Post on 25-Jun-2015
1. 1 Definasi Etika
Etika didefinasikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia
merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan
betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada
menganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara
aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau
memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh
banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum
bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan
mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan
menghalangnya. Etika dalam erti yang lain ialah mematuhi moral.
Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan,
benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-
konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang
melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku
yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji
fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang
sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan"
atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu
moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.
1
Untuk kefahaman yang lebih jelas dengan etika, ia harus dibezakan dengan
moral. Moral adalah ajaran, kumpulan, peraturan dan ketepatan, lisan atau
bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar ia
menjadi manusia yang baik. Kesimpulannya, etika adalah disiplin dan
peraturan yang menentukan semua perbuatan itu baik atau jahat.
2
2.1 Teori dan Aliran Pemikiran
2.1.1 Teologi
Teori ini melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan esuatu perbuatan
itu tidak diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada
kesannya.
2.1.2 Subjektif
Penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri sendiri.
Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaan
peribadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan.
2.1.3 Objektif
Kod moral adalah bebas dari kepentingan individu. Baik dan buruk tidak
bersandar kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya.
2.1.4 Naturalisme
Sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantung kepada pengalaman
keseronokan. ‘Baik’ perlu dijelaskan dalam bentuk kualiti fakta alam seperti
3
memenuhi keperluan manusia, mendatangkan kebahagiaan, kenikmatan dan
sebagainya kepada manusia.
2.1.5 Non Naturalisme
Moral adalah sesuatu yang unik dan tidak boleh dikelaskan. Sesuatu
perlakuan itu baik kerana ianya memang baik.
2.1.6 Relativisme
Sesuatu yang dianggap baik oleh satu masyarakat tidak mungkin dianggap
sedemikian oleh masyarakat yang lain. (barat-timur) Ini bererti masyarakat
yang berlainan memberikan nilai moral yang berbeza bagi tingkahlaku yang
serupa.
2.1.7 Absolutisme
Prinsip moral berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain.
Bagaimanapun prinsip asas sejagat adalah sama. Misalnya, semua
masyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepada kebaikan.
2.1.8 Utilitarianisme
4
Teori ini merupakan suatu aliran atau dimensi di bawah teori etika Teologikal
yang juga dikenali sebagai consequentialism. Ia adalah doktrin moral yang
mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan
secara maksimum. Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan
kepada semua pihak. Tindakan dikatakan sebagai bermoral jika ia
menghasilkan kegembiraan yang maksimum. Jeremy Bentham (1748-1832)
dan John Stuart Mill (1806-1873) adalah dua orang tokoh yang dikaitkan
dengan teori ini. Bentham mengenalpasti 7 elemen yang perlu
dipertimbangkan untuk mengukur keseronokanmencipta kalkulus Hedonistik
Bentham yang memberi skala antara –10 hingga +10.
Elemen yang dimaksudkan oleh Bentham ialah:
intensiti, jangka masa, kepastian, kesegeraan, kesedaran, keberkesanan dan
had atau batasan.
1. Intensiti bermaksud kedalaman.
Sejauhmanakah dalamnya kesan pengalaman terhadap seseorang.
2. Jangka masa.
Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan akan berakhir?
3. Kepastian.
Adakah anda pasti sama ada mengalami keseronokan atau kesengsaraan
akibat sesuatu yang berlaku.
4. Kesegeraan.
Kepantasan anda mengalami rasa seronok atau sebaliknya.
5
5. Kesedaran.
Apakah kemungkinan anda mengalami rasa seronok pada masa akan
datang?
6. Keberkesanan.
Apakah kemungkinan anda mengalami rasa sengsara pada masa hadapan?
Mangsa tragedi selalunya sentiasa berasa takut dan risau
7. Had atau batasan.
Berapa kerapkah kesengsaraan dan keseronokan dicetuskan dalam
kehidupan orang lain?
Jika jumlah skor kesengsaraan melebihi keseronokan maka sesuatu
perbuatan tersebut adalah sememangnya salah dan tidak beretika.
Mill membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill
mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti
keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, objektif/subjektif, dan
baru/lama. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah
kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan
kesihatan yang baik.
Utilitarianisme pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita
harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan
dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang
tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka
ia dianggap betul.
6
2.1.9 Relativisme Etika
Keadaan merupakan pertimbangan utama dalam menentukan suatu tindakan
itu sama ada beretika atau tidak. Tindakan dinilai berdasarkan kesan
atau akibatnya. Relativisme etika melihat kepada beberapa perspektif jika
wujudnya pertentangan budaya dan pendapat antara individu. Perspektif
tersebut melihat dari aspek :
1. Tiada nilai moral yang benar atau salah secara universal atau secara
mutlak. Perbezaan ini berlaku apabila wujud pertentangan budaya dan
amalan dalam
diri individu terhadap sesuatu tindakan.
2. Kepelbagaian nilai budaya dan persekitaran memberikan penilaian yang
berbeza terhadap tindakan individu sama ada bermoral atau sebaliknya.
3. Tiadanya skala penilaian yang piawai dan mutlak dalam menilai suatu
perbuatan itu sama ada beretika atau sebaliknya
2.1.10 Deontologikal
Teori deontologikal memeriksa bagaimana kita bertanggungjawab untuk
7
melayani orang lain dan apakah tugas-tugas kita terhadap mereka kerana
mereka juga merupakan manusia seperti kita. Ia juga dikenali sebagai
pendekatan berorientasikan tindakan atau ’act oriented approach’.
Mengikut pendekatan ini, pengukuran etika cuma bergantung ke asas
tindakan seseorang dan bukan akibat dari tindakan tersebut. Jadi penilaian
akan dibuat terhadap betul atau salah adalah sesuatu perkara yang agak
sukar. Sesuatu tindakan itu boleh diterima oleh sesuatu masyarakat tetapi
dianggap salah oleh masyarakat lain.
Sebenarnya, pengukuran tindakan manusia adalah bergantung kepada
piawaian, bukannya keseronokan, kesengsaraan, kegembiraan dan
kedudukan. Apabila pendekatan ini digunakan, bermaksud kita melihat sebaik
manakah sesuatu tindakan itu dibandingkan dengan piawaian yang
bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh manusia atau apakah yang
sesuai untuk dilakukan terhadapnya.
Kesimpulannya, berdasarkan kepada pendekatan ini, tindakan yang
bersesuaian dikatakan bermoral dan tindakan yang tidak bersesuaian
dikatakan tidak bermoral.
8
3.1 Pendahuluan
Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang diperkatakan kini. Antaranya
ialah perbuatan jenayah remaja. Remaja kini semakin liar dan tidak beretika
sehingga timbulnya prlbagai isu yang berkaitan dengan mereka. Pelbagai
persoalanan timbul seperti siapakah yang harus dipersalahkan, punca-
puncanya, langkah-langkah mengatasi dan sebagainya. Nilai-nilai etika
semakin hilang di mana suatu ketika diperlihara dengan baik oleh generasi
dahulu. Namum begitu, kewujudan media sama ada media massa atau media
elektronik sangat berpengaruh di dalam menentukan corak maklumat dan
hiburan yang diperolehi oleh golongan remaja. Penyebaran maklumat perlu
dikawal agar remaja tidak terpengaruh dengan anasir yang tidak sihat.
Selain itu, isu rasuah juga merupakan isu yang hangat yang diperkatakan kini.
Rasuah merupakan suatu pemberian yang diberi kepada seseorang untuk
membenarkan perkara salah dan membantalkan perkara yang betul.
Berdasarkan ajaran agama Islam, perbuatan rasuah merupakan perbuatan
yang keji dan hina.
Oleh itu, perbuatan rasuah tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja.
9
Kesan rasuah sangat besar. Is bukan sahaja melibatkan individu, keluarga
malah masyarakat dan negara. Peranan dan tangungjawab badan berkuasa
sama ada kerajaan atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) adalah besar untuk
menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan rasuah ini.
3.2 Masalah Sosial Remaja
Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu
tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada
peringkat tersebutlah seseorang mula bertindak balas kepada tuntutan emosi
untuk mencari identiti dan penampilan tersendiri. Tetapi kini, remaja terlalu
jauh meninggalkan batas keperibadiannya dan melupakan nilai-nilai etika dan
moral yang sepatutnya tersemai di dalam diri mereka. Keruntukan moral dan
akhlak remaja berada di tahap yang agak membimbangkan. Oleh itu timbul
persoalan di sini, adakah nilai-nilai murni yang disemai dan dipelihara sudah
lusuh rentetan daripada permodenan mental dan kebendaan.
3.2.1 Definasi
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan
negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
10
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi
mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda
1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke
bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur
tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja,
golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah
21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.
Contoh gejala-gejala negatif remaja:
i. Jenayah Juvana seperti berjudi, mencuri, kongsi gelap, peras ugut,
bunuh, samun, lumba haram, pecah rumah, bohsia, penyalahgunaan,
pengedaran dadah, buang anak, mencabut hormat dan memiliki senjata.
ii. Ponteng seperti tidak hadir ke sekolah, ujian, kelas dan perhimpunan.
iii.Bersikap kurang sopan kepada guru, ibu bapa, orang tua serta orang
awam.
iv. Merosaklkan harta benda sekolah dan awam seperti pondok telefon,
perhentian bas, tandas awam dan sebagainya.
v. Berkelakuan lucah seperti menggunakan kata-kata lucah, melikis gambar
lucah dan memiliki bahan lucah.
vi. Lari dari rumah.
11
3.2.2 Nilai- nilai Etika
Terdapat terlalu banyak kes masalah jenayah remaja yang dilaporkan kepada
pihak yang berkuasa. Tetapi masih ada lagi kes-kes yang tidak dilaporkan. Ini
adalah disebabkan sikap masyarakat yang tidak peduli.
Kes-kes ini telah menggambarkan remaja tidak menjalankan tata cara
kehidupan yang baik seperti yang digariskan dalam agama masing-masing.
Nilai-nilai etika yang diterapkan dalam agama setiap individu tidak dipatut
sepenuhnya. Contohnya, ketidaksopanan terhadap orang tua adalah satu
kesalahan yang besar dalam agama buddha.
Berdasarkan salah satu teori etika – pendekatan deontologikal, berkelakuan
lucah adalah salah dalam masyarakat Malaysia tetapi boleh diterima oleh
masyarakat barat. Dari segi teori teologi, masalah sosial remaja adalah salah
kerana akan mendatangkan banyak kesan yang buruk terhadap masyarakat.
3.2.3 Punca Keruntuhan Akhlak Remaja
A. Keluarga
James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan disiplin sesebuah
12
keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan
diri yang sempurna.Ibu bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak
jiwa remaja dan berfikiran terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi ‘role model’
sekaligus sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kewujudan
suasana harmonis.
Punca-punca keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu
bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-
ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan
tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
B. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa
Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini
yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini.
Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di
pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak
langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
Media massa merupakan sumber maklumat yg cukup berkesan dalam
penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih
ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun
13
tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat
umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru
dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-
adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan
ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
Internet - Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang
kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu
penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet
umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sehat dengan mudahnya
boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah
pemikiran negatif.
C. Gagal dalam pelajaran
Gagal dalam pelajaran juga merupakan punca terjadinya gejala sosial
tersebut. Remaja yang terkandas dalam pelajaran mempunyai masa lapang
yang banyak. Oleh itu, mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya juga tidak
bersekolah dan bermula dari situ, mereka mula ponteng sekolah,
mengunjungi pusat-pusat hiburan, dadah, pil ecstasy, berjudi, lumba haram
dan sebagainya. Apabila mereka terlibat dala kegiatan ersebut, mereka
memerlukan wang yang banyak untuk memperolehnya. Maka, mereka
mengambil jalan yang mudah untuk mendapat wang dengan mencuri,
14
merompak, menculik dan meragut.
3.2.4 Kesan gejala sosial remaja
A. Sosial
Remaja merupakan generasi yang menjadi harapan untuk membangun dan
mengharminikan masyarakat pada masa yang akan datang. Tetapi padsa
masa kini, remaja yang tidak dapat mengawal diri sendiri telah menjadi satu
ancaman bagi masyarakat. Sekiranya masalah ini tidak dikawal, lambat laun
masyarakat akan menjadi huru hara. Masyarakat akan hidup dalam ketakutan
memandang remaja kini yang hilang nilai-nilai etika serta moralitinya.
B. Politik dan Negara
Keruntuhan moral remaja bukan sahaja akan mengancamkan masyarakat,
malahan ia juga akan memberi kesan buruk kepada politik seterusnya
negara. Remaja merupakan aset negara dan juga pemimpin masa depan.
Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada ekonomi tetapi
juga pemimpin yang sesebuah negara tersebut. Pemimpin tersebut
hendaklah seorang yang disanjungi orang ramai dan dipercayai orang rakyat.
Tetapi jika dilihat keadaan sekarang, remaja kita yang begitu mudah
dipengaruhi oleh gejala negatif, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi
15
kestabilan dan keharmonian negara.
C. Ekonomi
Gejala sosial juga akan memberi kesan yang negatif kepada ekonomi negara.
Ini memandangkan apabila gejala sosial berleluasa berlaku, ini akan
mengurangkan keyakinan pelabur asing unutk melabur di negara kita. Mereka
akan merasa tidak selamat untuk melabur di negara kita. Pelabor akan
memilih untuk melabur di negara yang lebih stabil dari segi masyarakat,
ekonomi serta politik.
3.2.5 Cara Mengatasi masalah sosial remaja
A. Peranan ibu bapa
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu
bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
16
mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan
penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih
anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima
kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.
B. Peranan Guru
Guru hendaklah menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya
pelajar-pelajar dapat diasuh dan dibimbing ke arah keperibadian tinggi dan
mempunyai sifat-sifat mulia. Malahan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah(KBSM) ditekankan perkara ini di mana nilai-nilai murni hendaklah
diserapkan dalam setiap mata pelajaran dalam sesi pengajaran. Oleh itu,
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mempratikkannya, supaya dengan
cara ini, pelajar bukan sahaja mendapat pengetahuan tetapi juga menjadi
orang yang bermoral.
C. Peranan Masyarakat
17
Untuk mengatasi masalah ini, masyarakat juga memainkan peranan uang
penting. Setiap masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk
membanterasnya. Masyarakat bertindak sebagai pemerhati dalam memberi
nasihat yang sepatutnya kepada remaja kita.
D. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.
Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis.
E. Program Kauseling
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah
penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini
akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut.
F. Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
18
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa
seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif.
G. Peranan Media Massa
Media massa boleh memberi pengaruh yang positif dan negatif
kepadaremaja. Oleh itu, pihak media massa perlulah memainkan peranan
yang baik dan bekerjasama untuk membanteraskan masalah ini. Media
massa perlulah memperbanyakkan bahan-bahan ilmiah. Televisyen
hendaklah menayangkan filem-filem yang boleh merangsang pembinaan
insan yang baik.
3.3 Rasuah
19
Rasuah merupakan jenayah etika yang membawa banyak keburukan
daripada kebaikan, malah, ia memberi kesan buruk kepada individu, keluarga,
masyarakat dan nehara. Daripada perbincangan ini, hanya beberapa isu
rasuah sahaja diketengahkan.
3.3.1 Definasi
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana
seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari
pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah,
keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah
Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
Meminta/Menerima Rasuah
Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
3.3.2 Nilai- nilai Etika
Dari pandangan agama Islam, orang yang menerima rasuah haram
hukumannya dan wang atau yang diperolehi melalui amalan rasuah adalah
20
tidak bersih. Daripada pengertian yang diberi dan difahami umum, rasuah
sering dirujuk kepada pemberian dan penerima wang atau hadiah dengan
persefahaman penerima melakukan sesuatu untuk pemberi. Persepsi
mengenai rasuah adalah lebih luas kerana ia diasaskan kepada konsep
kepercayaan.
Sesetengah daripada kita tidak dapat membezakan rasuah dengan hadiah.
Apa yang embezakannya adalah niat pemberi. Perbezaan ini hendak
difahami kerana seseorang mungkin tidak mempunyai niat untuk merasuah,
tetapi pemberian itu jika diberikan kepada golongan yang tertentu dan si
pemberi mempunyai kepentingan kepada individu tersebut, maka perbuatan
ini dikatakan rasuah. Ini adalah kerana pada masa yang na nti akan
digunakan untuk menyelewengkan kebenaran.
Konsep rasuah dan amanah adalah bertentangan. Konsep amanah ialah
tidak melakukan sesuatu demi kepentingan diri sendiri dalam tanggungjawab
yang diberi. Tiap-tiap individu diamanahkan menjalankan tugas untuk umat
manusia yang lain, jika dia tidak berbuat demikian, dalam konteks begitu
timbulnya rasuah.
21
3.3.3 Punca Rasuah
Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas adalah suatu naluri
yang sentiasa ada pada kita. Contohnya, inginkan kereta mewah, pakaian
berjenama, rumah besar dan sebagainya. Rasuah merupakan cara yang
cepat dan mudah untuk kita memperolehnya. Selain itu, faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya rasuah adalah seperti yang berikut :
A. Gaya hidup yang digerakkan oleh keinginan konsumeris
Keinginan adalah keinginan memiliki barangan mewah. Gaya hidup
sekarang memaksa mereka memberi prioriti rendah kapada keperluan
asas dan menumpukan lebih perhatian kepada barangan konsumer.
Kebanyakkan orang lebih suka memenuhi keperluan konsumeris
berbanding dengan keperluan asas. Mereka hidup lebih daripada
kemampuan. Apabila ini berlaku, mereka terpaksa mencari sumber
pendapatan yang lain termasuk mengamalkan rasuah.
B. Desakan
Desakan terbahagi kepada dua, iaitu desakan keluarga dan desakan
22
masyarakat. Desakan keluarga meliputu desakan daripada isteri, anak-
anak, mertua untuk membeli pelbagai keperluan atau barang-barang.
Kajian menunjukkan golongan yang baru bekerja dan mendirikan
rumahtanggan mempunyai kecanderungan untuk menerima rasuah. Ini
kerana pendapatan mereka hanya mencukupi keperluan harian terutama
mereka yang bertugas di bandar-bandar besar. Desakan masyarakat pula
meliputi desakan jiran seperti jiran memandang rendah terhadap mereka.
Selain itu, desakan daripada orang yang berkuasa seperti majikan dan
sebagainya.
C. Gaya hidup yang mewah
Ramai orang inginkan gaya hidup yang mewah. Mereka menganggap
golongan kaya mesti memakai pakaian yang jenama, kereka yang
mewah, barang-barangan yang diimport dan sebagainya. Maka dengan
ini, cara yang paling mudah untuk memperolehnya adalah dengan
mengamalkan rasuah.
D. Silang budaya
Budaya di kalangan masyarakat Malaysia menyebabkan amalan memberi
‘hadiah’ sebagai satu ritual dalam dunia perniagaan.
23
E. Sikap mementingkan diri
Apabila sikap mementingkan diri sendiri menguasai, pandangan orang
lain tidak mustahak lagi dan seseorang akan bersedia untuk membuat
apa sahaja. Apabila orientasi kehidupan berubah, kemungkinan untuk
melakukan rasuah adalah besar.
F. Penyalahgunaan kuasa
Melalui jawatan/amanah/ kedudukan untuk dapatkan suapan dalam
membuat keputusan untuk diri sendiri,saudara-mara atau sekutunya yang
ada kepentingan.
G. Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada
pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada
penyelewengan khususnya rasuah.
H. Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan
pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek
pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang
24
juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan
untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden
memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender.
Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan
atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk
mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman
atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
I. Politik
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti
kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk
mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul
kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
3.3.4 Kesan Rasuah
A. Negara dan Masyarakat
Rasuah amat berbahaya kerana ia boleh membabitkan pembunuhan. Ia
juga adalah satu penyakit masyarakat yang amat berleluasan. Teknik
rasuah dan merasuah sekarang dilakukan dengan menggunakan
kemudahan teknologi. Hal ini dilihat seolah-olahnya teknologi boleh
25
digunakan sewenag-wenangnya dengan mengabaikan nilai-nilai etika.
Ada pihak yang mengunakan kemajuan teknologi untuk melakukan
jenayah besar-besaran seperti money laundering serata dunia melalui
internet.
Tanggungjawab dan peranan pihak berkuasa adalah besar untuk
membasmi perbuatan yang tidak bermoral ini. Mereka perlu lebih peka
terhadap jenayah rasuah kerana rasuah kini bukan lagi dilakukan secara
bersemuka malah melalui media interaktif.
Sekiranya rasuah berleluasa, ia akan menimbulkan perasaan dengki,
perasaan tidak puas hati dan seterusnya kita tidak akan berjaya membina
negara yang aman dan makmur.
B. Ketidakadilan
Mereka yang miskin & tidak berpengaruh akan tertindas kerana tidak
mampu memberi rasuah, menyebabkan hak-hak mereka dinafikan.
C. Tumpuan pembangunan atau pelaburan tidak seimbang
Akibat rasuah , keputusan untuk pelaburan dan pembangunan lebih
dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu
daripada kepentingan dan keperluan masyarakat
26
D. Menyebabkan kenaikkan harga barangan (Kos modal)
Kajian mendapati pengguna terpaksa membayar antara 10% hingga 20%
lebih daripada harga sepatutnya
E. Pengaliran keluar wang negara(Capital outflow)
Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan dibank luar
negara bagi mengelakkan dikesan/dirampas/tidak selamat. Ini
menyebabkan banyak wang mengalir keluar/kehilangan modal.
F. Membahayakan nyawa
Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka yang
terlibat terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan bangunan atau jalan
raya yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.
G. Mengancam keselamatan negara
Membocorkan rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara haram,
membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana menerima
rasuah boleh mengancam keselamatan negara.
27
H. Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang
Kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang
dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih atau selective enforcement
dan double standard berlaku. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang
tidak mampu memberi sogokan.
3.3.5 Cara Mengatasi Rasuah
A. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan
dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah
akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah,
ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang
bebas daripada rasuah.
B. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan
Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar
masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak
28
dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para
pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah
lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
C. Memudahkan urusan menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan
dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang,
proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak
membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur.
Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak
perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.
D. Pemimpin sebagai "role model"
Dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat, fungsi kepimpinan itu
amat besar dan mutlak sekali. Pemimpin adalah merupakan role model dan
"motor penggerak" untuk mencapai tujuan kewujudannya. Berjaya atau
tidaknya sesebuah organisasi atau masyarakat dalam mencapai tujuan
mereka, sebahagian besarnya ditentukan oleh cara-cara pemimpin dalam
membimbing orang-orang yang dipimpinnya. Seseorang ketua atau
29
pemimpin itu perlulah menjadi role model bagi warga organisasi yang
diterajuinya. Jika sifat keperibadian dan nilai integriti yang tinggi menjadi
asas kepimpinan, maka nilai-nilai yang sama dapat dilaksanakan dengan
lebih mudah, berkesan dan berterusan di kalangan anggota-anggotanya.
4.1 Fakta Kajian
Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang
mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih
cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu,
golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai
memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001
hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500
(18%) (Berita Harian 6 Mac 07).
30
Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan
bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan
kemiskinan,
iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan
Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)].
Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari
5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan
kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10
adalah
paling bersih dari rasuah).
Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer
2006,* mendapati kesan rasauh menurut sector di Malaysia seperti berikut :
Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)
31
Parti Politik 3.5
Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0
Bisnes & Syarikat Swasta 3.3
Polis 3.8
Kehakiman 2.8
Media 2.4
Badan Cukai 2.5
Perubatan 2.1
Pendidikan 2.2
Ketenteraan 2.0
Perkhidmatan 2.2
Pendaftaran & Permit Perkhidmatan 3.1
NGO ( Badan bukan kerajaan) 2.2
Badan Keagamaan 1.7
Jadual Kesan Rasuah Di Malaysia tahun 2006
32
4.2 Kes-kes Masalah Sosial Remaja
ARKIB : 22/01/2009
Jangan rahsia jika
pelajar lakukan jenayah
CAMERON HIGHLANDS 21 Jan. - Para
pengetua dan guru besar sekolah diminta
tidak merahsiakan perbuatan pelajarnya
yang terlibat dengan jenayah daripada
pengetahuan pihak polis semata-mata mahu
menjaga nama sekolah.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, tindakan
tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi boleh mengundang masalah pada kemudian
hari.
''Kalau perbuatan jenayah ini disembunyikan, kita bimbang ia akan merebak seterusnya memudaratkan
keselamatan pelajar lain dan sekolah itu sendiri.
''Perbuatan jenayah tidak perlu disembunyikan kerana lambat-laun ia tetap akan diketahui oleh polis,"
katanya ketika berucap pada Majlis Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Cameron
Highlands Tahun 2009 di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands di sini hari ini.
Menurut Wan Mohd. Zahari, pengetua dan guru besar yang mengetahui pelajar mereka terlibat dalam
jenayah boleh berhubung terus dengan pegawai perhubungan sekolah untuk memaklumkan perkara itu
agar tindakan segera boleh diambil.
Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya belum pernah menerima laporan pengetua atau guru
besar menyembunyikan pembabitan pelajar dalam jenayah di daerah Cameron Highlands.
Malah katanya, daerah Cameron Highlands merupakan antara tempat yang mencatatkan kes jenayah
paling rendah membabitkan pelajar sekolah di negara ini.
''Sepanjang tahun lalu misalnya, hanya tiga kes jenayah membabitkan pelajar dilaporkan berlaku di
Cameron Highlands iaitu dua kes pecah rumah dan satu kes curi motosikal.
WAN Mohd. Zahari Wan Busu bersalaman dengan guru-guru besar pada Majlis Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah
Cameron Highlands di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, semalam.
33
''Tiga pelajar ditangkap kerana terlibat dalam kes pecah rumah manakala seorang lagi kes curi
motosikal dan penangkapan mereka yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga hingga lima telah
berjaya menyelesaikan kes tersebut," katanya.
Wan Mohd. Zahari berkata, keseluruhannya masalah jenayah di Cameron Highlands berada dalam
keadaan terkawal apabila hanya 61 kes dicatatkan sepanjang tahun lalu.
Katanya, jumlah itu didapati menurun 23.75 peratus berbanding 80 kes yang dicatatkan dalam tempoh
yang sama pada 2007.
ARKIB : 20/11/2008
3 termasuk remaja perempuan ditahan edar dadah
KAJANG 19 Nov. - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun adalah antara tiga suspek
yang ditahan kerana memiliki dan mengedar dadah di sebuah rumah di Kampung Baru,
Cheras di sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 4 petang itu, kesemua suspek sedang membungkus dadah ke
dalam plastik kecil sebelum diberkas pihak polis.
Ketika serbuan, polis merampas lima paket heroin seberat 987 gram bernilai RM26,000.
Turut dirampas ialah sebuah kereta Proton Wira Aeroback, dua telefon bimbit dan dua buku
akaun bank.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakaruddin Che Mood berkata,
siasatan mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 16 hingga 23 tahun itu bergiat aktif
sejak lapan bulan lalu.
Katanya, pihaknya percaya suspek-suspek membungkus semula dadah tersebut sebelum
menjualnya kepada pembeli.
"Salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai dua rekod jenayah lampau atas
kesalahan yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Sakaruddin, suspek dipercayai giat menjalankan aktiviti menjual dadah di sekitar
Lembah Klang.
Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama lapan hari mulai semalam bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan.
34
ARKIB : 28/11/2008
149 kes rogol babitkan remaja
SEREMBAN 27 Nov. - Sebanyak 149 kes rogol membabitkan golongan remaja dilaporkan berlaku di
negeri ini sepanjang tahun lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd.
Samad Ibrahim (BN-Sri Menanti), daripada jumlah itu, 93 kes melibatkan mangsa berumur di bawah 16
tahun manakala 27 suspek berusia di bawah 18 tahun.
Beliau berkata, daerah Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 58 kes diikuti oleh Port
Dickson (24 kes), Jempol (23 kes), Kuala Pilah (18 kes), Tampin (13 kes), Rembau (lapan kes) dan
Jelebu (lima kes).
''Kerajaan negeri memandang serius terhadap gejala rogol di kalangan remaja dan sentiasa berusaha
membendungnya," jelasnya semasa menjawab soalan Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui)
pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari ini.
Abd. Samad berkata, pendekatan bersepadu berasaskan ajaran Islam merupakan satu kaedah paling
berkesan bagi menangani gejala tersebut.
Selain itu ujar beliau, tapisan serta kawalan yang ketat perlu dilaksanakan terhadap media massa,
cetak dan elektronik untuk mengelakkan remaja terpengaruh dengan unsur-unsur lucah.
Katanya lagi, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di negeri ini diminta mengambil inisiatif
yang lebih serius terhadap isu rogol melibatkan remaja.
''Di samping itu, kerajaan negeri akan mengkaji semula keberkesanan serta menambah baik program
Rakan Muda, Pusat Pembangunan Insan Cemerlang, Warisan 2020 dan Rakan Waja Diri dari semasa
ke semasa," ujar Abd. Samad.
Beliau turut menyarankan supaya pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan dakwah menggiatkan
penganjuran program pembangunan modal insan yang disasarkan kepada golongan remaja.
''Program-program yang bermanfaat untuk golongan remaja seperti bengkel, seminar, kaunseling dan
motivasi perlu diperbanyakkan.
''Sektor swasta juga boleh membantu dengan menaja atau membiayai program-program berkenaan,"
kata Abd. Samad.
Beliau berkata, kesedaran serta motivasi dalaman yang tinggi diyakini berupaya mencegah remaja
daripada terjebak dalam gejala rogol.
35
ARKIB : 15/08/2008
Polis tahan 6 lelaki kes bunuh remaja
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes remaja lelaki yang
ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di leher, tiga tikaman dan perutnya terburai di Subang Jaya
dekat sini kelmarin.
Difahamkan, kesemua suspek yang berusia 20-an itu ialah kumpulan yang terakhir dilihat bersama
mangsa.
Mayat itu ditemui di Jalan LP2/7 itu hanya 100 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis menahan
dua suspek hari ini manakala empat lagi ditahan kelmarin.
Menurutnya, mereka direman selama enam hari bagi membolehkan polis menyiasat kes ini di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Siasatan masih dijalankan dan polis meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian
supaya menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-89484822 atau mana-mana balai polis berdekatan,"
ujarnya.
Mayat B. Arjunan, 16, lengkap berseluar jeans kelabu, baju T dan berselipar ditemui dalam keadaan
berlumuran darah di tepi jalan oleh sepasukan anggota polis yang meronda di kawasan terbabit, kira-
kira pukul 7.15 pagi.
36
ARKIB : 02/05/2008
Ibu bapa generasi kini hanyut dalam arus kemodenan
KUALA LUMPUR 1 Mei - Masalah sosial di kalangan remaja di negara ini semakin serius ekoran
generasi baru ibu bapa hanyut dalam arus pemodenan.
Akibatnya mereka lebih mengejar kebendaan dan meminggirkan tanggungjawab sebenar untuk melatih
dan melahirkan generasi muda yang menghormati dan menghargai nilai sebuah keluarga.
Pengarah Pusat Pembangunan Keluarga Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Norani
Mohd. Salleh berkata, ibu bapa hari ini tidak lagi dapat menjalankan peranan mereka seperti yang
sepatut dan sewajarnya.
Sebab itu katanya, banyak keluarga yang tidak berfungsi seperti mana yang sepatutnya.
"Hari ini banyak kes remaja bermasalah. Tetapi tidak semua mereka datang dari keluarga yang
berpecah belah.
"Sebaliknya masalah itu turut melanda keluarga yang tidak bermasalah,'' katanya kepada Utusan
Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, ibu bapa hari ini ingin menjadi kumpulan ibu bapa moden dengan memadamkan
'garisan' yang sepatutnya ada antara mereka dan anak-anak.
Oleh itu, katanya, golongan ini mempraktikkan hubungan sebagai kawan dengan anak-anak tanpa
menyedari kesannya yang menyebabkan lahir remaja yang tidak berdisiplin.
Anak-anak yang dilatih dengan cara itu katanya, akan memberontak jika kemahuan tidak dituruti.
Ekoran itu katanya, anak-anak cuba menjadi dewasa sedangkan hakikatnya mereka tidak cukup
matang untuk mengawal hidup mereka sendiri.
Sebab itu kata Norani, cara konvensional masih perlu digunakan dalam mendidik anak-anak.
Menurut beliau, ia tidak bererti ibu bapa perlu garang tanpa bertempat sebaliknya bertegas supaya
anak-anak mendengar nasihat yang diberikan.
Beliau berkata, ibu bapa yang merasakan diri mereka moden, lazimnya akan menjadi 'tawanan' anak-
anak kerana kuasa untuk mereka mengawal anak-anak telah hilang.
37
Justeru, tegasnya, dalam apa keadaan yang diharungi oleh pasangan suami-isteri, mereka perlu akrab
dengan anak-anak.
Kes remaja terlibat jenayah meningkat
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Masyarakat perlu berganding bahu bersama polis dalam usaha mengatasi
masalah jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, kata Ketua
Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut kerana kes-kes jenayah melibatkan remaja dan pelajar di
seluruh negara meningkat sebanyak 295 kes pada tahun lalu.
Musa berkata, sebanyak 6,838 kes jenayah termasuk jenayah kekerasan, harta benda terutama kes
mencuri motosikal membabitkan remaja dilaporkan pada tahun lalu berbanding 5,543 kes pada tahun
sebelumnya.
‘‘Seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan sepanjang tahun lepas dan daripada
jumlah itu 3,545 adalah pelajar.
‘‘Situasi ini harus dipandang serius oleh semua pihak kerana dalam sesetengah kes ia turut melibatkan
para pelajar seawal umur tujuh hingga 10 tahun,’’ katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena wacana bulanan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) bertajuk Jenayah dan Perubahan Nilai Dalam Masyarakat Malaysia di Menara DBP
di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah remaja yang ditangkap pada tahun lepas juga meningkat
berbanding 5,997 orang termasuk 2,889 pelajar pada tahun 2005.
Bagaimanapun katanya, statistik penglibatan remaja dan pelajar dalam penyalahgunaan dadah pula
menurun dari 1,357 orang pada 2005 kepada 1,253 orang pada tahun lepas.
Menjawab satu soalan, Musa memberitahu, ibu bapa diingatkan jangan terlampau mengejar
kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak.
Musa berkata institusi kekeluargaan perlu terus diperkukuh dalam usaha untuk menjadikannya sebagai
benteng paling teguh dalam menghadapi cabaran sosial masa kini.
Beliau berkata, ia juga sangat perlu kerana kewujudan keluarga bahagia akan memudahkan usaha bagi
melahirkan sebuah masyarakat yang baik tanpa mendatangkan masalah pada negara.
‘‘Sebab itu perlu ada perasaan kasih-sayang dan hormat-menghormati dalam keluarga bagi
mewujudkan masyarakat penyayang, sekali gus anak-anak akan rasa di sayangi dan dihargai oleh ibu
bapa,’’ katanya.
38
Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan ibu bapa agar bersikap terbuka terhadap teguran
jiran tetangga ke atas perlakuan anak-anak mereka.
Remaja hilang 10 hari dijumpai semula
SHAH ALAM 8 Feb. - Remaja lelaki, Muhammad Izzuddin Masrokhin, 17, yang hilang dari
rumahnya di sini sejak 10 hari lalu ditemui dalam keadaan lemah di sebuah stesen minyak
di Ampang hari ini.
Menurut bapanya, Masrokhin Masruri, 51, beliau menerima panggilan daripada seorang
pekerja stesen minyak itu mengenai anaknya pada pukul 8.30 pagi.
Katanya, pekerja itu memberitahu anaknya sudah berada di stesen minyak itu sejak lima
hari lalu.
"Katanya, dia cam wajah anak saya setelah melihat gambar Muhammad Izzuddin yang
disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia semalam," katanya ketika ditemui di sini hari
ini.
Sejurus itu kata Masrokhin, beliau terus menelefon seorang kenalannya yang tinggal
berdekatan kawasan itu dan meminta agar membawa anaknya pulang terlebih dahulu.
Tambahnya, beliau dan isteri, Saidah Mohd. Said, 47, kemudian bergegas dari rumah
mereka di Taman Desa Subang Permai, di sini menuju ke Ampang ke kediaman rakan
mereka itu.
"Apabila sampai kami melihat keadaan Muhammad Izzuddin dalam keadaan lemah dan
tidak terurus dengan baju kemeja biru dan seluar hitam yang dipakai sejak hari pertama
kehilangannya didapati koyak.
"Saya difahamkan sejak lima hari berkeliaran di stesen minyak itu anak saya enggan
makan atau minum walaupun telah diberi oleh pekerja di stesen tersebut.
"Sayu melihat keadaannya, saya dan isteri terus memeluknya dengan penuh perasaan
gembira," katanya dalam nada yang sebak.
Muhammad Izzuddin yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
hujung tahun ini dilaporkan hilang setelah dipercayai keluar dari rumah di Shah Alam pada
30 Januari lalu.
Sejak itu gerakan mencari turut melibatkan penduduk kawasan terbabit serta anggota
Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Selangor dilancarkan.
39
Dalam pada itu, Masrokhin melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang
ramai yang membantu mencari anaknya, terutama pekerja di stesen minyak tersebut.
"Saya bersyukur kerana menemui semula anak saya dan kalau tidak kerana keprihatinan
pekerja stesen minyak itu, mungkin anak saya sukar untuk ditemui atau perkara buruk
akan berlaku kepadanya," jelas beliau.
4.3 Kes-kes Rasuah
40
Laporan rasuah terhadap MB S'gor
Tiga didakwa rasuah pemilihan Umno
41
Rahmah Ghazali | Jan 21, 09 1:09pm
Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.
Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah
menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.
Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.
Aduannya diterima oleh Pengerusi SPRM SElangor, Mohd Shamsuddin Yusof di Plaza Masalam, Shah Alam pada jam 10.45 pagi.Sementara itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan Gerak tersebut.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar, Abdul Khalid menjelaskan bahawa lembu tersebut sebenarnya disumbangkan oleh sebuah syarikat milik agensi kerajaan negeri.
Menurutnya, beliau tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.
Katanya, beliau tidak menyedari wujudnya sebarang agensi kerajaan negeri yang dikenali sebagai Selangor Industrial Corporation (SIC).
Jan 20, 09 1:42pm
Tiga orang, termasuk seorang naib ketua
Umno bahagian di Perak, akan dihadapkan ke
mahkamah Khamis ini atas tuduhan memberi
wang rasuah ketika pemilihan Umno bahagian
pada awal
November lalu.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di
Putrajaya hari ini, naib ketua bahagian Umno berkenaan akan didakwa di
mahkamah atas dakwaan memberi wang rasuah sebanyak RM300 kepada
seseorang dalam pemilihan Umno bahagian.
Seorang ejen akan didakwa pada tarikh yang sama terhadap tuduhan memberi
rasuah sebanyak RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam
pemilihan ketua bahagian Umno di Pahang, lapor Bernama.
Kes ketiga melibatkan seorang ejen di Melaka, yang akan didakwa di
mahkamah pada tarikh sama atas dakwaan memberi rasuah RM200 kepada
seseorang untuk mengundi Ketua Bahagian Umno dalam pemilihan Umno
baru-baru ini.
Menurut SPRM, ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10 (b)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.
Mesyuarat Umno di peringkat bahagian berlangsung selama sebulan dari 9
Oktober hingga 9 November lalu.
Manakala lanjutan tarikh mesyuarat diberikan kepada lima bahagian Umno
yang bermasalah.
Selain memilih kepimpinan di peringkat bahagian, mesyuarat tersebut juga
membuat pencalonan bagi jawatan tertinggi Umno unruk pemilihan parti Mac
depan.
Mesyuarat bahagia juga memilih perwakilan ke perhimpunan agung tersebut.
Setiap bahagian menghantar 13 perwakilan - enam dari kalangan kepimpinan
bahagian manakala tujuh lagi dipilih dalam mesyuarat bahagian.
42
Indeks Persepsi Rasuah
Malaysia membimbangkan
Dikirim pada Oktober 22, 2008 oleh HermanSamsudeen
KUALA LUMPUR 21 Okt (Utusan Malaysia). – Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 yang dicatatkan pada tahap 6.76 peratus merupakan satu tahap yang agak membimbangkan, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.
Beliau berkata, selain itu, sebanyak 52.5 peratus responden yang terlibat dalam kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 juga menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal.
‘‘Indeks Persepsi Rasuah Malaysia adalah pada tahap agak membimbangkan walaupun jumlahnya tidak begitu rendah,’’ katanya ketika membentangkan laporan indeks berkenaan pada Forum Terbuka Indeks Integriti, Akauntabiliti dan Penandaarasan di IIM di sini hari ini.
Indeks rasuah dinilai daripada tahap 10 bagi prestasi paling cemerlang dan tahap satu bagi prestasi paling lemah.
Mohd. Tap seterusnya berkata, kajian berkenaan melibatkan 14,967 responden dengan 67 peratus atau 10,023 adalah isi rumah, 26.9 peratus atau 4,031 adalah penjawat awam dan 913 atau 6.1 peratus adalah pertubuhan ekonomi.
‘‘Sejumlah 53.9 peratus responden juga mengatakan tahap amalan rasuah dalam negara adalah tinggi.
‘‘Hanya 58.2 peratus daripada keseluruhan responden pula mengatakan langkah-langkah pencegahan rasuah adalah berkesan,’’ katanya.
Tambah beliau, perbandingan antara penjawat awam menunjukkan bahawa kefahaman mengenai rasuah di kalangan warga pihak
43
berkuasa tempatan (PBT) adalah lebih rendah berbanding dengan lain-lain jabatan dan agensi kerajaan.
Katanya, antara faktor yang mempengaruhi indeks persepsi rasuah ialah kemunculan kes berprofil tinggi sewaktu kajian dibuat dan keprihatinan masyarakat mengenai kes rasuah terutamanya melalui Internet.
Anggota polis tak mengaku terima suapan
KLANG: Seorang anggota polis berpangkat Inspektor Percubaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini
semalam atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah RM3,000 sebagai upah membebaskan dua
individu yang ditahan kerana mencuri baja.
Hardy anak Charles, 24, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Klang, tidak mengaku salah terhadap semua tuduhan itu.
Hakim Nazilah Manap membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM3,000 dan seorang penjamin serta
menetapkan 8 dan 9 Jun depan untuk perbicaraan kes itu.
Bagi tuduhan pertama Hardy didakwa setuju menerima RM3,000 daripada pengadu kes sebagai
ganjaran melepaskan S Munisvaran dan S Thiben yang ditahan kerana mencuri baja di Pejabat Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial IPD Klang pada 19 Disember lalu, kira-kira jam 11 malam.
Tuduhan kedua dan ketiga, Hardy didakwa menerima masing-masing RM1,000 dan RM2,000 untuk
membebaskan S Thiben dan S Munisvarandi di tempat sama, pada 19 Disember dan 6 Januari lalu.
Tiga akan didakwa kerana rasuah pemilihan Umno
KUALA LUMPUR: Tiga orang, termasuk seorang Naib Ketua Umno Bahagian di Perak, akan
dihadapkan ke mahkamah Khamis ini terhadap pertuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan
Umno Bahagian pada awal November lalu.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari
ini, Naib Ketua Bahagian Umno berkenaan akan didakwa di mahkamah atas dakwaan memberi wang
rasuah sebanyak RM300 kepada seseorang dalam pemilihan Umno Bahagian.
Seorang ejen akan didakwa pada tarikh yang sama terhadap pertuduhan memberi rasuah sebanyak
RM200 kepada seseorang bagi mengundi calon dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno di Pahang.
44
Kes ketiga melibatkan seorang ejen di Melaka, yang akan didakwa di mahkamah pada tarikh sama atas
dakwaan memberi rasuah RM200 kepada seseorang untuk mengundi Ketua Bahagian Umno dalam
pemilihan Umno baru-baru ini.
Menurut SPRM, ketiga-tiga mereka akan didakwa mengikut Seksyen 10 (b) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. - Bernama
Ketua Pengarah, dua Datuk, ditahan BPR kes rasuah dalam pengeluaran visa
Posted on 11 July 2008
Tags: ditahan BPR kes rasuah dalam pengeluaran visa, dua Datuk, Ketua
Pengarah
PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pengarah bergelar datuk dan dua lagi ahli perniagaan
terkemuka juga bergelar datuk ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam satu
operasi yang bermula Selasa lalu hingga tengah malam tadi.
Kesemua mereka ditahan bersabit siasatan kes melibatkan wang suapan
berjumlah RM500,000 membabitkan pengeluaran visa kepada warga asing.
Pengarah Siasatan BPR Datuk Shukri Abdull ketika ditemui di ibupejabat BPR di
sini mengesahkan tangkapan itu dan berkata kesemua mereka ditahan di tempat
berasingan di sekitar Lembah Kelang.
Ketua Pengarah berkenaan beserta enam yang lain itu telah pun dikenakan
tahanan reman antara empat dan lima hari.
Menurut Shukri, turut dirampas daripada mereka yang ditahan ialah visa yang
telah pun dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pekerja asing.
“Kita sudah pun mengenalpasti semua syarikat yang kita percaya terlibat dalam
sindiket ini. Saya ingin menyeru mereka yang terlibat agar segera membuat
laporan sebelum kita mengambil tindakan terhadap mereka.
“Kita juga percaya ada syarikat-syarikat membawa masuk pekerja asing lain yang
terlibat dalam kegiatan ini dan kita sedang meneruskan siasatan,” katanya.
45
Menurutnya BPR mendapat maklumat mengenai kes itu daripada orang awam
dan bertindak menjalankan siasatan sebelum mula membuat tangkapan pada
Selasa.
Selain seorang penjawat awam dan dua ahli perniagaan terkemuka itu, katanya,
mereka yang ditahan itu dipercayai anggota sindiket yang bertindak sebagai
orang tengah dalam kes-kes pengeluaran visa yang dicurigai.
Mereka yang ditahan berumur antara 35 dan 64 tahun.
Article source:
mSTAR Online
TI wants justice delivered in Transmile case - MalaysiakiniJun 22, 07 :
Transparency International (TI) Malaysia has called for a full investigation on Transmile Group Berhad concerning allegations that it may have overstated its consolidated revenues for the past two years.
TI Malaysia president Dr Ramon Navaratnam said that appropriate measures must be taken if corporate fault and corruption are proven.
"The culprits must be held accountable for their misdeeds in deceiving the public in order to gain financially by any improper means," he said in a statement today.
TI Malaysia, he added, takes a very serious view of the findings of the Moores Rowland Risk Management's (MRRM) in its final report on Transmile.
"The MRRM reports show that Transmile overstated their revenue by RM95 million in financial year 2004, RM194 million in financial year 2005 and RM333 million in financial year 2006," he said, adding that RM341 million in its property, plant equipment account was not supported by documentations.
"This would appear be a flagrant violation of the principles of good governance, transparency, integrity and accountability which TI
46
advocates in government and businesses."
Ramon, who opined that the level of corporate integrity in the private sector still needs improvement, called for several measures to be taken by the authorities and corporate boards.
Strengthen commitment
Among them are, measures to protect whistleblowers, and more deterrent punishment including imprisonment of corporate leaders for corporate frauds.
"The private sector must review, reform and strengthen its commitment to promote good governance and accountability on a more substantive manner before Malaysia's future prospects of economic prosperity and political stability is affected," said Ramon.
"The world is watching us on how this MRRM report will be handled and TI hopes Malaysia will deliver justice well," he added.
Transmile is a cargo carrier whose shareholders include Malaysia's richest man Robert Kuok.
It provides air cargo and international freight services, chartering, aircraft leasing and general freight services.
MRRM findings may result in Transmile having to re-state its 2005 and 2006 earnings in full provisions have to be made.
Transmile's 2006 pretax profit of RM207 million could be reduced to a loss of RM126 million, while the 2005 pretax profit of RM120 million could be cut to a RM77 million loss.
47
BERITA HARIAN - 25 MAY 2007
Kita tempat ke-9 rendah kes rasuah
KUALA LUMPUR: Hasil kajian Transparency International meletakkan Malaysia
pada kedudukan kesembilan daripada 62 negara yang mencatatkan kadar rasuah
paling rendah dalam sistem perundangan sepanjang tahun lalu.
Laporan kajian itu dikeluarkan di sini, semalam, turut meletakkan Denmark
sebagai negara paling rendah mencatatkan kadar rasuah dalam sistem
berkenaan.
Selain itu, Singapura adalah antara dua negara Asia yang tersenarai dalam
kedudukan 10 negara paling rendah mencatatkan jenayah berkenaan. Negara
jiran itu berada pada kedudukan kedua.
Negara lain yang turut disenaraikan ialah Sweden, Finland, Norway, Jerman,
Switzerland, Luxemborg dan Iceland.
Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam yang
mengumumkan hasil kajian itu, berkata pihaknya mengalu-alukan hasil kajian
berkenaan yang memilih sistem perundangan semua negara terbabit sebagai
48
fokus penyelidikan.
Katanya, setiap tahun tumpuan kajian rasuah badan antarabangsa itu berbeza
dan untuk tahun lalu ia memfokuskan kepada sistem perundangan.
“Fokus kajian dibahagikan kepada dua jenis iaitu campur tangan politik terhadap
proses perundangan sama ada oleh kuasa eksekutif atau legislatif kerajaan selain
elemen suapan,” katanya pada pelancaran Laporan Transparency International
Global 2007 di Auditorium Majlis Peguam, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh;
Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Eksekutif
Transparency International Malaysia, Richard Yeoh.
Mengulas lanjut, Navaratnam berkata hasil kajian itu agak longgar kerana tidak
dilakukan secara mendalam.
49