paparan yang ditunjukkan.
iii. Murid menggunakan perisian komputer menyebut jenis-jenis hidupan di air secara bergilir-gilir.
BBM: carta lagu,lcd,komputer riba
Nilai: syukurKesepaduan:BM2.1.4 berinteraksi secara sopan dan bertatasusila.KBKK:mengkategoriPendekatan TMK
Langkah 2
( 10 minit)
Bahagian badan ikan sirip
ekor
mata
insangi.Guru mempamerkan gambar ikan.ii Murid diminta menyatakan bahagian-bahagian badan ikan yang ditunjukkan.
iii.Secara bergilir-gilir murid diminta menggunakan perisian komputer iaitu menyebut bahgaian-bahagian badan ikan.
BBM: perisian komputer,computer,lcdNilai: syukurKesepaduan:ST 3.1 memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan.KBKK:mengkategoriPendekatan tunggal
Pendekatan TMK
Langkah 3
(30 minit)Mozak hidupan di air
i. Murid menyanyi lagu lompat kanan untuk membentuk kumpulan.ii.Guru menerangkan cara-cara untuk untuk membuat mozak hidupan di air berdasarkan carta langkah yang dipaparkan.iii Murid-murid diminta menampal kulit telur pada lakaran gambar hidupan di air secara kumpulan.
BBM: carta langkah membuat mozak,lakaran gambar hidupan di air ,gam,guntingNilai:cermatKesepaduan: :(KTI 2.0) Muzik 2.1.4 menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan jelasKBKK:menjana idea
Teknik : tunjuk cara dan penerangan
Pendekatan TMK
Langkah 4(5 minit)Mini akuariumi.Guru menerangkan aktiviti projek yang akan dijalankan minggu depan iaitu menghasilkan mini akuarium menggunakan bahan terbuang.ii.Murid diminta membawa bahan-bahan terbuang seperti kotak,tali,majalah lama,dll.
BBM: carta lagu
Nilai: bekerjasamaKBKK:pengelasanPendekatan projek
Penutup
(5minit)Merumuskan pembelajaran dan refleksi
i.Guru mempamirkan semua hasil kerja murid .
ii.Murid membuat penilaian dan menyatakan semula jenis-jenis hidupan di air yang telah dipelajari.
iii.Murid menyanyi lagu Dayung Sampan sambil membuat pergerakan.
iv.Guru merumuskan aktiviti pembelajaran yang telah dijalankan.
Langkah-langkah membuat kolaj ikan 1.Sediakan gam,gunting,kertas warna,kulit telur,warna air,dan lakaran gambar ikan.
2. Gunting kulit telur supaya menjadi
cebisan kecil 3. Tampal gam dan cebisan kulit telur dan
tampal pada gambar lakaran hidupan di
air yang diberi. 4. Hias lakaran gambar hidupan di air mengikut kreativiti masing-masing.